DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK
Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.
Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.
Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.
Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat
P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.