Showing posts with label langsuir. Show all posts

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR. Kadang2 ada orang sebut hantu langsir tapi ejaan dia hantu langsuir. Kalau orang kedah sebut langsiaq.. Orang sabah sarawak tak tau sebut lagu mana. Tapi ia tetap hantu yang sama.


Tapi hantu langsir dalam Drama lain pulak. Confirm ramai yang mula2 baca tajuk drama tu akan silap. Membayangkan drama tu berkisahkan hantu langsuir kan? Sebab kadang2 kita sebut langsir kalau ikut bahasa pasar.

Sekarang tengah siaran ulangan Telefilem Hantu Langsir kat TV3. Drama seram komedi je tu.. Tak payah la over sangat nak seram tengok siang2 hari minggu ni. Melampau tau hahahaha.


Kisahnya sumpahan Hantu Langsir kembali mengganggu kampung langsir. Hantu tu suka muncul kat langsir2 tingkap rumah orang.. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung. Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung. Siapa sebenarnya hantu langsir?? Adakah hantu? Alah drama ulangan jer.. Haruslah bukan hantu cuma pakatan menjatuhkan ketua kampung yang dah lama pegang jawatan ketua kampung langsir je pun. Hahahaha

Alang alang cakap pasal hantu langsuir ni.. Kalau ikut wikipedia Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Tapi hangpa jangan la percaya langsuir tu hisap darah orang pulak. Langsuir ni dalam spesis Jin juga. Jelmaan perempuan tu bukan rupa sebenar dia maybe. Biasa la tugas jin & syaitan menyesatkan manusia. Depa tak boleh membunuh manusia secara terus cuma boleh melalaikan manusia sehingga menyebabkan kemalangan atau apa2 kecederaan sebab ketakutan yang amat sangat. 

Cekik sampai mati.. hisap darah sampai kering tu.. semua dalam filem & drama. Dalam kehidupan seharian kita mana ada orang mati kena hisap darah dengan langsuir hahahaha.

Moral of the story.. Mereka atau kita semua makhluk Allah. Allah yang lebih berkuasa maka mohonlah perlindungan dari Allah.

JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG

JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG. Meriah kan sejak dua menjak ni blog lekatlekit.com bersegmen seram serik. Almaklum la murah rezeki pulak cerita seram sejak dua menjak ni. Jadi, boleh la mengisi kekosongan slot seram serik lekatlekit katanya. Esok2 dah slow tu pepaham je la stok takde. Ada stok ada la entri katanya..


Kalau yang tak tau kat mana Sungai 2 ni.. Sungai 2 antara tempat nak makan char kuew teow sedap. Ataupun nak makan mee udang pun senang dapat jugak kat situ. Selalu jugak balik kampung kadang2 singgah Sungai 2 ni. Ikut mood jugak. Tapi sejak asben kami pantang makan pedas atau makanan yang ada cili lama jugak tak pergi makan kat sana. Tetiba pulak cerita pasal makan padahal ni segmen cerita seram.. Ok .. ok.. maafkan kami penunggu gua. Kami lupa pulak. Terkona baring sat.. hehehee

Ok.. ok.. marilah kita di selubungi misteri dengan cerita seram yang katanya baru berlaku di area Jalan Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang ni. Katanya.. benda ni berlaku time tengah malam. Kalau siang2 hari dia dok mai.. sapa nak heran ye dak. Tentu la malam hari dia muncul. Dia tu sapa? Dia tu la.. Muka ngeri, rambut panjang kusut masai.. Alah.. dia tu la kan? Orang memang kalau nampak dia darah boleh turun sampai ke kaki katanya. 

Dia ni hat kat area Taman desa murni ni katanya suka ikut kenderaan orang yang lalu lalang time tengah malam. Dia akan beriring terbang dengan kenderaan hangpa. Lepas tu dia akan meletang atas kereta hangpa sambil rambut dia mengerbang & terjuntai ke bawah melekap kat cermin depan kereta hangpa. Kulit dia katanya bersisik macam kaki ayam. Dari sumber yang aku baca dah 4 malam berturut turut orang ramai kena kacau. Jadi yang rasa iman & semangat tak kuat tu di nasihatkan elak guna laluan tersebut.

Dia memang tak mencederakan sesapa cuma nak buat manusia terlalai.. Benda tu kadang2 menyebabkan kemalangan berlaku bila terkejut. Tapi katanya dia tak kacau kawasan perumahan kat situ. Sejenis spesis langsuir. Yelah kalau dah yang di gambarkan jelmaan dia macam tu selalunya langsuir la kan. Langsuir ni pun spesis jin jugak. Jadi berhati hati la terutama pemandu yang terpaksa melalui jalan tu waktu malam.

Moral of the story... jangan berkhayal masa memandu. Fokus pada pemanduan.. Bukan apa kalau dok pikiaq bukan2 kain buruk kena tiup angin pun hangpa nampak macam hantu. Makhluk tu memang wujud tapi Allah jadikan manusia ni sebaik baik makhluk. Jadi, perisaikan diri dengan ayat ayat Al Quran.

PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA

PENGALAMAN SENDIRI MELALUI JALAN BUKIT LENGKOK YANG TERKENAL DENGAN KISAH SERAMNYA. Jalan bukit lengkok bukan pertama kali aku guna jalan tu bila dari kampung nak balik ke istana hinggap aku kat sini. Tak kira siang ke malam dah banyak kali suami aku guna jalan tu. Kalau kami decide tak nak masuk highway la. Nak2 lagi kalau musim cuti perayaan ni kami memang selalu mengelak masuk highway bila tahu keadaa traffic jam. Semalam pun kami guna jalan bukit lengkok jugak.

Bukit lengkok ni jalan dia memang kecik.. suasana sekeliling dia sunyi sebab kiri kanan hutan.. Kalau malam tu tak banyak sangat kenderaan guna jalan tu. Dah la sunyi, gelap kenderaan pun tak banyak di tambah lagi dengan cerita2 seram yang di kaitkan dengan jalan tu.. Bayangkan la apa perasaan anda bila melalui jalan tu pada malam hari.

