Showing posts with label akad nikah. Show all posts

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP. Mula dah viral kat media sosial pasal pernikahan pasangan retis kita ni.. semua orang sedia maklum depa memang pasangan bercinta jadi kalau kawen tu bukan benda pelik atau mengejutkan sangat la. Dah suka sama suka kan.. Cuma tu la tak ada angin tak ada ribut.. tak dengar pun planning nak kawen yang di gembar gemburkan di media tetiba selamat dah menikah depa hari ni. Alhamdulillah..


Tak salah pun depa nak kawen senyap senyap.. Sebab apa depa buat perkara baik. Mendirikan rumahtangga tu umpama membina masjid besar pahalanya cuma dalam Islam ni bila nak nikah ni di galakkan kita me war war kan perkahwinan tersebut supaya tidak timbul fitnah. Nak - nak lagi retis la.. Jangan sorok benda ni bakal mencetuskan kontroversi & fitnah terhadap diri anda jugak. Kawen senyap senyap tetiba orang tahu korang tinggal serumah.. nak di jadikan kesah hangat lagi tup tup kau termengandung bagai.. Orang tak tau kau dah nikah sebab konon tak privacy bagai... Kan dah jadi fitnah yang maha besar.


Sebab tu la apa yang Islam galakkan kita buat ada sebab & kebaikkan dia. Takde sesaja dia nak suruh hangpa war war kan perkahwinan sebab nak suruh menunjuk nunjuk kat orang hangpa dah kawen. Bukan itu sebabnya yer adik adik. Sekadar untuk mengelak fitnah sahaja.


Tapi Jep & Sari Yanti ni tak di kira kawen senyap senyap dah sebab semua orang dah tau. So, takde la berlaku fitnah apa - apa kan. Maybe bukan perancangan depa nak kawen senyap senyap kot cuma depa nak buat suprise je kat peminat & wartawan. Kalau betul depa nak kawen sembunyi sembunyi takde la gambar depa nikah tersebar ke serata alam maya sekarang ni kan? Rasanya gimik je kot ni... Sekadar meraih publisiti katanya hahahaha

Video semasa akad nikah Jep Sepahtu & Sari Yanti

Apapun selamat pengantin baru buat mereka. Semoga perkahwinan antara mereka kekal hingga ke syurga.

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Almaklum la orang tengah mood cuti maka blog puaka jadi blog retis sekejab. Nak tulis cerita seram time orang tengah bercuti memang tak ada sapa nak hadap sangat. Orang yang bercuti tak kemana mana macam aku ni je masih hadap blog. Nak buat macam mana masih tak berkesempatan nak holiday even balik kampung pun tak sempat lagi.

Semalam dah tayang2 gambar majlis bertunang & berinai sam & syatilla malam ni meh la kita tengok gambar depa nikah pulak kat Penang sana nu.. Almaklum pengantin perempuan orang penang.

Dah selamat jadi suami orang. Jangan menangis gegadis di luar sana

Yang aku perasan si Sam ni memang dari sejak semalam dia rajin sungguh dok selfie.. ambil video & snap gambar dari smartphone dia. Mungkin dia memang suka bergambar kot. Apapun dedua sama cantik sama padan. Tak ada cacat cela kat mana2 pasangan ni untuk jadi pertikai. Almaklum la.. Manusia ni kadang datang majlis nikah orang ada je tak kena. Pengantin lelaki hensem, pengantin perempuan kurang lawa pun depa mula nak buat spekulasi. Kalau pengantin laki tak ensem tapi pengantin perempuan comel mula la nak kata tu mesti kaya... Padahal kadang2 soal hati ni susah kita nak ramal.

Apapun Allah dah tulis jodoh mereka. Sampai bila atau setakat kita doakan je la sehingga ke akhir hayat bersambung ke syurga. Jadi untuk tidak membebel dengan lebih lanjut mai la tengok gambar2 depa nikah tadi..



Pada peminat shaheizy sam atau syatilla melvin jangan ada yang menangis bawah bantal pulak lepas ni yer.. Redha kan jodoh mereka. Hangpa tak payah berangan sangat la kan.. Kembali la ke alam nyata tak payah hidup dalam drama cinta melayu sangat. hahaha

Punyalah nakal anak mak ni.. sempat dia prank bini dia lepas akad nikah

Sam & Tilla dah selamat di ijabkabulkan. Lepas ni mesti nak honeymoon. honeymoon tak semestinya pergi bercuti. Dalam bilik pun honeymoon jugak. Elok sangat la mana2 pasangan dah berkahwin kalau nak honeymoon mungkin perlukan benda ni untuk lebih bahagia bila bersama. Kenapa beli sekarang? Sebab sekarang tengah buat sale sempena Valentine.. Siap ada free gift lagi couple t-shirt. Tapi Awas! Untuk pasangan yang dah berkahwin je boleh guna.. sebab yang berkahwin je halal buat hubungan kelamin. Nak tahu produk apa meh tengok sini >> Valentine Day Sale Untuk Pasangan Suami Isteri rasa lebih bahagia bila 'bersama' <<

Apapun selamat pengantin baru buat Sam & Tilla.. Selamat menempuh kehidupan yang lebih mencabar selepas ni.

