Showing posts with label orang. Show all posts

KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN 17 PERKARA NI JANGAN MENGAKU SUKA MAKANAN JEPUN

KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN 17 PERKARA NI JANGAN MENGAKU SUKA MAKANAN JEPUN. Ramai sekarang orang Malaysia yang suka makan makanan jepun termasuk la aku. Tapi aku lebih kepada Sushi jer.. Yang lain2 tu tak ada la suka sangat makan. Lagipun restoran makanan jepun ni bukan murah jugak. Kalau menapak masuk Sushi King tu mustahil la kau nak makan sepiring Sushi je kan.. Kalau tak ada budget sangat makan je la sushi yang jual kat AEON tu. Tapi ada jugak info yang aku baca tak elok selalu sangat makan sushi sebab sushi kadang2 menggunakan bahan mentah yang memang tak di masak langsung. Dalam daging mentah macam tu katanya ada sejenis cacing ke ulat macam tu. Kalau terlalu kerap makan sushi akan membuat badan anda di penuhi cacing/ulat dari sushi tu..

Kalau kau mampu makan sushi ni Memang kau peminat makanan jepun sejati

Apapun makanan.. Bagi aku satu je. Kalau di ambil secara berlebihan memang tak elok. Makanan berkhasiat pun kena ambil dengan diet yang betul kalau tak betul cara pengambilan dia.. jadi tak berkhasiat jugak kan. So, apapun yang anda suka makan & nak makan.. Makanan la secara sederhana. Insya Allah.. Makanan tu dapat memberi manafaat kepada tubuh anda.

Bagi yang suka makanan Jepun ni.. Memang kita boleh nampak dari reaksi dia secara semulajadi. Yang acah acah konon suka ni memang takkan mampu jadi macam penggemar tulen makanan jepun. Almaklum la orang sekarang konon nak nampak dia macam selera international katanya.. Tak main la tempoyak.. sambal belacan bagai. Tak western food.. Korean Food atau Japanese Food jer. Apa barang makan nasi goreng petai katanya.. Takde kelas.. Makan sushi salmon mentah lagi sedap ok! Hanya orang ada - ada je pandai makan salmon mentah hahahaha.

Tu dia.. betul ka hang memang jenis selera jepun ka acah acah ja. Padahal balik rumah hang bantai nasi lauk gulai tempoyak jugak. Kalau hang ada kaitan dengan 17 perkara ni baru boleh mengaku hang memang penggemar makanan jepun >> 17 Perkara Yang Membuktikan Anda Penggemar Makanan Jepun << Kalau tak ada 17 perkara mengaku je la.. Hang sebenarnya selera kampung ja macam kami. hahahahaha

Moral of the story.. tak salah anda nak suka makanan apapun selagi ia halal & dalam kemampuan poket nak membayar. Tak payah la selera macam anak Tan Sri tapi kemampuan setakat macam anak orang biasa biasa jer. Sebab tu ada pepatah mengatakan.. Ukur baju di badan sendiri.. Kalau ukur baju kat badan orang kalau tak sempit dia semput la. Tak payah nak menyusahkan diri hanya nak memenuhi permintaan nafsu serakah.

MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA

MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA. Perkataan hawau yang berasal dari Melaka sekarang bukan orang melaka je suka guna.. Dah jadi satu perkataan yang 'hipster' di gunakan kebanyakkan orang serata negeri. Almaklum zaman generasi 2000an katanya... Selalu je aku nampak perkataan 'hawau' ni di gunakan secara berleluasa di media sosial.. Nak juga tahu apa maksud di sebalik perkataan hawau. Mencarut ke? memaki ke?


Kalau kat kedah.. sebut hawaq. Selalunya di kaitan dengan penyakit untuk ayam atau di gunakan untuk meluahkan perasaan marah pada seseorang. Kalau tak marah pun kategori gurau kasar jugak la.. Contoh ayat.. "hawaq sungguh perangai hang ni?" Mengambarkan perangai sipolan tu memang buruk. Tapi lagi satu perkataan yang dekat2 nak sama sebutan macam hawaq iatu kawaq. Kawaq ni adalah gelaran pada pencuri atau penyamun la. Contoh ayat.. "Semalam rumah Man Terekta kena masuk kawaq. Habis barang kemas bini dia kena sapu. " Tu kalau dalam loghat negeri kedah. Saja ja bagi pengenalan.

Tapi kalau untuk orang melaka.. Hawau ni bermaksud.. 'Tak guna kau." lebih kurang macam tu la. Orang melaka gunakan perkataan ni mungkin untuk sembang2 santai.. gurau senda katanya. So, ia tak menjurus kepada untuk memaki hamun orang lain. Tapi bergantung pada niat jugak. Kalau memang niat dia nak marah someone dengan perkataan hawau ni.. Maka perkataan tu menjurus kepada niat yang tak baik.. maka boleh jatuh dalam kategori carut jugak la kan.

Mungkin sesetengah orang tak selesa menerima perkataan macam ni even dalam gurauan sebab mungkin mereka rasa agak biadap & ada certain orang ok jer.. Macam aku ni memang jenis kasar so setakat nak gurau camtu aku boleh terima lagi cuma untuk guna perkataan tu aku masih janggal. Maybe sebab aku orang kedah hahahahaha

Moral of the story..  Apa yang kita rasa tak salah di sebut pada orang lain belum tentu benda tu tak mendatangkan masalah. So tengok - tengok juga dengan siapa hangpa nak ber 'hawau'. Kang tak kena orang terus dia label hangpa.. Kurang ajar. Peace Yo!

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK. Dimana ada cerita seram, misteri & mistik di situ juga ada blogger puaka lekatlekit. Aku pun mistik & misteri jugak. Boleh menjelma macam2.. kejab macam wartawan, kejab jadi chef kejab macam ahli paranormal katanya.. Di sebab tu blog lekat lekit ni banyak segmen.. Sekarang kita di segmen seram serik lekatlekit yer.. Dimana hari ni aku nak share satu kisah seram. Yang berlaku pada seorang surirumah yang tinggal di kawasan rumah teres dekat perak.


Alkisahnya seorang perempuan ni.. Merangkap seorang isteri & ibu yang tidak bekerja. Macam aku juga la surirumah cuma beza aku  bekerja juga melalui blog ni.. dia tak tau ada tak buat kerja2 sampingan tambah pendapatan di rumah.. Tak kenal pulak aku nak interview lebih2 pasal dia kan. Semua tu tak penting.. Yang penting dia ada kisah seram yang boleh di isi dalam segmen seram serik lekatlekit ni..

