Showing posts with label covid19. Show all posts

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID? Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema dia tetap wabak. Cuma di masukan elemen seram dan fiksyen sebagai watak zombie di reka untuk menarik orang menonton. So jika wujudnya virus yang buat orang yang di jangkiti seterusnya bertukar jadi zombie tetap la ia dalam kategori wabak juga kan? kita ambil point sebagai wabak @ penyakit berjangkit. Tapi Bukan zombie yer.. Setakat ni watak zombie tu cuma fiksyen & rekaan semata mata. Tak wujud pun virus macam tu kat dunia ni.

Sedikit info dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetang mati akibat wabak atau penyakit berjangkit ni..

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)


  • Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.
  • Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.
  • Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95

Sekarang dunia memang tengah menghadapi wabak yang dah bertahun tahun masih belum pulih iatu covid19. Sebab ia sejenis virus yang bermutasi dengan cepat dan melahirkan macam macam varian. Yang terkini omicron. Hope selepas omicron dia dah mandul la kan tiada lagi varian baru. Jadi covid juga dalam kategori wabak even dalam Al Quran menyebut sebagai taun tapi merujuk kepada wabak.


Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana Covid-19 ini sebagai mati syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua. 

Pada budak budak bbnu ni korang kalau nak attention pun jangan la dok buat pertanyaan merepek. Bukan je tak nampak bijak malah tak berapa lawak juga jika orang yang di tanya tu bukan dari peserta maharaja lawak atau artis komedi. Kau nak tanya Mufti biarlah soalan itu nampak berilmiah dan betul betul nampak kau serius ingin tahu.


Moral of the story.. kalau dah bosan sangat scroll je blog lekatlekit dari dok merapu tag Mufti dengan soalan soalan gila macam tu. Peace Yo!


GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID

GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID. Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang.

Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan.

Berita berita kematian macam ni.. sememangnya akan merentap hati seorang ibu. Jahatnya covid.. tiada simpati sesiapapun. Dia tidak memilih siapa untuk di jangkiti.. tiada tidak peduli hubungan kekeluargaan kamu. Jika kamu mendedahkan diri dan orang tersayang pada risiko jangkitan, dia pasti akan mengintai peluang.

Kita tak ada kuasa untuk menutup sektor sektor yang menyebabkan peningkatan statistik kes harian tapi selagi kita masih ada pilihan untuk berusaha mengurangkan risiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain, maka buatlah sebagai salah satu usaha mengelakan jangkitan.

Pada yang sudah lengkap 2 dos vaksin, pada negeri negeri yang mula beralih ke fasa kedua.. Jangan terlalu meraikan. Semua masih berisiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain. Tiada siapa yang kebal dari berisiko maka apa yang boleh kita buat adalah bekerjasama untuk mengawal penularan wabak dengan mengawal pergerakkan.

Setiap hari membaca khabar khabar kematian akibat virus yang sangat jahat ni.. hati siapa tidak hancur. Mental koyak.. jiwa menjadi sesak. sedikit sebanyak pasti risau dengan nasib keluarga sendiri. 

Di Fasa kritikal ni, apa yang boleh kita buat selain terus patuh pada SOP.. adalah memohon perlindungan dari Allah. Semoga Allah menghilangkan virus jahat ini dari mukabumi.

Sungguh.. hati semakin rapuh mendengar nyawa nyawa gugur akibat covid. Semoga asbab pemergiaan Siti Sarah dapat membuka mata pihak pemerintah bahawa rakyat sedang menderita. Setiap hari rakyat meratapi kehilangan orang orang tersayang akibat covid. Lakukan sesuatu supaya dapat mengawal jangkitan covid.

Semoga mereka yang gugur angkara covid bersemadi dengan Aman.. Bagi yang muslim semoga di tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman. Amin..

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH. Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang. Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar. Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjejas dari sudut ekonomi. 

Bersyukur yang masih cukup makan pakai waktu ni sedangkan ramai yang terputus bekalan makanan, hilang sumber pendapatan & ada yang hilang tempat tinggal akibat tidak mampu membayar sewa rumah.

Situasi semakin buruk bila semakin banyak kes bunuh diri akibat tekanan yang di hadapi. Setiap hari banyak berita, cerita & khabar yang menyedihkan kita dengar, tonton & baca akibat dari virus kita kita tak nampak dengan mata kasar.

Sejak semalam mula nampak kempen mengibarkan bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sebab bukan semua orang petah untuk kesana sini mencari bantuan bagi meneruskan hidup di waktu sekarang. Ada yang rasa malu untuk meminta minta secara terus. Jadi mungkin cara simbolik dengan mengibarkan bendera putih dapat memberitahu masyarakat setempat,pihak pihak berautoriti, ngo ngo atau aktivis masyarakat untuk membantu. Bagus juga la idea tu.

