PRODUK MAKANAN DARI TAIWAN DI SAHKAN TERCEMAR
Sebagai warganegara juga blogger yang prihatin rasa bertanggungjawab sang lekit untuk menyebarkan berita ni. Yelah.. bukan semua orang suka selak surat khabar atau clik akhbar online. Bagi mereka2 yang malas baca surat khabar tapi rajin baca blog ini kemudahan untuk korang yer.. Tentang produk makanan yang di import dari taiwan yang di sahkan tercemar.Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan ,Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP). ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang”s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd.
Rujukan : Kosmo