Showing posts with label resepi mudah. Show all posts

TAK PERLU MIXER.. BURNT CHEESE CAKE GUNA BLENDER JER

TAK PERLU MIXER.. BURNT CHEESE CAKE GUNA BLENDER JER. Nak kata saya ni pandai membaking bagai memang jauh sangat la dari pandai. Baking Tools pun tak payah tanya la kan.. memang tak complete & banyak yang tak ada. Oven pun baru je suami hadiahkan masa birthday (28.08.2020) lepas. Tu pun Oven kecil & murah je. Jadilah kan.. Kalau tak samada buat kek kukus atau nak bakar pun guna magic pan je. Tu pun bersyukur juga. At least ada la juga kelengkapan memasak. ada orang Gas pun tak mampu beli lagi la kesian.. So jangan merungut apa yang kita tak ada tapi bersyukur sekurang kurangnya masih ada yang boleh kita guna sebagai solution.

Sebab tengok suami asyik dok membakar ayam je.. Bosan pulak. So, haruslah rasmikan kek yang kita dah lama rasa nak buat tapi sebelum ni sebab tak ada oven kan? Nak bakar guna magic pan memang tak menjadi la burnt dia tu. Tapi tu la.. nak buat burnt cheese cake ni.. Sepatutnya kena ada mixer sebab nak mix kan cheese dengan bahan bahan yang lain supaya sebati. Mixer pun takde. takkan la hanya kerana burnt cheese cake nak pi beli mixer. Melampau pulak rasanya.

Apa lagi kita tanya Chef Google macam mana nak buat burnt cheese cake kalau tak ada mixer. Chef google ajar guna blender je.. Sama je pun boleh mix cheese dengan bahan lain sehingga sebati & gebu gebas. yelah.. yelah Chef Google.. Akan ku pratikan ilmu yang kau ajar. Maka terjadilah burnt cheese cake yang so far bagi tekak yang tengah craving dengan cheese cake ni.. sedap sangat dah. Rasa macam nak repeat sekali lagi je.. macam tak cukup je even makan sorang sorang je pun. Anak anak den semua jenis picky eater.. Suami pulak terlalu jaga makan sekarang ni sebab tak tahan di serang gastrik. Tu yang asyik menu rebus & bakar je.

Tak susah pun sebenarnya nak buat burnt cheese cake ni malah orang yang selalu gagal dalam baking cake ni paling sesuai try burnt cheese cake. Sebab kalau tengok dari rupanya paras dia yang burnt di luar.. memang mudah sangat. Kita tak payah fikir sangat kek bantat ke, kek rentung ke apa hehehehe.

Cara nak buat dia pun senang & bahan bahan dia pun tak banyak. alang alang dah tulis entri ni kita share yer resepi Burnt cheese cake I punya style kekekeke


Bahan bahan

226g Cream cheese
2 Biji telur
1/2 cawan metrik Whipping cream
1/2 cawan metrik gula kastor (den blend je gula pasir sampai halus jadi gula kastor)
2 sudu (tak kecil & tak besar sangat Tepung gandum) (di ayak)
1/2 sudu kecil esen vanila (optional)
secubit garam (optional)

Cara memasak

1. Blend (kisar) semua bahan tadi sampai sebati & gebu.

2. Masukan dalam Loyang dalam yang telah di lapik dengan baking paper. Di sebabkan saya tak ada loyang dalam saya guna bekas Foil tu je. Tu pun boleh.

3. Panaskan Oven dengan suhu 200०

4. Bakar kek selama 40 minit.

5. Dah siap burn cheese cake ni.


Tak susah kan? Benda senang cuma tu la cream cheese & whipping agak mahal juga yer. So jangan tanya kenapa orang jual cheese cake mahal. kekekekeke

Kalau beli kat Secret Recipe ni 1 slide je dah RM11 ok! Kalau nak makan seisi keluarga memang jimat la buat sendiri.

Apapun selamat mencuba resepi mudah & sedap ni.

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON PALING MUDAH

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON PALING MUDAH. Sapa kat sini suka makan kari kepala ikan? tak kira la kepala ikan apapun kecuali kepala ikan bilis jer.. Semua dia suka makan. macam saya.. saya paling suka makan kari kepala ikan duri sebelum ni. Sebab isi & lemak celahan tulang di kepala ikan duri tu Allahu.. nikmat bagai sorga dunia katanya. Sapa pernah try maybe tahu macam mana kan?

Tapi di sebabkan orang cakap kari kepala ikan salmon ni sedap.. Di jadikan kisah untuk masa depan pada satu hari suami saya balik dengan membawa satu kepala ikan salmon seberat 0.47kg dengan harga RM4.45. Tu dia complete dengan berat & harga aku bagitau hangpa tu. Apa lagi maka bergumbiralah hati seorang isteri bila hajat dia kesampaian. Maka di karikan dengan rakus & di makan sampai habis sorang diri kepala ikan itu sebab sejenis suami saya memang tak makan apa juga kepala ikan. Apa juga lauk dia makan semua bahagian daging & isi sahaja. yang part part banyak tulang memang tak makan. Heaven tau tak payah berebut makan sedap dengan dia hahahaha.

tapi kan ada yang gelakan saya masak kari kepala ikan salmon katanya ikan salmon tak sesuai di masak kari. Almaklum la ikan obersi katanya. Maybe dia rasa menu menu western je sesuai dengan ikan omputih ni. maybe dia belum rasa penangan kari kepala ikan salmon.. So bagi yang belum mencuba meh sini nak ajar macam mana nak buat kari kepala ikan salmon yang sedap tapi mudah. Jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit

Bahan bahan

1 kepala ikan salmon (saya belah dua )

1 paket rempah kari ikan (paket kecil 25g)

1 biji tomato

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 tangkai daun kari

sedikit halba campur

sedikit air asam jawa

Minyak masak

Sedikit santan (lebih kurang suku cawan santan sebab taknak berlemak sangat kuah dia)

6 Biji bendi

3 biji terung unggu (belah 2 kemudian potong agak agak tak besar & kecik sangat)

garam

Air

Cara memasak

1. Kisar/Blend halus 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1/2 biji tomato& rempah kari untuk di jadikan pes.

2. Panaskan minyak tumis daun kari bersama halba campur, kemudian masukan bahan kisar yang di jadikan pes tadi & masak sehingga rempah pecah minyak.

3. masukan kepala ikan yang dah di belah dua (belah tengah antara muka tu yer. kalau taknak belah pun suka hati hangpa la). Masak sekejab

4. Masukan bahan sayuran seperti bendi dulu. Kemudian masukan terung.

5. Kalau pekat tambah sedikit air & biar mendidih sekejab

6. Masukan air asam jawa & sedikit santan

7. Kalau semua dah masak masukan 1/2 biji tomato yang di belah 2 atau 3.

8. perasakan dengan garam secukup rasa & gaul sebati.

9. Kalau semua dah cukup rasa & masak.. Tutup la api jangan bazir gas.

dah siap kari kepala ikan salmon untuk di makan bersama keluarga. Erkk.. saya makan sorang je hahahaha.


