Showing posts with label muka. Show all posts

SERIUS! ANIZON INNER NECK MAMPU MENGUBAH BENTUK WAJAH TANPA PLASTIC SURGERY

SERIUS! ANIZON INNER NECK MAMPU MENGUBAH BENTUK WAJAH TANPA PLASTIC SURGERY. Trend sekarang ber shawl bagai atau trend bawal pakai style ala2 budak sekolah dulu. Tak lipat dah tepi biar muncung macam tu. Saya ni tak berapa hafal nama2 style tudung ni. Saya lebih selesa style shawl yang selempang. Nampak simple tapi stylo. Even nampak ringkas tapi nampak trendy la jugak kan. Ntah sapa la yang mencetuskan fesyen shawl macam tu. Thanks la tak menyusahkan para mak mak ni nak membelit shawl sampai tercekik katanya.


Bila pakai shawl style selempang macam tu harus la kena pakai inner neck. Sebab nak menutup bahagian leher kan. Nak nak lagi yang pakai jenis pinless tu. Main selempang macam tu je kan. Macam saya guna juga satu pin bawah dagu. Nak2 lagi masalah orang perempuan ni memang suka hilangkan pin tudung. Jadi jimat la dari kena topup pin selalu hehehe

Antara Artis yang menggunakan Anizon Inner neck
Tapi tak semua Inner neck ni selesa & cantik di pakai. Inner neck ni pun ada macam macam kat pasaran. Tapi yang saya paling suka, Inner neck jenama Anizon. Sebab dia membentuk cantik kat muka selain bentuk dia kita boleh setting sendiri. Nak melekat kat muka atau nak muncungkan dia pun boleh. Ikut pilihan kita.

Yang bestnya mesti hangpa tau pasal Inner neck ni. Selalunya orang memang nak effect muka dia nampak bujur, nak sorokkan double chin.. Nak nampak muka kurus & langsing. Dengan Inner neck Anizon ni bukan je tak payah nak teruk - teruk buat plastic surgery atau nak guna teknik shading makeup sangat. Bila hangpa sarung ja.. Dia boleh memberi effect bentuk wajah yang hangpa nak. 1 Inner neck hangpa boleh membentuk muka hangpa seperti hangpa nak. Cuma nak buat bentuk empat segi je tak boleh. Setakat bulat & bujur tu takde masalah.

Saya paling suka Inner neck ni.Kalau nak bagi effect muka bujur..just tutup dagu & muncungkan. Kalau nak effect muka bulat. Rapatkan inner melekat kat muka & tolak ke belakang penutup dagu tu. Abaikan muka.. Malas nak touch up. Almaklum kat rumah hahaha

Yang best lagi Inner Neck Anizon ni.. Dia jenis tak mula kelepet.. Kalau di jadikan anak tudung untuk untuk solat pun kalau kita sujud.. lepas tu bangun dia akan kembali ke bentuk asal. Dia tak terpenyet & berkedut.



Inner neck Anizon ni yang specialnya dia ada penutup di bahagian dagu. Kelebihan penutup bahagian dagu ni selain untuk menutup aurat dengan sempurna dia boleh memberi effect kurus pada wajah. Senang nak sorok double chin katanya. Tak caya try la nak2 lagi yang muka terlebih pau tu hehehehe.


Yang jenis ni kalau emergency posmen ketuk pintu.. Boleh sarung jer. Senang

Selain mudah di bentuk & bentuk dia tidak berubah walau beraktiviti lasak, kain dia juga tidak panas & menyerap peluh. Tidak terlalu tebal & tidak terlalu nipis. Selesa di pakai.

Antara kelebihan lain Anizon Inner neck ni adalah..

⇛Wajah anda lebih bujur.
⇛Menyembunyikan bentuk wajah yang sebenar.
⇛Membuatkan wajah yang lebar kelihatan kecil.
⇛Menyembunyikan double chin anda.
⇛Membuatkan anda lebih selesa walau cuaca panas.

Bila mengenakan Inner neck Anizon memang boleh menambah keyakinan diri sebab mengubah wajah kita lebih nampak cantik. Tu yang saya rasa la. Sebab Anizon Inner neck ni sesuai di gayakan dengan semua jenis tudung atau shawl.

Jangan Risau ada pelbagai koleksi warna

Paling penting Anizon Inner neck ni free size & Fleksibel sangat. Muka kecik ke muka besar ke semua boleh sarung tak ada masalah & takkan buat kita rasa tercekik je hapa. Sebab dia elastik. Size dia akan terbentuk dengan sendiri mengikut size muka kita.

Berminat nak cuba Anizon Inner Neck boleh hubungi

Whatsapp : www.wasap.my/60169052046 
Facebook : anizoninner neck (shawl)- by chocpurple biz
Instagram : Chocpurple Biz

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak kenal juga siapa pengasas produk tati skincare kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT. Bedak asas ni sangat penting kalau nak bersolek. Tanpa bedak asas rasa macam tak lengkap solekkan & kadang2 pemakaian bedak pun jadi macam tak sekata atau tak melekat pada kulit. Bedak asas seperti yang kita sedia maklum.. Selain menyempurnakan solekkan ia jugak berfungsi menutup cela pada wajah.


