Showing posts with label shahila. Show all posts

SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI

SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI. Tu dia kali ni bukan kisah dari sumber2 google yer.. Kali ni nak share pulak kisah pengalaman sendiri. Semalam 20 Ogos 2015 adalah hari ulangtahun anak aku yang ke 4. Cara kami celebrate tiap2 tahu memang takde tiup2 lilin atau potong. Caranya kami spent time together & buat aktiviti yang best. Takpe next week ada lagi satu birthday celebration... Tengok kemana kah kita hahahaha.

Semalam bawak budak lala ke PD mandi laut tapi biasa la keluar dari rumah pun dah pukul 1. Sampai sana singgah PD Ostrich show farm.. tapi anak aku ni biasa la dia lagi tertarik dengan Ayam dari burung Unta. Nak2 lagi konsep kat situ lebih kurang macam farm in the city tu.. Ada haiwan di lepas bebas. Anak je bandar mak orang kampung tak excited pun tengok ayam, kambing bagai... Aku besar dengan binatang tu depan mata. Tapi tempat dia kecik je la tiket dia tak la semahal farm in the city. Dewasa RM13 & kanak kanak RM6. Photo pun tak mahal. Sekeping RM10 je. Aku ambil la sekeping sempena birthday anak aku. Masuk 4 tahun tetiba donkey anak aku panggil sapi pulak.. sempat la dia mengambil pengalaman suap donkey makan. Biar dia berkejaran dengan makhluk2 kat situ sampai penat baru gerak ke laut. Lepas mandi laut dengan dady nya.. dah dekat senja siap2 gerak balik je la.

Gambar Compile je la.. Nanti aku rajin2 aku tulis review PD Ostrich show farm yer. Camera gedabak tak bawak so kualiti gambar sekadar enpon 3310 je la.. hehehehe

Dalam perjalanan balik tu.. Malam singgah Dinner kat Aunty Aini's Garden Cafe. cantik tempat dia berkonsepkan garden la. Penuh pokok. Kami pilih makan kat pondok yang di kelilingi pokok.. Sampai pondok tu budak lala terus pandang macam orang takut kemudian menangis. Nak kata anak aku takut dengan suasana hutan rasanya tak sebab kami selalu bawak dia pergi mandi kat sungai pisang gombak tu ok jer.. Budak yang tak berapa pandai nak cakap ni susah jugak dia nak bagitau apa yang dia takut. Sebelum ada yang tanya even aku pernah bagitau anak aku ni speech delay.. Perkembangan bahasa dia baru nak berkembang. Sebab dia tunjuk reaksi macam tu terpaksa bagi dia smartphone dia conteng2 tak nak bagi dia terlalu memerhati kawasan sekekiling yang maybe seram kot. Aku tak tau la apa dia nampak & apa dia takut tapi aku cuba positif maybe dia takut sebab deco kat situ yang banyak pokok2 menjalar nampak macam seram kot.

macam ni la suasana dari dalam pondok. Ni siang.. kalau malam lain pulak views dia kan? Insya Allah takde apa2 yang mistik kat sini Maybe anak aku je yang rasa seram kot dengan pokok2 di sekeliling pondok tu
Order la makan.. aku tetiba nak makan mee rebus.. asben aku order nasi putih, udang galah masak lemak, sayur kailan & telur masin. yang sampai dulu mee rebus.. tapi pelik sikit aku rasa apsal kuah mee rebus rasa macam black paper sos jer. Tak rasa pun nampak dah tau kuah dia memang macam black pepper sos. Bila rasa.. tak tau la ni mee rebus version orang Italy ke hapa.. Out! Separuh pun aku makan tak habis. Sampai menu asben aku.. rasa kuah masak lemak udang galah.. memang takde rasa masak lemak cuma rasa udang galah masak krimer.. Out lagi. Sayur kailan pun tak sedap. Yang sama je rasa telur masin je. Untuk anak aku order garlic bread.. ok la nampak anak aku selera je makan. sedap la tu..

Macam ni la rupa mee rebus dia tapi ni bukan aku snap. Aku semalam tak bawak camera. Tab & hp pun time tu dah habis bateri. Ni aku google je. Baca review dia pun kata tak sedap jugak so memang tak sedap la kot hahahahaha
Menu kat situ memang Melayu & barat tapi aku rasa menu melayu yang kami order dah di convert jadi menu barat. Asben aku yang jarang tak habiskan udang galah tetiba semalam ada sekor dia tak mampu habiskan.. Confirm memang tak sedap sangat la. Masak lemak macam semata2 letak krimer & pewarna kuning je. takde rasa serai ke bawang ke hapa ke yang macam biasa kita masak. tapi kebanyakkan review aku baca memang tak ramai yang puji menu kat cafe ni.. Memang tak sedap la kot hahahaha

Nak balik anak aku menangis lagi masa nak keluar dari restoran. aku tak tau la apa yang dia takut kat situ.. Cuma aku berdoa jangan la jadi macam peristiwa kat Melaka haritu. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 11 aku mandikan dia & dia tido takde meracau2 atau menangis lagi.

So, untuk next time memang aku takkan datang lagi bukan sebab takut tapi totally semua makanan kami order semalam memang tak sedap. Sebab lapar je makan jugak tapi mee rebus tu memang tak sampai separuh aku makan. Harga dia standard la nak kata mahal.. mee rebus sepinggan RM9.50.. aku rasa kalau tengok dari cafe dia tu memang rate biasa la. Tapi sebab rasa yang low class aku rasa tak layak caj RM9.50 hahahaha

Moral of the story.. Ni pendapat dari rasa tekak aku takde kena mengena dengan tekak orang lain. Kalau hangpa rasa sedap tak bermakna tekak aku jugak sedap yer...

BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH

Tajuk entri bukan tajuk gimik semata mata yer.. Ini adalah pengalaman yang terjadi pada kami 3 beranak yang mungkin boleh di jadikan pengajaran pada semua yang sudi baca entri ni. Perkara ni masih baru lagi berlaku.. jadi ni bukan kisah dahulu kala. Kalau minat nak tau kisahnya.. rajin rajin la baca entri ni sampai abis bukan baca tajuk kemudian buat cerita dari imaginasi sendiri.

Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 kejab.. tak duduk pun. Amik gambar dua tiga keping lepas gerak nak balik. Taknak malam drive kat jalan penuh mencabar dengan hutan tebal kiri kanan.

Dalam perjalanan balik tu.. Ni bermulanya cerita. Sebelum ni kita memang tak pernah menyinggah sungai2 jernih yang ada dalam hutan tu even nampak ada jugak orang singgah. Kalau siapa biasa ke fraser hill maka tahulah ada sungai macam waterfall tepi2 jalan tu. Aku tak tau la apa yang gerakkan hati si asben nak singgah.. tapi time singgah tu dekat nak pukul 6. Konon nak bagi budak lala main air. kebetulan lepas sekejab kami park kat situ ada satu family pun berhenti basuh kereta, nampak macam ada anak dia yang muntah. Almaklum la jalan ke fraser hill berbukit & berliku tu memang ramai tak tahan. Mula2 lala just berdiri dalam air.. tapi bila dia excited.. abis basah seluar terus dia main air. Alang2 basah biar la dia enjoy kejab kat situ. kejab jer tak lama lepas tu kitorang gerak sebelum kereta yang satu lagi gerak.

Balik dari fraser hill tu takde apa yang jadi. Ok jer.. budak lala pun tido tanpa gangguan malam pertama tu. esoknya malam kedua dia tetiba pukul 9 malam demam padahal sebelum tu aktif & takde langsung tanda demam. Kira demam mengejut. Tapi siang sebelum lala demam tu.. ada gangguan bunyi sikit kat umah aku. Gangguan bunyi ni sebenarnya dah lama jadi kat umah ni tapi dah lama jugak takde tetiba petang tu ada balik. Bunyi macam orang seret kerusi kayu atau perabut.. sreetttttt... macam tu. lama jugak. Aku yang dah biasa buat tak tahu la. time tu lala tidur petang.