Bagi yang tak pernah rasa kari kepala ikan salmon ni nak tau gambaran rasa dia macam mana.. memang sedap. Isi, lemak & kulit dia bahagian kepala & celahan tulang tulang kepala tu.. Fuh! Kalau makan memang terbang ke langit tujuh katanya. Ada restoran yang sediakan menu ni tapi biasa la harga dia maybe mahal la kot sebab ikan salmon kan? Nak bajet beli & masak sendiri je kat rumah. Bukan susah pun. resepi ni boleh juga masak untuk ikan lain. jangan la lurus sangat ok! kekekekeke

Selamat mencuba resepi mudah & sedap ni. Kalau rasa bermanafaat sila tekan button share satokali. Terima kasih.

RESEPI KUIH CARA MANIS PALING MUDAH

RESEPI KUIH CARA MANIS PALING MUDAH. Resepi masakan ni hari biasa views dia memang la biasa biasa saja sebab blog lekatlekit ni memang la bukan blog masakan tapi blog caca marba. Semua pun boleh masuk. Ikut suka kepala otak berjambul admin blog dia nak tulis apa. dan ikut mood juga. walau apapun bentuk penulisan dalam blog ni.. Ia tak lain tak bukan adalah untuk tujuan berkongsi dengan orang lain. Saya memang tak tulis blog untuk saya sendiri baca, hokay! Tapi kadang kadang ada juga entri sahaja di simpan untuk rujukan sendiri di masa akan datang.

Sejak dua menjak ni memang saya macam seronok pulak belajar buah kuih muih & kek. Tapi tak semua la saya share. Ikut mood & masa. Memandangkan hari ni ada mood & sedikit masa untuk share resepi kuih tradisional yang mudah ni.. Boleh la menulis sekajang dua kajang kata.

Actually kuih cara manis ni antara kuih tradisional paling mudah nak buat & peratus gagal untuk kali pertama mencuba tu sangat la rendah. Kecuali hat pegang sudip pun tak reti tu..maybe la kot tak jadi untuk kali pertama nak cuba buat hahahaha. Tapi setakat masak makanan basic basic.. paling paling tau la jugak masak nasi & goreng telur Insya Allah masih boleh buat kuih cara manis ni dengan jayanya.


tanpa membebel bebal pepanjang harkat sangat apa kata kita terus ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak kuih cara manis.

Bahan bahan

2 cawan tepung gandum

1 Biji telur

1 cawan air

1 kotak (200ml) santan

1 helai daun pandan

Sedikit pewarna makanan (hijau)

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit minyak masak

cara memasak

1. Blend/kisar tepung, telur, sedikit garam, santan, daun pandan, (yang dah di potong kecil), pewarma hijau & 1 cawan air sehingga halus & sebati semua bahan.

2. tapis bahan kisar tadi ke dalam bekas yang bermuncung macam jug air tu. Senang tapis masuk dalam jug air la kan.

3. Panas kan loyang. Ada orang panas terus loyang atas dapur. tapi sebab saya tak ada loyang khusus untuk kuih cara ni yang ada loyang muffin jer so saya gunakan magic pan (pemanggang ajaib) untuk bakar kuih cara ni. Jadi panaskan sekejab dalam 5 - 10 minit dengan api yang perlahan.

4. Sapu setiap acuan dalam loyang tu dengan sedikit minyak masak kemudian masukan bahan kisar yang dah di tapis tadi ke dalam setiap acuan loyang tu sehingga penuh

5. Setiap adunan tadi letak sedikit gula dalam setengah sudu kecil gula pada setiap satu acuan tu.


6. Tutup magic pan atau kalau hangpa bakar terus atas loyang ambil tudung periuk tutup je kat atas tu.

7. bakar/masak lebih kurang 5 - 10 minit dengan api yang sederhana kecil.

8. Nak tau masak ke tak cucuk sikit dengan lidi. Kalau dah masak tutup api & keluarkan la kuih dari acuan dalam loyang dari satu persatu.

Dah siap kuih cara manis. Tak susah mana pun. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Untuk sukatan adunan bahan yang saya buat tu dapat la dalam 20 biji kuih cara tapi kalau dia combine dua macam tu dapat la 10 set gitu.


Selamat mencuba resepi kuih tradisional yang mudah ini. Boleh la buat minum petang, sarapan pagi atau bulan puasa boleh buat juadah buka puasa juga, ye dak!

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS. Masuk tahun 2020 blog lekatlekit jadi blog resepi je di awal tahun ni. Sementara nak warm up balik semangat berblog mengupas pelbagai isu semasa & isu isu sekeliling termasuk isu isu produk terutama kosmetik la. Yelah.. dah lama blog ni terumbang ambing bagaikan ombak di lautan sepi. Ada update tapi semakin jarang kan? So untuk tahun 2020 ni memang azam nak aktifkan balik blog lekatlekit macam tu.


Jadi sebagai merealisasi azam tahun 2020 ni meh la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit untuk belajar memasak masak lemak ikan masin bersama nenas. Actually den pun baru first time masak menu ni sebab den bukan pemakan buah nenas tak kira mentah ataupun dalam masakan. Tapi husband dia makan nenas.. dia makan kot bila di masak lemakan nenas tu. Yelah.. even kita tak makan sesuatu tu tak salah kita belajar cara memasaknya kan? Mana tau satu hari berguna..

Jadi kita terus la semak apa bahan bahan di gunakan

Buah nenas (saya guna 1/8 biji nenas sebab tak masak banyak)

Ikan kurau masin (2 pack yang RM3 tu. Rendam sekejab sebelum masak)

1 kotak kecik santan

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 Batang serai

1/2 keping asam keping

1 inci kunyit hidup (tak ada hidup kunyit serbuk pun boleh)

2 Biji cili kering (rendam dalam air panas atau rebus dulu)

Cara memasak

1. Blend/kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering, kunyit hidup & sebatang serai

2. Masukan bahan blend/kisar, asam keping & sebatang lagi serai yang di ketuk dalam dalam kuali masak biar sedikit pekat

3. Masukan ikan masin & nenas.

4. Masukan sedikit santan (jangan masuk semua 1 kotak) biar sampai mendidih

5. tambah baki santan yang ada & biar masak sekejab.

6. Rasa dulu kalau tak cukup masin baru tambah garam. Kalau terlalu pekat boleh tambah air. Kepekatan mengikut selera masing masing.

7. Kalau semua dah cukup masak & rasa tutup api & hidangkan.


tak la susah mana nak masak masak lemak ikan masin bersama nenas yang susah nak kupas kulit nenas tu bagi yang tak expert macam den ni. Ni pun baru pertama kali kupas kulit nenas sendiri. Boleh la tahan menyampah jugak la hahahaha. Tapi tak apa kita belajar dari pengalaman kan?

Apapun selamat mencuba resepi mudah sedap hingga menjilat pipi ni di rumah masing masing yer.

RESEPI MUDAH MACARONI CHEESE BAKAR TANPA OVEN

RESEPI MUDAH MACARONI CHEESE BAKAR TANPA OVEN. Ye den mana ada oven. Tak pernah ada & tak pernah pun beli. Tapi sejak bermenjak ni suka pulak try resepi resepi bakar & buat kek roti bagai. Tapi tak ada masalah pun kalau tak ada oven kalau hangpa ada pemanggang ajaib @ magic pan. Boleh je berfungsi sebagai oven.. even buat kek & roti pun menjadi je bakar guna magic pan tu. Jadi jangan sedih bagi mereka yang tak mampu beli oven.. Beli lah pemanggang ajaib @ magic pan. Yang morah morah pun ada ok!