Tapi awas.. Bedak asas @ foundation ni.. Bukan semua boleh main pakai jer. Aku pernah jugak tersilap pakai sejenis foundation yang ada brand & harga pun bukan murah sangat. Tapi di sebabkan ia tidak sesuai dengan kulit wajah aku.. Maka tumbuhlah jerawat monster kat muka. Tapi masa pakai memang best.. nampak sekata, kulit jadi cantik tapi kesan dia selepas tu memang menangis depan cermin ok! Jadi penting untuk kita pilih foundation atau apa2 jer produk yang berfungsi sebagai bedak asas yang menepati & bersesuaian dengan kulit wajah kita.

Salah satu produk bumiputera yang selamat & Insya Allah tidak memudaratkan kulit wajah anda adalah Seqybeauty BB Cream. Sebab selain ia mempunya fungsi seperti bedak asas dalam pada yang sama ia juga melindungi & merawat kulit anda. Bagus kan.. Kalau kulit bermasalah seperti jerawat.. Dengan pemakaian yang berterusan boleh merawat masalah yang ada pada kulit anda di samping ia boleh menyembunyikan cela di wajah anda juga.

Testimoni pengguna

Selain menutup cela & merawat kulit, Seqybeauty mempunya SPF 30 di mana melindungi kulit anda dari sinaran UV. So, takde la sunburn sangat kan sebab kesan sinaran UV yang berlebihan ni boleh menyebabkan jeragat & kesan penuaan.

Sesetengah BB Cream kadang2 bila kita berada di tempat panas ia akan jadi pecah minyak tapi BB Cream Seqybeauty ni Tidak berminyak. Kalau jenis kulit kering dah tak perlu apply pelembab sebelum bersolek. Just pakai terus Seqybeauty BB cream ni.. Ia mengawal kelembapan pada kulit & kulit anda tidak kering.


Secara ringkasnya kelebihan Seqybeauty BB Cream ni adalah..

* Sesuai untuk semua jenis kulit.
* Menutupi cela di muka.
* Sebagai bedak asas.
* Lebih ringan dari foundation.
* Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
* Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
* Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
* Melambatkan penuaan.
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Antara bahan yang di gunakan dalam SeqyBeauty BB Cream adalah

* Aqua Cream
* Beeswax
* Cetyl Alcohol
* Octyl Methoxycinnamate
* Cyclopentasiloxane
* Dimenthicone
* Caprylic/Capric Triglyceride
* Propylene Glycol
* Titanium Dioxide
* Iron Oxides
* Sodium Chloride
* Phenoxyethanol

Berminat untuk mencuba boleh hubungi :
Whatsapp : 014 9712982


JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..


Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..

1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.

2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka. 

3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.

4.  Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah

5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah

6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit 
Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.

7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.

Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.

MUKA PELAKON DRAMA OPAH BERUBAH JADI PELIK NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK

MUKA PELAKON DRAMA OPAH BERUBAH JADI PELIK NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK. Dulu masa aku masih bergelar perempuan bekerjaya katanya.. Kat opis aku tu ada satu masa tu dok trend cucuk2 vitamin c nak bagi kulit cantik. Nak2 yang ada masalah jerawat & parut jerawat.. Even kulit aku masa tu masih lagi fasa berjerawat tetap aku tak berani cuba cucuk cucuk ni. Nak2 lagi yang cucuk tu bukan doktor bertauliah cuma pengusaha salon ke pekerja salon kecantikkan macam tu la. Tak tau la kat mana depa buat.. masing2 tiap2 minggu kot dok pi cucuk. Nasib baik muka sengsorang tak berubah jadi alien tapi kesan tu nampak masa depa dok cocok2 je lepas dah tinggal kembali ke kulit asal.


Tadi terbaca kat terbaca kat Berita harian Online seorang pelakon yang pernah membintangi drama bersiri opah dulu muka jadi berubah. Bila tengok tu memang jadi lain & pelik dari wajah dia yang dulu. Tak tau la lepas ambil suntikan kolagen untuk menghilangkan parut bekas kesan luka sebab kemalangan ke hapa. Clik nak baca artikel berita harian dia just buat caption macam tu je. Tak tau silap kat celah mana muka dia jadi macam tu sebab nak baca berita selanjutnya BH online ni nak kena register bagai. Dah register pun tak boleh nak baca jugak katanya. hehehe. Kedekut sungguh.


sebab tu la nak buat apa2 atau ambil apa2 produk terutama yang memerlukan suntikan ni kena berurusan dengan mereka yang ada kelayakkan dalam bidang tu. Bukan kelayakkan palsu yer.. Sebab tu kena merujuk ke hospital atau klinik yang sah. Kalau setakat dekat salon2 kecantikkan tak payah ambil risiko sangat la. Kalau jadi apa2 kat muka hangpa dah tak berguna.


