GOSIP ADALAH PERKARA YANG SEMUA ORANG BUAT
Kita ni kat laman sosial kadang2 rasa bila kita tak buat something tu macam kita baik sangat dah kan.. Contoh macam tajuk entri ni. Gosip.. tak kira la gosip pasal artis, pasal isu2 semasa, pasal orang2 sekeliling, pasal kawan atau pasal apa2 mahupun sesiapa je la. Kalau tulis dalam blog gosip pasal retis kemain keluar statement menyindir kat FB.. Baik aku layan lawak bodoh dari dok viralkan gosip katanya...
Sumber google
Kita semua ni termasuk aku kadang2 terlupa apa yang kita buat & lebih nampak apa yang orang lain buat. Kita rasa macam kita dah gud gud sangat bila kita tak tulis entri berunsurkan gosip tapi kita lupa kita juga memperkatakan tentang gosip even bukan di blog. Jadi.. apa beza kita dengan yang lain? Aku tak point kat mana2 individu yer.. tapi aku point kat semua termasuk diri sendiri. Ni kira entri selain mengata orang sambil membuka pekung di dada jugak la. hahahahaha
Jadi.. sebagai manusia tak perlu la kita rasa kita je betul kan padahal kita sedia maklum setiap hari ada je dosa yang kadang sengaja kadang tak sengaja kita buat. Cuma beza yang menjadi ia nampak betul atau nampak macam salah besar sangat adalah pengaruh yang kita ada. Yang banyak pengaruh.. nampak mulia je. Yang macam aku ni.. Silap cakap bagai satu dosa yang tak terampun la kan. Tapi.. Di mata Allah.. kita tetap melakukan dosa yang sama. Tapi lumrah la kita manusia.. pandangan manusia lebih menjadi keutamaan berbading pandangan Allah kan?
P/S : Aku tak pelik kalau ramai yang terasa dengan entri ni termasuk la aku pun terasa jugak dengan entri aku sendiri sebabnya.. kita buat maka kita akan terasa. Peace!