Showing posts with label info. Show all posts

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID

AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID. Takkan dan takkan pernah serik untuk saya terus menyampaikan kesedaran tentang produk produk berisiko & bahaya yang banyak di jual kat malaysia ni biarpun ada yang sinis, ada yang kata menyibuk & tak kurang juga yang cakap tak serik dengan apa yang berlaku. Kalau semua orang takut menyampaikan kebenaran.. Maka yang lemah, bodoh, kurang ilmu akan terus di tipu & di tindas oleh pengeluar produk tak bertanggungjawab. Kalau kau pernah berada dalam golongan di perbodohkan kau akan rasa betapa bermaknanya orang orang yang tak jemu terus bagi awareness ni. Bukan nak cakap den ni bermanafaat.. tapi den pun pernah berada dalam golongan bani bangang yang terguna produk kosmetik beracun sebab waktu tu kurang pendedahan.

Selain merkuri, hidrokinon & tretinion yang selalu di kesan di campurpalsu dalam produk kosmetik.. Steroid juga adalah bahan terlarang yang di gunakan dalam sesetengah produk kosmetik. Sebab kesan penggunaan steroid ni boleh mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu dengan cara menipiskan kulit. Bila kulit menipis ia menyebabkan bahagian bawah kulit yang mempunyai salur dan kapilari darah lebih terdedah. Benda tu yang menyebabkan kulit nampak pinkish ala ala oink oink walau tanpa makeup. So kalau hangpa pakai produk sampah, produk tak berdaftar, produk tak ada RnD, produk tak ada labtest, tak ada dermatology test bagai.. hati hati la yer kalau muka hangpa yang macam tempe basi lepas guna sesuatu produk tu tak sampai sebulan muka dah pinkish like oink oink tu.


Nampak macam cantik la kulit pinkish ala ala oink oink tapi sebenarnya ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan yang serius. Bila kulit makin menipis ia lebih senang steroid untuk menyerap masuk ke dalam badan & memberi kesan jangkamasa panjang kepada kesihatan hangpa. Tapi biasa la kan.. Jenis manusia yang asalkan lawa.. masih sihat.. dia rasa semua ok. Orang habaq bahaya pun dia tetap menafikan sebab dia kata dia pakai ok. Esok esok dah sakit menanti malaikat Izrail datang memanggil.. Masa tu baru rasa apa dia dok guna selama ni bahaya.

Kalau nak tahu produk kosmetik hangpa guna mengandungi steroid atau tak.. Lets check it out! Kalau anda kesan kesan macam di bawah.. Berkemungkinan produk anda mengandungi steroid..

☠ Kesan pencerahan yang ketara seawal 2 minggu

☠ Kulit muka menjadi nipis (Yang ni jangan cakap tak perasan sebab boleh nampak ok kulit menipis tu. terkena kuku sikit pun boleh berdarah)

☠ Muka merah pink 'Flushing'

☠ Kulit menjadi sensitif bila kena cahaya matahari

☠ Kulit mudah alergik alergik, kering & berjerawat


Ada orang rasa ok bila dia guna dah lama tapi masih sihat walepatliat. Tak mati mati pun katanya.. Tapi tahukah hangpa. Dengan penggunaan berterusan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah endokrin, Osteoporasis dan banyak lagi. Bila dah tua tua kena osteoporasis dia cari pulak supplement overclaim telan. Sedang elok la sepanjang hidup dok bebankan organ dalaman dengan produk berisiko & bahaya. Kalau terus mati ok la kan.. kalau sebelum mati dok sakit lama di sebabkan kebebalan sendiri ambil produk bukan bukan.. tak ke menyusahkan orang.

Cantik tu tak semestinya putih, pinkish.. Cantik tu hangpa kena paham bila kulit & badan sihat. Benda tu akan menyerlahkan kecantikan kita tanpa perlu menukar warna kulit pun. Kalau hanya orang berkulit putih je cantik.. habis bangsa yang memang sejak azali berkulit hitam tu semua hodoh la yer???

Moral of the story.. orang dah hidang informasi untuk bantu hangpa kalau tetap tak nak terima, mereput pi la. Jadilah pengguna bijak, anda mampu mengubahnya.

Sumber : Facebook Public health Malaysia 

ADA AKTA BOLEH MENDAKWA IBU BAPA YANG GAGAL MENDAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH

ADA AKTA BOLEH MENDAKWA IBU BAPA YANG GAGAL MENDAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH. Masih hangat di social media pasal seorang retis nasyid yang memilih tak nak hantar anak anak di sekolah & pilih buat homeschooling bila dia ada masa terluang untuk ajar anak anak dia. Rata rata netizen mengecam tindakan dia yang nampak mementingkan diri sendiri. Alasan taknak hantar anak dia ke sekolah sebab tak percaya dengan sistem pendidikan di negara ni. Kononnya belajar sendiri pun ada anak anak kenalan dia boleh sambung belajar sampai ke mesir... Yelah bang, kalau dah tak nak tu seribu satu alasan la dia akan bagi. Ye dak??

Tapi ramai yang tak tahu pasal ni sebab even ada akta yang boleh mendakwa ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak masuk sekolah bermula dari tahun 1. Den pun baru teringat benda ni.. Sebab masa saya berurusan dengan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) untuk urusan melewatkan setahun kemasukkan anak saya ke darjah 1 atas sebab masalah Autisme yang di hadapinya.. Pegawai kat PPD tu ada bagitau tentang perkara ni. memang ada akta boleh di kenakan kepada ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak anak mereka.. Kecuali macam masalah kemiskinan.. tiada pengenalan diri bagai tu.. Maybe boleh la di maafkan. Kalau sengaja macam Abang Mie nasyid tu.. Memang boleh di dakwa & di denda.

Peraturan pendidikan wajib terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Di bawah pindaan itu, satu seksyen baru iaitu Seksyen 29A dimasukkan ke dalam akta berkenaan yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.
Seksyen 29A(2) memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah.
Menurut Seksyen 29A(4), ibu bapa yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. -Sumber Berita Harian -


Tapi kat Malaysia even ada akta ni belum pernah ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah dengan sengaja atas alasan contoh macam abang mie tak percaya dengan sistem pendidikan malaysia tu di dakwa sebab katanya untuk mendakwa ibu bapa ke mahkamah, bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan prosedur yang panjang. walaupun ada ibu bapa yang mengingkari peraturan berkenaan, pihaknya KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) masih menggunakan pendekatan bimbingan dan memberi nasihat kepada ibu bapa mengenai kewajipan mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak terutamanya semasa enam tahun di sekolah rendah.

Hope ada pihak dari KPM dapat memberi nasihat kepada Abang sorang tu juga. Kesian anak anak dia. Dah la tak bersosial dengan rakan sebaya, tak bersekolah & tak di vaksin juga. Hari ni maybe depa tak terasa tapi masa depan esok apa nak jadi. Kalau tak nak bagi belajar di sekolah biasa.. Nak tekankan ilmu keagamaan banyak je sekolah aliran agama di Malaysia. Tapi nampak dia macam memang tak nak anak anak dia pi sekolah. Macam dia kata la.. Buang masa & duit hantar anak ke sekolah belum tentu pandai. Hurmm... kalau tak sekolah confirm pandai ka??

Jadi bila cukup umur anak hangpa daftar sekolah.. Maka daftarlah. Tak kisah la nak pilih sekolah biasa atau sekolah aliran agama ni janji hantar la mereka ke sekolah untuk belajar. Sekolah ni bukan sekadar belajar akademi/agama.. Malah belajar berdikari, bersosial. Semua tu didikan & ilmu yang di perlukan anak anak kita untuk berkembang dengan baik. Bukan kata hantar sekolah confirm pandai.. 