Apapun beliau seorang pelakon yang hebat semasa membintangi drama Opah dulu. Drama tu pun memang ada peminatnya tersendiri & menjadi tontonan ramai waktu tu. Tak tau la korang salah seorang peminat drama Opah atau drama lain. Kadang2 drama kat TV ni pun macam sedang melakonkan kisah hidup kita macam drama Opah ni mengisahkan kehidupan sebuah keluarga cuma kita je tak kadang2 tak sedar. Tapi kalau nak tahu drama apa yang seperti kisah hidup anda boleh tengok kat sini >> Rancangan TV Yang Mana Sebenarnya Adalah Kisah Hidup Anda Meh Tengok Kat Sini <<

Moral of the story.. Apapun bersyukur dengan apa yang Tuhan Jadikan dengan wajah kita menyelamatkan kita dari melakukan kerosakkan pada wajah sendiri. Bersyukur tu tak semestinya biar je sampai face wash pun kau malas nak pakai. Bersyukur ada kita jaga sebaik baiknya wajah kurniaan Allah ni agar sentiasa elok bukan mengubahkan mengikut kehendak sendiri. Lukisan Allah pada wajah kita adalah sebaik baiknya.

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK. Sekarang ni dengan macam2 aplikasi yang mencantikan wajah manusia tak perlu susah payah nak makeup atau buat plastic surgery macam retis korea membuatkan ramai manusia cantik di media sosial. Kalau rupa tak lawa jangan risau nak masuk contest selfie bagai.. Sebab aplikasi yang ada dapat membantu ada semua. Cuma perlu snap & win je. Dulu aku pun tak tau gambar yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera boleh guna untuk masuk contest selfie ni. Kalau aku tau dah lama aku join. hahahaha.. Bila tengok ada orang yang boleh menang dengan gambar selfie yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera.. Baru aku tau penyertaan macam tu di benarkan. Almaklum la aku ni kadang2 ada jugak perangai lurus macam pembaris. Yelah.. dah nama contest ingat depa nak pilih yang original cantik bukan hasil susuk2 moden guna aplikasi & editing ni. Rupanya contest sekarang dah tak kisah pasal tu. Asal cantik,menarik dan kau memang da'bomb sudah.


Tapi kecanggihan teknologi smartphone sekarang dah tak perlu aplikasi camera. Standard camera yang ada tu pun dah auto edit muka hangpa jadi lawa. Tak payah cakap smartphone Huawei yang baru tu.. Camera dia siap boleh buat effect bokeh bagai. Dah macam DSLR camera dia. Samsung Galaxy S4 Zoom aku ni pun dah include dengan setting yang mencantikkan gambar. Tak payah nak bazir space install 360 camera atau beauty camera dah. Standard camera pun memang dah elok apatah lagi guna mode2 yang tersedia dalam camera tu. So, tak pelik la kalau orang cakap gambar No Filter pun tetap lawa. Sebab camera tu dah filter siap siap.. Yang no filter sebenarnya kau tengok muka kau dalam cermin. Cermin memang tak filter jerawat ke, pori muka ternganga ke hapa. Seketoi2 dia tunjuk kat kau supaya kau sedar diri katanya. hahahaha

Sebab sekarang ni orang nampak macam susah nak beza gambar yang dah edit atau guna aplikasi camera dengan gambar yang tanpa editing atau No filter ni. Kecuali orang2 yang memang arif la.

Jadi kalau lepas ni orang upload gambar dengan caption No filter tu tak payah teruja sangat la. Sebab camera smartphone sekarang memang mampu buat orang nampak cantik walau tanpa edit atau filter. Kalau nak tau orang tu natural beauty ke tidak kena tengok sendiri depan mata. Gambar2 zaman sekarang ni memang majoriti tak ada yang original sangat termasuk la gambar aku. Kalau tengok live mungkin ada yang baca ayat kursi nak halau jin katanya.. Padahal yang dok depan mata depa tu sebenarnya Suria Lekatlekit hahahaha.

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING. Tak habis habis dengan masalah kulit 2 musim aku ni kan. Kang ada yang tak tahu pulak macam mana kulit dua musim ni. Kulit dua musim ni kulit wajah yang sekejab kering sekejab berminyak. Sebelum ni aku terpaksa guna dua jenis pencuci muka. Bila kulit berminyak aku guna Garden Of Eden Mild cleanser, bila kulit kering aku guna Bio Essence 24k Gold cleaser. Dua2 tu kira membantu la skin aku yang tak consistent ni. Bukan apa kalau berminyak nanti mudah berjerawat & kalau kering pepaham je la. Nampak macam mengelupas. Bila pakai bedak nampak macam berkerak je.Nak kena apply pelembab dulu.


Walaupun tak banyak review pasal produk Ronasutra face wash 4 in 1 ni tapi sebab aku pernah & masih guna kosmetik Ronasutra yang kita sedia maklum, Ronasutra berasaskan mineral yang sangat sesuai untuk orang yang berkulit sensitif & mampu mengurangkan pembiakkan jerawat. Memang sejak guna kosmetik ronasutra memang tak menyebabkan jerawat. Atas dasar kepercayaan pada produk Ronasutra ni maka aku rasa yakin la nak try face was 4 in 1 ni.

