Showing posts with label IPT. Show all posts

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM. Kembali bersiaran segmen seram serik di blog lekatlekit.com. Untuk malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuah rumah sewa 2 tingkat. Kisah ni di kongsikan oleh seorang bekas pelajar sebuah IPT yang maybe dekat dengan rumah tu la kot. Aku tak mau la sebut IPT mana sebab tuan punya badan tak sebut. Kang salah teka susah pulak.

Gambar Sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya dia menumpang sewa dengan seorang ustaz merangkap abang angkat katanya. Rumah tu sebelum ni memang tak berpenghuni.. Rumah kalau kita tinggal 3 hari pun dah ada makhluk yang tak nampak menumpang inikan dalam tempoh yang lama. Silap haribulan dia berkampung halaman la kat situ. Untung jadi 'makhluk tu' kan? Kita manusia jenuH struggle cari duit nak beli atau sewa rumah.. depa senang2 jer masuk duduk tanpa bayar sesen.Alasan sapa suruh tinggal rumah lebih dari 3 hari katanya.

Ok berbalik pada cerita tadi.. Rumah 2 tingkat tu bahagian atas ada 2 bilik kosong tak di gunakan. Cuma di jadikan markas untuk sebuah parti pembangkang berjumpa. Tapi sekali sekala je depa buat perjumpaan bukan hari hari. Nak di jadikan cerita seram, ada roomate budak ni seorang ustaz jugak. Kawan kepada abang angkat dia. Dia jarang ada kat rumah sebab sibuk berceramah & mengajar kuliah2 agama. Pendek cerita walau ada kawan sebilik tapi hari2 dia kebanyakkan bersendirian jer. Time tu pulak dia tak ada computer,tv bagai.. Almaklum la student katanya.

Pada satu hari ni ada seorang ustaz menumpang kat rumah tu. Depa ni maybe set2 ustaz jer ni. Semua yang datang duduk kat situ ada title ustaz katanya. Ustaz tu di namakan sebagai 'abang zul' (bukan nama sebenar). Lepas beberapa hari tinggal kat rumah tu dia tanya la budak tu (student yang menyewa) selama tinggal tak ada apa2 yang pelik ke berlaku kat dia. Walaupun budak tu pelik dengan pertanyaan tu tetap dia jawab, memang tak ada apa2 berlaku. Tapi berbeza dengan ustaz zul ni baru berapa hari duduk yang ada 'benda' dok try keimanan dia.

Katanya ada satu kejadian berlaku pada satu petang ni dalam pukul 2 - 3 petang macam tu. Masa tu ustaz abang zul ni baru je balik rumah.sebab penat dia ambil keputusan nak tidur la sekejab. Masa tengah tidur tu tetiba dia dengar bunyi bising di tingkat bawah. Pelik jugak dia sebab setahu dia tak ada orang kat rumah. Takkan siang2 hari pun hantu nak menyakat. Sebab nak tahu apa berlaku dia jenguk jugak ke bawah dari atas tangga tapi memang tak ada apa2 atau siapa kat tingkat bawah. Lepas tu dia masuk kebilik dengan niat nak sambung tidur balik tapi sekali lagi dia dengar bunyi bising. Dia pun jenguk lagi tak ada apa2 jugak sampai la kali ketiga bunyi bising agak pelik sebab kedengaran suara kanak kanak ketawa sambil berlari. Lepas tu barulah dia nampak sesuatu di bahagian ruang tamu kat tingkat bawah.

Apa yang dia nampak kelibat seorang wanita cantik yang datang dari arah bawah tangga berlari laju keruang tamu. Terkejut & terkedu lihat benda tu abang zul lari masuk bilik & duduk sambil beristifar. Masa sedang duduk beristifar tu tetiba terasa macam keadaan jadi sunyi. Tak dengar apa2 bunyi hatta bunyi kereta yang lalu lalang di luar. Seolah2 dia di bawa ke alam lain. Tapi di sebabkan abang zul ni ada belajar ilmu batin semasa belajar silat dulu maka dengan beberapa potong ayat dia berjaya meloloskan diri dari di perangkap dalam dunia 'ghaib' tu.

Mujur la budak yang menyewa kat situ tak pernah kena ganggu yang kena ganggu tu semua geng2 ustaz jer. Tak tau kenapa 'benda' tu nak test ustaz2 dalam rumah tu jer.. maybe nak test ilmu depa kot. Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti lain kali je aku sambung yer... Panjang2 sangat satgi ada yang histeria mati akak di persalahkan katanya hehehe.

