MAK BUYUNG, BOYOT, PENGUIN, GEMUK.. TAK SENTAP PUN!
Rata - rata sang lekit baca mengatakan wanita hamil ni sangat sensitif. Mudah tersentuh walau perkara tu kecil sangat. Itu tak di nafikan sebab dari hasil pembacaan sang lekit sejak mengandung ni memang ada artikel/info yang mengatakan wanita hamil memang akan jadi cepat tersentuh.Macam mana pula dengan Si boyot yang bernama sang lekit ni? Diri ku biasa saja.. Sensitif tu ada tapi rasanya takde la serius sangat. Sensitif yang sang lekit rasa bukan sebab perubahan hormon ketika mengandung kot. Sang lekit memang sensitif & akan rasa sentap kalau orang cakap benda buruk tentang anak dalam kandungan sang lekit. Kalaupun sang lekit yang salah tapi takde kena mengena dengan baby dalam perut, jadi sang lekit tak suka dia di kaitkan. Sensitif bila ia berkaitan dengan keluarga. Tu sensitif yang biasa & harus sensitif bagi sang lekit.
Tapi ada wanita hamil ni kalau sebelum hamil perangai dia lain tapi selepas hamil dia jadi lain. Salah cakap, salah gurau, salah tanya pun dia akan jadi cepat tersentuh, marah atau sedih. Ada blog cik puan mana entah sang lekit lupa.. Sang lekit baca dia sangat sensitif bila orang gelarkan dia mak buyung. Jangan mencebik pada dia.. Dia tengah mengandung. Normal dia cepat tersentuh walau pada gurauan atau perkara2 kecil saja. Jadi hormati la perasaan ibu2 hamil ni walau tahap sensitiviti dorang macam mana pun.
Berkaitan gelaran yang berbentuk gurauan semasa dalam hamil ni.. Sang lekit takde la sensitif sangat. Setakat mak buyung, si boyot, gemuk, penguin (tu semua panggilan en hubby pada sang lekit sekarang) takde benda pun. Mungkin jugak ia berkaitan dengan perangai sang lekit sebelum ni yang dah biasa bergurau kasar lebih2 lagi dengan en hubby. Sang lekit tetap boleh terima sebagai gurauan yang menceriakan lagi hubungan antara kami. Kadang - kadang dia ajuk cara sang lekit berjalan. Yelah.. perut makin besar jalan pun terkedek2 macam penguin. Pun takde hal..
Penguin pun comel apa.. (Carian google)