BANGGA JADI BUDAK JAHAT

5/28/2011 08:39:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Dulu masa zaman sekolah kalau ada kawan - kawan yang berjaya masuk club, disko, pub, ada love bite kat leher atau tempat2 yang lain yang tersembunyi terutama bawah sikit pada paras leher tu (faham - faham je la yer) dengan bangganya dioarang akan bercerita pada kawan - kawan lain.

Kisah yang pertama bila diorang berjaya meloloskan diri berhibur dalam club, disko atau pub ni. Sang Lekit ingat lagi kalau di kalangan kawan - kawan sekolah sang lekit dulu zaman tu yang selalu meniti kat bibir diorang yang berjaya merendah club yang bernama SOUL ni riuh la bercerita pasal soul. Kononnya diorang ada abang la.. akak la.. yang boleh cover dorang kat situ. Lepas tu mula la mengayakan aksi tarian yang kononnya popular kat club tu. Orang - orang lain yang dengar rasa.."wah hebat dia boleh masuk club walau umur baru 15 tahun, termasuk la sang lekit walau seumur hidup sang lekit tak pernah jejak kaki mana2 club atau disko apalagi pub.

Kisah yang kedua paling popular di kalangan budak - budak lelaki.. Dengan bangganya diorang akan membuat pengakuan berani mati dengan tujuan nak tunjuk betapa berani & hebatnya diorang kalau berani ambil dadah, minuman mabuk atau apa - apa yang berkaitan dengannya. Bunyi luahan tu standard macam ni.. "aku ni bukan baik sangat.. apa yang aku tak try. Semua aku dah try... dot.. dot.. tettt... tett.." Kalau yang kononnya pernah langgan bohsia atau buat seks dengan mana - mana perempuan, paling - paling pun cium mulut apa lagi dengan bangga & tanpa segan silu la berkongsi pengalaman. Selain tunjuk hebat depan kawan - kawan, tu la cara mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk sama - sama menjebakkan diri.



Kisah ketiga yang popular di kalangan kawan - kawan perempuan.. Kalau keluar dating tu lepas tu apa diorang buat tak payah nak di sebut sehingga menghasilkan tanda merah2 di leher, dada atau mana - mana bahagian tubuh esok tu datang sekolah pakat ramai - ramai kumpul dalam toilet untuk mempersembahkan hasil dating semalam. Yelah sekolah sang lekit semua pelajar perempuan Islam bertudung, jadi benda - benda tu tersembunyi di balik tudung tu la. Yang best pulak tu.. Mana - mana minah yang masih tak berpeluang mencuba macam rasa tercabar pula. Dating seterusnya dorang pun tak nak lepaskan peluang nak tunjuk hebat depan kawan - kawan mungkin minta sang pakwe buatkan juga tanda cinta merah tu kat leher lepas tu tayang kat kawan - kawan.

Ni kisah zaman sekolah 90an..  Apa yang sang lekit nak kopek pasal isu ni adalah, waktu tu betapa bangganya diorang (termasuk sang lekit kot walau semua perkara di atas sang lekit tak buat pun) kalau boleh nampak liar, bersosial & bebas. Seolah - olah macam pelajar terbaik jer kalau dorang di labelkan sebagai remaja/pelajar bermasalah. Sang lekit pun bukannya baik tapi walau nakal ada perkara - perkara yang sang lekit masih tak berani nak cuba atau tak yakin untuk cuba buat sang lekit terhindar la dari terjebak.

Waktu tu seolah - olah mereka bangga untuk memusnahkan diri sendiri. Rasa berjaya & gembira bila merosakkan diri sendiri. Semakin rosak seolah - olah satu kejayaan & lambang kehebatan/ keberanian pula. Kadang - kadang lucu juga sang lekit ingat sebab sang lekit pun tergolong dalam golongan remaja nakal. Tapi sang lekit walau di beri kebebasan ada la garis panduan sang lekit buat untuk diri sendiri. Macam club.. dari sekolah sampai la dah boleh hidup berdikari jauh dari keluarga, jangan sesiapa pun hasut atau paksa sang lekit masuk club takkan berjaya walau sampai depan pintu masuk club tu pun. Sebab pernah terjadi masa zaman bujang dulu.. Bila sang lekit kata taknak, maka jawapan tidak. Akhirnya sang pemujuk & pengajak terpaksa beralah dengan pendirian sang lekit.