Lepas malam 3 mei tu dia demam.. bangun pagi 4 mei suhu dia dah turun normal. Tapi malam 4 mei tu dia demam balik.. bangun siang 5 mei suhu dia normal sampai petang pukul 3 suhu badan dia naik balik. Bila suhu naik call bapak dia la bagitau. Bapak dia balik.. dalam pukul 5 tu bawak pergi klinik gomen sebab takut ada jangkitan apa2... Paling risau takut kena kencing tikus sebab itulah kali pertama lala main air sungai. Sebelum ni jangan harap kita yakin nak bagi dia main air sungai atau kolam2 kat theme park. Kedua takut denggi sebab sekarang musim denggi. Kalau pergi private clinic yang biasa ni.. tahu2 la check suhu lepas tu bagi ubat. Pergi gomen.. dia check suhu badan lala tinggi cecah 38.8 darjah.. kena buat ujian darah & masuk ubat bontot. Si bapak lala pelik sikit sebab dia tak pernah tau ada ubat demam masuk ikut bontot dia dia tanya nurse.. kalau orang dewasa ada jugak ke ubat masuk bontot. Aku nak gelak.. & aku memang gelak. Yelah.. anak kami takde sejarah demam dengan suhu tinggi & lama sampai macam ni. selalu lala susah demam kalau demam pun tak sampai 24 jam dah ok. Lepas ambil result darah doktor just cakap lala demam virus jer.. takde jangkitan apa2. demam biasa cuma suhu tinggi sebab tonsil. Biasa la bila suhu tinggi.

Naluri mak bapak ni kan.. even kita bukan jenis taksub sangat dengan benda2 ghaib tapi kita percaya dengan kewujudan dia & kita tahu dia boleh ganggu manusia dengan izin Allah. sebab kita berenti kat sungai yang bukan jadi tempat riadah manusia, dalam hutan pulak tu even tepi jalan.. dengan demam lala on off tetiba. Rasa macam something pelik sangat. Nak balik dari clinic jalan menuju kerumah tu memang jam gila.. jadi tak jadi balik ingat nak pusing2 makan2 dulu.. tetiba asben aku ni dapat hidayah nak terus ke Pusat Rawatan Islam Alhidayah sebab dia was was dengan demam lala ni. Dia rasa macam ada tak kena kat budak tu even lala takde meracau atau menangis tak henti2. Dia banyak tidur bila dia demam.. merengek pun kejab2 jer.


yang ni gambar aku sendiri la. tapi malas nak letak watermark. bukan cantik sangat pun. hahahaha

Maka terus ke Pusat Rawatan Alhidayah kat setiawangsa.. sampai dah dekat pukul 10 tapi orang masih ramai. Tanya boleh ke buat rawatan kalau tak buat appointment.. dia kata boleh maka register ambil nombor tunggu sampai pukul 12.30 malam baru sampai turn. Tu pun family kami orang terakhir tapi sebab anak aku budak lagi.. Ustaz yang merawat tu minta izin pesakit sebelum tu nak dahulukan budak lala. Yelah dah tengok malam, dengan demam tinggi. Lala totally memang weak tahap takde level dah. Bila Tuan haji lokman.. alah Ayah kepada Dr Dayana isteri kepada Asyraff muslim tu. dia kan pengasas Alhidayah.. dia jugak la yang rawat lala semalam. Bila dia scan dengan kaedah rawatan Islam.. ternyata memang ada gangguan kat budak kecik tu tapi katanya gangguan tu datang dari luar. So, kesimpulan tempat extreme paling terkini kami pergi tu sungai kat hutan tepi jalan masa turun dari fraser hill tu la. Yelah.. kita sedia maklum tempat2 macam tu memang jadi penempatan jin. aku rasa dari situ la kot puncanya sebab Tuan Haji tu tak jelaskan secara detail dari mana datangnya gangguan tu & aku pun tak tanya banyak memandangkan dah terlampau lewat malam kang banyak pulak discussion jadinya sebab aku ni kalau mula tanya boleh buat forum. Takpelah next check up nanti aku tanya la.

Dr Dayana memang ada iras2 bapak dia kan?? Anak beranak la katakan.. (sumber gambar google. Tak kuasa pulak aku nak suruh Tuan Haji Lokman berposing untuk aku semata mata nak letak dalam blog. Hahahahaha malu kot)

Semalam sampai subuh memang badan dia panas lagi tapi bangun bagi ni dah ok & sampai sekarang setakat ni dia takde demam lagi & suhu dia pun normal cuma risau malam nanti la takut dia demam balik. Follow up dengan Alhidayah dalam hujung bulan ni. Hope.. lala cepat2 la sembuh & segala benda yang ganggu dia cepat2 la hilang. Memang susah hati sangat tengok anak sakit... hari ni minum susu pun sikit sangat berbanding semalam. Bagi ubat muntah.. antibiotik pun muntah aku amik keputusan tak nak bagi sebab antibiotik amik kat clinic gomen ni rasa pahit aku pun nak muntah. apsal lain benar rasa ubat2 klinik gimen dengan swasta?? maybe sebab harga, gomen bayar singgit je berbanding swasta 30-40 hengget.

Moral of the story.. korang jangan jadi macam kami even kami tak pernah pun rasa nak bagi anak main kat tempat2 macam tu sebelum ni tapi entah kenapa haritu terbuat kesilapan yang effect pada anak kecik. Tempat yang takde manusia selalu datang tu.. jauhkan dari bawak anak anak kecil kita tak tahu siapa yang berkampung kat situ sebab mata kasar kita takkan mampu nampak alam ghaib sewenangnya. Moga jadi pengajaran.


SELAMAT HARI JADI SHAHILA

20 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2011.. Lahirnya seorang puteri tepat pukul 9.38 pagi di hospital sg buloh. Lepas 4 hari siaplah surat beranak dan di daftarkan dengan nama Shahila. Nama pilihan dady dia sendiri mengikut perjanjian yang di tetapkan masa Shahila dalam perut lagi. Kalau baby girl nama bapak dia yang akan bagi.

Hari ni 20 Ogos 2013 genaplah budak shahila tu 2 tahun. Hari ni hari selasa.. Hari dady kerja. Tapi dady dah tinggalkan pesanan untuk lala.. Dady cakap lala bangun nanti tolong wish Happy Birthday. Dady kata nanti kita beli kek.

Hadiah untuk lala belum prepare setakat ni. Takde sebarang plan untuk buat majlis celebrate birthday lala. Maybe kita celebrate 3 beranak jer la kot. Lagipun kita selalu bertiga je buat sebarang aktiviti. Dunia kita pun kebanyakkan habis bertiga jer.. Kadang2 je kita invite Acu.

Duhai anak mami tersayang.. 2 tahun lala masih belum faham banyak perkara. Shahila akan belajar perlahan lahan & akan memahami dengan sendirinya nanti. Apa yang mami & dady harapkan shahila membesar dengan sempurna, sihat & jadi anak yang terbaik. Anak yang solehah.. anak yang cantik & anak yang cerdik.

Happy birthday Shahila. Moga hari ini & seterusnya shahila terus menjadi anak yang cemerlang & berbahagia dengan kehidupan sederhana kita ni. Mami & Dady sayangkan shahila..



MAYBE YES.. MAYBE NO.. DAH 1 TAHUN 8 BULAN HARI NI

Ye.. dah setahun lapan bulan. Menyemak entri bertarikh 15 Januari 2011 dimana test yang di buat sendiri kat rumah positif.. rasa macam alahai sekejab je masa berlalu. Maybe Yes Maybe No dah setahun 8 bulan dah...

Lala membesar macam biasa, sihat, aktif, lasak tak kira dalam tidur apatah lagi dalam jaga cuma makan je taknak sekarang ni. Tapi susu kuat jugak dia minum. Suka tidur lewat & bangun pun lewat sekarang ni. Tidur pukul 1 lebih.. bangun pun sekarang paling awal 11.30 pagi.. & pernah sampai pukul 1.30 petang baru dia bangun.

Rata2 kalau bawak lala keluar.. Orang tengok akan cakap 'Lasak budak ni'. Ye memang lasak budaknya. Tak reti diam langsung. Tidur pun lasak jugak. Abis semua orang di sebelah dia kena tendang. Kalau lala tendang bukan tendang2 baby.. atau tendang2 manja. Tendang2 perit jugak la rasa. Sampai dady taknak tidur sebelah dia lagi. Dia punya berpusing masa tidur 360 darjah gitu. Tu tak kira kalau dia bangun hempap kepala dia atas badan.. kadang tersasar kena kat muka memang rasa nak menangis.. nak nak lagi kena kat mulut atau batang hidung. Nasib la kau anak... hahahaha

Masih suka upin ipin.. jadi kami laki bini kalau nak makan kat luar selalunya akan bagi lala duduk dalam baby chair sambil layan upin ipin kat youtube maka tenang la kami makan. Kartun2 lain macam Dora The Explorer, Go Diego Go, Bola Kampung, lagu2 tema drama sinetron indonesia juga salah satu favourite lala selain lagu2 patriotik, lagu2 mengundi, lagu2 undilah BN bagai, juga lagu2 nasyid, zikir & selawat kat tv al hijrah. Tu semua lala suka tengok sambil dengar.