Dia ni takde masalah apa apa cuma masalah dia dengan jiran misteri yang menyeramkan je. Dia tinggal di kawasan rumah teres kat perak. Taman perumahan apa jangan tanya ok! Cheq tak tau.. Laki dia ni kerja pagi balik malam. Almaklum la zaman Ah Nang Jib kena kerja kuat kalau tak memang tak cukup nak menampung apa2 yang bocor.

Tapi yang buat dia rasa seram, takut, gigil & kawasan sewaktu dengan dia adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran dia ni laki bini tak kerja secara apa yang dia nampak dengan mata kasar la. Kot2 depa kerja secara online & beroperasi dalam rumah je pun tak tau la kan. Wallahualam. Tapi yang misterinya depa ni jarang keluar rumah. Memasing bertapa dalam rumah 24 jam sehari. Erk... aku pun sama suka terperap dalam rumah. gamaknya jiran2 aku rasa aku pun misteri & menakutkan tak? hahahaha.. Jangan judge sesuatu yang kita tak tahu.. Boleh jadi yang berlaku tak sama apa yang kita fikirkan. Macam aku.. orang memang rasa aku terperap dalam rumah tapi sebenarnya aku bekerja dari rumah. Opis dalam rumah katanya.. Jadi waktu Office hour takkan nak merayap kot. hehehehe. Tapi jiran dia ni memang lain macam...

Pernah sekali perempuan ni tegur isteri jiran dia tapi bukan di balas teguran tu malah dia memberi reaksi yang menakutkan pulak. Dia cuma beliakkan mata & jalan terus masuk rumah. Sampai dah masuk dalam rumah.. depan pintu still mata dia tak lepas pandang perempuan yang tegur dia tu. Berdiri habis bulu2 yang ada bila di pandang macam tu. Memang kalau aku pun rasa pelik, seram,misteri & mistik jugak

Lepas dari kejadian tu dia memang tak berani lagi tegur jiran dia.. Tapi nak di jadikan kisah seram pada satu petang yang dah dekat nak masuk maghrib. Dia nak angkat kain kat jemuran tetiba dia nampak jiran dia (suami isteri) macam sedang bercakap dengan seseorang dekat buaian rumah depa. Bila dia tengok atas buaian tu tak ada sesapa dia jadi pelik. Tapi dia cuba juga berbaik sangka.. Maybe cakap guna hand free yang letak kat telinga tu.. Dalam berbaik sangka tetap ada rasa buruk sangka. Sebab jiran dia tu pun perangai pelik. So cepat2 dia masuk rumah

Lepas dah siap uruskan anak dia pun ambil wuduk & solat maghrib. Lepas solat tu tetiba rasa nak jenguk keluar dari tingkap. Dia selak la langsir tengok rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. bila secara tak sengaja dia ternampak ada satu lembaga berdiri tegak tanpa gerak walau seinci. Fizikal & rupa dia katanya sama macam pontinak yang selalu dia tengok dalam filem seram. Dengan Pakaian dia putih lusuh, rambut panjang smpai lutut. Lembaga tu memerhatikan dia macam tau tau je orang tengok tengok dia. Habis longgar semua skru kepala,bahu,lutut kaki.. lutut kaki. Ops.. sorry ternyanyi lagu didi & friends pulak. Gigil baqhang! Gila kau tak seram kalau dah nampak dengan mata kasar macam tu... Boleh kena strok ok! hehehehe

Dalam keadaam menggigil & terketar dia cari phone nak call suami dia suruh balik cepat. Apa lagi malam tu meracau tak ingat la perempuan tu jadinya. Semenjak kejadian tu rumah dia selalu sangat terbau bangkai yang terlalu busuk selepas suami dia pergi kerja. Tiap kali tidur dia akan terkejut. Anak dia pun kerap menangis. Suami dia jadi panas baran. Katanya sebelum dia nampak lembaga tu.. pagi sebelum tu dia nampak jiran dia macam sedang berzikir dengan kepala tersengguk sengguk belakang rumah. Dia sempat rakam guna phone bila dia tunjuk kat suami dia.. lepas tengok muka suami dia jadi pucat & suruh dia padam video tu. Suami dia taknak jadi bukan2 kalau dia simpan video tu. Apa yang suami dia nampak dalam video tu? jeng jeng jeng.. aku pun tak tau. Mungkin something yang menyeramkan...

Tiap2 malam katanya dia dengar bunyi ketawa yang bukan ketawa manusia dekat dengan tingkap bilik tidur dia. Suara dia sayup sayup jer... tapi bila dia kejutkan suami dia minta tolong tengok tengokkan siapa yang ketawa.. bunyi ketawa tu hilang. Bila suami dia tidur, bunyi ketawa tu kembali. lepas puas ketawa dia ketuk tingkap guna kuku pulak. Serius seram katanya..

Yang paling tak boleh blah.. Lepas semua kejadian tu tetiba isteri jiran dia datang rumah bagi bubur kacang sambil melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Mengucap panjang la cik akak tu. Nak jamah bubur kacang tu? Kirim salam la.. kalau aku pun tak makan. Entah apa yang di hembus & letak dalam tu.. Bab ni kalau aku pun susah nak berbaik sangka dah.

Gila beb kalau dapat jiran penuh misteri & mistik macam ni.. Nak tuduh membela saka ke hapa tak boleh sebab kita tak ada bukti. Boleh jadi dia pun terkena gangguan & sedang berusaha menghalau gangguan tersebut.. tu dia punya baik sangka kan aku. hahahaha. Kalau duduk rumah sewa boleh la cari rumah lain kalau rumah sendiri takkan nak jual rumah tu beli rumah lain. Nak2 rumah yang ada pun belum habis bayar. Rumah sekarang mahal nak mampus katanya. Nak2 lagi area lembah klang ni..

Apapun.. semua yang berlaku dengan izin Allah.. Maka kepada Allah juga kita perlu memohon pertolongan. Tiada apa yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah yang maha besar.

Sumber asal cerita

3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK

3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK. Untuk menjadi seseorang yang bermotivasi kepada orang lain kita tak perlu nak cari publisiti untuk dapatkan populariti. Orang yang popular sekarang ni kadang2 nothing pun.. Kadang2 dia popular sebab kebodohan dia sendiri atau bijak mengambil kesempatan & peluang padahal apa yang ada dalam diri dia tu biasa - biasa jer kan.. Yang betul2 patut di angkat menjadi bermotivasi tu kadang2 tenggelam sebab mereka sangat low profile & terus positif menjalani hidup.