Pertama kali apply memang akan rasa kesan dia di mana kulit jadi lembut & licin. Yang best sebab di ada 4 fungsi.. Ada pelembab, toner, boleh di gunakan sebagai make up remover & dah tentu sebagai pencuci wajah yang boleh mencerahkan kulit kalau consistent guna. Kalau jenis spesis malas nak pakai macam2 produk skincare.. Dah cukup rasanya cuci muka guna Ronasutra ni. Lagi satu nak cuci dia tak payah nak basahkan muka.. pump je atas tapak tangan dia akan keluar dalam bentuk buih tu terus je sapu ke muka. Gosok2 sekejab sampai sebati dengan kulit boleh terus pergi bilas dengan air je. Memang boleh rasa kulit jadi lembab macam pakai toner jugak. Kalau ada kesan makeup tu memang face wash ni mampu mencuci bersih walau mascara yang waterproof sekalipun. Yang paling best face wash ni memang tak pedihkan mata. Kau gosok je seluruh muka tanpa was was. Tak macam facial foam yang lain.

Ronasutra face wash 4 in 1. SLS Free. Mengandungi zaitun &  extrak fucoidan. Berfungsi membersihkan wajah, membersihkan kesan make up, melembabkan & melembutkan kulit & mencerah. 

Selepas sebulan lebih aku consistent guna memang kulit jadi normal. Tak kering tak berminyak & tak berjerawat jugak. Kulit pun nampak lembab. Aku ni jenis kalau datang musim malas memang apa2 cream pun aku tak pakai. Setakat cuci muka jer.. Tapi dengan Ronasutra face wash ni Alhamdulillah.. rasa kalau tak pakai cream2 rawatan atau kecantikkan lain pun dah cukup menampung & merawat kulit aku. Yang penting aku dah tak perlu pakai 2 cleanser lagi macam tu sebab masalah kulit yang tak consistent sekejab kering sekejab berminyak. Dengan face wash ronasutra menyelesaikan kedua dua masalah tersebut.

Cara guna dia cuma perlu pump atas tapak tangan kemudian usap seluruh muka sehingga buih tersebut bertukar menjadi toner yang membuatkan muka korang nampak glowing,lembut & licin. Kemudian cuci dengan air. Gunakan 2 kali sehari. Pagi & malam.

Harga yang aku beli RM40 (100ml) dari salah seorang dealer online. Kalau kat luar mungkin di jual dengan harga HQ RM40++.. Jadi pandai2 la survey kalau nak dapat harga murah. Kalau ada yang jual harga lebih murah boleh hello2 aku hehehe.

Jadi pada yang pemalas nak tenyeh macam2 skincare kat muka atau yang ada masalah kulit berminyak,kulit kering,kulit kusam,berjerawat boleh cuba Ronasutra face wash 4 in 1. Insya Allah.. Di jamin puas hati.

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK. Nama bedak ni sebenarnya panjang. Tapi aku pendekkan kat tajuk entri tu. Kalau ikut nama penuh dia Ronasutra Instant coverage Pressed Mineral foundation. Nama dia je boleh buat sinopsis cerpen katanya jadi bagi yang mungkin confuse baca tajuk tu dah jelas la. Yelah mungkin ada yang masih tak tahu Bedak ronasutra ni dah ada dalam bentuk compact. Sebelum ni kan cuma ada loose powder. Bedak serbuk tu. Ada orang katanya alergik dengan bedak serbuk sebab asyik nak terbersin bila nak apply jadi boleh cuba jenis compact pulak.

Cantik cover Pressed Mineral Foundation Ronasutra ni. Nampak bergaya, elegant & mewah katanya.

Tapi sebelum cuba mesti ramai nak tahu sejauh mana ia mampu menukarkan wajah hantu kak limah kepada che ta katanya. Sebab nama dia pun ada coverage maka sememangnya dia berfungsi untuk cover & tutup cela di wajah. Almaklum la.. kalau aku ni yang bekas jurujerawat baru resign kesan kesan peninggalan jerawat tu still ada. Berlopak berliku kat muka aku even tak ada jerawat. Nak hilangkan kawah2 bulan tu ambil masa juga jadi untuk instant covergare aku try guna Ronasutra compact ni la.

Pertama kali apply masa kat booth Ronasutra di wangsa walk mall. Yang tu dia bagi free testing. Tak tau la cermin dia tu jenis menipu ke hapa.. tetiba aku rasa maca lawa pulak muka aku di tenyeh compact powder ronasutra ni. Amboi kemain berseri seri aku rasa muka aku. Dah memang niat di hati tu sejak berkurun lama nak beli. Maka membelilah di situ.