Tu je la cerita lala untuk kali ni.. Jom kita layan aksi shahila depan lensa camera bapak dia yang di snap mak dia tanpa didikan profesional.. hahahaha







P/S : maybe yes.. maybe no tu tajuk entri semasa berjaya kesan lala dalam perut


MAKAN MEE KUNING SEPANJANG MINGGU

Dah lama jugak la budak kecik buat perangai tak nak makan. Nak susu jer.. Jadi lama jugak sang lekit cutikan lala dari makan & sejak seminggu lalu sang lekit cuba balik bagi dia makan. Dalam kuantiti yang sedikit & sekali je sehari. Kang bagi banyak2 takut dia stress kena paksa makan, langsung tak nak makan.

Menu sepanjang minggu ni adalah mee. First time bagi dia makan mee.. sang lekit buat dia mee sup ayam campur taugeh. Nampak dia suka jugak makan. Esoknya try buat mee goreng pulak. dia makan jugak. Sebab dua hari berturut2 dia makan mee tukar pasta pulak. Buat creamy pasta. Dia makan jugak. Lepas tu buat pasta yang takde creamy2 dah.. Dia taknak makan. Esoknya buat mee balik. Mee sup ayam campur sayur sawi. Dia makan. hari seterusnya mee hailam. dia makan & hari ni mee hailam lagi

Jarang2 sang lekit nak tayang masakan hasil air tangan sendiri kan?? Ni la rupa bentuk hasil bersilat dengan kuali, sudip bagai.. Untuk shahila je. Mee hailam melekit. kekekeke

Nampaknya lala sukakan mee. Maybe sebab sebelum ni sang lekit belum pernah cuba bagi dia makan mee kuning kot. Nasi totally lala tak berapa minat. Kalau bagi pun jenuh la nak memujuk. Takpe la cuti la nasi sekejab.. tengok seminggu dua lagi try bagi nasi. Sekarang ni bagi lala makan apa dia nak jer. Susah jugak nak bagi budak lala ni makan. Nak bagi makan kat rumah & apa yang sang lekit masak je. Makanan luar memang susah budak ni nak makan. Nak ajar minum air kotak pun susah macam mana la nak ajar dia sedut minuman guna straw kan?? Tunggu sampai dia dah mesra dengan makanan baru senang nak ajar dia makan sendiri, minum guna straw.. Selagi dia makan nak tak nak macam tu memang bagi apapun tak jadi.

Sang lekit tak risau sangat kalau anak orang lain dah pandai sedut minuman guna straw & lala tak nampak pun macam reti minum dengan straw ni sebabnya lala memang tak minum minuman lain selain susu & air masak. Vitagen pun sang lekit selalu pujuk & lalaikan dia dengan tv bila nak bagi minum. Tu pun guna botol susu sebab senang nak pujuk. Macam tu jugak makan.. nak pujuk dia makan kena lalaikan dia dengan tv. Takpe sang lekit tak rasa terbeban pun buat semua tu. At Least dia makan juga walau sikit. Yang penting setiap hari kita berusaha untuk bagi dia makan. Lama2 dia boleh terima makanan jugak. Kalau kita pun malas... asyik sumbat susu jer, memang la budak tu lambat sikit la nak terima makanan. Rajin2 la try menu baru.

Tak nafikan sepanjang memasak untuk lala.. ada yang dia tak nak makan langsung. Ada juga dia habiskan. Tapi kunci utama jangan putus asa untuk terus bagi anak makan. Kadang2 budak2 yang bawah 2 tahun ni memang selera meragam sikit. Dari pemerhatian sang lekit ada budak masuk je umur 2 tahun, dia dah sukakan makanan. Jadi dalam tempoh bawah 2 tahun ni kita kena banyak sabar & usaha la untuk pujuk dia makan.

Asalkan dia membesar dengan sihat, jarang sakit, aktif & takde tanda2 ada masalah.. pun dah cukup bagus untuk perkembangan dia. Sekurang kurangnya lala ada kelebihan dia berbanding budak2 lain.. mungkin lala lambat dari segi dapat skill baru.. lambat berjalan (setahun  4 bulan baru jalan), lambat bercakap (dah setahun 7 bulan tak panggil mummy lagi ni) tapi lala budak yang jarang sakit & sentiasa aktif juga kurang meragam. Jadi.. kita tak perlu rasa rendah diri kalau anak orang lain dah belajar banyak perkataan sedangkan anak kita tak pandai cakap lagi.. Yang ada anak cepat segala galanya jangan riak & menunjuk sangat. Dan jangan nak compare anak kita tu dengan anak orang lain. Niat berkongsi takpe jangan niat nak membandingkan kelebihan yang anak kita ada dengan anak orang lain tu yang buat orang lain terasa. Masing2 anak.. semua di anugerahkan kelebihan masing2.

EPISOD SETAHUN 7 BULAN

Walaupun budak lala ni dah masuk setahun 7 bulan.. tapi check up & suntikan untuk setahun setengah nurse bagi appointment pada 21 March dimana pada tarikh tu lala dah genap setahun 7 bulan.

Untuk check up kali ni berat lala dalam graft yang comel lagi. Kira ada pertambahan berat walau selera makan lala merundum teruk. Dia cuma nak minum susu jer sekarang ni cuma sang lekit terus bagi dia supplement. Lala masih lagi ambil scoot emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Susu fernleaf. Bila anak meragam tak nak makan ni memang kita kena pastikan dia banyak menyusu & minum air. Macam lala selain susu.. sang lekit bagi dia minum vitagen jugak sekarang. Jangan lupa air kosong pun kena bagi.

Dah macam2 resepi sang lekit cuba untuk buat shahila nak makan tapi tetap jugak tak nak lepas dah pandai jalan ni jadi kalau paksa sangat pun tak elok jadi bagi je la dia masa sampai dia betul nak terima makanan balik. Pun macam tu kadang2 sang lekit pujuk2 jugak makan. ada la sesuap dua dia makan.. kadang2 satu suap pun dia taknak telan. Selagi dia sihat, perkembangan dia baik.. sang lekit pun taknak bagi tekanan kat diri sendiri dah bila anak taknak makan ni. Dulu yer jugak.. lala taknak makan, mak dia stress lebih2.

Kelasakkan lala kadang2 menggugat juga kesabaran seorang mak ni. Bayangkan masa check up dia macam lipas kudung. Habis jer nurse check up lala.. sementara nak tunggu dia tulis rekod perkembangan lala dalam buku pink tu terpaksa pos lala keluar kat bapak dia dulu. Nak2 pula kali ni check up nurse pelatih yang buat. Jadi agak slow sikit la, kan. Bila tengok anak orang lain dalam bilik check up tu ok jer.. terasa pula anak daku ni memang lasak gila. Kalau kat umah ni tak payah cakap la. Dia tidur pun tak diam apatah lagi masa dia berjaga. Mummy ni nama je tido nak.. tapi 1 malam tu entah berapa kali bangun.. tak kena sepak dengan lala.. bangun angkat dia yang dah terbabas dari tilam. Memang orang tak pernah jaga lala akan anggap.. baby girl tak selasak baby boy tapi bagi sang lekit lasak lala ni kadang2 baby boy pun kalah.

Lala sekarang kuat menjerit.. dia main sorang pun jerit, dia tengok tv pun jerit.. Kalau dia jerit tu ada la benda dia excited. Cuma sekarang ni perangai lala time nak tidur suka merengek. Kadang2 sang lekit biar jer dia berguling atas tilam sambil merenget sebab kalau biar cepat sikit dia tertidur.. kalau di pujuk makin menjadi2 pulak dia merengek lepas tu lambat pulak nak tidur. Lala jarang nak tidur bawah pukul 12.. Nasib la mak ko surirumah nak..

Kelasakkan lala ni kadang buat bibir dia berdarah, dahi benjol.. dahi benjol kadang2 dia tak nangis.. kalau mulut berdarah tu selalu sekejab je nangisnya. Bukan sang lekit tak pantau aktiviti dia dalam rumah tapi bayangkan kita cuma paling sekejab nak buat susu, dia kat sana dah macam2 aksi bahaya dia buat. Makin tinggi makin banyak benda dia boleh capai makin terpaksa sang lekit simpan barang2 tak sepatutnya jadi mainan dia kat tempat yang lebih tersembunyi sampai kadang2 daku pun tak ingat bila nak guna.

Sang lekit ada cuba2 nak ajar dia tengok buku, pegang pen & conteng kertas tapi masalahnya lala ni dia nak pandai express.. bagi buku dia gigit, bagi pen dia gigit bagi kertas pun dia gigit. Cara dia study semua masuk mulut. hahahaha.. orang membaca untuk tambah pengetahuan, lala telan je semua ilmu tu gamaknya. hahahaha.. Pun begitu ada la juga kadang2 dia layan buku bergambar tak gigit.. Act macam membaca jer. kekeke

Tu je perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita untuk setahun 7 bulan ni. Minta semua tolong doa shahila cepat pandai cakap.. Sekarang ni dia masih berbahasa pra sejarah walaupun mulut dia sangat bising. Tak sabar nak dengar dia panggil mummy.

