TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR
TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR. Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak.
Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best juga kita flashback dalam blog ni kan? Untuk pembacaan santai santai di kala kau tak de benda nak buat kan. Dari kau membawang isu rumahtangga orang ada lebih baik kau baca blog aku ni nyah.
Kejadian seram ni katanya berlaku di sekitar lebuhraya seremban menuju ke kuala lumpur. Aku bab bab jalan memang tak arif. Aku tulis mengikut apa yang di ceritakan je la yer. Hangpa yang tau jalan tu kat mana imagine la sendiri yer suasana tu. Tak dapek den nak nolong gambarkannya. Makcik ni tak pandai drive & memang tidak menghafal jalan yer anak anak. Dulu pertama kali nak bawa bakal suami balik kampung pun aku suruh dia guna waze jangan harap aku guide dia. Sampai nak masuk simpang kampung aku je aku tau jalan kerumah aku. Teruk tak teruk bab menghafal jalan ni.. Macam tu la aku. Aku setiap kali masuk kereta aku bukan tidur.. aku hanya suka lihat permandangan, kampung kampung orang, pekan pekan kecil, rumah rumah & bangunan bangunan di sepanjang jalan je. Sebab tu aku tak suka untuk perjalanan jauh guna highway sebab tak ada perkara menarik aku boleh tengok.
Menurut sang pencerita waktu tu jalan tu baru buka. Jadi tak banyak la lampu jalan di sepanjang perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui.. (Maaf kalau ada yang ternyanyi.Gen Z je mungkin baca tak menyanyi.GenKRU genRock kapak bagai auto akan nyanyi gitu). Kita sambung balik cerita tadi. Katanya jalan tu memang familiar sangat la dengan kisah kisah seram. Sebab waktu tu memang masih tak banyak kereta yang menggunakan jalan tu. Nanti la aku siasat samada betul ke tidak banyak cerita cerita seram yang pernah berlaku kat situ. Aku bab bab menyiasat ni aku handal juga la.
Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada malam yang sunyi.. Bukan pak mat jual topi tapi si budak Zaidi namanya. Pelajar perubatan yang sedang pratikal di salah sebuah hospital kat nogori sembilan sana. Sebab dia pelajar perubatan pratikal kat spital ni paham paham je la depa bukan jenis dapat punch card balik on time pun. Petugas petugas perubatan ni kebanyakan macam tu la terutama Doktor & jururawat. Depa kerja separuh nyawa juga terutama di klinik atau hospital kerajaan. Hangpa tau compalint ja. Hangpa cukup time sharp pukul 5 dah punch card balik. Depa belum tentu. Jadi jangan sikit sikit nak SISPAA ja. Tunggu lama pun nak SISPAA.
Meneruskan cerita tadi, Si Zaidi ni habis kerja malam tu dah pukul 8 malam. Selesai solat maghrib di surau hospital dia pun bergegas mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur. Selain cuti hujung minggu kebetulan cuti umum juga. Maka dia ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga sekejab. Yelah.. time tu je ada peluang berehat & berjumpa keluarga kan..
Dia memandu sorang sorang je balik ke kuala lumpur. Dia ikut waze macam biasa la tapi tetiba dia berubah fikiran dari nak ikut jalan biasa dia guna terus bertukar fikiran nak guna jalan baru. Maka dia meneruskan perjalanan melalui jalan baru tu. Malam tu kenderaan pun tak banyak atas jalan jadi agak lengang. Hanya ada sebiji dua kereta yang sempat berselisih dengan dia. Tapi di sebabkan penat bekerja di siang hari, dia jadi agak mengantuk masa memandu. Selain faktor jalan terlalu tenang & lenggang jadi tak ada cabaran dalam memandu pun menjadikan perasaan mengantuk tu semakin menjadi jadi lah. Bila drive dengan jalan yang terlalu tenang, badan letih dah tu malam dia punya heal tu memang akan mengundang rasa mengantuk ok!
Kendengaran suara azan di corong radio. Kebetulan dia nampak ada RNR. jadi dia ambil keputusan untuk singgah rehat & bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Si Zaidi ni memang seorang yang alim & menjaga solat sikit. Jadi dia pun masuk ke kawasan rnr tu & parking kemudian terus ambil wuduk & masuk bersolat dalam surau. Masa dia datang tu memang surau kosong. Bukan saja surau kawasan RNR tu pun tiada sesiapa. Tapi mungkin dia anggap biasa RNR kosong bila bukan musim perayaan atau cuti umum yang panjang.
