Showing posts with label serik. Show all posts

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK. Dalam banyak banyak kisah seram berkaitan hotel & resort yang pertama aku tulis.. Perak antara negeri jarang ada kisah seram berkaitan hotel & resort kan? tetiba malam ni dalam misi mencari kisah seram terjumpa satu kisah pasal sebuah resort di perak. Nama resort tu takde pulak di bagitau.. Lokasi specific tu takde jugak. Dia cuma point negeri perak je. Takpe la kan.. Janji cerita dia best jugak untuk di isi dalam slot seram serik lekatlekit ni. Meriah pulak cerita seram minggu ni.


Alkisahnya.. Sipolan ni dia ikut trip family day yang company dia buat kat sebuah resort di perak. Dia dapat bilik yang betul2 mengadap hutan. Dia share bilik dengan sorang kawan. Bilik tu katanya kat tingkat atas. Masa mula - mula masuk bilik tu dia dah pelik.. kenapa lantai basah macam ada kesan orang berjalan lepas keluar dari bilik air tapi sebab dia fikir maybe housekeeping baru masuk kemaskan bilik & tertinggal kesan basah tu so dia malas nak buat isu dia biarkan je la. Small matter dia lap kan je la kesan basah tu sebab takut lantai licin kang ada yang tergolek pulak. Kang family day kemana.. check in kat hospital pulak. 

Lepas settle bersihkan lantai basah tu dia dengan kawan dia keluar pergi lunch. Tapi lepas depa balik ke bilik semula tengok lantai basah balik tapi maybe sebab dia tengah dalam mood yang malas nak fikir sangat so dia biarkan je la. Senang kan manusia jenis ni.. Bila rasa malas jer dia tak fikir apa - apa dah. Cerewet pun tak.. Kalau orang lain maybe memekak dah kat receptionist di kaunter tu kan.. Ok la malam tu katanya dia tidur. Maybe sebab penat sebab petang tu depa ada buat aktiviti sukaneka. Sebab family day depa cuma 2 hari esok tu semua pulang ke pangkal jalan la.. Kembali mengadap jam di ibukota katanya..

Depa cuma di usik dengan kesan basah atas lantai tapi kawan dia agak teruk sikit kena sakat. Kawan dia yang duduk bilik bawah bilik depa tu katanya kena kacau malam tu.. Sampai je KL kawan dia cerita. Malam tu mula2 dia tidur tak ada apa2 yang berlaku tapi masuk je pukul 4 - 5 pagi camtu tiba2 dia terjaga sebab dengar bunyi bising macam budak2 dok main kejar kejar kat koridor. Pejadah time2 camni budak2 dok main kejar kejar pulak. Anak sapa gamaknya. Kata kawan dia nak kejut laki dia kat sebelah tapi entah kenapa dia takut nak bersuara. So dia paksa jugak sambung tidur. Dalam setengah jam macam tu dia terbangun lagi sebab dengar bunyi bising sama macam yang tadi. Tapi kali ni lebih extreme sebab dia nampak  ada dalam 3 - 4 orang perempuan berpurdah hitam duduk sebaris atas sofa dalam bilik tu. Mana tak cuak tetiba nampak perempuan macam tu dalam bilik depa kan. Keluar habis peluh jantan betina katanya tahan takut. Takkan la makcik2 housekeeping nak prank pulak kan? Tak logik pulak.. Sebab terlampau takut dia pejam mata rapat2 walau tak mampu lena. Sedar sedar dah azan subuh..  perempuan2 berpurdah hitam tadi pun dah tak ada. Mujur dia tumpang duduk atas sofa je katanya.. Takde gangguan tarik selimut.. gigit kaki ke hapa kan. Tapi memunculkan diri tu pun rasanya boleh demam jugak la kalau orang yang tak kuat semangat. Menurut cerita kawan dia tu lagi.. siang tu time depa check in masuk bilik tiba2 dengar bunyi flush dalam toilet tak semena mena tapi siang2 tu dia tak terfikir la apa2 perkara mistik. Mungkin letih sangat tu tak sempat nak fikir bukan bukan kot.

So, misteri lantai basah dalam bilik dia pun.. dia anggap ada kaitan dengan gangguan yang kawan dia alami tu jugak la. Sebab dari cerita2 tak sahih orang orang la katanya bunian sebab perempuan2 pun kemain bertutup litup bagai kan.  Tapi selalu dok dengar cerita orang pasal bunian ni selalu pakaian depa warna putih.. kali ni hitam pulak. Maybe bunian hipster kot hehehehee. Tak tau betul ke tidak bunian yang menjelma dalam bilik tu.. dah cerita tu kata bunian.. aku bunian kan je la. Tapi tak mustahil la sebab bunian pun dalam golongan jin jugak. Boleh menjelma dalam rupa bentuk manusia..

Moral of the story.. Kita menginap kat mana2 pun memang tiada jaminan bebas dari gangguan makhluk halus ni sebab aku sendiri pernah alami even yang terkena tu anak aku. So, apa yang boleh kita buat amalkan ayat2 Al Quran yang boleh jadi pendinding kita dari gangguan makhluk2 alam ghaib ni.

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC. Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ.


Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha.


Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pameran haiwan2 pra sejarah & replika gunung berapi. Suasana dalam tu agak suram.. Ditambah dengan sound effect bunyi bunyian haiwan purba & letusan gunung berapi.. Mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah orang. Pada malam ustaz tu di jemput untuk menghalau makhluk ghaib yang masih bermastautin kat situ.. Ada kejadian misteri berlaku di bahagian pameran haiwan purba tersebut. Sebaik dia melangkah masuk ke tempat tu.. tiba2 lampu terpasang & haiwan kat situ mula bergerak. Sound2 effect jugak tiba terpasang seperti pameran tu beroperasi semasa kehadiran pengunjung. Walhal masa tu dah pukul 1 pagi. Sebab ia menganggu fokus ustaz tersebut untuk berzikir & membaca ayat2 suci al quran yang kebiasaannya dia buat untuk merawat gangguan jin dia meminta petugas petrosains yang mengiringi dia tutup semua lampu & mematikan semua alat audio visual yang sedang di mainkan. Malangnya bilik kawalan tersebut di kunci & pegawai yang pegang kunci bilik tersebut tak ada pada malam tu. Semua jadi pelik kalau bilik kawalan tu di kunci siapa yang mengaktifkan semua audi visual & lampu sejurus mereka masuk. Ternyata ia memang perbuatan makhluk ghaib yang cuba menganggu fokus ustaz tu untuk menghalau mereka dari situ. Selepas pertempuran antara ustaz & makhluk ghaib kat akhirnya semua penghuni ghaib kat situ berjaya dia keluarkan dengan izin Allah. Yang pelik selepas semua makhluk ghaib yang ada disitu di keluarkan lampu, audio & visual serta merta terpadam. - sumber Pemindahan jin di Petrosains -

Sumpah aku tak pernah tahu tapak klcc asalnya tapak lumba kuda. Mungkin kassim selamat & sabariah pernah main kuda kat situ jugak. Mungkin pernah di miliki oleh Ismet Ulam Raja.. siapa tahu. Hahahahaha... Tapi cerita seram yang berlaku kat petrosains tu tak berapa buat jiwa kita meracau sangat memikirnya sebab kita tahu ia perbuatan jin & syaitan.. Ada yang lagi menguji mental & fizikal sampai sekarang masih berlaku kat petrosains. Nak tau meh tengok kat sini >>  Ilusi Paling Gila Yang Berlaku Di Petrosains <<

Moral of the story.. kesahihan cerita ni memang tak dapat di pastikan. Mungkin orang yang pernah bekerja di petrosains sekitar tahun 2004 boleh sahkan samada pernah berlaku kejadian mistik atau tidak. Tapi cerita ni aku dapat dari blog pusat rawatan alhidayah. Diceritakan oleh pengasas pusat rawatan Alhidayah, Hj Lokman. Alah bapak kepada Dr Dayana Isteri pertama Pelakon Ashraff Muslim tu. Cuma kita perlu tahu tempat banyak replika dari makhluk bernyawa ni apa nak pelik tetiba ada yang menumpang di sudut kamar hati kat situ, kan? Tambah2 tempat yang di ceritakan tu.. aku pernah masuk petrosains beberapa kali memang kat tempat pameran tu suasana dia agak gelap.. lampu samar2.. sound effect bunyi haiwan2 purba tu agak menyeramkan. Kalau tengah malam kesitu memang la seram walau tak ada jin pun.

KISAH PAK GUARD KENA SAKAT DENGAN HANTU JAMU GENDONG

KISAH PAK GUARD KENA SAKAT DENGAN HANTU JAMU GENDONG. Kembali lagi dalam segmen seram serik lekatlekit. Tu dia.. ayat macam mengacara rancangan realiti tv berkonsepkan paranormal katanya. Manalah tau bakat tenggelam timbul ni tetiba ada producer nampak & dia pun nak produce rancangan realiti seram kat tv, offer aku pulak kan. Siapa tahu rezeki.. Meletop kebabom la blog lekatlekit katanya lepas jadi blogger retis. Hahaha.. ok sudah2 berangan minah jenin. Aku pun tak hadap sangat nak jadi popular.. Cukup la siapa diri aku seadanya sekarang. Senang kemana mana tak ada orang pandang malah orang tak tau pun yang aku la admin blog puaka lekatlekit.com.