Revolusi wajah budak lala

P/S : tadi nurse kata suntikan kali ni maybe demam.. Alhamdulillah selepas balik dari klinik terus bagi ubat demam stok kat umah punya yang di ambil dari klinik dr misai (private clinic) takde tanda2 dia demam lagi pun. Moga2 tak demam yer nak..


BILA LALA JADI VACUUM..

Hari genap usia budak lala setahun enam bulan & 4 hari. Dalam umur setahun setengah ni apa yang lala dah expert yer?? Boleh la.. nak kata  genius sangat sampai dah boleh hafal a sampai z tu takde la. Lala bukan kanak - kanak terpilih yang mendapat anugerah tu setakat ni. Akan datang tak tau la kot2 rezeki lala tergolong dalam golongan kanak2 genius.. Tu tak tau la pulak kan??

Sekarang lala dah semakin laju jalannya walau kadang2 terbabas jugak sebab lost control. Selera makan merundum sikit sejak dua menjak & sang lekit terpaksa beli sebotol lagi Appeton Multivitamin lysine untuk mengembalikan selera makan dia. Pun begitu dia tetap di beri makan jugak walau makannya sikit sangat.

Dan sejak dua menjak ni Bapak lala gegatal pulak tidokan lala dalam buaian balik. Nampaknya lala kembali menyukai dirinya di buai sambil tidur. Sejak kembali ke arena buai membuai ni senang sikit sang lekit setting time tidur siang dia. Lala akan bangun selalunya pukul 10 pagi.. kalau awal pun maybe pukul 9 atau 9.30 pagi. Kadang2 je terlebih awal dalam pukul 8 pagi tapi jarang lala nak bangun time tu. Kalau lala bangun pukul 10 selalunya dia akan mandi pukul 11.. kena jarak 1 jam selepas dia bangun dari tidur sebelum bagi mandi untuk memastikan dia tak badmood masa mandi. Lagipun time dia bangun tu time tayangan kartun2 kat tv alhijrah. Dia bangun minum susu dulu.. dalam setengah jam lepas minum susu dia akan minum scott emulsion & setengah jam lepas minum scott emulsion baru mandi.

Lepas dia mandi.. dia minum sebotol lagi susu. Dalam 11.30 ke 12 gitu la jam dia.. sejak lala suka membuai ni sang lekit akan tidurkan dia sekejab. Masa dia tidur tu boleh la masak untuk santapan dak lala di tengahari nanti. Kalau sebelum ni lala jarang tidur time tu.. selalunya masa bagi lunch kat dia belum sempat habis.. dia dah ngantuk. Selalu sangat terjadi dia tidur dengan nasi yang masih dalam mulut., Jadi sejak dia kembali tidur dalam buai.. sang lekit tidurkan dia dulu. Dalam buai senang nak paksa dia tidur.. buai jer dalam 15 minit ke setengah jam tidur la dia. Jadi bila time dia makan nanti takde la dia terlentok. Lala guna electric rocker sebab tu dia kalau dalam buai kemain nyenyak sebab buaian dia sentiasa membuai. Selalunya kalau pukul 11.30 dia tidur.. 1.30 tu dia baru bangun. Kira lama la tu berbanding sebelum ni taknak tidur langsung time tu.

Masih menanti lala menyebut perkataan keramat iatu Mummy.. tapi belum sampai seru lagi nampak gayanya. Takpe sabar.. Tak payah nak sedih sangat kalau budak2 lain sebaya lala dah pandai sebut macam2, kan?? Biarlah kalau depa nak compare anak depa lagi cepat perkembangannya janji lala membesar dengan sihat, comel & ada perkembangan yang normal. Memang lala lambat bercakap, setahun 4 bulan baru berjalan.. Tapi Alhamdulillah setakat ni lala di beri antibodi yang kuat jugak jarang nak demam. Setiap kejadian tu ada kurang & lebih. Kadang2 budak tu cepat jer perkembangan dia tapi selalu pulak sakit, kan?? Allah nak bagi tu cukup adil dah..

 Men'Try baju baru acu beli.. (kena sebut nama Acu untuk bodek lebih)

Lasak.. mana2 budak sebaya lala pun memang masa dorang melasak tanpa ada belas kasihan kat mak bapak dia la. Memang time dia nak belajar semua benda. Lala ni jenis suka sangat mengutip benda masuk mulut. Tak kira la dari barang mainan dia & apa2 je la dia jumpa atas lantai sampai kadang2 sang lekit panggil dia vacuum. Yelah.. semua benda nak masuk mulut. Memang susah hati jugak la.. dia tak kira apa je dia jumpa atas lantai semua dia nak kutip masuk mulut. Tak kira la sekecik2 zarah sehingga sebesar2 alam.. Asal muat dia sumbat dalam mulut dia.. dia sumbat je. Paling dia suka jenis benang.. Sampai floss bapak dia pun dia buta macam gula2. Sedap betul dia isap benang kalau dia dapat. Sampai kusyuk la dia nikmati. Kadang2 kemain panjang dia tarik benang floss tu.. Mentang2 ada perisa.Satu lagi perangai dia kalau isap jari ke.. minum susu ke.. mesti pintal2 rambut. Kalau dia isap jari sambil berdiri pun mesti pintal2 rambut. Nampak kelakar sikit bila dia buat macam tu nak2 lagi sambi berjalan.

Jari kelingking pun jadi la.. Janji boleh nyot2..

Lala dah pandai membodek. kalau dia nak tengok upin ipin kat youtube dia akan berkepit dengan dady. Semalam dia dah tunjuk reaksi macam merajuk kemudian pergi kat dady. Lala pantang kita buka peti ais mesti laju dia datang tutup.. macam tu jugak pintu bilik.. kalau kita tutup laju dia dia pergi tolak. Tidur lala sangat lasak di malam hari.. tiap2 malam sang lekit bangun & angkat dia tidur di posisinya betul. Kadang2 sampai kelantai perginya. Kadang2 di hujung kaki kita dia tersadai. Memang la sang lekit kerap bangun sebab angkat lala yang terbabas dari tilam tapi takpe la.. redha je la dapat lala yang lasak ni walaupun mulut daku ni pernah luka & berdarah akibat di hempap kepala lala tapi dia rilex je tidur. Tak sakit pulak tu.

Selepas 4 Bulan pertama kelahiran lala dengan episod yang betul2 menguji kesabaran (sebab lala suka menangis tengah malam tak henti2 sampai dekat subuh), selepas 4 bulan tu.. Memang tak susah lagi nak handle budak lala ni. Mungkin dia dah puas menangis masa 4 bulan pertama tu, sekarang dia jadi susah nak menangis atau meragam. Masih lagi maintaince dengan perangai baik tu walau suka sepah rumah dengan mainan.. Tapi bagi sang lekit biar dia lasak hati tak gundah dari dia meragam jiwa jadi kacau bilau di buatnya.. kan??

Tu je la perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita. Susah nak cerita detail sangat sebab bagi sang lekit lebih mudah faham kalau tengok dari nak di luahkan dalam bentuk karangan ni. Apapun perkembangan lala normal je macam budak2 lain jugak.




DAH DAPAT LESEN BERJALAN

Akhirnya setahun 4 bulan..  dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada.

Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..)

Dah dapat skill baru maka dia punya ragam pun dah bertambah la. Dia punya lasak pun semakin naik level dia. Almaklum la dah boleh berjalan kan?? Bab makan.. lala dah makan nasi. Lega tengok dia nak makan tapi masih terus bagi dia Appeton Multivitamin lysine & Scott Emulsion. Susu haritu masa takde selera nak makan lala minum dugro sekarang dady lala dah tukar susu fernleaf. Makin selera pun dia minum susu fernleaf tu. Termasuk mak & bapak lala pun suka jugak susu fernleaf tu. Kurang manis tapi sedap. Sesuai pula dengan lala bila sejak kali pertama dia minum & hari ni dah masuk minggu kedua dia minum dia takde sembelit atau cirit birit. Dulu lala ada masalah sembelit jugak.. sekarang takde lagi. Hari2 mesti berak berbanding dulu kadang2 2 hari sekali. Dugro pun ok jugak.. membantu naikkan berat badan lala masa dia taknak makan langsung. Tapi fernleaf ni nampak lala lebih suka rasanya walau lala ni jenis bagi susu apapun dia minum cuma banyak dengan sikit je la. Kebanyakkan susu lala dady yang pilih kecuali dugro tu je mummy yang suruh dady beli atas rekemen seorang kawan.

