Telekung lycra memang trend sekarang la.. Material dia yang sejuk, lembut & ada dalam pelbagai warna memang menarik perhatian kaum wanita la.. Apa salahnya nak bercantik mengadap Allah. Tak salah selagi niat kita tu betul. Jangan kat luar masa solat berjemaah jer kau bercantik kat rumah telekung penuh polkadot (tahi lalat).. kan?
Sumber FB
Tadi ternampak kat FB orang mula share pasal katanya tak sah solat kalau pakai tudung lycra. Jangan la melatah cik adik.. cik kak sekalian.. Kita selidik dulu betul2. Takut kita tersebar sesuatu yang tak betul. Aku yang tak berapa pandai ni pun jadi confuse. Maka aku google la sedikit info namun adalah lebih afdal merujuk guru agama tapi ni sekadar informasi hujung jari untuk semua.
Macam aku kata tadi kalau ada keraguan better rujuk kepada orang yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi info yang aku baca. Tapi betul la jugak kalau kita pakai pakaian tebal yang menutup aurat takde masalah la kalau kita nak solat pakai telekung lycra ye dak?? Sebab bukan wajib pakai telekung tu tapi yang wajib adalah menutup aurat.. Jadi renung renungkan selamat belajar semua.
P/S : kita solat kita melakukan perkara yang baik & mendatangkan pahala.. Jadi buat apa kita nak buat perkara yang mendatangkan dosa ketika kita melakukan perkara yang mendatangkan pahala kan.. So, tepuk dada tanya akal.