Dah selesai wuduk dia masuk surau & mula solat, Tiba tiba masa dia mengangkat Takbiratul Ihram terdengar suara bacaan yassin bergema dari arah belakang. Suara bacaan yassin tu agak kuat dan kedengaran agak lain dari biasa. Dia meneruskan solat sehingga selesai sehinggalah sampai ke salam terakhir dia terperasan seakan ada ramai orang duduk berkumpul dan membaca yassin. Selesai salam dia berzikir & berdoa sekejab selepas tu dia bangun. Tiba tiba ada orang cuit bahu dia dari belakang pelawa dia untuk sertai bacaan yassin dengan mereka. lelaki tu memakai kopiah putih yang di lilit serban hijau. Katanya ada majlis tahlil sedikit. Sambil menunjukan kearah kumpulan bacaan yassin. Apa yang buat si zaidi ni berderau ada sekujur jenazah dah siap berkafan di hadapan 20 orang lain sambil di pimpin oleh seseorang.
Dia menolak dengan baik dengan alasan dia nak cepat balik ke kuala lumpur. Dia bukan takut sebab ada jenazah. perkara macam tu bagi zaidi biasa je sebab dia dah biasa menjadi imam di masjid kampung dia cuma yang luar biasa berlaku depan mata dia sekarang adalah sebab berlaku di surau RNR. Iskk.... tak pernah orang buat tahlil atau solat jenazah kat surau RNR malam malam buta macam ni. Selepas menolak baik pelawaan lelaki tu, Zaidi pun beredar lah. Sebelum beredar dia sembat mengalih pandangan kearah mereka & lelaki tu tersenyum. Nampak la sederet gigi emas dia. Luar biasa pelik juga tu. Bertambah seram Zaidi jadinya.
Yang buat dia semakin pelik keluar dari surau dia tak nampak ada satupun selipar atau kasut. Van jenazah pun tak ada. Jadi mereka ni datang dengan apa? Dari mana? Dengan siapa? Pelik,seram,sejuk lepas tu Zaidi rasa lapar pulak. Yang pelik rasa lapar tu macam lapar sangat sampai lutut dia jadi lemah & tak mampu berjalan. Macam tak makan berhari hari pulak lapar tu. Nak kata dia ada gastrik dia tak pernah ada gastrik pun. Sebab lapar sangat dia pun pergi ke salah sebuah restoran yang ada kat RNR tu. Restoran tu pun tak ada orang. Lepas pesan makanan & minuman tak sampai seminit dah sampai order dia. Terkejut juga dia. Cepat sangat kot. Dia pun tegur makcik restoran tu sebab cepat sangat. Kata makcik tu tak ada orang memang cepat. Kalau lambat nanti customer complaint pulak. Sebab terlalu lapar dia makan lupa nak baca bismillah. Terus pelahap gitu je. Nasi goreng tu sedap walau katanya ada bau hanyir pada ayam. Sirap ais yang di pesan pun pekat & manis. Dia pun puji masakan makcik tu semasa nak bayar tapi makcik tu menolak katanya dia belanja. Semasa Zaidi tunduk mengira duit tiba tiba suasana bertukar diam & sunyi. Sebaik dia mengangkat kepala terus dia tergamam.
Kedai tadi yang cerah benderang bertukar jadi gelap gelita. Tiada tanda yang kedai tu di buka pun. Papan tanda kedai pun kosong. Tiba tiba tekak dia mula rasa pahit & loya. Mula terfikir tadi dia makan & minum apa sebenarnya? Dia jadi pening.. berjalan terhuyung hayang ke kereta.
Dia tak tunggu la nak baca Yassin ke, ayat kursi ke ruqyah ke apa dah.. Terus pecut kereta. Kalau masa tu michael schumacher ada rasa ketinggalan jauh kebelakang juga si michael tu dengan budak Zaidi ni. Yelah.. kau sorang sorang di tempat pelik,aneh & seram dah tak ingat nak panas enjin dulu ke, nak ketuk ketuk carpet kereta dulu ke, nak check gigi ada sisa makanan lagi ke tak. Memang terus pecut la. Sempat juga dia jeling kearah surau tadi sebelum pecut. Imam tadi sempat melambai sambil tersenyum di pintu surau. Endingnya lepas kejadian tu Zaidi demam seminggu.
Itulah secebis kisah pengalaman si Zaidi yang di kongsikan sahabatnya di laman X. Cerita seram ni kadang kadang tak jadi berapa seram bila di ceritakan kembali dalam bentuk penulisan atau penceritaan secara lisan tapi sebenarnya bila kita sendiri hadap perkara ni ia dah sangat menyeramkan. Jadi jangan cakap besar sangat. Jangan sampai Dia try test hang masa tu baru rasa betapa azab kena tahan kencing & berak sampai langit cerah.
CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA
CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA. Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan?
Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal.
Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kalau tengok konten kat tiktok konon pengamal perubatan alternatif yang merawat mangsa gangguan makhluk halus tak kira sebab sihir atau apa.. Depa tau tengok tiktok wei. Tapi tu la cuma konten tu aku sendiri tak pasti samada benar atau sekadar konten. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Benda yang tak ada di ada adakan sekadar untuk konten media sosial.