Bab lain.. bagi sang lekit ok jer. Lala susah meragam, susah menangis & memang suka main la. Normal la budak2, kan?? Makin hari cuma dia makin manja la sikit. Suka lentok2 kat badan mummy & dady. Suka tido beralas peha mummy masa tengok TV. Yelah makin besar makin berperasaan la kot.. Macam biasa lala senang nak bawak kemana mana. Sebabnya dia jarang sangat nak buat perangai. Dia punya perangai bagun tidur terus hala kat tv. Lala memang hantu tengok tv sikit walau masa dia bangun tu tv off tetap dia akan pergi kat tv dulu.

Lala ni jenis kalau tengok tv nak cium skrin tv tu.. tak larat nak angkat & ubah dia jauh dari tv..

Diam tak diam.. dah semakin membesar budak shahila tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan saat2 boleh peluk lala selalu, mandikan dia, suapkan dia makan, main dengan dia, cium dia.. Yang pasti semua tu satu hari akan jadi kenangan. Kenangan yang semua ibu ibu akan merinduinya jadi waktu yang ada nikmati sebaik mungkin.


SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN

 Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan??

Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut.

Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebelum ni dia elok je makan.. mungkin masuk tahun baru dalam umur dia tu ragam dia macam tu.

Lala
dua tiga hari lepas.. sang lekit mula perasan dia mula nak makan semula. Bila orang suap apa2 dia dah nak nganga & telan makanan tu. Semalam sang lekit suap dia mushroom soup pizza hut tu.. banyak jugak dia makan. Jadi hari ni sang lekit cuba bagi makan nasi dengan ayam goreng yang sang lekit carikkan halus2 & sup sayur bayam+kentang+ayam. Saja je letak ayam goreng sebab dua tiga hari lepas try bagi dia ayam goreng dia nak jugak makan sikit. Hari ni Alhamdulillah dia habiskan juga nasi yang mak dia suap dengan syarat tak mau duduk dalam walker lagi masa makan. Nak bebas.. sambil tengok tv, sambil main, sambil merayap & buat apa saja dia suka la. Makan bermula sesi makan 1.30 tghari & berakhir jam 3 petang. Kalau dulu suap bubur nasi kat dia setengah jam je paling lama sambil duduk dalam walker & tengok TV tapi sekarang lebih mencabar. Saat menyuap nasi ke mulut lala, dia mengunyah tanpa paksa & menelan dengan selera.. lega rasa hati mummy ni nak.

Perkembangan seterusnya.. lala mula tunjuk langkah pertama dia semalam bila sang lekit cuba ajar dia berjalan. Dia berjaya tiga empat tapak jugak la sambil sengih sampai telinga. Hari ni pun sama juga. Cuma kena tambah keyakinan dalam diri dia. Kena bagi moral support banyak2. Tak lama lagi.. maka berlari riang ria la anak mummy. Maka bertambah mantap la vokal & stamina mummy lepas ni.

Lala masih terus ambil scott emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Cadangan nak bagi lala mealshake tu tak jadi buat masa ni sebab dia dah tunjuk tanda positif nak makan. Mungkin Appeton Multivitamin Lysine tu boleh dah cukup membantu kot setakat ni. Tengok perkembangan seterusnya la nanti. Kalau memerlukan jugak lala ambil mealshake, nanti mummy belikan je la. Takpe asalkan lala sihat & aktif selalu.

Jadi kesimpulannya.. mak lala pun happy la sikit. Moral of the story.. jangan jadi mak yang cepat gabra macam sang lekit. Cool sudah.. solve problem ikut peringkat & jangan nak amik pusing sangat dengan perkembangan anak orang yang lebih cepat berbanding anak sendiri. Lantak la dorang nak compare pun.. kan??

P/S : Lala dah nak makan nasi senang hati sikit nak pergi holiday bulan depan. Dady nak bawak kita jenjalan jauh tu.. :D


BERAT BERTAMBAH WALAU TAK MAKAN

Sesetengah orang risau bila berat bertambah walau dia rasa dia dah cuba kurangkan makan & banyakkan bersenam.. ada orang pula suka bila berat bertambah walau dia tak makan banyak mana pun. Suka atau duka.. bergantung pada keselesaan size badan seseorang la. Manusia kadang2 memang susah puas hati dengan diri sendiri, kan??

Sekarang ni bukan nak cerita hal orang dewasa ok walau mukadimah macam tu.. Sekarang kisahnya adalah kisah seorang anak yang tak nak makan lebih kurang 2 minggu yang buat mak dia susah hati sangat. Akibat dari kesusahan hati tu.. mak dia beriktiar bagi si anak minum scott emulsion, Appeton Multivitamin lysine & juga menukar susu dari dutch lady kepada dumex dugro. Kesusahan hati seorang mak ni rasa lega sedikit bila tiba hari check up si anak.. bila di timbang berat si anak yang dah 2 minggu hanya minum susu & taknak makan apa2 menunjukkan hasil yang positif.

Alhamdulillah berat lala bertambah juga sekilo setengah bulan ni & graff dia pun nampak comel jer.. Dah bagitau nurse lala buat perangai taknak makan, macam2 dah sang lekit cuba bagi dia makan tetap dia taknak. Nurse kata takpe.. di sebabkan dia aktif & berat dia pun bertambah pujuk pelan2 sampai dia nak makan. Kalau refer dengan Doktor pun katanya takde apa2 masalah. Berat lala naik ni maybe dia sebabkan susu kot.. sebelum ni dia takde masalah makan memang ok je. Disebabkan dia taknak makan  & atas cadangan seorang kawan suruh tukarkan kepada susu dugro.. buat berat dia yang susut naik balik. Memang masa seminggu pertama dia taknak makan pun badan dia nampak susut & ringan. Pergi check up kat klinik Dr Misai pun Dr Misai cakap berat dia tak cukup & tak naik (Dr misai tu dari private clinic) Tapi selepas minum 1 pack pertama Dugro.. rasa berat bila dukung. Jadi mungkin sebab susu kot lala berjaya menternak berat badan walau dia taknak makan langsung. Tapi dia minum susu memang dua kali ganda lebih banyak dari sebelumnya la.

Sang Lekit teruskan jugak bagi dia scott emulsion & Appeton tu. Masih juga cuba pujuk dia makan. Tapi tak hari2 la sebab tak nak dia jadi trauma bila asyik kena paksa makan & terus jadi benci kat makanan pulak. Risau tetap la risau.. dalam umur lala tu sepatutnya dia makan, makanan berzat & tak boleh bergantung pada susu je tapi nak buat macam mana.. dah usaha macam2 tetap dia taknak makan jugak. Nak kata tak ajar makan dari start 6 bulan sampai setahun dia makan ok jer.. dah masuk setahun 2 bulan dia mula buat perangai taknak makan. Bukan mak dia yang malas.. ok! Jadi apa yang boleh sang lekit tunggu je budak tu berjalan.. maybe ragam dia taknak makan berkaitan dengan dia nak dapat skill berjalan kot. Sekarang ni dah dah pakar berdiri tegak. Tak lama lagi mungkin lala akan bertatih seterusnya berjalan & berlari riang ria bersama colgate. Motif colgate pulak, kan??

 Model berbayar ok!

P/S : Dok berkira2 nak try bagi lala Mealshake?? Sapa2 ada pengalaman boleh la share


KESAN SCOTT'S EMULSION PADA BUDAK 1 TAHUN

Shahila dua tiga hari ni tak nak makan. Puas dah buat macam - macam. Ada yang kata dia dah taknak bubur.. perlu bagi nasi. Dah buat. Pun tak nak makan. Dah cilok resepi kat internet..  masak je apa yang dia boleh makan pun tak jalan. Risau hati mak ni nak..

Bila shahila tak nak makan.. mak dia turut sama hilang selera makan. Haritu masa proses tumbuh gigi2 pertama pun dia tak nak makan.. lepas 6 batang siap sedia terpacak dalam mulut tu selera makan dia kembali & badan dia pun naik sikit. Pipi pun ada pau sikit. Tapi sejak dia pandai berdiri & nampak macam nak menapak setapak dua ni.. Terus selera makan dia takde. Risau la jugak takut kurang zat sebab lala ni budaknya aktif sangat. Asyik minum susu je pun tak cukup jugak untuk keperluan harian dia sebab dia dah setahun 3 bulan kan..