Di sebabkan hari ni den memasak menu western katanya berasaskan pasta & cheese maka dengan senang hati saya nak share la resepinya dengan hangpa. Sebab cheq tau mesti ada nak resepi tu. Asal nampak benda sedap je nak resepi.. buatnya tidak. hahahahaha


Ok tanpa membebel bebal panjang lebar mak moh ler kita ke segmen dapur sengkangkang kera lekat lekit untuk belajar memasak Macaroni cheese bakar yang simple tapi not bad rasanya lebih lebih lagi bagi penggemar pasta & cheese la. Mesti suka punya. Lagipun siput sedut cheese yang nampak janggal je gabungan rasa tu di satukan pun hangpa kata sedap.. Inikan pula gabungan pasta & cheese yang sememangnya bagai pinang di belah dua rasanya. kekekeke

bahan bahan 

1/2 cawan pasta (saya guna pasta sayuran eatalian express)

3 keping cheese (saya guna cheese yang slide tu je)

3 sudu minyak masak (Ikutkan resepi guna olive oil tapi olive oil habis)

1/2 biji cili bengala hijau

4 kuntum cendawan butang (saya guna yang dalam tin je)

1 Biji bawang besar (sepatutnya bawang holland tapi tak ada pula)

2 ulas bawang putih

Seketul ayam (bahagian isi) di cincang. Boleh juga guna ayam atau daging cincang yang Instant)

2 Sudu serbuk spicy Aglio Olio (Yang ni takde pun takpe. boleh guna black pepper & italian herbs)

3 susu tomato puri

3 sudu sos cili

bahan hiasan

* Daun sup (Sepatutnya daun ketumbar)
* Cili Merah

Cara Memasak

1. Mula mula rebus pasta @ macaroni sampai lembut. Tos kan & biar dulu kat tepi

2. Panaskan minyak tumiskan bawang besar yang di potong dadu & bawang putih yang dah di cincang

3. Masukan isi ayam cincang & goreng sekejab

4. Masukan tomato puri & sos tomato. Kacau sebati

5. masukan cendawan butang

6. Masukan serbuk spicy Aglio olio (kalau ada. Kalau tak ada cukup la masukan serbuk lada hitam & Italian herbs)

7. Perasakan dengan garam secukup rasa. Dah masak tutup api

Langkah kedua

1. Panaskan pemanggang ajaib dalam 10 minit.

2. Masukkan pasta yang di masak tadi ke dalam Aluminium Foil Tray (kalau tak ada guna loyang pun boleh)

3. Kemudian letak cili benggala yang dah di potong dadu di atas.

4. Letakkan kepingan cheese di bahagian paling atas. Boleh juga nak potong cheese tu bagi kecik kecik & taburkan ke atas pasta tadi. (rujuk pada gambar)



5. Bakar sekejab sehingga cheese cair.

6. dah masak taburkan dengan daun sup atau daun ketumbar bersama cili merah.

Dah siap.


Nampak macam banyak bahan tapi sebenarnya step dia mudah. bahan tu bergantung la hangpa nak campak apa dalam pasta @ macaroni hangpa tu. tak semestinya bahan yang sama saya guna. Kalau suka seafood macam udang nak letak pun boleh tapi buang kulit dulu lah yer.


Pasta atau macaroni pun boleh guna yang hangpa suka. Tapi kalau nak cuba pasta sayuran eatalian express & nak beli serbuk spicy Aglio Olio boleh contact Puan Elly Azlinda. Terus je ke FB beliau : https://www.facebook.com/elly.ezlinda


Selamat mencuba resepi mudah & sesuai je nak makan bila bila masa pun. apa ada hal kan? hahahaha

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI. Tu dia macam mana nak masak sambal udang sambil santai santai? Hang kalau buat tajuk entri boleh dak tak gimik sangat? Sambal udang ja kot..

Hamboi!!! Kalau resepi kat blog lekatlekit ni opkos la santai santai je. Resepi cheq ni resepi yang simple. Target dia golongan yang baru belajar masak. Yang dah expert tu dia tak payah nak refer blog kalau nak masak. Normally yang amatur ni masih perlu refer entri entri macam ni. Bagi yang baru belajar pegang senduk tu hang bagi resepi yang rumit.. Confirm semangat nak masak dia boleh jadi down bila dia rasa susah. So, kena mulakan dengan resepi yang simple simple dulu.

Atas dasar alasan tu.. Maka hari ni saya nak share resepi paling senang nak masak sambal udang. Even resepi dia simple rasa dia totally not bad. Boleh terangkat hujung beranda kata arwah pak maiden dalam filem mami jarum. Tu dia lagu mana sedap sampai terangkat hujung beranda tak tau la kan..

Sambal Udang

Tanpa membebel bebal panjang lebar moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekat lekit.. Dah siap pakai apron semua? Jom kita mulakan..

Bahan bahan

1. 5 ekor udang size besar
2. 2 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. sedikit cili kering (di rebus atau rendam dalam air panas terlebih dahulu)
5. Sedikit belacan (resepi utara style guna belacan. Actually tak ada pun ok je)
6. Air asam jawa
7. Sedikit gula
8. Minyak masak
9. Air
10. Garam

Cara memasak

1. Kisar/Blend Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih, belacan & cili kering

2. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumiskan bahan kisar/blend tadi. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, sedikit gula (Tapi saya masuk salah satu. Kalau masukkan gula dah tak masuk air asam jawa. Tujuan nak minimize kepedasan je selain untuk tambah perasa)

4. Masukkan udang & masak sekejab

5. Masukkan bawang besar yang di hiris bulat.


7. Masukkan garam & gaul sebati dengan bahan bahan tadi.

6. Tutup api & hidangkan.

Dah siap satu hidangan yang sedap & memang jadi kegemaran rokyat Malaysia katanya. Boleh la di makan bersama ulam ulaman & nasi panas. Matching dengan telur dadar atau ikan masin pun dah sedap ok!

Yang bertaburan atas nasi tu sambal goreng ikan bilis yer. Hangpa kalau nak rasa boleh refer entri ni : SAMBAL GORENG PADU

Sedang elok la kalau nak masak sambal udang simple ni untuk bersahur nanti. Dah tak berapa hari kita nak berpuasa kan? So sila screenshot resepi ni ok! hehehehehe

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH. Amboi ramai betul kan peminat Taufufah di kalangan orang orang melayu even tak silap Taufufah ni sejenis dessert @ manisan kaum cina tapi biasa la Ini Malaysia ma.. Berbilang kaum. Dah tak ada istilah melayu makan masakan melayu, cina makan masakan cina atau india makan masakan india. Selagi ia halal & bahan bahan di gunakan halal... Semua bangsa & agama boleh makan.

