Showing posts with label rancangan sejuta impian tv3. Show all posts

TABIK SEJUTA IMPIAN

Sempat layan tv tadi walau sang lekit bukan la jenis yang minat sangat menonton TV.. Jarang sangat la sang lekit nak tumpu satu2 cerita tanpa berkedip mata apatah lagi tercongok berjam - jam lamanya depan tv tu. Tadi tadi sempat la layan rancangan Sejuta impian di tv3 yang berkonsepkan memberi Dana untuk tujuan kebajikan.

Hasil carian google

Ada empat orang peserta.. 3 daripadanya berjaya memperolehi dana yang di perlukan seorang gagal kerana tidak menyakinkan juri dana tersebut untuk tujuan kebajikan. Kita cerita yang gagal dulu.. Beliau ni seorang pengusaha pusat latihan penguasaan bahasa Inggeris. Dana yang di minta paling tinggi antara semua peserta iatu RM100K bagi tujuan mempromosikan kursus yang di anjurkan seperti iklan, kos untuk mengadakan kursus di dua negeri iatu KL & melaka, kos penginapan beliau & pembantu beliau tapi kursus yang di anjurkan tetap di kenakan yuran yang agak tinggi kepada peserta iatu RM1k++. Memang tak nampak sangat dana yang di pohon bukan untuk membantu orang awam tapi lebih kepada membantu perniagaannya sendiri. Keputusan juri untuk tidak meluluskan dana yang di pohon memang agak wajar disitu. Tapi di belakang pentas bila di interview katanya dia tak kisah dapat atau tak dana tu tapi sekurang - kurangnya dia dapat publisiti percuma dengan sertai rancangan sejuta impian tu. Apa yang sang lekit fikir.. itu yang sebenarnya matlamat dia. Aduhai.. Manusia ni macam - macam taktik, kan??

Juri rancangan sejuta impian. Hasil carian google

Tertarik dengan seorang peserta, lelaki berbangsa cina yang memohon dana sebanyak RM20K bagi tujuan membela nasib haiwan terbiar. Kos - kos yang di senaraikan seperti pembiayaan untuk membina laman web,pengkasian haiwan tersebut, kos untuk membayar upah pada pembantu & kos untuk mempromosi kempen yang di jalankan bagi tujuan memberi kesedaran pada orang ramai tentang haiwan terbiar. Niat dia memang sang lekit tabik.. Memang untuk kebajikan & juri juga membuat keputusan yang tepat bila meluluskan permohonan dana beliau. Kalau bukan kita manusia yang membela nasib haiwan, siapa lagi, kan??

Bagus rancangan sejuta impian ni.. Salah satunya menyediakan dana kepada mereka yang layak bagi tujuan kebajikan dari dok bagi ratus ribu kat orang tergedik - gedik, terkinja - kinja kat atas pentas sampai berpeluh ketiak tu. Bukan sikit dah rancangan realiti tv berbentuk hiburan sekarang ni.. Bayangkan la berapa banyak dah pembaziran kat situ tanpa sebarang faedah pun. Sekadar mencungkil bakat manusia2 yang kepingin sangat nak jadi glamour. Adalah lagi bagus memperuntukkan duit tu pada dana - dana macam dalam rancangan sejuta impian ni. Sekurang - kurangnya duit yang di salurkan tu kearah yang lebih baik, kan??

Ini cuma pendapat peribadi & kupasan seorang penonton bagi pihak sang lekit jer.. Kalau ada mana - mana pihak terasa hati dengan penulisan sang lekit dalam blog ni, terlebih dahulu sang lekit pohon maaf yer.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com