Showing posts with label chewing gum. Show all posts

AKSI SPONTAN PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL BUAT DENGAN CHEWING GUM

AKSI SPONTAN PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL BUAT DENGAN CHEWING GUM. Amboi kalau dah nama pemain bola sepak ni apa je yang sepak dia nak sepak katanya. Ketagih gamaknya.. Yelah.. kalau sehari tak main bola maybe kaki dia jadi kejang ke.. menggigil ke apa sapa tahu kan. Kalau dah sebati dengan jiwa ni tak kira kat memana atau dengan apa benda sekalipun boleh di jadikan bola untuk beraksi.


Tapi aksi ni bukan aksi dari pemain bola sepak Pamoga Qu puteh the pink warrior, hokay... Depa maybe belum sampai tahap macam ni kot. Depa maybe tak reti nak timang2 chewing gum @ gula2 getah macam timang bola... Gila kau. Dah la benda alah tu jenis melekat.. Hanya orang yang pandai mengimbang tahap profesional je boleh buat macam tu.

Tapi Pemain bola Antarabangsa yang terkenal di kalangan peminat bola sepak ni walau dia terer pun timang2 chewing Gum kantoi jugak di minit akhir. Nak tengok aksi beliau meh tengok kat sini >> Aksi Yang Tak Di Jangka Pemain Bola Sepak Terkenal Ni Buat Dengan Chewing Gum Yang Di Kunyah <<

Kita2 yang tak profesional ni tak payah la tiru. Silap2 timang dia terpelanting melekat betul2 tengah2 kepala tak ke naya. Nak2 lelaki kan. Kalau chewing Park atas rambut memang Sebuah kisah sedih la. hahahaha

Teringat zaman budak2 dulu makan chewing Gum kalau kena pedajal dengan memberi melekat kat rambut alamatnya.. Rambut tu tinggal kenangan je. Memang tak ada cara selain potong rambut yang terlekat chewing gum.

APA KES WARGA SINGAPORE DI SAMBUT DENGAN CHEWING GUM

APA KES WARGA SINGAPORE DI SAMBUT DENGAN CHEWING GUM . Sejak 1992 lagi singapore haramkan chewing gum. Memang tidak di benarkan menjual atau makan chewing gum kat singapore. Singapore anggap chewing gum menyebabkan vandalism yang merosakkan harta benda awam bila orang yang mengunyahnya akan melekat merata rata sisa chewing gum di tempat awam. Tapi di benarkan kembali chewing gum pada 2002 untuk tujuan perubatan & pada 2004 sejenis chewing gum penganti nikotin di perkenalkan di singapore.


Sebenarnya aku sendiri tak suka orang yang jenis tak bertanggungjawab makan chewing gum ni. lekat kat penyandar kerusi bas,lRT,train bagai.. kalau orang tak perasan tersandar melekat kat baju. Lagi malang orang yang free hair rambut pulak panjang melekat kat rambut memang potong la jawabnya. nak minta kerajaan haramkan chewing gum macam yang singapore pernah buat pun tak boleh. chewing gum ni ada kebaikkan dia jugak. Salah satu menyegarkan nafas. Yelah.. kat luar lepas makan kita mana la gigih sangat nak pergi gosok gigi. Nak2 pulak makan petai, jering & apa2 makanan yang menyebabkan bau nafas ni.. Salah satu untuk menghilangkan bau tu dari mulut dengan kunyah chewing gum.

Tapi ada budak2 baru nak up nak kunyah chewing gum sebab nak nampak stylo & ranggi. Aku yang dah zon makcik2 ni kadang2 tengok rasa macam nak cubit jer pipi depa. Konon nampak macam taiko besar sangat la tu... Dengan memek muka kerek sambil kunyah chewing gum. Hahaha kelakar giler..

Tu mukadimah chewing gum.. Tapi apa kes pulak warga singapore yang masuk ke Malaysia dengan kereta di sambut dengan chewing gum pulak ni. Nak cari gaduh ke hapa? Atau simbolik pada sesuatu. Kalau korang nak tau meh tengok kat sini, apa kes warga singapore di sambut dengan chewing gum >> Warga Singapore Di Beri Kejutan Dengan Chewing Gum <<

Apapun singapore memang cantik & bersih cuma warganya tidak seramah warga Malaysia. Tu je kekurangan singapore. Majoriti orang2 kat sana.. kerek. Pandang kita macam buruh kasar masuk singapore je. Sampai kadang2 kita nak tegur tanya jalan pun jadi serba salah. Hope warga singapore friendly sikit la.. Korang masuk Malaysia kami sambut dengan layanan yang baik kan. Tak geng la sombong2. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com