Malam ni sebab nak flight ke luar negara memburu hantu katanya kena prepare. jadi kalau nak bercuti tu ni yang benda yang wajib bawa yang selalu orang terlupa atau tak terfikir nak bawa. Tapi bila sampai tempat percutian baru rasa menyesal. Nak tahu apa benda wajib bawa tu meh tengok kat sini >> Emergency Alert! Korang Wajib Ada 7 Mini Superhero Ini Bila Travel <<
Semua dah siap maka mari kita naik flight sampai indonesia je la. Kisahnya pasal seorang security guard @ pengawal keselamatan sebuah bank yang pada malam tu dia bekerja shift malam. Walaupun malam masih muda tapi semua kedai2 & pasaraya kat situ dah tutup sejak pukul 8.00 malam lagi. Cuma ada satu je gerai yang masih buka tu pun tak ada pelanggan. Tengah dia dok buat kopi kat pondok guard tu tiba2 datang seorang penjaja jamu gendong menawarkan jamu dia pada pak guard ni. Kerja malam ni perlukan energy jugak.. maka dia pun minta la segelas jamu kat perempuan yang jual jamu gendong ni. Dia macam pelik dengan penjual jamu tu yang hanya diam langsung tak balas bila dia cuba berbual. Lepas minum jamu tu tetiba seluk poket nak bayar duit tak ada pulak. baru teringat dia tertinggal wallet dalam jaket kat pejabat tempat yang dia parking basikal. Dia pun minta izin nak pergi ambil duit & tinggalkan sekejab penjual jamu tu. Tak sampai berapa minit dia kembali ke pondok pengawal perempuan tu dah tak ada. Dia cuba cari jugak kat kawasan sekeliling sebab kalau perempuan tu berjalan pun mesti tak pergi jauh tapi tetap tak jumpa. Jangan bayang bau dia pun dah tak ada. Pelik jugak.. rasanya tak sampai 5 minit kot dia pergi ambil duit. Sampailah dia terperasan kat tepi pondok pengawal tu ada tumpahan jamu yang dia minum tadi dah bertukar jadi darah yang bau hanyir gila. Apa lagi terus dia pergi toilet muntahkan balik jamu yang dia minum.

Almaklum la indonesia kan terkenal dengan jamu, hantu kat sana pun nak menyamar sebagai orang jual jamu. Tapi kat malaysia tak kurang hebat.. Kita ada hantu pau suri katanya. Jual kuih pau dari tingkap rumah orang malam hari.hahaha

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL. Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu.

Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Dia punya excited tu kalau awek cun depa mata pun dia dah tak ada nafsu. Gitulah perangai kaki pancing ni. Fokus kat joran je katanya. Bila dah lapar tengah2 malam macam ni.. mana kedai makan yang nampak dulu kat situ la depa singgah.

Masa 3 sekawan ni berhenti kat sebuah kedai makan.. hujan dah mula renyai renyai. Keadaan kedai makan tu memang sunyi basi katanya. Dengan lampu yang agak malap.. Ala2 nak candle light dinner gitu & semua perlatan & perkakasan dalam kedai tu nampak usang. Vintage sangat katanya. Tak ada pelanggan lain selain 3 sekawan kaki pancing ni masa tu. Tapi 3 mamat ni takde la fikir banyak.. Mungkin depa rasa tak ada apa mencurigakan kot dengan permandangan macam tu.

Datanglah seorang awek mengambil order dengan muka macam minta selipar je. Tak senyum langsung walau ada yang cuba jugak nak menggatal. Dia buat derk je katanya. Memang kalis ayat la kot minah ni. Muka minah tu agak pucat tapi depa just anggap mungkin penat kot kerja. Lagipun dah tengah malam. Bila pesanan dah di ambil, gadis tu berlalu tapi meninggalkan satu haruman yang sangat wangi & kuat baunya. Pun depa tak syak apa2. Biasa la perempuan pakai perfume boleh tahan 48jam katanya. Nak2 lagi baju basuh dengan downy. Memang wangi manjang je.

Tak sampai 5 minit tetiba minah tu muncul dengan makanan yang di pesan. Terkejut beruk la 3 sekawan ni. Cepat sungguh. Kalau masak maggi pun tak secepat ni walau maggi tagline dia cepat di masak sedap di makan. Ni dia guna boboiboy kuasa tiga ke hapa cepat sangat masak. Tapi sebab malas dah nak fikir panjang.. depa terus makan tanpa was was. Sambil makan salah seorang dari 3 sekawan ni sempat jeling kat minah tu yang duduk di kaunter pembayaran. Tajam sungguh renungan dia sampai jadi takut di buatnya. Garang sangat katanya.

Dah siap makan semua.. maka pergi la depa membayar. Sekali lagi minah tu buat kejutan bila semua makanan depa cuma harga RM5.00. Mak aii.. zaman sekarang sepinggan mee goreng pun dah RM5 apatah lagi 3 pinggan masakan panas macam tu. Takkan semua baru RM5. Tapi sebab malas nak fikir banyak depa pun beredar.

Nak di jadikan cerita.. dua hari selepas malam tu salah seorang 3 sekawan ni datang lagi ke kedai tersebut. Tapi dia datang sorang je. Dia jadi bodoh sekejab bila sampai ke tempat tu tak ada sebarang kedai makan. Jangankan kedai, tiang pun tak ada padahal baru 2 hari lepas dia datang. Dia memang betul2 pasti dia tak silap tempat. Dalam kebinggungan tu tetiba ada seorang pakcik naik motor berhenti bertanya samada dia sesat jalan ke hapa dok tergaru2 kepala tepi jalan macam tu. Dia pun cerita panjang la dengan pakcik tu pasal kedai makan yang pernah dia makan 2 hari lepas. Mengucap panjang orang tua tu dengar cerita mamat ni.

Menurut cerita pakci tu.. 20 tahun dulu memang ada kedai makan yang di usahakan oleh dua beranak. Mak & anak perempuan tapi malangnya berlaku kebakaran dua beranak ni tak sempat selamatkan diri & meninggal dalam kebakaran tu. Kata pakcik tu.. ramai yang dah terkena kat situ. Banyak yang termakan cacing & benda2 kotor kat situ. Secara automatiknya mamat ni terus rasa morning sickness di samping bulu roma pun memainkan peranan nak menunjukkan perasaan seram. Tak terbayang apa yang mereka jamah tengah malam 2 hari lepas.

-sumber - Kisah seram Kedai Makan Misteri -

Moral of the story untuk kaki kaki pancing.. kalau memancing tu ingatlah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum senja yer. Sampai tengah malam baru nak ingat rumah.. kan dah kena dajal dengan hantu setan. Selama ni hangpa dok umpan cacing sekali hangpa kena umpan cacing dengan hantu baru berakai.

P/S : Baca kisah ni teringat kisah seram restoran adik manja kat kuantan. Korang tahu kisah tu? Alah.. majoriti semua orang tahu cerita restoran adik manja ni

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING. Awai sungguh segmen lekatlekit seram serik bersiaran hari ni. Almaklum la hari minggu penuh jerebu katanya. Mereput lagi la minggu ni dalam rumah kalau bacaan jerebu masih di level tidak sihat. Takut sangat jatuh sakit katanya... Takpe la, at least tak terusik duit dalam account sebab aku bukan jenis online shopper. Duduk rumah memang tak luak la duit dalam account.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sebab takde isu best nak di kupas kupis & kopek dengan rakusnya setakat ni maka meh la kita baca cerita seram santai di siang hari. Alkisah seorang mamat ni 2 kali kena sakat dengan makhluk tu. Dua2 kat stesen minyak di mersing pulak tu. Cuma dua stesen minyak yang berbeza la.

Kejadian pertama katanya berlaku masa bujang waktu tu dia dalam perjalanan dari terengganu ke Johor Baharu. Sebab mengantuk sangat dia singgah la nak tidur sekejab di sebuah stesen minyak area mersing. Katanya stesen minyak tu bersebelahan tokong (Rumah Ibadat Budhha). Dia cari port yang gelap sikit nak tidur. tengah sedap2 tidur dia terbangun tengok ada seorang perempuan elok je lepak sebelah dia. Maybe sebab dia rasa semacam sempat dia azan & awek tu tetiba hilang. Sah2 la tak berapa awek sangat la kan kalau dengar azan terus blah.

Kejadian kedua katanya dia dah kawen. Masa tu dia dengan bini dia. Stesen minyak kat mersing jugak tapi bukan stesen minyak yang sama dia pernah kena sakat masa bujang la. Tengah sedap2 tidur katanya.. dia terbangun sebab ada orang ketuk cermin tingkap kereta. Bila terbangun dia.. dia nampak satu susuk tubuh tak berbaju dengan muka pucat. Takde nak soal siasat dah hapa.. terus dia menjerit sambil start enjin terus pecut sampai terkejut bini dia dengar jeritan jantan macam tu. Sampai macam tu punya penakut. hahaha

Sumber : kelab Kisah Seram

Moral of the story yang suka sangat singgah stesen minyak terutama time malam2 hati hati la yer. Jangan kena sakat pulak macam mamat dalam cerita ni. Almaklum la stesen minyak sekarang dah berfungsi macam RnR dah sekarang. Bukan takat manusia hantu pun suka singgah.

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU

KISAH PENGALAMAN SERAM NAIK TEKSI BERHANTU. Akibat cerita seram di blog lekatlekit.com berjaya di senaraikan dalam artikel says haritu maka semangat nak memomokkan pembaca blog lekatlekit semakin melekat lekit katanya. Maka malam ni segmen seram serik lekatlekit nak share satu kisah yang jarang2 kita dengar atau baca kat memana. Selalunya orang dok cerita driver teksi terbawa penumpang hantu la, pontianak la tapi kali ni pengalaman penumpang pulak ternaik teksi hantu katanya. Alkisahnya bermula...