Kat Facebook ada beberapa orang kawan yang aku suka sangat tengok aktiviti & membaca cerita2 mereka.. Sangat memberi motivasi & inspirasi pada aku. Bagi aku mereka antara orang2 yang positif aku kagumi walaupun mereka bukan la dok up kata2 peransang atau motivasi tapi dengan membaca cerita tentang hidup & aktiviti mereka walau tidak terlalu peribadi.. Yelah.. walaupun aku di label negative person manjang.. Tapi aku pun manusia.. Tak semua orang aku pandang negative je kan. 

Orang yang positif tak memandang orang lain negatif.. Kalau kita asyik dok mencebik dengan orang tu ni.. Tak suka orang tu ni.. Kita pun ada sikap negatif jugak jadi tak payah bajet positif & semulia mulia manusia sangat la kat media sosial.


Kat Facebook aku orang2 yang konon acah2 depa la paling positif bukan nak sangat berkawan dengan aku.. Kalau pun depa friend.. depa unfollow kan ataupun depa unfriend & blocked je aku.. Tapi sebenarnya masih lagi kawan2 yang tak acah2 orang positif namun masih melihat aku ada positif & negatifnya & masih sudi berkawan dan beramah mesra di facebook.. cuma nak letak kat sini semua sekali memang tak cukup space la hahahahaha.. Jadi aku pilih 3 orang yang aku rasa situasi yang mereka hadapi tu boleh memberi motivasi pada kita yang mungkin tidak di hadapkan dengan ujian hidup macam mereka tapi mereka still positif dengan apa yang di takdirkan pada mereka & berusaha untuk menyebarkan sesuatu yang baik sebagai peransang kepada orang lain yang mungkin senasib dengan mereka... Kalau kita baru di uji dengan tak dapat nak makan sedap pun dah penuh wall mengadu maka malulah dengan mereka2 yang di uji lebih hebat dari tak dapat makanan sedap...


Dayang Deno


Nor Atikah Norbaki

Shahada Fauzi.

Kalau korang nak berkenalan dengan mereka boleh la terus ke FB mereka. Insya Allah mereka antara kawan2 yang post2 mereka jarang nak buat orang lain sakit hati. Hahahaha...

Selalu aku dok baca caption pengamal media sosial yang acah2 positif.. konon nak jadi seorang yang positif kena berkawan & bergaul dengan orang2 positif. Tapi bagi aku yang sama banyak positif & negatif ni, mustahil la kita mampu jadi sentiasa positif setiap masa. Kadang2 kita akan jadi negatif pada sesuatu perkara atau seseorang yang kita tidak suka. Orang yang kita nampak sentiasa positif tu pun ada hari dia negatif jugak...



Tapi kebanyakkan aku dok nampak orang yang konon tak suka di kelilingi orang2 yang beraura negatif katanya.. dia sendiri pun penuh aura negatif. Contoh dia konon tak suka orang yang suka menyindir so dia keluarkan status menyindir golongan tersebut.. Tanpa sedar dia sendiri buat perkara yang konon dia anggap negafif & dia tak suka. Jadi kesimpulannya.. Perbuatan dia tu negatif ke positif? Jawab sendiri lah yer... hahahahaha. Kalau dalam diri sendiri pun asyik pandang negatif kat orang lain tak payah salahkan orang2 sekeliling kau sangat la kan yang menyebabkan kau jadi tak berapa positif.. hahahaha

Moral of the story.. Manusia normal la ada positif & negatif. Selagi kita ada hati & hati kita masih mampu merasa selagi tu kita ada emosi yang up & down. Tapi ada cara kita nak ubah emosi yang sendu. Apapun cara kita ekpresi & kawal emosi tu membezakan kita dengan orang lain.Ada orang jenis apa dia rasa semua dia nak orang tahu kat media sosial.. Tu ada yang marah kat laki, marah kat anak, marah kat mak bapak semua dia tulis... So belajar mengawal apa yang kita nak tulis terutama ketika dalam keadaan beremosi.

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.

Ni contoh meme yang di buat dengan tujuan bergurau guna wajah orang lain. Sungguh biadap. Ni version english yang version melayu pun semalam aku tengok bersepah friendlist kat facebook aku share sambil tag nama kawan2 mereka yang berkenaan.

Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.

Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.

Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.

Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.

Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN. Kita dah biasa dengan cara hidup yang di ajar Islam iatu meraikan tetamu sebab tetamu adalah pembawa rezeki tak kira tetamu tu kawan, adik beradik, ipar duai, mertua ke sapa.. Tapi selagi mereka datang menziarah kita tu di kira tetamu la walau jiran sebelah rumah yang tiap2 hari kita bersidang dengan dia tepi pagar.

Sumber gambar Google

Rasanya tak kira apa bangsa sekalipun memang meraikan tetamu.. paling tidak menghidangkan minuman. Benda tu kira kebiasaan yang kita buat bila menerima tetamu. Pernah tak berlaku walau tetamu tu lama jugak bertandang kat rumah kita tapi dia tak sentuh atau rasa pun minuman kita hidang? Aku tak pasti la tetamu aku ada tak macam tu tapi aku memang pernah menjadi tetamu yang macam tu di mana aku tak minum langsung air yang di hidang. Ada la sebabnya aku buat macam tu...

Kira kejadian ni baru lagi la.. Rumah siapa aku bertandang tu tak payah aku nak detail sangat bagitau bagi menjaga aib orang2 yang terlibat tapi perkongsian ni sekadar pengajaran & peringatan untuk kita semua.. Memang aku tak minum sampai balik. Even selalu aku minum je apa di hidang.. sebabnya masa nak buat air depan aku laki bini bergaduh pasal nak buat air je. Yang si laki injured sikit so pergerakkan jadi terbatas di tambah lagi menahan sakit ni nak buat apapun rasa tak berdaya. Yang si isteri ni sebab dah biasa laki dok buat semua tu macam tak boleh bertolak ansur langsung. Nak buat air pun sampai bertekak & bermasam muka. Kita yang kat depan ni terpinga pinga pulak.. tak tau nak lari keluar ke nak tunggu. Tak sedap jugak dok mengadap laki bini bergaduh walau gaduh anak anak je kan..

Timbul rasa tak best & rasa macam menyusahkan orang pulak kan.. Aku bukan nak minum sangat pun. Lagipun memang time baru sangat lepas makan laksa & sirap bandung kat restoran Selera D Klasik. Cuma dahaga tu ada jugak. Tapi ku tahan dahaga sampai balik.. Aku tak minum. Lagipun air tu tak siap tuang dalam gelas.. konsep nak minum baru tuang dari jug jadi tak rasa bersalah sangat la kalau tak minum.

