Showing posts with label nafsu. Show all posts

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI. Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya.

Sumber Google

Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah...

1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa
2. apa boleh pegang kamaluan saat puasa
3. bercium pada bulan puasa bukan muhrim
4. boleh ke suami sentuh isteri punye ketika bulan puase
5. bergesel kemaluan di bulan puasa
entri : HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA
6. Boleh puasa sekiranya kena ambil darah
entri : SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ni la keywords paling popular kat blog aku di pagi hari pertama puasa. Entri yang aku letak tu adalah entri yang duduk kat first page carian google dari keywords2 tersebut. Depa dok cari hat tu jugak. Tang tu maybe depa tak mampu nak puasa kot hahaha. Tapi yang ambil darah tu mungkin ibu2 yang tengah mengandung & ada check bulanan. So memang kena ambil darah. Yang tu boleh la berbaik sangka. Yang lain2 tu hahaha... Tak tau la depa nak buat apa.

Ni la keywords blog aku di hari pertama puasa tahun 2016

Walaupun Syaitan semua bercuti bulan puasa ni tapi nafsu manusia ni kadang2 mengatasi bisikan syaitan. Buktinya bulan puasa pun orang tak mampu mengawal nafsu serakah walaupun kita sedia maklum setan iblis semua kena jail time ni. Jadi tak ada alasan nak salahkan makhluk tu lagi.

Banyak perkara kita boleh manafaatkan di bulan puasa ni untuk menyekat nafsu kita dari buat perkara perkara yang membatalkan puasa. Jangan dok fikir sangat la benda2 yang berahi time2 puasa ni. Selain memperbanyakan ibadah & baca al Quran sesekali nak rehatkan minda boleh la window shopping raya kat sini >> Ini cara Anda Nak Dapat Diskaun Semasa Membeli Belah Di Zalora << Manatau ada yang berkenan boleh la shopping raya terus kan. Dah tak payah nak berlanggar bontot kat luar sana nak shopping baju raya. Duduk depan pc/smartphone/tab clik2 bayar je. Nanti dia hantar depan hidung korang.

Moral of the story.. Tak salah kita nak cari info ia juga satu ilmu cuma bulan puasa ni elak la dari dok buat benda2 yang boleh menaikkan nafsu syahwat takut satgi puasa lapar & dahaga jer. Bila terfikir sesuatu yang boleh membatalkan puasa cepat2 la istighfar yer. Insya Allah.. nafsu2 jahat tu dapat di kawal.

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.


Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.

Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..

Sumber Astro Awani

Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.

Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul <<  tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.

Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!

CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI

CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI. Tu dia cerita apa ni.. Hang biaq betoi dok tulis cerita yang menyetimkan pulak. Dah teruk sangat ka traffic blog hang sampai terpaksa tulis benda benda tak senonoh macam ni.. Insaflah.. Insaflah... Kembalilah kepangkal Jalan sebelum anda di kembalikan ke jalan bawah tanah katanya...


Amboi hangpa... tergamak tuduh cheq lagu tu noh. Takkan la lekatlekit yang sopan santun nak tulis cerita tak senonoh lagu tu. Malu aih... Tapi cerita yang menyetimkan ni tak semestinya cerita SX kan? Macam2 cerita boleh 'menyetimkan' tak kira la lelaki atau perempuan. Kalau perempuan ni tak semestinya cerita ranjang je buat dia rasa 'tersetim' kadang2 cerita pasal barang kemas, skincare, fesyen, makeup, shopping pun terus nafsu dia melonjak ke high level. Lelaki tak tau la.. dia 'menyetim' faktor apa. Tengok perempuan ke, baca cerita lucah ker.. Almaklum la cheq pompuan kurang arif pulak bab lelaki.

Tapi yang peliknya.. Macam mana boleh masuk jerat keywords macam ni kat blog den?? Pelik sungguh... macam macam benda orang google. Ni tak tau dari pihak mana yang google. Perempuan ke lelaki. Boleh jadi perempuan sebab mungkin dia tengah membuat kajian tentang lelaki. tapi keywords dia google tu macam kelakar pun ada. Dari mana dia dapat perkataan 'menyetim' pun tak tau. Menangis cikgu bahasa melayu dia baca. Silap haribulan cikgu sains pun turut sama menangisi. hahahaha


Zaman teknologi sekarang orang lebih 'Menyetim' dengan gadget2. takde orang nak 'menyetim' sangat baca cerita lucah ni. hahahaha...

Moral of the story.. Nak menyetim ke nak menyentap ke.. Pastikan salurkan pada tempat yang betul. tak salah nak menyetim tapi pilih la jalan yang benar jangan pilih jalan yang menyesatkan. Sekian ceramah setazah blog.. sampai kita berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum. peace yo!

