PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DI LUPAKAN DENGAN ZALORA
PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DI LUPAKAN DENGAN ZALORA. Kali ni tajuk entri aku betul2 ikut format bahasa melayu yang betul katanya. Bahasa buku sungguh. Kalau tak tajuk entri aku kalau tak buat tajuk dengan bahasa pasar.. mesti ala2 tajuk akhbar atau tajuk majalah hiburan yang penuh gimik katanya. Sekali sekala apa salahnya...Tajuk memang sesuatu sangat tau. Pengalaman macam mana gamaknya dengan zalora ni. Pengalaman pahit ke pengalaman manis. Orang kata pengalaman pertama ni sukar di lupakan sampai akhir hayat.. Almaklum la pertama kali merasa katanya. Lain la blogger2 lain yang sebelum ni tiga empat puluh kali dah berkerjasama dengan Zalora. Depa blogger pilihan zalora so tak rasa apa2 sangat dah kalau dapat kerjasama macam ni. Lain la aku baru first time dia punya cempeqa macam kera dapat bunga jugak la. Hahaha
Pada entri2 lepas aku dah cerita pasal collaborate dengan zalora ni. Seperti yang di janji kan lepas buat kerja dapat upah Voucher membeli belah di Zalora sebanyak Satu Ratus Ringgit. 3 hari 2 malam pulun aku dok windows shopping kat zalora tu.. Bila ada dapat barang yang nak beli try redeem dengan voucher tak lepas sebab bukan semua barang boleh claim dengan voucher yang dapat. Ada barang2 tertentu je. Salah satu barang tak boleh beli dengan voucher barang yang ada sale diskaun la.
Sebab banyak barang kena reject akhirnya aku decide proceed je satu barang lip lap lip anak mami ni.. Dok aiihh... mana ada aku beli barang kemas berkepok2 dengan voucher seratus tu. Jangankan separuh lengan... hujung jari pun tak cukup kot nak beli barang kemas dengan voucher seratus. Tapi tak pe ada je barang lip lap lip lap boleh beli dengan harga RM100 tu.. Nak tau barang apa... Inilah dia barang yang aku redeem dari voucher zalora bagi tu.
Eyki Kimio Japan Quartz Gold white Leather Watch namanya. Kalau sekarang harga dia kat Zalora RM95. Tapi masa aku order tu masih RM89. |
Bling bling.. penuh diamond katanya. Ni pun kategori lip lap lip lap anak mami jugak la. Harga dia masa aku proceed RM89.. so ada la lebih RM11 dari voucher tu. Tapi burn macam tu je la. Takpe la.. Aku anggap sedekah jariah kat zalora balik la RM11 tu. Puas hati sangat la bila sampai kat tangan. Jam dia tak berat.. warna dia cantik.. size dia tak besar & kecik sangat. Letak kat tangan.. memang nampak elok ja. Kualiti dia pun nampak elok sangat. Cuma tali je la panjang. Almaklum size tangan aku tak cukup lebar katanya. Tu perkara biasa. Kalau beli jam memang aku kena potong tali pun.
Zalora bukan jual jam tangan jer tau.. Dia merupakan pusat fesyen online yang di kenali ramai la. Semua fesyen2 yang di jual kat Zalora memang majoriti up to date & trendy. Kalau korang jenis suka berfesyen, mungkin zalora boleh jadi salah satu online shop pilihan korang la. Nak tau korang memang suka berfesyen ke tidak meh jawab survey ni dulu >> Apa jenama Fashion Kegemaran Anda << Betul ke tidak korang memang suka berfesyen akan di ketahui. Kadang2 ada orang acah2 je macam fashionista sangat padahal tak pun. hehehe
Membeli belah di Zalora secara online ni jangan risau barang lambat sampai sebab Service penghantaraan dia bagi aku cepat untuk kali pertama membeli belah dengan Zalora. Aku order dalam hari sabtu kot tak silap.. Isnin dah sampai. yelah. Ahad kan cuti so mesti la isnin barang sampai. Takde cacat cela celah mana pun barang yang sampai.
Apapun terima kasih pada Zalora.. Harap kita boleh berkerjasama lagi di lain masa. Insya Allah kalau ada rezeki lagi.