Ni la permandangan jalan bukit lengkok di siang hari. Bayangkan suasana dia di malam hari. memang kalau kita fikir bukan2 seram jugak tapi kalau kita tak fikir apa2 enjoy je sepanjang perjalanan.. Insya Allah kita akan menikmati permadangan gelap gelita dengan hutan kiri kanan dengan tenang. hehehe. Gambar sumber google

Setakat aku dok pi balik guna jalan tu tak kira siang malam pagi petang.. Memang tak ada apa2 perasaan pun walau aku banyak jugak baca kisah pengalaman seram orang lain kat situ. Paling banyak jumpa langsuir la. Alhamdulillah.. Sepanjang dok guna jalan tu Allah tak mengizinkan kami sekeluarga terserempak dengan makhluk2 tak di ingini. Lagipun setiap kali guna jalan tu aku memang terlupa apa2 cerita seram. Kalau tak melayan anak aku.. melayan borak dengan laki aku je. Tapi semalam shahila masuk kereta gerak sekejab jer dah tidur sebab siang hari bawa jenjalan penang sebelum balik ke Istana hinggap kami kat sini.

Dalam perjalanan guna jalan bukit lengkok semalam ada juga laki aku cuba mengungkit kisah2 seram popular kat situ tapi aku siap2 warning benda tak ada tak payah nak sebut sebut. Kena la sentiasa beringat.. Sebab depa tu kita ja tak nampak tapi ada ja kat mana2. Tak tergamak jugak aku nak terserempak di malam hari ketika suami ku memandu. Yelah.. takut terkejut satgi.. macam2 benda boleh jadi.

Kadang2 yang menakutkan kita adalah imaginasi kita sendiri sebab tu bila kita melalui jalan2 atau tempat yang terkenal dengan kisah seram,mistik & misteri ni.. Tak payah nak membangkitkan sangat aura seram dengan mengungkit kisah2 yang pernah kita dengar. Benda tu seolah2 kita buat emosi kita terganggu. Bila emosi kita di takutkan dengan imaginasi sendiri kadang2 daun di tiup angin pun kita nampak macam pontianak terbang.

Apapun aku harap dalam hidup aku tak terserempak la dengan makhluk2 yang tak perlu aku tengok tu walaupun aku minat cerita seram. Tak ada kepentingan aku nak tengok wajah2 depa nan ayu tu katanya. Biarlah aku tengok hantu dalam filem seram je sebab aku tau tak seseram hantu2 yang sebenar. hahahaha

MISTERI BISTRO MENYERAMKAN DI FELDA LASAH, SG SIPUT PERAK

MISTERI BISTRO MENYERAMKAN DI FELDA LASAH, SG SIPUT PERAK. Orang orang perak terutama penduduk Lasah mungkin pernah dengar kot cerita pasal Bistro misteri ni. Aku memang baru kali pertama tahu cerita ni. Jadi seperti biasa tak kira apa saja cerita seram harus share dalam blog puaka melekat lekit ni. Tak share tak hantu la kan.. Hahahaha


Alkisahnya di sebuah daerah yang agak terpencil iatu Felda Lasah sungai siput, perak (U). Ada sebuah bistro ni.. Yang kewujudan dia buat penduduk setempat rasa tak berapa senang hati. walaupun bistro tu agak jauh dekat dengan ladang kelapa sawit yang pada mulanya tidak mengganggu kehidupan harian penduduk tapi lama kelamaan penduduk mula tak senang hati dengan bistro tersebut. Pertama sebab tempat tu ala2 tempat maksiat jugak la. Ada karaoke, dangdut tempat lelaki2 mabuk ketum katanya. Kat Bistro ada penyanyi & penari dangdut yang sangat misteri.. Tak tau dari mana datang.. Mampu menggoda setiap pengunjung yang datang. Kebanyakkan penggunjung tempat tu bukan dari kalangan orang2 kat situ.. Semua dari luar daerah sg siput. Semua sedia maklum la.. populariti Bistro tu memang terkenal sampai keluar daerah. Pemilik Bistro tu adalah orang tempatan situ jugak.

Nak di jadikan cerita sekumpulan penduduk ni rasa tak puas hati tentang Bistro sebab pengunjung yang datang seolah olah macam di pukau. ada yang sampai tak balik.. sanggup berkampung kat bistro tu. Maka depa pun tu pergi menyiasat. Semua yang ke tempat tu akhirnya kena gangguan misteri. Ada yang di hantui kelibat2 yang menyeramkan.. ada yang jatuh sakit ada yang jadi macam orang gila. Akibat aduan dari orang ramai Bistro tersebut berkali kali kena serbu tapi sebab kekurangan bukti & bistro tu mempunyai lesen yang sah pihak berkuasa tidak dapat ambil apa apa tindakkan.

Rupanya Penyanyi & penari dangdut di bistro tu sebenarnya bukan manusia.. Di katakan jelmaan langsuir dalam rupa yang cantik untuk menggoda & menarik pelanggan datang ke situ. Biarpun Bistro itu cuba di arah tutup oleh orang kampung tapi pemiliknya tetap berdegil & tidak percaya bahawa penyanyi & penari Bistro tu bukan manusia.


Akhir cerita dia.. Bistro tu tetap terus beroperasi.. Cerita dia memang kelam kelibut sikit la. aku sendiri pun tak berapa faham. Starting ada la dorang tayangkan sesi tembual dengan penduduk setempat pasal kisah bistro tu.. ending cerita orang yang cuba menyiasat Bistro tu macam jadi gila jer. Itulah review untuk Filem Dia.. Katanya berdasarkan kisah benar tapi bila buka dvd tu dia mention siap2 cerita adalah rekaan semata mata.. Mana satu pun tak tau la. hahahaha. Mungkin orang sungai siput boleh sahkan tentang kesahihan cerita ni. Filem Dia ni nak kata lama sangat tak la.. tayangan bulan Mei lepas.

filem gagal dengan jayanya walau bukan terbitan MiG.. hehehe

Kadang2 kesian aku nak komen filem seram Melayu ni.. Nak komen jujur orang kata menjatuhkan filem tempatan. Nak puji aku rasa tak sampai hati menipu orang yang membaca review ni. Sememangnya filem ni tak best. Minta maaf yer M.jamil.. rupanya mu putih melepak, ensem tapi cerita awak sangat gagal.hehehe