Cuma bukan semua tempat boleh kibarkan bendera putih ni tau. Terbaca satu perkongsian di Facebook.. katanya kalau di sabah simbolik bendera putih ni menandakan ada kematian. Silap kibar bendera bukan bantuan makanan yang sampai takut imam, lebai & van jenazah pulak sampai katanya. Lain tempat lain budaya. Hehehehe

Jadi untuk sabah kena guna simbolik lain la kot untuk meminta bantuan. Guna bendera warna lain yang boleh mengambarkan sedang dalam kesusahan.

Tapi yang best lagi ada la orang politik kata.. bukan cara betul kibarkan bendera putih untuk mohon pertolongan. Sepatutnya berdoa kepada Allah. Tapi tu la kan tadah tangan berdoa je tak ada la beras terjun dari langit jatuh atas tapak tangan yang sedang menadah. Tak salah pun selepas usaha, doa & tawakal.. kibar bendera putih sebagai isyarat perlukan bantuan. Kira jalan usaha terakhir juga la.

Apapun dalam situasi sangat mencabar mental & fizikal.. semoga Allah beri kita kekuatan & kesabaran yang tinggi. Masing masing ada ujian kesusahan waktu ni. Walau masih cukup makan pakai mungkin tekanan tu datang dari sudut emosi yang terlalu lama berkurung dalam rumah macam den ni. 

Moral of the story...moga kita semua dalam perlindungan Allah. Terhidar dari perkara perkara yang memudaratkan. 

RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP

RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP. Assalammualaikum. Salam pagi minggu yang tak ada bezanya dengan hari hari biasa. Biasa la berada di negeri zon merah.. 24jam.. 7 hari seminggu hanya berkurung dalam rumah la dengan anak anak bila tak ada urusan penting untuk keluar. Sampaikan budak shahila sampai dah enjoy duduk dalam rumah. Dah tak minta nak keluar. Yang penting adakan barang barang yang dia minat untuk beraktiviti. 

Melihat statistik kes yang masih empat angka.. sepanjang dua hari lepas masing masing dah melepasi angka lima ribu kes harian. Dah tak nampak bayang kes akan turun dalam masa sebulan dua ni. Kena buat persediaan yang mungkin kita akan lebih lama terpaksa had kan pergerakan. PdPR pun mungkin akan berlarutan dengan lebih panjang. So kalau ada bajet.. belilah gadget gadget untuk membolehkan anak anak kita meneruskan PdPR. 

Semua berlaku bila kita di beri kelonggaran untuk bergerak. Sempadan negeri di buka maka berpusu pusu orang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti tak kira di tempat percutian atau balik kampung. Bila di suarakan kebimbangan akan menjadi punca peningkatan kes, akan ada suara mempertahankan dan menggunakan alasan kluster tersebar sekarang adalah kluster tempat kerja @ kluster industri. Belum ada kluster holiday, kluster balik kampung bagai.

Memang belum ada kluster besar melibatkan aktiviti rentas negeri ni tapi mungkin kita terlupa pandang beberapa negeri yang sebelum ni berada di zon hijau juga turut di kenakan PKP kerana ada peningkatan kes di situ. Di situ membuktikan aktiviti merentas negeri juga penyumbang pada peningkatan kes. Takkan kita nak tunggu sampai jadi kluster besar baru kita nak ambil langkah berjaga jaga. Baru rasa perkara tu penyumbang pada peningkatan kes.

Kenapa kita tak boleh ambil langkah mencegah sebelum parah? Bila tak mampu nak kawal penularan jangkitan dah tentu semua pihak akan terkesan. Orang bising suruh kawal pergerakan, patuhi SOP tak dengki pun dengan hangpa yang boleh catwalk sana sini cuma orang nak cepat kes turun & kita boleh kembali hidup macam biasa. Yang bekerja boleh bekerja.. sekolah boleh di buka.. pusat asuhan & taska boleh beroperasi..hari minggu boleh keluar lepak MALL.. boleh beriadah..hari cuti boleh pergi melancong.  Tempat tempat ibadah macam surau dan masjid boleh berjemaah macam biasa.

Tapi tu la.. bila di tegur ada yang melenting. Dok ungkit yang dah jadi kluster besar punca statistik kes harian naik. Macam la kluster tempat kerja tu takkan keluar dari kawasan tempat kerja dia. Dah tentu habis kerja dia balik rumah.. balik rumah ada family. Mungkin sebelum pkp dia tak tahu dia positif bawa family balik kampung. Kenapa kita tak nak fikir sejauh tu?