Moral of the story.. Jangan jadi ibu bapa yang mementingkan diri sehingga mengabaikan hak anak anak. Hak belajar itu hak anak anak. 

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER. Kalau tengok dari testur & warna bagi saya semua nampak sama jer macam foundation katanya. Saya pakai pun saya anggap fungsi semua tu sama jer sebab apa? sebab kurang knowledge la. Almaklum saya bukan expect untuk produk produk makeup cuma suka makeup tapi bukan pandai makeup. Main hentam tenyeh je kadang kadang tu.


Saya rasa ramai pun macam saya.. Jadi tak salah pun kita belajar basic basic berkaitan makeup yang maybe selalu kita guna atau selalu kita nampak di jual. Supaya kita lebih memahami fungsi setiap item atau produk tu.

Sebenarnya BB cream, cc cream, dd cream @ cushion & tinted moisturize ni semua ada base kepada makeup. Tanpa benda ni mungkin makeup kita macam tak sempurna juga la. Fungsi dia lebih kurang macam foundation jugak la kan cuma foundation ni banyak level coverage dia yang kita boleh pilih. Macam kalau muka kau tak banyak masalah atau cela.. boleh guna yang low coverage, atau muka korang maybe sikit2 je masalah guna yang medium coverage atau muka yang subur bagai di baja penuh parut jerawat ke hapa.. guna yang high coverage. Walaupun semua lebih kurang sama tapi fungsi tetap ada sedikit perbezaan.

BB CREAM
BB cream ni dia memang jenis low coverage. Lebih cair. Memang testur dia bukan Matte. Memang tak berapa berkemampuan nak tutup cela cela kat muka hangpa tu. bagi yang jenis suka makeup yang nampak natural & lite lite macam orang korea yang suka nampak natural je muka depa memang sesuai guna BB cream ni. Sebab ia lebih banyak kandungan skincare macam pelembab (moisturizer) & khasiat khasiat lain dalam penjagaan& rawatan kulit ni.

Keistimewaan dia.. Memang dia takkan kontra sangat dengan warna kulit korang. Sebab dia sejenis yang kita apply dia takkan mengubah warna kulit tapi kena pilih code warna yang padan dengan warna kulit. Normally dia di datangkan dalam 3 code warna. So untuk coverage BB cream bukan sejenis makeup yang mampu bagi coverage yang baik ia cuma sesuai bagi mereka yang suka makeup jenis nipis & tak heavy sangat.

CC CREAM
Dia macam BB cream cuma dia ada color corrector di mana berfungsi untuk menutup warna kulit kusam. Senang faham membetulkan warna kulit anda yang tak cantik & kusam tu ler. Mampu untuk tutup cela macam bintik bintik hitam ke, parut jerawat, pori bla.. bla.. bagai.

DD CREAM (CUSHION)
Fungsi dia sama lebih kurang macam CC Cream. Ada color corrector & mampu menutup cela pada wajah. Lebih kurang macam foundation jugak la DD Cream (Cushion) ni.

TINTED MOISTURIZER
Alah senang hangpa faham moisturizer yang jenis bewarna. Kira 2 in 1 la. Pelembab + foundation. Fungsi dia lebih kurang sama jer.

Kesimpulannya.. semua benda alah ni lebih kurang sama cuma beza samada full coverage atau low coverage je. Tapi BB cream, CC cream & DD cream kebanyakkan tak banyak pilihan code warna so kadang2 susah nak cari yang ngam dengan warna kulit. Bila kita pakai takde la nampak macam terlebih gebu sangat kan?

Tu secara ringkasnya yang boleh saya share. Nak tahu secara detail korang boleh tengok Video review Faiz Firdaus ni. Kalau korang sejenis peminat barang kosmetik & suka makeup elok follow dia. banyak juga tip2 memilih produk kosmetik yang Faiz share dia page dia. Semua tu pun ilmu tak salah pun kita belajar even kita tak guna untuk diri sendiri. Maybe boleh sampaikan kepada orang lain yang memerlukan.


Semoga info ni memberi manafaat kepada semua kaki kaki makeup atau mereka yang baru terjebak dalam arena menconteng arang ke muka sendiri hehehehe. Lepas ni korang tahu la nak cari make up base yang macam mana. Ikut keselesaan & keperluan kulit korang la. Yang penting pilih produk kosmetik yang selamat. Jangan beli produk tiruan, produk rebrand (OEM) yang beracun & elakkan beli produk yang ada bad reputation atau kontroversi. Senang cerita kalau banyak testimoni muka barang lepas guna jenama makeup sekian sekian.. Kau tak payah nak jadikan muka kau tikus makmal produk tersebut. Kat drugstore tu bersepah. Bukan international produk je ada.. Local produk & produk dari orang melayu pun ada contoh simply siti & sendayu tinggi. Tak ada alasan ka beli produk berisiko dengan alasan nak support bisnes bangsa melayu alih2 bangsa kau sendiri klepet jual produk beracun kat kau. Sebab produk beracun ni modal rendah.. almaklum guna ingredient sampah kan tapi kadang2 dia jual dengan harga nirrojim. Mengalahkan harga produk kat drugstore. Berbaloi ke kau bayar produk sampah dengan harga tambang pergi haji? tepuk dada tanya selera beb!

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI?

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI? Sebut placenta ni kadang kadang ada yang tak paham. Sebab jarang pengusaha kosmetik ni nak guna bahasa biasa di gunakan masyarakat sebab boleh mengaburi & manipulasi pemahaman orang yang tak faham dengan penggunaaan perkataan placenta. Apa ingat I tak tau ke placenta tu apa? I tau ok!!


Ni bagi yang tak tau placenta tu apa.. Nak habaq kat hangpa Placenta tu URI. URI ni akan ada bila hamil tak kira la haiwan atau manusia. Haiwan yang beranak la.. URI tu la yang di gunakan untuk di jadikan produk kosmetik. Ni sejak dua menjak ni makin jadi trend balik suntikan pemutihan menggunakan plasenta biri biri. Kemain galak depa dok iklankan servis servis suntikan depa. kat Malaysia Kementerian Kesihatan tidak pernah meluluskan sebarang perkhidmatan untuk suntikan produk pemutihan/vitamin c bagai. Yang dok buat secara berleluasa ni kebanyakkan dia buat secara haram. Erkkk.. kalau dah KKM tak pernah luluskan kiranya servis tu memang tak ada yang halal la kan kat Malaysia. Lebih2 lagi benda tu di lakukan oleh golongan yang tak bertauliah.. Sekadar lulusan google & youtube je. Lagi la bahaya.. kau main cucuk2 kena jangkitan kuman kat salur darah orang.. Sapa nak jawab???

Bila sebut uri orang dengar macam... euwww.... uri kot. Tapi sebut placenta.. yang tak tau apa tu placenta maybe anggap.. salah satu bahan produk kecantikkan. Alah.. tak ada apa kot. Spesis malas mengaji kadang2 dia tak kisah pun apa benda tu.

Guna Uri haiwan even biri biri haiwan yang halal di makan sekalipun.. Kalau cara mengambil bahagian uri tersebut di lakukan dengan cara salah.. Maybe cara mematikan (penyembelihan) haiwan tersebut tidak ikut syariat.. jadi haram untuk kita orang Islam memasukkan dalam badan. Dari pembacaan saya URI yang keluar semasa proses kelahiran.. dia dah jadi najis. Harus di tanam & kita orang Islam memang tak boleh nak buat masak goreng kicap apatah lagi nak buat produk kecantikkan suntik2 dalam badan ni. Memang tak boleh la. Tak boleh OK!!! Sila paham & hadam.

