Showing posts with label pemilik. Show all posts

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM. Anjing ni semua orang tahu adalah sejenis haiwan yang paling setia dengan tuannya. Anjing ni kalau di bela.. dia bekerja untuk kita. Tapi sebagai orang Islam.. Kita tak boleh nak bela anjing sebagai haiwan peliharaan untuk bermanja manja macam kucing tu. Cuma di bolehkan kita bela sekiranya ada kepentingan macam nak jaga rumah, jaga kebun atau jaga haiwan peliharaan. Tu pun bergantung pada keperluan la. Sesaja nak bela macam orang bukan islam memang tak boleh. Dan tak boleh di bela dalam rumah..


Tapi tu la orang sekarang ni. Susah nak cakap bila nampak ada pencinta haiwan di kalangan orang Islam yang gunakan alasan menyelamatkan haiwan & bela anjing macam pets dalam rumah.. Niat tidak menghalalkan cara. Tak salah nak selamatkan haiwan2 terbiar termasuk anjing tapi ikut la garis panduan yang di tetapkan.. Tak berani nak cakap lebih kan. Satgi depa mai hentam aku balik. Cuma tu la.. Apa yang segelintir aktivis penyelamat haiwan buat ni bukan tak baik cuma kadang2 tak kena pada cara dia tu yang buat orang pandang serong. Apapun aku support semua sukarelawan yang buat kerja kerja kebajikan menyelamatkan haiwan tak kira anjing sekalipun.Sesungguh apa yang anda buat adalah sesuatu yang sangat baik yang bukan semua orang mampu buat. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki & permudahkan urusan anda semua.

Berbalik pada kisah misteri seekor anjing ni.. Kisahnya anjing ni jenis baka Golden Retriever yang di ambil pemiliknya dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Alhamdulillah anjing ni di jaga dengan baik & di sayangi seluruh ahli keluarga pemiliknya. Anjing ni pun sejenis anjing yang comel jugak.

Tapi yang peliknya perangai anjing ni setiap malam dia tak tidur.. Dia akan tenung je tuan dia sampai tuan dia tidur. Setiap malam dia akan tunggu di luar bilik tuan dia. Mula2 tuan dia anggap maybe sebab anjing dia belum biasa dengan suasana baru tu dia mungkin jadi macam tu. Tapi bila lama2 anjing tu still jugak macam tu timbul rasa pelik la. Sampai tuan dia rasa macam sentiasa di hantui anjing sendiri pulak.

Macam macam cara tuan dia buat untuk bagi anjing dia tidur malam.. dia bagi anjing dia main sampai penat siang hari dengan harapan bila anjing tu letih dia boleh tidur pada malam harinya tapi tetap anjing dia tak tidur malam & terus menunggu depan pintu bilik tuannya setiap malam. Dia pernah bawa anjing tu buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anjing dia tidak sakit.. DDoktor mengesahkan anjing tu sihat jer..

Sebab anjing terus berkelakuan pelik walau macam - macam usaha dia buat.. Sebab nak tahu sangat apa misteri di sebalik perangai anjing dia yang suka tenung dia sampai dia tidur & setia menunggu depan pintu bilik setiap malam.. Dia bertanya kepada penjaga pusat perlindungan haiwan yang dia ambil anjing tu.. Apa yang di ceritakan pada lelaki ni.. Buat lelaki ni menangis ter esak esak..

Rupanya.. Anjing ni masa tuan lama dia nak hantar dia ke pusat perlindungan haiwan kat situ. Dia di hantar ketika dia sedang tidur waktu malam. Pemilik lama dia terpaksa buat macam tu sebab tak boleh jaga dia lagi atas alasan bini dia tengah mengandung. Mungkin di sebabkan perkara tu anjing ni trauma untuk tidur pada waktu malam selepas dapat tuan baru yang sangat sayangkan dia..