Bila saya upload gambar My Homemade Taufufah @ Taufufa ramai juga tanya macam mana nak buat. Macam kagum sangat kan lekatlekit boleh buat sendiri taufufa padahal.. Den pun belajar dari video kat youtube. Ada cara mudah nak buat Taufufa sendiri. Memang tak sesusah macam kita gambarkan. Kalau nak tahu macam mana moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan yang di gunakan untuk sediakan taufufah ni pun tak banyak..

1. Agar agar tali atau serbuk agar pun boleh je. Janji agar agar

2. 1 Kotak air kacang soya. (saya guna 1 kotak kecik sebab nak buat dalam 2 mangkuk biasa orang jual tu)

3. Gula merah

Dah 3 bahan tu dah cukup. Tak banyak pun kan.

Cara nak sediakan dia Taufufa

1. Didihkan air masukkan agar agar masak sehingga agar agar cair kemudian tapis

2. Masukkan air kacang soya

3. Sejukkan (Biar dia beku)

Cara nak sediakan air gula

1. Didihkan air masukkan gula merah & biar hancur sebati menjadi air gula

2. Tapis air gula merah kalau Taufufah tadi dah beku just tuangkan air gula.

3. Siapa untuk di makan..

* Kalau boleh guna air soya yang pure soya bukan air kotak. Kadang kadang air kotak ni soya dia cair sikit. Kalau air soya yang orang jual tu buat sendiri.. soya dia pekat & lebih sedap taufufa korang. Rasa soya tu lebih kuat. Tapi kalau tak ada.. soya kotak pun ok dah.

Taufufa @ Taufufah homemade by lekatlekit.com

Mudah kan? Kalau macam ni pun hangpa rasa susah.. Pi ja beli kat pasar malam nu ada orang jual. tak pun gerai gerai tepi jalan.

Sekian resepi paling mudah semudah ABC untuk sediakan sendiri Taufufah di rumah. Buat sendiri ni bukan jer terjamin kebersihannya.. Kita boleh matching rasa tu ikut selera sendiri. ye dak..

RESEPI NASI AYAM MADU PALING MUDAH GUNA REMPAH AYAM MADU PAK DE

RESEPI NASI AYAM MADU PALING MUDAH GUNA REMPAH AYAM MADU PAK DE. Wahai gegadis di luar sana.. Dah reti masak ke belum? Tu dia.. mukadimah dengan soalan katanya. Yelah.. kita hidup menjunjung adat ni.. Jadi perempuan kena pandai masak katanya. Bukan apa bila dah jadi isteri & ibu.. Air tangan tu yang mampu mengeratkan kasih sayang. Sebab tu kita walau jauh sampai hujung dunia merantau.. Beribu jenis masakan dari pelbagai negara kita dah rasa.. Tetap kita akan rindu masakan ibu. Rasa dia takkan sama macam orang lain. Betul tak? Sebab tu la kita sebagai perempuan tak salah pun belajar masak.


Jadi, sebab nak memudahkan gegadis & wanita zaman internet ni belajar masak.. Den dengan suci hati (wah.. sejak kena saman ni guna bahasa mahkamah kan?) nak share la resepi mudah nak masak nasi ayam madu. Bukan nasi ayam untuk madu yer.. Jangan salah baca pulak. Yang tu minta simpang. Na'uzubillah..

Sebab resepi mudah ni tapi mungkin jadi panjang sebab den nak ajar hangpa masak dari nasi sampai la ke ayam dia.. so sedang elok la tak payah merapu meraban panjang lebar. Kita terus ke dapur sekangkang kera lekatlekit katanya.

UNTUK MASAK NASI AYAM

Bahan bahan

Beras (Basuh & toskan)
Majerin
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan

cara memasak
1. Kisar bawang besar, bawang putih & halia
2. Panaskan majerin
3. Tumis 3 sekawan (Bunga lawang, buah pelaga & Kulit kayu manis)
4. Masukkan bahan kisar tadi bersama daun pandan yang dah di simpulkan
5. Masak sekejab sampai baik bau kemudian masukkan beras & gaul sebati
6. Tutup api & masukkan beras yang di masak dengan bahan bahan tadi dalam rice cooker.
7. tambah air secukup mengikut beras & masukkan garam secukup rasa
8. Biarkan masak seperti biasa

Untuk Ayam & Sup



bahan bahan

1. Ayam
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Halia
5. Bunga lawang
6. Buah pelaga
7. Kulit kayu manis
8. Sup bunjut
9. Minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Kisar bawang besar, bawang putih & halia
2. Panaskan minyak tumis 3 sekawan (Bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis)
3. Masukkan bahan kisar biar masak sehingga naik bau
4. Masukkan ayam

❖ Bila sup dah mendidih angkat ayam yang nak di perap & di goreng. Selebihnya biar mereneh dalam sup sehingga masak

❖ Ayam yang di rebus separuh masak tadi sejukkan sekejab kemudian perap bersama Rempah Ayam madu Pak de. Mudah sikit. Semua rempah ni dah cukup semua bahan. Sebab dia agak pedas.. kalau nak kurangkan pedas just kurangkan rempah & tambah sedikit sos tiram untuk bahan perapan. Kalau suka pedas just cukup perap dengan rempah Ayam madu Pak De. Rasa dia nanti akan jadi pedas pedas manis tau! Sedap

Saya kurangkan Rempah Ayam Madu ni untuk kurangkan Pedas. Bagi yang suka pedas boleh perap mengikut tahap kepedasan yang korang suka

❖ Perap lebih kurang 30 - 1jam kemudian boleh goreng atau panggang. Ikut keselesaan masing masing la. Macam saya.. saya goreng sebab saya takde pemanggang. hehehehe. Pun sodap jo limah Ooi..


Dah settle sup tadi sementara dok perap ayam meh kita buat sos dia buat. Sos dia kalau versi lekatlekit memang simple rasa macam masak sambil sepak sepak masuk kuali siap katanya.

Bahan Bahan untuk SOS


1. Buah tomato (berapa biji mengikut berapa banyak sos hangpa nak buat la)
2. Cili merah (Pun sama ikut berapa banyak hangpa nak buat sos)
3. Garam
4. Gula
5. Bawang putih
6. Sos tomato @ sos cili pun boleh

cara memasak
1. Kisah bawang putih, Buah tomato, gula
2. Masukkan dalam kuali bahan kisar & tambah sikit air sup ayam tadi
3. Masak sehingga mendidih.. tambah garam sikit
4. Tutup api

Untuk bahan ulam - ulaman boleh guna buah tomato, daun salad atau kobis di potong halus. Kicap tu den curah ke kicap manis cair atas dia settle.


Dah siap 1 hidangan nasi ayam yang simple & cepat di masak. Bukan apa.. Bahan perapan untuk ayam tu dah tak payah nak buat secara manual bila guna Rempah Ayam madu Pakde. Kau curah je atas ayam.. perap sekejab lepas tu masak je. Rasa dia tetap tak mengecewakan ok!

Kalau nak try Rempah Ayam madu ni contact seperti di bawah.. Ops.. boleh juga guna untuk perap Ikan, udang sotong bagai kalau nak buat barbe Q kan? Tak semestinya ayam je & tak semestinya untuk masak hidangan nasi ayam. Boleh di pelbagaikan ikut selera masing masing.