Yang Agak meragukan sekarang.. Kalau produk berasaskan uri haiwan ni even haiwan yang halal di makan umat Islam sekalipun takkan orang sanggup sembelih haiwan tengah bunting semata mata nak dapatkan Uri untuk dijadikan produk kosmetik ni? Berapa banyak haiwan bunting depa sembelih? Tak ke benda tu mendatangkan kerugian & boleh menyebabkan populasi haiwan tu semakin berkurang. Kalau tak sempat beranak pinak dah kena sembelih semata mata nak dapatkan seketol uri.

Kalau di ambil selepas proses kelahiran memang kita orang Islam tak boleh masukkan benda tu dalam badan kita.. sebab ia najis. Tapi tu la betul ke haiwan bunting itu di sembelih dengan cara Islam semata mata untuk di ambil uri buat produk kecantikkan?? Macam kejam & tak masuk akal kan? Walaupun dari segi hukum syarak memang di benarkan menyembelih haiwan bunting & boleh di makan. Cuma betul ke produk yang berasaskan uri haiwan tu guna uri dari haiwan yang memang dah di sembelih ikut syarak? Ada bukti? Kalau ada bukti ok la.. Kalau takde patut di ragui kehalalannya. Nak2 produk luar dari negara bukan Islam.

Lagipun bahaya tau suntik2 vitamin c hapa bala ni.. Pernah baca tak akhbar tahun 2012 pasal seorang wanita jadi mangsa suntikan placenta biri biri ni & dapat kesan sampingan. Kalau ada yang tak pernah baca & dah lupa meh sini nak tunjuk balik.. Baca kat screenshot di bawah yer..

Utusan Online

Sebab tu KKM tak pernah meluluskan atau memberi lesen kepada mana2 premis atau individu yang menjalankan perkhidmatan ni. Takde suka suka kkm nak dengki dengan rezeki peniaga kat malaysia ni. Lebih2 lagi kebanyakkan yang buat servis suntik/drip produk pemutihan kulit kebanyakkan dari individu yang memang tak bertauliah. Memang dia tak pernah belajar medic ke hapa tetiba sesuka hati dok cucuk2 orang masuk tu ni dalam badan orang. Tu pun ramai dok pi tadah bagi dia suntik. yelah.. manusia ni selagi tak nampak kesan mudarat tu dia tak percaya bahaya, kan? Tu jahanam semua organ atau dah sakit tahap kritikal baru dia percaya benda tu bahaya.

Moral of the story.. Memang pilihan di tangan masing masing. Even benda tu tidak di benarkan pun kalau hangpa nak buat tak ada sapa boleh halang. Tapi yang menyediakan perkhidmatan tu kalau ketegaq (degil) juga.. kalau nasib tak baik kena tangkap & di dakwa.. Nasib kau la labu. Tak dapat bayar denda kena masuk penjara.. sebab dia di bawah akta jenayah ok! Bukan sivil. Jadi sebelum nak suntik orang atau yang nak serah diri di suntik tu fikir la dulu. kang nak cantik.. terus pulang kerahmatullah..

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK. Sekarang ni produk produk kecantikkan memang bersepah. Masing masing mengaku produk depa natural & oranic. ramai elak mengaku produk depa sebenarnya base dari kimia sentetik sebab mentaliti masyarakat sekarang kimia tu bahaya sedangkan bukan semua produk yang ada kimia tu bahaya. Selagi dalam dos yang di benarkan & dalam kawalan.. Tak jadi bahaya. Sebab dalam kehidupan kita memang sentiasa berkaitan dengan kimia pun...


Ramai yang salah faham dalam membezakan antara natural produk, organik produk & kimia sintetik produk. Dia main hentam je claim produk dia natural la.. organic la.. Dia bukan tau pun sebenarnya produk dia tu kimia sintetik. Ada yang tau produk dia bukan natural pun.. Tapi biasa la marketing. Cakap natural je berpusu pusu orang beli. Konon kalau natural ni selamat.

Hari ni saya nak share hasil pembacaan saya tentang perbezaan antara natural produk, organic produk & kimia sintetik produk.

NATURAL PRODUK

Produk yang dikategorikan sebagai semulajadi (Natural) dirumus menggunakan bahan-bahan semulajadi atau berasaskan tumbuh-tumbuhan misalnya minyak zaitun (olive oil), pati minyak lavender (lavender essential oil), shea butter, aloe vera, dan lain-lain.

Contoh label bahan produk Natural :

aqua, caprylic/capric triglyceride (coconut derived), stearic acid (vegetable derived), dicaprylyl ether (vegetable derived), Helianthus annuus (sunflower) seed oil, Eucalyptus globules (eucalyptus) essential oil, sorbitan stearate (vegetable derived), menthol, isostearyl hydroxystearate (vegetable derived), tapioca starch, Origanum vulgare (oregano) leaf extract, menthe viridis (spearmint) extract, Melissa officinalis (Lemon balm), xanthan gum, glyceryl caprylate (coconut, palm and glycerine derived), Anisic acid (anise seed derived), phytic acid (rice bran derived), farnesol, linalool.

PRODUK ORGANIK

Produk yang dikategorikan sebagai organik (Organic) dirumus menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf organik misalnya minyak zaitun organik (organic olive oil), pati minyak lavender organik (organic lavender essential oil), aloe vera organik (organic Aloe Barbadensis), dan sebagainya. Biasanya produk sebegini telah mendapat pengiktirafan organik oleh badan antarabangsa (contohnya USDA Organic atau Australian Organic Certification) dan lambang badan pengiktirafan tersebut dicetak pada label produk.

Contoh label pada produk krim tangan organik :

Certified Organic Butyrospermum Parkii (Shea) Fruit Butter, Certified Organic Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice, Aqua, Certified Organic Ethanol (Sugar Cane Alcohol), Non-Gmo Lecithin, Sclerotium Rolfsii, Citrus Aurantium Amara (Bitter Orange) Fruit Extract, Certified Organic Pelargonium Graveolens (Geranium) Essential Oil, Certified Organic Olea Europaea (Olive) Juice Extract, Certified Organic Rosa Damascena (Rose) Essential Oil.

PRODUK KIMIA SINTETIK

Manakala produk penjagaan kulit konvensional pula biasanya dirumus menggunakan pelbagai bahan kimia sintetik.

Contoh label krim tangan produk berasaskan kimia sintetik :

Water, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Sodium Cetearyl Sulfate, Methylparaben, Propylparaben, Dilauryl Thiodipropionate, Sodium Sulfate, Fragrance


Pengalaman saya menggunakan natural produk dari jenama Garden Of eden.. Natural produk ni memang tak ada bau wangi (perfume). Bau dia memang natural.. Macam tak ada bau sangat. Cleanser dia pun tak berbuih.. Kalau ada yang claim produk dia natural tapi bau maha pontianak harum sundal malam (wangi) saya akan jadi curiga hahahaha. Dah nama natural so bau dia confirm la natural je. Kalau dah wangi macam perfume.kalau bau bunga.. dia tak sama macam pewangi ni. hehehe. Natural ke? . Entah la.. kekekeke

Apapun semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua. Kalau ada salah silap mohon betulkan yer..

Moral of the story.. Jika anda seorang pengeluar, penjual atau pengedar sesuatu produk.. sila bersikap jujur. Jangan menipu ingredient produk semata mata untuk melariskan jualan. Walau produk anda bebas bahan terlarang sekalipun kalau ada unsur penipuan seperti overclaim.. Pun di kira menipu jugak ok! Apa??? Tipu sunat? takde istilah tipu sunat.. sunat kang baru tau!!!

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER. Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi mood dia berjalan jauh sangat. Sementara nak balik ke tanah air ni.. stuck merata rata katanya. Kena tunggu jugak la sampai dia mendarat baru la boleh buat. Sedang elok pagi ni.. cuaca hujan.. sejuk.. perut dah kenyang breakfast frozen roti canai dengan Rendang yang beberapa hari yang lalu di frozenkan dalam peti ais tu. Bila perut dah kenyang hati pun dah senang boleh la menulis dengan riang.


