GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Aku sebenarnya tak pernah kot buat Giveaway ni. Tetiba rasa teringin nak buat sempena menghargai pembaca2 setia blog lekatlekit.com ni. Yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya blogger Suria Lekatlekit. Nak bagi kat semua reader blog memang tak mampu la. Almaklum la tak berapa kaya raya katanya.
Jangan la terkejut Giveaway ni bukan nak ajak korang mengumpat orang lain sekadar ingin membaik pulih diri & blog ni so memerlukan pandangan, teguran & pendapat yang jujur dari semua. Sebab kalau suruh puji confirm la sampai ke langit tujuh korang puji nak menang kan.. Padahal aku tahu aku cuma manusia biasa yang penuh dengan kesilapan yang kadang2 antara sedar & tak sedar terbuat.
Dengan Lafaz bismillahirrahmanirrahim.. dengan ini Saya selaku admin blog ingin melancarkan Giveaway pertama di blog lekatlekit.com. Untuk yang ingin menyertai Giveaway ni cuma perlu buat 1 entri yang bertajuk KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM. ha kau!! terbeliak haters2 lekatlekit baca tajuk entri kau nanti. Kemudian buat je entri pendek, simple & menarik apa yang anda tak suka dengan blog lekatlekit.com ni. Tak kisah nak komen pasal entri korang tak suka ke, paparan di blog ni ke atau tak suka kat admin blog pun boleh. Bagitahu kenapa & mengapa. Pandangan mesti berhemah. Mencarut maki hamun adalah tidak di benarkan. Nak kutuk & kritik biarlah dalam bahasa mendidik bukan mengherdik. Tu dia pesanan penaja. Lepas tu sila bagitau hadiah apa yang anda teringin nak menang untuk Giveaway ni.
Selain kena buat entri kutuk & kritik lekatlekit.com korang jugak kena berlaku adil kepada penaja hadiah.. Iatu anda perlu like atau follow page/blog/instagram di bawah ni.
hadiah Dari Pihak Penganjur di taja oleh lekatlekit.com iatu satu botol Ronasutra Face wash 4 in 1 Untuk Peserta Pilihan Melekit katanya. Syarat sama ada follow blog lekatlekit.com atau letakkan link blog www.lekatlekit.com pada bloglist memudahkan anda untuk follow up pemenang nanti & sila like page ni
Hadiah pertama : Tudung Ariani Sila Like Page Penaja disini
Hadiah Kedua & ketiga : BB Cream Seqybeauty follow blog penaja http://mrspuex.blogspot.com/ & Follow Instagram @znooraini
hadiah keempat : Nurrasya Organic Body Wash. Sila like page penaja disini >>
hadiah kelima : Nurrasya Habatus Sauda Hair Treament Sila Follow Penaja facebook disini >>
Hadiah keenam : Satu Produk buang bulu (honey Wax) sila follow Facebook Penaja di sini
hadiah ketujuh : Lipbalm scrub Sila Follow facebook Penaja disini >>
hadiah kelapan : Wang Tunai RM20 Sila follow blog www.nurfuzie.com
Hadiah kesembilan : Satu Botol Air. Sila follow Instagram Penaja di sini airikaboutique
Kalau dah like & follow penaja penaja hadiah tersebut tinggalkan link entri anda di bawah kotak komen entri ni. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat di kira tidak sah. Ingat jangan menipu nanti tak berkat hadiah yang korang menang. hehehee. Lagipun clik je semua button like & follow dah ada. satu dua je kena bukan tab baru follow blog & instagram tu. Alah.. tak susah kan?
Tarikh tutup penyertaan adalah 17 september 2016. Memandangkan sepanjang Giveaway ni berlangsung banyak cuti umum maka Giveaway di lanjutkan sehingga 30 September untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin join Giveaway ni.
Harap sudi sudikan war war Giveaway kecil kecilan lekatlekit.com ni. Kalau Penyertaan kurang dari 20 penyertaan automatik Giveaway ni di batalkan. Untuk berlaku adil pada penaja. Hope ada lebih dari 20 peserta la sebab baru cuba2 nak buat Giveaway jadi mohon support dari kawan2 blogger yang lain.
Semoga Allah permudahkan sepanjang Giveaway ini berlangsung.
Penipu ni ada dalam pelbagai nama... Dunia blog pun ramai jugak penipu. Kalau dia tak tipu duit orang dia tipu orang dengan contest / GA semata mata nak tarik traffic ke blog dia. Cara senang jer... Buat je GA/Contest dengan hadiah yang menarik, tertarik kau memang daboom confirm la ramai yang join. Lepas tarikh contest/GA tu tamat... dia pun buat diam & macam tak pernah ada apa2 yang berlaku.
Keji tak? Yang still aku ingat blog tehOais ke hapa nama dia.. Memang menggunakan trick macam tu. Sampai sekarang contest dia tak umum pemenang. Hadiah wang tunai yang agak lumayan. Lepas jugak shopping baju raya kalau dapat.