Sebarang pertanyaan/ pesanan/ atau nak jadi pengedar boleh hubungi 
 Whatsapp ☛ wasap.my/60165648157/REMPAHAYAMMADU (60165648157)

Korang boleh juga membuat pembelian melalui shopee
 Shopee link ☛ https://shopee.com.my/nm_trading/1833955159

 Facebook ☛ Pak De Hq
 Facebook Page ☛ Rempah Ayam Madu Pak De

Harga untuk sebalang Rempah Ayam Madu ni adalah RM15 (Tidak termasuk pos)

Kandungan Sebalang Rempah Ayam Madu Pak De ni adalah 600g. 1 Balang boleh di gunakan untuk masak 3 ekor ayam.

Rempah Madu Pak De semudah Perap & bakar

Rasa dia Pedas & Manis. Tak payah nak tambah bahan lain kalau guna rempah Ayam madu Pak De ni. Dia memang di adun secukup rasa dah. Garam ke apa serbuk perasa pun dah tak payah ok! Memang mudah, senang, cepat & sedap


Jadi pada hangpa yang tak tau nak masak apa hari ini.. atau masak untuk jamuan makan kecil kecilan atau berbuka puasa bagai boleh try masak nasi ayam madu versi lekatlekit ni. Campak campak je dah siap.

Selamat mencuba & jangan menyesal selepas mencuba hehehehehe

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS. Lepas ni maybe blog lekatlekit jadi blog masakan kot.. Dua tiga menja asyik update resepi jer. Blog tu macam tuan tanah jugak.. Ikut mood dia je. Kalau tengah obses dengan something tu yang tu je la banyak jadi sumber bahan untuk menulis. Lagipun blog ni bukan tak pernah share resepi kan sebelum ni.. Tak payah nak pelik sangat la.

Di sebabkan hari ni cheq masak kari ikan tanpa santan ala ala mamak walau tak berapa mamak sangat dan ada pulak yang minta resepi maka harus la kita menunaikan permintaan orang kan. tak baik tau menghampakan harapan orang. Almaklum la depa tengok gambaq kari cheq macam sedap sangat. tak terbayang lagu mana cheq masak kan.

Kalau cheq share resepi satgi hangpa jangan tak caya pulak tau. Resepi memang totally 100% senang nak mati. Sampai budak darjah 6 pun confident boleh masak. takkan hangpa yang dah melepasi remaja lanjut usia tak boleh masak kan? meh lekas kita pi ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit..

Untuk masak kari ikan tanpa santan ni.. Adalah seperti berikut

Bahan Bahan

2 Ekor ikan mabong (Ikan ni ikut suka la nak guna ikan apa)

1/2 paket kecik rempah kari ikan (ni sukatan untuk masak 2 ekor ikan je)

1 Biji bawang besar (normally guna bawang merah. Rumah den takde stok)

2 Ulas bawang putih 

Halba campur (Jangan letak banyak sangat takut rasa kari jadi pahit)

Daun kari

Air asam jawa

6 Biji bendi

1 Biji tomato

minyak masak

Garam

Air

Cara memasak

1. Hiris bawang besar & bawang putih (tapi saya tumbuk sikit bagi pecah2)

2. Panaskan minyak masak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih, halba campur & daun kari sampai naik bau.

3. Masukkan rempah kari. Slow kan api yer kang hangus rempah. Kacau2 sekejab kemudian masukkan sedikit air (jangan banyak air sebab nak masak rempah tu. Agak tak hangus rempah je). Masak rempah sampai pecah minyak.

4. Masukan Ikan sebatikan dengan rempah

5. Masukkan bendi & tambah air untuk jadikan dia berkuah.

6. Dah mendidih masukkan air asam jawa & tomato

7. Masukkan garam secukup rasa.

8. Dah masak tutup api.

Dah siap sekuali kecik kari ikan tanpa santan. Ni masak untuk berdua je makan. Cukup la 2 ekor ikan mabong size besar tu. Ikan pun mahal ye dak? Ikan dah jadi makanan orang ada ada.. So, sekali sekala je makan ikan sudah. 

Tu dia live dari dalam kuali. Ni kalau belum menikah mertua tak teringin buat menantu hidang dalam kuali

Dimakan pulak bersama ulam ulaman, sambal belacan, ikan masin bagai.. Jangan tanya pasai pa.. jarum penimbang pusing tak berhenti. Tu dia.. dia tak toleh kiri kanan dah.. Sedap sedar seperiuk nasik habis. Kerak pun dia korek2 sebab tak mampu menahan nafsu serakah.

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka mereka yang memerlukan. Selamat berasap dapur memasing. Kalau sedap jangan lupa bagitau resepi dari blog lekatlekit kalau tak sedap diam diam sudah kekekeke. Kalau suka boleh share. Button share tu ada kat tepi & bawah artikel yer.

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP. Bertemu lagi kita dalam segmen dapur sekangkang kera lekatlekit. Tu dia dok perasan jadi hos rancangan masakan kat blog picisan ni pulak dah. Berangan nak jadi chef selebriti katanya.. Padahal reti masak bihun goreng ja.


Amboi nak berangan sikit pun dah kena cerca. Blog lekatlekit ni memang suka la share resepi simple tapi sedap sebab cheq target bebudak baru nak up & belajar memasak. Yang dah expert depa tak main la google resepi. Resepi semua dalam kepala hotak depa dah. Sebut ja nak makan apa.. ketuk ketang siap ja terhidang atas meja. Bagi yang merangkak baru nak kenal mana satu garam mana satu ajinamoto mana satu herba campur, bunga lawang bagai.. Yang tu la rajin sangat nak google resepi even nak masak nasi pun depa google ok. Apatah lagi nak masak bihun goreng ni.

Sebagai blogger prihatin mai sini hakak nak ajar hangpa lagu mana nak masak bihun goreng paling simple tapi di jamin sedap. Tak payah nak campak segala haiwan laut haiwan darat semua dalam bihun tu.. cukup bubuh bahan2 basic ja pun tetap sedap. Jom la kita tengok bahan bahan nak masak bihun goreng kosong ni.

bahan bahan

Setengah paket bihun ( ni untuk makan 2 -3/4 orang boleh la kot sorang sepinggan)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serbuk cili
Kicap manis
Kicap masin
Tomato sos
Udang kering
Taugeh
Kucai
Minyak masak

Cara masak

1. Celur / rebus bihun separuh masak (jangan sampai lembut) atau rendamkan dulu beberapa ketika.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, udang kering tapi tak perlu sampai lumat. Agak hancur tu ok la.

3. Bancuh serbuk cili bersama kicap manis, kicap masin & sos tomato. Buat macam pes.

4. Potong kucai & cuci taugeh

5. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

6. Masukan pes & masak sekejab sampai pecah minyak.

7. Masukkan bihun gaul hingga sebati.

8. Masukkan kucai & gaul sehingga kucai sedikit layu.

9. Akhir sekali masukkan taugeh & gaul. Kemudian tutup api.

P/s : jika kurang masin boleh tambah garam. yang ni saya dah tak tambah garam sebab bahan bahan yang di gunakan dah membuatkan bihun goreng ni cukup rasa.