Lambakkan produk kecantikkan & skincare di pasaran ni sampai kita tak tahu yang mana ok & tak. Lebih2 lagi banyak pengusaha & pengeluar produk sekarang sejenis tak bertanggungjawab.. Fikir keuntungan & nak hidup senang dengan jual produk yang bahaya & tidak berkualiti kepada pengguna. Depa focus belajar marketing je.. Depa memang tak peduli produk depa kategori layak kuis kuis dengan hujung ibu jari kaki kemudian terajang masuk logi kumbahan ke hapa. Yang penting pandai market.. untung banyak. Boleh kaya raya.. harta sampai kiamat makan tak habis. Lepas kiamat je reta tu tak boleh beli syurga. Sebelum kiamat maybe dapat la merasa syurga dunia yang sementara.

Di sebabkan perkara tu.. Kita sebagai pengguna la kena lebih bijak. Nak harap KKM ambush semua produk2 bahaya & sampah di pasaran memang tak menang tangan la kan. Founder2 produk macam ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembut kering. Bersepah.. Kat mana2 boleh nampak ada.

Di sebabkan lambakkan produk tak berkualiti & bahaya tu la.. hari ni I nak ajar Uolls buat Face mist sendiri. Apa.. Ingat produk Face Mist takde spesis kilo & bahaya ke? Ada ok.. Jadi untuk buat anda tak terbeli face mist sampah masyarakat yang harga tahap nirrojim mengalahkan firaun.. Meh la kita pakat DIY Face mist sendiri menggunakan Evian Mineral water.

Sebenarnya tip ni saya baca dari perkongsian di page Khairul Yoi. Aktivis yang lantang menentang produk2 bahaya & overclaim. Menurut perkongsian di page Khairul Yoi.. Air Mineral ni memang bagus untuk lembabkan kulit & bagi kesegaran pada kulit kita. Yer betul sebab saya dah gunakan. Sebelum saya guna Evian mineral water buat face Mist.. saya guna spirtzer mineral water. Masa tu saya kena alergik teruk kat muka dekat sebulan. Memang apa2 skincare tak boleh guna.. Saya cuma cuci muka guna cleanser cetaphil sahaja. Krim malam siang pagi petang subuh zohor asar maghrib isyak semua tak boleh nak tenyeh. dia jadi gatal.. Dah la gatal.. kulit jadi merah2, kering pedih. So untuk kurangkan perit tu saya buat face mist guna mineral water.. Bila sembur air ke muka.. muka kita basah.. so takde la perit & gatal sangat kan. Bila muka tu kering kau bayangkan la rasa merenyam & pedih dia macam mana. So air ni memang sangat membantu.

Keistimewaan Air mineral Evian ni menurut dari posting Khairul Yoi..

Air mineral ni di ambil dari gunung Evian yang berdekatkan dengan Tasik Geneva, Perancis. Syarikat yang menguruskan Evian ni adalah Donane & tiada company lain di benarkan untuk memasarkan air dari pergunungan Evian ni selain Danone. Pihak Danone dah cop sebagai hak milik mereka untuk memastikan air tu tidak tercemar.
Pada label packaging botol air tu tertulis 'Natural Spring Water'. Air salji dari gunung sememangnya tinggi dengan mineralnya. Di tambah lagi air ni adalah air terbersih di dunia & memang tinggi kualitinya.
Selepas guna sebotol mineral water Spritzer tu saya beralih ke Evian water.. Apa yang best guna face mist diy dari mineral water ni.. Serius kalau kau amalkan.. kulit kau jadi lembab & lembut. Evian ni.. saya guna.. kulit pun segan2 nak naik jerawat. Tak kusam & nampak glow glow jugak. Tapi kau kena kerap sembur muka & amalkan secara rutin bukan bila rajin jer ok! Alah.. Nak sembur air kat muka pun malas.. Baik kau pakai topeng ultramen je tak payah jaga muka kekekeke.

Dekat sebulan dah rasanya saya amalkan Face Mist yang guna Air mineral ni. Alhamdulillah puas hati sangat dengan resultnya walau dia takde la.. terus bertukar jadi bidadari sorga katanya. Boleh nampak kulit semakin sihat.. lembab & lembut bila di sentuh. Selain tak kusam & nampak segar.

Selain tu.. DIY face Mist sendiri dengan Mineral Water ni.. Jimat & Insya Allah selamat. Sebab kita tahu kita guna Air mineral je kan? Berbanding produk2 face mist yang bukan bukan kat luar sana. Dia boleh claim produk dia organic la natural la.. selamat la.. tapi belum tentu betul tak? Kecuali yang dah di RND. Hanya ujian makmal yang di iktiraf sahaja boleh membuktikan sesuatu produk tu selamat atau tak..


Alah nak DIY Face Mist sendiri bukan susah.. hang pi la beli Evian Mineral Water sebotol.. Beli botoi spray tu. Kat Mr DIY pun ada jual botol spray lepas tu isi la air dalam botol macam sukaneka masa tadika dulu.. Kemudian spray la muka hang sampai lemas pun takpa. Kos pun tak banyak. Saya beli Evian mineral water 1000ml tu dalam RM10 macam tu. Botol spray tu.. dalam RM5 ke berapa lupa dah.. 1000ml tu bukan sikit beb.. banyak. So memang berbaloi & jimat. Ada jugak evian mineral water yang 100ml & 500ml. Harga lebih kurang RM5 -RM7 macam tu la. Boleh beli kat pasaraya atau nak senang kat 7e ada jual. Cuma 7e ni harga dia mahal sikit la.

Kalau malas juga.. Evian ada keluarkan produk face mist dia. Boleh beli kat drugstore macam guardian & watsons. Tapi mahal sikit la. Bagi orang macam den.. Den guna face mist DIY dengan evian mineral water je la. Jimat katanya hehehehehe


Jadi semua si cantik & ensem di luar sana.. Kalau ragu2 nak beli face mist takut terbeli face mist kilo.. Boleh la DIY face mist sendiri guna air mineral. Kalau nak campur Essential Oil pun boleh.. jangan kau campur clorox dengan harapan muka kau putih macam sajli di pergunungan Evian tu sudah. Kang nak putih.. di baluti kain putih pulak.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua.. Moral of the story.. Sebuah kecantikkan bukan hanya di nilai dari warna kulit tapi tapi otak jugak. Orang yang bijak.. sentiasa nampak cantik tak kira la apapun warna kulit dia. So, jadilah pengguna bijak, hindari produk bahaya & overclaim pilihlah yang selamat.

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK. Ya Allah sebenarnya saya dah lama berjanji dengan pembaca blog lekatlekit ni nak share cara membuat aduan sekiranya hangpa guna sesuatu produk tak kira kosmetik/skincare atau supplement/ubat & ada kesan sampingan yang tak baik. Tapi saya terlampau banyak masalah.. Maka memory ni dia jadi tak cukup space nak ingat banyak perkara. hari ni teringat janji manis ku itu.. Mana sebab tengah free hari minggu ni saya gagahkan jari menaip entri ni.

Lambakkan produk beracun di pasaran memang bukan spekulasi lagi. Sampai kadang2 kita tak tau yang mana selamat & tidak. Bila terguna produk yang tak selamat.. muka breakout atau kesihatan terganggu.. Nak viral satgi.. see u in court pulak kan? Yelah kita ni jenis bukan formal bila menaip kat social media kan.. Kita kan orang melayu penuh kiasan, sindir, sarcasm bagai kan. Benda tu sememangnya sangat berisiko & membolehkan kita di saman. Tak kisah salah ke tak.. Tapi kalau dah kena saman, nak bela diri pun kena ada kos. Mana ada lawyer nak buat kerja kebajikan untuk sivil case kan?

