HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM
HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM. Sekarang zaman ramai orang berpengaruh gunakan kuasa untuk memuaskan hati sendiri. Jika dia tak suka seseorang yang bagi dia penentang dia.. Dia akan ajak pengikut dia yang umpama dah terkena nasi kangkang untuk memboikot individu tersebut walau sebenarnya pengikut dia yang lain tiada masalah dengan orang yang di ajak boikot tu. Biasa la bila berlaku perselisihan faham antara dua orang individu maka yang ada kuasa, guna kuasa veto untuk menunjukkan kekuasaanya. Tu sebagai contoh la.. mengajak orang yang tak ada kena mengena memboikot individu yang kita tak suka.Kita ni manusia memang tetap la manusia. Ada kurang & silap sana sini. tak semestinya aku tulis entri ni aku auto seorang yang baik & tak melakukan kesilapan yang sama. Sebab aku tahu aku cuma seorang manusia bukan malaikat jadi tak mustahil aku juga sentiasa melakukan kesilapan. Sebelum ada yang salah faham baik la aku jelaskan entri ni sekadar berkongsi ilmu yang sedikit untuk peringatan kita bersama.
Hukum memboikot sesama orang islam ni sama la macam memutuskan silaturrahim. Dari apa yang aku baca...
Untuk artikel penuh baca kat sini >> Hukum Boikot sesama Islam << |
Jadi pada mereka yang ada membuat kempen memboikot orang tu walau secara umumnya orang nampak macam baik je. Macam tak ada apa2 jer... Tapi di sebaliknya dia sedang mengadakan kempen memboikot orang yang dia tak suka, ketahui mungkin sesama manusia ada yang tak nampak tapi Yang Maha berkuasa sentiasa nampak. Kalau macam aku ni kecoh semua orang boleh nampak buruknya perangai.. Tapi yang diam jangan fikir keburukkan itu dapat di sembunyikan. Kadang2 pengikut sendiri pun tak setuju dengan cara kita maka mereka akan cuba luahkan benda tu pada seseorang. Tu mungkin cara Allah nak bagitahu ada orang tak setuju dengan cara kita yang salah. Umpama Bangkai yang di simpan dalam almari akhirnya terbau juga. Jadi sama2 lah kita perbaiki kesilapan masing2. Samada pihak yang memboikot atau di boikot. hehehe
Moral of the story.. Apalah sangat di boikot sesama manusia kan. jangan Allah boikot kita sudah. Selagi Allah sayang kita dia akan sedarkan kita dengan macam2 cara bila kita membuat kesilapan. Terima kasih Allah kerana sentiasa memperlihatkan kesilapan aku bila aku melakukannya cuma kadang2 tetap terbuat jugak sebab ikut perasaan. Itulah manusia perkara yang sering gagal adalah mengawal perasaan.