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Kisah dua adik beradik ni balik dari membeli belah. Tiba2 sampai di satu jalan kereta depa rosak. Almaklum la orang perempuan ni. Dia tau bawa kereta je.. Nak tengok apa yang rosak memang tak reti la. Kadang2 masalah simple pun depa memang tak boleh selesaikan kalau berkaitan kereta. Almaklum la kepakaran seorang perempuan tak berapa kearah otomobil katanya. Jadi sebab depa pun tak tau nak buat apa.. cuba call abang depa tapi si abang pulak kerja malam tak boleh nak tolong jemput depa. Maka terpaksa survive la jalan kaki & tunggu teksi. Kereta rosak terpaksa di tinggalkan dulu tepi jalan.

Nak di jadikan cerita seramnya.. bila dah penat berjalan dua beradik ni berhenti la rehat sekejab & berharap ada teksi yang lalu di kawasan tu. Tapi sampai sejam.. jangankan teksi.. bekas tayar teksi pun tak nampak atas jalan. Tu dia punya nak bagitau kelibat teksi pun tak lalu time tu. Dalam keadaan letih & bosan tiba2 sebuah teksi muncul depan depa dua beradik. Pelik jugak.. yelah takde pulak depa tahan. macam mana nak tahan tak nampak pun teksi tu datang dari arah mana tiba2 je macam magic muncul kat depan depa.. Ni kalau magic dengan sebiji teksi macam ni memang pelik jugak la. Nak kata David Copperfield ada buat show dekat2 area situ takde la pulak sebab david je boleh buat magic hilangkan kenderaan besar. Kalau kapal terbang dia boleh hilangkan apalah sangat dia nak buat magic munculkan teksi memalam buat, kan? Ops termelalut pulak. Kita teruskan cerita

Sebab dah sangat buta malamnya.. (tengah malam) dua beradik ni malas nak fikir bukan2 sangat. Dah ada teksi depan hidung tak payah banyak soal siasat sangat la dari mana dia datang tiba2 je muncul. Rupa teksi kot.. takde rupa keranda ke hapa. Maka naiklah dua beradik tu tanpa was was. Dasar perempuan kan.. masuk teksi terus borak tak ingat. Bila sedar macam lama sangat je depa dalam teksi si adik tu tengok la jam. Baru dia sedar yang depa dah duduk dalam teksi tu hampir satu jam tapi tak sampai2 jugak ke destinasi. Sepatutnya perjalanan ke tempat yang dituju tak ambil masa lama macam tu. Selalunya 20 minit jer. Sebab macam pelik je jalan yang pemandu teksi tu bawak si adik ni cuit la si kakak. Kakak faham apa yang adik maksudkan maka di suruh adik ambil langkah keselamatan dengan membaca apa saja ayat2 Al quran sebagai pendinding.

Si kakak beranikan diri tanya pemandu teksi tu kat mana dia bawa depa dua beradik sedangkan depa nak pergi tempat lain. Pemandu teksi tu cuma angguk je tak cakap apapun. Semakin takut la dua beradik ni sebab tengok suasana sepanjang jalan memang lain sangat. Mereka terus membaca ayat2 suci al quran. Tiba tiba je teksi tu macam keluar dari satu alam lain. Teksi tu membelok ke tempat yang dua beradik ni nak pergi tanpa perlu depa tunjuk arah. Dengan tanpa di beritahu teksi tu berhenti betul2 depan block rumah depa. Kau rasa depa nak tunggu beramah mesra dengan pemandu teksi tu lagi ke? Mungkin tidak la lepas melalui perjalanan yang agak panjang & menakutkan. Rasanya kalau boleh lompat ikut tingkap tak jadi juara lompat kijang pun tetiba boleh melompat macam pelompat profresional katanya. Tapi dah naik teksi tetap la kena bayar walau ko takut tahap parkinson menggigil. Si adik tu bagi la pakcik teksi tu RM10. Masa dia nak bagi duit dia nampak pemandu teksi tu tua setua tua manusia. Kedut tak payah cakap. Tapi tetap tak nampak wajah sebenar dia. Duit yang di beri, di tolak pemandu teksi tu tanpa bersuara sepatah pun. Dalam keadaan bingung, takut & kelam kabut si kakak cepat2 suruh adik dia keluar dari teksi. Tak sampai beberapa tapak dua beradik ni melangkah tiba2 teksi tu terus ghaib.

Lepas teksi tu hilang si kakak mula buka cerita lepas adik dia keluar dari teksi.. tiba2 kakak dia nampak teksi yang dorang  naik tu bertukar jadi kereta buruk. Time tu dah pukul 11.30 malam.. perjalanan 20 minit mereka menjadi 3 jam hanya kerana ter naik teksi berhantu.

Kemusykilan aku sejak dari dulu.. kenapa kalau hantu je mesti berkaitan benda buruk, usang bagai. Taste hantu memang benda2 buruk je ke? baju buruk.. kerete buruk.. & banyak lagi la benda buruk berkaitan hantu termasuk muka buruk & buruk perangai. hehehehe

Moral of the story... Pada yang suka naik teksi malam2 tu berhati2.. kalau teksi berhantu ok lagi. Paling2 dia bawak round2 alam ghaib je 2 3 jam je lepas tu dia hantar balik. Tu kalau dia nak hantar balik la tapi kalau naik teksi yang pemandunya perangai macam hantu tu yang paling seram. Silap2 dia hantar kita terus ke alam barzakh.

Sumber : Koleksi Kisah Seram

CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK

CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK. Tu dia malam ni segmen seram serik cerita pasal nafsu pulak. Siapa gamaknya perempuan bernafsu yang menyeramkan ni. Macam mana orang yang bernafsu mistik ni. Dia lebih bernafsu dengan makhluk ghaib & jin ke? Ke dia taste dengan hantu raya yang memang terkenal sebagai hantu perogol. Dari mana datangnya nafsu mistik ni. Jangankan hangpa aku pun tertanya tanya jugak nafsu mistik tu macam mana gayanya. Tak terjangkau akal aku yang suka cerita berunsur mistik ni. Hahahaha


Aku dah cuba google memang tak jumpa apa2 info berkenaan manusia yang bernafsu mistik cuma aku rasa orang yang bernafsu mistik ni mungkin lebih berminat kepada makhluk ghaib kot. Nafsu tak semestinya berkaitan hubungan seks je. Mungkin nafsu merujuk kepada minat @ obses dia terhadap perkara mistik. Macam aku bernafsu nak tonton cerita seram je. Kalau cerita cinta ni sesungguhnya nafsu serakah aku turun ke level paling bawah hahaha.

Mesti korang tertanya dari mana aku dapat ilham nak buat cerita pasal nafsu mistik ni. Terkejut tengok kat keywords blog aku sangkut carian 'perempuan bernafsu mistik'. Dah kenapa pulak blog aku jadi mangsa. Aku perempuan bernafsu normal lagi cuma minat cerita seram je hahaha


Kira ni keywords paling rare la yang pernah sangkut kat blog aku. Rasanya sebelum ni aku tak pernah nampak lagi keyword macam ni terlekat lekit kat blog aku. Sapa gamaknya dok cari perempuan bernafsu mistik. Takkan jin kot dok google. Manalah tau jin pun baca blog aku sebab aku banyak tulis pasal spesis depa. Hahaha

Tak payah la bernafsu mistik sangat... nafsu la kepada benda lain macam bernafsu dengan lelaki yang seksi macam ni ke >> Inilah ciri2 lelaki seksi yang sebenar << Untung2 yang bujang boleh tackle buat suami. ye dak? Dok bernafsu dengan jin tu buat apa. Satgi hidup tak macam orang. Memang ada orang kawen dengan jin tapi tu la kehidupan dia takkan sama macam berkahwin sesama manusia.

Moral of the story.. Jangan melawan fitrah. Bernafsu la seperti manusia normal. Nafsu kuda ke, nafsu hantu raya ke.. semua tu nafsu syaitan & haiwan. Jadi jangan ikut nafsu. hehehe

SESAT KE ALAM GHAIB DI PARKING CABLE CAR GENTING HIGHLAND

SESAT KE ALAM GHAIB DI PARKING CABLE CAR GENTING HIGHLAND. Macam chipsmore dah segmen seram serik lekat lekit ni kan? Sekejab ada sekejab cuti. Tak berapa ada masa sangat nak memburu hantu katanya. Hantu2 pun tak berapa update cerita terbaru dah. Gamaknya hantu pun dah menyampah nak show off kat manusia. Suka sangat ambil kesempatan keatas keseraman dia untuk meraih publisiti & populariti macam aku ni. Yelah.. sang hantu itu je yang mampu aku buat. Alah.. tumpang populariti sikit pun dah merajuk. Rilex la.. tak hantu la kalau touching2. hahaha


Ok Kisah malam ni adalah berkisahkan kejadian yang berlaku di parking lot skyway cable car genting highland. Aku pernah kesitu masa ke genting. Kalau dah nama tempat parking ni singgah ke situ sebab nak parking kereta la bukan nak buat upacara menyeru hantu yer. Yelah.. parking kat situ nak naik cable car kalau malas nak bawak kereta sampai atas. Tapi masa aku kesitu takde la kejadian2 mistik & misteri berlaku tapi tidak pada sebuah keluarga ni. Kejadian yang maybe akan menghantui hidup depa sekeluarga.

