Showing posts with label Nuzul. Show all posts

MENTOR MILENIA MINGGU KEDUA.. USOP MENANGIS ATAS PENTAS WALAUPUN PERSEMBAHAN MACAM TAK FEEL JE

MENTOR MILENIA MINGGU KEDUA.. USOP MENANGIS ATAS PENTAS WALAUPUN PERSEMBAHAN MACAM TAK FEEL JE. Semalam minggu kedua pentas mentor milenia 2017. Terlepas jugak 15 minit rancangan tu sebab terlupa. Almaklum la.. Aku sentiasa busy & busy body dengan macam macam benda kat rumah. Nak2 lagi kalau hari ahad.. Siang hari tu masa untuk keluar dari kepompong melihat dunia yang penuh pancaroba katanya.. Pulang dari Dunia yang sangat menguji poket & wallet.. Macam2 benda nak kena urus kat rumah. Apa ingat balik bersuka ria boleh terbongkang urut kaki ke.. Itu tidak bagi mereka2 yang dah masuk zon bini orang & mak orang ni ok.

Dah selesai semua baru la nak rehatkan badan.. Tengok jam dah pukul 9.15 malam.. Alamak.. Terlepas 15 minit mentor milenia minggu kedua tapi masih sempat tengok semua persembahan protege minggu kedua semalam.. Macam biasa selaku juri surirumah.. Aku akan bagi komen setiap persembahan kat Facebook.. So korang boleh baca jer komen2 dari aku semalam kat facebook tu..

Kelaut balqis nyanyi starting lagu faradhia. Dah terlepas 15 minit mentor milenia. #protegehazama #mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Elica pun nyanyi tak power & kelaut jugak ni pasaipa. Berjangkit ke hapa dengan balqis. #protegeakim #mentormilenia

Muka tomok tengok Qalisha nyanyi macam tak puas hati je hahahaha. Kelaut jugak protege ketiga malam ni. Tengok next protege pulak nyanyi. Kelaut ke kedarat #protegetomok #mentormilenia #mentormilenia2017 #teamusop

Nuzul nyanyi lagu selamat. Nampak selesa je dia nyanyi. Tak berapa kelaut sangat. Kira suara dia nyanyi ni macam angin sepoi2 bahasa la sedap. Cuma rasa persembahan dia last week lagi power dari minggu ni. Hehehe#protegeblack #mentormilenia #mentormilenia2017 #teamusop

Amboi mat kpop malaysia ni kemain menari. Siap minta dato hattan komen persembahan dia lagi. Apapun dia memang menghiburkan. Level confident memang tinggi cuma suara je kelaut. #Erwin #mentormilenia#mentormilenia2017

Sampai qeyau (nangis) punya feel usop nyanyi malam ni. Tapi rasa kurang power persembahan dia malam ni. Kemain malam ni hangat juri dok cakap pasal gosip usop & balqis. #protegehazama #mentormilenia#mentormilenia2017 #teamusop

Syeera boleh la tahan persembahan dia malam ni. Aku setuju dengan dato hattan persembahan dia paling terbaik malam ni. Tapi macam pelik perempuan nyanyi lagu lelaki yang dalam lirik dia macam memuja seorang perempuan. Hehehe #protegeblack #mentormilenia #mentormilenia2017

Anna nyanyi lagu fav aku malam ni. Tak tau la sebab aku suka lagu ni kehapa tapi aku dengar sedap je dia nyanyi. Cuma baju dia malam ni aku nampak buruk. Marsha milan kena sound dengan dato hattan sebab cuba buat lawak pasal badan ana. Pengacara becareful kadang2 nak buat lawak terkurang ajar tanpa niat. Hehehe #protegeakim #mentormilenia#mentormilenia2017 #teamusop

Wah anak menakan Ezad Lazim bawak lagu berat malam ni. Kekasih awal & akhir. Suara Along nyanyi lagu ni ada macam jamal abdilah sikit2. Ok power! Dia nampak selesa & confident bawa lagu ni. #mentormilenia#mentormilenia2017 #protegetomok #teamusop

Malam ni antara 3 protege mungkin jadi juara mingguan
1. Syeera
2. Along
3. Usop sebab dia viral. Tak mustahil boleh menang even persembahan dia malam ni tak power sangat. #mentormilenia2017 #mentormilenia

Juara mingguan (minggu kedua) mentor milenia 2017 anak menakan Ezad Lazim Along. Tahniah! Selayaknya dia menang minggu ni. 
Nuzul peserta pertama tersingkir untuk minggu kedua. Bye bye nuzul#mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Walaupun Usop peserta yang paling Viral & aku team Usop.. Tapi memang persembahan dia semalam kurang mantap & agak mengecewakan.. Dia masih belum boleh pelbagaikan lagu yang dia bawa. 2 Minggu dia di beri lagu yang dia selesa & memang kemampuan dia untuk bawa dengan baik.. So kurang mencabar vokal dia la kot. Minggu ni bila mentor dia pulak yang bagi lagu untuk dia nyanyi nampak agak spoil nyanyian dia semalam.. Tapi dia macam feel je sampai nangis2 tu nyanyi. Feel kat sapa atau kenapa.. Tu tak tau la kan? Tengok juri Hattan & pengacara rancangan Mentor Milenia dok gosip dia dengan Balqis.. Tak tau la depa tengah baru nak ada apa - apa ke. Atau sekadar gimik je nak mensensasikan rancangan tu.. Biasa la kan. hehehehehe

Mentor2 semalam nampak macam stress je memasing kecuali Akim.. Paling ketara nampak emosional adalah Tomok. Juri awam pulak.. Hope next week bagi orang lain la.. Persembahan semua protege semalam.. kebanyakkan ke laut. Tapi Minggu ni juara mingguan Along.. Memang bawa lagu yang nampak dia boleh bawa dengan baik & dia perform dengan baik. So, pemenang minggu ni aku setuju dengan juri. Tahniah Along...


Apapun buat Nuzul yang tersingkir di minggu kedua.. Hope terus berjaya kalaupun bukan dalam seni suara. Atau boleh cuba lagi untuk realiti TV yang lain.. Bukan tak boleh nyanyi cuma mungkin belum cukup mantap nyanyian dia. Pada yang masih kekal di dalam mentor milenia terutama Usop.. Hang jangan selesa sangat na.. walau hang paling viral & banyak supporter ok! Kedudukan hang dalam mentor milenia belum tentu terjamin ok! Make sure next week.. Buat persembahan yang lebih baik. Sebab minggu ni sangat kurang baik nyanyian hang tu.


Minggu depan aku belum tentu akan jadi juri surirumah lagi.. Tengok la macam mana. Kalau aku masih ingat mentor milenia ni aku tengok la kan.. Aku ni kadang2 hangat hangat taik ayam je support rancangan realiti TV macam ni.. Sampai mood malas nak layan kang aku tak layan la. Hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com