SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an.
Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu..
Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang beberapa kali dah account media sosial puak Israhell ni diserang oleh netizen malaysia. kalau dengan keyboard warrior netizen malaysia atau lebih di kenali sebagai onion army atau bawang rangers memang belum ada yang mampu kalahkan. Juara bertahan gitu. Memang untuk isu isu berkaitan kemanusian macam ni bawang rangers malaysia di perlukan untuk menyerang pihak pihak zalim di sosial tapi isu berkaitan suriafm ni tak baik tau hangpa usik usik djlin macam tu. Nakal na hangpa...
Buat dj lin tak payah sedih atau ambil serius. Wikipedia ni sesiapa je boleh edit. Nanti suruh staff suriafm edit balik yer.. Alah, anggap je bebudak nakal buat vandalisme gitu.
Hangpa pun nak melawak jangan la kasar sangat. Sikit sikit sudah la.. kita kena dengar dulu penjelasan kedua belah pihak dan selepas tu kita sebagai netizen akan menilai. Tak best la asyik netizen kena uturn. Sebab banyak isu isu viral sekarang mesti ada plot twist jadi lebih selamat kita tunggu & lihat sebelum memberi komen atau ulasan.
Apapun aku doakan kemelut antara Tyzo dan suriafm ada penyelesaian yang baik dan menguntungkan kedua belah pihak. Aku dah lama tak dengar radio. Dj lin ni aku dengar masa sekolah dulu je. Dari hari pertama dia bergelar Dj di RFM mengendalikan rancangan tak silap aku citra cinta masa tu. Aku sebenarnya suka dengar kc Ismail yang lebih havoc masa tu. Tapi jenis taksub ni.. aku dengar je semua rancangan kat rfm. Semua segmen aku call radio. Aku gila glemer sikit masa tu. Tapi suara je la orang kenal aku sebab selalu call radio sembang sembang on air dengan dj.
Sekarang dengar radio pun tak.. apa lagi nak call stesen radio. Eh.. eh.. termelalut pulak. Apapun, macam aku cakap tadi.. kita tunggu kenyatan dari pihak pengurusan Suriafm dulu sebelum membuat komen atau ulasan.
wah siapakah gerangan dj radio online tu yer? Popular ke dia? Popular macam dj dj hotfm ke? Kenapa dia tukar profesion jadi blogger tegar? Suara dah tak laku ke? Banyak sangat pulak soalannya... Kang kena cpr secara marathon pulak. kekekeke
Sumber Google
Sebab ada yang nak tahu maka aku buat la entri ni. maybe ramai tak rajin la nak mentelaah entri2 lama aku untuk korek rahsia silam katanya. Ye awal blog ni banyak tulis kisah2 pasal aktiviti aku dengan radio online di samping ada la sikit2 kisah peribadi. Yelah.. time tu tak tahu lagi penulisan macam mana aku nak bentuk dalam blog. Masih banyak yang aku tak faham pasal blog. Views pun tak banyak. Nak cerita pun sedih views time tu cuma listener radio jer lebih banyak dari views blog. Tapi sebelum jadi blogger aku memang aktif aktiviti online selain berchatting kat mirc & yahoo mesengger. Dulu bujang.. kaki bebas je nak kemana kan.. so, banyak jugak la join aktiviti luar alam maya dengan kengkawan alam maya. Bukan aku ni dok dalam tempurung jer sejak dulu yer. Tapi bila bertukar status kena sedar diri.. setiap langkah perlu izin suami. Pergaulan pun tak boleh la bebas macam dulu.
Mungkin ada yang tahu.. & mungkin ramai yang tak pernah tahu aku
dulu pernah jadi dj untuk online radio. banyak jugak online radio
pernah aku take over untuk ber dj. Dulu hard disk aku tu memang penuh
mp3 la. Dj radio online ni bukan macam dj dj radio era ke, sinar ke,
hotfm ke lebih kepada suka suka jer. Dan semua lagu kau kena prepare
sendiri ok!. Tak retis nak datang bagi single ke hapa. Masa aku dj untuk
radio online ni, record yang boleh di banggakan pernah dapat offer
untuk radio online satu kolej kat ipoh tapi maybe project tu tak jadi
kot. diam jer lepas pergi untuk demo & presentation.
Application yang guna dulu lebih kurang macam ni la. Last dj aku guna sambroadcaster
Pendengar kebanyakkan dikalangan chatter2. Segmen banyak request lagu, topik & ada juga yang boleh call untuk live on air kat radio. Konsep dia tak lari sangat la macam radio frekuensi biasa tu cuma beza tak banyak iklan la. Kalau iklan pun promo radio jer. Tapi enjoy la sebab buat sesuatu yang kita suka masa tu. Tapi bila masih yang ingat zaman dj online dulu & masih kenal aku sebagai dj rasa macam terharu sampai rasa nak nangis bawah bantal. Dah lama kot benda tu berlalu. Dulu aku suka berceloteh secara online sekarang aku transfer celoteh aku kat blog pulak. Aku memang gila2 sebab tu kadang2 entri aku terselit humor jugak.memang jenis aku gila2 tapi lazer. Konsep tak lari jugak hahahaha. tetap berpuaka gitu!
Aku memang dah tak ingat senarai radio online yang pernah aku dj.. Almaklum la dah tetua gini, space dalam otak dah tak berapa nak banyak. Maybe ada yang terdelete. Kalau makan kismis 7 baldi pun belum tentu ingat balik senarai radio online aku pernah dj. Nak format kang hilang ingatan pulak. Apapun.. terima bagi yang masih ingat "Abbyfunny The lekatlekitgurl" tu. Yang dari dulu sampai sekarang tak habis2 dengan melekat lekit katanya.
Tu semua memori daun pisang bertahun dulu. sekarang ni aku ber dj dengan anak je kat rumah. Tu pun rasa macam takde break time dah. Cuma beza dulu aku mainkan lagu sekarang aku kena nyanyi live depan anak aku. hahahaha