Semalam terbaca satu posting dari page hiburan kat facebook pengalaman netizen yang melalui peristiwa mistik. Bagus juga share kat blog ni kan.. Santai santai kita membaca sekadar hiburan. Tak payah ambil serius sambil terbawa bawa dalam kehidupan seharian pulak. Satgi hidup hangpa di selubungi misteri..
Antara pengalaman mistik yang berjaya aku screenshot hangpa boleh la baca kat bawah
MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI
MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI. Lama juga rasanya tak berseram serik lekatlekit kan? Mesti ramai yang rindu. Sorry la tak sempat nak memburu hantu sejak dua tiga tahun ni. Malas la nak sebut kenapa.. nanti di katanya cuba mengungkit kisah yang lalu. Biarlah kisah hitam itu jadi sejarah dalam hidup den ni.Tapi tu la.. sebab terlampau busy dengan masalah duniawi yang melanda hidup den sejak tiga empat tahun ni den macam tak perasan pulak sesuatu yang lama menghantui rumah den ni tiba tiba senyap sunyi sepi basi dah. Sejak bila pun tak perasan. Tup tup sedar sedar.. kemana semua bunyi bunyi misteri yang tiada jawapan selama ni hilang? Si pembuat bunyi tu dah kemana gamaknya?
![]() |
Alkisah sejak tinggal di rumah ni, actually saya tinggal dari bujang. Di sebabkan menyewa sorang sorang, kadar sewa yang murah selepas kawen kami decide terus tinggal kat sini sampai sekarang. Lagipun rumah sewa tak apa duduk rumah yang kadar sewa tak membebankan. Ada banyak kebaikan.. Contoh bila negara di landa pandemik covid-19, ramai hilang pendapatan. tak hilang sepenuhnya pun terjejas tu memang ada macam kami la. Tapi alhamdulillah masih mampu bayar sewa rumah sepanjang pkp di laksanakan. Tu salah satu kelebihan kita duduk di rumah sewa yang kadar bayaran murah.
Tapi bukan tu isunya.. Isunya. Bunyi bunyian yang selama ni menghiburkan kami sekeluarga ni saya perasaan dah lama sangat tak ada. Dulu memang setiap siang malam pagi petang.. Tengah malam paling aktif. Bunyi guli jatuh dari atas. Bunyi seret perabut. Bunyi macam katil bergoyang.. krett.. krett.. gitu & bunyi derapan tapak kaki. Sampai pernah suami saya tak tahan saya tak boleh tidur.. esoknya dia try pergi kerumah jiran tingkat atas sebab dia ingat maybe bunyi tu datang dari rumah jiran tingkat atas. Rupanya tidak.. Selepas jiran tu berpindah & rumah tu kosong bunyi tu still ada sampai kami terpaksa buat tak kisah. Kena biasakan diri untuk tidur di alun bunyi bunyian misteri tu.
Pernah juga bertanya dengan perawat di pusat rawatan Islam.. Katanya ada jin yang memang dah lama tinggal. Agak susah nak halau dia keluar. kena buat tahlil atau boleh guna khidmat perawat di pusat rawatan islam tu untuk buang tapi kos agak mahal so kami rasa benda tu sebenarnya tak menganggu selain dengan bunyian je. Biarlah.. Tapi masa anak sulung saya shahila masih baby. Memang bunyi tu suka ikut di mana dia tidur. Bermakna dia akan buat bunyi betul betul atas shahila tidur tu.
Tapi sepanjang mengandung & selepas setahun dah hud anak kedua saya lahir.. memang saya perasan bunyi tu dah tak ada. Totally tak ada langsung. Bunyi guli jatuh ke, bunyi seret perabot atau bunyi derapan tapak kaki sekalipun. Tak ada la buat apa apapun ritual halau jin ke apa. Dia sendiri mungkin jemu kot lama menumpang kat rumah ni tak bayar sewa. Maybe dia dah pencen balik kampung halaman dia nun dalam hutan belantara. entahlah.. susah nak cakap benda yang tak nampak dengan mata kasar ni.
Apapun bagus juga la.. Bukan elok pun ada makhluk makhluk macam tu dalam rumah. Even tak menganggu dari segi gangguan seram macam penampakan wajah wajah ngeri atau kejadian kejadian aneh selain bunyi bunyian misteri yang bagi saya.. alah tak ada apa nak takut. Lain la tetiba bunyi mengilai ke, bunyi sayup sayup menangis ke apa. Setakat bunyi guli, seret perabot.. suka hati kau la jin. Bagus juga kau tolong kemas rumah tapi tak ada pun. Kau kemas apa tak tau la busy bebenor sebelum ni.