Tak tau nak buat macam mana ni.. Ok jangan risau. Hak anda sebagai pengguna kalaupun pengeluar produk tak nak bertanggungjawab atas kemudaratan & kerosakkan yang hangpa alami selepas mengamalkan atau menggunakan sesuatu produk. Hangpa buat report kat KKM. Tu mesti nak kata.. Alah.. kak susah la. Nak kena pergi KKM buat report bla.. bla.. bagai.

Alahai dik.. Zaman hujung jari ni semua di mudahkan dah. Report boleh di buat secara online juga. Meh sini kakak nak bagi tutorial macam mana nak buat laporan kepada KKM secara online..

1. Hangpa pi ziarah website NPRA (KKM) dulu kat sini : http://npra.moh.gov.my/

2. Dah masuk ke website npra tu cari button 'Lapor Kesan Sampingan'.Rujuk gambar di bawah


3. Clik kat bahagian Consumer. Sebab hangpa report sebagai pengguna kan? Rujuk pada gambar


4. Clik pada 'Consumer Side Effect reporting form.


5. Lepas tu isi la Form yang di sediakan tu


Tak susah dah sekarang ni semua boleh di buat secara online. Jangan biarkan pengeluar produk tidak bertanggungjawab ni terus mengaut keuntungan dengan menjual produk merisikokan hangpa (Pengguna). Yang mana jadi mangsa produk tu.. Pi ramai ramai report. Setakat pung pang pung pang kat pesbuk.. Tak jadi apa juga kalau tak dak report. Biar semua tindakkan seiringan baru la kita boleh mengurangkan populasi Instant Founder yang tidak bertanggungjawab ni.

Apapapun jadilah pengguna bijak.. Sebelum menggunakan sesuatu produk terutama yang di jual secara online & toko toko jamu.. booth2 yang bersepah kat pasaraya, pasar basah macam NSK tu.. make sure semak betul betul. Tak guna ada data internet tapi tak reti nak cari maklumat. Bersepah orang share pasal produk ni. Kalau tak reti juga tak payah beli produk2 kat tempat2 macam tu.. Pergi la mana2 farmasi, guardian, watsons bagai. Beli la produk kat situ.. Lebih terjamin selamat.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Peace

IKAN DUYUNG EMAS MEMANG WUJUD HANYA DI SONGKHLA

IKAN DUYUNG EMAS MEMANG WUJUD HANYA DI SONGKHLA. Ikan duyung ni selalu dalam cerita dongeng rakyat memang popular la. Mengambarkan seekor... erkk.. seorang... ikan yang mempunya wajah menusia iatu perempuan yang cantik tapi badannya seperti seekor ikan yang hidup di lautan. Kalau dalam cerita mitos orang dulu dulu.. Ikan duyung di gambarkan sebagai 'semangat laut' atau senang hangpa faham penunggu laut. Alah spesis jin juga la.Almaklum la antara penempatan jin selain hutam, bukit & gunung.. laut pun salah satunya. Biasa la jin boleh menjelma sebagai apa saja dengan izin Allah kan.. 

Tapi jangan tak tau.. kewujudan ikan duyung ni memang benar ada ok. Cuma kat Malaysia takde tapi kat Songkhla Thailand sana ada. Tak caya korang kena ambil pakej percutian ke hatyai dengan Bahtera Kembara sebab dalam pakej tu ada trip ke Shamila Beach, Songkhla kalau korang nak tengok ikan duyung tak pakai bra. kekekeke

Tapi di sebabkan dia derhaka kat mak dia, ikan duyung tu dah di sumpah jadi batu kat tepi laut Shamila tu. Kekekekekeke...

Moral of the story kalau taknak kena sumpah jangan jadi anak derhaka. Ni la Duyung emas yang menjadi Icon Pantai Samila di Songkhla

Amboi gurau je. Tu pun dah nak cebik. Tapi kewujudan patung ikan Duyung emas yang Nalla punya besar kat Shamila Beach Songkhla tu memang ada la. Tahun 2012 tak silap saya pernah juga kesana dengan family. Jenuh tunggu turn nak mengambar dengan ikan duyung nan sekor tu.. Ramai nau peminat dia.  

Apa kaitan Si Duyung emas dengan Pantai Samila tu? Menurut kisah yang saya baca kononnya ada kaitan dengan kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di Songkhla. seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang. Namun, ikan duyung yang jelita itu ketakutan lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya.

Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Samila pada setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya, namun ikan duyung itu tidak pernah muncul. Tapi tu semua cerita dogeng bukan cerita sejarah atau lagenda pun. 

Selain bergambar dengan patung ikan duyung emas kat Samila Beach juga terdapat Songkhla Aquarium yang korang boleh tengok spesis hidupan laut.



Tu salah satu tempat menarik yang boleh korang lawati kalau trip ke Hatyai dengan pakej Bahtera Kembara ni. Selain Shamila Beach, kat hatyai ni banyak lagi tempat menarik. Antaranya

✇ Floting Market.
Keistimewaan Floting market ni selain boleh melihat aktiviti perniagaan yang di jalankan secara terapung dalam sampan atas air.. kat daratan dia korang boleh shopping ok. Yang terapung kebanyakkan jual makanan Thailand jer.. Yang atas darat nak shopping baju bajan.. beg.. kasut.. aksesori yang harga memang buat korang rasa nak memborong semua.


Selain bermakan makanan di Floting market antara aktiviti lain boleh buat kat situ adalah Flying Fox, naik bot, aktiviti memanah, menunggang kuda dan juga bermain di dalam belon besar.

✇ Chang Puak Camp
Chang ni bermaksud gajah ok.. Kalau dah ada tajuk tempatnya dengan gajah maka tempatnya juga ada kaitan dengan Gajah. 


Di chang Puak Camp ni kalau korang nak tengok gajah2 jinak memang banyak. Sebab gajah2 ni dah biasa berdampingan dengan manusia so dia tak rasa manusia sebagai ancaman maka dia agak mesra manusia jugak la kan.

Antara Aktiviti best korang boleh buat kat Chang Puak Champ

Kat sini korang boleh buat aktiviti Elephant Trekking. korang akan di bawa naik gajah pergi bersiar siar di jalan kampung dan merentas sungai

✇ Tang Kuan Hill
Kalau dah alang2 pergi Hatyai.. Jangan lupa naik ke Tang Kuan Hill. Dari puncak Tang Kuan Hill korang boleh menikmati keindahan bandar Songkhla. Dari puncak juga korang boleh nampak laut. Kat situ juga korang boleh feeling macam pergi korea dengan meninggal kesan jejak dari mangga besi yang di lock kat satu tempat yang di namakan LOVE LOCK. Mana tau satu hari nak datang lagi.. Boleh la tengok tinggalkan jejak korang kat situ ada lagi ke tidak.

Kau Kunci Cinta Ku di Tang Kuan Hill katanya

Tu antara tempat menarik kat di Hatyai yang korang boleh berkunjung kalau ke sana. Sebenarnya Hatyai banyak tempat menarik boleh di lawati. Selain tak memerlukan bajet yang tinggi.. At least merasa juga ke luar negara walau cuma pergi Hatyai, Thailand kan? kekekeke.. 