Moral of the story.. Sebab tu kalau masuk rumah baru elok la kita buat bacaan yassin & tahlil. Manalah tau sebelum kita duduk ada 'mereka2" tu terlebih dulu check in.

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA. Mesti ada mencebik.. Alah. Bihun goreng pun nak share resepi. Aku sambil pejam mata je pun boleh masak... Bukan sambil pejam mata jer sambil berzumba pun aku boleh masak. yer.. yer.. chef2 sekalian memang bihun goreng bagi hangpa semua macam goreng telur mata jer tapi bagi orang yang baru belajar masak bihun goreng pun depa rasa macam nak masak kari kepala ikan punya payahnya. Jangan ingat remeh bagi kita remeh jugak bagi semua orang. Masak nasi pun ada orang separuh abad hidup pun masih tak tahu jadi tak mustahil ramai kat luar sana tak reti goreng bihun.

Resepi bihun goreng kering segera ni (nama harus gempak ok!) memang sesuai sangat untuk pelajar2 yang menyewa atau geng2 bujang. Sebab apa kalau duduk asrama ni mana boleh masak ye dak. Sebab sesuai sangat untuk budak2 ipt ni adalah kerana bahan bahan dia senang nak dapat. Tak payah nak blend cili bagai. Beli je yang instant. Sebab tu aku namakan bihun goreng kering segera sebab guna bahan2 segera je. hehehe

Ni rupa packaging cili giling puteri. Boleh jugak guna untuk masak sambal tumis atau apa2 masakan berasaskan cili. Bagi aku ni jenama Puteri lebih sedap berbanding jenama lain yang kebanyakkan terlebih masam cili dia. Kalau malas2 nak blend cili boleh guna cili giling segera ni

Bahan bahan dia..
Cili giling puteri. Boleh beli je kat kedai. Kenapa cili giling puteri? sebab cili dia cukup rasa pedas & tak over sangat masam sesetengah cili giling segera jenama lain.
Sos cili
Kicap manis & kicap masin
Ayam/Udang/Sayur (yang tu ikut suka la)
Fish cake & fish ball (ni pun ikut suka la nak masuk boleh taknak pun takpe)
Bawang merah & bawang putih
minyak masak
Bihun

Cara nak buat dia
Rendam bihun dalam air panas sekejab bagi lembut. Sekejab jer jangan lama2 nanti lembik.
Bancuh cili giling dengan kicap manis & masin & sos cili. Buat macam pes.
Aku suka goreng dulu ayam bagi masak. kemudian dah masak angkat dulu.
Tumiskan bawang merah & putih. Dah naik bau baru masukkan cili. Masak sekejab baru masuk udang,fish cake, fish ball & ayam yang dah goreng tadi. Tak payah masak lama2 cili tu sebab dia memang dah masak. Agak - bahan mentah tu dah masak baru masukkan bihun yang di celur lembut tadi. gaul rata. masukkan sayur. Masak sekejab agak2 sayur dah masak. Boleh la di hidang. Untuk buat bihun kering jangan letak banyak minyak.


Senang tak?? Senang jer sebenarnya. Kadang2 sebab kita tak pernah cuba masak kita rasa macam susah sangat padahal sambil goyang inul pun boleh masak. Jadi pada adik2 yang baru berkenalan dengan bakal mertua tu boleh la pratikkan masak bihun koreng kering segera ni. Bukan apa kalau berminyak sangat tak elok nak jamu kat mertua yang dah tua. Nanti kolestrol tinggi katanya. hahaha

Bagi yang ada housemate yang kaki makan boleh la korang try masak masakan yang korang belum expert atau tak pernah masak. Sebab spesis kaki makan macam ni sedap ke tak sedap kadang2 dia belasah jer asal bukan racun sudah. So tak membazir kalau resepi korang tu kurang menjadi. Hahahaha. Tapi kalau tetiba depa jadi kurang makan atau bersikap pelik terhadap makanan korang kena tahu itu dorang sebenarnya sedang bagitahu korang sesuatu. Nak tahu meh baca kat sini >> Yang Ada Kawan Kaki Makan Kena faham Jika kawan Anda Buat Perangai macam ni <<

Aku share resepi simple2 jer sebab aku tau dah banyak orang share resepi berat2 yang kadang2 budak2 baru belajar masak ni rasa tak confident nak buat. Kena belajar masak yang simple2, belajar matching rasa & bahan baru la belajar masak masakan berat2.