Risau.. anak ok mak pulak kena admit wad sakit jiwa sebab terlebih risau anak taknak makan maka semalam kami tiga beranak pergi la mencari apa2 yang patut untuk budak shahila tu. Pergi guardian kat The Store sg buloh tu.. Tak banyak produk suppliement untuk budak satu tahun.. banyak yang ada dalam bentuk tablet. Mana mau nya nak mengunyah.. yang ada time tu scott's emulsion je dalam bentuk cecair. Tanya akak yang keja kat situ.. dia kata scott's emulsion pun boleh membantu menaikkan selera makan budak2.. takpe la try la dulu. Sempat capai jugak gripe water sebab orang cakap benda tu pun boleh bagi budak2 selera makan. Untuk shahila malam semalam tu dua barang tu je la.. Selebihnya mak bapak dia.. lebih sikit mak dia la. kekekekekeke


Balik tu sebab nak test power shahila suka ke tak scott's emulsion perisa oren tu try bagi dalam 6ml. Kalau ikut sukatan untuk budak 1 tahun ni kat kotak tulis 15ML. Lepas minum scott's emulsion tu.. sejam macam tu dia berak setelah 2 hari tak berak sebab kurang makan. Berak ok je tak sembelit. Tu antara kebagusannya la. Lepas tu dia punya aktif sampai pukul 2 pagi baru nak tidur. Memang betul2 memberi energy tambahan pada budak lala ni. Selalunya lewat2 pun dia tidur pukul 12 jer. Maka mak dia dapat la moral of the story.. lain kali bagi minum pagi2.. dia aktif siang2 je. Malam dia tak overactive sangat. hahahaha

Pasal makan.. hari ni pujuk + paksa.. makan jugak sikit berbanding semalam tak nak makan langsung. Esok tengok macam mana. Try seminggu dulu, kalau tak berkesan nanti mummy cari vitamin lain yer nak.  Gripe water tak cuba lagi. Nanti la nak cuba bagi.

satu satunya benda yang dia sentiasa berselera adalah jari dia sendiri

P/S : Yang mana ada petua nak bagi tambah selera makan budak ni share2 la yer.. apa2 vitamin @ supplement  @ petua2 semulajadi turun temurun ker.. amat2 memerlukan.

MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss...

Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan??

Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis muntah terus sambung tidur.. Mak dia yang tak lena tidur takut lala muntah sambil tidur. Alhamdulillah bangun pagi ni lala minum susu & tak muntah lagi. Dia takde nampak tak sihat pun.. aktif macam biasa jugak.

Bila lala muntah teruk semalam baru sang lekit teringat, takde pulak sang lekit rasa geli ke loya ke dengan muntah lala. Kalau dulu yer.. kalau tengok baby orang muntah susu pun dah rasa loya tekak. Nak2 lagi bau masam muntah susu tu.. silap haribulan daku yang lagi teruk muntah dari baby tu. Tapi bila anak sendiri yang muntah walau sampai mak bermandikan muntah anak tu.. perasaan sayang tu mengatasi segalanya. Otak masa tu risau.. jadi takde la terfikir geli ke hapa ke, kan?? Lagipun sebagai mak.. sejak lahir memang kerja kita la cuci kencing berak dia. Dah takde rasa apa2 dah. Lain la mak jenis sejak lahir anak dia sekali pun tak pernah cuci kencing berak anak dia.. memang la dia rasa geli tiba2 kena buat, kan?? jangan kata takde mak macam tu.. benda ni pengakuan seorang mak pada sang lekit sendiri. dua anak dia tak pernah cuci kencing berak sejak lahir.. semua mak dia yang buat. Boleh gitu??

Bak kata pantun.. Anak udang.. udang juga, mana sama anak tenggiri.. anak orang.. orang juga mana sama anak sendiri. Ye tak?? Bila anak sendiri tu, apa je kita boleh buat. Takde sempadan kasih seorang ibu tu pada anaknya. Mungkin hari ni kita geli dengan muntah & berak baby orang lain.. percayalah bila kita jadi mak kita takkan geli semua tu lagi dengan anak sendiri. Kalau kau geli sapa nak tolong kau buat kalau macam daku ni sebatang kara di tempat orang. Nak tak nak kena juga buat sendiri.. kan?? kekekekekeke

Lepas Makan & berak.. tidur dalam kenikmatan


LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA

Oh la la.. sekarang tengah tido. Maksudnya pukul 1.38 pm dia tengah tido. Sekejab lagi mungkin dia bangun maka bersiap sedia dengan perisai.. Sebaik je dia bangun dia akan check TV samada pasang atau tutup. Kalau TV tu off.. paham2 je la, kena buka.

Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido.

Kusyuk layan upin ipin kat enpon kecik dady

Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon la kot. Lambat sikit dia berjalan berbanding baby2 lain tapi perkembangan otak dia takde la terbantut. (Lambat jalan mungkin di pengaruhi faktor keturunan kot sebab bapak lala pun setahun setengah baru berjalan. Mak lala cepat je jalan tapi lala pilih ikut jejak bapak dia nak buat macam mana, kan?? Gigi atas pun macam bapak juga.) Setiap hari ada je benda baru dia belajar. Belajar mengumpil benda yang melekat, Belajar menggunakan apa2 benda sebagai alas memanjat & macam2 lagi la dia belajar setiap hari secara semulajadi.

Hak bermain hak kami.. katanya (gambar 2 bulan lepas. Yang terbaru malas pulak nak godek2 dalam camera

Cakap.. Lala masih tak fasih berbahasa melayu. Masih cakap dalam bahasa ala2 korea sikit, filipina sikit.. kira dia cakap bahasa yang mix je la. Mak dia masih dok kerah lala menyebut mumy.. kadang2 dengar dia cakap didi (dady.. la kot). Lain di ajar lain pulak dia belajar. Tahap kelasakkan lala & kemuraian mulut dia semakin berkembang pesat. Kalau dulu balik umah tok & Opah kat Gombak sana.. sampai Opah tanya suara nya mana.. sekarang ni Opah cakap, kuatnya suara. Tak diam duduk. Manjat dah jadi hobi walau di mana jua berada. Umah Opah takpe yer nak.. rumah orang lain harus mummy kepit ko supaya diam. Kang lasak2 sangat orang benci pulak.

Mangsa buli Acu sendiri. Tu la dok tak diam..

Makan.. Walau macam2 pendapat & pandangan yang suruh ajar lala makan nasi tetap mak dia kurang yakin dengan tahap kemampuan anak dia mengunyah nasi berlauk. Takpe la.. mummy pelbagaikan lauk pauk & sayur dengan bubur nasi je. Cuma bubur lala tak lenyek halus dah macam dulu sebab lala dah pandai kunyah2. Walau makan bubur pipi lala nampak gebu sikit dah berbanding haritu masa mula2 nak tumbuh gigi.. seminggu dia kurang nak makan. Berat dia agak susut. Tapi selepas tu dia makan macam biasa & nampak berisi sikit.

Susu dah 70% susu formula. Cuma time bangun tengah2 malam & bangun tengah2 pagi buta je dia nak minum susu ibu. Alhamdulillah masih ada stok lala minum. Kalau siang2 hari dia tak nak pulak.

Lain2 nanti next entri pasal lala mummy story.

P/S : Siapa tak suka tengok anak cepat bercakap, berjalan tapi setiap perkembangan baby tu tak sama. Ada yang cepat & ada yang lambat jadi tak perlu la kita nak buat perbandingan yang mungkin buat orang lain terasa. Setakat berkongsi pengalaman tu ok ler.. tapi jangan memperlekehkan pulak. Peace!



DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer??

Syok main jongkang jongkit dengan mummy
Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat katil sekarang dia dah tau.. meja & laptop tu la akan bantu dia sampai atas katil. Dan.. pintu bilik kena sentiasa tutup takut di seludup masuk makhluk bernama shahila senyap2 nanti.

Mulut memang bising kat rumah. Pot pet pot pet.. kadang2 dengar macam jepun.. kadang2 macam cina.. kadang2 macam filipina pun ada bahasa dia. Yang penting melodi2 yang keluar dari mulut dia semua tone2 dari bangsa & negera manusia bermata sepet & berkulit putih.. hahahahahaha. Lala dah pandai macam2 benda.. termasuk mengunyah buku ABC.. kalau tak pandai jugak nanti tak tau la.. punya la tekun anak ku belajar sampai kunyah buku la. hehehehehehe. Setiap hari dia akan layan youtube dengan dia punya bapak sebelum tidur malam. Lala ni kalau tak cium ketiak bapak dia.. memang susah sikit nak lena. Siang hari sekarang dia akan tidur tempat yang ada bau bapak dia la. Lala ada perangai yang sang lekit kadang2 geram.. dia kalau baru2 pejam mata dia punya berguling.. aduhai. habis semua orang dia sepak. sementara dia nak betul2 nyenyak tu memang mak bapak dia jadi bola la sekejab.
Budak kecik tengah membesar

Makan lala.. bertambah mengikut umur dia jugak. semakin besar semakin banyak. Lala tak di ajar untuk mengunyah cikedis dalam umur dia sekarang. Memang totally lala makan apa yang mummy dia sediakan saja. Mummy dia pun ada azam tak nak ajar lala makan makanan ringan, cukup la dengan badannya yang ringan. Kecik lala kecik yang sihat. Jadi.. jangan risau tiba masanya dia akan besar jugak.

