TOLLGATE ASMARA COPY PASTE CERITA TOLLGATE GIRL?
Mesti ramai tengok cekerarama semalam kan? Katanya kelakar cerita Tollgate Asmara tu tapi mesti ramai yang masih ingat telefilem Tollgate girl lakonan amy mastura yang satu ketika dulu pernah di tayangkan masa hari raya kalau tak silap. Pun kelakar & sweet sangat cerita tu.Untuk pengetahuan korang Tollgate girl & Tollgate asmara ni di arah oleh pengarah yang sama Osman Ali. Katanya just Remake balik atas permintaan tv3 dengan cerita yang berbeza. Den tak tengok pun Tollgate asmara sebab den tengok iklan nampak macam copy paste cerita tollgate girl & pelakon dia pun tak berapa minat jadi keputusan den amik malas nak tengok. Layan the mummy yang episod maharaja cina kat TV2 pun rasa macam tak best alih2 layan kerja dapur, layan anak kemudian layan online sambil tunggu mata nak pejam.
Sumber FB
Kenapa aku malas nak tengok tollgate asmara semalam even aku memang tabik spring kat telefilem tollgate girl? Adalah aku rasa macam tak feel tengok cerita yang jalan cerita aku dah tahu. Lagipun aku rasa Izara Aisyah lakonan dia belum lagi tahap mantap. Lebih senang aku mengaku aku bukan minat Izara Aisyah pun. kekekekeke cerita remake2 ni.. power dia macam kureng.. Umpama filem seram yang hebat kat Thailand.. even Mae Nak pun best cerita dia tapi tak sepower version pertama Nang Nak yang lebih seram & lebih best. Mae Nak tu filem yang remake balik dari filem Nang Nak. Jalan cerita lebih kurang sama jer sebab dia ambil dari lagenda kisah seram di Thailand tapi pelakon kedua2 filem tu je tak sama.
Moral of the story.. citarasa kita ni mana sama so mesti berbeza dari pandangan kita pada sesuatu isu. Hope Encik Osman Ali tak kisah yer.. even tollgate girl & tollgate asmara, dua2 pun dari pengarah yang sama tapi tetap saya memilih tollgate girl sebagai cerita terbaik & saya tak kata cerita tollgate asmara tu tak best sebab saya tak tengok jadi tak boleh nak nilai cuma kat sini saya cakap kenapa iklan kat TV tak berjaya buat saya rasa nak tengok jer. Macam saya cakap.. hilang mood nak tengok sebab kat iklan pun dah nampak copy paste cerita tu.
P/S : ada yang berpendapat macam pembikin drama dah macam kering idea. Jangan pulak suruh yang cakap camtu buat drama sendiri pulak sebab manusia ada kepakaran tersendiri. Ada yang pakar menghasil, ada yang pakar menilai & ada yang pakar menonton sahaja.Kita tak semestinya berkelulusan tinggi dalam bidang tu untuk memberi pandangan kan?? Penonton ni dari pelbagai lapisan masyarakat,pendidikkan & taraf hidup.. so, mereka menilai mengikut citarasa masing2 la.