Bukan apa.. Aku ni jenis imaginasi memang liar ok! Orang tengah marah buat air ntah dia ludah ker kan.. hahahaha. Tapi alasan paling tepat sebenarnya tak tertelan pulak air orang buat tak ikhlas ni. Nanti ada pulak pertikai yang dok minum kat kedai tu kau tau ke dia ikhlas ke tidak buat air kat kau!! hello yang tu kena bayar.. Dia punya pasal la tak ikhlas. Tu antara dia dengan Allah tak ikhlas melakukan kerja dia yang di bayar gaji. Ni bila bertamu mana ada orang bayar lepas minum beb!! So, lain situasinya.

Kat sini tolong la.. even kau marah laki atau bini kau jangan bergaduh depan orang. Masing2 dah bangka tolong la jangan berperangai seperti kanak kanak rebina. Even kau tak marah tetamu tapi tetamu akan terasa jugak. Nak bertekak tunggu la tetamu balik. Bukan setahun pun dia nak melukut dalam rumah kau tu.. Kalau dah setahun bukan tetamu lagi tu dah namanya menghuni. So, bersabar sikit sementara tetamu nak balik yer.

Tapi kalau nak buat tetamu suka kena tahu jugak taste tetamu kan. Kadang2 tak kena taste pun tetamu tak minum atau jamah apa yang kita hidang. Jadi kalau nak tau taste orang sekarang meh try tengok kat sini >> 8 Pilihan Hipster Malaysia Yang Akan Membongkar rasa ribena sebenar << Asyik hidang minuman berkafien je kan.. sesekali kena try jugak hidang menu hipster di rumah hehehee

Moral of the story.. Kita dari kecik mak bapak pesan jangan buat perangai depan tetamu walau kita still buat dah besar jangan tunjuk contoh tu kat anak pulak nanti anak ikut kau jangan nak marahkan anak. Ingat tetamu itu datangnya membawa rezeki kalau dia bertamu dengan niat baik la.. Kalau dia bertamu sebab niat di sebaliknya mungkin dia membawa malapetaka jugak hehehehe. Manalah tau dia bertamu sambil bawa bunjut kuning kemudian dia senyap2 selit celah sofa rumah kita tetiba malam2 kita tidur di hantui gangguan seram.

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET. Internet dengan kehidupan manusia zaman sekarang bagaikan aur dengan tebing, isi dengan kuku, adam dan hawa...bla. bla.. banyak lagi perumpamaan yang mengambarkan betapa manusia zaman sekarang tak boleh berpisah dengan internet. Nak2 lagi internet sekarang dah jadi salah satu keperluan bagi mereka yang bekerja secara online tak kira kerja dia tu jadi sumber pendapatan utama atau sampingan macam aku ni. Aku pun kalau tak ada internet pun susah jugak. kena resign la jadi blogger kalau tak ada internet. Tapi setakat bercuti seminggu dia dari internet rasanya boleh lagi kot.. hahahaha


Manusia & internet sentiasa connect tak kira masa & di mana saja berada.Sekarang ni kat kawasan kampung pun dah banyak tempat ada talian internet. Kampung aku pun tak ada masalah dengan talian internet. Cuma streamyx @ unifi je tak ada access kat sana.. Dah lama sejak trend orang curi kabel telekom tu. Asal pasang hilang.. terus TM merajuk sampai sekarang. Untuk maxis tu ada.. Yang lain2 tak sure sebab adik beradik aku kat kampung guna maxis. Kadang2 balik kampung pun aku belasah guna wifi depa jugak hahahaha.

Walaupun kawasan kampung dah di naik taraf.. dah ada access internet tapi bukan semua kampung. Kalau yang pendalaman tu memang kebanyakkan memang belum ada access internet. Kalau dapat pun sipi2 je line dia. Bayangkan la kalau korang jenis membesar di bandar. Nak dapat access internet semudah petik jari. Kalau data internet kat telefon habis.. boleh je lepak mana2 restoran & cafe yang ada free wifi.. Tapi bila balik kampung jangan berangan la nak dapat wifi free.. Data plan yang korang ambil pun jadi tak berguna lagi masa tu. Gamaknya korang boleh tak bertahan paling lama seminggu kat kampung???

Kebanyakkan manusia zaman sekarang dia boleh bertahan tak jumpa atuk nenek kat kampung tapi cannot tahan kalau tak dapat access internet walau sehari. Nak2 lagi yang jenis macam ni >> 5 Ciri Orang Yang Tak Boleh Hidup Di Tempat Yang Tiada Access Internet  << Silap haribulan boleh jadi stress yang melampau. Boleh menyebabkan tekanan emosi katanya hanya kerana tak dapat access internet je. Bahaya kan? Jadi kalau korang jenis gagal mengawal ketagihan melayari internet, better elakkan diri berada di tempat yang tiada access internet. Risau pulak aku tetiba mati bunuh diri pulak sebab tertekan tanpa internet katanya.

Moral of the story.. Memang la bagi sesetengah orang internet jadi satu keperluan tapi kena control jugak obsesi kita terhadap internet. Ada masa kita perlu berehat dari semua teknologi yang kadang2 membuatkan kita jadi semakin jauh dengan orang lain terutama keluarga. Jangan kerana internet buang emak buang saudara.. tak elok tu!!

ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN

ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN. Aku ni bukan la musuh kepada golongan antivaksin. Lantak depa la tak mau vaksin anak depa. Tu apa yang mereka percaya & yakin. Hak mereka cuma apapun pilihan kita make sure benda tu tak menyusahkan anak anak kita atau anak anak orang lain. Tak nak vaksin maybe depa mengamalkan kehidupan & pemakanan yang sihat bagi membina antibodi yang kuat pada anak mereka. Jangan kau nak anti sana sini.. Tapi jaga kesihatan anak ala kadar jer...

Ini Imaginasi seorang anti vaksin. Tengok gambar pun seriau ok! hahaha

Cuma kadang2 tahap extreme golongan antivaksin menampakkan kebodohan sendiri. Semua benda depa nak compare semata mata nak membetulkan apa yang mereka percaya. Terbaca satu status yang di kongsikan di facebook yang nak buat perbandingan konon penganut hindu ni rilex je tak makan ayam & daging. Cuma makan sayur jer.. Konon anak orang Islam ni nak berpantang makan jajan pun macam tak boleh. Bila sakit salahkan anak golongan anti vaksin .Orang hindu ni lebih hebat la kot bagi dia berbanding orang Islam sebab boleh hidup tanpa sedikit pun teringin nak makan daging berbanding anak orang Islam.. dengan jajan pun dah tewas.