Alkisahnya.. depa ni memang rajin ke genting. Katanya kadang2 nak ke genting semata2 nak makan Mc Donald je walaupun Mc Donald kat tempat depa ada je. Saja nak feel makan mc donald macam kat negara eropah kot. Di pendekkan cerita lepas berjimbaraya sehingga puas kat genting tu maka depa pun mula bergerak untuk pulang kepangkal jalan. Pergi balik hari je. Masa dorang sampai ke parking skyway cable car tu dah dekat maghrib. Yang lain semua jalan di hadapan.. tinggal si ibu & seorang anak berjalan di belakang sambil borak. tengah borak2 tu tetiba si anak perasaan ibu dia tiba2 je hilang. Bila sampai dekat van yang depa naiki sekeluarga si bapak tanya la si anak yang jalan dengan mak dia tadi. mana mak? yelah.. semua dah sampai ke van tiba2 mak je yang tak ada. Semua panik bila tiada seorang pun tahu mana mak dia menghilang. Maka bermula la anak beranak termasuk si ayah mencari si mak yang tiba2 hilang di area parking lot tersebut tapi sampai penat tak jumpa jugak

Masa tengah cari salah seorang anak yang jalan dengan mak dia sebelum hilang tu terserempak dengan mak dia dalam keadaan nampak letih sangat. Lega bila dapat jumpa mak dorang balik. Masa dalam van tak ada seorang pun bertanya kemana mak dia hilang. Masing2 diam je sampai la balik rumah mak dia yang buka cerita apa yang berlaku pada diri dia. Katanya masa dia tengah jalan dengan anak dia sambil borak2 tiba2 suasana jadi kosong. Terus dia tak nampak family dia kat parking lot tu. Tapi tetap nampak kereta2 yang park kat situ. Katanya masa dia jalan nak menuju ke van mereka dia ada nampak budak2 kereta dok race tapi tetiba bunyi bising kereta tu hilang. Dia terus jalan ke satu tingkat ke tingkat parking di tengah2 jalan. Walaupun masa budak2 tu masih dok race kat situ, peliknya walau dia jalan di tengah2 parking macam tu tak kena langgar pulak. Lepas tu katanya dia nampak ramai orang lepak sambil minum2 & borak. Yang pelik semua mereka yang kat situ seolah2 tak nampak dia. Dia terus turun kebawah dengan anggapan mungkin family dia tunggu dia kat bawah walau mereka park van kat tingkat 4. Bila dah pelik sangat apa yang berlaku dia syak sesuatu yang pelik berlaku. Dia dapat rasa dia macam dah masuk alam ghaib mungkin perbuatan makhluk halus. Dia baca la ayat2 alquran , berzikir bagai sambil terus berjalan sampai penat. Akhirnya dia jumpa jugak dengan salah seorang anak dia yang sedang cari dia.

Katanya lepas kejadian tu berlaku depa sekeluarga dah serik nak ke genting highland. Kiranya macam banned terus la genting tu. Mungkin trauma bukan sebab takut hantu tapi takut kehilangan ahli keluarga kot. Gila kau tak panik tetiba si mak ghaib macam tu. Nasib baik berjaya keluar dari alam ghaib tu kalau tak.. tak tau apa akan jadi. Yang makhluk tu pun tetiba sakat makcik tu tak tau la apahal. Saja nak main aucak kot

-sumber cerita : Misteri Malaysia -

Moral of the story.. benda tu sentiasa ada kat mana2 pun kita terlupa sikit je dia akan mula ambil kesempatan. Jadi beringatlah sebelum terkena. Apapun jangan takut nak ke Genting Highland sebab banyak benda best boleh buat kat sana bukan setakat theme park yang banyak permainan atau pusat judi jer. Makan steamboat kat atas sana pun best jugak kan sejuk sejuk macam tu.

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN. Walaupun aku tak tukar blog jadi puakalekatlekit.com tapi cerita2 seram terus akan menghantui blog yang dah berdomain www.lekatlekit.com ni. Jadi segmen seram serik lekat lekit terus bersiaran dengan kisah malam tentang anak patung yang di katakan hidup & mempunyai roh yang menyeramkan.

Kita biasa tengok cerita berkaitan anak patung yang di rasuk & jadi benda yang seram & kejam macam filem chucky tu tapi kita tak pernah terfikir sebenarnya ada kejadian seram berkaitan anak patung berlaku. Setan ni nak uji keimanan manusia macam2 cara dia buat nak2 lagi manusia memang suka jadikan objek2 macam patung sebagai perantaraan untuk melakukan ritual2 mistik ni. Tu pasal la anak patung pun jadi berhantu.

Antara anak patung paling berhantu di dunia adalah..

1. Anak patung Harold

Anak patung ni di buat pada tahun 1930. Walaupun keadaan dia dah rosak & kotor katanya patung ni boleh bergerak sendiri & mengeluarkan suara

2. Mandy The Doll

Anak patung sekarang katanya di letakkan di Muzium quesnel, Old Cariboo Gold Rush Trail,British Colombia. Semasa di temui keadaan anak patung tu dah kotor & bahagian kepala pun dah retak. Semasa di jumpa usia anak patung tu dah 90tahun. Orang yang menyerahkan kepada pihak muzium cerita katanya anak patung tu selalu bangun tengah malam & menangis seperti bayi. Setiap kali benda tu berlaku mestu tingkap yang berdekatan anak patung tu terbuka walau dah di tutup. Tapi selepas di serahkan kepada pihak muzium untuk di jadikan pameran kejadian seram macam tu tidak berlaku lagi.

3. The Devil’s Baby Doll

Anak patung ni bersize sama besar seperti seorang bayi manusia. Anak patung ni berwarna merah & matanya berwarna biru terang. Rupa bentuk dia memang seperti seekor iblis yang biasa kita tengok dalam filem2 mat saleh. Anak patung ni memang tidak di galakkan di jadikan permainan untuk kanak kanak  kerana katanya asalnya ia untuk di berikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Anak patung ni katanya boleh bergerak dengan sendiri & sering meraung dengan bunyi yang aneh.

4. Anak patung pupa

Menurut cerita pemilik asal anak patung ni memiliki anak patung ni pada tahun 1920an ketika berusia lingkungan 5-6 tahun. Pemilik asal anak patung ni meninggal pada tahun 2005. Anak patung ni katanya rosak teruk ketika perang dunia kedua. Katanya anak patung ni dah hancur lepas mengalami beberapa kemalangan. Anak patung ni memang sentiasa di bawa kemana saja oleh pemiliknya. Selepas pemiliknya meninggal anak patung pupa ni di katakan sering menolak barang2 yang di letakkan berdekatan dengannya di rumah pemiliknya, Dia jadi sangat aktif seperti minta di lepaskan dari tempat dia di simpan. Katanya dia sering menganggu orang yang menjaganya. Dia sering berubah tempat.

5. Anak Patung Alice

Anak patung ni katanya tinggal bersama pemiliknya  di washington. Menurut cerita kalau korang letakkan telinga dekat dengan mulut anak patung ni dia akan berbisik dengan korang & riak wajah dia akan berubah kalau dia tak suka seseorang. Dia akan mengikut pergerakkan orang dengan matanya. Cerita seram di sebalik anak patung ni katanya dia di rasuk roh teman pemiliknya yang dah meninggal dunia. Ayat yang selalu anak patung ni cakap adalag  "i want to be left alone to suffer".

Cukup la 5 anak patung dengan kisah berhantunya. Yang pasti depa masih belum tau ada sejenis anak patung kat Malaysia yang berhantu. Cerita ni masa aku kecik2 dulu la.. Walaupun aku jenis main semua permainan tak kira permainan budak lelaki atau budak perempuan, anak patung pun tersenarai sebagai permainan aku masa kecik. Almaklum budak kampung memang main segala mak nenek. Kalau yang membesar tahun 90an ni tahu la anak patung kertas. Ada musim dia jugak nak main anak patung kertas ni. Bila tiba musim gila main anak patung kertas maka hari2 la anak patung kertas tu jadi objek permainan dengan geng2 yang lain. Akibat terlalu banyak main anak patung kertas.. pada satu malam tak tau la mamai ke mimpi ke hapa.. aku nampak anak patung kertas dengan koleksi baju2 dia sekali dok terapung sambil menari nari. Masa tu aku tinggal dengan makcik. Aku bagitau makcik aku la.. Tapi biasa orang tua ni suka momokkan budak2. Dia kata sebab simpan anak patung dalam rumah.

Seram tak?? Tak seram kan?? memang tu la motif aku tulis cerita hantu dengan penulisan yang tak menyeramkan. Hahahaha

HANTU RAYA SPESIS HANTU SUKA MEROGOL WANITA

HANTU RAYA SPESIS HANTU SUKA MEROGOL WANITA. Tu dia malam minggu segmen seram serik cerita pasal hantu raya pulak. Bukan bersempena hari raya korban yang lepas tapi kebetulan hari ni banyak pulak baca cerita pasal hantu raya. Macam2 kisah pasal hantu raya ada yang aku terbaca satu blog ni mula2 ingat kisah hantu raya jer tapi cerita dia mak aii... 18sx. Boleh kategori blog lucah dah tapi tetap kisahnya pasal hantu raya jugak.

Sumber Google

Kebanyakkan kisah pasal hantu raya yang aku baca banyak cerita pasal kena rogol dengan hantu raya. memang hantu raya ni spesis gila seks gamaknya. Terlebih ubat kuat ke hapa tak tau la. Tapi cerita di rogol hantu raya bukan cerita mitos tapi memang banyak kejadian macam ni berlaku. Mangsa dia  tak semestinya orang yang bela hantu raya tu jer.. Malah sesiapa saja boleh jadi mangsa. Orang yang bela hantu raya, selalunya anak bini depa la jadi mangsa hantu raya memuaskan nafsu serakah. Sebab dia ada kelebihan menjelma macam rupa tuan dia, yang bahaya bini tuan dia la. Kadang2 tak sedar yang di layan tu hantu raya suami dia. Ada cerita yang aku baca kisah seorang wanita kematian suami tapi katanya walaupun suami dia  dah meninggal tapi sentiasa ada dengan dia setiap hari. Nafsu seks suaminya jugak jadi luar biasa sampai tak kira masa dia nak ehem hem.. siang ke malam ke dia on je. Pada mulanya dia suka la kan.. Yelah, mungkin dia tak boleh terima hakikat suami dia dah meninggal dunia. Tapi bila berlarutan benda macam tu agak lama dia jadi semakin lemah. Walau dia tak mampu nak layan nafsu jelmaan suami dia tu dia tetap di paksa buat jugak sampai rosak la alat sulit dia. Katanya sampai hilang deria kat tempat tu.  Jenuh jugak berubat nak halau hantu raya yang menjelma dalam rupa suami perempuan tu. Sebab hantu raya tu katanya pernah di bela arwah suami dia dulu. Jadi kisah ni hope jadikan pengajaran yer. Jangan nak bela hantu raya sangat. gamak takde benda nak bela.. meh bela aku. hahahaha

Hantu raya selain selalu melakukan jenayah rogol secara ghaib dia juga pakar menyamar. Dia boleh menjelma seperti rupa tuan yang bela dia sebab tu orang yang bela hantu raya ni walau depa tak ada pun kat tempat tu tapi orang sentiasa nampak kelibat depa kat situ. Kadang2 orang tu dah mati pun orang boleh nampak dia ada lagi. Mungkin sebab hantu raya dia masih tak ada pewaris la kot.