Bayangkan seekor haiwan pun boleh tunjukkan kan rasa sayang, kehilangan.. rindu tu. Itulah bukti kekuasaan Allah.. Jadi kalau nak bela apa2 haiwan sebagai peneman jangan bela sekadar suka suka.. Haiwan pun ada perasaan. Bila tak suka buang atau campak je kat mana mana.. Benda tu akan meninggalkan kesan trauma sepanjang hayat pada mereka. Mungkin mereka tak mampu meluahkan rasa dalam bahasa manusia.. Tapi cukup lah kita sebagai manusia yang berakal menyimpan sedikit rasa kemanusiaan tu pada haiwan yang kita pernah belai, sayang & suka. Jangan jadikan membela haiwan ni sebagai hobi.. Nak2 lagi haiwan yang memang Allah ciptakan hidup berdampingan dengan manusia macam kucing & anjing. Kalau rasa nak bela.. Perlu ada rasa tanggungjawab & perlu pengorbanan jugak. Jadi fikirkan semula kalau nak bagi harapan & kasih sayang kepada seekor haiwan.. mampukah kita setia menyayangi mereka sehingga ke akhir hayat.

INI SEBAB KENAPA PEMILIK KUCING TIDAK BAWA KUCING MEREKA KE KLINIK HAIWAN

INI SEBAB KENAPA PEMILIK KUCING TIDAK BAWA KUCING MEREKA KE KLINIK HAIWAN. Aku dari kecik memang hidup berkongsi dengan kucing tapi serius kami dulu pun sekadar bela kucing, bagi makan jer & jaga kat rumah je la.. Memang tak bawa kucing2 nan banyak tu ke Veterinar. Bukan sebab kos jer.. Tapi siapa nak angkut sekor - sekor pergi. Nak2 kucing jenis tak pernah hidup dalam kurungan (sangkar ni). Duduk kampung ni nak jumpa klinik Veterinar pun susah.. Time memang tak tau la kat mana klinik haiwan ada.


Mereka hidup secara semulajadi.. Kalau sakit ke hapa kucing kan ada remedy dia sendiri. Takde kami mandulkan. Pendek kata mereka hidup seperti fitrah mereka. Sampai masa mengawan... sampai masa beranak.. sampai masa.. mati.

Tapi tu dulu la.. kebanyakkan orang bela kucing dalam rumah macam tu. Zaman sekarang rasanya ramai yang bela kucing betul2 take care. Bawa pergi buat pemeriksaan kesihatan.. Ambil vaksin bagai. Kalau sakit dia bawa ke klinik. Faktor orang sekarang dah mula ada kesedaran untuk buat semua tu di tambah lagi Veterinar sekarang mudah di dapati berbanding dulu.

Pun macam tu walau dah banyak kemudahan untuk pets di sediakan.. Masih ada orang tidak bawa kucing mereka berjumpa Veterinar walau setahun sekali.. Sebabnya korang boleh baca kat sini >> Ini sebab Kenapa Pemilik Kucing Tidak Bawa Kucing Mereka Ke Veterinar << Ada perkara aku setuju jugak kenapa pemilik kucing tak bawa kucing mereka ke Veterinar ni. Sedangkan mereka sendiri pun kadang2 tak membuat pemeriksaan kesihatan untuk diri mereka even setahun sekali inikan pulak kucing. Setiap orang ada masalah hidup sendiri..

Moral of the story.. Nak beli haiwan dalam rumah macam kucing make sure bukan buat macam hobi. Kena bela atas rasa kasih sayang baru tak ada trajedi bila dah bosan kucing beranak pinak banyak buang di jalanan. Bayangkan orang yang kita ambil dari kecik bela dengan penuh kasih sayang tetiba kita rasa bosan kita buang dia. Macam tu juga dengan perasaan seekor kucing yang kena buang.

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL. Terlebih dahulu nak minta maaf.. Saya bukan nak gantikan abang ensem blogger yang menulis tentang hartanah. Masih belum berniat nak tukar nama jadi kakak ensem. Lagipun belum layak cuma saya nak berkongsi sesuatu yang saya baca dengan orang lain. Almaklum la saya ni kan memang jenis tak boleh simpan sorang sorang. Apa yang best semua saya nak share. Ok hari ni saya acah2 jadi kakak ensem sekejab yer..


Membeli hartanah ni macam membeli unit rumah atau pejabat la. Tak kisah korang nak membeli yang mana satu tapi tips dia lebih kurang sama jer. Almaklum kita nak beli aset yang mahal lagi berharga ni. Aset2 macam rumah ni bukan jenis aset susut harga. Aset yang setiap tahun harga dia melambung tinggi ke awan biru. Tak macam kereta.. Tahun ni kau pakai.. tahun depan kereta kau pakai tu dah tak dapat harga kau beli jauh sekali kau boleh up harga lebih tinggi. 