Tak tau nak komen macam mana. Kali pertama baca status ni aku membayangkan si penulis macam tengah mamai baru bangun tidur. Merapu sangat aku rasa perbandingan dia cuba buat untuk menyindir golongan pro vaksin ni. hahaha. tak semua golongan vegetarian menolak vaksin walau mengamalkan pemakanan yang sihat ok! Tajuk entri aku tu mengambarkan apa yang di tulis dalam status ni la. Dari pasal orang india tak makan daging tetiba ending dia pasal vaksin hahaha. Mungkin dia maksudkan dengan mengelakkan makanan yang tidak sihat seperti jajan tak vaksin pun anak tetap akan sihat la kot. Tapi cuma dia guna contoh orang india tak makan daging tu macam tak kena je.  Sebab bukan semua orang india tak makan daging cuma tak makan daging lembu je.

Ok... Pertama aku nak cakap tak semua penganut agama hindu itu vegetarian. Iatu tidak makan daging atau apa2 haiwan berdarah ni. Sebab kebanyakkan penganut agama hindu cuma tak makan lembu sebab kepercayaan agama & amalan turun temurun yang tidak makan daging lembu tapi kambing, ayam & haiwan lain depa makan je. Kecuali kalau depa berpuasa untuk ritual keagamaan, time selalunya depa berpantang dari makan apa2 jenis daging atau haiwan berdarah ni. Tu cuma untuk puasa. Memang ada penganut agama hindu yang memang seumur hidup tak makan apa2 jenis daging tapi bukan semua. Malah bukan hindu je ada yang vegetarian malah Chinese pun ada vegetarian. Aku tak sure golongan vegetarian ni cuma amalan atau berkaitan dengan kepercayaan agama.

Sedikit info kenapa orang india tak makan daging lembu. Bukan penganut agama hindu je tau.. Tapi sebab amalan turun temurun. Kebanyakkan orang India di negara India memang tak makan daging lembu katanya

Kalau kata orang hindu mampu menahan nafsu dari tak makan daging atau ayam.. Kau tak nak pulak sebut orang Islam memang tak pernah makan daging babi & nampak daging babi pun tak pernah rasa terliur malah rasa geli even terbau masakan dari daging babi je pun, tak hebat ke? Lagi dahsyat pegangan orang Islam ni berkaitan daging babi. Takde pulak kau nak mengangkat orang Islam dengan menjadikan daging babi sebagai contoh. Kau rasa penganut agama hindu yang vegetarian ni lebih hebat dari orang Islam yang nak elak dari makan jajan pun tak boleh. Benda tu bukan sebab hebat ke tidak.. benda tu berkaitan amalan yang di lakukan dari zaman tok nenek moyang depa. Amalan tu bukan bermula dari tahun 2000an ok! Sejak lahir depa dah di ajar tak boleh makan daging, macam orang Islam jugak dari kecil di pratikkan & di beri didikan tentang agama Islam melarang umatnya dari makan babi. Tapi jajan ni sebab benda tak di haramkan makan, maka kau jangan nak compare sangat la dengan amalan agama lain tu lebih hebat dari cara hidup orang Islam. Padahal jajan ni bukan anak orang Islam je makan.. anak orang hindu pun ramai yang makan jugak kot. Kau nak sarcasm orang2 yang pro vaksin biar la kena gaya sikit. Perbandingan yang kau guna tu memang tak sesuai langsung kau nak kaitkan dengan pengambilan vaksin bagai. Kurang bijak sangat status kau tu beb!

Kelakar sungguh kadang2 golongan antivaksin ni.. Bukan sebab mereka memilih menolak vaksin tapi cara mereka cuba memberi kesedaran pada orang supaya menolak vaksin tu yang kelakar. Tak salah pun kau nak nak jadi anti ke pro ke.. Tu pilihan masing - masing cuma fikir dulu la sebelum mengeluarkan pendapat, sindiran atau kecaman pada orang. Jangan benda tu nanti jadi bahan troll orang je.

Moral of the story.. Biasa la manusia ni ada macam macam jenis perangai. Jangan kata kat laman sosial je boleh jumpa manusia yang macam2 perangai malah dalam keluarga kita pun ada macam2 perangai pelik macam ni >> 5 Karektor Pelik Yang Selalu Kita Jumpa Dalam Keluarga. Jom tengok Anda Ada Tak Perangai Macam ni << Jadi apa nak pelik kalau jumpa golongan acah acah pakar membuat kiasan walaupun kiasan dia tu tak menjadi. hahahaha

P/S : Entri ni bukan nak membandingkan dengan mana2 agama.. cuma nak sekolahkan akak yang buat status tu jer. Setiap agama ada amalan & cara dia tersendiri.

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS. Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer...


Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar.

Tapi bila tiba masa kau perlu pulang kepangkal jalan.. Ya Allah nak lipat sepasang baju pun rasa macam nak lipat jubin lantai punya berat & kerasnya. Apatah lagi nak melangkah keluar dari pintu rumah masuk kereta & bergerak. Rasa macam nak doa supaya tetiba masa terhenti kat situ & boleh enjoy lagi percutian di kampung sampai puas. Bagi orang yang tak ada kampung atau tak pernah tinggal berjauhan dari keluarga mungkin tak pernah rasa 6 perasaan yang paling mencengkam jiwa ni >> 6 Perasaan Paling Trajidis Dirasai bila cuti di kampung dah habis <<

Jadi bila dapat cuti balik kampung berkumpul dengan semua ahli keluarga tu hargailah masa bersama tu sebaik mungkin. Benda2 remeh tu tak payah nak ambil hati atau merajuk sangat. Masa kecik2 bergaduh sampai tarik rambut pun boleh jugak berbaik & lepak ramai2 depan TV takkan dah tua2 dah matang silap sikit merajuk bawa diri macam nak putus silaturrahim. Bila kita semakin dewasa, masa kita bersama keluarga agak terhad sebab masing2 dah ada keluarga sendiri.

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA. Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya.


Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan semua orang pernah rasa menu ni.

Cara nak buat dia pun tak susah.. Bihun goreng tu buat macam bihun goreng biasa jer. Kuah laksa pun buat macam kuah laksa yang biasa jugak. Kalau tak reti nak buat kuah laksa boleh rujuk kat entri ni >> Resepi kuah laksa << Kalau tak reti nak buat bihun goreng tak apa akak boleh tolong bagi resepi

Bahan2 dia..

Bihun (rebus sekejab bagi lembut tapi jangan lembik ok)
Sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis (kalau ada. Kalau tak ada tak perlu)
cili serbuk
kiub pati ayam
taugeh
kucai
daging ayam
fishball (kalau tak ada tak perlu)
bawang merah & putih (untuk menumis)

Antara bahan2 nak memasak bihun goreng. Tapi tak semua ada dalam gambar. hahaha

Mula2 bancuhkan bahan2 pes dia seperti sos tomato,cili,kicap manis,kicap masin,cili serbuk. Campur semua dalam satu mangkuk tambah air sikit kemudian kacau sampai sebati. Panaskan minyak tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam & goreng sekejab. Masukkan pes yang di bancuh tadi, masukkan kiub pati ayam  & masukkan fishball kalau ada. Masak sekejab kemudian masukkan kucai & bihun yang di rebus. gaul hingga semua bahan2 sebati. Akhir sekali masukkan taugeh. Masukkan garam kalau rasa tak cukup masin. Gaul rata kemudian padamkan api & boleh di hidang.