Bukan hanya 1 blog penipu macam tu malah banyak & tak mustahil ada penipu sedang menggunakan trick yang sama untuk menarik traffic ke blog dia. Yelah.. iklan2 dia pacak pun memerlukan visitor jugak. Kalau tak sesia iklan2 yang bersepah tu ye dak.
Aku ni jenis makin lama makin pemalas nak join semua benda tu.. Aku lebih selesa menulis. Cuma yang memang rajin join apa2 GA @ Contest tu berhati hati la.. kenali siapa yang menganjurkan contest tu. Check betul2 sponsor hadiah contest/GA tu.. Jangan semborono je join alih2 habuk pun tak dapat. Tak menang tak sakit hati sangat tapi kalau di tipu memang meluap jugak la hati, kan?
Yang nak sponsor untuk contest/GA blogger lain pun kena make sure jugak. Tengok blog dia macam mana. Bila korang sponsor apa benefit yang korang dapat. Kena betul2 check admin blog yang menganjurkan contest/GA tu. Tengok jugak berapa usia blog dia, berapa banyak follower dia & paling penting kena tahu siapa penganjur tu. adakah identiti dia samar2 & mencurigakan atau tidak.. sebab ada kes blogger di minta sponsor untuk contest/GA yang dia buat lepas tu diam.. contest kemana, GA kemana.. yang sponsor tu hangus camtu jer. Tak kira la apa yang korang sponsor tu kecil atau besar tapi tetap kena alert. Jangan bagi peluang mudah penipu meraih keuntungan haram depa. Biar kita cerewet sikit tak pe jangan terlalu lurus bendul percaya je tanpa selidik dulu.
sekarang ni nak menipu orang semudah satu clik jer.. Jadi kita yang berisiko kena tipu ni kena bijak seperti google jugak. Kena sentiasa alert dengan semua perkara & kena sentiasa beringat sebelum buat sesuatu keputusan. Penipu akan terus menipu dengan apa cara sekalipun selagi dia berpeluang menipu. Tak semua penipu berjaya di hadap ke muka pengadil.. ada penipu yang masih lepas bebas macam lavender mummy. Dia boleh jadi sesiapa saja untuk menipu kita dengan apa cara sekalipun. Jadi tak salah kalau kita minta butir peribadi penganjur contest yang kira rasa mencurigakan. Kalau blogger yang sedia di kenali tu ok la.. yang dah biasa anjurkan contest/GA tu tak perlu la buat macam tu. Sebab ramai sangat blogger yang kadang2 tak tau datang dari mana tup2 PM minta sponsor. Aku sendiri pun banyak jugak dapat PM dari blogger yang aku tak pernah kenal tapi aku tolak secara baik la.
tetiba aku tertanya tanya dia buat apa la sekarang kan? Masih boleh cari makan dengan menipu ke? Kalau korang tak kenal siapa.. ni la lavender mummy atau nama sebenar dia Nurzusilawati Nadzri. Pernah juga dia guna nama Isabella Azry. Paling licik di alam maya sampai sekarang belum tertangkap.
Moral of the story... nak join contest sekarang ni tengah berlangsung Group Mama Bloggers Malaysia. Jemput la meraikan contest yang mereka anjurkan. Hadiah2 agak menarik & lumayan. Nak tau senarai hadiah meh la tengok kat SENARAI HADIAH SEGMEN GMBM 1st GIVEAWAY 2015
Perkara ni bukan perkara baru kot. Sebelum ni pun dah biasa terjadi macam - macam kes blogger yang anjurkan giveaway/contest dengan hadiah gempak2 kemudian senyap atau tetiba cancel dengan alasan2 yang tak berapa logik. Yang terbaru ni aku perasan 1 contest yang aku pernah join pun macam tu jugak nampaknya.
Aku join contest ni 25 Mei 2014. Mengikut syarat contest tamat 30 Jun 2014. Pemenang akan di umumkan pertengahan hingga hujung bulan Julai. Tapi nampaknya dah nak habis september aku tak nampak pun mana2 entri dia annouce nama2 pemenang pun. Biar betul. kalau ada masalah teknikal sepatutnya dia update bagitau. Takkan senyap camtu je kot.
Buat contest takde la simple sangat syarat dia. Kena jugak buat entri dengan kreatif. Hadiah di janjikan pun takde la cikai2 sangat. Wang tunai yang agak banyak. Ni nak tarik traffic ke blog je ke hapa? Dah la blog copypaste jer...
Aku cuba siasat kat blog dia sepanjang Julai nampanya takde sebarang update apa2 entri. Ogos dia mula update balik tapi tak jumpa pun pasal contest yang di anjurkan. Aku siasat secara kasar je jadi aku tak berani nak dedahkan blog mana? Contest tu yang join pun blogger2 yang otai2 jugak. Lagipun takpe bagi masa sikit maybe sepanjang Julai tu dia hilang ingatan baru tengah recover balik kot. Sebab tu dia lupa dia pernah anjurkan contest.