Kilang kacang,pes tomyam,maggi untuk kerabu. Alang2 ke hatyai borong la yer

Kalau nak mudah melancong ke Hatyai dengan bajet yang rendah ambil je pakej dengan Bahtera Kembara ni. harga & detail Pakej adalah seperti di bawah


PAKEJ : 3H 2M HATYAI , THAILAND Dari KL SENTRAL

DEWASA : RM 299 / PAX
TARIKH : RUJUK WAKIL BERKENAAN
NAMA HOTEL : LEE GARDEN HOTEL HATYAI ATAU SETARAF

TEMPAT MENARIK :
⚑ ATV (500baht)
⚑ Chang Puak Camp
⚑ Floating Market Hatyai
⚑ Shamila Beach, Songkhla
⚑ Elephant Trekking (500baht)
⚑ Tang Kuan Hill (40 Bath)

PAKEJ TERMASUK :
✓ Pengangkutan bas pergi-balik dari KL Sentral-HatYai
✓ Pengangkutan bas sepanjang di HatYai
✓ Tour Guide Specialist
✓ Parking & Guide Tip
✓ Penginapan di Lee Garden Hotel atau setaraf
✓ Lawatan ke tempat menarik
✓ Kastam/Imigresen clearance

KELEBIHAN
Depo serendah RM100 seorang
Bayaran boleh ansuran setiap bulan
Tukaran wang tinggi,best shopping
Hotel sebilik dua orang
Dapat makan steamboat sepuas hati,serius paling best

Selain Hatyai, mereka juga ada pakej murah-murah ke Korea,Perth,Bandung,Lombok,Krabi and etc.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi atau layari

⇰FB Page☛ weh jom travel 
✍FB Account☛ Aqielala Lala 
☻Instagram☛ wehjomtravel 

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi

☏whatssap☛ 019 4524091 

BEG HERMES BIRKIN DARI KULIT BUAYA ALBINO TERMAHAL DI DUNIA

BEG HERMES BIRKIN DARI KULIT BUAYA ALBINO TERMAHAL DI DUNIA. Semua orang dok cakap pasal handbag hermes birkin ni. Dulu sebelum ni tak pernah pun den kenal jenama ni. yelah.. jenama ni orang have have je mampu beli. Orang yang kena saman RM3juta nak bayar lawyer fee RM44K pun tak mampu..Memang la buang masa je nak ambil tahu pasal bag bag branded tahap norrojim ni.

Kalau orang semekin pakai ni tak nampak kaya pun. Orang nampak beg macam beg murah juga katanya tapi kalau orang kaya pakai beg saploh hengget pun nampak mahal. Sebab mentaliti manusia memang dah set.. Orang kaya mesti pakai barang mahal.

Terbaca satu perkongsian di Facebook tentang Hermes Birkin handbag termahal di dunia. Harga RM1.5 juta beb! Tak tau yang pakai beg rega RM1.5 juta ni perasaan dia macam mana. Tak terbayang golongan marhaen macam aku ni. Rm50K pun takde dalam account memang jangankan berangan, dalam mimpi pun belum tentu merasa guna beg ni ok.

Beg Hermes Birkin termahal di dunia ni menurut info di perbuat dari kulit buaya Albino. Beg tangan daripada koleksi ‘Himalayan Nilo Crocodile Birkin‘ itu bersalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli. Manakala pemegangnya disaluti emas 18 karat. hanya ada beberapa unit je dalam dunia.. Limited & eksklusif.


Hermes Birkin dari kulit buaya Albino

Beg tu katanya berjaya di lelong dengan harga AS$300,168 bersamaan RM1.5 juta sekaligus memegang rekod beg termahal di dunia.

Gila sapa yang dok bawa beg tu.. Bawa RM1.5juta atas tangan je wei!! Ni mesti golongan yang makan atas pinggan emas 916 katanya. Kaya giler kot. Tak tau apa rasa jadi orang sekaya tu yer.. Nampak semua benda nak beli. Gamaknya kalau planet kat angkasaraya sana boleh beli pun depa sapu bersih kan. Sebab duit jenuh tak tau nak buat apa dah.. So beli la untuk kepuasan & rewards katanya.

Menurut pembacaan saya yang, jenama Hermes ni berasal dari Perancis. Ia dinamakan atas sempena penyanyi Inggeris, Jane Birkin. Birkin adalah beg mewah yang berharga bermula RM40 ribu sehingga mencecah berjuta-juta ringgit. Birkin mahal kerana menjadi pilihan selebriti, orang kenamaan dan kerabat diraja. Ia amat eksklusif. Jika ada duit pun mungkin tidak boleh membelinya. Ia hanya boleh dibeli jika anda mempunyai track record pembelian Hermes.

Tak ada di jual di mana mana macam lazada ke hapa kerana ia hanya dijual mengikut tempahan.
Jualan mengikut jadual yang sukar diramal, kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun! Oleh kerana jumlahnya sedikit atau terhad maka ia menjadi koleksi sangat eksklusif.

Sumber : Sakura Pelangi Empire 

Kalau orang kaya bawa beg ni mungkin la nampak mewah.. Kalau kita ni bawa maybe nampak macam beg petaling street jugak kot. Pandangan mata manusia ni biasa la menilai sesuatu mengikut taraf hidup seseorang. Orang kaya bawa beg RM10 pun nampak eklusif & mewah.. Kita bawa beg rega RM1K pun maybe nampak macam bawa beg RM50 je so bagi den la.. Tak perlu kita pakai barang mewah yang mahal.. Paling penting tingkatkan dulu taraf hidup dengan sendirinya kita nampak mewah & mahal walaupun guna barang murah. kekekeke

Moral of the story.. Islam tu mudah. Islam tak ajar umatnya jadi umat yang suka membazir & bermewah melampau lampau. Apapun memang tak salah bagi yang berkemampuan. Tapi paling penting apa tujuan kita memiliki & apa niat kita untuk memilikinya. Sekadar nak jadikan kayu ukur kekayaan kita.. tu dah level macam nak riak & menunjuk.

SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG DEGLAMLUXURY REGALIA

SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG DEGLAMLUXURY REGALIA. Kalau orang yang bermastautin atau bekerja di Kuala lumpur ni.. Memang normally dia ada tempat berteduh dah kan. Tapi kalau orang yang di luar Kuala Lumpur nak datang ke Key Ell katanya.. Salah satu perkara kena ada tempat penginapan melainkan ada sedara mara atau ahli keluarga kat sini.


Tapi kan.. Ada juga yang menyewa bujang bersama kawan kawan tapi bila parents dia nak datang takkan nak suruh bermalam di rumah bujang dengan kawan2 dia kan. Mesti kawan kawan lain rasa tak berapa selesa. So, solution dia ada mencari tempat penginapan di mana dia boleh spent time dengan family dia yang datang dari luar kuala lumpur. Kalau setakat seorang dua ok la sewa bilik hotel tapi kalau dah bawak sekeluarga besar lebih dari 3 - 4 orang.. Tak berapa jimat la kan nak ambil hotel yang selesa sikit untuk bermalam.

Disitulah homestay ni main peranan sebagai satu keperluan. tak semestinya datang untuk sekadar jenjalan & shopping kat KL.. ada yang datang maybe untuk hadiri majlis perkahwinan. Kalau dah datang nak pergi majlis kahwin ni normally ramai la kan. Tak payah nak book banyak hotel.. Pilihan bijak adalah homestay.

Sebab Homestay ni.. dia berkonsepkan ala2 sebuah rumah yang lengkap semua. Kalau dah konsep dia sebuah rumah.. Maka ada bilik, bilik air, dapur, ruang rehat bla.. bla.. bagai. So lebih selesa berbanding bilik hotel ni. Selain dapat kumpul ramai ramai maybe nak berparti ke hapa.. Dia juga lebih selesa & privacy. Kita sedia maklum homestay lebih banyak ruang untuk bersantai berbanding bilik hotel.