Bahan2 lauk dia macam ayam, fishball tu bergantung pada korang. Kalau nak tukar guna udang, sotong atau2 apa2 seafood yang korang rasa sedap. suka hati la.

Maka Hasil dari meronggeng kat dapur lekat lekit katanya.. Inilah rupanya bihun goreng kuah laksa.

Macam ni gambar rupa paras bihun Goreng Kuah Laksa. sedap jugak kalau di makan bersama sambal sotong.  

Jadi yang tak pernah dengar pasal bihun goreng kuah laksa tu sila la cuba yer. Insya Allah sekali cuba nak lagi & tak menyesal punya. Makanan orang kedah ni normally memang sedap sedap. hehehehe

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT. Zaman dah berubah maka cara hidup manusia pun berubah jugak la. Takkan la kita hidup zaman 2000an tapi cara hidup masa zaman 50an pulak kan? Tak kira la miskin ke kaya.. Cara hidup kita tetap akan ikut peredaran zaman. So memang tak sesuai nak buat perbandingan hidup zaman dulu & sekarang. Zaman pun dah berubah jadi semua benda tu turut kena berubah jugak la. selagi ia tidak melanggar batas batas agama jadi perubahan tu tak salah. Kita memang kena hidup ikut peredaran zaman supaya kita tak ketinggalan banyak perkara yang boleh buat orang akan ambil kesempatan pada kita.


Macam tu jugak cara orang sekarang pergi bercuti. Kalau zaman dulu, zaman sebelum kewujudan teknologi smartphone & internet paling2 gadget yang nak di bawa pun camera je. Percutian memang kadang2 planning punya lama almaklum la nak kumpul budget pergi bercuti. Lebih2 lagi orang kampung.. Yang nak pergi bercuti pun tunggu ada orang buat rombongan. Kalau kepala yang buat rombongan tu selalunya akan bagitau 2 atau 3 bulan lebih awal pasal perancangan nak pergi bercuti tu. Yelah nak kumpul peserta rombongan lagi, nak booking bas, nak kutip duit tambang & penginapan peserta rombongan bukan senang. Nak2 lagi yang tak boleh bayar sekaligus.. So, kena ambil masa sekurang kurangnya 3 bulan untuk kumpul duit nak bayar tambang ikut rombongan tu. Walaupun tambang tu murah je.

Bila dah cukup semua selalunya perjalanan depa malam la. Kononnya esok pagi sampai boleh terus jalan jalan dah. Jimat la satu malam duit hotel. Bukan tu jer.. siap masak tu bekalan makanan sepanjang perjalanan. Makcik aku dulu cerita dia siap buat lauk yang boleh tahan 3 4 hari untuk bekalan makan dia masa pergi melancong katanya. Walau dalam negara. Tapi kisah makcik aku tu kisah zaman 70an kalau tak silap. Masa tu dia dah sampai langkawi yang mana time tu masih tak membangun & banyak kesan2 sejarah penuh mistik. Sekarang pergi langkawi nak tengok beras terbakar pun tinggal yang dalam balang jer. Dah tak ada kesan tinggalan sejarah dia. Habis orang kutip. makcik aku masa muda memang kaki berjalan. Dia tak kisah bab makan atau bab membeli belah sangat.. Asalkan cukup tambang dia pergi berjalan dia on jer... Sekarang ni sebab dah uzur kadang2 ajak jalan jauh dia dah tak larat. Hatta nak bawa pergi thailand pun dia dah tak daya katanya. Tapi masa zaman ada kudrat dulu dia dah sampai.. so dia dah tak kisah.

Tu dia punya struggle orang dulu2 nak pergi bercuti dengan cara rombongan style katanya. Kalau tak ada orang anjurkan rombongan macam tu tak merasa la nak jalan jauh ke negeri orang. Almaklum la.. orang kampung dulu2 bukan semua senang senang. Zaman 90an pun ramai yang masih susah lagi. Tak macam sekarang.. Memang rombongan macam tu dah tak ada orang nak buat. Lagipun sekarang kena permit bagai.. maka rombongan macam orang dah tak berani nak anjurkan. Takut jadi apa2 masa dalam perjalanan tu.. tak ada orang nak bertanggungjawab.

Tapi tu la walau susah orang dulu dulu nak pergi bercuti tapi percutian mereka memang di nikmati sepenuhnya. Memang tempoh percutian tu di isi dengan menjelajah ke tempat2 yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup mereka mampu kunjungi. Tak macam orang sekarang pergi bercuti kadang2 habis masa dengan online atau bercuti dengan style macam ni >> 6 Jenis Style Orang Sekarang Pergi Bercuti Yang Tak Sama Macam Orang Dulu Dulu <<. Almaklum la orang2 sekarang nak pergi bercuti anytime boleh & macam2 cara dorang boleh pergi bercuti. Nak jimat boleh backpackers style.. kalau budget lebih boleh bercuti honeymoon style katanya.

Moral of the story.. Orang sekarang kadang2 sebab terlalu senang & selesa susah untuk menghargai masa sebab tu la pergi bercuti pun masing2 sibuk dengan smartphone.

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha


Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.

Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<

Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP. Personaliti. Kalau ada yang masih tak faham apa tu personaliti meh sini den nak explain secara ringkas supaya korang semua faham.


Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. tu dari wikipedia mungkin susah sikit korang nak faham tapi untuk senang faham personaliti ni merangkumi perwatakan, perlakuan & tindakkan bila berada dalam sesuatu situasi. Faham kan? Tak paham nanti korang mentelaah sendiri.

Dalam nak memilih kawan bukan sekadar mengenali perangai, personaliti dia pun kita kena kenal untuk pastikan samada kita boleh serasi atau tak. Personaliti seseorang jugak mengambar perwatakan seseorang. Biasa la manusia ada macam macam personaliti  berbeza yang mungkin ada orang suka & tak suka.

Zaman sekarang serba canggih. Tak payah pakai geluk jampi nujum pak belalang boleh tilik macam macam perkara katanya. Dari laptop pun korang dah boleh melihat personaliti seseorang. Tapi macam mana nak tahu personaliti seseorang melalui laptop yang dia guna? Meh tengok kat sini >> Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Member Melalui Jenis Laptop. Tak Caya, Baca Ni! << Kalau macam aku pakai pc jer macam mana gamaknya nak menilai personaliti aku? Sebab tak ada cara nak kenali personaliti pc user macam aku ni maka aku akan terus misteri. hahahahaha.