Ni aku ambil yang no 3. Yelah.. sejak semakin sedar diri yang kulit aku melayu asli aku dah tak pakai sangat bedak cerah2 macam dulu. Hahaha

Setelah  seminggu lebih memiliki Ronasutra pressed mineral foundation ni.. Kira banyak kali jugak la aku dah pakai. Sebab aku jenis selangkah keluar pintu muka mesti berbedak. Tu paing basic la aku kena pakai. Tak boleh keluar muka kosong sangat nanti aku mula rasa aku macam selebriti paling hodoh. Macam semua orang pandang aku walhal hujung mata pun orang malas nak tengok. hahahhaa.

Satu kelebihan Ronasutra compact ni adalah tak bercapuk atau nampak macam tebal kat muka walaupun kita tenyeh dekat setengah kilo. Almaklum la nak cover cela2 di wajah katanya kena la pakai tebal sikit. Senang nak pakai tak payah nak tenyeh teruk teruk sangat pun tetap dia nampak sekata je bila sapu di muka. Kedua.. benda ni kalau muka kita berpeluh & panas.. bila peluh tu blend dengan bedak dia bagi effect yang cantik jugak. Nampak macam flawless je tapi tak berminyak walaupun aku pakai dengan pelembab dari jenama Ronasutra jugak. Yang paling penting ia tak menyebabkan jerawat kat muka aku. Kita sedia maklum produk kosmetik ronasutra ni memang sangat sesuai untuk yang jenis kulit sensitif & berjerawat. Ia berasaskan mineral jadi tidak menyebabkan jerawat bila kita guna. Produk berasaskan mineral memang sangat di sesuai di gunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tak kira la apa jenama sekalipun.

Mak Jemah dari sendu tetiba gebu lepas tenyeh Ronasutra Instant Coverage Pressed Mineral Foundation ni. Senang pun senang tak payah tenyeh banyak perkara sebab memang jenis foundation dah. Harga terketar jari jugak nak bayar RM58 tapi tak jadi parkinson lepas suami tolong bayar. Hahaha

Bab Cover cela kat wajah.. Ok la. Dia cover jugak. Tapi kalau yang memang muka teruk sangat tak boleh bergantung sepenuhnya kepada Pressed Mineral foundation ni. Mustahil la dengan tenyeh Ronasutra Pressed Mineral Foundation kulit korang akan nampak gebu & licin kalau dah muka terlampau banyak siku likunya kan. Jerawat bertimbun timbun sampai tak ada jarak antara satu sama lain. Yang mungkin kena pakai concealer untuk cover yang lebih banyak. Tapi bagi yang maybe parut jerawat biasa tu. Jerawat manja2 sebiji dua.. Memang boleh di kaburkan dengan penggunaan Pressed Mineral Foundation ni.

Ronasutra Whitening Moisturizer RM48

Harga dia kalau ikut harga HQ tetapkan RM58. Aku beli pun dengan harga macam tu jugak cuma kalau kat online ada sikit permainan harga. Korang boleh dapat maybe dalam RM50. Pandai2 la cari pengedar produk ronasutra yang offer murah. Untuk Ronasutra Whitening Mositurizer harga dia RM48. Mungkin ada masalah kulit kering boleh pakai dengan mositurizer sekali.

Kesimpulannya... Setakat ni aku tak pernah kecewa lagi beli produk Ronasutra ni. Yang bedak serbuk dia dulu pun aku guna sampai licin jugak. tapi sebab pemalas nak tenyeh2 dengan berus tu aku malas nak repeat. Tapi bila dah ada dalam bentuk compact.. Memudahkan & menjimatkan masa untuk bermakeup. Kalau korang yang jenis manusia tahap busy melampau memang bedak compact Ronasutra paling sesuai dengan gaya hidup anda yang sentiasa nak cepat bersiap sebab dia senang sangat nak pakai. Jenis compact ni buka cover & sapu je. Kalau yang jenis loose power takde cermin pada cover bedak tu & untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik kena guna berus. dah satu hal pulak nak tuang bedak dalam penutup bedak kemudia nak tenyeh guna berus ke muka. Jenis compact ni juga ada cermin. Senang la kalau kat luar nak touch up. Yang paling penting produk Ronasutra selamat & tidak merosakkan kulit.

CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA

CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA. Ahad lepas aku ada singgah guardian.. Macam wajib pulak kalau keluar mesti nak singgah kat guardian. banyak sangat saka2 dalam tu buat nafsu serakah membuak buak nak membeli belah. Kalau masuk pantang keluar tangan kosong kecuali tertinggal wallet kat rumah. hahahaha.. Sebab pernah jadi elok berbaris nak bayar check dalam beg wallet tak ada. Tertinggal kat rumah. Kalau aku masuk guardian memang jarang laki & anak nak ikut.. depa lebih selesa buat aktiviti lain dari tunggu aku membelek barang dalam tu. Aku pun lagi selesa.. sebab takde la budak kecik nak ganggu fokus aku membaca penjelasan belakang produk. Benda tu pun perlukan konsentrasi untuk kita lebih memahami kegunaan & keperluan produk yang nak beli. Jangan main beli je.. alih2 sebenarnya tak menepati keperluan kulit kita.