Apapun Alhamdulillah la.. maybe bunyi bunyi tu semakin hilang sebab penghuni dia semakin baik kot. Dulu agak lalai.. dia datang nak ingatkan la tu. Dia pun makhluk Allah juga, ye dak. Takde apa sesaja je tulis kisah ni.. Sesaja nak update blog katanya. Hope tak bosan lah yer baca. Nak warm up balik penulisan di blog katanya.
PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL
PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL. Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan.Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke
Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin dekat dengan kita.. Pengasas dia tetap mempertahankan produk dia dengan alasan dia sendiri la. Tapi komen dari Mufti Negeri Sembilan.. Mempercayai atau memakai jubah yang claim sebagai kalis sihir ni hukumnya sama seperti memakai tangkal yang ada unsur syirik & khurafat. Sebab kita dah meletakkan pergantungan & perlindungan kepada jubah tu. Kita percaya Jubah tu ada kuasa yang boleh menghalang gangguan jin & makhluk halus ni.
Jubah tu pun harga not bad.. katanya di jahit dengan kaedah falaq. Tak tau la sambil jahit sambil dia baca surah Al Falaq ke macam mana.. Atau benang dia guna di rendam air yang di bacakan surah Al Falaq.. tak sure la maksud dia kaedah falaq tu macam mana. Maybe ada penjelasan dari pengeluar jubah ni nanti. Sejauh mana keberkesanannya.. Saya tak tahu & saya tak pernah cuba. So jangan la tanya saya. kekekeke
Apapun kita semua di beri akal fikiran yang waras.. Pilihan di tangan masing masing. Kita sedia maklum.. Jin & syaitan ni pun makhluk Allah juga jadi depa memang tak ada apa2 kuasa. Kita semua di ajar sejak kecil Ayat ayat Al Quran kalau di amalkan boleh menjadi pendinding kita dari sebarang gangguan jin & makhluk halus ni. Al Quran ni perkara yang perlu di amalkan.. Bukan untuk di jual dalam bentuk air ke, baju ke... Walaupun memang ada dalam rawatan Islam menggunakan air sebagai kaedah rawatan. Air tu di bacakan ayat2 Al Quran.. Tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi la dalam rawatan Islam jual jubah untuk halang dari gangguan jin & sihir.
Moral of the story.. Akhir zaman memang akan muncul perkara perkara yang bagi kita di luar logik akal.. Jadi sedarlah tanda tanda kiamat dah mula banyak. Pi la bentang sejadah cepat. Tolong tok siak.. dapat juga pahala bentang sejadah tu. kekekekeke Peace Yo!
SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG
SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG. kembali lagi kita dalam slot seram serik lekatlekit. Tu dia.. Mesti hangpa semua dah siap sedia melukut depan skrin memasing kan? Peminat setia sangat kekdah kan.. Nak otogeraf ke? hehehehe..Sudah sudah la tu lekatlekit kau feeling retis.. Kau kena saman RM3juta pun takde media nak highlight kes kau lagi dok acah acah macam kau ramai peminat. Pergi kau tulis blog di sana! Apa kau menangis disini!!!
Siang siang hari hang dok gigih tulis cerita seram ni pasaipa?? Bukan apa.. Ada orang jenis minat cerita seram tapi takut nak baca malam - malam.So bagi peluang depa baca update fresh from oven dari blog lekatlekit ni di siang hari pulak. Hangpa yang rasa tak feel baca sengsiang hari.. Simpan je entri ni tunggu sampai malam Jumaat keliwon baru baca. Apadahal... Blog den bukan nak expired lagi pun. Renew domain sampai 2019 ok!
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Semalam den gigih membaca satu kisah seorang kanak kanak di mana bermulanya hijab terbuka selepas bertemu dengan puaka pokok ketapang. Lumrah budak budak ni.. suka buat perangai degil. Alkisah budak ni pun jenis spesis suka melawan arus jugak. Yang orang kata tak boleh itulah yang di buatnya. Tak payah nak libas la.. Berbirat sekejab jer... lepas tu dia lupa dah sakit dia buat balik.
Kisah budak ni yang habis tuisyen tak terus balik rumah tapi ikut kawan kawan tengok bola kat padang. Niat tu nak singgah sekejab tapi kalau budak lelaki dah tengok bola... confirm la sampai habis perlawanan ye dak. Sedar sedar dah lewat petang sangat.. Baru la ingat nak balik. Tu pun selepas perlawanan bola dah habis.
Alkisahnya dalam perjalanan nak balik rumah dia tu.. Ada satu laluan hutan yang menjadi laluan shortcut untuk dia sampai ke rumah tapi Atuk dia dah pesan jangan guna laluan tu tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sesampai di laluan tu.. Tetiba je dia terdetik untuk guna jugak laluan shortcut tu.. Disitulah bermulanya.. Kisah hijab terbuka.. Bukan hijab tudung yer... Budak jantan pejadah pakai tudung. Ni hijab yang di maksudkan adalah deria ke enam ke hapa orang panggil.. Alah susah sangat la nak paham. Hijab terbuka bermakna dia boleh tengok makhluk halus! Makhluk halus bukan semut atau tungau jer. jauh sekali kutu. Ni makhluk halus & Jin syaitan. Mohon jangan loyar buruk sangat ok! Hantar saka kang baru tau!