Moral of the story... kat Malaysia ni hantu yang berani2 macam langsuir je boleh bermastautin. Bukan takat berani bermastautin siap berani lagi membina kerjaya sebagai penghibur kat Bistro tu. Hantu lain hado??. Setakat hantu2 mat saleh yang berani dengan budak2 macam ke-ram-puss tu memang takkan berani masuk Malaysia sebab kat Malaysia ada benda2 ni yang mampu menghalang syaitan Ke-ram-puss dari datang. Nak tau apa benda yang paling ke-ram-puss takut kat Malaysia meh tengok kat sini >> 8 Sebab ke-ram-puss takkan berani menghantui Malaysia <<

TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR

TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR. On off je cerita seram kat blog lekatlekit.com sekarang ni. Yelah... Bila tak ada mood nak tulis cerita seram aku selalunya biarkan je segmen seram serik bersawang buat seketika waktu. Aku jenis tak suka paksa diri buat sesuatu yang memang aku tak ada hati nak buat. Malam ni walaupun sebenarnya ada cerita seram yang aku rasa macam best nak share tapi mood nak menyunting cerita2 tersebut belum pulang ke pangkal jalan jadi aku tulis je cerita yang tak perlu aku olah. Taip terus je katanya. Yelah.. sumber fresh dari kepala hotak dongga aku ni. Hahahaha

Sumber Google

Selalu je kita tonton atau baca kisah2 seram ni mengambarkan pontianak & langsuir ni spesis yang suka pakai baju putih lusuh & berambut panjang. rambut panjang tu takde la macam model2 iklan syampo bagai apatah lagi macam rambut yang siap di rebonding. Mesti di gambarkan rambut panjang, kusut masai..  tapi kalau hantu nak rasa rambut cantik bersinar, lurus & rapi boleh la buat rawatan percuma kat sini sempena krismas >> Percuma rawatan rambut  & hair revival kit sempena krismas. Cepat tengok << Kalau tersikat rapi dah tak berapa menghantui pulak orang yang tengok kan? So, tak fungsi pulak la dia jadi hantu tapi tak dapat nak menyakat orang. hahahaha.

Tapi sekarang kalau dalam filem seram watak hantu dah tak berapa nak hantu. Walau mata merah, muka pucat tapi rambut tetap rapi terurus... Kira tak comot dari hujung rambut sampai hujung kaki la berbanding cerita seram dulu dulu.. Kalau yang pegang watak hantu tu memang takde part kita tengok yang terurus dah. Bukan takat rambut, gigi pun tak pernah bersih. Tak lekat darah mesti lekat sisa makanan kotor. hahahaa. Almaklum la watak hantu selalunya berdendam. Hantu pun kalau dalam keadaan tak bahagia tak ada nafsu dah nak cantikkan diri. Jangankan nak tenyeh lipstik nak sikat rambut pun rasa macam angkat balak. Berat Ya Rabbi.

Itulah tipikal hantu asia atau melayu yang sampai sekarang pun masih di gambarkan dengan fesyen yang sama. baju putih, rambut panjang kusut masai, bertengek atas dahan pokok, terbang, tumpang kereta/ motorsikal orang. Tapi kalau hantu siam ada jugak yang rambut pendek tersikat rapi.. Tak caya tengok filem nang nak. Memang hantu dalam filem tu rambut pendek ala2 tomboy gitu. Tapi tetap watak hantu nang nak tu seram ya amat walau dia takde rambut panjang mengurai... Kesimpulannya watak hantu tak perlu tipikal dengan rambut panjang pun sebenarnya.. Kekuatan jalan cerita & effect2 lain yang menjadikan kisah seram tu penentu samada filem atau cerita tu berjaya membuatkan orang rasa takut atau sebaliknya.

Inilah filem seram yang aku dok cari dvd dia untuk buat koleksi tapi sampai hari ni tak jumpa orang jual. Filem ni aku memang pernah tengok tapi sebab filem ni filem yang best & seram, rasa best jugak simpan sebagai koleksi. sapa ada.. boleh la pm aku. tak nak la version baru mae nak tu.. Yang tu aku ada dvd dia. Yang tu filem dia walau best tak seseram filem nang nak ni.

Moral of the story.. lepas ni hope tak banyak cerita atau filem seram ni buat watak hantu yang tipikal sangat. Cuba buat kelainan sikit dalam watak hantu tu. Tapi jangan la sampai watak hantu di gantikan dengan asap putih atau bayang bayang jer.. Dah macam tengok filem documentari seram yang melibatkan aktiviti paranormal je. Filem2 camtu tak berapa taste sangat la aku. hahahaha

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2). Kecoh sejak semalam kisah seram berkaitan dengan lebuhraya LPT2 sampai hari ni keluar kat sinar harian. Actually aku macam jarang je baca kisah2 seram kat LPT2 ni. Mungkin terlepas pandang kot. Jadi sebagai blog yang bertemakan cerita seram katanya.. di mana ada cerita mistik di situ ada blog lekatlekit. erkk.. dia mana ada blog lekatlekit situ ada kisah seram.. Arghh.. mana2 je lah yer.


Katanya sejak LPT2 di buka sehingga sekarang banyak kemalangan maut berlaku. Ramai yang percaya kemalangan yang berlaku kat situ ada kaitan dengan perkara mistik. Ada yang menceritakan pengalaman seram melalui jalan tu. Ada jugak mangsa kemalangan kat situ ternampak makhluk menyeramkan. Ada yang mengakui bila melalui jalan tu akan rasa mengantuk yang teramat sangat sehingga hampir terbabas.

Clik untuk view yang lebih jelas


Asalnya tempat yang di buat lebuhraya ni hutan belantara. Hutan belantara memang banyak makhluk ghaib tinggal. Kita tak nampak tapi mereka wujud. Bila penempatan mereka di musnahkan.. mereka pun makhluk katanya. Ada rasa marah & berdendam. Jadi tak mustahil.. dari perasaan marah & dendam ni berlakunya gangguan mistik sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Faktor lain adalah kelalaian pemandu tu sendiri. Kadang2 makhluk ni melalaikan manusia sehingga hilang fokus seterusnya berlaku kemalangan.