Jadi bila nak membeli aset macam rumah ni.. Pastikan anda buat 5 perkara ni supaya anda dapat memilih yang terbaik. Antara perkara yang korang mesti buat sebelum membeli rumah atau ruang pejabat adalah...

1. Tetapkan keutamaan Anda
Anda mesti tahu apa yang anda mahu dari unit rumah yang anda ingin beli. Senarai semua yang anda mahu ada pada rumah yang anda mahu beli. Minta pandangan orang2 terdekat. Kemudian pastikan rumah yang anda ingin miliki ada sekurang kurangnya 5 ciri yang anda mahu.

2. Kaji sebelum Beli
Beli rumah sama jugak macam pilih jodoh. Silap pilih mungkin kena tanggung penyesalan seumur hidup jadi jangan percaya sangat dengan cinta pandangan pertama sebelum mengkaji dulu unit rumah yang anda hendak beli. Siasat latar belakang rumah & pemaju yang anda ingin berurusan dalam pembelian rumah. Takut dapat pemaju yang ada rekod yang buruk, risiko jugak rumah yang anda beli cuma siap pacak tiang je. Kalau beli rumah dari pemilik rumah sebelum ni siasat jugak tentang pemilik atau penyewa sebelum ni. Check rumah samada selamat atau tidak di diami. Mana tau kat celah2 yang kita tak nampak ada dah kena makan anai anai ke. Atau ada apa2 yang bocor dalam rumah tu. Jangan dah beli kita terpaksa tanggung kos membaik pulih yang banyak. 

Yang ketiga, keempat & kelima sangat penting korang kena buat untuk memastikan anda membeli unit rumah yang tepat & tidak bermasalah. Tapi sebab ia artikel orang tak elok la aku cedok semua info masuk blog aku, ye dak? Jadi untuk tips yang ke 3, ke 4 & ke 5 korang baca sendiri kat sini >> 5 Tips penting anda kena tahu sebelum membeli hartanah @ rumah <<

Ingat membeli rumah bukan seperti beli gadget2 elektronik yang sekejab je mahal lepas tu dia dah jadi tak ada harga. Kita guna pun dalam tempoh masa tertentu lepas tu mungkin dia jadi barangan terbuang. Membeli hartanah macam rumah ni ada pelaburan seumur hidup. Mungkin kita akan tinggal seumur hidup kat rumah tu. Jadi penting kita memilih rumah yang betul. Banyak perkara kita kena titiiberatkan sebelum mengambil keputusan membeli sesebuah unit rumah seperti lokasi rumah tersebut. Lebih2 lagi yang nak jadikan ia sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau rumah kita beli kat kawasan tak strategi mungkin rumah tu tak mampu beri apa2 keuntungan pada kita di masa akan datang.

Sekian tips dari kakak ensem. Semoga tips ni memberi manafaat kepada anda yang memang tengah merancangan nak beli rumah. Kakak ensem bukan pakar hartanah macam abang ensem jer.. kakak ensem cuma acah2 pakar jadian sekali sekala je. hahahaha

PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK

PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK. Wah Hot & spicy. Sebab selama ni ramai tertanya tanya siapa pemilik gambar & wajah yang di gunakan admin Amran Fans untuk membuat troll, status sarcasm yang hot & spicy. Tadi terbaca kat Fb Ratu naga ke hapa nama profile dia.. Lebih kurang macam tu la. Mendedahkan siapa sebenarnya pemilik gambar & wajah yang di gunakan Amran Fans selama ni.

Inilah gambar asal yang di gunakan oleh Amran Fans. Pemilik dia menggunakan FB Amran Sukarjo

Katanya Amran Fans selalu delete komen dia, kemudian banned dia dari page Amran fans. Maybe tak nak rahsia siapa pemilik gambar yang admin Amran Fans guna selama ni terbongkar kot. Lagipun Amran Sukarjo pemilik wajah & gambar tu tak pernah mengizinkan Amran Fans menggunakan gambar dia. Bagi dia macam satu penghinaan. Seolah mempersendakan diri dia.