Kalau kat Kuala Lumpur ni hangpa nak cari homestay boleh try menginap di Deglamluxury regalia Homestay.. Tu dia dengar nama pun dah boleh hangpa bayangkan betapa selesa & cantiknya homestay ni kan? Alah.. setahun sekali bawa family jenjalan kl apa salahnya menginap kat tempat2 cantik, selesa & menarik macam ni kan? Orang kata belanja family murah rezeki kekekkee


Kemudahan yang di sediakan di Deglamluxury regalia ni adalah :
✓Kolam Renang
✓tempat Parking
✓Gymnasium
✓Mini Market
✓Gelanggang Skuas
✓Dobi
✓Kafeteria
✓Servis penghantaran Makanan


Apa yang best tentang homestay Deglamluxury Regalia ni adalah.. dia berhampiran dengan Shopping Complex iatu Sunway Putra Mall. Lebih kurang 5 minit jalan kaki dah sampai. Tapi kalau nak jenjalan jauh sikit kat KL ni nak naik transport awam jangan risau sebab dekat dengan station komuter. takkan mai kl tak mau naik komuter kan? Lebih kurang 5 minit jugak la jalan kaki untuk ke station komuter. Atau nak naik LRT pun station LRT lebih kurang 7 minit jalan kaki je dari homestay. Alah.. tak krem la kaki jalan 5 - 7 minit berbanding hangpa nak tawaf Jalan Tun Abdul Rahman (TAR) nanti kan?


Selain dekat dengan shopping mall & station komuter kalau hangpa nak pi KLCC pun tak jauh sangat. Lebih kurang 10 minit drive sampai la ke menara berkembar yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.. KLCC tu. Mai kl tak pi KLCC macam tak lengkap percutian anda ok! Kena pi la selfie depan menara berkembar tu. Tak ada kat tempat lain ok! KL je ada kekekeke.


Nak cari tempat makan best best bila datang KL pun tak susah kalau korang menginap di Deglamluxury Regalia Homestay ni sebab tak jauh dari satu lokasi yang memang terkenal dengan syurga makanan iatu kampung baru. Lebih kurang 10 Minit Drive sampai la ke kampung baru.

Tapi kalau malas nak keluar jangan risau mati kelaparan sebab Deglamkitchen ada menyediakan penghantaraan makanan. Bukan apa.. sesetengah orang yang datang sebab bussiness trip.. Malas sikit nak keluar. Maybe ada kerja yang perlu di siapkan, so dengan menginap di Deglamluxury Regalia ni..Tak perlu risau pasal nak makan ke apa. Semua ada di sediakan.

Sesuai sangat untuk tujuan datang melancong ataupun untuk urusan perniagaan. tempat dia memang selesa lengkap dengan prasarana & kemudahan asas.

Antara keistimewaan lain bila anda menginap di Deglamluxury Regalia ni.. Anda boleh berenang di swimming pool yang terletak di Rooftop. Yang best lagi korang boleh tengok matahari terbenam kat situ.


Sekarang kalau nak tempah ada Offer..
❧STUDIO: RM230
❧1 BEDROOM: RM280-RM300
❧2 BEDROOM: RM350-RM400
❧3 BEDROOM: RM450-RM500
Masa Check in : 2pm
Masa Check out : 12pm

Untuk keterangan lanjut atau lebih info berkaitan Deglamluxury Regalia boleh layari

 ☻Instagram  deglamluxury 
 ✎Facebook  Deglamluxury Regalia 
 ☏Whatsapp/call  017 676 8994 

Alamat
No 2 jalan anjung putra
off Jalan sultan ismail 
50480 Kuala Lumpur

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU. Terpanggil makcik lekat lekit nak menulis pasal ni. Bukan apa makcik kan sangat prihatin dengan pengguna di Malaysia katanya. So, makcik memang suka la menulis entri entri khidmat masyarakat. Sebab makcik masih lagi berpegang dengan pendapat.. "Apa yang remeh bagi kita, belum tentu sesuatu yang remeh bagi orang lain" Maksudnya yang kita rasa benda tu macam kacang je atau alah.. semua orang tahu benda tu.. Tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu & tercari cari jawapannya.


Contoh macam satu perkataan yang macam trending orang sebut sekarang 'Drugstore'. Kita dok sebut nak beli apa2 produk skincare/kosmetik, ubat ke hapa better beli kat drugstore lebih selamat. Masing masing pulun dok suggest drugstore sana drugstore sini.. Tapi kita lupa nak explain apa itu drugstore pada mereka yang mungkin tak tahu menatang apa drugstore. Kedai macam mana tu drugstore ni?

Sebenarnya kan.. Saya sendiri pernah di tanya.. drugstore tu apa? Kedai apa? Tapi cuma masa tu tak dapat petunjuk & hidayah pulak nak tulis kat blog. Just explain terus pada yang bertanya. Di sebabkan baru baru ni ada hamba hamba Allah yang mula terpesong pemahamannya tentang drugstore & cuba memanipulasikan fakta tentang drugstore so adalah lebih baik Ahkak menulis kat blog ni. At least kalau orang google jumpa jugak la info pasal drugstore.

Ada yang cuba translate drugstore tu sebagai tempat penyimpanan dadah. Katanya Drug bermaksud dadah & store tempan simpan barang so dia simpulkan drugstore sebagai tempat simpan dadah. Maka katanya produk yang di jual di drugstore ni jadi belum tentu selamat maybe mengandungi dadah atau kimia yang merbahaya jugak. Tak sure statement ni datang dari seller produk ke sapa.. Cuma terbaca info dari geng #SkuadPenggunaBijak jer..

Bagi yang tak faham & tak tahu apa itu drugstore.. Drugstore ni kalau di translate ke bahasa melayu bermaksud kedai ubat tapi selalu kita sebut farmasi la. Contoh macam farmasi farmasi yang ada kat luar sana.. termasuk guardian, watson bla.. bla.. bagai. Bukan kedai ubat atau booth2 jamu tu yer. Ni farmasi yang di iktiraf di mana untuk memasarkan sebarang produk kat dalam tu mestinya produk yang telah menjalani ujian makmal. Ketat juga la nak letak produk kat farmasi ni.. Tak berapa banyak info apa yang prosudernya tapi bukan simply2 kau nak letak produk yang cuma berdaftar dengan KKM tanpa ada bukti sokongan lain yang menyatakan produk ekau tu solamat yo milah.

Drugstore bukan tempat simpan dadah yer anak anak sekalian.. Jangan pergi drugstore kau minta nak beli dadah sepaket pulak. Senang paham macam ni la drugstore tu = Farmasi. Simple. hang tak payah nak berbelit sangat pikiaq drugstore kedai dadah bagai. Kalau dah farmasi tu Insya Allah.. Majoriti produk atau ubat yang di jual selamat. Bukan kata 100% produk drugstore ni guna bahan semulajadi even ada chemical pun di dalam dos yang di benarkan & di luluskan untuk di pasarkan.

Jadi.. Para pengguna sekali, moga dengan info santai ala ala membawang ni memberi manafaat kepada semua. yang mana salah faham tu moga lebih faham. Nak lebih info merujuk la kepada yang lebih pakar.

Moral of the story.. Bak kata pepatah, 'Malu bertanya sesat jalan'. So kalau hangpa jenis malu atau sombong nak bertanya.. maka dapat la kemaluan kembali. Kalau ada salah info dalam entri ni mohon betulkan di ruangan komen yer.

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE. Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran.

Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugstore/farmasi jer. Sebab nak di pasarkan di farmasi & drugstore ni tak semudah kau letak produk kat kedai jamu. Perlu memenuhi kriteria keselamatan yang di tetapkan.. So, agak terjamin keselamatannya.


Yang penyokong produk tempatan ni.. Jangan risau tak semua local skincare tu bahaya. Masih banyak kot local skincare yang selamat & berjaya menempatkan diri di farmasi/drugstore ni. Salah satu produk yang ada di jual di sesetengah farmasi adalah produk BlueBell Skincare. Walaupun nama skincare ni macam eklusif & internation brand kan.. Tapi jangan tak caya pulak. Memang dia produk tempatan ok!