Dah siap bihun goreng kosong hakak hangpa ni. Nak tau udang kering tu salah satu perasa yang memberi kesedapan even hangpa tak masukkan ayam/sotong/udang bla.. bla.. bagai. Memang rasa dia pun dah cukup buat hangpa bertambah 2 3 pinggan bihun. Tak caya try la buat.


Jadi kalau yang mana baru pertama kali nak masak bihun goreng paling penting jangan celur bihun sampai lembut nanti bila goreng hancur lebur lembek bihun hangpa tu. Celur sekejab agak setengah lembut je sudah. Sebab nanti nak goreng dia akan lembutkan bihun tu.

Sekian resepi mudah tapi sedap nak mampus dari hakak. Selamat mencuba.

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN. Tu dia... Kalau letak tajuk tak bagi orang pening tak boleh ka? Lagu mana pulak agar agar santan gula melaka 2 lapisan ni? Lapisan ozon ke hapa? Sabar ok.. Sabar itu separuh dari iman..


Alah hangpa ni... Kalau letak tajuk resepi agar agar santan gula melaka je bersepah dah la kat google tu. Buat gimik sikit pun marah katanya. Sememangnya rupa bentuk agar agar santan ni memang nampak 2 layer (2 lapisan) kan? Tapi di sebabkan ada juga yang gagal buat agar agar santan ni jadi 2 lapisan apa salahnya I tulis tajuk macam tu. Sebab kalau salah teknik masak agar agar santan ni memang dia tak jadi 2 layer. Santan dia tak naik ke atas. Jadi takpe.. satgi cheq bagi tips macam mana nak pastikan agar agar santan hangpa jadi 2 layer seperti yang sepatutnya berlaku.

Dah bersedia semua nak masuk dapur memasing? Pastikan gas ada yer.. jabgi tak jadi pulak agar agar santan hangpa. Jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan

1 Paket agar agar kering (yang macam tali panjang tu)
1 Kotak kecil santan
1 Gula melaka sebesar penumbuk
1 Biji telur Ayam
Sedikit garam
Air (lebih kurang 3 cawan)

Cara memasak

☛Masukkan air dalam periuk rebus gula melaka bersama agar agar (Kalau ada daun pandan masukkan sekali)

☛Masukkan sedikit garam

☛Sampai semua dah hancur & sebati.. Boleh nak tapis dulu takut ada benda asing dalam gula melaka tu kan.

☛Kemudian masak balik sehingga mendidih

☛Pecahkan telur & sebatikan bersama santan. Kemudian tuang dalam agar agar tengah mendidih.

☛Biar masak sekejab dalam 2 minit baru padamkan api & letak dalam lotang atau apa2 bekas.

☛Last sekali sejukkan. Kalau tak sejuk macam mana agar agar tu nak beku ye dak??

☛Dah beku tu potong & makan je la.. Tu pun kena bagitau.


Tak nak guna gula melaka pun boleh. Nak buat pandan just blend daun pandan.. tapis & ambil jus dia campur dalam agar. Gantikan dia gula biasa (gula putih) je. Yang lain lain bahan & cara masak dia sama je.

Tips untuk pastikan santan naik keatas & agar agar kita jadi 2 layer seperti yang sepatutnya adalah.. Lepas masukkan santan tu jangan tutup api terus. Biar santan tu masak sekejab lebih kurang 2 - 3 minit. Biar dia mengelegak dalam kuali cuma pantau supaya tak melimpah keluar. Insya Allah bila kita sejukkan nanti santan tu akan naik ke atas & agar agar kita jadi 2 layer cantik lentik elok je kejadiannya.

Jadi mana gegadis & jejaka idaman nak try masak sendiri agar agar santan ni.. Boleh la mencuba resepi mudah yang amat ni kat rumah memasing yer... tak di galakkan mencuba resepi ni di dapur rumah orang.. Bukan apa takut tak jadi malu pulak ye dak?? lebih2 lagi kat rumah bakal mertua. So elakkan dari anda mendapat aib.. Sila la practive kat dapur rumah sendiri dulu. hehehehehe

Sekian saja segmen dari dapur sekangkang kera lekatlekit hari ni. Semoga resepi mudah ni dapat memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI. Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke


Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....

Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..

Bahan bahan yang di gunakan

1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)

Cara memasak.

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api


3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)

Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke

6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer

Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak?

Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek

RESEPI PASTA @ MACARONI GORENG IKAN MASIN

RESEPI PASTA @ MACARONI GORENG IKAN MASIN. Tu dia lama segmen dapur lekatlekit tak bersiaran kan? Tak masak ke? Hamboi!!!!! Bukan tak masak la.. Tapi takde resepi yang simple, Sedap & rare nak share maka takde la entri resei kat blog ni. Alah takat entri buat cekodok pisang.. Dah ada pun kat blog ni. Malas nak nak buat entri yang sama dua kali kan?


Kita ni orang melayu.. Walau dia makan western food sekalipun dia nak ada unsur melayu juga dalam makanan tu. Paling2 dia tambah cili potong. Almaklum la orang Malaysia ni suka makan pedas cili.. Setakat pedas black pepper tu.. hujung lidah pun tak rasa katanya. Di sebabkan tekak melayu ni juga terhasil pasta @ macaroni goreng ikan masin. Hope Orang Itali tak menangis yer..

Ramai tanya resepi ni padahal resepi dia simple lebih kurang kau masak nasi goreng ikan masin juga la cuma tukar nasi kepada pasta @ macaroni je pun. Tapi kalau tak reti.. nasi goreng pun dia tak reti masak apatah lagi pasta ni kan. Ok ok.. Meh den bagi resepi kat hangpa

Bahan Bahan memasak

1. Pasta @ Macaroni (Saya guna Eatalian Express Vege Pasta yer. Baru sihat sikit berasaskan sayuran)

2. Ikan masin (Saya guna Isi Ikan Yu)

3. Bawang besar

4. Daun salad

5. Daun Ketumbar

6. Lada hitam

7. Italian herbs

9. Cili Padi

10. Minyak masak (saya guna olive oil)

11. Garam sebagai serbuk perasa


Cara masak

1. Rebus pasta @ macaroni sampai lembut & toskan.

2. Panaskan kuali & masukkan olive oil

3. Potong dadu bawang besar & tumiskan

4. Masukkan ikan masin yang telah di potong kecil

5. Biar ikan masin masak sekejab baru masukkan pasta @ macroni.

6. Masukkan serbuk lada hitam & italian herb & gaul rata.

7. Masukkan cili padi & Daun salad & gaul sebati.

8. Masukkan daun ketumbar

9. Masukkan garam secukup rasa

10. Tutup api & hidangkan.


Mudah tak nak masak pasta versi selera melayu. Tu yang best pasta ni. Kita boleh pelbagaikan menu dia. Tak semestinya kita masak seperti original resepi kan.. Nak2 lagu guna Eatalian Express Vege pasta ni. Pasta dia berasaskan sayuran & kurma Ajwa Gred A ok! So rasa dia memang sedap selain ada khasiat sayur & kurma. Di tambah dengan warna dia yang menarik & colorful tu.. Memang kalau anak anak yang jenis picky eater susah sangat nak bagi makan sayur, Try bagi pasta ni. warna tu menarik minat kanak kanak nak makan ok!


