Showing posts with label Rumah Pusaka Simpang Jalan. Show all posts

KISAH SAKA RUMAH PUSAKA MENCARI PEWARIS

KISAH SAKA RUMAH PUSAKA MENCARI PEWARIS . Untuk segmen seram serik lekat lekit untuk malam ni aku nak story satu kisah berkenaan saka.. Saka yang mencari pewaris.. Sejenis saka ni adalah dari spesis Jin belaan yang boleh hidup sampai beribu tahun. Sebab tu saka boleh di warisi sampai 7 keturunan sekalipun. Jadi bila pemilik asal saka ni meninggal dunia.. maka anak cucu perlu mengambil alih tugas membela saka sebab saka takkan mati bersama tuannya. Kisah Saka yang menjaga sebuah Rumah banglo pusaka. Alkisahnya bermula di sebuah Rumah Banglo Pusaka Di Simpang Jalan..


Gambar Sekadar Hiasan


Saka yang sekian lama menghuni banglo pusaka selepas tuannya mati mencari pewaris untuk menjaganya. Jadi dia mencari semua waris keluarga tersebut yang dah terpisah untuk berkumpul dalam sebuah rumah banglo pusaka. 3 Individu yang berketurunan keluarga tersebut dia panggil kerumah tersebut dengan alasan untuk di wariskan harta peninggalan moyang mereka. Sebab ketiga2 mereka mempunyai masalah kewangan maka masing masing datang kerumah tersebut dengan harapan dapat mewariskan harta peninggalan moyang mereka. Semasa mereka semua sampai & tinggal di rumah pusaka tersebut sebagai syarat untuk dapat wariskan harta peninggalan moyang mereka.. Berlakulah kejadian kejadian seram... sehinggalah pada satu malam. Kesemua mereka bertemu dalam satu bilik.. muncul seorang yang mengaku moyang mereka & minta waris keturunannya terima saka belaannya untuk membolehkan mereka mewariskan hartanya. Salah seorang dari mereka menolak untuk meneruskan amalan khurafat berlaku pergaduhan...




Keesokkan pagi kesemua mereka di temui.. berselerakkan di tapak banglo lama yang hanya tinggal cebisan tiang & dinding.. Dah memang takde rupa rumah.. penuh semak samun. Barulah mereka semua tahu yang sebenarnya semasa mereka datang & di sambut seorang yang mengaku sebagai penjaga rumah pusaka tu cuma jelmaan saka yang mencari pewaris.. Rumah banglo pusaka yang mereka nampak cuma permandangan yang dah di kaburi syaitan. Rumah tu sebenarnya dah tak wujud. Moyang yang mereka temui jugak sebenarnya dah lama mati... Semua tu trick hantu raya @ saka yang nak cari pewaris untuk membelanya.

Itulah kisah dari Filem Rumah Pusaka Simpang Jalan.. Filem ni kategori seram komedi jer.. Tapi dekat2 nak ending tu dia tak berapa komedi sangat dah. Starting boring sikit.. lawak pun tak berapa lawak tapi masih kategori boleh tonton la sebab aku boleh nganga jugak depan TV kan. Tapi dekat2 hujung cerita tu.. agak menarik la cerita dia. Starting cerita ni memang kita tak boleh teka apa yang berlaku. Elemen seram tak banyak.. Atau senang filem ni tak seram langsung. Hantu2 pun tak berapa hantu sangat la sebab maybe filem komedi seram kot.. Boleh la nak santai tengok anak beranak sebab filem ni takde adegan ranjang atau peluk cium bagai...


watak Jihan Muse dengan gaya rambut kembang mak datin tu aku rasa kelakar. Macam DS Rosmah je hahaha


Info pasal filem ni.. Pengarah Mamat Khalid.. Tayangan 1 Januari 2015 lepas. Dah ada dvd kalau nak buat koleksi. pelakon terdiri daripada Pekin Ibrahim, Jihan Muse, Syuk SYJ, Bell Ngasri, Fatin Syahirah dan Ahmad Maembong. Filem ni 90% cerita dia dalam rumah banglo pusaka tu jer... So, pada sesapa yang minat filem seram tapi penakut nak mampus.. filem ni sesuai la untuk korang tonton sebab tak seram langsung. Hahahaha

Moral of the story... Saka.. adalah Jin belaan manusia yang perlu di warisi. Selalunya orang yang bela saka ni.. dekat2 dia nak mati dia perlu wariskan Saka tu kalau tidak dia akan jadi macam mayat hidup. Sebab Saka akan menumpang hidup dalam jasad dia walaupun dia dah mati. Orang akan nampak dia masih hidup.. Tapi Kalau ada tok nenek korang yang pernah ada Saka.. buang je tak payah teruskan amalan syirik & khurafat tu. Saka pun boleh di buang dari keturunan kita. Dalam rawatan Islam pun ada kaedah untuk buang saka ni... Jadi yang beragama Islam sila dapatkan khidmat peramal perubatan Islam kalau ada masalah Saka ni.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com