Sepanjang setahun 1 bulan bersama lala.. adalah 1 detik yang sangat2 menyeronokkan lebih2 lagi sekarang. Keletah dia memberi senyuman di bibir & di hati. Dulu risau rasa macam tak berapa yakin nak jadi mak orang.. tapi sejak lala lahir & jadi cikgu & ajar macam mana nak jadi mak orang, rasa dah semakin tahu & semakin jadi mak orang. Jadi jangan risau bakal2 ibu.. kerana lahirnya anak itu bersama ilmu untuk jadi seorang ibu. Kita akan terus belajar & belajar menjadi ibu demi anak kita.

Kipas susah mati Upin Ipin.. kalau x cium skrin TV tu tak feel kata lala tengok upin ipin.


SETAHUN SUDAH SANG PUTERI TURUN KE BUMI

Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara.

Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu.

0 bulan - 7 bulan

Takde la terkilan sangat tak dapat celebrate 1st birthday lala sebab jatuh pada hari raya kedua.. Kat rumah pun sibuk dengan tetamu yang penting ingatan tulus ikhlas mummy, dady,Chaq,Ngah,Ateh An,Acu.. pada hari ulangtahun kelahiran lala dah cukup bermakna. Mungkin 2nd year nanti kita celebrate ramai ramai... Time tu mesti best sebab lala pun dah besar sikit.. dah ada gigi.. dah boleh berlari.. dah pandai macam macam, kan??

8 Bulan - 1 Tahun

Diam tak diam.. dah setahun 3 hari sang lekit bergelar mummy. Dan selama tu jugak sang lekit membesarkan lala dengan kudrat sendiri. Tak pernah sehari sang lekit tinggalkan lala.. Tak pernah terlintas di hati ni nak ambil masa bersendirian @ berhappy2 tanpa lala disisi. Sampai takde langsung terfikir nak berdua duan keluar dengan hubby @ tinggalkan lala walau sekejab pada orang lain. Sungguh.. setakat ni sang lekit tak sanggup kemana mana tanpa ada lala. Walau balik kampung haritu ramai yang ada boleh jaga lala, tapi kalau nak keluar tetap kami laki bini usung lala. Mak dengan bapak sama je.. kedekut nak bagi orang tolong jaga, kekekekekeke. Sang lekit tak yakin orang lain mampu jaga lala. Jaga sekejab2 tu ok la.. tapi sampai jauh di mata, oh.. tidak ler.  Yelah.. Ibu kan?? Dia rasa dia je tahu macam mana nak uruskan anak dia.. Mana2 mak pun macam tu, ye tak??

Moga Shahila akan membesar menjadi anak yang baik & terbaik, sihat & riang.. Semoga mummy juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus menjaga shahila.. semoga dady juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki buat family kita. Semoga kita semua di beri rahmat dalam kehidupan kita. Amin...

P/S : Selamat hari raya maaf zahir & batin andai ada menguris perasaan selama berblog (mesti ada yang terguris punya). Raya tahun ni 3 hari je balik kedah.. Baju kurung 2 pasang tapi tailor tu memandai lak buat baju kurung pahang padahal sang lekit cuma cakap buat baju kurung biasa jer.. Sang Lekit memang selesa berbaju kurung biasa macam tu. Tak suka pesen2 sangat kalau baju kurung ni. Nak tak nak tu je baju raya yang ada terpaksa sarung jugak.

KALAU LA ADA SIARAN TV SIAR IKLAN 24 JAM

Bulan tak puasa tak terasa sangat tapi bila bulan puasa ni makan minum semua on time berbanding bulan2 lain. Pukul berapa nak makan, nak minum takde hal punya. Kalau dulu tak kisah.. set time je nak buat apa2. Sekarang ni timing pun dah tak boleh nak setting. Kena ikut timing budak lala la...

Lala semakin lasak & semakin tak boleh biar dia main sorang2 walau hanya 5 minit kecuali kat TV ada siaran iklan. Dia akan diam sekejab bagi memberi laluan kepada iklan2 TV. Dia akan menonton penuh kusyuk sambil menikmati lolipop jarinya. Sesudah habis ikaln jer.. dia kembali beraktiviti extrem la.

Bila sang lekit kesuntukkan masa.. lebih2 lagi nak masak untuk berbuka. Terfikir sang lekit alangkah bagus kalau ada siaran TV yang hanya siar iklan saja selama 24 jam. Pasti boleh setting time nak settlekan semua kerja kerja kat rumah termasuklah berblog.. kan?? Tapi malangnya takde tv yang hanya siarkan iklan je. Sapa la nak tengok kalau iklan manjang, kan?? Melainkan lala je la. Tu pun kalau 24 jam tengok iklan budak tu pun rasa muak, ye tak??

Sebab iklan tak lama.. Iklan muncul pun sekejab2 maka bila lala masih melasak sedangkan mummy perlu dengan segera ke dapur memasak jadilah adengan berlari2 berkejaran di dalam rumah. Mummy la kena berlari & berkejar dengan lala. Baru ambil papan pemotong nak siang ikan.. Lala dah siap sampai ke puncak everest.. (Sofa jer selalu dia panjat.. kekekeke). Tak boleh biar dia main atas sofa.. kalau terjatuh bahaya. Tak lama pun kadang2 sang lekit berpaling ke belakang.. tak sampai 2 minit bila toleh kat lala dia dah siap buat aksi mencemaskan.

Ni la antara sebab2 semalam mummy berbuka minum milo je. Pukul 9++ baru dapat makan sebab budak kecik dah tido

Walaupun macam tu.. memasak tetap kena teruskan. Gigih jugak siapkan walau 1 hidangan janji ada juadah nak berbuka walau berbuka sorang diri pun. Kalau dady balik awal takde masalah sangat.. Dia la layan lala tapi yang jadi kelam kabut kalau dady tak dapat balik berbuka. Walau letih.. penat.. tapi sang lekit jarang rasa stress sangat dengan kelasakkan lala. Suka tengok dia aktif & sang lekit rasa puas sebab sang lekit 100% yang uruskan lala tanpa bantuan sesiapa kecuali dady lala.

Beruntung bagi mereka2 yang walau dah kawen & beranak tapi masih tinggal sebumbung dengan mak ayah @ mak ayah mertua sebabnya.. Kita boleh settlekan kerja rumah dengan selesa sebab ada orang tolong tengokkan anak sementara kita siapkan kerja @ ada orang tolong settlekan kerja rumah untuk kita, kan??

Pun macam tu sang lekit rasa selesa macam ni.. Besarkan anak dengan kudrat sendiri. Masak, membasuh, mengemas rumah sendiri. Walau memang tak mudah tapi tetap boleh buat kalau kita nak buat. Pokok pangkal dari diri kita sendiri.. nak atau tak je, kan??


P/S : Walker lebih merbahaya buat lala sebab dia dah pernah buat aksi superman atas walker. Dia panjat walker sebab nak amik barang.. Sang Lekit letak dia dalam walker konon nak senang buat kerja rumah tapi nampaknya lagi berisiko maka walker pun tak jalan...


DUHAI SHILA AMZAH, SALAH TETAP SALAH OK

Pepetang ramadhan ni.. kebetulan lala pulak memilih untuk tidak melasak maka dia minta di dodoikan untuk tidur, setelah tidur ada la sikit masa mummy rilex2. Jadi tersinggah kat blog Beautifulnara terbaca isu pasal dak shahila.. op's bukan shahila anak den. Shahila anak den sapa la nak up entri melainkan mak dia je.. kan?? ni shahila atau nama retisnya Shila Amzah.

Isu pasal dia dengan boipren dia si pelakon tu la.. Sang Lekit tertarik dengan 1 statement yang di keluarkan Shila Amzah ni (merujuk dari blog Beautifulnara).. Kenyataan dia bertulis macam ni.. " Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar."

Gambar pinjam je dari Beautifulnara

Duhai Shahila Amzah @ Shila Amzah... Akak ni bukan la baik sangat. Tapi akak cuma nak cakap 1 benda je kat ko dik.. "Kecik ke besar ke.. kalau salah tetap salah & dosa tetap la dosa. Tak payah la ko nak tunding jari kat salah besar orang lain dengan harapan salah ko yang kecik tu bertukar menjadi benda yang tak salah. Takkan mungkin yang salah tu jadi betul & yang haram tu jadi halal melainkan salah ko tu ko perbetulkan.. & yang haram tu ko halalkan dengan cara yang sepatutnya di tuntut agama.

