TOYOTA VIOS PALING MENYERAMKAN PENGGUNA JALAN RAYA DI PUTRAJAYA
TOYOTA VIOS PALING MENYERAMKAN PENGGUNA JALAN RAYA DI PUTRAJAYA. Amboi dah lama tak cerita ceriti kisah seram tetiba malam ni tajuk entri pasal kereta Toyota Vios seram pulak. Harus la.. bila lama tak menyeram kena jugak berseram seraman walau yang seram tu cuma tajuk entri je. Almaklum la Kalau takde perkataan seram dah macam hilang seri seram blog lekatlekit.com ni.Bukan apa tadi tertengok satu video katanya berlaku di putrajaya. Ni kalau orang2 putrajaya terutama perempuan tengok mesti takut nak drive. Buatnya terserempak dengan spesis Vios macam ni mau darah turun sampai ke kaki. Bukan takat meremang bulu roma..bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu Negaraku.
Awatlah Vios tu macam tu.. Pi la menghantui tempat lain kenapa pulak jalan raya. Boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain jugak dengan kehadiran vios2 macam tu. Sapa2 pun bukan takat rasa seram kalau terserempak dengan Vios macam tu malah confirm rasa ngeri mungkin juga trauma nak drive. Tapi kalau peminat kereta Toyota Vios terutama lelaki confirm depa teruja punya. Almaklum la lelaki la kan...
Apapun.. Please pengguna Toyota Vios jangan buat macam ni >> Aksi Toyota Vios Yang Pasti Buat Sesiapa Sahaja Meremang Bulu Roma kalau Terserempak di jalan raya << Serius tak cool beb kalau benda ni berlaku atas jalan raya. Tapi macam tak sangka pulak kereta vios boleh buat macam tu.. kan? Mesti lepas ni sale untuk Toyota Vios mencanak naik.
Moral of the story.. Sehebat manapun kereta anda sebelum drive sila baca doa & mengucap 2 kalimah syahadah. Kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang perjalanan. Kalau tak jumpa hantu pun boleh terjumpa dengan pemandu perangai macam hantu.