HADIAH UNTUK PEMENANG:
TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU
Ni hadiah2 yang di janjikan. Tak cikai sangat la kan??
Hope admin blogger tu jangan permainkan orang semata mata nak dapat traffic tinggi. Janji tetap janji. Aku bukan la harap sangat aku menang sebab yang join bukan calang2 blogger kot tapi at least jangan main kecoh la beb! Ingat sekali kau menipu... mungkin ramai blogger yang akan up story pasal kau. Takde duit cakap takde duit.. kan? Tak payah nak tunjuk kaya saya buat contest hadiah wang tunai lepas tu senyap.
Ada la terbaca 2 3 hari lepas pasal sorang blogger adik2 ni buat contest kemudian bila ramai yang join, traffic mencanak ke awan biru dia batalkan contest. Contest dia memancing orang dengan hadiah yang lumayan pak... Gadget2 mahal jadi taruhan gitu maka ramailah orang tertarik nak sertai. Manatau rezeki.. Kan??
Sang lekit takde la join.. blog budak tu pun tak pernah clik rasanya cuma tadi terbaca kat blog sorang adik yang buat entri pasal blogger tu. Sapapun akan geram, kan?? susah payah orang buat entri untuk contest tu.. katanya, syarat pun buat boleh tahan juga cerewet tapi tetap ramai yang sudi bersusah payah semata2 berharap dapat menang gadget impian. Alih2 impian hancur berkecai Uolls... Contest di batal sebab apa tak sure pulak.
Dari umur.. memang sangat budak blogger yang anjurkan contest tu dengan menawarkan hadiah berupa..
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache
Menurut apa yang sang lekit baca budak tu baru tingkatan 1 Uolls.. Anak jutawan ke hartawan ke kurang periksa la pulak. Yelah dari hadiah dia canang canangkan tu memang gempak gila. Daku yang semekin ni telan air liur je tengok.. jangankan nak buat hadiah contest nak pakai sendiri pun tak mampu gitu. Kesian kan daku.. kekekekeke
Ni kes nak dapat rating blog tinggi, pageviews juta2 lemon & traffic jam sepanjang highway la ni. Maybe dia fikir singkat.. buat trick macam ni lepas tu batalkan contest orang pun diam. Silap la dik Ooi.. siap sedia ko di keji. Kejian tu mampu ko tutup semua account facebook/twitter bagai mahupun blog.
|
Carian google |
Dulu daku pun suka join giveaway contest segmen bagai ni tapi makin warga emas ni makin takde daya pulak nak buat semua tu. Pernah jugak la menang contest tapi hadiah tak dapat sampai sekarang. Sang lekit tak pernah tanya atau tuntut.. sebab bagi sang lekit penganjur tu sendiri kena alert. Kalau ko bagi hadiah topup ko kena makesure ko betul2 bagi topup tu lepas ko dah topup masuk ke enpon orang tu sila la sms ke call ke tanya. Kalau tak seumur hidup la orang cop ko sebagai penganjur auta Bin propa.
Nak buat contest ke giveaway ke segmen ke.. pastikan korang berkemampuan nak laksanakan. Macam segmen bloglist terutamanya.. kalau korang nak buat segmen untuk pacak link blog orang lain dalam blog korang pastikan blog korang tu mampu memberi pulangan traffic kepada blog yang berjaya menempatkan link dorang dalam bloglist korang. Bukan nak hina kalau setakat blog Unique Visitor bawah 200K ni.. tak payah bersegmen bloglist bagai.
Yang buat giveaway @ contest yang menawarkan hadiah tu.. ambil perhatian. Bukan takat korang mampu bagi hadiah je.. korang kena mampu blogwalking setiap contestant untuk korang memilih dengan adil. Memang orang tak nampak apa korang buat & korang boleh seleweng sesuka hati tapi ingat Allah nampak. Sesungguhnya apa yang berlaku dengan keizinanNya juga. Dan ingat setiap perbuatan tu ada balasannya. Tak sekarang.. mungkin esok hari.
Moral of the story.. buat la apa yang korang mampu tak payah sembang besar padahal isi seciput jer. Nak blog di kenali tak semestinya kita kena berdiri dengan contest/giveaway/segmen.. banyak cara sebenarnya. Bagi yang mampu, mungkin cara tu adalah jalan pintas untuk memperkenalkan blog sekaligus menaikkan rating blog tapi bagi yang tak mampu terpaksa guna tangga untuk berjaya. Macam daku ni.. selama 4 Tahun berblog.. blog ni hanya hidup dalam rating yang sederhana jer tapi tuan tanah tetap happy dengan blog dia sampai sekarang.