Clik untuk view yang lebih jelas

kat mana2 pun ada makhluk yang kita tak nampak sebab tu kita kena selalu beringat. Jangan terlampau suka sampai kita lupa risiko berlaku kemalangan boleh terjadi kat mana2. Memandu dalam keadaan letih jugak salah satu punca. Kadang2 terlalu letih & kita jadi stress menyebabkan otak kita jadi kurang waras & mungkin menyebabkan halusinasi. Benda tu tak ada pun tapi sebab dalam keadaan tertekan kita boleh nampak macam2.

Clik untuk view yang lebih jelas

Jadi.. memandulah dalam keadaan yang segar untuk elak kemalangan. Pemanduan berhemah jugak faktor penting untuk dititik beratkan. Jangan terlampau taksub bila sesuatu tempat tu di kaitan dengan kejadian & cerita seram atau mistik. Sebab kalau taksub ia mempengaruh emosi & fikiran kita. Benda yang tak ada pun boleh nampak macam ada bila kita terlalu takut.

Clik untuk view yang lebih jelas




Tapi cerita seram LPT2 ni tak seseram kejadian macam ni. Yang ni lagi seram. Bayangkan sesuatu yang berusia lebih 20 tahun menyimpan perkara yang menyeramkan.. Meh tengok kat sini >> Video Tape Yang Berusia 20 Tahun Menyimpan sesuatu yang menyeramkan<<

Moral of the story.. Kalau bawak kereta macam hantu jangan salahkan hantu bila berlaku kemalangan. Jadi berhati hati di jalan raya.

Sumber Cerita : Pengakuan mangsa kemalangan tentang LPT2 berhantu

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS. Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang berlaku kat rumah anak yatim.. Jadi malam ni cerita terpilih malam ni adalah jelmaan seram seorang wanita berambut panjang & berjubah putih.. Kalau dah macam tu ciri ciri nya memang langsuir sebab cerita asal pun memang mengKlasifikasikan makhluk tu sebagai langsuir. Bukan lagi anggapan ku lah yer...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya di ceritakan oleh seorang bekas guru sambilan di rumah anak yatim yang terletak di Sri Damansara. Katanya sebelum anak murid dia tu di tempatkan kat rumah anak yatim sri damansara ni.. dia pernah menetap kat kompleks anak yatim cheras. Masa dia tinggal kat situ berlaku satu peristiwa seram yang rasanya selagi dia tak hilang ingatan mungkin dia takkan lupa. Gila kau! Sapa boleh lupa pengalaman jumpa hantu. Masuk rumah hantu pun trauma sampai 10 tahun inikan tengok live hantu perform depan mata. Ni bukan hantu ala2 makeup bebudak gothic atau black metal.. Yang tu tak seram sangat la beb!

Cerita bermula pada satu malam ketika budak ni & seorang lagi rakan yang dia panggil akak sedang jemur baju kat ampaian. Tengah dok jemur baju kat ampaian tetiba budak ni nampak seorang perempuan muda yang cantik dan berbaju kurung mundar-mandir di luar pagar, di kawasan belakang rumah mereka. Dia pun bagitau la si kakak tu.. ternyata si akak pun nampak apa yang si adik nampak tapi melarang dia menegur sebab katanya belakang rumah depa tu kawasan semak mustahil la ada orang yang dok jenjalan makan angin kat situ. Risau yang depa nampak tu bukan manusia jer. Gila kau semak.. orang shooting rancangan survivor je sanggup redah semak malam buta.

So, dia pun buat dono je la.. Malas dah nak ambil port pasal perempuan tu. Tapi tetiba perempuan tu menghampiri pagar & terjenguk2 dari luar pagar seolah2 mencari sesuatu dalam kawasan rumah mereka. Bukan tu jer tetiba dia ketawa mengilai ngilai.. Mengundang mood seram. Sebab perlakuan perempuan tu pelik & menyeramkan dia ajak la si kakak ni masuk.. Risau jugak kalau bukan hantu pun maybe orang gila. Risau tetiba dia ambil tindakkan luar dugaan..

Lepas dia ajak akak dia masuk belum sempat depa berdua ni masuk tetiba perempuan cantik berbaju kurung tadi mula berubah wajah.. dari putih jelita dah bertukar pucat. Baju kurung dah jadi jubah putih, panjang, lusuh & buruk. Tambah lagi dok mengilai.. bukan takat meremang boleh tercabut bulu roma jadinya. Bila dah nampak macam tu.. apa lagi depa pun siap2 nak lari tapi tak sempat lari kekdahnya.. tiba2 lembaga perempuan tu terbang kearah dorang parking betul2 atas ampaian depan dorang. Kaku kelu jadinya dua beradik tu. Tiba2.. masing2 padam..

Sedar2 je tengok dorang dah dalam bilik di kelilingi penjaga & kawan kawan yang lain. Menurut cerita penjaga mereka... masa dorang tengah tengok tv tiba2 dengar 2 beradik ni menjerit sambil berlari masuk ke bilik baring & terus tutup muka sambil dok cakap pasal hantu perempuan yang dorang nampak...

Ingatkan rumah anak yatim takde la hantu langsuir bagai nak menyakat.. Yelah kot2 hantu pun ada perikehantuan kan.. Tapi menurut pencerita ni memang benda2 macam biasa berlaku di rumah anak yatim. Maybe faktor lokasi rumah jugak kot..

Moral of the story... hantu pun setakat menyakat je tak makan harta anak yatim so jangan jadi keji lebih dari hantu dengan memakan harta anak yatim. Jadikan pengajaran kisah banglo tiba2 hilang akibat makan harta anak yatim. Peace yo!