PEROGOL BAKAL BERDEPAN HUKUMAN SUNTIKAN HAPUSKAN NAFSU SEKS

PEROGOL BAKAL BERDEPAN HUKUMAN SUNTIKAN HAPUSKAN NAFSU SEKS. Tu dia.. Moga baca tajuk ni para perogol & pencabul terus dapat hidayah & insaf untuk melakukan jenayah tersebut. Bukan apa sekarang jenayah rogol & cabul memang di tahap membimbangkan. Nak2 lagi golongan pedofilia juga semakin berkembang pesat. Sasaran dia bukan sahaja remaja & orang dewasa malah kanak kanak jugak tak terkecuali. Jadi elok sangat la hukuman macam ni di laksanakan. Baru ada akai.. Biar dia rasa azab macam mana tiada lagi nafsu seks selepas ni. hahahaha

Sumber Google

Tapi jangan suka sangat sebab kat Malaysia hukuman macam ni belum ada. Cuma kat luar negara je ada. Sekarang Indonesia juga katanya dah mula meluluskan hukuman macam ni terhadap pesalah rogol & cabul. memang hukuman ni macam agak kejam tapi bial di fikiran kekejaman golongan perogol ni. Ada yang sampai sanggup membunuh. Kalau masih ingat kes adik nurin dulu.. Pastinya kita sebagai mak bapak rasa macam ada baiknya hukuman macam ni. Cuma tu la mungkin kena semak jugak dengan undang2 Islam. Sebab Islam dah sediakan undang2 sebaik untuk umat manusia.

Sumber Harian Metro

Manusia akhir zaman memang nafsu dah semakin tak masuk akal. Sampai baby pun ada manusia bernafsu nak lakukan perkara tak senonoh. Kita yang normal tengok baby rasa nak cium2 jer geram tapi orang yang bernafsu pelik ni tak tahu la apa yang depa teransang sangat tengok baby. Jadi pada mak bapak tu tak payah nak rasa anak hangpa baby boleh biar berbogel atau upload gambar bogel tanpa rasa bersalah. Sekarang ni kan trend buat photoshoot baby newborn dengan gambar bogel. Tutup tang tut jer tang lain buka. Ingat dah tak selamat. Tak nampak macam korang ibu yang trendy @ urban sangat dengan buat macam tu. nampak macam mak bapak zaman paleotik,maseolitik je sebab bogelkan anak. Kalau rasa nak jadi ibu paling cool,stylo,trendy & urban ni yang patut korang buat >> 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!

Moral of the story.. Semoga semua perogol & pencabul di dunia di beri petunjuk & hidayah & kembali ke pangkal jalan sebelum nafsu mereka di rampas. hehehe

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU.Tu dia tajuk mengundang kaki kaki porno untuk datang membaca katanya. Asal sebut nafsu jer semua mula terfikir ke satu arah jer. Padahal yang berkaitan nafsu ni ada banyak perkara. Tapi tu la nafsu paling besar seorang manusia fikir adalah nafsu seks je tu yang bila sebut nafsu otak dia terus fikir adegan ranjang. Sabaq sikit noh.. Jangan sangap sangat.


Nafsu yang tak naik aku nak cerita takde kena mengena pun dengan kisah di ranjang atau kisah haram dalam semak, hokay! Ni kisah pasal makanan jer... Bukan makanan batin! Amboi hangpa..  pemikiran tu kalau tak konar baring sangat boleh tak?? Ni nak cerita pasal makanan colorful sekarang. Sebab trend sekarang kpop @ korean fashion yang memang warna warni. color block katanya. Tudung kaler lain.. baju kaler lain.. kain/seluar kaler lain.. kasut kaler lain. Kadang2 dah nampak macam ice cream padlepop pulak dia punya colorful.

Sebab kpop melanda Malaysia.. Bukan takat pakaian je.. makanan pun nak kpop jugak katanya. Kpop macam mana tu? Terbaru aku tengok roti canai warna warni.. Cantik. Ni buat menu makan beradap untuk pengantin pun nampak berseri atau hidangan untuk birthday party pun menarik tapi cuma nampak menarik je la.. Pada pandangan mata aku tak menyelerakan langsung tengok roti canai colorfull tu. Tak tau maybe faktor usia dah melangkah ke zon bangkalusia ni kan.


Tadi pun ternampak roti jala colorfull pulak... sebelum pernah jugak nampak orang upload laksam warna warni. Semua yang warna warni tu memang tak menaikkan nafsu selera aku langsung even nampak cantik. Tetap warna2 asal makanan tu jugak buat meleleh air liur.