Walaupun dia tahu dia di tegah menggunakan laluan short cut tu.. Tapi entah kenapa katanya haritu dia macam di ajak ajak pulak guna jalan tu. So, dia pun lintas jalan & terus masuk ke laluan hutan. Memandangkan dah nak masuk maghrib so dia cuba cepatkan langkah nak sampai rumah. Ketika melintas di hadapan satu pokok ketapang ni tetiba.. Opocot! Muncul seorang pakcik tua. Ntah mana datangnya.. tetiba keluar dari pokok ketapang.. Dia fikir mesti orang tua tu baru selesai buang hajat. Biasa la.. Lelaki kan? Berhajat kat memana pun boleh.. Apadahal belakang pokok ketapang pun.
So, dia pun bagi la salam.. Tapi tak di jawab hanya renungan tajam je. Pahal pakcik ni sombong siot! Jawab salam pun tidak.. tapi usya macam nak ajak gaduh jer. Tak pakcik la gaduh dengan bebudak kan.. Dia malas nak layan pakcik kerek tu.. so dia terus la berjalan mencari sign laluan dia untuk sampai kerumah. Tapi sign dia tu dah takde pulak. Sepatutya dia akan jumpa tokong cina tapi haritu tak jumpa pulak... Cuaca semakin gelap dalam hutan pokok getah.. dalam celah2 dok cari jalan pulang ke pangkal jalan tu.. dia teringat pakcik keret tadi. Dia masih tertanya tanya apa orang tua tu buat kat situ.. Situ dah la ada kuil hindu.. Tak takut tersampuk ke?
Tak semena mena tiba tiba je beg sekolah yang di galas jadi semakin berat.. Buat dia jadi semakin cepat letih & terpaksa berhenti berehat sekejab dari meneruskan perjalanan. Masa dia nak letak beg ke bawah tetiba muncul pakcik keret tadi.. termelatah juga budak tu. tetiba je muncul. Memang orang tua ni spesis wartawan melodi gamaknya suka terjah terjah orang. Atau dia memang suka main aucak macam tu..
Orang tua tu berdiri tak jauh dari belakang dia. Sedikit rasa Kagum juga muncul di hati budak ni. cepat juga orang tua tu berjalan sebab masa dia dok cari sign jalan nak balik tadi tak ada pun nampak kelibat pakcik tu tetiba muncul pulak. Sebab nak cover malu dia terkejut nampak pakcik tu maka dia pun senyum kat pakcik tu tapi hampeh orang tua tu tak balas pun senyuman dia. Macam biasa pakcik tu cuma berdiri tegak & memandang dengan renungan tajam.. Bajet orang jatuh cinta dengan dia ke hapa buat macam tu! hahahaha
Budak tu mula pelik.. Dah kenapa orang tua ni asyik pandang dia dengan muka tak puas hati je. Dia mula terfikir pakcik tu ikut dia sebab bila dia berjalan orang tua tu berjalan bila dia berhenti orang tua berhenti. Nak autograf ke hapa tak sure la kan.. Di amati rupa orang tua tu memang dia tak pernah kenal even kalau orang tua2 kat area tu majoriti dia memang kenal.
Dia mula cuak. Perasam seram sejuk.. seram serik lekatlekit semua dah keluar masa tu. Dia syak pakcik ni bukan manusia.. Tapi puaka pokok ketapang yang menjadi cerita orang kampung selama ni. Selama ni dia ingat saja je orang tua2 nak momokkan budak2 supaya tak guna laluan tu.. Rupanya betul ada puaka pokok ketapang.
Walaupun takut nak mati tapi dia tetap berdiri & sempat check kaki orang tua tu samada cecah ke bumi ke tidak. makin pening dia sebab kaki orang tua tu memang berpijak di bumi yang nyata. Menurut kata orang kalau hantu kaki dia tak jejak ke tanah. dah apa spesis pulak pakcik ni? Manusia ke hantu?? Orang tua masih dok usya tepat pada dia..
Apa lagi dia galas beg.. dia terus berlari mencari jalan pulang. Sesekali dia toleh ke belakang.. orang tua tu still tercegat kat situ. Itu sudah bagus.. dia tak ikut sama berlari seiringan.. seindah bunga di taman.. bak gunung nan megah.. kanda ku puja.. op's... sorry teringat lagu Sharifah Aini pulak.. ok ok.. sambung cerita.