Ko tu retis dik.. Rasanya ko belajar lagi tinggi dari akak.. malah ketinggian ko pun lebih tinggi dari akak (op's takde kena mengena pasal ni.. kekekeke) sebelum ko keluarkan apa2 statement tu ko cuma amik masa sikit fikir.. adakah statement tu menyelamatkan ko atau statement tu menjerat leher ko sendiri. Sebab ko retis kan... Bukan la kata kami orang awam ni buat apa pun jadi betul, tetap salah jugak cuma takde la wartawan nak amik statement kami jadi penyebarannya tak meluas tentang apa yang kami cakap cuma dosa, salah & kritikan tetap kena jugak bezanya bukan keluar kat media la macam retis. Paling2 pun keluar kat blog jer.. tu pun berapa kerat sangat nak baca pasal kami berbanding pasal korang yang bernama retis tu.. kan???? Bak kata Azwan Ali.. Pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat. Peace No war!

P/S : Dulu minat jugak dengan dak shahila @ shila Amzah ni tapi sejak dua menjak ni jadi tak berapa minat lak.. sebab setiap kali dia menjawab isu panas pasal dia mesti ada berbaur macam kerek je... Yolah ekau dah popular tak macam zaman shila techno dulu kan... Zaman gemilang Shila Amzah la katakan...

P/s : Entri ni kategori mengumpat ke tidak yer...


APA TERJADI 11 BULAN INI?

Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini.

Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la.

Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai paling muka kat orang yang dia tak suka @ tak kenal. Dia tak sombong lagi macam dulu. Dah senang ketawa bila orang menyakat dia. Bab susu sekarang lala hanya menyusu susu ibu waktu malam saja.. siang susah nak pujuk dia minum susu. Dia asyik nak main & tengok TV jer. Siang dia banyak minum susu formula. Senang nak bagi minum kalau dalam botol. Banyak takde la banyak. Lala minum susu formula 3 kali sehari.. pagi.. petang & malam tapi bila sang lekit tetap sulam dengan susu ibu jugak. Tapi time tengah malam memang dia akan minum susu ibu je. Alhamdulillah.. apa yang dia makan & minum tak bagi sebarang alahan pada lala. Dia masih lagi baby yang sihat, ceria & membesar bagai juara.. kekekeke

Semua step dari meniarap, merangkak, duduk, memanjat, berdiri (dengan berpaut pada sesuatu la) dah boleh.. cuma nak tunggu dia berjalan & bercakap je. Tak sabar sungguh sang lekit. Selalu dok imaginasi je macam mana lala jalan, berlari, melompat & bercakap. Takpe sabar.. akan tiba masanya nanti. Itulah perkembangan lala setakat 11  bulan ni. Kalau ikutkan bulan Islam 20 Ramadhan nanti dah genap setahun si lala.. kalau ikut bulan mat saleh 20 August baru genap setahun.


P/S Entri ni sepatutnya di update 20 July 2012 tapi tak sempat. Sibuk balik kampung katanya.. sambut puasa.


NAK MENUNJUK SIKIT KAT DEPA

Kali ni sesi menayang lagi. Nak menunjuk sikit kat Ibu Aqil tu.. Dia ingat dia je boleh menayang si bulu mata lentik kat blog dia tu. Sang Lekit pun ada jugak si bulu mata panjang tapi tak selentik bulu mata abang Aqil la.

Kalau Ibu Aqil ada abang Aqil.. Sang Lekit pun ada akak Lala untuk di tayang dengan bangganya. Meh sini tengok akak lala di modelkan kat blog melekit ni. Lepas ni mesti Ibu Aqil menangis punya tengok. Mesti abang Aqil nak ngorat akak lala punya.

Amboi entri macam nak gaduh je kan.. Mana ada nak gaduh. Entri tayang2 ni adalah entri nak menayang baju yang di hadiahkan kawan2 blogger kepada lala masa di baru lahir dulu. Lala lahir 1.9kg je jadi tumbesaran dia mengikut dari berat lahir dia la & dia takde la montel2 sangat macam baby lain tapi dia montel dalam zon kg dia je la. So, lambat la sikit dia dapat bergaya dengan baju hadiah dari Ibu Aqil ni. Kalau lala lahir 3 kg maybe 6 bulan dia dah boleh pakai baju Ibu Aqil bagi ni tapi.. 10 bulan baru lala mampu menunjuk2 baju Ibu Aqil tu. Lala kan spesis ramping sikit..

Aksi Hisap jari tak miss punya

Bila makin lasak.. maka berat dia pun naik tak banyak sebab lemak2 yang terkumpul abis terbakar ketika dia melakukan aksi2 extrem dia. Tapi takpe janji setiap bulan ada jugak naik, kan??Untuk Ibu Aqil.. Lala nak ucap terima kasih bagi lala baju comel ni yang buat lala semakin comel bila memakainya. Mummy kata nak pakaikan baju ni bila nak keluar hari minggu nanti.


DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK

Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat.

Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar.

Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala bangun hari ni pukul 8 pagi. Dia akan main2 dulu.. kemudian pukul 10 sang lekit akan mandikan dia.. lepas minum susu dalam pukul 11 @ 11.30 dia akan tidur balik. Time tu sang lekit ambil kesempatan la masak bubur lala. Sebab lala takkan tidur lama.. setengah jam je. Bila dia bangun boleh la bagi dia makan. Tapi hari ni lala taknak tidur.. sampai dah lewat sangat. Dah masuk tengahari buta. Dia asyik nak main. Sebab taknak bagi dia memanjat sorang2.. sang lekit letak dalam walker tolak walker dia kat peti ais. Sebab kat peti ais lala akan main dengan patung ribena yang sang lekit lekat kat pintu peti ais tu. Ingat boleh la masak bubur lala sambil perhatikan dia main. Tapi...

Sang lekit cuma paling muka sekejab untuk siang udang 3 ekor. Cuma nak buang kulit je. Sang Lekit toleh balik kat lala tengok2 dia dah meniarap atas walker. Separuh badan (dari dada hingga kepala) dah atas sofa.. Separuh lagi atas meja kecik walker tu. Kalau lah roda walker tu bergerak ke belakang confirm jatuh terhempap kat lantai. Dia nak ambil kertas resit beli barang. Berjaya jugak la dia dapat. Den macam nak gugur jantung je bila tengok.

Serik memang serik walau sang lekit jarang biar dia main sorang2 tapi biarlah itu kejadian pertama & terakhir. Biarlah dapur tak berkemas, rumah bersepah sikit, baju lambat cuci.. asalkan lala tak terdedah pada bahaya. Bayangkan tak sampai 5 minit sang lekit paling muka dah dia buat aksi superman macam tu.. Lala memang sangat lasak biarpun dia tak merangkak tapi bila dah pandai memanjat, lasak dia makin menjadi jadi. Setakat kena tendang dengan lala masa tidur tu memang hari2 la kena. Bila tengok TV dia nak panjat TV. Letak depan pc habis di hentak2 keyboard mummy. Pendek kata nak buat apapun sekarang kena tunggu dia tidur. Tu pun kena jugak berjaga. Takut dia terbangun.. terus buat aktiviti extrem dia di luar pandangan kita pun bahaya. Dia bangun jarang menangis.. terus main je.

Sebab tu la bahayanya walker. Tapi bahayanya si lala ni bukan letak dalam walker jer.. letak kat bawah pun sama. dia asyik cari benda dia nak memanjat. Walaupun dia selalu panjat sofa tapi risau jugak takut dia jatuh terhempap kuat. Akibat dari kejadian tersebut hari ni lala makan pun lewat.. sang lekit mandi pun lewat.. apatah lagi makan. Trauma sekejab. Dia sampai petang baru tidur. Kebetulan hari ni dapat call pasal Parentting blogger for milk Campaign tu.. minta sang lekit buat Draft  pasal susu Anmum Essential. Buat jugak la sambil2 perhatikan lala. Manalah tau ada rezeki.. cuba je la. Ye tak??? Sebab kelam kabut tersalah paham ter post lak kat blog tapi dah draft balik. Sepatutnya kena submit dulu kat Si Karen tu.. lepas tu dia akan submit dulu kepada advertiser kalau dorang suka baru dapat.

Dalam tak berapa ada masa sempat juga siapkan walau tak berapa sempat nak buat sangat

P/S : gambar lala buat aksi superman tu takde.. Gila time tu nak fikir ambil gambar. Yang sang lekit fikir time tu cuma bertindak pantas sebelum jadi sebarang perkara yang tak di ingini.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com