Betul.. sepatuh mana kita dengan SOP atau kita berkurung dalam rumah sekalipun masih ada risiko bila ahli keluarga kita keluar bekerja tapi sekurang kurangnya dengan patuh arahan pihak berautoriti mengurangkan risiko jangkitan. Kita di suruh berusaha dulu baru tawakal. Tak boleh la main doa & tawakal tapi tak ada usaha untuk elak kemudaratan.

PKP mungkin tidak akan di sambung cuma mungkin SOP akan di perketatkan. Hope sempadan negeri tidak di buka. Sebab kalau di beri kelonggaran.. Memang manusia takkan pernah serik selagi belum kena batang hidung sendiri. Mereka akan menyerbu keluar dari zon masing masing macam sebelum ni. Maka sampai abang jamil hidup semula pun keadaan takkan berubah.

Tak siapa suka hidup terkurung dan terikat dengan SOP. Memang perkara tu memberi kesan pada kesihatan mental tapi jika kita masing masing cuma fikir diri sendiri kesannya semua akan rasa. Takkan ada kesudahan yang baik jika tiada kerjasama dari semua pihak untuk memutuskan rantaian jangkitan. 

Tak perlu kita mengungkit kluster PRN yang menjadi punca. Benda dah berlaku tak boleh nak ubah apa apa. Apa yang perlu kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku agar kita tidak menjadi penyumbangkan pada kluster kluster baru.

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR. Hari ni ramai sudah memulakan sesi persekolahan secara atas talian termasuk anak den nan special yang sorang tu. Cikgu pun dah start bagi latihan di group whatsapp & kuiz secara online.

Allahu pepagi kelam kelibut jadinya.. nak print kertas latihan lupa sambung cable printer ke pc. Dok pelik awat la tak boleh nak print. Asyik dok naik warning printer tak connect ke pc je. Padahal lampu kat printer dok kelip kelip. Dok yakin dah sambung cable ke pc padahal tak check balik. Sampai naik angin juga la. Lepas tu yang si kecil pula sibuk nak tarik kertas dari printer.. yang si kakak sibuk suruh print lukisan.memang mak kau hijau je pepagi ni.

Tu kisah saya & anak anak hari pertama PdPR. Baca kisah kawan kawan lain kat Facebook rata rata ada kisah tersendiri. Yang mana dah start googlemeet classroom di mana belajar secara bersemuka melalui video tu pun ada kisah tersendiri. Ada anak tengah online class mak dok membebel. Ada yang anak tak focus belajar sebab join adik tengok tv. Tak buka tv adik ganggu kakak & abang belajar. Ada yang anak anak tak bangun tidur.

Memasing pagi ni ramai bangun tidur terpaksa menggalas title cikgu. Yang anak sorang belajar pun jadi kelam.kabut apatah lagi yang ramai. Biasa la..Belajar dari rumah memang takkan sama belajar di sekolah tapi apa pilihan yang kita ada sekarang memandang statistik kes hari covid19 masih tinggi & pkp terpaksa di laksanakan ke seluruh negeri kecuali sarawak je sekarang ni masih tak join team pkp. Kena terpaksa biasakan juga dengan norma baru.

Bagi kita yang ada kemudahan untuk sesi pembelajaran secara online bersyukur la. Bayangkan yang di luar bandar, kawasan yang susah nak dapat liputan internet. Jenuh cari line katanya. Tapi semangat mereka untuk belajar kita patut contohi. Kita yang duduk rumah boleh online 24jam sehari lebih beruntung dari mereka. So bersyukur la.

Memang susah bila kita terpaksa menjadi guru kepada anak di rumah. Dengan kerja rumahtangga yang perlu di selesaikan dalam pada masa yang sama. Bagi ibu bapa bekerja pula.. tak tahu macam mana depa buat. Ada yang bagi gadget & pantau dari tempat kerja. Ada mungkin balik kerja baru semak latihan - latihan di beri guru untuk murid siapkan. Yang pasti tak kira dalam posisi manapun masing masing terpaksa bersusah payah dengan sesi pembelajaran dari rumah ni.

Sama samalah kita berdoa agar dalam minggu ni statistik kes menurun & kita tak perlu lama hadap pkp & anak anak dapat bersekolah secara fizikal macam biasa. Kerjasama dari semua pihak amat di perlukan. Kalau kita jaga diri sendiri orang lain tak nak jaga kesannya tetap semua akan rasa & terima. Jadi tolong berhenti pentingkan diri sendiri.

Moral of the story... Selamat bertugas sebagai guru buat semua ibu bapa. Lama lama ok la tu. Peace yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com