Sumber cerita >> PENGALAMAN MELIHAT LANGSUIR <<


KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM

Malam ni kan Malam Jumaat jadi segmen seram serik lekat lekit tak nak lepaskan peluang memomokkan makhluk alam maya dengan cerita cerita seram. Jadi operasi memburu hantu di teruskan dengan jayanya. Hasil buruan malam ni.. Kita singgah berkenalan dengan Langsuir Bukit Lengkok, Kulim Kedah. Manalah tau korang terlalu jalan tu.. Takde la culture shock sangat kalau terserempak. Takde la jam sangat jantung katanya hahahaha


Jalan ni rasanya aku pun biasa lalu lalang tapi biasa la aku spesis yang tak serasi bercinta dengan jalan maka aku jarang merindui jalan2 yang pernah aku lewati. So,aku jarang nak sematkan dalam hati setiap jalan yang aku tempuhi. Maka even 100 kali pun aku lalu lalang guna jalan tu kadang2 aku tak tau pun nama kawasan @ jalan tu... hehehehehe. Ok tu tak seram.

Kita kembali ke cerita seram.. Cerita pasai terserampak atau di tumpangi langsuir jalan bukit lengkok ni memang banyak. Tapi kebanyakkan cerita langsuir ni memang suka tumpang kenderaan orang. Suka sangat menyakat orang memandu malam malam.. Tak tau la apa sebab, maybe hobi la kot. Antara cerita yang sempat aku baca kisah wartawan sinar harian. Kisahnya wartawan sinar harian bersama anggota polis melalu jalan bukit lengkok dalam pukul 4 pagi. Mula2 depa terserempak dengan batu nisan besar setinggi setengah meter tepi jalan tapi masing2 buat2 tak tak tau je. Tapi bila tiba2 salah seorang penumpang kereta tu menjerit minta di bacakan Surah Yassin sebab makhluk tu ada kat sebelah dia. Lepas anggota polis tu membaca beberapa potong ayat Al quran barulah wartawan tu tenang.

Yang paling best bila di periksa rakaman yang mereka buat.. ternyata ada satu makhluk seram berambut panjang di rakam dalam kenderaan mereka & hilang selepas azan subuh.

Ada jugak cerita penunggang motorsikal yang berhenti cucuh rokok & tetiba di bonceng lembaga yang separuh kepala remuk & biji mata terjuntai keluar. Dah la malam.. naik motor. Bayangkan macam mana gigil lutut dia.. rasa nak tekan padel gear pun tak lepas. Kalau ikutkan banyak cerita seram pasal Jalan Bukit Lengkok ni.. Tapi takut korang tak tidur malam pulak.

Katanya kejadian kejadian seram yang melibatkan gangguan lembaga perempuan berambut panjang ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita & mayat dia di buang dalam gaung di sekitar jalan tersebut. Alah.. sebenarnya jin ambil kesempatan je tu nak orang percaya roh perempuan mati di bunuh tu bertukar jadi langsuir. Korang jangan terpedaya dengan tipu helah jin & syaitan padahal yang dok jadi langsuir golongan depa jugak. hahahaha

 Langsuir ni dia tak kira kau tunggang apa.. motor ke kereta ke mesti dia akan tumpang. Sebab kebanyakkan cerita dia semua melibatkan pemandu & penunggang motorsikal. Banyak kemalangan berlaku kat situ.. Faktor di sakat langsuir tu faktor mistik tapi jalan kat situ pun jalan kecik. Bentuk jalan pun macam S, bengkang bengkok. Kat situ pulak memang kawasan hutan.

Moral of the story... Jin & syaitan memang tak boleh membunuh manusia secara terus tapi tu la dengan cara membuat manusia panik & hilang kawalan salah satu caranya. Maka bila melalui jalan Bukit lengkok ni kena lebih berhati hati sebab faktor jalan yang memang berisiko & faktor langsuir yang tak pernah bosan nak menyakat orang. hehehehe

PEREMPUAN MISTERI BERJALAN ATAS AIR DI TASIK HARAPAN,USM PENANG

Kita kembali bersegmen seram serik lekat lekit. Insya Allah selagi ada cerita seram best yang nak share kat blog, aku akan tulis tanpa prejudis. Yang mana rasa suka boleh baca yang rasa duka pergi la masuk selimut & tidur. Jangan seksa zahir & batin baca cerita seram kat blog aku ni.

Alkisahnya pasa suatu hari di tengah malam.. seorang pemuda baru balik kerja tunggang motor lalu depan Masjid Al-Malik Khalid yang berhadapan dengan Tasik harapan, USM. Dia pelik bila nampak seorang perempuan dok jogging tengah malam buta kat situ. Sebab dah pukul 12 tengah malam pejadahnya jogging tengah2 malam. Dah tu pakai pakaian serba putih.

Bila dia nampak macam perempuan tu lari ke arah tasik, dia rasa tak sedap hati. Maybe dia rasa perempuan tu nak bunuh diri la kot, kan? so dia perlahankan motor dia. Tapi bila dia nampak perempuan tu betul betul kearah tasik apa lagi kelam kabut dia berhentikan motor & terus terpa gaya ala2 hero hindustand nak selamatkan gadis impian.

Tapi.. Niat dia terbantut bila apa yang di lihat satu kejadian yang sangat mengejutkan sebab perempuan tu bukan terjun dalam tasik tapi berjalan atas air sehingga ke tengah tasik kemudian hilang macam tu jer.  So, tanpa termenung jauh lagi dia cepat2 pusing balik terus blah dari situ. Kalau korang adakah korang akan tunggu umpama geng seekers yang nak jumpa hantu untuk dapatkan rakaman menarik? Mustahil sangat.. Geng paranormal pun kalau nampak hantu pun kadang2 bersepah lari apatah kita individu yang tak berapa paranormal sangat katanya.

Bukan gambar sebenar

Nasihat si mamat yang serempak dengan makhluk berjalan atas air dalam tasik tu supaya sesapa yang balik lewat malam terutama wanita elak melalui jalan tu. Sesungguhnya dia juga makhluk.. Bagi la dia privacy nak jogging kat situ. Asyik serempak dengan manusia jer.. spoil mood dia nak amalkan gaya hidup sihat katanya

Moral of the story... Bumi ni bukan di huni manusia & makhluk2 yang kita mampu lihat dengan mata kasar malah kita berkongsi bumi yang sama dengan makhluk2 ghaib. Tak pelik la kalau ada yang boleh ternampak sebab jin ni boleh menampakkan diri pada manusia dengan izin Allah. Sapa tak percayakan kewujudan  jin.. Maka dia tak percayakan ajaran Islam la. Peace!