Beg sekolah semakin berat tiba tiba.. Jalan pulang masih jugak tak jumpa jumpa. Habis lenguh2 kaki tangan budak tu.. Dok cari sign jalan pulang tetiba dah muncul pulak orang tua ni. Kau pehal pakcik!! Rasanya dah jauh dia tinggalkan situa sombong tu tetiba ada pulak depan mata ni lahai.. Bila tengok orang tua tu semakin mendekati dia.. dia berlari la apa tunggu lagi. Bila dari tadi dia mencari jalan keluar tak jumpa jumpa, maka sedarlah dia dah tersesat.. So dia ambil keputusan nak patah balik je guna jalan biasa. Kalau dok berjalan tak sampai sampai kesudah.. kang ber camping dalam hutan pulak.
Bila dia cuba nak angkat beg dia dah tak boleh.. seret pun tak jalan. memang berat nak mati begnya. Kedengaran sayup sayup azan dari masjid menandakan dah masuk waktu maghrib.. Time tu dia mula takut.. bukan takut orang tua misteri tu muncul lagi je.. malah takut kena marah dengan bapak dia jugak..
Masa dia cuba menarik beg.. sekali lagi muncul orang tua tu yang berdiri tengah2 jalan kira2 10 tapak dari dia. Kali ni bulu roma dia dah meremang.. lelaki tu bergerak menghampiri dia tapi kaki dia tak berjalan macam manusia biasa. tegak jer.. macam meluncur gitu.. sah bukan manusia. Hatinya makin pasti confirm ni la puaka pokok ketapang yang orang dok cerita tu... Time tu dia langsung tak boleh bergerak.. terus terpaku kaku kat situ manakala situa kutuk tadi... saiznya semakin membesar bagai juara. Ni mesti selalu minum milo kan..
Kelibat lelaki tua yang berpakaian kini tidak lagi berpakaian sebaliknya semakin besar saiz dia.. semakin hilang baju dia & tubuhnya mula di tumbuhi bulu bulu lebat. Salman khan pun kalah ok dengan bulu makhluk tu ok! Nak menjerit pun suara tak keluar. Hanya dia sempat berbisik dalam hati memanggil atuknya.. Wajahnya yang tadi nampak macam pakcik pakcik.. Sekarang dah tak nampak rupa manusia jauh sekali menyerupai najib tun razak yang ensem tu.. Dengan matanya dah tak ada kelopak, biji mata terbuntang macam biji mata tersangkut pada tengkorak, kulit dia pulak bertukar pucat & bertompok tompok kelabu. part rambut pulak bertukar panjang mengerbang serta kusut masai.. So bayangkanlah betapa seramnya permandangan itu.
Dan nak tau apa berlaku kepada budak tu... Sila dapatkan Novel Seram BERTARUNG DENGAN SYAITAN hasil tulisan pengalaman & kisah benar penulisanya sendiri Tajul Zulkarnain. Bukan saja kisah puaka pokok ketapang malah banyak lagi kisah2 yang di kongsikan dalam novel ni.
Antara kisah sekumpulan sepupu yang melalui jalan hutan untuk pergi memancing di sungai. Akibat ada di antara mereka yang mulut celupar & berlagak, salah seorang telah di telan oleh jin tanah. Banyak moral of the story dalam novel bertarung dengan syaitan ni boleh kita ambil pengajaran. Sebab kita sedia maklum.. Jin & syaitan itu wujud.. Mereka pun ada jenis jenis mereka sendiri yang masyarakat melayu bagi nama macam jembalang tanah bagai tu. So semua tu di kumpulkan dalam satu buku yang bertajuk Bertarung dengan syaitan.
Penulisan dalam novel ni memang senang faham.. Gambaran yang di tulis juga senang untuk kita bayangkan situasi dia macam mana. gaya bahasa dia juga santai.. menggunakan dialog2 yang biasa kita gunakan dalam perbualan seharian so perkara menghidupkan lagi watak watak & jalan cerita. takde la rasa macam macam buku teks sastera sangat kan.. hehehe. Tapi jangan membayangkan penulisan Tajul ni macam den tulis cerita seram pulak yer. Tak sama ok! hehehe
Memang enjoy baca. Bagi peminat cerita seram & novel seram memang suggest untuk dapatkan novel ni. Umur yang sesuai bagi pendapat saya.. 12 tahun keatas la. Sebab ramai juga pembaca novel seram di kalangan pelajar sekolah.
Macam mana nak dapatkan novel ni? boleh dapatkan terus dengan penulis novel ni Tajul Zulkarnain. Boleh hubungi beliau di :
SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM
SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM. Ampun.. ibuk ibuk bapak bapak.. Lama tak bersiaran segmen seram serik lekatlekit. Allahu... sejak2 berbisnes dropship ni lahai.. Busy mengalahkan jutawan kosmetik ok! Tu dia kan.. Kalau cerita langit pun boleh runtuh katanya. Sebab dah lama sangat bercuti dari menghantui hangpa semua.. Maka Tora datang lagi dengan cerita seram untuk di isi dalam slot ni.Bila sampai ke depan sikit.. Ada lagi perempuan tahan kereta. Budak tu mula fikir ramai betul perempuan pukul 11 malam masih tak balik rumah. Macam biasa la driver prebet sapu tu buat lex wat peace jer.. Dia tetap dengan prinsip dia. Dia dah ada penumpang.
