KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

4/11/2017 05:20:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

7 comments:

  1. Orang sanggup buat apa aje untuk nampak cantik..
    Apa2 pun berhati hatilah..jgn sampai memudaratkan diri

    ReplyDelete
  2. Biasala produk dah letop maka ramaila pendengki...huhu jgn sebarang cakap..takut surat saman sampai...cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni mereng ke apa? dah keluar kenyataan rasmi pun masih backup lg? huduh sangat ke muka kau kalo x tepek merkuri? kalau barang bagus semua org akan pakai dgn gembira.. xde makna nya org nak dengki.. owner pun org x kenal siapa.. tak payah laaa surat saman bagai. tati gila tu yg patut takut! selamat la ko dapat kanser kulit nanti :)

      Delete
  3. Risau takut setiap kali KKM buat kenyataan sekian-sekian produk ada bahan terlarang..Takut woo tengok kulit orang yang macam telur dikupas..memang la cantik tapi kesannya..Fkir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  4. Bagi sis, cantik tu bukan terletak pd bebas jerawat dan putih melepak. Janji apa yg sis pakai gunakan bahan yg ok dan di jamin mesra wudhu itupun sis dah cukup bersyukur. Tak boleh bg muka sis putih dab licin pun takpe asalkan mampu beri kulit muka sis sihat bernafas. Sis ni jenis susah nk termakan dek testimoni2...

    ReplyDelete
  5. Hai... sya ada juga tgok produk ni kat pasaran.. tapi yg di jual tu, kotak dia warna purple... kat dlm tu ada browser la ckap jgn beli produk tati sealin dri kotak warna purple sbb yg coklat tu palsu.. disebabkan rasa waswas.. sya pun x jdi nak beli

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com