Tujuan masuk guardian tu motif utama nak beli cotton face dengan sebamed body wash je. Tapi tu la tipikal perempuan.. Motif utama tetap di capai tapi motif lain pun dia capai jugak. Tu yang tercapai Clinelle  Skin Smoothing scrub include mask ni. Tapi aku pakai macam scrub jer.. Takde nak buat mask bagai.

Aku ni ada perangai cempeqa bak kata orang kedah. Kalau beli apa2 tu.. Sampai rumah jam tu jugak nak cuba. Lepas cuci make up bagai.. aku tenyeh la muka aku dengan clinelle scrub ni. Tetiba rasa panas semacam jer.. Pelik jugak. Ok takpe aku terus ka scrub muka aku yang berdaki ni. Lepas tu cuci... tetiba muka jadi merah2 & rasa panas. Cuak dah aku. Untuk kurangkan muka yang mula nampak meradang ni.. aku sembur je dengan bio essence miracle bio water spray tu sebab dia memang berfungsi sebagai penyejuk jugak. Dah lama sikit baru hilang bahang kat muka & kulit pun tak merah. Cuak jugak menanti hari esok.. mana tau tiba2 kulit mengelupas ke.. tumbuh ruam ke hapa. tapi Alhamdulillah takde.

Sebab sayang juga dah beli.. aku gamble jugak try untuk kali kedua. Takde pulak rasa bahang panas macam tenyeh cili kat muka. Ok jer.. Lepas scrub muka rasa bersih & licin jer. Rasa syok jer.. Ntah kenapa kali pertama apply dia rasa bahang & kulit jadi merah. Tak tau la sebab aku guna lepas cuci makeup. Cuci makeup tu kan guna makeup remover. Tapi aku dah cuci bekas makeup remover dengan cleanser sebelum apply scrub. Tak matching ke hapa tak tau la. So, memang aku takkan buat perangai tak senonoh macam tu lagi la sebelum scrub muka guna produk clinelle ni. Tak pasal2 nanti dia di tuduh menjahamkan muka aku pulak padahal yang salah guna adalah aku.

Nak pakai benda alah ni pun senang.. picit atas tangan. sapu kat muka & leher kemudian urut pelan pelan sampai keluar gentelan scrub bersama daki yang tersimpan. Guna seminggu dalam 2 - 3 kali je sebab dia berfungsi membuang sel sel kulit mati jugak. Selain tu dia jugak berfungsi sebagai anti bakteria, menyelesaikan masalah pori,melembabkan kulit.. Yang tu aku setuju. Yang ada masalah kulit kering elok try scrub ni. memang dia membantu melembabkan kulit wajah. Juga melindungi kulit sebab dia ada Vitamin E & menyegarkan. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sebab macam best jer guna scrub clinelle aku dah ada niat nak try toner pulak. Nanti la kalau ada rezeki singgah guardian lagi aku try la belek2 yang mana berkenan. tapi produk dia boleh tahan jugak harga cuma clinelle scrub & mask ni tak mahal sangat RM21++ je.

Alhamdulillah.. pelaburan RM21++ ni nampaknya tak berapa sia2 setakat ni sebab kulit aku boleh terima. So, sila bermadu dengan bio essence yer clinelle. Sebab aku masih setia dengan bio essence setakat ni. hahahaa. Kalau tetiba cantik lepas consistent dengan produk ni boleh la di tambah cantik lagi dengan teknik berselfie.

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

AWAS! INILAH KESAN GUNA PRODUK KOSMETIK SELUDUP

AWAS! INILAH KESAN GUNA PRODUK KOSMETIK SELUDUP. Hari ni cerita kita berkisahkan barangan seludup jer. Bukan nak bagi promosi free kat kempen #taknakseludup ni tapi sekadar memberi informasi kepada semua. Sebagai blogger kita adalah penyampai.. Jadi marilah kita menyampaikan sepatah dua kata kat blog katanya.

Gambar sekadar hiasan

Semua orang tahu produk seludup ni memang murah tapi tahap keselamatan dia tak terjamin. Lebih2 lagi kalau produk skincare @ kosmetik ni. Aku memang tak guna produk2 seludup nak2 lagi dari thailand atau indonesia atau kawasan2 sewaktu dengannya. Almaklum la dah la kulit tak berapa nak gebus gebas.. Dok guna produk takde kkm bagai ni risau jugak. Dari dok nampak rupa orang terus jadi rupa beruang. Jadi memang aku lebih suka beli produk yang terjamin selamat. Kalau dia tak mampu pulihkan masalah kulit pun at least dia tak merosakkan kulit. So, kalau kita cuba tak sesuai.. boleh tukar produk lain. ye dak??