Jangan risau pasal status halal Eatalian Express pasta ni sebab dia keluaran bumiputera yang di buat secara homemade oleh orang muslim Malaysia. Kalau nak cuba boleh hubungi :

Instagram ☛  @ezlindalysaelly  
Facebook ☛  Elly Ezlinda 
Whatsapp ☛  0133842019 


RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT. Tu dia berasap dah dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Bila tetiba laki kau balik bawa barang2 basah suruh masak gulai tempoyak ikan kembung. Satu tipuware tempoyak dia bawa balik.. Den syak mak mertua den bagi. Maybe ada sedara mara dia dari kampung Gajah sana hantar kot.. Al maklum la mentua den ni laki bini berasal dari perak.. Cuma anak2 depa je yang nan dua ketoi tu anak KL. In law den pun dah bermastautin kat key ell dah lama... MIL tu sejak dari umur 13 tahun.. cuma FIL tu tak tau sejak bila hahahahaha..

Walaupun masing2 dah bermastautin di kl ni.. Tapi selera perak depa tu still tak hilang. Selama kahwin 8 tahun memang suami tak pernah minta saya masak gulai tempoyak.. dia pun jarang saya nampak makan gulai tempoyak ni. Selalu dia tapau tempoyak ikan patin kat den jer.. dia tak makan pun. Tetiba semalam.. Minta maskan. Allahu.. terhegeh hegeh daku google. Mudah je nak masak cuma sukatan bahan bahan terutama tempoyak tu agak menyeramkan. Kang terlebih tempoyak ke macam mana gamaknya rasa. tapi dah mention awal2 kalau tak berapa sedap tu.. Halalkan je la yer. First time ni nak masak gulai tempoyak.. Den kan orang kedah kami makan asam pedas atau orang selatan cakap asam pedas kami sebagai asam rebus. Sebab cair tak pekat macam asam pedas melaka.

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak Gulai tempoyak ikan kembung ni adalah.

1. Ikan kembung
2. Bawang besar
3. Cili merah
4. Daun kesom
5. Serai
6. Asam keping
7. Kunyit hidup
8. air
9. garam
10. tempoyak
11. Timun

Bahan kisar/Tumbuk

1. Bawang besar
2. Cili Merah
3. Kunyit hidup

Kisar jangan halus yer. Atau senang tumbuk je kasar kasar tu. Ada orang tumbuk sekali dengan tempoyak tu. Katanya lebih sedap gaul sebati macam tu. Try la buat kalau hangpa nak buat ehehehe

Cara masak

1. bahan kisar/tumbuk tadi masukkan dalam periuk/kuali tambah air

2. Masukkan tempoyak, serai yang dah di ketuk, daun kesom & asam keping

3. Rebus sampai mendidih. Lama sikit rebus pun takde masalah.

4. Sementara tunggu bahan2 tu merebus.. cuci & potong la timun tu. Ikan pun jangan lupa siang & cuci yer

5. Agak bahan2 yang di rebus tadi nampak sebati sehati sejiwa dah dalam kuali tu campak la timun & ikan.

6. tambah garam secukup rasa bukan sampai high blood yer.

7. Agak ikan dah masak tutup api & hidangkan

❝ Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Kisar atau tumbuk bersama bahan kisar/tumbuk yang lain.❞

Dah siap anak anak Ooi.. Gulai tempoyak acik yang tak berapa original perak atau pahang. Ni gulai tempoyak versi orang kedah katanya hahahahaha. Tengok suami makan ok jer.. licin kuah di hirupnya sedap la kot di tekak dia kan. Masak pun atas permintaan suami.. Apa lagi nak demand kalau dah sampai licin kuah di hirupnya. kekekeke

Gulai Tempoyak ikan kembung

Hangpa yang nak kawen tu.. Ni salah satu persediaan hangpa kena buat. Tetiba laki minta masakkan benda yang seumur hidup hangpa tak pernah buat. Jangan sia sia kan kuota internet sila google sepantas kilat. Terima kasih blog2 yang den copek resepi tu.. Lupa nak save link kalau tidak boleh la bagi credit sikit. Halalkan yer resepinya hehehehe

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT. Hari ni dah raya keberapa anak anak? Ya betul.. Betul la tu jawapan korang walau den tak dengar pun. tak kisah la raya keberapa pun tapi kita still dalam bulan raya lagi kan. Raya kan sebulan walau semalam semua dah start kembali kepada rutin harian macam biasa. Tapi mood raya tu still on selagi biskut2 raya tak tinggal serdak bak kata orang kedah.


Kalau orang melayu ni.. Raya & rendang memang tak dapat di pisahkan. Tak kisah la apa versi rendang pun majoriti setiap rumah tu kebanyakkan memang ada menu rendang. Raya haritu masa singgah rumah sedara sebelah suami.. depa jamu kami lemang & rendang minang. Bersungguh laki cheq makan.. Sedap sangat la tu. So, si bini pun rasa excited la nak merisik risik resepi dengan tukang masaknya.. Tapi resepi pun di beri secara lisan.. So, den pun masa ikut apa yang den ingat jer..

Makan.. Gigih la balik rumah sendiri merendang minang. Sedap tak sedap tu cerita lain episod. Yang penting cuba dulu. Masakan ni.. Tak semestinya kali pertama buat terus sedap tapi kena buat banyak kali baru improve skill tu. Tapi Alhamdulillah la.. First time masak rasa not bad walau tak 100% sama macam yang orang jamu tu.

Ada yang tanya resepi dengan den.. Ok ok.. jangan risau den memang sejenis yang tiada rahsia antara kita bab2 resepi ni. Apalah sangat nak share resepi. Yang tak boleh share suami jer.. kekekekekekeke

Antara bahan bahan yang di gunakan untuk merendang minang versi lekat lekit..

1. Of course la Ayam kalau nak buat rendang ayam. Ikut la berapa banyak hangpa nak masak
2. Bawang besar
3. Bawang merah
4. Lengkuas
5. Halia
6. Serai
7. cili padi
8. Santan (better guna santan fresh yang parut balik rumah kau perah sendiri)
9. Kerisik
10. Daun limau purut
11. Daun kunyit
12. Kunyit hidup
13. garam

Cara nak masak



1. Masak ayam dalam periuk sehingga keluar semua minyak2. Biar sampai kering minyak tu.

2. Kisar bawang besar, bawang merah, lengkuas, halia, cili padi & kunyit hidup. Kalau suka.. boleh kisar sekali dengan serai. Kalau tak suka takpe biarkan dulu.

3. Masukkan bahan kisar bersama santan dalam kuali.. Kau rebus sampai pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak baru campak ayam, daun limau purut, serai yang dah ketuk & kerisik.