Pengasas produk ni adalah Puan Mek Yam anak kelahiran Kelantan mempunyai kelulusan Bachelor of Technology, Brunel University, England dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu MBA, Cranfield Institute of Technology, England pada tahun 1992.

Pengasas bersama Bluebell Skincare ialah Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia dan juga Pegawai Strategic Communications di Bank Simpanan Nasional (BSN) ini kemudiannya menyertai pada tahun yang sama (2015) dan menubuhkan syarikat iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di Plaza Azalea Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mempunyai lebih 10 orang pekerja dan lebih 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore.

Pengalaman selama 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Selama ini kita sangat bergantung pada kelulusan KKM kepada sesuatu produk kosmetik/skincare ni walhal kelulusan KKM pada produk kosmetik/skincare ni sebenarnya nothing pun. Sekadar kelulusan untuk di pasarkan bukan bukti produk tu selamat ke apa. Kalau NOT KKM bukti sesuatu produk tu selamat, takde la isu lambakkan produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM). Kat situ hangpa kena la bijak sikit. Tapi memang wajib kena daftar dengan KKM kalau sesuatu produk tu nak di pasarkan di Malaysia.

Macam BlueBell ni dia memang ada NOT KKM yang sah.. Tapi yang sangat penting kat sini produk Bluebell ni Semua produk Bluebell Skincare telah diuji di makmal SIRIM QAS International dan lulus ujian. Yang ni sebenarnya menentukan sesuatu produk tu ada bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretenion atau tidak. Kalau lulus ujian lab macam lab SIRIM ni hang tak payah nak pertikai. Tapi setakat lab kat dapur bakar atas sudu tu.. hang kuis kuis dengan hujung kaki jer. memang test test mengarut macam tu tidak boleh di guna pakai untuk menentukan sesuatu produk itu selamat atau tak.


Untuk umat Islam.. Ni pun penting jugak. Untuk produk Bluebell skincare ada kelulusan halal dari JAKIM. Kena bagitau jabgi ada je yang nak pertikai.. katanya produk yang tak mengandungi bahan terlarang belum tentu halal. Ni JAKIM dah tempek logo HALAL hang tak payah memekak lagi tanya halal ke tidak.


Set Produk Bluebell skincare ni ada 4 item iatu terdiri daripada

1. Cleanser

2. Daily Defence Moisturizer

3. Serum

4. Night Moisturizer

Bahan yang di gunakan dalam produk Bluebell skincare ni kebanyakkan dari bahan bahan semulajadi yang selamat & mempunya khasiat pada kecantikkan kulit. Antara bahan yang di gunakan adalah ;

➠Argan Oil

➠Citrus Aurantium Dulcis
↷minyak dari buah oren manis)

➠Propylene glycol

↷bahan cecair sintetik yang menyerap air. FDA telah mengklasifikasikan bahan ini adalah selamat dan boleh digunakan dalam bidang perubatan, kecantikan dan pemakanan. Ianya menyerap lebihan air dan mengekalkan kelembapan pada kulit)

➠Menthol
↷adalah organic compound yang diperbuat melalui sintetik atau boleh diperolehi dari pokok Mentha arvensis corn mint & pokok peppermint)

➠Akar Manis
↷adalah akar dari pokok Glycyrrhiza glabra

Kojic acid
↷berasal dari negara Jepun. Ianya menjadi salah satu bahan yang banyak digunakan untuk mencerahkan kulit. bahan berwarna putih seperti tepung & boleh diperoleh dari cendawan jepun, maka bahan ini adalah selamat digunakan kerana ianya semulajadi dan tidak berbahaya
Stem Cell (Berfungsi menghilangkan parut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semua bahan yang di gunakan dalam set Bluebell skincare anda boleh membaca sendiri di sini ☛ Ramuan Produk

Kau kemain kompang produk Blubell ni.. dah try ke? Mesti la dah jemah Ooi.. Tapi kau jangan tanya muka aku dari beast bertukar beauty ke lepas guna produk Blubell skincare ni. Baru try lebih kurang seminggu mustahil la muka jemah bertukar rupa emma maembong yang putih gebu bagaikan kapas tu.

Tapi pernah dengar seorang panel jemputan dalam satu rancangan talk show. tak ingat siapa.. Untuk topik pasal produk skincare juga. Nak tahu produk tu sesuai dengan kita atau tak.. Try la dulu seminggu. Kalau tak ada kesan negatif macam ruam ke, jerawat ke hapa bermakna produk tu sesuai dengan kita la. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang Ok! Sebab tu kita kena tahu keperluan kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

Selepas seminggu try tu.. Alhamdulillah takde kejadian yang tak di ingin. Nak apply pun mudah.. Macam mositurizer dia pun tak melekit. Kita apply terus rasa meresap & kering di kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak atau belengas. Tu dah kira bagus la kan.


Cara menggunakan produk ni pun takde la rumit. Alah lebih kurang macam guna produk skincare lain juga rutin dia..

Untuk siang

1. Cuci muka dengan cleanser

2. Untuk siang gunakan Daily Defence Moisturizer sebab dia ada SPF 30 PA++ untuk melindungi kulit korang dari sinar uv.

Penting ok untuk mengekalkan kulit awet muda kena la yang ada uv protecter. Yang best Daily Defence Moisturizer ni dia macam foundation tapi tak heavy sangat. Ringan je bila sapu kat kulit & bagi sedikit effect segar & cerah pada kulit tanpa buat kulit kita nampak kontra sangat dari warna kulit asal.

Untuk malam..

1. Macam biasa cuci muka dulu dengan cleanser

2. Titiskan serum atas jari lepas tu sapu & urut seluruh muka hingga leher

3. Apply Night moisturizer

Jangan risau Blubell skincare ni sangat selesa bila apply pada kulit. So, bila pakai sebelum tidur pun kita tak rasa macam muka kita tengah pakai something. Rasa dia natural je ok! Tu yang best.

Kesan dia tak boleh la nampak dalam masa seminggu. Apapun produk kena pakai secara rutin dalam jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat & cantik. Sekurang kurang try dulu lebih dari sebulan.. Insya Allah akan nampak kesan positif kalau produk tu memang sesuai dengan keperluan kulit kita.

Blubell skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit. Setakat ni tiada spesifik untuk kulit yang tertentu cuma kena try baru tahu sesuai tak dengan keperluan kulit korang. Ada yang saya baca kat posting facebook saya bila share berkaitan bluebell skincare katanya mereka yang pernah guna.. jerawat cepat kecut bila amalkan produk ni sebagai set penjagaan kulit secara harian. Kalau nak tengok atau baca testimoni boleh rerajin singgah kat sini ☛ testimoni


Macam mana nak dapatkan produk ni. Kalau nak dapatkan di farmasi ada di jual di Cawangan Constant Pharmacy Terpilih.

Cawangan Constant Pharmacy Bandar Baru Bangi, Selangor
Cawangan Constant Pharmacy Tanah Merah, Kelantan
Cawangan Constant Pharmacy Kota Bharu, Kelantan


Atau boleh layari :

 Website : Bluebell Skincare Solution 
 Facebook : Bluebell Skincare 
 Whatsapp : 0193568850 

Pengilang Produk Bluebell Skincare
Kesemua produk Bluebell Skincare dikilangkan di Kosmetik Alwan Sdn Bhd yang beralamat Jln Permata 2B/KS9, 42500 Klang, Selangor. Kosmetik Alwan Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan HALAL & GMP (Amalan Perkilangan Baik). Sebarang pertanyaan dan soalan boleh menghubungi mereka di

 ☒Whatsapp : 0193568850 
 ☏Hotline : 0380841024 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com