Yelah.. Sapa tak marah kan? Gambar di gunakan untuk di jadikan bahan jenaka. Walaupun gambar & wajah Amran Sukarjo ni memang terkenal se antero alam maya tapi yang mendapat populariti, publisiti & siap boleh jual buku lagi adalah Amran Fans. Amran Fans dah guna gambar orang tak reti2 bayar royalti & pampasan ke? Kalau orang dah tak izinkan tu better la jangan guna. Try guna muka sendiri pulak tengok laku ke tidak. Gambar & muka tu hak dia. Kau tak boleh senang2 guna buat duit tanpa keizinan pemiliknya. Sekarang dia dah minta hak dia balik.. Jika terus menerus kau guna, confirm la rezeki yang kau dapat dari hasil guna muka dia dah tak berapa elok la. Nak jatuh hukum halal haram tu aku tak berani la kan.. Tapi kalau kita guna benda yang bukan hak kita & orang tu pun dah cakap tak halalkan takkan jadi harus pulak, kan?


Ingat Amran apa yang kau dapat dari populariti gambar yang kau guna tu akan ada hubung kait dengan rezeki yang kau makan. Jadi darah daging. Bila jadi darah daging ni tak semua dia keluar jadi tahi. Jangan nanti benda2 tu mempengaruhi keturunan kau.

Tapi tadi aku terbaca kat FB Amran Sukarjo katanya admin yang mewujudkan page amran fans memohon maaf atas apa yang berlaku. Pun macam tu katanya page tu tak di kendalikan mereka yang mula2 mewujudkan page tu. Maybe dah di jual kot.. Entahlah. Tak berapa jelas kat situ.




Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenaran pemilik gambar tu Amran Sukarjo tapi kita sedia maklum Amran Fans yang dulunya menggunakan nama sebagai Amran Pekida menggunakan gambar orang bukan gambar sendiri. Gamaknya kenapa admin2 amran fans masih bersembunyi di sebalik gambar Amran Sukarjo ni yer? Gigi dia rongak ke camna sampai malu nak tunjuk rupa. Kalau gigi tak cantik meh cantikkan.

Moral of the story.. Aku pun suka jugak layan troll & status sarcasm Amran Fans tapi apa yang tak betul dia buat tak semestinya kita sokong, ye dak?? Dah pemilik gambar tu menegah gambar dia di gunakan macam tu, Amran fans sepatutnya menghentikan perbuatan tu. Ia milik orang. Sudah sudah la tu.. Tiba masa korang guna gambar makhluk lain pulak. Gambar alien ke hapa pulak. Kesian Amran Sukarjo... hehehe

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI. Kat Malaysia ni kereta sekarang bukan satu kehendak tapi satu keperluan. Cuma beza kalau kereta di gunakan untuk keperluan dia akan beli kereta ikut kemampuan dia. Kalau kereta yang kategori kehendak.. Macam biasa la yang beli kereta sport car juta ringgit tapi boleh muat untuk 2 orang je. Tu untuk orang2 yang memang duit banyak sampai melimpah ruah macam banjir kat pantai timur setiap tahun. Bagi kita yang cukup2 untuk hidup ni.. Takde makna nak beli kereta juta2 ringgit tapi boleh naik untuk dua orang je. anak pinak takkan nak ikat atas bumbung pulak kan? hahahaha


Disebabnya ramai rakyat malaysia mampu memiliki sekurang kuranya sebiji kereta dalam satu family aku nak share benda penting ni dengan hangpa. Semua orang mampu beli kereta tapi bukan semua orang tahu pasal kereta & tahu nak jaga kereta sendiri. Nak2 lagi kaum perempuan la.. Yang dia tau lenjan kereta sampai botak tayar tapi jangankan nak repair kerosakkan kecil kat kereta kadang2 nak cuci kereta sendiri pun tak reti. Semua dia campak kat bengkel @ carwash. Tu yang kadang2 bila jadi sesuatu perkara kat tempat2 yang susah nak dapat bantuan dia jadi mati akal. Jangankan nak repair benda2 remeh macam tukar viper bagai.. Kadang2 nak kemas kereta pun dia tak reti. yang dia reti campak semua benda dalam kereta.