Ciri - ciri hantu raya yang selalu orang cerita ni badan dia besar, berbulu & memang tak hensome la. Tengok pun takde selera nak buat laki katanya apatah lagi bernafsu dengan dia hahahahaa. tapi dia pulak suka bernafsu dengan manusia.

Hantu raya boleh di lemahkan dengan cara menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi. Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Tu cara amalan orang orang melayu la. Cara amalan orang2 india ke cina ke singh ke hapa aku tak tau la pulak. hahaha. Tapi melalui rawatan Islam dengan ayat qursi mampu menyembuhkan sakit dari gangguan jin.

Moral of the story.. Spesis hantu raya ni kira spesis hantu paling gatal & gila seks la berbanding hantu hantu lain. Almaklum la hantu jantan. hahaha

KISAH HANTU WANITA PALING SERAM & POPULAR DI DUNIA

KISAH HANTU WANITA PALING SERAM & POPULAR DI DUNIA. Lama rasanya Geng Puaka Lekat Lekit dah menjelajah ke serata dunia memburu hantu2 yang ada jadi malam ni segmen seram serik lekat lekit dapat tiket flight murah Air Asia maka mampu la travel jauh sikit mencari hantu hantu untuk di beri publisiti ke blog puaka lekat lekit ni. hantu pun dah macam retis kan.. ada kategori wanita & lelaki paling popular pulak. Yelah.. depa pun macam public figure dah sekarang sebab cerita2 depa memang mendapat sambutan. Tak caya usya je kat popular post lekat lekit tu.. Orang memang suka baca cerita seram di zaman IT ni. Tu la hakikatnya.

Sumber Google

Dalam banyak banyak hantu katanya inilah senarai hantu hantu wanita paling popular di dunia. walaupun popular ada antara hantu ni aku tak kenal atau pernah baca cerita pasal dia pun. Entah macam mana boleh kategori popular pun tak tau hahaha

Calon calon hantu paling popular adalah...

1. Hantu Mary Gentayangan
Aku tak sure hantu Mary Gentayangan ni adalah hantu Bloody mary ke tidak sebab aku google ada jugak keluar kisah bloody mary tapi bila baca kisah hantu Mary Gentayangan ni macam lain je ceritanya. Bukan apa banyak artikel indonesia so takut panggilan bloody mary ni kat sana jadi Mary Gentayangan. Hantu Mary Gentayangan ni mati pada tahun 30an lagi & menjadi lagenda seram la kat tempat dia. Katanya hantu ni sering berkeliaran Ballroom & kawasan perkuburan Willowbrook. Aku tak sure kat mana yang aku tau kat negara omputih je hahaha. Dia selalu menjelma sebagai perempuan cantik, muda,berambut perang & bermata biru. Pakaian dia standard hantu2 la warna putih cuma hantu mary ni dia pakai pakaian ke party. Tapi pakaian party dia tak tau la moden ke klasik. Kalau klasik2 gaun la kan. Dia akan tahan kereta yang lalu lalang kat situ untuk minta tumpang. Bila ada kereta sudi menumpangkan dia, dia akan minta di hantar ke kawasan perkuburan. Tapi orang yang menumpangkan dia takkan perasan tempat tu kawasan perkuburan mungkin dah di kaburi dengan sihir hantu tu kot. Bila sampai ke destinasi dia.. Hantu mary ni akan hilang macam tu saja. Nasib baik dia hilang, kalau tetiba dia tunjuk muka seram mau terus kering darah mati terkejut macam tu je.

2. Hantu Lady White Di Balete Drive
Nak tau kat mana Balete Drive korang google la sendiri. Aku nak cerita pasal hantu ni je. Biasa la hantu.. Putih jugak jadi pilihan. Memang depa tak minat fesyen2 kpop color block macam ais krim paddlepop tu. Depa suka warna warna suci jer macam kain kapan. Hantu ni dia suka pakai gaun panjang warna putih. Katanya hantu ni suka menjelma di tengah jalan Balete Drive dengan gaya rambut panjang berwarna hitam, muka yang takde wajah (muka kosong) & berlumuran darah. Ni spesis hantu yang tak main la menyamar jadi perempuan cantik bagai. Dia selesa jadi diri sendiri biarpun seram. hahahaha. Petua orang kat situ kalau nak drive jangan sorang2 & pastikan semua seat dalam kereta tu mesti ada orang duduk sebab kalau ada kosong katanya hantu Lady White ni akan duduk di seat kosong tu. Maybe dia mengamalkan konsep berkongsi kereta untuk jimat minyak. hahahaha

3. Hantu Brown Lady Di Rayngam Hall
Hantu Brown Lady ni tak berapa tipikal hantu la sebab dia pilih pakaian berwarna brown (coklat). Hantu ni seramnya terletak pada matanya yang berlubang atau terlopong. Tak tau la kenapa mata dia macam tu maybe kisah kematian dia sama macam cerita kassim selamat kot. Frust lepas tu cucuk mata dengan garfu... erkk.. jangan percaya pulak tu aku punya teori je hahahaha.

4. Hantu Sundel Bolong
Aku ingat Sundel bolong ni cuma cerita dalam filem rupanya sundel bolong ni ada dalam kisah lagenda seram Indonesia tapi di kategorikan sebagai mitos jer. Semua orang tau hantu sundel bolong ni macam mana. Badan dia berlubang kat belakang. Mati akibat di perkosa & menurut cerita mitos indonesia dia melahirkan anak dalam kubur. KatanyA sundel bolong suka menculik bayi2 yang baru lahir.

4. Hantu wewe Gombel
Wiwi Gombel ni dalam bahasa jawa tapi kalau di translate bermaksud roh jahat atau hantu. Kerja dia culik budak budak tapi dia tak buat apa2 la kat budak budak tu. Biasanya budak2 yang di culik tu tergolongan dalam golongan anak anak yang terabai dengan tujuan nak takutkan mak bapak budak2 tu supaya depa ni sedar tanggungjawab depa sebagai mak bapak. Bila depa dah insaf & sedar kesilapan depa baru wewe gombel ni pulangkan anak anak depa. Hantu ni maybe cita2 dia nak jadi kauselor atau parenting blogger kot hehehe. Wewe Gombel ni katanya roh seorang wanita yang mati bunuh diri sebab tak tahan di tuduh membunuh suami sendiri. Katanya laki hantu wewe gombel ni main kayu tiga dengan perempuan lain sebab dia tak boleh beranak. Sebab tak boleh bagi zuriat suami wewe gombel ni hilang perasaan sayang pada dia sehingga dia menjadi gila. Gombel tu adalah nama sebuah daerah di Semarang. Menurut cerita orang2 kat sana Hantu wewe gombel ni suka sangat bertenggek kat satu signboard iklan bir. katanya tempat tu memang tempat kerajaan hantu. erkk.. kerajaan hantu?? Mungkin penempatan hantu la kot. almaklum bahasa indonesia ni lain sikit. Sebab kat situ jadi penempatan hantu sebuah hotel kat bukit gombel tu terpaksa di tutup operasinya akibat muflis. Takde orang menginap la kot. Asal menginap je ada hantu mengendap. hahahaha. Depa kata hantu wewe gombel ni dia punya breast besar & macam buah betik. Hahahaha...

6. Hantu Kuntilanak
Kuntilanak ni bahasa indonesia kalau melayu panggil puntianak. Biasa la pontianak ni asal usul dia yang di momokkan sejak dari kita kecik hantu perempuan yang mati beranak. Kuntilanak ni di namakan sempena cara kematian dia. Gabungan Bunting & anak maka jadilah kuntilanak @ pontianak. apa2 je la kan.. Kat Indonesia kan ada satu bandar bernama pontianak jadi asal usul nama tempat tu katanya ada kaitan dengan pontianak jugak, Menurut cerita pengasas tempat tu di ganggu pontianak ketika dok plan nak buat Istana kat situ. Pontianak ni kategori hantu pendendam. Dia selalu menjelma sebagai perempuan cantik dengan haruman bunga kemboja. Bosan pulak nak cerita panjang2 pasal kuntilanak @ pontianak ni sebab kita sedia maklum kisah dia kan. Cuma dia juga tersenarai sebagai hantu wanita paling popular di dunia la. hahaha

Itulah hantu wanita yang paling popular. Kalau popular tu mesti hantu Malaysia tak tersenarai, pelik betul aku!! Tapi tipikal hantu perempuan ni selain baju putih, rambut mesti panjang. Takde curly, gaya tomboy ke bagai. Hantu perempuan macam wajib rambut panjang. Sapa yang rambut panjang tu pastikan rambut anda terurus & lurus jangan sampai orang tak dapat bezakan hangpa dengan hantu pulak. Selain tak nampak macam hantu banyak kelebihan orang berambut lurus ni. Nak tau apa kelebihannya meh baca kat sini >> Kelebihan wanita berambut Lurus <<

Moral of the story... hantu pun ada jantina sebab depa pun hidup berpasangan & beranak pinak jugak. Depa bukan spesis kuda laut. Cuma hantu lelaki je jarang sangat nak jumpa. Kalau ada pun spesis hodoh2 macam jembalang, hantu raya bagai la. hahahaha

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA. Raya kedua dah bersegmen seram serik lekat lekit. Mesti la blog puaka kena ada cerita seram nanti peminat lari atau komplen. Jadi sebagai menjaga hati peminat cerita seram di blog lekat lekit ni malam ni den nak membongkar rahsia seram misteri di sebalik cyberjaya.