Sumber : FB

KISAH SERAM KELIBAT PUTIH JALAN JENIANG - SIK, KEDAH

Tak kira hari minggu ke hapa segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran. Memang tak bagi change la hangpa hidup tenang tanpa di selubungi misteri katanya. Harus rasa seram baru reti tidur awal. Kalau tak online sampai ke subuh. Ok cerita terpilih kali ni adalah kisah sekumpulan pelajar yang berdepan dengan kejadian misteri masa dalam perjalanan dari kedah nak ke kelantan. Alkisahnya bermula...


4 orang pelajar ni lepas mendaftar untuk kemasukkan baru sebuah kolej untuk pengajian dalam bidang agama di alor star kedah. Walaupun depa baru je sampai dari kelantan ke kedah tapi lepas pendafataran sebab kelas belum bermula pakat ambil keputusan nak balik kelantan jugak malam tu. Depa ni bertolak time tu dah dekat pukul 12 tengah malam. Time2 hantu beridah la katakan...

Jalan punya jalan.. katanya dah masuk jalan jeniang - sik tiba2 depa termasuk satu jalan yang gelap. Orang pun takde lalu lalang.. rumah pun tak nampak ada di tepi jalan2. Normally jalan kampung ni ada jugak rumah orang kampung kan. Masing2 tak tahu dorang kat mana masa tu. Sepatutnya dorang dah masuk satu simpang untuk tembus jalan Baling - Gerik tapi simpang tu tak nampak2 pun.

Sebab tak jumpa simpang tu, depa decide untuk U-Turn patah balik. Masa U-turn dua daripada mereka yang duduk kat seat penumpang di belakang tiba2 rasa seram sejuk semacam jer. Harus tegak berdiri bulu roma kalau rasa seram ni kan. Maka depa pakat2 la baca ayat2 suci Al Quran yang mana boleh jadi pendinding dari gangguan makhluk2 yang tak nampak ni sambil meneruskan perjalanan. Sedar2 dekat 50KM dorang tersesat masuk jalan gelap tadi. Akhirnya jumpa jugak simpang, tapi sekali lagi mereka salah masuk simpang & melalui semula jalan gelap gelita. Yang si pemilik kereta tu rasa lain macam, so stereng bertukar tangan. Tadi kawan dia drive sekarang dia pulak take over kereta kancil dia tu.

Bila dah tukar driver, Alhamdulillah jumpa jugak simpang sepatutnya. Akhirnya sampai jugak ke jalan besar. Tup2 tengah borak2 yang 3 lagi tu tertido tinggalah yang sorang ni drive. Kebetulan hujan renyai2 so kelajuan pun setakat 60kmj je masa tu. Time tu tengah naik bukit so memang tak boleh pecut sangat la... Tiba tiba... Jeng! jeng! jeng!

banyak kelibat putih tiba2 muncul depan kereta dia yang jarak tak sampai 50km pun. Apa lagi break mengejut la. Sekali Prang! Hancur bonet kereta katanya terempuh kelibat putih tu. 3 lagi yang tidur terbangun sebab terkejut dengan pelanggaran tu. Memula dia cuak takut terlanggar orang ke hapa tapi bila tengok takde sapa atau apa2 yang di langgar. Jadi pelik sekejab.. kereta remuk teruk kat depan tapi mangsa langgar takde pulak. di teruskan jugak perjalanan. Nasib baik enjin tak mati. Lampu jer pecah tapi mentol dia elok terpasang. Yang pelik lampu tinggi yang sebenarnya dah rosak tetiba hidup pulak dia lepas perlanggaran tu berlaku.

Sampai la satu tempat dorang berhenti nak check kerosakkan kereta. Tapi tak perasan tempat depa berhenti tu di belakangnya ada kawasan perkuburan cina.  Lepas tu depa teruskan perjalanan sampai ke tasik Banding semua fikir nak berhenti rehat tapi tak jadi sebab nampak dari side mirror macam ada something tengah tengok depa semua. Diteruskan perjalanan sampai depa jumpa satu kontena trailer yang berhenti tepi jalan. So depa decide berhenti kat trailler tu je la. Tumpang berehat. Sebab kat situ je yang ada lori kontena berhenti tepi jalan di tengah gelap gelita. At Least kalau ada apa2 berlaku ada peneman. Apa lagi Padamkan lampu kereta, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tiba2 kawan dia menjerit.. kata kereta bergerak sendiri naik bukit. 
Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Dia tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Kereta pulak bergerak ke arah gaung. dalam mengelabah dia cuba kawal kaki dia yang bagai di kawal oleh orang lain pijak2 padel, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kereta.

Lepas sampai semua kat rumah masing2.. Masa di tertido petang tu tiba2 mak dia kejutkan dia katanya ayah dia meracau2 macam kena rasuk. Suara dia berubah jadi suara perempuan dok tengking2 habis semua orang. Skip cerita bawak pergi berubat, termasuk geng dia yang dalam kancil tu jugak. Kata perawat tu 'benda' tu sekarang ada dengan depa semua. So, perawat tu cuba berinteraksi dengan 'benda' tu. Katanya perempuan asalnya perempuan cantik yang mati di gilis trailer kat jalan yang mula2 dorang sesat tu, sampai separuh kepala hancur. Jadi dia berdendam dengan manusia.. Lepas rawat semua, katanya benda tu pun di hantar balik kat tempat asal dia. Semuanya kembali seperti sediakala.

Tapi aku confius walau cerita ni aku baca katanya yang merawat tu seorang ustaz, budak2 yang terkena gangguan tu katanya pelajar jurusan agama tapi takkan tak tau kot orang yang dah mati mana boleh menjelma sebagai hantu ke hapa untuk balas dendam. Yang ada cuma jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.. hahahaha konpius kat situ.