Untuk golongan yang hanya reti pulas stereng, tekan padel jer.. Ni yang patut anda tahu & tengok. Penting ok! sekurang kurangnya tak reti benda2 berat pasal kereta at least benda2 simple macam ni dapat jugak anda buat sendiri ye dak?? Selain tu boleh jimat kos... Tak susah mana pun nak buat benda ni. Hangpa akan tau lepas tengok ni >> Ini Yang Patut Anda tahu Untuk Jaga Kereta Anda <<

Moral of the story.. Tips dah bagi terpulang la nak ikut ke tidak kan. Sebab kalau yang jenis pemalas.. Jangankan nak buat benda ni kat kereta dia sendiri nak suap makanan ke mulut pun kadang2 dia harap orang tolong buatkan. Jadi spesis macam ni perkara tu senang macam mana pun tetap dia rasa susah.

SI MISKIN HINA LAGI KEJI YANG BERLAGAK NAK BELA ULAR SAWA

Sejak semalam kecoh pasal Kelab pencinta haiwan dengan kelab pencinta haiwan liar bilamana pencinta haiwan liar yang bela ular sawa upload gambar ular dorang membaham anak kucing. Bukan ular tu yang pi cari anak kucing untuk alas perut tapi tuan2 ular yang miskin lagi papa kedana tapi ada hati nak bela ular pemangsa.. Abis dah terlampau kedana dan hina.. pi la kutip kucing2 jalanan nak jimat kos bagi si sawa dorang makan.

Memang rasa hangin bukan satu badan.. malah jadi hangin berbadan2 dah. Kucing fitrah dia hidup dengan manusia sebab spesis kucing ni sifat dia manja & suka hidup berdamping dengan manusia. Sebagai seorang Islam rasanya ramai yang tahu kucing haiwan kesayangan Rasulullah... Kalau kau tak mampu sayang haiwan comel lagi manja penyejuk mata dan jiwa takde sapa paksa tapi kalau kau jadikan kucing hidangan haiwan ganas kau memang ramai yang akan menentang, mengutuk & cuba akan benteras spesis manusia macam kau.

Korang nak bela ular sawa.. takde sapa nak halang. Lantak kau la nak bela babi sekalipun takde sapa nak amik kesah tapi ingat hormati pencinta kucing seperti kami. Bukan takat hormat.. berhenti dari mengejami haiwan manja seperti kucing. Kalau kau tak mampu nak beli ayam bagi ular kau makan.. lebih baik kau bela cicak je. Bukan takat kau tak payah beli sangkar.. kau tak payah beli makan malah dia tolong kau makan serangga kecil dalam umah kau tu.

Buat pencinta haiwan liar & ganas (ular).. lagi sekali aku nak cakap kalau hangpa baca blog ni. Kalau sedar diri tu tak berkemampuan nak bela haiwan yang berkos tinggi.. jangan berangan nak bela. Kalau poket korang nak beli makan sendiri pun tak cukup.. jangan bela. Kalau korang jenis berkemampuan & tak papa kedana mahupun miskin tegar.. nescaya korang tak jadi pemugut kucing jalanan untuk di jadikan hidangan sang sawa korang. Tolong rasa malu & tolong rasa terhina dengan kejian ni. Kalau korang bermaruah even tak berperikemanusiaan pun.. korang takkan bagi sawa korang makan kucing kurap tepi jalan. Tapi kalau korang jenis spesis tak bermaruah juga nescaya korang akan terus mengutip kucing2 jalanan untuk sang sawa korang. Dah jenis takde kemaluan memang la dia rasa apa2 kan?? Kalau yang jantan... memang tak berapa jantan la.

Pilih la korang nak duduk dalam golongan bermaruah atau golongan keji lagi hina. Aku antara salah seorang yang akan menyokong mana2 pihak yang menentang perbuatan keji korang tu. Even hanya dengan kata2 sahaja usaha aku menentang korang.. aku akan buat. Jadilah manusia.. bukan iblis yang memang takde perasaan simpati & kasih sayang sesama makhluk.

Please.. Jadilah manusia yang punya hati bukan berneraka dalam hati.




Salah satu contoh si miskin hina yang tak mampu beli ayam untuk sawa dia.. maka dia kutip kucing terbiar bagi sawa dia makan. Hope dia dapat hidayah sebelum si sawa dia tu baham dia pulak. Untuk banyak info berkenaan isu ni boleh ikuti di fanpage Kakimotong

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com