Mungkin ada yang tak tahu cyberjaya sebelum di bangunkan adalah kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Menurut sumber, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain atau lebih senang paham penempatan makhluk halus @ ghaib la. Tapi dengan rakusnya tempat tu di rampas manusia untuk pembangunan menyebabkan selepas di bangunkan dengan pesat pun masih lagi berlaku kejadian kejadian mistik & seram kat situ. Maybe makhluk tu marah la kot.. abis kampung depa di ranapkan untuk dijadikan penempatan manusia.

Katanya semasa proses nak di bangunkan tempat tu pihak yang terlibat dalam membangunkan cyberjaya ni terpaksa guna khidmat mereka yang bergelar 'Ustaz' untuk memindahkan makhluk ghaib ni ke tempat lain. Masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka,agak lama jugak masa di ambil untuk orang datang tinggal kat situ. Katanya ada kaitan dengan kisah mistik yang berlaku disitu yang di sebabkan penghuni tak nampak. macam macam versi kisah seram yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Katanya pernah berlaku kejadian seram di salah sebuah sekolah kat situ. Kalau korang nak baca kisah tu boleh baca kat sini >> Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan <<

Ada yang menafikan kejadian seram yang berlaku kat situ tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sedia maklum hutan adalah penematan makhluk ghaib mungkin cyberjaya pernah jadi perkampungan mereka & mungkin jugak tidak.

Moral of the story.. Sedarlah manusia berapa banyak hak makhluk lain hendak di rampas untuk pembangunan. Dan berapa banyak manusia nak melakukan kerosakkan di bumi Allah ni? Sesungguhnya manusia tidak akan pernah puas sampai kiamat.

SERAM! PEREMPUAN MISTERI BERAMBUT PANJANG DI UPSI TANJUNG MALIM

SERAM! PEREMPUAN MISTERI BERAMBUT PANJANG DI UPSI TANJUNG MALIM. Dah lama rasanya segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran. Ada peminat hantu dah mula rindu hantu2 kat sini. Sampai ugut nak take over segmen seram serik ni. Kemain si makcik yang suka sangat konar baring bila tulis entri si MD tu yer. Nak take over hantu2 yer.. Langkah mayat hantu dulu katanya. Erkk.. hantu ada mayat ke? hahahaha


Malam ni bagi menyempurnakan titah perintah Si  tu, bersiaranlah kita dengan kisah benar yang menyeramkan pernah berlaku di salah satu kampus lama UPSI, tanjung malim,perak. Kisah ni katanya berlaku tak berapa lama sangat la. Kira kisah seram era 2000an jugak la iatu 2013. Katanya ketika student diploma muzik tengah buat rehearsal dalam panggung budaya berlaku satu kejadian tak di ingini iatu tetiba blackout. Gelap la seluruh panggung. Di tambah lagi semua yang dok buat rehearsal termasuk krew semua tu pakai baju hitam malam tu. Umpama semut hitam di malam yang gelap gelita la jadinya.

Dalam gelap gelita tu Tiba2...  Satu kejadian seram telah berlaku membuat semua diam terpaku. Dalam kegelapan panggung budaya tu depa ternampak kelibat perempuan berambut panjang pakai t-shirt putih melintas di kawasan penonton. Maybe dia datang tengok rehearsel jugak kot sebab tadi cerah tak nampak la dia yang dah la putih berbaju putih pulak. Kedatangan perempuan berambut panjang T-shirt putih di tengah panggung yang gelap gelita tu membawa satu haruman yang sangat wangi. Maybe minyak wangi che ta pun tak dapat menandingi haruman dia tu. Seperti datangnya dengan tiba2.. perginya jugak dengan begitu saja. Umpama makan roti gardenia sungguh enak di makan begitu saja. erkk.. sorry takde kaitan.

Dengan kejadian sepintas lalu tu masing2 mula seram sejuk.. nak terkuncil.. nak terberak & rasa nak tercabut bulu roma pun ada. Gila kau! live tengok makhluk yang tak tau status kewarganegaraan apatah lagi dari spesis apa. Yang pasti rasanya bukan manusia la. Tapi katanya malam tu memang rehearsal serba tak menjadi. tak tau la sebab kelibat perempuan t-shirt putih tu punya angkara atau sebab depa masing2 dah kecut perut lupa skrip & step bagai.

Menurut cerita dari mulut ke telinga orang2 kat situ katanya tempat tu memang tempat laluan spesis jin yang di gelar bunian ke kampung depa. Sebab ada sungai belakang fakulti muzik tu. Betul ke tidak jangan tanya aku pi tanya admin blog ni >> Kisah Seram Upsi <<

Ada juga yang kaitkan dengan kejadian bunuh diri. Katanya ada satu tarikh tu, 10 oktober akan keluar hantu perempuan bunuh diri sebab kena tinggal dengan boipren lepas dia mengandung . Sebab lelaki tu taknak bertanggungjawab dia ambil keputusan terjun bangunan. Kejadian tu berlaku di bangunan lama UPSI. Anak hasil hubungan haram katanya dia letak dalam loker pun meninggal dunia. Menurut cerita yang aku baca setiap 10 oktober dia akan merayau cari orang yang hamilkan dia. Katanya seorang pensyarah. Kalau sapa2 teringin nak tengok hantu tu boleh tengok dengan cara tunduk & tengok dari celah kangkang depan dengan bangunan suluh budiman. Betul ke tidak try budak UPSI buat. Kalau orang luar sesaja nak masuk tengok hantu UPSI celah kangkang ni kang di tuduh menceroboh pulak kan.. Jadi korang je lah try jangan suruh akak lekatlekit. Bukan takut cuma tak berani berani je. hahaha


Moral of the story... pandai buat pandai tanggung. Kalau buat tu berdua maka berdua la kena tanggung. Bila sorang lari dari tanggungjawab maka beginilah kesudahan cinta haram. Mati bunuh diri terus jadi lagenda seram sampai bila bila. Kesian padahal yang mati tu dah takde kaitan dengan orang yang hidup tapi orang hidup pulak suka mengaitkan si mati dengan kejadian2 seram yang berlaku. Malang kalau mati bunuh diri ni. Sepanjang hayat orang sebut2 sebagai hantu.

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA. Bersempena Hari kemerdekaan yang ke 58, #sehatiSejiwa katanya tema tahun ni. Segmen seram serik lekat lekit pun nak berkongsi satu cerita seram zaman pra merdeka. Tahun kejadian tak sure pulak bila tapi katanya kisah seram ni berlaku sebelum merdekalah.. Kalau sebelum merdeka kejadian ni sebelum tahun 1957 la kan. Zaman pra merdeka ni memang terkenal la dengan cerita2 mistik ni.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

alkisahnya seorang lelaki yang suka cakap besar.. Dipendekkan cerita pada satu malam tu dia keluar melepak kedai kopi. Walau di tegah bini dia sebab hari nampak nak hujan tetap dia pergi jugak. Kalau jenis degil ni, memang tak makan saman. Jenis camni makan pelempang je tapi kalau bini lempang suami kang derhaka pulak kan. Punya syok lepak sambil borak2 dengan geng dia kat kedai kopi sampai tak sedar dah tengah malam. Nasib baik hujan mula turun renyai2.. baru dia sedar dah tiba masa pulang kepangkal jalan. Bila hujan dah bagi signal cepat dia bayar duit kopi mula nak berlari2 anak pulang kerumah walau tokei kedai kopi tu nasihatkan supaya bermalam kat kedai kopi je. Di tambah lagi kawan2 dia yang lain dok momokkan dia dengan macam2 cerita seram tapi biasa la jenis orang suka cakap besar ni selamba jer dia balas.. Dia bukan jenis penakut. Kalau ada hantu menyakat katanya dia buka je kain nanti bersepah hantu tu lari. Yelah.. kalau petua orang tua2 dulu kalau jumpa hantu suruh selak kain kan... Tak tau la apa relevannya hantu takut tengok benda2 dalam kain. Hantu malu ke apa tak sure la pulak aku.

Pulanglah sang lelaki degil & suka cakap besar tu kerumah berjalan kaki dengan bercahayakan lampu suluh. Dalam perjalanan tu dia siap nyanyi2 lagi.. Almaklumlah orang tak takut katanya. Sesampai di satu pohon nipah.. tiba2 pokok tu bergoyang seolah olah ada sesuatu di celah pokok nipah tu yang membuatkan pokok tu bergoyang. Tadi cakap besar pokok goyang pun dia dah cuak. Sebab nak hilangkan rasa takut dia terus menyanyi dengan lebih kuat. Tapi makin kuat pulak pokok tu bergoyang. Sebab taknak kalah dia pun ugut la nak selak kain kalau benda tu terus takutkan dia. Tiba.. tiba... satu tangan berbulu lebat keluar dari celah pohon nipah tersebut. Tergamam & terkaku sekejab jadinya. Dalam takut takut sekali lagi dia ugut makhluk tu nak selak kain. Tangan berbulu tu semakin memanjang & menuju kearah dia. Hanya tangan anggota badan yang lain memang tak nampak. Sebab tangan berbulu tu terus menakutkan dia.. tanpa fikir panjang dia menyelak kain tapi malangnya tangan tu semakin memanjang kearah dia. Takde kesan sampingan pun walau dia selak kain. Jadi, mitos je katanya jumpa hantu selak kain hantu lari. Malah hantu tangan berbulu nampak lagi syok bila pakcik ni selak kain.

