KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM
Jalan ni rasanya aku pun biasa lalu lalang tapi biasa la aku spesis yang tak serasi bercinta dengan jalan maka aku jarang merindui jalan2 yang pernah aku lewati. So,aku jarang nak sematkan dalam hati setiap jalan yang aku tempuhi. Maka even 100 kali pun aku lalu lalang guna jalan tu kadang2 aku tak tau pun nama kawasan @ jalan tu... hehehehehe. Ok tu tak seram.
Kita kembali ke cerita seram.. Cerita pasai terserampak atau di tumpangi langsuir jalan bukit lengkok ni memang banyak. Tapi kebanyakkan cerita langsuir ni memang suka tumpang kenderaan orang. Suka sangat menyakat orang memandu malam malam.. Tak tau la apa sebab, maybe hobi la kot. Antara cerita yang sempat aku baca kisah wartawan sinar harian. Kisahnya wartawan sinar harian bersama anggota polis melalu jalan bukit lengkok dalam pukul 4 pagi. Mula2 depa terserempak dengan batu nisan besar setinggi setengah meter tepi jalan tapi masing2 buat2 tak tak tau je. Tapi bila tiba2 salah seorang penumpang kereta tu menjerit minta di bacakan Surah Yassin sebab makhluk tu ada kat sebelah dia. Lepas anggota polis tu membaca beberapa potong ayat Al quran barulah wartawan tu tenang.
Yang paling best bila di periksa rakaman yang mereka buat.. ternyata ada satu makhluk seram berambut panjang di rakam dalam kenderaan mereka & hilang selepas azan subuh.
Ada jugak cerita penunggang motorsikal yang berhenti cucuh rokok & tetiba di bonceng lembaga yang separuh kepala remuk & biji mata terjuntai keluar. Dah la malam.. naik motor. Bayangkan macam mana gigil lutut dia.. rasa nak tekan padel gear pun tak lepas. Kalau ikutkan banyak cerita seram pasal Jalan Bukit Lengkok ni.. Tapi takut korang tak tidur malam pulak.
Katanya kejadian kejadian seram yang melibatkan gangguan lembaga perempuan berambut panjang ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita & mayat dia di buang dalam gaung di sekitar jalan tersebut. Alah.. sebenarnya jin ambil kesempatan je tu nak orang percaya roh perempuan mati di bunuh tu bertukar jadi langsuir. Korang jangan terpedaya dengan tipu helah jin & syaitan padahal yang dok jadi langsuir golongan depa jugak. hahahaha
Langsuir ni dia tak kira kau tunggang apa.. motor ke kereta ke mesti dia akan tumpang. Sebab kebanyakkan cerita dia semua melibatkan pemandu & penunggang motorsikal. Banyak kemalangan berlaku kat situ.. Faktor di sakat langsuir tu faktor mistik tapi jalan kat situ pun jalan kecik. Bentuk jalan pun macam S, bengkang bengkok. Kat situ pulak memang kawasan hutan.
Moral of the story... Jin & syaitan memang tak boleh membunuh manusia secara terus tapi tu la dengan cara membuat manusia panik & hilang kawalan salah satu caranya. Maka bila melalui jalan Bukit lengkok ni kena lebih berhati hati sebab faktor jalan yang memang berisiko & faktor langsuir yang tak pernah bosan nak menyakat orang. hehehehe
Kalau berani, cakap kat makhluk tu... "aku lebih mulia dari kau, aku manusia..." ehh dah macam skrip citer PAKU plak...
ReplyDeleteCUBA KO YANG CAKAP AGAK2 APA JADI
DeleteSeram jugak jalan ni. Agaknya klu naik basikal mau tak dia menumpang ye? Hehehehe.
ReplyDeleteKalau baca n3 ni memalam mesti seram gile...nasib akak baca time siang....takde la rase seram sangat...kekeke
ReplyDeleteBelalang juga ada pengalaman di jalan bukit lengkok... hari-hari guna jalan ni ulang alik tempat kerja... baca sini kalau nak tahu pengalaman apa belalang alami -->> http://encikbell.blogspot.my/2016/02/misteri-jalan-bukit-lengkok-kulim-bukit.html
ReplyDelete