Remaja adalah zaman pertengahan antara kanak - kanak & dewasa. Walau mereka rasa dah cukup matang tapi pemikiran kanak - kanak tu masih ada membuatkan jiwa seorang remaja cepat memberontak, punya naluri yang ingin mencuba semua & masih mentah menilai kesan dari semua tindakkan sebab tu la terjadinya perkara2 tersebut walau mereka rasa ia cuma kecil tapi di sebabkan pemikiran yang kanak - kanak yang merasakan diri dah cukup dewasa membuat keputusan sendiri buat mereka selalunya kalah dalam mengawal perasaan & hati.

Ini cuma secebis kisah nostalgia untuk di jadikan iktibar. Bukan di jadikan ikutan yer.. Saja sang lekit kongsikan kat sini untuk sama - sama kita berkomen & memberi pendapat.

16 comments:

  1. ade budak budak yang sampai tahap taknak basuh jari yang baru lepas balik dating...

    budak gi club pulak taknak basuh tangan takut cop tu ilang.. nak nujuk kat kawan...

    laki lak, kalau ade love bite siap nak tampal pakai handiplas kaler2.. nak bagitau dia romen semalam.. cisss

    ReplyDelete
  2. owh...zaman kak lekit sekolah menengah cmtu ye..zaman sekarang pula da tak perlu menunjuk2 sebab kebanyakan pun buat mcm tu...kadang2 rse pelik pulak mne pegi malu dorang...:)

    ReplyDelete
  3. ish2..sekarang kan, sy dah penah tengok budak comolot dan compipi dalam bas, bermanja manja dengan awek dlam bas..budak sekolah umur 15 tahun!

    ReplyDelete
  4. tu la kan abby..bebudak skolah skang ni dah ramai yg rosak akhlak..takut tengok perangai depa semua..(-_-")

    ReplyDelete
  5. pengaruh negatif memang senang menular. bangga buat benda yang tak elok

    ReplyDelete
  6. btul ke x pnah masuk club ? da la x pakai tudung

    ReplyDelete
  7. cik.en.. Anon tak semua org free hair tu kaki clubbing. cuba la bagi komen bijak sikit.Tunjukkan spesis Anon ni takde la spesis bangang yang hanya tau kutuk org tanpa identiti. nak kutuk pun biar nampak educated sikit

    ReplyDelete
  8. cik anon ni prejudis ni.... mungkin ada dendam kesumat...

    boleh ke sangka buruk? tapi takpe la, takde kredibiliti pun komen ni, sebab sumber org komen taktau.. takut.

    ReplyDelete
  9. macam-macamlah budak-budak sekarang ni

    ReplyDelete
  10. Benda2 camni patut x dibanggakan kan. Kalo result exam gempak baru patut bangga, he3...

    Entry terbaru -> Momir Bojic Mencipta Kereta Volkswagen Beetle Daripada Kayu... (",)

    ReplyDelete
  11. paling menyampah dengan perempuan yg dgn bangganya kat sekolah bercerita pasal 18sx dorang dgn boipren dorong.. langsung xda rasa malu. meletakkan maruah diri di bawah tapak kaki.. huhu kadang2 kesian dgn dorang ni..

    ReplyDelete
  12. Itulah kan budak remaja .. suka hanyut dalam keseronokan diri tanpa fikirkan masa depan ..

    ReplyDelete
  13. macam2 perangai yang pelik2 sekarang ni

    ReplyDelete
  14. geram dgn budak2 sekrg..ramai yg jahat.bkn nakal lg dah

    ReplyDelete
  15. haha..cik anon kepala sempit..apekes la die ni..
    zaman cma skola dulu ade juga perangai2 budok camni..tak pe..
    yg penting.bukan diri kita..

    ReplyDelete
  16. apa kejadahnya semua ini? huhu... clubbing? oh no tidak pernah ku jejak... dadah, mabuk? oh tidak ku sentuh benda haram itu...

    rokok?? err.. hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com