Showing posts with label kisah remaja. Show all posts

MALU MAK.. NAK!

Kita sedia maklum kes budak 15 tahun yang kononnya di culik masa pergi beli topup alih2 jadi kes lari ikut jantan. Rakyat malaysia yang prihatin pakat dok share la berita penculikkan minah ni.. Sang lekit dari awal lagi rasa minah tu tak kena culik. Rasa hati ni kuat mengatakan lari ikut boipren la tu. Sebab tu sang lekit tak share. Tup.. Tup.. betul la pulak.

Yang si minah ni kau nak lari dengan jantan pun jangan la menyusahkan orang lain & memalukan mak bapak & seluruh keturunan kau. Bukan salah mak bapak kau canang kat media.. sebagai mak bapak harus dorang risau & buat apa saja nak selamatkan anak dia dari jadi mangsa jenayah ini adalah salah kau yang tak reti nak jaga nama baik family kau.

Sapa tak boleh halang kau nak lari dengan jantan mana pun tapi lepas kau lari tu bertanggungjawab la sikit. Sms la kat mak bapak kau bagitau kau bukan kena culik. Kau ada kat tempat selamat supaya kes kau tak di canang seantero malaya. Cukup la jiran2 tetangga kau je tau kau lari ikut jantan jangan sampai satu dunia tau. Kesian mak bapak kau tu. Kau dah confirm kurang ke'malu'an tu sebab tu kau tanpa was was ambik keputusan macam tu.

Sebab benda2 macam ni la orang ramai malas nak prihatin dah. Lebih2 kes remaja.. Kebanyakkan bukan di culik tapi lari ikut kekasih. Dan sebab itu jugak sang lekit malas nak share kes2 macam ni kat FB. Lain la kes budak2 hilang. Dah sah2 dorang tak lari ikut kekasih tapi di larikan. Teringat pulak kes mistik rekaan anak dara dari terengganu dulu tu.. Kononnya di larikan Jin last2 kes tu lepas siasatan polis rupanya dia yang dok asyik seludup keluar dengan kawan2 dia malam hari lepas tu buat cerita Jin yang sorokkan dia. Kejab kat kubur, kejab kat gunung, kejab kat hutan.. tup tup polis jumpa tiket bas. Jiran dia pun pernah cakap nampak dia keluar naik kereta dengan seseorang pada malam yang di dakwa dia hilang lagi tu. Paling best bomoh2 yang tolong rawat dia tu.. sekali dengan bomoh2 tu pun temberang. Tu lawak mistik yang paling kreatif yang pernah sang lekit dengar. Harap2 adik2 kat rumah tu jadikan sempadan dari buat benda2 macam ni. kesian orang tua korang.. Malu mak.. nak!


BANGGA JADI BUDAK JAHAT

Dulu masa zaman sekolah kalau ada kawan - kawan yang berjaya masuk club, disko, pub, ada love bite kat leher atau tempat2 yang lain yang tersembunyi terutama bawah sikit pada paras leher tu (faham - faham je la yer) dengan bangganya dioarang akan bercerita pada kawan - kawan lain.

Kisah yang pertama bila diorang berjaya meloloskan diri berhibur dalam club, disko atau pub ni. Sang Lekit ingat lagi kalau di kalangan kawan - kawan sekolah sang lekit dulu zaman tu yang selalu meniti kat bibir diorang yang berjaya merendah club yang bernama SOUL ni riuh la bercerita pasal soul. Kononnya diorang ada abang la.. akak la.. yang boleh cover dorang kat situ. Lepas tu mula la mengayakan aksi tarian yang kononnya popular kat club tu. Orang - orang lain yang dengar rasa.."wah hebat dia boleh masuk club walau umur baru 15 tahun, termasuk la sang lekit walau seumur hidup sang lekit tak pernah jejak kaki mana2 club atau disko apalagi pub.

Kisah yang kedua paling popular di kalangan budak - budak lelaki.. Dengan bangganya diorang akan membuat pengakuan berani mati dengan tujuan nak tunjuk betapa berani & hebatnya diorang kalau berani ambil dadah, minuman mabuk atau apa - apa yang berkaitan dengannya. Bunyi luahan tu standard macam ni.. "aku ni bukan baik sangat.. apa yang aku tak try. Semua aku dah try... dot.. dot.. tettt... tett.." Kalau yang kononnya pernah langgan bohsia atau buat seks dengan mana - mana perempuan, paling - paling pun cium mulut apa lagi dengan bangga & tanpa segan silu la berkongsi pengalaman. Selain tunjuk hebat depan kawan - kawan, tu la cara mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk sama - sama menjebakkan diri.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com