Bila dia selak kain tangan tu semakin memanjang kearah dia & meraba kemaluan dia. Sebab terlalu takut dia pecut sekuat hati tapi yang pelik tangan tu masih tetap meraba & terus meraba. Confirm hantu betina ni gatal semacam je hahaha. Sampai je dirumah dia terus masuk & terduduk bersandar tanpa kain. Hanya berbaju melayu & songkok. Kain dah terlucut masa dia berlari. Confirm tak pakai spender.Ops.. hehehe. sebab dia jerit habis terkejut family & jiran tetangga. Semua pakat datang menyuluh kearah dia yang tak berkain. Bila nampak dia tak berkain menjerit la yang perempuan.. Cepat2 anak2 dia pergi ambil kain tutup apa yang patut. Selepas kejadian tu.. demam seminggu.

Moral of the story.. Petua lama ni bukan semua boleh ikut nak2 lagi petua yang tak ada alasan & tak logik macam kalau nampak hantu selak kain. Hantu tak lari kita yang balik rumah bertelanjang. Hahahaha

Sumber : Cerita seram sebelum merdeka

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK. Orang sibuk nak sambut merdeka hang tak habis2 lagi dengan cerita seram kan? Hantu pun nak merdeka jugak katanya.. So tak salah kita merdekakan depa dari terkurung dalam Mall tu. Tu sebab aku terpaksa jugak memburu dalam Mall ni. Atas keperihantunan katanya. hahahaha. Dah lama semangat hantu aku ni tak topup katanya. Dah turun level 1.. Haruslah up balik kan level hantu katanya.

Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google

Lama tak buat aktiviti paranormal kat Mall ni. Kat Mall ni bukan je ada saka sale tapi sebenarnya banyak lagi saka saka yang seram mahupun tak seram. Saka sales antara saka paling menyeramkan tapi tidak menakutkan kaum wanita. Tapi aku ke wangsa walk ni bukan la nak menyerus semangat sales.. Kat situ tak berapa best pun kalau nak shopping. Masuk F.O.C pun baju2 tak berapa banyak choice. Tapi niat kesitu pun bukan nak bershopping pun.. Memang dah lafaz niat "sahaja aku ke wangsa walk mall ingin merembat dvd filem seram kerana Diri sendiri" hehehehe

Alhamdulillah minat mai haseben support. Kalau dia tak support gamaknya aku dok google baca cerita hantu je la. Alang2 pergi even tak banyak cerita seram yang best tapi pantang berundur kalau tak beli sekeping dua dvd katanya. Ada la filem2 seram melayu yang baru macam Nota, CCTV.. English tak banyak sangat filem baru. Thailand langsung tak nampak filem baru. Korea filem yang ada tak berapa aku berkenan pulak nak tengok. English ada la satu aku rembat. Maka Jumlah keseluruhan 4 dvd filem seram.. Satu bukan aku punya tapi ada orang request nak tengok. Filem2 seram komedi ni aku tak berapa taste sangat.

Antara filem yang aku rembat lepas bayar.. cctv (Malay P13) Demonic (English 18SG) Make Me shudder (Thailand P13). Semalam acah2 nak tengok cctv la tapi dvd player aku macam acah2 tak berapa sihat pulak hahaha.. Minta baru gamaknya. Hope dia acah2 je la.. Boleh aku acah2 khatam 3 dvd ni. hehehehe



Moral of the story.. Nantikan review kat blog lekat lekit 3 filem ni. Bersedialah.. sebab taste seram aku memang high class. Setakat hantu2 acah2 seram jangankan bulu roma bulu kening pun tak terangkat. hahaha

MISTERI KAIN PUTIH TERBANG DI LAMPU ISYARAT BUKIT DAMANSARA

MISTERI KAIN PUTIH TERBANG DI LAMPU ISYARAT BUKIT DAMANSARA. Bersempena malam Jumaat elok la ku tuliskan satu cerita seram untuk segmen seram serik lekat lekit. Bukan apa nak menghangatkan suasana malam Jumaat yang dingin dan beku.. hari hari kian kelabu.. dengan doa tulus ke sebut namamu.. cinta ku.. Oh sayang.. Ops maaf la gian nak berkaraoke pulak. Almaklum la dah lama tak berkaraoke sejak ada anak ni kan. Ok balik ke pangkal jalan.. Cerita seram malam ni berkisah satu kain putih misteri berterbangan di salah satu crossing zebra yang ber lampu Isyarat di bukit damansara.

Sekadar hiasan.Sumber Google

Alkisah tersebutlah kisah... Seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk.. erkk.. bukan bukan. Alkisah seorang mamat ni balik kerja lewat malam. Katanya sebelum sampai satu simpang untuk keluar ke jalan besar ada satu zebra crossing yang kalau siang hari memang ramai orang guna untuk melintas jalan ke parking & bangunan2 pejabat kat situ. Nak2 lagi kat situ ada satu kojej so memang  zebra crossing tu memang menjadi laluan pelajar kat situ nak lintas jalan ke bus stop. Tapi kalau dah pukul 2.30 pagi memang sunyi sepi la.. Tak kuasa la orang nak lepak tempat2 camtu time2 macam tu kan. Dari jauh dia dah nampak lampu kuning kelip2 tapi fikir tengah2 malam buta bukan ada orang melintas jalan so dia dah terfikir nak langgar lampu merah je.

Tapi.. bila dia lintas je zebra crossing kat line putih tu tiba ada bunyi macam langgar sesuatu. Cuak jugak dia sebab sebelum dia langgar lampu merah tu memang dia dah pastikan takde orang yang melintas. Tapi dia tak berhenti terus. dia tetap teruskan pemanduan sambil memantau dari cermin belakang. Ya Allah kalau jantung dia macam kompenen kereta rasa jatuh berterabur dah sebab apa yang di lihat ada kain putih betul2 atas zebra crossing tu. Tak sedap hati jugak dia takut dia terlanggar orang so dia berhenti kereta walau dah jauh sikit dari zebra crossing tu. Pelan2 dia undur kereta menghampiri zebra crossing nak pastikan apa yang dia langgar tadi.

lepas sampai berhampiran zebra crossing tu dia on kan lampu kecemasan & keluar meninjau. Tapi takde pulak kain putih yang dia nampak tapi.. Tiba2 mood seram mula on bila bulu roma meremang & badan rasa seram sejuk dengan tiba tiba. Dia tengok lampu isyarat kuning tu berkelip2 tak berhenti. Secara auto dia terpandang kain putih tadi dah ada atas lampu isyarat. Kaki dia jadi kaku. Dia cuba bergerak tapi rasa macam kebas. Tiba2 kain putih tu seolah olah terbang ke arah dia. Last dia ingat dia menjerit lepas tu sedar je ada orang kejutkan dia bila nampak dia pengsan tepi jalan. Time tu dah pukul 4 pagi. Lepas kejadian tu beliau demam 3 hari.. Habis tenaga batin terkejutkan kain putih yang tak tahu milik siapa atau jelmaan apa... hahahaha

Moral of the story.. Jangan langgar lampu isyarat even tengah malam yang sepi takut ada pak jual topi.. hehehe.

Sumber : Citer Seram: Misteri Lampu Isyarat

MUZIUM PALING BERHANTU DI MALAYSIA

MUZIUM PALING BERHANTU DI MALAYSIA. Malam ni segmen seram serik lekat lekit bertemakan dokumentari je la.. Cerita hantu berbentuk cereka ni kalau selalu selalu sangat pun bukan orang je bosan baca aku pun bosan nak tulis. hahahaha... Pada yang harap dapat mood seram sampai tertanggal segala bulu roma bila baca kisah seram kat blog aku.. nasihat aku "Jangan Harap" hokay!! Sebabnya.. aku sendiri pun takut jugak nak tulis seram seram sangat takut ter feel seram tu sampai menakutkan diri sendiri. hahahaha.. takde la. Sebenarnya cerita seram di blog aku sekadar hiburan santai.. so why so serious, ye dak?? Kita tulis macam filem komedi seram sudah la kan...

Antara Muzium yang popular dengan cerita seram,mistik & misteri adalah...

MUZIUM PERANG PULAU PINANG
Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di Bukit Maung, Pulau Pinang merupakan lokasi menyeramkan bagi kebanyakan rakyat tempatan telah ‘hilang’ ditelan hutan selama 60 tahun. Ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi sebuah muzium perang. Ramai yang mempercayai muzium berkenaan dihuni makhluk halus. Masyarakat tempatan menyatakan muzium tersebut merupakan bekas kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1938 sebelum ditawan oleh tentera Jepun. Ia berperanan melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh, kem banduan perang dan tapak menjatuhkan hukuman mati. Tersenarai sebagai Muzium paling seram di Asia tapi aku google cerita seram yang pernah berlaku kat Muzium ni takde pulak. Asyik dok cakap seram je.. Kejadian seram takde pulak. Ni yang buat aku rasa geram ni. hahaha

Muzium Perang,Pulau Pinang

MUZIUM SAMUDERA MELAKA
Muzium Samudera berbentuk kapal Portugis, Melaka.Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. -sumber Kenali melaka-  Banyak kejadian2 seram & mistik pernah di ceritakan berlaku dalam Muzium ni. Satu cerita yang aku baca berlaku pasa salah seorang petugas muzium ni.. Pada satu malam dia ternampak berpakaian segak,bertanjak,bertenggolok, berkain songket panjat tangga masuk ke dalam muzium. Keesokkan harinya.. Dia Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat mengadap laut. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. patung tu tempat asal dia dalam muzium tapi.. tak siapa tahu macam mana dia boleh berada di luar muzium.Tak tau la kot2 ada orang nak culik patung tu tapi berubah fikiran saat akhir. hehehe
 
Muzium Samudera,Melaka


Ok yang dua muzium ni je yang banyak orang cakap seram. Muzium2 lain maybe belum di takluk oleh mana2 hantu kot. Almaklum la tempat yang di letakkan barang2 lama ni kadang2 ada penunggu menumpang tidur kat situ. Dah kau angkut masuk muzium maka terangkut sekali saka saka yang menumpang di sudut kamar hati kat situ. Kalau ada cerita2 mistik tu bukan pelik sangat la.

