BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI
BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI. Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa.
Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik.
Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony&Jeny. Setiap tahun ok! Sebab apa? Sebabnya jenama ni bagi aku kualiti pakaian sekolah dia memang sangat terbaik. Setiap tahun aku memilih pakaian dari material cotton. Kain yang tebal dan tidak panas. Selain warnanya tidak mudah bertukar jadi kekuningan walau lama di pakai. Setiap tahun kondisi baju sekolah anak aku tak pernah rosak atau warna berubah jadi kekuningan & buruk. Biasa kalau tukar baju baru hanya sebab size sahaja. Yelah.. budak budak tengah membesar kan. Setiap tahun akan berubah saiz.
Ni baju tahun lepas. Masih elok. Kain tak bertukar kuning. Sebab tu aku suka baju sekolah jenama johny & jenny ni.
Tahun ni aku habiskan sebanyak RM200 bagi aku dah paling bajet untuk beli sepasang baju sekolah menengah, 3 pasang tudung sarung, 1 pasang kasut sekolah, 2 pasang anak tudung, dua pasang seluar sukan/koko dan 1 pack stoking yang ada 3 pasang. Selebihnya kena tunggu hari bersemuka untuk beli baju sukan/kokurikulum dan lain lain keperluan sekolah yang perlu di beli di koperasi sekolah nanti.
Tahun ni ramai yang mengeluh kerana harga barang keperluan mula naik, tarikh buka sekolah untuk darjah/tingkatan baru tak jauh dengan puasa seterusnya raya. Jadi agak kelam kabut masing masing nak kira bajet kan.. Itulah hidup sekarang makin keras. Kita tak ada pilihan lain selain berusaha juga untuk mencukupkan segala keperluan hidup. Terpaksa utamakan yang mana lebih penting. Macam keperluan sekolah. Mungkin tahun ni ramai memilih pakai semula baju raya yang tahun tahun lepas. OK jer sebenarnya. Aku ni last beli baju raya tahun bila pun dah tak ingat. Bagi aku baju raya ni selagi baju tu masih elok, masih baru masih berseri seri di pakai di hari raya tak perlu pun nak baru setiap tahun melainkan untuk anak anak. Anak anak dalam fasa membesar selain faktor saiz kita kena letak diri kita di tempat mereka. Itu salah satu perkara yang mereka nak rasai. Hari raya pakai baju raya baru. Kita dulu lalui perkara yang sama. Kita pun akan sedih kalau tak ada baju raya. Selagi mampu tak salah adakan baju baru untuk anak anak kan?
Jadi yang mana ada pakaian sekolah atau baju baju raya yang lepas lepas dah tak muat untuk di pakai boleh la di sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka di samping benda tu tak jadi satu pembaziran di buang macam tu sahaja. Dalam nak memberi tu tak perlu la banyak kriteria sangat di letakan pada bakal penerima. Aku pernah baca orang nak sedekahkan baju terpakai. Di sebabkan baju baju dia yang katanya berjenama mahal.. kriteria dia Allahu.. Takkan la lepas bagi kau nak follow up setiap bulan tanya keadaan baju kau bagi tu di jaga dengan elok ke tidak. Aku mudah.. sebab aku bukan jenis pakai barang berjenama terutama pakaian. Jika ada yang masih baru elok.. Aku kumpul packing elok elok aku pergi letak kat bawah apartment aku ni siapa memerlukan ambil la. Selepas dia ambil.. macam mana dia jaga terpulang la. Kalau nak bersedekah pun banyak songeh sangat, simpan je la biar jadi harta karun dalam rumah kau.
Jadi yang belum buat persiapan persekolah.. dahulukan persiapan persekolahan dari persiapan raya. Sebab pendidikan tu lebih penting. Insya Allah ada rezeki lain untuk sambut raya nanti. Jangan terlalu bersedih.. Ingat bukan kita sahaja yang susah sekarang ni malah ramai lagi.