Tengok satu entri kat Oh!bulan gambar kesan dari penggunaan produk kosmetik seludup ni memang agak ngeri jugak bagi aku. Kalau korang tengok pun mesti ngeri jugak la. Boleh tengok entri tu kat sini >>  AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Produk yang masuk secara seludup atau haram dalam pasaran ni kadang2 mula2 pakai memang cantik bagai nak rak.. Lepas tu dia mula bagi kesan sampingan yang menakutkan kat muka. Dulu pernah kontroversi pasal produk collagen plus Vitamin e. Produk ni setahu aku memang takde pengesahan KKM pun. Kat kedai serbaneka pun aku tengok ada jual longgok macam tu je. macam mana la orang boleh yakin nak guna. Aku bukan la kaya even aku banyak guna produk bio essence tapi memang kalau dah longgok macam tu nak tenyeh kat muka.. kalau bedak sejuk yang buat dari tepung maybe aku berani la pakai tapi kalau cream2 muka macam tu.. minta maaf la.

Moral of the story... Kalau tak mampu beli produk yang sah & selamat.. Kita ikut petua tradisional yang murah tapi jangan sesekali ambil risiko memperjudikan wajah anda dengan produk kosmetik yang tiada pengesahan KKM atau pihak2 berwajib. Jangan nak cepat cantik dapat sakit. Alih2 jadi wanita berselubung hitam.

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.

Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.

Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.

Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.

INI BUKTI PRODUK BIO ESSENCE SEBENARNYA TAK MAHAL

INI BUKTI PRODUK BIO ESSENCE SEBENARNYA TAK MAHAL. Ada orang rasa produk bio essence ni agak mahal. Tapi sampai sekarang aku kata produk ni bukan murah tapi tidak la semahal seperti yang kita nampak. Sebab aku dah guna produk ni dekat setahun kot.. dah macam2 jenis produk bio essence aku guna. Tapi aku nak share dengan korang salah satu produk bio essence yang aku guna untuk membuktikan ia tak mahal.

Aku beli Bio Essence 24K bio gold bio water ni bertarikh 5/4/2015. Sekarang dah hujung2 Aug kan... So mari kita belajar mengira berapa bulan dah aku guna bio gold water ni?? Hampir 5 bulan & baki yang ada aku nampak boleh tahan sampai bulan 10 jugak ni. Yelah.. aku pakai aku tau la budget dia kan?? Pi mai Pi mai 1 botol bio gold ni boleh tahan 6 bulan jugak la. Setengah tahun untuk sebotol bio gold yang masa aku beli berharga RM77.88 (harga termasuk GST). Tu harga tak offer... Bio essence kadang2 ada offer murah lagi boleh dapat. RM60 pun ada jual kalau offer.


Kalau tak elok untuk kulit takkan la aku consistent pakai sampai 5 bulan ni. Bagi yang kulit takde masalah jerawat ke hapa memang elok sangat pakai. Flawless Uolls.. Kalau yang ada masalah jerawat di nasihat jangan guna takut membiakkan lagi jerawat tu. Rawat dulu jerawat lepas jerawat dah takde boleh pakai. Kalau ada parut jerawat je takpe. Bio gold ni fungsi tu mengekakalkan kemudaan wajah,menegangkan kulit & flawless. Yang penting sangat jimat sebab mampu tahan sampai 6 bulan sebotol. Nak pakai pun senang.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk2 je kat muka. Boleh guna 2 kali sehari pagi & malam.. atau sekali sehari pun boleh.


secara kasar cuba bahagikan RM77.88 dengan 6 bulan.. berapa kos sebulan untuk produk ni?? Lebih kurang RM13 je sebulan. tak mahal pun sebenarnya kalau kita buat calculation macam ni kan??

Moral of the story.. Meh kita sama2 mengekalkan ketegangan, keawetan, keserian wajah kita dengan Bio Essence 24K Bio Gold Bio Water... tagline dia.. tempek2 tegang katanya. hahaha

HANYA CUCI DENGAN EPHYRA SKIN BAR MASALAH JERAWAT SELESAI

HANYA CUCI DENGAN EPYHRA SKIN BAR MASALAH JERAWAT SELESAI. Ok genap dah sebulan guna ephyra skin bar.. Alhamdulillah last month cerita tetiba kulit jadi berminyak & bila berminyak macam membaja tumbuh tumbuhan jerawat di muka la. Dalam panik tu ter order la ephyra skin bar. Maka terguna la dengan jayanya hingga ke cebisan sabun terakhir.

Tu nama Booth yang aku beli Ephyra Skin Bar. siap promot free.. rezeki masing2 kan

Sebulan menyemai cinta bersama ephyra skin bar.. Alhamdulillah 90% bebas jerawat atau memang jerawat pun sekarang segan segan nak singgah dah. Mencerah tu semua orang sedia maklum la la ephyra skin bar ni memang ada formula mencerahkan kulit wajah. Memudarkan parut jerawat pun rasanya tak payah aku buktikan dengan testimoni lagi.. Rata2 yang guna ephyra skin bar memang mendapat hasil yang sama.

