Showing posts with label retis. Show all posts

FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS

FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS. Macam nak gelak bila perkataan 'retis' di gunakan untuk panggil seorang artis tu jadi isu pada seorang retis.. erkk.. artis bernama Fizo Omar. katanya dia tak suka orang sebut retis.. Rasa macam menyindir. Menyindir ke? Menyindir atau tak bergantung pada ayat & isu la kan.. Tak boleh nak judge bila orang gunakan perkataan retis tu semua nak menganjing golongan artis je.


Tapi rasanya isu ni sangat la remeh untuk kau up kat rancangan hot tv tu. Rancangan yang bersiaran di TV9 semalam. Aku rasa macam kalau dah tahap sentap macam tu baik ko pencen je jadi retis.. ops artis fokus je jual burger dengan jual tudung bini kau tu. Nak jadi retis... ops maafkan saya. Nak jadi artis tak boleh benda2 kecik pun nak sentap encik fizo omar Ooi..

Perkataan 'Retis' yang di gunakan yang aku paham mulanya hanya dengat orang tua2 suka sebut. almaklum la bila dah semakin tua orang kata jadi semakin budak. Macam budak2 baru belajar cakap.. Dia ada pelat sikit. Tapi sebab perkataan tu nampak macam catchy jer so di gunakan oleh rakyat alam maya tidak bermaksud untuk menganjing golongan retis. Bergantung pada isu la.. Kalau isu macam ni memang kategori 'menghentam' jadi penggunaan perkataan mungkin nak menganjing sedikit la. Sapa suruh kau buat isu benda yang orang rasa tak patut jadi isu.

Dulu aku pernah tengok rancangan muzik muzik tak silap tahun lepas kot. Masa faizal hotfm mengacara.. Ada sorang penyanyi hiphop ni tak puas hati jugak bila sebut hiphop jer mesti sebut Ya aauw..  tu. Dia rasa macam penghinaan. Padahal dia patut bangga lagu dia tu jadi simbol hiphop kat Malaysia ni. Bila sebut hiphop auto orang nyanyi lagu dia.. Ya Aaauw tu. Tapi dia pulak rasa tak puas hati. Sampai terdiam pengacara masa tu macam rasa bersalah sebab waktu nak jemput dia tu pengacara tu pun buat benda yang sama.

Alahai.. Pelik sungguh aku dengan orang yang nak touching benda2 remeh macam ni. Hidup depa tak ada masalah lagi besar ke? Tapi yelah.. hati manusia tak sama. Mungkin benda macam ni menggangu emosi depa, apa yang kita boleh buat jangan buat je kat depan depa2 yang rasa perkara tu mampu menaikkan kemarahan. Orang2 sensitif macam kena tatang bagai minyak yang penuh. hehehehe

Orang2 cepat tersentuh ni jiwa dia penuh romantis. Nak yang sweet2 je sepanjang masa. Memang rasa di belai belai selalu. Tapi tu la kalau terlampau sensitif memang susah la nak hadapi hidup yang serba ganas & mencabar ni. Sebab hidup kita takkan dapat lari dari hadap sesuatu yang menyakitkan hati cuma kita boleh ignore atau hadapi dengan berani.

Moral of the story.. Kalau 2 isu ni yang pernah artis rasa sentap memang bagi aku isu remeh yang tak patut depa nak tacing. Rilex la bro!

JADI RETIS JUGAK BLOGGER PICISAN NI

Yelah.. blogger sekarang. Kalau dah pemes tahap retis.. kadang2 sampai jadi retis. Kalau tak jadi retis dalam industri hiburan pun tetap jadi retis media sosial sebab pemes kan. Bukan sorang dua dah blogger jadi retis walau mula di kenali sebagai blogger. Yelah.. rezeki masing masing kan..


Yang blogger picisan sorang ni pun katanya tak nak kalah. Nak jadi retis jugak tapi yelah mana ada majalah, suratkhabar atau television nak tempek muka dia kan? Muka dia pun makin tak muncul dah kat dunia maya.. Dok juai penulisan je kat blog. memang tak retis la kalau tak boleh jual muka, ye dak?

Tapi di sebabkan blogger paparazi sorang ni yang up artikel pasal dia kat blog retis.. tetiba rasa macam retis sangat katanya. hahahaha... Retis sangat la kau! Pi dok ngadap cermin 7 hari 7 malam dulu la beb! Perasaan tahap dewa dewi bintang tiga.

Alahai.. aku masih sedar diri kot. Tak rasa retis pun cuma rasa terharu & berterima kasih pada blogger paparazi ni yang sudi up story pasal aku kat blog retis dia. (boleh rujuk entri ni : Suria LekatLekit Tayang Muka di Facebook) Nak tengok gambar aku yang katanya di tayang kat Facebook boleh tengok kat Blog retis tu yer... kekekkee

Apapun terima kasih pada yang sudi review pasal aku.. Aku cuma blogger picisan menumpang jaja penulisan dalam dunia blog. Bukan seorang yang hebat apatah lagi sempurna cuma melengkapi warna dunia blog agar nampak kepelbagaiannya.