Moral of the story.. hati2 di jalan raya bukan je hati2 sesama manusia malah hati2 sesama makhluk yang ada tak kira yang nampak atau tak nampak. Peace!

LANGSUIR JALAN PUNCAK ALAM

Bagi memartabatkan hantu tempatan maka aku up lagi story seram berkaitan cerita mistik yang ada di tanahair. Lokasi pilihan kali ni adalah Jalan Puncak Alam.. Aku tak kisah kalau ada blogger menjadikan blog aku sebagai inspirasi untuk depa pun share kisah seram. Sebab aku bukan blog pertama yang share kisah2 seram ni cuma sebab aku minat maka terdetik di hati nak share kisah seram kat blog melekit aku ni.Takde hak nak halang semua tu pilihan masing2. Cuma jadilah blogger berhemah. Jangan copy paste bulat2 entri orang. Boleh ambil cerita yang sama dengan olahan & gaya penulisan sendiri.


Sebab tertengok iklan filem seram terbitan MiG Jalan Puncak Alam terus aku google. Apakah kisah seram yang berlaku kat jalan Puncak Alam sehingga di adaptasi untuk filem. Susah jugak nak cari kisah2 seram yang di ceritakan berlaku kat Jalan Puncak Alam ni.. Tak banyak sangat kot orang tulis pasal tu tapi demi kegigihan aku yang nak tau jugak kisah seram macam mana pernah berlaku kat situ aku tak putus asa. Harus memburu sehingga ke asap kemenyan terakhir katanya.. Amboi mistik sangat kan ayat. hahahaha

Antara kisah seram yang aku jumpa kebanyakkan jumpa spesis pontianak & langsuir la kot sebab jenis terbang2 ni. Antara kisahnya...  seorang gadis yang balik lewat malam melalui Jalan Puncak Alam, berdekatan dengan pasar malam katanya. Tengah drive tetiba dia terpandang satu makhluk serba putih bertenggek atas pokok.Sebab cuak & terkejut dia tak terus pandang makhluk tapi mengalihkan pandangan ke depan. Bila kereta dia melintas kawasan pokok tu, makhluk tu tiba2 terbang atas bumbung kereta dia sampai berbunyi seperti terhentak. Yelah sebagai manusia biasa, aku pun gigil berdepan dengan situasi macam tu maka seperti biasa apa saja ayat Al Quran yang ingat dia baca bertalu talu dengan harapan makhluk tu tak melekat la atas bumbung kereta dia. Sampai jer kat kawasan rumah dia, nampak security guard kat situ pandang kereta dia macam takde apa2 so dia anggap makhluk tu tak menumpang kereta dia la ikut balik. Sampai rumah dia cuba call mak dia tapi tak jawab, call adik dia tidur tak sedar diri. Akibat takut dia tak berani keluar kereta takut terserempak lagi dengan makhluk tu. Lepas dia dengar suara jiran dia dari luar rumah baru dia berani keluar dari kereta & masuk rumah. Sampai sekarang dia tak pasti apakah spesis hantu tu sebab katanya nampak putih terbang & macam bentuk ikan pari. Ada mata & bersayap. Aku syak langsuir kot.. entahlah. Wallahualam.

Kisah kedua yang aku baca seorang pengajar yang balik dari mengajar. Tetiba bila lalu jalan puncak alam tu macam ada benda jatuh atas bumbung kereta dia. Tapi dia ambil keputusan tak berhenti & check apa benda yang jatuh atas bumbung kereta. Dia drive terus. Tapi kereta dia rasa berat sangat selepas tu. Lebih memelikkan lagi kereta yang berselisih dengan dia asyik bagi high-beam. Rasa tak sedap hati, dia baca ayatul qursi. Selepas beberapa kali ulang baca ayat qursi tetiba kereta dia kembali jadi ringan.

Cukuplah dua kisah tu aku share. Kesimpulannya langsuir ke pontianak tak tahu la spesis apa hantu tu tapi aku syak maybe langsuir la kot sebab suka terbang. Memang jenis suka terjun atas bumbung kereta orang kot. Dia punya trademark gitu gamaknya. Asal nak menyakat terjun atas bumbung kereta orang. hahahaha

Pasal filem terbaru MiG Jalan Puncak Alam tu.. Tengok la kalau aku rasa tertarik dengan thiller dia aku beli la dvd dia nanti. Ni dok cari dvd jengka tak dapat lagi. Macam best jer.. Kena jugak support filem seram tempatan ye dak? Best kita puji melambung lambung, tak best kita kritik hingga ke titisan air liur terakhir katanya. hahahaha

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu selalu ada makhluk lepak, kalau boleh elak, elak la. Kalau tak boleh elak sentiasa beringat bila melalui jalan tu sebab makhluk ni tak membunuh kita secara terus tapi melalaikan kita dengan cara2 menyakat macam tu yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan bila kita hilang fokus semasa memandu.

GAMBAR LANGSUIR DI SUMBAT DALAM BOTOL

langsuir ni kiranya kategori hantu yang paling otai jugak sebab dia terkenal sejak dari zaman purbakala lagi & sehingga kini dia masih mampu mempertahankan popularitinya sebagai di antara makhluk yang menyeramkan orang kampung jugak orang bandar. Langsuir ni mempunyai kepakaran bertenggek kat dahan pokok atau terbang dengan gaya bebas.. Langsuir selalu di gambarkan seekor hantu berambut panjang, muka hodoh & sentiasa berjubah putih ala2 baju kelawar skit fesyen dia..