Tu pada pandangan mata & nafsu serakah aku la.. Aku cuma cakap bagi pihak aku je jangan tetiba ada makcik2 atau minah2 ronggeng sentap pulak macam kes laksa haritu. Korang punya taste bukan sama dengan aku punya taste, ye dak??

Moral of the story... Warna warni ni yang menarik untuk kanak kanak je.. mak bapak kanak kanak selalunya tak ghairah sangat dah dengan warna warni makanan macam tu.

P/S : Semua gambar aku rompak kat google je. hehehe

PARENTING BLOGGER DEDAH ANAK PADA GOLONGAN PEDOFILIA

Adakah entri ni bakal di serang para parenting blogger? Tak kisah la.. Tapi kenyataan yang kita perlu hadap sekarang adalah begitu. Kalau tak boleh terima kenyataan itu bukan masalah aku. Aku hanya menulis tidak memaksa sesiapa sahaja bersetuju atau tidak bersetuju. Masing2 ada pendapat tersendiri.

 Sumber Google

Almaklum la surirumah.. Aku antara penonton wanita hari ni walau kadang2 aku buka je tapi tak tengok pun. Cuma dengar sambil2 buat kerja lain. Bergantung pada isu jugak.. kadang2 isu tak best pun aku tak layan. Tapi isu hari ni agak best. Isu Pedofilia. Semua orang tahu isu pedofilia ni. Walaupun dah lama berlaku tapi sekarang ni baru jadi isu besar yang di perkatakan. Dok dengar2 perbincangan ahli2 panel yang di jemput bila sentuh pasal perkongsian di laman sosial jugak salah satu faktor yang mendedahkan anak anak kepada golongan pedofilia. aku terfikir pulak pasal parenting blogger. Sebab dah nama parenting blogger selain tip2 penjagaan anak bagai.. depa jugak berkongsi cerita, gambar & aktiviti anak anak yang masih kanak kanak. Kiranya blog & FB penuh la gambar anak2 depa yang comel, yang seksi & menggeramkan orang tengok. Tanpa sedar itulah salah satu faktor yang mendedahkan anak mereka pada golongan pedofilia.

Aku pun bukan takde cerita, bukan takde upload langsung gambar anak kat media sosial.. ada jugak. malah aku rasa benda tu juga menjadi salah satu risiko untuk anak aku. Senang cakap kita semua kebanyakkan memang mendedahkan anak kita kepada golongan pedofilia. Bukan kata tak boleh langsung cuma tak perlu terlalu kerap sehingga menjadi trademark atau sinonim dengan aktiviti kita kat online. Sebabnya bila kita di kenali kerana cerita & gambar2 anak2 kita tak mustahil kita menjadi target golongan pedofilia untuk mencari mangsa.

Jangan rasa kita dah cukup protect sebab sesuatu yang buruk boleh berlaku dengan sekelip mata maka langkah pencegahan perlu kita ambil dari awal. Jadi parenting blogger tak salah.. malah membantu ibu bapa lain dalam membesarkan anak cuma tu la.. kurangkan mengupload gambar anak anak lebih2 lagi dalam keadaan yang tak sepatutnya even mereka hanya seorang bayi atau kanak kanak.

Tak nafikan sebagai seorang mak aku pun kadang seronok jugak share gambar2 anak aku tapi sebab macam2 jenayah sekarang ni aku tapis2 gambar anak aku. Even nampak comel pun kalau tak berbaju atau berseluar memang aku takkan upload. Atau gambar tu maybe bagi kita nampak sweet & seksi. Sebab kanak kanak kita rasa tak menghairahkan tapi pada golongan pedofilia.. berbeza. Kadang2 comel sangat pun depa rasa ghairah.

Mesti ada yang cakap kalau rasa nak protect sangat kurung anak dalam rumah. Upload gambar salah.. comel salah. Yelah.. yelah.. terpulang la. Cuma kat sini aku just nak cakap apa benda yang rasa kita boleh elak dari risiko tu, elak la. Memang di mana2 saja kita hidup dalam risiko tapi sekurang kurangnya apa yang boleh kita cegah kita dah buat.

Moral of the story.. Kita perlu terima hakikat kita hidup di zaman jenayah berleluasa. Apa yang jadi tak salah dulu sekarang mungkin jadi sesuatu yang tak patut kita buat. Nafsu manusia akhir zaman ni dah kembali ke zaman jahiliah. Jadi sama2 kita ingat mengingati. Peace!