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ. dalam hidup aku.. Aku bukan tak suka berkawan tapi entahlah sekarang ni aku lebih suka sekadar kawan. Maksudnya kawan kat situ habis kat situ. Mungkin sebab status aku sebagai isteri & ibu jugak kot. Batasan masa & pergaulan buat aktiviti berkawan aku tak happening macam zaman2 bujang. Tapi rasanya hidup aku enjoy je. Takde rasa kurang kat mana2 pun. Setakat tak dapat lepak & outing dengan kawan2 tu bukan masalah besar bagi aku. Hidup ni ada fasa.. setiap fasa kehidupan mesti la ada perubahan. Kalau statik je tu bukan nama kehidupan.


Dunia kawan paling meriah dalam hidup aku masa aku sekolah menengah la. Kat kampung kawan aku lain, kat sekolah kawan aku lain & bila cuti sekolah atau habis sekolah pun kawan2 aku lain. Bila kawan2 aku ni dari sumber berlainan buat aku jadi ramai kawan. Sampai kat rumah dalam bilik pun kawan aku lain sebab aku dulu suka sangat jual nombor telefon aku kat radio. Yelah.. dulu aku memang suka layan radio. Suka call dj radio. Radio dulu bukan macam sekarang semua record dulu baru on Air. Dulu semua kau call terus on Air takde tapis2 dah.

Hidup aku memang meriah dengan kawan sampai aku pernah rasa aku macam tak boleh hidup kalau takde kawan. Tapi sekarang ok jer.. Malah hidup aku makin tenang & senang. Kawan kita masa sekolah rendah lain... kawan kita masa sekolah menengah lain sampai la kawan kita kat kolej @ IPT pun tetap lain. Takkan sama punya kawan2 yang kita dapat. Tapi ada satu spesis kawan yang korang hanya akan jumpa di peringkat IPT & kolej jer. Kawan kat IPT @ Kolej ni perangai & aktiviti dia dah tak sama macam kawan2 kita masa sekolah. Lain sikit. Perangai macam mana meh baca kat sini >> 18 Jenis Kawan Yang Anda Akan Jumpa Hanya Di Kolej @ IPT <<

Apapun berkawan biar berpada pada.. Macam aku ada sejarah yang buat aku rasa hilang terus kepercayaan pada orang lain terutama kawan. Mungkin salah aku jugak dulu meletakkan kawan di tempat tak sepatutnya di hati maka berlaku sesuatu yang buat aku rasa hilang semua rasa yang baik pada seorang kawan.

ASRAMA TEMPAT MENGASAH BAKAT GANGSTER

lama tak kupas kupis isu2 semasa macam ni kan? sekali sekala kita kena jugak tulis even blog ni dah jadi blog seram. Tak seram pasal cerita hantu seram pasal isu2 yang menghantui pembacanya. Hahaha... Alahai.. macam puaka sangat kau tu.


Ok ok.. aku tak nak berjangkit dengan Akak Mummydearie yang manjang kona baring, kuak lentang bagai bila tulis entri. Dalam satu entri boleh jadi 10 kisah dia tulis even tajuk satu je. Hahahaha... Berbalik pada tajuk yang di tajukkan. Ye pasal budak2 asrama sekarang.

Dulu mak bapak hantar anak ke asrama dengan tujuan nak anak tu lebih berdikari & berdisiplin. Adik aku dulu pun pernah duduk asrama. ye betul semua tu mengajar dia jadi lebih solehah & berdikari. Tu yang hari2 makan megi katanya sampai jadi ketagih. Tapi sekarang rasanya.. Asrama macam tempat yang tidak selamat pulak untuk anak anak kita. Bukan satu dua kes dah.. dah banyak. Tu kes yang di highlight di media sosial & media elektronik. Kes2 terpinggir yang di sembunyikan, maybe ada sapa tahu.