Tunjuk sikit la bibir bab delima kurang masak hahahaha

Apa yang best guna ephyra skin bar ni.. Kalau korang jenis malas pakai skincare.. Cukup la sekadar cuci muka dengan ephyra skin bar... Dia bukan je merawat kulit bermasalah, mencerah jugak memudarkan jerawat. Tapi lebih baik kalau malas sangat pun guna la bersama pelembab wajah @ toner. erkk.. jangan silap ephyra skin bar takde set skincare tau. Yang aku maksudkan guna je la apa2 pelembab wajah @ toner yang bersesuaian dengan kulit korang. Mungkin setengah orang guna ephyra skin bar kulit jadi kering sikit sebab tu aku suggest guna bersama toner @ pelembab untuk bagi seimbang. Tak kering & tak berminyak. Hasilnya confirm korang jatuh cinta tengok muka sendiri.

Nak beli kat mana?? Online pun bersepah orang jual. tapi second bar ni aku beli kat booth2 yang jual produk kat supermarket je. Kat the store sungai buloh pun bersepah orang jual cuma pandai2 la survey nak dapat harga terbaik. Yang aku beli ni RM35. Normally peniaga letak harga RM39. Jangan terus beli.. tawar menawar sikit.

so, yang ada masalah jerawat yang tak berkesudahan.. try la. Aku sekadar berkongsi kebaikkan produk yang aku guna dengan orang lain je. Yelah.. yang baik elok la war war kan.


BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG

BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG. Dah lama rasanya tak cerita pasal produk bio essence kat blog puaka melekat lekit ni kan.. Ada yang ingat aku dah tak guna produk bio essence lagi sekarang.. Iskkk... Tak baik tuduh2. Ada lagi dok guna. Cuma tak semua la aku guna.. cleanser sekarang aku guna ephyra. dah masuk sabun kedua ephyra skin bar, toner aku guna nour ain selebihnya baru aku guna produk2 bio essence macam 24k bio gold bio water, bio essence sunscreen moisturizing cream spf 56, bio essence birnest nutri-collagen & whitening cream & bio essence miracle bio water. Kan?? banyak lagi produk bio essence still aku guna..

Inilah reta karun aku berjenama Bio Essence

Yang tu dah pernah menyinggah kat entri blog lekat lekit.. Ni yang edisi terbaru rembat lepas bayar di guardian.. even aku survey jer produk lain tapi masuk guardian tetap kat bio essence jugak aku cari.  Sebab memang aku tengah cari pelembab muka.. Maka semalam dapat la semangkuk Bio essence hydra tri-action aqua moisturizing gel. Apa yang aku tahu produk ni sesuai untuk yang kulit kering @ berminyak. Biasa la produk bio essence ni jenis tak berminyak & tak jugak mengeringkan kulit. Bila sapu terus meresap dalam kulit & tak meninggalkan kesan melekat lekit atau belengas. Belengas ni orang utara suka guna maksudnya melekit la jugak. Aku paham jenis kulit berminyak kadang2 takut nak apply pelembab sebab takut bertambah berminyak sebab aku kulit tak consistent kadang kering kadang minyak jadi aku rasa nak try la pelembab dua alam ni hahaha. Macam biasa la aku jenis cempeqa sikit.. lepas beli balik tu cuci muka terus guna. Pelembab ni boleh pakai siang atau malam. Lepas sapu kita akan rasa lembut je kulit muka. Kesan penggunaan tak boleh nampak lagi la kalau baru sekali tenyeh kat kat muka.. Tunggu la seminggu dua yer...

Bio Essence hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel RM RM40.51

Tengah dok cari pelembab promoter guardian dok mai beramah mesra ala2 ahli mensyuarat tingkap. Secara tak sengaja terembat lagi satu produk bio essence deep exfoliating gel (Royal Jelly +ATP).. alah macam scrub muka untuk buang sel sel kulit mati tu. Kata si promoter tu boleh hilangkan bintik2 hitam & parut jerawat. Tak payah pakai hari2 seminggu dua kali jer. Kang pakai hari2 jangankan sel2 kulit mati, abis sel kulit mati pulak hahahaha. Jangan risau dah try pagi tadi.. Alhamdulillah untuk kali pertama pakai memang rasa muka licin & bersih. Rasa nak cubit2 pipi sendiri. geram sangat katanya. hahahaha

Bio Essence Deep Exfoliating Gel RM19.88

harga kedua dua produk ni tidak mahal seperti siri2 produk bio essence yang lain.. untuk Bio Essence hydra tri-action aqua moisturizing ni cuma RM40.51 & Bio Essence Deep Exfiliating Gel (Royal Jelly _ ATP) hanya RM19.88. Harga termasuk GST.

Biasa la pompuan katanya... Terembat jugak la eyeshadow & eyeliner pearl IN2IT ni. harga Eye color Palate ni murah jer RM 22.77. alah mini jer ada 5 color. Yang Pearl Highlight Eyeliner ni RM18.81. Semua murah2 je aku beli

Sebab pembelian RM50 keatas dapat la free gift dari guardian.. Produk baru guardian katanya. Mana aci scrub muka je kan... Meh la kita scrub & polish badan pulak dengan free gift dari guardian ni.


Nanti kita tengok hasilnya yer.. Berkilat macam bontot kuali baru kena sental ke tidak dari hujung rambut sampai hujung kaki... hahahaha.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com