Maka terbongkar la cerita masa kejadian tu berlaku... Kata pakcik tu dia nampak perempuan tu 3 kali. Perempuan yang sama tahan kereta dia. Lepas tu baru dia perasan macam dia dah sesat sebab dia perasan masa dia tengah drive dia nampak macam ada simpang padahal sepatutnya jalan tu jalan sehala. Dia memang yakin 100% sebab memang selalu guna jalan tu berulang alik. Lepas azan tu baru dia nampak jalan pulang ke pengkal jalan katanya
Lepas kejadian tu.. Memang budak tu takkan balik time kejadian seram tu.Kalau lewat dia lebih rela tunggu sampai siang kat stesen bas. Tu dia memang trauma yang melanda.. menikam nikam jiwa sungguh budak tu kan? Aje giler kau! Kau belum kena senang la ejek ejek orang.. cer kau yang kena. Jenuh renjis renjis air penawar nak pulih semangat. hehehehe
HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR
HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR. Kadang2 ada orang sebut hantu langsir tapi ejaan dia hantu langsuir. Kalau orang kedah sebut langsiaq.. Orang sabah sarawak tak tau sebut lagu mana. Tapi ia tetap hantu yang sama.Tapi hantu langsir dalam Drama lain pulak. Confirm ramai yang mula2 baca tajuk drama tu akan silap. Membayangkan drama tu berkisahkan hantu langsuir kan? Sebab kadang2 kita sebut langsir kalau ikut bahasa pasar.
Sekarang tengah siaran ulangan Telefilem Hantu Langsir kat TV3. Drama seram komedi je tu.. Tak payah la over sangat nak seram tengok siang2 hari minggu ni. Melampau tau hahahaha.
Kisahnya sumpahan Hantu Langsir kembali mengganggu kampung langsir. Hantu tu suka muncul kat langsir2 tingkap rumah orang.. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung. Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung. Siapa sebenarnya hantu langsir?? Adakah hantu? Alah drama ulangan jer.. Haruslah bukan hantu cuma pakatan menjatuhkan ketua kampung yang dah lama pegang jawatan ketua kampung langsir je pun. Hahahaha
Alang alang cakap pasal hantu langsuir ni.. Kalau ikut wikipedia Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.
PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM
Malam ni nak share dengan hangpa kisah seorang mat motor EX5 yang melalui detik detik seram ketika dia melalui satu jalan gelap di malam hari. Lokasi katanya area junjung tapi spesifik tempat tu tak tau kat mana. Jalang bukit Lengkok ke kat mana.. Kurang pasti pulak cheq.
Ni kes lepak dengan kawan kawan sampai lewat malam kat kulim.. Bila masing2 mengantuk baru la nak ingat rumah, tilam bantal katanya. Dasar lelaki kan? Kawan2 dia semua tinggal dekat area2 situ je.. dia sorang ja katanya rumah kat Jawi. Bila tengok jam dah pukul 12.. Nak kata cinderella.. lelaki tapi pukul 12 baru nak ingat balik rumah bang Ooi!! So terpaksa la dia redah jalan gelap memalam buta untuk sampai ke rumah dia nun di Jawi sana. Kalau ikut hati katanya dia tumpang tidur rumah kawan dia jer tapi sebab awal2 subuh sapie esok dia ada kerja nak buat tu yang gigih juga balik rumah.
Maka bermulahlah episod.. Ku redah, jalan yang berliku memburu impian.. Sorry makcik lupa lirik. Almaklum cerita mat motor feel sikit background lagu dalam filem gila gila remaja tahun 80an kan. Ok dah.. dah... nyanyi pulak. Kita sambung cerita seram.
Maka dia pun meredah jalan gelap dengan kelajuan 60 - 70km/h sebab katanya motor dia dah uzur. Pepaham je la... Kalau dah uzur nak laju tak boleh. Kang laju tercabut ekzos ke.. terputus rantai ke.. terkepak RIM ke tetengah malam macam tu pun susah jugak kan. Motor uzur ni nak press lelaju satgi dia mampuih tengah jalan baru hang tau apa erti penyesalan..Dah la jalan tu sunyi basi tak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Mula2 ok la dia tunggang EX5 dia tanpa prejudis.. Sampai la kat satu jalan yang berdepan dengan jirat cina tetiba Uolls... Tau tak apa berlaku? Salah dia tak jumpa hantu lompat2 pakai stem kuning kat dahi..
