Showing posts with label Ustaz Kazim Elias. Show all posts

SEMPENA MAULIDUR RASUL, BUNTAT LEBIH TRENDING DARI RASULULLAH SAW

SEMPENA MAULIDUR RASUL, BUNTAT LEBIH TRENDING DARI RASULULLAH SAW. Aku ni serius aku tak follow sangat drama 7 hari mencintai ku ni.. Tapi tengok jugak sikit2 la. Selalu aku menonton pun memang tak tumpu sangat. Kiranya tengok kalau ada kesempatan je la.. Tapi untuk episod semalam yang aku tak sure episod keberapa dah.. Tertengok la jugak sikit sebelum 7.30 semalam..

Pelakon Kanak Kanak Yang Membawa watak Buntat Dalam Drama 7 Hari mencintaiku

episod semalam buat ramai follower drama ni terutama perempuan menangis teresak esak. Episod si Buntat meninggal dunia. Masa babak tu keluar background lagu Uji rashid tapi tak sure tajuk apa.. Lirik dia aku ingat sikit.. 'Dalam dakapan senja, ku renungi gambar wajahmu... bla.. bla.. dah tak ingat. Dah la babak mati keluar pulak lagu yang menyentuh hati mau tak meraung la hakak2 yang menonton. Aku sebab tak follow & tengok pun tak kusyuk sangat.. so feel sedih tu tak terasa la kot. Hahahahaha. Tak expect Buntat akan jadi trending semalam... Tapi sebab ramai followers drama tu makan trending la buntat lebih dari hero & heroin drama tu..

babak yang menyentuh hati hakak2 yang menonton semalam

Sebab dah masing2 asyik bercakap pasal buntat & jadi trending semalam.. Teguran dari seorang pendakwah sebab kebetulan semalam adalah hari Maulidur Rasul tapi Nabi Muhammad SAW tak pulak jadi trending macam buntat.. Tegur2 manja jer. Yelah kita ni memang sentiasa kena ingat mengingati ye dak.. Sebab kita manusia bukan tak ingat tapi kadang2 terlupa jer yang kita dah nampak taksub sangat dengan hiburan..

Bukan la tak boleh berhibur tapi mungkin apa yang nak di sampaikan mungkin sekadar untuk mengingati kita semua supaya jangan berlebihan sehingga membelakangi apa yang perlu di dahulukan. Tak perlu kot nak keluarkan status tak puas hati macam sipolan ni..


Jadi sama - samalah kita ambil Teguran Ustaz Kazim elias sebagai tegur kerana sayang sebab aku ada nampak ada yang sarcasm Ustaz Kazim balik. Konon dia pun layan Buntat jugak. Bukan layan maybe sebab dia nampak sana sini orang update pasal buntat sebab tu tercetusnya teguran tu. Terima je la apa yang baik untuk memperbaiki diri kita kan...

Apapun hakak2 semua jangan sesedih.. sedekahkanlah Alfatihah untuk Buntat. Moga Lepas ni Murah rezeki buntat dalam bidang seni supaya dia menjadi salah seorang pelakon yang membuktikan untuk menjadi seorang pelakon yang di minati ramai tak perlu rupa paras & fizikal yang menawan sangat. hehehehe

P/S : Cari balik screenshot teguran Ustaz Kazim Elias tu tak jumpa pulak.

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK. Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahaha


tak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha.


Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Kazim Elias ni dulu mula2 nak popular kat youtube je. Tapi tu la.. Sebab dia memang sangat berbakat dengan dakwah yang mampu menarik minat ramai orang maka setapak demi setapak dia melangkah ke level sekarang. Walaupun macam2 kontroversi dia hadapi sepanjang karier dia sebagai pendakwah sampai katanya pernah nak berhenti berceramah. tapi tak sure sekarang dia masih berceramah ke tidak. Apapun.. Dia juga salah seorang contoh yang baik. Sebab dia di lahirkan sebagai seorang anak yatim yang menempuhi hidup yang susah. Kalau korang pernah baca entri aku pasal kisah sedih spender ustaz kazim.. korang dapat bayangkan betapa susahnya hidup dia masa tu. Tapi tu la.. bak kata pepatah arab.. Man Jadda Wa Jadda. Siapa berusaha pasti berjaya. Dengan usaha beliau.. dia berhak menikmati apa yang dia dapat sekarang.