Moral of the story...  takde tempat bebas hantu . Pergi la mana2 pun mesti ada kisah hantu terselit. Nampak gaya hantu mula take over sebab banyak penematan depa manusia dah rampas untuk pembangunan. Jadi bukan salah hantu kalau dia menghantui di penempatan manusia. Salah manusia yang tamak & rakus menceroboh bumi tanpa belas kasihan pada makhluk lain ciptaan Allah.

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR. Segmen seram serik malam ni balik kedah sat noh.. selama ni merantau jauh sangat cari hantu. Hantu2 kat kedah dah kecik hati sebab jarang2 di beri publisti kat blog puaka lekatlekit ni. Satgi kata tak support hantu2 senegeri pulak kan. Ok ok.. walaupun hantu kita tetap makhluk sekedah katanya jadi marilah kita bagi publisiti sikit kat hantu2 kedah ni. Ni kejadian baru lagi berlaku. Kira bukan cerita cerita seram dalam arkib macam selalu aku dok up kat blog. Ni kira fresh from alam jin la.. hahahaha

Antara rumah idaman aku ni. Kalau balik kampung aku suka ikut jalan kampung kat bota, perak sebab banyak rumah2 tradisional yang cantik2 kat situ.

Alkisah pasal seorang lecturer sebuah kolej swasta snap gambar kat sebuah rumah warisan melayu yang di kenali sebagai Rumah Tok Su ni. Rumah tu sememang menjadi tempat tarikan pelancong. Masa ambil gambar tu dia tak perasan apa2 sangat la tapi bila balik rumah tengok balik gambar tu baru dia perasan tepi tingkap dalam rumah tu ada sesuatu serba putih yang seolah2 menyerupai pocong photobomb gambar dia. Terus kau tak boleh tidur. Takut le tu...


Sumber Harian Metro

Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer..  Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..

Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.

Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...

Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT. Tu dia.. sesuatu sangat tau tajuk entri. Mesti ada yang mula fikir ehem hem dah ni.. Yelah asal sebut pasal kahwin & Kuat mula la fikir kuat dari segi tenaga batin kan? Alah jangan tipu la hangpa tak pikiaq lagu tu.. cheq nujum mak belalang. Sekilas senyuman hangpa tu cheq boleh tau, hokay! So, dont play play noh... hehehehe

Kenapa aku klasifikasikan wanita yang berkahwin banyak kali ni wanita yang kuat? Kuat apa? Kuat nafsu ke? Kuat melawan suami ke? Kuat membebel ke? Kuat dari segi apa tu gamaknya yer... Dia kuat sebab dia minum milo ke? Sebab lagu iklan milo selalu sebut minum milo anda jadi sihat dan kuat! Untuk mengupas kupis & kopek isu ni.. marilah kita sama sama membaca sambil belajar..


Bila terbaca artikel pasal perkahwinan bekas retis Abby Abadi yang ke empat.. Yang jarak perkahwinan dia dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni tak la jauh sangat buat aku kagum jugak dengan Abby abadi ni. Sebelum ada yang tanya.. Erkk bukan perkahwinan dia yang ke 3 ke? aku pun mula2 ingat yang ke 3 tapi rupanya yang ke 4 sebab dia pernah berkahwin dengan someone tapi tak di gembar gemburkan di media so ramai tak tahu. Kagum sebab bagi aku dia wanita yang sangat kuat biarpun di uji dengan jodoh2 yang tak berkekalan sebelum ni tapi dia tidak pernah serik untuk berkahwin & mencuba cari bahagia dalam sebuah perkahwinan. Berbanding dengan sesetengah orang baru sekali putus cinta terus tukar jadi pengkid, lesbian bagai.. apa barang kan?? Gamaknya orang camtu kalau gagal dalam perkahwinan terus tukar jantina. hahaha

Bukan bermakna semua wanita yang banyak kali gagal & tetap masih nak berkahwin lagi tu gatal.. Siapa yang taknak bahagia bersama seorang lelaki bernama suami, ye dak?? Kalau ko pun ada keinginan nak kawen jangan nak muncung2 mulut tu mengata orang gatal bagai tu sebab tak serik serik nak kawen lagi. Sekurang kurangnya dia tak pernah takut dengan kegagalan biarpun berkali kali gagal. Dia berani mencuba walau pun percubaan yang sama gagal berkali kali. Kau hado??

Moral of the story.. Banyak sebab orang berkahwin banyak kali.. Ada yang maybe sebab dia memang jenis cepat jemu dengan pasangan dia.. tak di nafikan & ada yang bukan kehendak dia apa yang berlaku. Cuma maybe jodoh2 dia sebelum ni bukan pilihan yang terbaik. Jadi kita tak boleh judge semua wanita yang tak serik berkahwin banyak kali tu GATAL hokay! Kadang2 sebab mereka lebih kuat dari kita sebab tu Allah pilih untuk bagi ujian tu pada mereka.

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS. Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang berlaku kat rumah anak yatim.. Jadi malam ni cerita terpilih malam ni adalah jelmaan seram seorang wanita berambut panjang & berjubah putih.. Kalau dah macam tu ciri ciri nya memang langsuir sebab cerita asal pun memang mengKlasifikasikan makhluk tu sebagai langsuir. Bukan lagi anggapan ku lah yer...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya di ceritakan oleh seorang bekas guru sambilan di rumah anak yatim yang terletak di Sri Damansara. Katanya sebelum anak murid dia tu di tempatkan kat rumah anak yatim sri damansara ni.. dia pernah menetap kat kompleks anak yatim cheras. Masa dia tinggal kat situ berlaku satu peristiwa seram yang rasanya selagi dia tak hilang ingatan mungkin dia takkan lupa. Gila kau! Sapa boleh lupa pengalaman jumpa hantu. Masuk rumah hantu pun trauma sampai 10 tahun inikan tengok live hantu perform depan mata. Ni bukan hantu ala2 makeup bebudak gothic atau black metal.. Yang tu tak seram sangat la beb!

Cerita bermula pada satu malam ketika budak ni & seorang lagi rakan yang dia panggil akak sedang jemur baju kat ampaian. Tengah dok jemur baju kat ampaian tetiba budak ni nampak seorang perempuan muda yang cantik dan berbaju kurung mundar-mandir di luar pagar, di kawasan belakang rumah mereka. Dia pun bagitau la si kakak tu.. ternyata si akak pun nampak apa yang si adik nampak tapi melarang dia menegur sebab katanya belakang rumah depa tu kawasan semak mustahil la ada orang yang dok jenjalan makan angin kat situ. Risau yang depa nampak tu bukan manusia jer. Gila kau semak.. orang shooting rancangan survivor je sanggup redah semak malam buta.

So, dia pun buat dono je la.. Malas dah nak ambil port pasal perempuan tu. Tapi tetiba perempuan tu menghampiri pagar & terjenguk2 dari luar pagar seolah2 mencari sesuatu dalam kawasan rumah mereka. Bukan tu jer tetiba dia ketawa mengilai ngilai.. Mengundang mood seram. Sebab perlakuan perempuan tu pelik & menyeramkan dia ajak la si kakak ni masuk.. Risau jugak kalau bukan hantu pun maybe orang gila. Risau tetiba dia ambil tindakkan luar dugaan..

Lepas dia ajak akak dia masuk belum sempat depa berdua ni masuk tetiba perempuan cantik berbaju kurung tadi mula berubah wajah.. dari putih jelita dah bertukar pucat. Baju kurung dah jadi jubah putih, panjang, lusuh & buruk. Tambah lagi dok mengilai.. bukan takat meremang boleh tercabut bulu roma jadinya. Bila dah nampak macam tu.. apa lagi depa pun siap2 nak lari tapi tak sempat lari kekdahnya.. tiba2 lembaga perempuan tu terbang kearah dorang parking betul2 atas ampaian depan dorang. Kaku kelu jadinya dua beradik tu. Tiba2.. masing2 padam..

Sedar2 je tengok dorang dah dalam bilik di kelilingi penjaga & kawan kawan yang lain. Menurut cerita penjaga mereka... masa dorang tengah tengok tv tiba2 dengar 2 beradik ni menjerit sambil berlari masuk ke bilik baring & terus tutup muka sambil dok cakap pasal hantu perempuan yang dorang nampak...

Ingatkan rumah anak yatim takde la hantu langsuir bagai nak menyakat.. Yelah kot2 hantu pun ada perikehantuan kan.. Tapi menurut pencerita ni memang benda2 macam biasa berlaku di rumah anak yatim. Maybe faktor lokasi rumah jugak kot..

Moral of the story... hantu pun setakat menyakat je tak makan harta anak yatim so jangan jadi keji lebih dari hantu dengan memakan harta anak yatim. Jadikan pengajaran kisah banglo tiba2 hilang akibat makan harta anak yatim. Peace yo!

Sumber cerita >> PENGALAMAN MELIHAT LANGSUIR <<


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com