Moral of the story.. personaliti berbeza tak semestinya tak serasi. Kadang2 personaliti yang sama tu membuatkan seseorang tu jadi tak serasi sebab sering bersaing sesama sendiri. Kalau persaingan sihat ok la.. Tapi yang banyak berlaku bila persaingan tu di iringi dengan rasa dengki mula la berlaku khianat mengkhianati.

SEBELUM MATI KORANG KENA TRY 10 MAKANAN ORANG PAHANG NI

SEBELUM MATI KORANG KENA TRY 10 MAKANAN ORANG PAHANG NI. Setiap negeri ada masakan & makanan yang menjadi trademark atau signature sesebuah tempat tu. walaupun aku orang kedah aku suka jugak makan sambal hitam pahang. Baru tahun ni je aku cuba. Rasa not bad tapi mahal jugak kan yang di jual kat luar tu. Sejemput pun dah RM7 aku beli haritu. Mungkin cara pembuatan dia akan renyah @ rumit kot tu harga dia mahal.

Gulai tempoyak ikan patin yang memang sejak dulu menjadi signature dish orang pahang

Selain sambal hitam banyak lagi menu2 yang menjadi signature dish pahang ni. Antaranya gulai tempoyak yang memang menjadi kegilaan ramai. Dulu aku ingat masakan tempoyak ni orang perak punya je.. Tapi yelah banyak bergaul & membaca tahulah aku bahawa gulai tempoyak pahang & perak tak sama sangat. Ada cara tersendiri mereka menyediakan masakan tu mengikut tradisi negeri masing masing. Nak kata suka sangat gulai tempoyak ni boleh la makan. Tapi kalau sambal tempoyak memang aku tak boleh terima. hehehe

Tu antara masakan popular pahang yang kita biasa dengar la.. Sebenar ada lagi menu orang pahang yang best best mungkin korang terlepas pandang. Almaklum la mungkin kurang di expose berbanding gulai tempoyak patin tu.. Dan mungkin korang sendiri tak pernah dengar menu menu orang pahang ni. Jadi elok la korang tengok kat sini >> 10 Masakan Orang Pahang Yang Korang kena try sekali seumur hidup sebelum mati <<

Rasanya ramai dah telan air liur tengok gambar gambar menu orang pahang dalam artikel tu. Terasa rasa dalam mulut kesedapannya. Menitik nitik air liur.. kena tadah baldi. Tengok gambar pun dah sedap.. Mungkin sedap la kot rasanya. Almaklum citrasa orang malaysia ni.. mana2 negeri pun Insya Allah tak sedap katanya.

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI?

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI? Kereta normally kalau baru dapat memang tahap dia jaga kereta tu lebih dari dia jaga diri sendiri apatah lagi jaga orang yang dia sayang. Tapi bila lama lama.. Asal boleh start enjin & bergerak ke destinasi dia tuju dah cukup. Kau kepam ke, body kereta sampai dah tak nampak warna asal sebab penuh kotoran degil.. Dalam kereta tahap tandas awam pun dia dah tak kisah. Almaklum la dah lama lenjan sampai lunyai. Dah taknak manja manjakan lagi kereta.


Tapi ada spesis yang dari beli sampai 10 tahun guna pun condition kereta still cantik lagi. Dia punya jaga kereta macam jaga hati bakal bini. Tersepak rim kereta dia pun dia punya mengamuk mengalahkan orang cabul bini dia. Tu baru tersepak rim. Tak jejas kat mana2 pun.. malah kesan tapak kasut pun tak melekat dia punya marah macam orang kena histeria. Bayangkan kalau kereta dia tercalar. Tak mustahil ada yang berbirat kena libas dengan viper katanya. Tu baru calar sikit dah berbirat badan orang kena libas. Bayangkan pulak kalau kemek kat mana2 part kereta dia.. Rasa mati berlipat jugak la orang tu.

Kalau spesis macam tu bukan tahap sayang.. tahap obses & taksub dah. Dia sanggup hilang nyawa dari hilang kereta jugak la. Mungkin kereta tu ada sentimental value sapa tahu. Sebab tu dia still sayang walau dah masuk zon old skool punya kereta.

Kadang2 ada orang tak sedar yang diri dia lebih sayang kereta dari orang2 sekeliling dia. Dia anggap benda tu cuma perkara biasa dia  buat untuk pastikan kereta dia sentiasa berada dalam keadaan baik & cantik sama seperti mula2 baru beli dulu tapi orang lain pandang dia memang dah masuk kategori obses dengan kereta sampai orang nak tumpang kereta dia pun jadi tak selesa. Kira kalau naik kereta dia kena duduk tegak macam tiang bendera je la. Mungkin anda pun ada ciri2 ni yang anda tak sedar ia masuk dalam kategori over sayang kereta. Kalau nak tahu samada anda dalam kategori tu atau tidak meh baca kat sini >> 12 Tanda Anda Terlalu Sayangkan Kereta Lebih Dari Sayangkan Orang2 sekeliling anda <<

Dah baca ciri2 tu? Ada tak ciri2 tu pada diri korang. Majoriti mesti ada kalau tak semua 12 ciri.. satu dua ciri mesti ada pada yang pakai kereta ni. even suami aku pun ada ciri2 tu. Nak2 lagi suami aku ni bab kebersihan kereta memang dia jaga. Dia akan pastikan kereta dalam keadaan kemas. Nak lekat sticker merepek2 tu jangan harap la.

Apapun.. Tak salah jaga kereta macam jaga orang kita sayang tapi jangan over sampai sayang pada kereta melebihi dari segalanya. Takut nanti sebab kereta ada orang mati terbunuh pulak.

BENDA BUSUK YANG RAMAI ORANG SUKA

BENDA BUSUK YANG RAMAI ORANG SUKA. kadang2 kita rasa kita dah cukup pembersih padahal tanpa sedar kita jugak ada part2 yang kita suka benda kotor atau kita boleh je hidup di kelilingi benda2 kotor ni tanpa ada rasa satu masalah besar pun. Boleh pulak dia rasa benda tu tak geli sangat pun.. Ok je walaupun pada pandangan mata umum jangankan nak sentuh, nak tengok pun orang rasa nak muntah.