P/S : aku pernah tengok ada blogger yang sanggup snap kemaluan anak perempuan dia & upload kat blog semata mata nak tunjuk effect yang anak dia hadapi. Blogger melayu Islam ok!. Bayangkan betapa terbuka sangat dia.. even seorang kanak kanak @ baby hope jangan terbuka sampai macam tu. Ni zaman jahiliah moden.


7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA

Dalam tak sedar kita yang mendedahkan anak anak kita kepada bahaya. Keghairahan kita untuk berkongsi semua perkara termasuk tentang anak anak secara langsung mendedahkan mereka kepada golongan Pedofilia. Apa tu pedofilia? Golongan yang bernafsu seks terhadap kanak kanak. Awas! Ia bukan perkara remeh malah dah ramai kanak kanak menjadi mangsa golongan Pedofilia. Kalau masih ingat arwah adik Nurin Yazimin, Pasti korang ingat bagaimana arwah di dera secara seksual oleh individu yang masih misteri sehingga hari ni sehingga meninggal dunia dalam keadaan sangat2 menyayat hati.


7 perkara ni ada yang selalu korang buat. Yelah.. yang suka up gambar anak separuh bogel atau berbogel. Anggap dia cuma seorang budak. Sebab ada golongan yang bernafsu kepada kanak kanak maka mulai sekarang sila buang gambar2 yang boleh meransang nafsu golongan macam ni..

1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Sumber Says

Yang paling banyak mak bapak buat adalah memakaikan anak anak dengan pakaian yang agak seksi even untuk seorang budak & post gambar anak dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Kita yang bernafsu normal rasa benda tu comel.. orang bernafsu gila dia rasa benda tu menghairahkan.

Kalau sayangkan anak anak.. maka bertindak mengubah semua tindakkan anda yang berisiko dari sekarang sebelum perkara buruk berlaku. Jangan rasa anak anak kita sentiasa berada dalam keadaa selamat, kadang2 perkara yang tak di ingini boleh berlaku hanya kerana kita beralih pandang ke belakang tak sampai seminit.

Moral of the story... Ia terpulang pada pilihan kita sendiri untuk protect anak anak kita


BAU SPAGHETTI BOLOGNESE BOLEH MENAIKAN NAFSU

Amboi tajuk entri ghairah sangat kan. Mesti terbeliak bijik mata engkorang semua baca kan. Betul ke bau spaghetti bolognese ni boleh menaikkan nafsu? Yer.. tu aku akui memang boleh menaikkan nafsu bau spaghetti bolognese sebab aku sendiri pun terasa macam tu bila terbau spaghetti bolognese ni..


Tapi korang jangan la fikir nafsu syahwat sangat tau.. Amboi asal sebut nafsu jer semua fikir atas katil kan? hahahaha..  Yang aku nak cerita ni pasal nafsu aku je. Aku memang kalau terbau jer spaghetti bolognese.. terus naik nafsu makan even dah kenyang pun. Aku tak tau la.. kenapa bau masam2 sos tomato yang di campur bau ayam, bawang, bawang putih, cendawan butang seolah2 menaikkan nafsu serakah selera aku hahahaha..

Tekak italy sangat kononnya.. hahahaha. Aku tak tau sejak bila aku suka makan spaghetti tapi first time makan spaghetti kat pizza hut kulim tak silap cabonara.. serius tak masuk langsung dengan tekak aku sampai aku tinggalkan memo atas meja cakap spaghetti pizza hut tak sedap langsung. lepas tu aku usya dari luar tengok budak pompuan pizza hut maki2 sebab memo tu. Tacing sungguh dia dengan memo aku kata spaghetti cabonara tu tak sedap.

Sampai la aku makan lagi spaghetti kat pizza hut jugak kat kota damansara kot kalau tak silap. Makan spaghetti bolognese tapi arabic version tak ingat nama betul dia. Baru la aku nikmati spaghetti tu.. sampai la sekarang. Kira tersenarai sebagai makanan peberet aku jugak la. Dan sekarang kalau setiap kali terbau spaghetti bolognese aku macam kucing nak mengawan jer rasa.. lagi tak dapat lagi tu telan air liur. Mujur la spaghetti bolognese benda senang je nak masak kan.. So, aku lebih suka masak sendiri.

Itulah kisah bagaimana spaghetti menaikkan nafsu aku... Nafsu makan jer. Korang je fikir lebih2 baca tajuk. hahahaha... sebab apa tajuk2 aku semua bergimik. Sebab cara ni je nak tengok mentaliti manusia yang menilai dari tajuk entri. Ada yang suka buat spekulasi dari tajuk tanpa baca isi kandungan. Biar depa termalu sendiri bila tuduhan tersasar.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com