Dia terbau busuk sangat. Mula la dia teringat cerita keranda terbang yang pernah kawan dia share dulu. Lepas tu silih berganti teringat cerita kelibat orang naik basikal tanpa kepala.. Tu dia.. Imaginasi sendiri dok momokkan dia. Dia mula cuak. Jantung berdegup laju tak tahu berapa km/j. Tak di nyatkan kadar kelajuan denyutan jantung tu..
Dah la tengah takut teringat kisah2 seram yang kengkawan dia share..tetiba nampak pulak kelibat hitam kat side mirror motor dia. Dia dapat rasa macam ada something ikut. Maka dengupan jantung pun semakin laju.. Ala ala lagu Amelina... berdegup jantung ku mendengarkan nama mu ah.. ah... ah..
Time tu hangpa jangan tanya apa perasaan dia. Ada makan tapak kasut size kaki dia gamaknya. Confirm la kecut luar dalam. Di tambah keadaan sekeliling yang makin gelap.. Nak je pulas Trottle tu sampai habis limit dok fikir motor dia pun dah tahap monopos kan.. kang jam kat tengah jalan tu mati kejung pulak.
So terpaksa la dia bawa juga dengan kelajuan biasa sambil mulut terkumat kamit baca je apa terlintas dalam fikiran. Tak tau la dia baca alif ba ta ke hapa.. tak di nyatakan secara terperinci. Tetiba dia rasa macam jalan dia lalu ni lain je dari jalan biasa dia guna. Dalam celah celah tu datang satu cahaya terang dari belakang.. Bukan hantu langsuir bawa api.. Lampu dari motor RXZ.. RXZ tu katanya memintas laju depan dia tetiba membelok terus ke dalam hutan.. Terus dia brek emergency sebab terkejut katanya. Dia pelik macam mana rxz tu boleh masuk hutan tapi tak dengar bunyi macam kemalangan ke apa.. kalau jatuh ke, terlanggar pokok ke hapa mesti ada bunyi ye dak. Tapi bila dia usya betul2.. rupanya ada jalan yang belok kesitu. Tapi yang pelik bila dia tengok depan dia katanya cuma ada hutan & motor dia berada beberapa inci je dari longkang. Masa tu dia mula pelik.. setahu dia.. dia bawa motor atas jalan dah kenapa tetiba dia berada depan hutan pulak.`Sebab rasanya dia lalu jalan lurus je tadi. Dalam dengan Keliru.. tetiba nampak cahaya lampu dari belakang so tanpa termenung lama sangat dia terus naik balik atas jalan, follow motor tu. Nasib baik honda cup takde la penat sangat nak kejar.. dia follow sampai keluar simpang. Selepas kejadian tu katanya dia serik dah nak lalu jalan tu waktu malam.
Moral of the story.. Kalau dah kekuatan motor tu tahap uzur jangan di uji di jalan yang gelap gelita. Tu je pesanan mummy untuk anak anak malam ni.. hehehehe
HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA
HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahahaSebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa.
Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.
Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.
Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe
PENGALAMAN SERAM PEMANDU UBER PENANG BAWA PENUMPANG GHAIB UNTUK JARAK 0.01KM
LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL
LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL. Zaman socmed (social Media) ni apapun tidak mustahil boleh berlaku. Apa ingat orang nak membunuh orang zaman sekarang perlu pergi cari & bunuh secara depan depan je ke.. Secara on air & online pun boleh membunuh. Tanpa menyentuh hujung jari pun pada tubuh badan kita.Malas la nak ngomel panjang panjang sebab cerita mamat ni dah cukup panjang & dramatik untuk hangpa baca jab lagi. Kalau di tambah dengan drama lekatlekit.. Takut jadi novel seram pulak. Tak pepasal ada yang bukukan entri ni pulak. hehehehe...
Tapi secara ringkasnya nak bagitau la mamat ni cerita bagaimana tunang dia mati hanya kerana gambar yang di upload kat social media.. Jom kita baca kisah penuh trajidis & menyayat hati ni..
Tapi sejak kawen & ada anak memang saya kurangkan upload gambar muka sendiri sampai ada yang rasa misteri sangat blogger lekatlekit ni.. Sekarang gambar anak pun dah nak private kan dari masa ke semasa.. Biarlah yang ada cuma penulisan lekatlekit jer hehehehe
Perkara macam ni memang dah banyak berlaku cuma kita je kadang2 rasa macam masih secure.. Sebab belum kena pada diri sendiri. Even kita rasa kita tak ada musuh sekalipun.. Ingatlah orang nak memusuhi kita tak semestinya bila kita menyakitkan hati mereka secara terus.. Macam kes mamat ni ada lelaki lain suka pada tunang dia.. Sebab perempuan bertunang dengan lelaki lain dia tak puas hati & dia gunakan cara syirik & khurafat untuk balas dendam..
Moral of the story... Yer kita semua cantik tapi adakalaya yang cantik itu lebih cantik andai terlindung & terselindung. Peace Yo!
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com