GAMBAR PERNIKAHAN STACY DAN AKIM

GAMBAR PERNIKAHAN STACY DAN AKIM. Tahniah buat pasangan pengantin baru stacy & akim yang di nikahkan pada hari yang penuh keberkataan, hari ni (Jumaat). Comel stacy dalam busana nikah & bertudung.


Pengantin baru sama cantik sama segak ni, nampak berseri seri sangat hari ni dengan tema serba putih. Nak2 depa dedua ni memang berkulit putih bertambah seri pengantin katanya. terasa macam nak akad nikah sekali lagi pulak tengok depa berdua ni. hahaha... tetiba je kan? Dah la semalam mimpi jumpa zamani slam.. Nak minta nombor telefon macam2 nombor dia bagi... erkk... apa kena mengena pulak dengan cerita stacy & akim kawen.


Apapun semoga Akim dapat membimbing Stacy menjadi seorang wanita & isteri yang solehah.. Insya Allah. Perubahan tak semestinya secara drastik kan. Nak2 lagi bagi mereka yang baru memeluk agama Islam.. Mungkin perlu masa & waktu untuk mereka belajar & mendalami Islam. Kita yang lahir2 Islam pun tak perfect mana, so tak perlu la kita nak kecam kalau dia masih serba serbi kurang lagi sebagai Islam.


Pada stacy & Akim.. Lepas majlis perkahwinan ni boleh la honeymoon kat Hotel ni. Bukan je berkonsepkan eksotik malah mampu membangkitkan keghairahan pengantin baru katanya.. >> Inilah Hotel Berkonsepkan Eksotik Paling Sesuai Untuk Pengantin Baru << Almaklum la bulan madu mesti la nak mood yang romantik baru la datang rasa nak bersama pasangan. Sementara tak ada anak lagi ni. Jadi tempat paling sesuai untuk pasangan pengantin baru adalah tempat2 macam tu la. Ni check in hotel tengah bandar.. dok dengar bunyi enjin kereta je mana nak feel ye dak? hahahaha


Semoga Akim & Stacy di beri kebahagian dunia akhirat.. Semoga ikatan perkahwinan antara mereka berkekalan hingga kesyurga & di kurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin...



CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA. Amboi... Tajuk tak menahan tu. Mula la sel2 otak jadi warna kuning. Masing2 mula membayangkan upcara dalam selimut sedang berlangsung. Hangpa ni kan.. kalau sebut teruna & dara tu ja hangpa bayangkan. Hello.. Walau aktiviti tu tak berlaku pun tapi bila masuk satu alam ni memang akan hilang teruna & dara dia walau belum di sentuh pun. Nak tahu alam apa.. alam ghaib ke.. alam maya ke hapa meh baca dulu.


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang bertemu jodoh.. Sana sini orang dok cerita pasal jemputan perkahwinan. Maka cuti sekolah sejak dulu lagi sinonim dengan orang akan hilang dara & terunanya... Hahahha. yelah.. dah kahwin tak ada orang nak panggil anak dara & anak teruna lagi. Dah jadi bini & laki orang confirm la hilang title teruna & dara tu, ye dak? Maka hilanglah teruna & dara dalam hidup pasangan yang dah berkahwin sejak dari lepas akad nikah. Kau sentuh menyentuh ke tidak.. Lepas je kau dah sah jadi laki bini takde orang nak panggil kau anak dara & anak teruna dah. hahahaha

Musim cuti sekolah banyak orang kahwin so musim cuti sekolah la orang banyak hilang teruna & dara so takde salah la tajuk entri tu, kan??.. hahahaha. Bila dah kawen mesti la nak honeymoon bagai bagi yang memang dah sediakan budget honeymoon. Kalau yang ada budget tak tau nak pergi mana ber honeymoon inilah masa yang paling sesuai anda ke Boracay atau Cebu. Kenapa time ni paling sesuai korang ke sana. Ini sebabnya >> Ini sebab Kenapa Anda Perlu Ke Cebu atau Boracay sekarang. Kalau lain kali tak jamin benda ni ada lagi <<

Pada semua pengantin baru & bakal pengantin baru di musim cuti sekolah ni.. Selamat pengantin baru & selamat menempuhi detik2 anda bakal kehilangan teruna & dara. Semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan hingga ke akhir hayat & bertemu semula di syurga.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com