AWAS! ADA BLOG BURU CERITA BLOGGER UNTUK DI GOSIP

Tu dia blogger pun dah tahap retis sekarang. Ada blog yang dok buru cerita & gosip pasal blogger. Nasib la sapa yang kena, katanya. Tak kira la kau blogger cap ayam ke, cap kipas udang ke atau meletop kebabom lagi la blog ni suka katanya.


Mesti korang cuak kan? Yelah dok buat status atau entri tak senonoh kat blog tetiba blog ni up cerita korang haru biru unggu kelabu jugak kan jadinya. Jangan risau blog gosip blogger ni beretika... takde la buruk perangai sampai macam tu. Segala artikel yang nak di keluarkan dengan keizinan blogger tu sendiri. Takde la gosip atau cerita yang mengaibkan atau menjatuhkan blogger lain.

Blog ni di kendalikan oleh blogger yang tak asing dalam dunia blog iatu Bro Framestone
. Memang cerita2 dalam Blog Retis ni semua cerita pasal blogger jugak. Bagus jugak blog ni sebab ada kelainan. Asyik dok up pasal retis jer.. sapa nak up pasal blogger kan. At Least salah satu cara menaikkan nama blogger. Tapi risik2 la cerita blogger baru nak up jugak yer... Bantu lah kami2 ni yang masih takde nama dalam dunia blog. Mesti ramai blogger yang baru suka kalau ada blog yang sudi mengangkat blogger2 baru nak up katanya. Boleh jugak selit2 cerita blogger2 baru yang berpontensi atau blogger lama yang memang ada talent dalam penulisan blog tapi nama tak popular sangat.

Apapun konsep blog ni aku rasa agak kreatif cuma perlu di ketengahkan supaya lebih di kenali. Tahniah pada Bro Framestone yang menubuhkan blog ni.  Semoga blog Bro Framestone terus success. Bermula semula tu kadang2 lebih baik dari dah lama bermula tapi dok cerita camtu jer kan.

Dia dok gosip pasal blogger kat blog retis dia sekali dia kena gosip kat blog melekat lekit baru ada akai... hahahahaha

Jom terjah manalah tau Blog Retis tetiba gosip anda termuncul kat blog tu. Paling penting korang kena ada connection kat laman sosial dengan admin blog ni baru dia senang risik cerita korang jadi meh add reramai Bro Framestone & follow bro dia blog personal beliau Bro Framestone


IQRAM DINZLY TAK PERLU SENTAP, ZAKUAN ADHA TAK PERLU CANANG

Aduhai... Bukan la nak jadi blog beautifulnara, Rotikaya @ blog2 cerita retis sangat tapi nak buat camna bila kita berdunia online ni memang banyak kisah2 retis lalu lalang kat news feed FB. Kadang2 sebagai blogger tercuit jugak nak komen sepatah dua kata bila isu yang kita rasa macam bodoh jer statement dia tu.. Dia tak fikir ke sebelum nak komen.

Contohnya perang siber antara Iqram Dinzly & suami kepada pelakon Ayu Raudah juga pemain bola sepak Zakuan Adha yang katanya sakit hati tengok lakonan Iqram & bini dia dalam filem lagenda budak setan 3 sampai tak bagi dah bini dia berlakon.


Bagi aku itu baru lelaki.. Tak kira adegan tu di buat atas dasar kerja & lakonan semata mata tapi kalau betul2 lelaki memang dia akan rasa tercabar & cemburu jugak kalau tengok laki lain pegang, sentuh @ peluk bini dia. Soal profesional atau tak.. Sememangnya soal2 camni aku rasa Zakuan Adha tu lebih profesional kerana salah satu tindakkan dia untuk menjaga maruah & nama baik isteri jugak diri dia sendiri. Bagus.. kalau dia dah tak bagi bini dia berlakon atau kalau nak berlakon watak2 yang tak bersentuhan dengan lelaki jer.

Sumber Mymediahub

Tapi cuma sebab memula kau dah izinkan lepas kau tengok aksi2 dalam filem tu kau rasa tak boleh terima tak perlu la kau up kat laman sosial sebab boleh jadi kontroversi. Kau bincang laki bini dalam bilik sudah. Sebab salah tetap dari kau yang mengizinkan bini kau berlakon. tapi tu la manusia kan.. kadang2 terbabas jugak bila dah beremosi ni.

Pada Iqram.. komen dia buat orang lain kondem dia balik. Yelah.. sentap tak tentu pasal. Zakuan Adha bercakap pasal hak dia kot bukan hak kau. Bini dia kot.. dia nak bagi @ tak berlakon tu dia punya pasal la. Tak perlu kau nak emo lebih2. Kan dah memalukan diri sendiri.

Moral of the story fikir sebelum bertindak tak kira pihak mana pun. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. 

P/S : Sekadar memberi pandangan peribadi tak bermakna aku seorang yang perfect bijak & pandai dalam handle semua masalah. Aku cuma manusia yang tetap ada kekurangannya. Peace

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com