Sebersih mana pun seorang manusia tu kadang2 tanpa sedar dia ada benda yang jijik yang dia rasa selesa dengannya contoh macam bantal busuk. Bantal busuk ni sesetengah orang penuh peta. Bau tak payah cakap la. Rupa lagi jangan tanya macam mana. Tapi kalau dia tak cium bantal busuk yang memang real busuk tu dia tak boleh tidur tapi kalau bau benda2 macam ni katanya tak boleh tahan nak muntah >> 11 Benda Busuk Yang Mungkin Bagi Kita Bau Yang Biasa <<. Yelah.. manusia punya taste & kepuasan yang berbeza. Walau ada orang dalam rumah dia memang tak boleh ada sebutir habuk pun.. Kalau dia nampak habuk confirm dia terus jadi stress sampai kena ambil ubat penenang tapi berkaitan satu benda jiji ni dia tak boleh pulak kalau tak ada. Tapi kalau 11 benda ni punya bau boleh pulak dia tahan.

Lumrah manusia.. Kalau dia punya kotor mana pun dia rasa ok je. Kalau orang punya je.. walaupun tak kotor manapun dia rasa macam tengok logi tahi je.  Kadang2 ada jugak orang yang hidung dia memang dah macam hilang deria sampai tak rasa benda2 macam tu sesuatu yang di kategorikan busuk. Macam dalam iklan pewangi rumah tu.. Sebab kita dah sebati dengan bau tu jadi kita tak rasa benda tu busuk tapi tidak orang lain.

Moral of the story.. Orang busuk mungkin susah nak dapat jodoh jadi jangan busuk2 sangat. hehehe. Insya Allah.. ada jodoh walaupun lambat sikit.

ALASAN TIPIKAL ORANG MALAS BERCUTI

ALASAN TIPIKAL ORANG MALAS BERCUTI. Ingatkan orang malas nak pergi kerja je rupanya ada jugak orang malas bercuti yer dalam dunia ni. Yelah.. manusia sifatnya berbeza. Ada orang suka bercuti ada orang lebih suka statik kat satu tempat tu & buat perkara yang sama setiap hari tanpa jemu. Tak tau la spesis macam ni apa erti 'enjoy' dalam hidup dia kan? hahahaha


Anak dah sekolah.. Kena la berkorban. Tiada lagi aktiviti gila percutian yang tak di rancang macam yang selalu buat sebelum ni. Takkan la nak cutikan anak dari sekolah semata mata nak pergi holiday kan? Terpaksa jugak jadi macam tipikal mak bapak lain.. Asal nak bercuti je kena tunggu cuti sekolah. Kadang2 dalam hidup memang kita terpaksa jadi tipikal jugak sebab tak ada pilihan.. hehehe

Tahun 2015 memang takde holiday mana2 selain balik kampung je. Tu pun kategori holiday jugak la kan. 2016 pun takde perancangan rasmi lagi nak bercuti kemana mana.. Setakat borak kosong berangan nak kesitu kesini tu ada la. Tapi rasanya bercuti dalam Malaysia dah la kot..

Selagi ada masa & kemampuan pergilah bercuti selagi sihat tubuh badan bak kata orang tua. Jangan bekerja sampai tak ada masa rehat.. alih2 jatuh sakit kau cuma mampu check in kat hospital je. Manusia ada yang jenis obses cari duit sampai takde masa untuk diri sendiri. Kalau dia tinggalkan sekejab kerja dia jadi stress.. So memang susah dia nak bercuti. ataupun kalau pergi bercuti dia still tetap fikir pasal kerja. Jadi otak dia tetap masih bekerja. Kesian kan.. Aku kalau bercuti memang fokus pada percutian je la. Nak buat live update ke hapa memang tak fikir sangat sebab percutian aku pun bukan di taja kan.. Suami aku je taja so tak memerlukan live update sangat. Melainkan la blogger yang dapat tajaan.. so percutian mereka tu bukan 100% bercuti tapi mereka bekerja. Kena mention macam ni sebab kang ada blogger dok terasa tak tentu pasal. Orang2 sekarang memang cepat tersentuh katanya.. hehehe

Selalunya orang yang pemalas nak pergi bercuti ni suka guna alasan2 tipikal macam ni >> Alasan Paling Biasa Orang Yang Malas Pergi Bercuti << Kadang2 alasan ni bukan sekadar alasan untuk mengelak pergi bercuti tapi memang dia hadapi masalah tu untuk pergi bercuti. Bergantung pada orang tu la. Ada sekadar buat alasan untuk mengelak ada yang memang itulah punca masalah dia tak dapat buat.

Aku memang tak dapat selami la perasaan orang yang ada kemampuan nak pergi bercuti tapi dia yang tak nak pergi bercuti. Aku kalau dapat pergi bercuti.. memang suka sangat la. Dulu aku pun jenis tak suka travel jejauh tapi bila dah masuk dunia surirumah ni.. Rasanya keluar rumah benda paling best kot. hahahaha

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA. Malaysia ni bukan tak ada majikan yang baik malah ramai.. Tapi untuk jadi yang terbaik bukan semua. Bos ni kadang2 dia punya perangai bajet bos tu memang orang meluat.. So jangan harap la untuk di undi sebagai bos terbaik di dunia. Malaysia pun rasanya tak tercalon. Jangankan peringkat Negara.. peringkat negeri pun belum tentu lepas.

Salah satu ciri ciri bos yang terbaik tak sombong nak wefie dengan pekerja. hehehe

Nak jadi bos yang baik bukan kata kena jadi kuli pada pekerja... Tu melampau namanya. Tak jugak sampai nak menghamba abdi kan pekerja bawahan tu patut di panggil firaun. Nak jadi bos yang di senangi, di sayangi & di sukai ramai macam susu pekat lemak berkrim haruslah jadi seorang bos yang tegas tapi bertanggungjawab & prihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Bos tak boleh lemah lembik & suka bermanja manja sangat dengan pekerja. Seorang ketua memang perlu tegas untuk membentuk suasana bekerja yang berdisplin, amanah & jujur. Tu dia.. macam aku pulak yang pernah di iktiraf sebagai bos paling terbaik dunia. hahahaha

Hujung tahun ni kalau para bos kat Malaysia nak rasa macam mana di iktiraf pekerja sebagai bos terbaik di dunia.. Maka jangan kedekut bagi bonus. Kalau boleh bagi bonus lebih sikit yer... hahahaha. Bila bos sentiasa baik dengan pekerja.. tak mustahil anda akan di iktiraf sebagai bos terbaik di dunia macam 6 Bos terbaik dunia ni termasuk salah seorang dari Malaysia >> Inilah 6 Bos Terbaik dunia <<

Jadi para para bos sekalian.. Anda takkan jadi terbaik jika tiada pekerja yang mengangkat anda sebagai seorang yang terbaik. Jadi sentiasa ingat.. tanpa pekerja bukan je anda tak mampu dapat title bos terbaik malah mustahil anda akan dapat title bos. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com