5. Agak semua dah sebati.. Masukkan garam & daun kunyit yang dah di potong halus gaul & tutup la api tu.

* Petua orang bagi resepi ni nak sedap lebihkan bawang. Almaklum la membawang ni memang sedap katanya. kekekeke

Dah siap rendang minang versi lekatlekit katanya. Resepi tu den pakai ingat2 dalam otak je tapi bahan basic buat rendang ni lebih kurang sama jer. Cuma rendang merah yang biasa kita buat guna cili kering kan.. Rendang minang ni guna cili padi. Tu je.. Tapi tak tau la pure minang atau dah versi melayu punya rendang minang. Asalkan ada rupa minang ok la tu kan.. kekekeke

Siap dah bungkus dalam 'Tipuware' nak hantar kat mertua

Bagi anak anak dara yang nak merendang tu masih sempat lagi ni. Cuba la.. Manatau, dengan rendang resepi dari blog lekatlekit ni asbab hangpa dapat jodoh kan. kekekeke

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT. Bulan puasa ni selain bulan bershopping di bazar ramadhan ia juga menjadi bulan orang ambil kursus memasak di dapur masing masing. Nak nak lagi yang nak kawen atau baru kawen. Time ni la baru nak menuntut ilmu masakan.. Sebelum ni buka tudung saji dah siap semua terhidang.

Takpe.. Tak ada istilah terlewat untuk menuntut ilmu walau ilmu masakan. Sebagai level level kakak yang dalam lama berkecimpung dengan dunia dapur ni walaupun bukan pakar tapi kejayaan tertinggi pernah di capai adalah memboroikan perut suami sendiri hahahaha. Tu kira satu pencapaian juga kan? erkk.. tak yer.. Ok ok.. tak payah merepek moh ler kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak Gulai ikan tongkol bersama kacang panjang.

Bahan bahannya

1. Ikan tongkol size sederhana Seekor (Korang ikut la berapa ekor nak guna ikut kapasiti perut yang ada)

2. Bawang besar

3. Bawang putih

4. Halia

5. Lengkuas

6. Kunyit hidup

7. Rempah kari

8. Santan

9. Kacang panjang

10. Asam keping

11. Minyak masak

12. Garam

Bahan kisar

Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup & kalau korang takde masalah untuk makan pedas boleh masukkan cili kering sekali. Kisar halus

Cara masak

Step Pertama
rebus ikan tongkol yang dah siap cuci & potong dengan garam & asam keping
Kacang panjang tu potong la pendek pendek dulu.

Step ke 2
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar

2. Agak bahan kisar dah naik bau.. masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak. Kalau kering sangat tambah air sikit.

3. Selepas bahan tumis tadi dah naik minyak.. Masukkan santan. Kalau pekat boleh tambah air sikit & masukkan asam keping

4. agak masak sikit kuah tadi baru masukkan ikan. Masak sekejab lepas tu campak je kacang panjang

5.masukkan garam tapi level yang tak darah tinggi ok. Kalau rasa semua bahan dalam kuali tu cukup masak tutup la api. Gas pun mahal ok!

6. Hidangkan tunggu azan baru makan yer. Azan maghrib bukan asar ok!

Gulai Ikan Tongkol lekatlekit

Dah siap satu jenis lauk. Bukan susah sangat pun. hangpa je malas masak. Kalau rajin semua boleh jadi. Sebiji bawang pun boleh jadi 2 menu tau kalau rajin.

Moral Of the story.. memasak amalan mulia. Kenyang perut suka hati.

Hidangan tidak sempurna kalau tak di lengkapi dengan Pekasam Daging / Pekasam Ayam / Pekasam Berempah
Berminat Whatsapp : www.wasap.my/60172429610/

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK. Lama kan takde share apa apa resepi kat blog lekatlekit.com ni kan. Tak share resepi tak bermakna tak masak. Kadang2 masak lauk biasa yang dah ada share resepi kat blog takkan nak tulis resepi yang sama kot kan.. Tapi resepi nasi beriani darurat ni memang tak ada lagi kat blog lekatlekit sebab jarang2 nak masak nasi beriani ni..


Macam biasa resepi kat blog lekatlekit ni bukan macam blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan tu.. Resepi2 yang den share normally resepi simple2.. sesuai untuk golongan baru nak belajar kenal apa itu senduk, sudip, periuk & belanga katanya.. Satgi dok bagi resepi susah sangat ada yang hentak kepala kat tong gas pulak..

Yang termasak nasi beriani ni bukan apa.. bahan2 nak masa kat rumah den time tu dah tak ada apa sangat. Ada ayam.. Rempah beriani.. sedikit lebih serbuk santan. Sos tomato pun guna yang sos lebih makan kfc dalam paket kecik2 tu je. Bayangkan la betapa banyaknya bahan nak masak yang tak ada kat rumah ni.Di tambah pulak kemalasan nak buat banyak kerja. Otak tengah serabut fikir kes saman menyaman katanya.. Kadang2 mood memang ke gaung sikit la. Nak2 time emosi tengah tak berapa nak stabil.. Jadi time darurat masak je la apa ada. Jadi la nasi beriani darurat yang tak sempurna bahan bahannya.. hahahaha

Dah cukup... meh la kita tengok apa bahan di perlukan untuk masa nasi beriani darurat ni.. Memang tak bayak bahan bahan di gunakan.

1. Beras Basmati (Tapi den guna satu pot je sebab dah habis. Selebihnya campur beras biasa)
2. Serbuk santan (Sepatutnya susu cair tapi tak ada)
3. Serbuk rempah beriani
4. Bawang besar
5. Bawang putih
6. Halia
7. Minyak masak
8. Sos tomato
9. Air
10. Garam
11. Kunyit

 Cara memasak 
Langkah pertama

1. Cuci beras & tos kan. Biar dulu kat tepi
2. Gaul ayam dengan garam kunyit & goreng separuh masak
3. Kisar bawang besar, bawang putih & halia
4. Bahan kisar tadi campurkan dengan serbuk rempah beriani & kacau hingga sebati.
5. Potong bawang besar
6. Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau
7. Masukkan serbuk rempah yang di bancuh dengan bahan kisar tadi masak sekejab lebih kurang 10 minit
8. Masukkan air & sos tomato & masak sekejab
9. Masukkan ayam & masak sehingga kuah pekat
10. Masukkan garam secukup rasa

Langkah kedua

1. Masukkan beras dalam rice cooker
2. Masukkan ayam yang dah di masak tadi
3. Masukkan santan serbuk yang dah di bancuh dengan air atau susu cair kalau ikut resepi asal
4. Tambah air secukupnya
5. Tambah garam kalau kurang masin
6. Tekan la suis rice cooker tu.. kang tak masak pulak nasi
7. Tunggu je sampai kering & buka & kacau la sikit bagi sekata
8. Tunggu je masak & hidangkan

Dah siap.. Bukan susah bebeno pun sebenarnya

Yang acar tu den tak buat yer... Kebetulan laki den balik beli nasi kukus.. Ada la acar timun tu. Alih2 nasi kukus tu di biar sepi tanpa belaian jer.. Kesian kan?

Apamacam senang tak? Nampak macam banyak step tapi sebenarnya simple jer.. Cuma dia ada 2 langkah nak masak. Mula2 kena masak ayam dulu.. lepas tu masak nasi.

Yang mana rajin layan KRT tu.. belajar la memasak yer. Kang lepas kawen penuh masalah hangpa dok share kat KRT.. puncanya tak reti masak je hahahaa

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com