Showing posts with label sehingga. Show all posts

NAK BERSALIN WAJIB BAWA SMARTPHONE BERKAMERA LEPAS NI

NAK BERSALIN WAJIB BAWA SMARTPHONE BERKAMERA LEPAS NI. Perkara biasa kat hospital dalam satu masa ramai orang bersalin sebab tu petugas yang menyambut bayi baru lahir kena buat kerja betul betul.. Jangan sambil dok bergurau senda sampai lupa nak pakaikan tag kat baby baru lahir. Kalau jadi kes macam pasangan suami isteri ni memang macam satu penganiayaan.


Nasib baik la baru 3 hari balik rumah pihak hospital call bagitau bayi mereka bawa balik tu tertukar dengan baby orang. Bayangkan kalau 3 tahun.. kalau aku walaupun anak orang nak bagi balik tu memang rasa macam langit duduk atas kepala. Tak tau la macam mana kejadian macam ni boleh berlaku. Memang la kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan tapi ada kesilapan kadang2 susah orang nak accept nak2 melibatkan zuriat yang bakal menyambung waris keturunan ni. Benda ni bukan perkara kecik ok! Boleh caca marba keturunan jadinya.

Selalu dok dengar komplen pasal hospital kerajaan tapi kejadian ni berlaku kat hospital swasta. Kau bayar mahal2 pun kalau sampai tertukar anak dengan orang lain memang tak guna jugak. Tu la hospital kerajaan ke private ke tak menjamin semua kakitangan dia mampu memberi perkhidmatan terbaik. Ia bergantung pada orang yang pikul amanah & tanggungjawab yang di berikan.

Berita penuh boleh baca kat SINI 

Lepas ni semua bakal2 ibu masuk dewan bersalin pastikan bawak smartphone yang ada camera jelas. Keluar je terus snap pic.. Manalah tau kan.. Tetiba discharge bawak balik baby orang pulak. Kita ambil langkah keselamatan awal katanya. Mewajibkan pada diri sendiri bawa smartphone masa nak bersalin. Sebab tu kalau ada rezeki lebih elok la korang beli smartphone ni sebab fungsi camera dia memang berkualiti & lebih jelas macam ni >> Inilah Smartphone Untuk Mereka Yang Suka Ambil Gambar << Senang kan ada smartphone macam ni masa dalam LR. Keluar je anak kalau tak mampu nak snap pic sendiri minta je nurse kat situ tolong ambil gambar. Kalau dia songeh cakap... Sekarang hospital pun tak boleh percaya. Baby pun boleh tertukar.

Moral of the story.. Hope kejadian macam ni tak berlaku lagi. Ni bukan soal tertukar baju ke hapa.. ni soal tertukar anak bukan tertukar anak patung. Dah tak pasal2 baby kena buat DNA..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com