Dulu ragging tak sampai membunuh tapi sekarang kalau orientasi tu macam nak kena hukuman mati je dia punya buli. Yang terbaru di tendang sampai putus urat saluran darah ke otak sebabnya tak senyum kat senior je. Tu baru tak senyum gamaknya kalau dia jeling kat senior bukan takat putus saluran darah, putus kepala pun tak mustahil. Tapi semalam aku tengok berita interview bapak dia.. pihak sekolah bagitau anak dia jatuh katil, mulut berbuih kemudian meninggal padahal budak tu jadi mangsa buli senior. Tengok tu, pihak sekolah kalau boleh nak tutup hal sebenar. Tapi sebab ada bedah siasat, tak mampu nak tukar cerita la.

Asrama dah macam bukan tempat mendisiplinkan budak2 sekarang tapi tempat mengasah & menimba ilmu gangster yang di warisi dari senior2 terdahulu. Budaya ragging mesti di benteras & orientasi berbentuk membuli harus di haramkan. Sebab budak2 sekarang bukan macam budak2 dulu.

Moral of the story.. Jangan jadikan asrama akademi gangster. Hope ada jalan penyelesaian yang terbaik. Gamaknya warden asrama kena guna warden penjara yang lebih garang & tegas kot untuk mengawal samseng2 muda belia ni. Kalau tak habis anak orang di karate sesuka hati.


KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA

Dah abis sedunia aku jelajah cari cerita2 seram & hantu ni kini kita kembali ke Malaysia dengan menyelongkar kisah2 seram yang berlaku di asrama yang ada kat Malaysia. Nak tau asrama mana yang tercalon sebagai berhantu & ada kisah yang menyeramkan meh la baca dengan tanpa prejudis..

Sumber google

Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT.. cerita hantu & seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan.. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang.. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. hehehehe.. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah..

asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.

asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air.  Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..

asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Kampus UiTM sabah
rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan.

Asrama  Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.

cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak2 pakat berhenti belajar pulak budak budak. hahaha.. Apapun mana2 asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang2 cuma dari imaginasi takut budak2 yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama. Jin & syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud.. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau2 takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang2 jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri.

Moral of the story.. hantu memang dah hantu dik.. Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nak buat.

RESEPI MASAKAN UNTUK PELAJAR IPT SEMPENA GST

Sebab ada menteri yang cadangkan Pelajar IPT masak untuk berjimat di zaman GST ni even memula cakap GST tak membebankan & tak menyebabkan harga barang naik.. Tup2 kena berjimat pulak kan? Susah jugak nak hadam statement2 bapak2 menteri Malaysia ni.. Almaklum la hanya golongan menteri2 je paham. Golongan rakyat macam aku susah nak faham sebab bahasa depa terlampau tinggi katanya. hahahaha

Masak hek kau!

Sebab kesian kat student IPT yang di suruh masak sendiri untuk berjimat sedangkan aku yang surirumah pun kos masak aku rasa tinggi jugak. Tak tau la nak masak apa paling  jimat maka aku jumpa satu formula masakan jimat untuk student IPT. Bahan2 dia boleh di simpan tanpa perlu ada peti ais kat asrama atau rumah sewa. Bahan2 nya mee segera kering tanpa sebarang perisa, serbuk kari, pes tomyam, garam, serbuk lada, bawang,telur,kicap & minyak masak. Dah cukup. Boleh jugak guna bihun. Step dia sama jer. cuma tukar megi ke bihun je.

Biarpun mee segera bukan makanan sihat tapi itu je makanan murah & mudah. Dari kena gastrik makan je la katanya

Bila nak makan jer.. korang goreng la megi goreng gst resepi lekatlekit ni. Cara2 lembutkan megi kering dalam air panas, potong bawang, panaskan minyak tumis bawang, masukkan megi,kicap, perasa ikut suka nak kari masuk serbuk kari, nak tomyam masuk pes tomyam atau perisa lain korang rasa nak makan. Lepas tu masuk telur goreng sampai sebati dah siap.

Siap megi goreng GST perisa kari

Nak buat macam mana.. Solution pak menteri cuma suruh jimat. Apa pilihan kita ada kan? Asal barang naik harga, Statement pak menteri JIMAT. Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia katanya.. sedia menurut perintah.

Moral of the story.. Jangan sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dengan sejarah Menteri Malaysia Mangkat Di julang pulak. Semakin hari semakin rasa di kejami pemerintah pun ada dah ni. Kasihani la kami Rakyat mu..Kami tak minta Jet peribadi sorang sebiji hanya jangan di bebankan dengan cukai2 mengarut tak masuk akal macam ni.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com