Sumber google sekadar hiasan

Tu serba sedikit pengenalan pasal langsuir ni.. Kalau rasa nak berkenalan lebih rapat boleh la cuba berinteraksi dengan beliau secara in person yer. Lelebih sangat aku tak reti cerita pasal langsuir sebab aku sendiri pun takde hubungan rapat apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan langsuir jauh sekali pernah bercouple. hehehehe

Tertengok kat post Pencari Entiti Crew - P.E.C satu gambar yang di kirim oleh peminat hantu.. seekor langsuir yang suka ikut budak balik ngaji berjaya di tangkap seterusnya di botolkan untuk tujuan di pamerkan kepada umum. Kalau tak kurung dalam botol kang.. terlepas bebas langsung orang lain takde change nak tengok kan. Mesti korang pun tak sabar nak tengok.. aku pun rasa tak sabar nak tunjuk jugak. Kalau ada yang histeria lepas tengok tanggung sendiri yer

 Ni mesej dari pengirim gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu dia.. seram tak? Jangan sampai pecah perut tau.. sikit2 sudah. hehehehe



Moral of the story untuk semua langsuir yang ada... kalau tak nak kena kurung dalam botol sila jangan ganggu budak balik ngaji, hokay! kekekekeke


KERANA KUKU LANGSIAQ (LANGSUIR) DIA POPULAR

Tu dia ni cerita Bomoh VVIP 1 Malaysia ka hapa.. Sabaq sat noh.. jangan kelam kelibut sangat. Ni bukan cerita pasal bomoh VVIP dengan buah kelapanya hokay.. Nak tau siapa pemilik kuku langsiaq (langsuir) sehingga membuatkan dia semakin di kenali sila baca hingga ke titik noktah terakhir.

Sumber google

Balik ja dari kampung (kedah) terus up story pasal kuku langsiaq bagai kan.. Hang tak penat ka lekatlekit Ooi...?? Penat la jugak tapi tetiba entri ter draft dalam otak harus la aku taip cepat2 supaya idea tak hilang macam tu jer...

Alkisah pasal pemilik kuku langsiaq ni.. Maybe ada yang pernah tengok & dah kenal dengan dia.. Maybe yang belum. Kalau sapa2 pernah tengok video seorang pemilik butik pengantin merangkap pak andam dari aloq staq kedah yang selesa dia panggil abang Gee mesti tau pasal video tu. Video tu bukan la dia tunjuk kuku langsiaq (langsuir) tapi video dia membebel sambil cuci rambut kat salah satu salon.. Kelakar la jugak video tu sampai buat tuan empunya video tu mula di kenali sekarang ni selepas video tu menjadi viral.


Ni la video kuku langsiaq tu

Sebenarnya ada jugak dua tiga video abang Gee beletiaq (membebel) yang kelakar jugak aku dengar. Dengan loghaq kedah pekat dia.. dengan memek muka dia.. Bagi aku memang lawak & layak jugak di gelar lawak. Apapun aku dah mula follow abang poji (Gee) ni.. Syok jugak dok baca dia membebel kat status FB. Kalau korang nak kenal dengan abang poji.. mana tau nak dapatkan khidmat andam dengan dia.. atau sewa baju pengantin @ pakej pengantin boleh la usya2 kat Butik Pengantin Fauzie.

LANGSUIR DI BULAN PUASA

Bila tibanya ramadhan kita sedia maklum semua iblis/syaitan di penjara. Maka.. secara automatik kita akan fikir takde lagi hantu sepanjang bulan puasa jadi nak meronggeng atau melepak malam - malam sampai sahur sorang diri pun tak jadi hal la kan. Tapi sang lekit ada kisah langsuir di bulan puasa ni. Macam mana langsuir ni boleh muncul di bulan puasa?? Bukan sekor tapi siap berkumpulan. Alkisahnya di zaman kanak - kanak dulu..

Carian google

Masa belum akil baligh dulu sang lekit & kawan - kawan memang rajin ke masjid berterawih walau solat terawih tak seberapa, melantak je lebih. Budak - budak kan.. Aktivitinya memeriahkan suasana jer. Kita pergi beramai secara berkumpulan.. Jadi kalau balik lewat malam pun tak kisah sangat sebab mak bapak kitorang tahu kitorang ke masjid bukan merayap. Lagipun budak kampung zaman tak banyak jenayah macam sekarang, kerisauan tu berkurangan la bila berjalan malam - malam.

Alkisahnya mat - mat lepak pinggir jalan yang aktiviti dorang tersadai tepi jalan lepas buka puasa sampai tengah malam. Masa nak pergi terawih tu memang tak nampak sangat geng2 dorang tapi masa balik terawih tu meriahkaripap dorang melepak sambil membincangkan isu2 semasa dorang la.

Sang lekit & the gang ni memang la terkenal dengan kenalan masa kecik. Ada saja la idea nak mengenakan orang. Pada satu malam tu lepas habis jer terawih, kitorang dah berpakat nak balik time dah semua orang balik, jalan pun lengang semata mata nak kenakan mat2 lepak pinggir jalan ni. Lepas orang semua dah balik.. maka kitorang pun berjalan dalam gelap dengan telekung sembahyang masing2. Selalunya nak balik kita akan buka telekung tapi malam tu kita dah pakat nak pakai pakaian seragam. Konon nak jadi langsuir sakat mat2 lepak pinggir jalan ni.

Maka dalam kesunyian & kegelapan malam tu kita berjalan perlahan - lahan dalam pakaian serba putih. Bila ternampak kelibat geng serba putih dari jauh menuju kearah dorang (mat2 lepak), masing2 tergamam. Sang lekit sempat dengar.. ada yang siap cakap suruh diam & jangan tegur apa2. Dari situ jelas dorang ketakutan & terpedaya dari kelibat kitorang yang bertelekung putih dalam gelap di tengah malam. Bila sampai jer dekat dorang apa lagi kitorang bantai gelak kuat2 sebab kitorang yakin berjaya kenakan dorang malam tu.

Abang2 lepak pinggir jalan tu pun bantai gelak sebab terpedaya. Moral of the story.. pada yang suka lepak malam2 kat pinggir2 jalan tu bawak2 la lepak bersama jemaah masjid. Takde la kena sakat dengan langsuir di bulan puasa.

Apapun itu cuma sebahagian kenangan nakal sang lekit masa kecik. Kalau nak di ikutkan banyak lagi kisah nakal sang lekit masa zaman kanak2 ni. Terutama dalam aktiviti kenakan orang. Sempena bulan ramadhan yang mulia ni sang lekit nak ambil kesempatan untuk memohon kemaafan sekiranya penulisan sang lekit ada menguris perasaan secara sengaja atau pun tak. Selamat berpuasa moga kita di lindungi dari gastrik. kekekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com