Moral of the story..  Aku dok tunggu sapa gamaknya blogger pertama yang mampu meraih gelaran Dato sebab penulisan blog. Tak mustahil pun kan? Orang berenang pun boleh dapat dato.. inikan orang menulis.

INILAH RUPA USTAZ KAZIM ELIAS 22 TAHUN YANG LALU

Aku suka ikut page ustaz kazim elias.. Kadang2 dia share cerita2 memori silam tu ada yang kelakar, ada yang sedih atau share pengalaman2 dia jumpa dengan macam2 ragam manusia ada yang pelik ada yang lawak. Semalam nampak kat Fanpage beliau ada share gambar 22 tahun yang dulu.

Sumber Fanpage Ustaz kazim Elias

Amboi kemain ramping menawan, rupa pun moda rumaja lagi tu. Memang nampak lain sangat kecuali tang mata jer. Tapi bagi pendangan mata aku.. rasa la ni lagi hensem. Dulu tu kurus sangat. Sesetengah orang memang hensem di usia 40an.. Erkk ustaz kazim ni dah masuk 40an ker? tak sure pulak aku.


Apapun semoga Ustaz Kazim terus berjaya dalam dakwahnya. Jangan terjerat dengan permainan politik sebab ramai pendakwah kalau masuk politik jadi kacau bilau dakwahnya. Kebebasan menyampaikan kebenaran tu terbatas


JANGAN PILIH PASANGAN YANG ADA HURUF Z DALAM EJAAN NAMA

Kalau dengar cerita ni macam tak logik. Tak tau dari mana datangnya kepercayaan macam tu pun tak sure. Dari suku kaum ker.. dari keturunan ke.. dari bangsa ke.. atau kepercayaan agama yang pasti sepanjang den hidup dah meniti ke angka balusia ni inilah kali pertama den dengar pantang larang macam tu.

Tak tau la apa kaitan huruf Z dalam ejaan nama sampai di kaitkan dengan sifat & sikap seseorang. Kalau maksud nama tu maybe logik jugak la boleh mempengaruh perangai seseorang sebab nama satu benda yang sering orang sebut untuk panggil.. Kata2 tu umpama doa. Kalau nama yang bermaksud tak baik.. bukan takat kawan2 jer panggil mak ayah dok panggil pun boleh jadi 1 doa. Maybe tu mempengaruhi perangai.. boleh la accept sebab dalam Islam pun menggalakkan kita memberi atau memanggil nama yang mempunyai makna yang baik & bermanafaat. Tapi bila huruf yang menjadi penyebab kelakuan seseorang macam kelakar pulak kepercayaan camni.

Alkisahnya den terbaca status Ustaz kazim Elias kat Fb yang share 1 kisah pasangan couple ni datang jumpa dia mengadu pasal bapak si perempuan yang halang pasangan ni dari berkahwin sebab si lelaki ni dalam nama dia ada huruf Z yang mengambarkan perangai dia yang tak elok. Arwah ayah I pun ada huruf Z tau dalam nama... nasib baik arwah Tokwan (ayah kepada mak) takde pantang larang camni. Kalau tak.. maybe dia tak dapat la menantu yang baik macam arwah Ayah. Menantu kesayangan arwah tokwan, ok.


Pada mak bapak kat luar sana... Kepercayaan, adat & pantang larang yang pelik2 sampai tak boleh terima logik akal tu buang la yer. Balik kepada kepercayaan agama. Jangan kerana pantang larang yang wujud zaman kuno dulu menyusahkan anak cucu nak buat benda baik. Kalau depa tak nak ikut pantang larang pelik2 tu bukan depa biadap atau tak hormat orang tua.. tapi orang tua pun kadang2 kena belajar dari orang muda jugak. Zaman dah berubah.. info & ilmu sekarang semudah abc nak dapat. Semua hujung jari.. berbanding zaman dulu nak kena cari guru, so... adat & pantang larang yang baik boleh la teruskan.. yang merepek sampai ada unsur khurafat & syirik tu elok la kita buang yer.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

MAKCIK TAKUT LEMBU KORBAN TAK KENAL DIA KAT PADANG MASYAR

Betul ke boleh berlaku kes haiwan yang kita korbankan tak kenal kita kat padang masyar? Wajib ke kita kena berkenal kenalan dulu dengan haiwan yang bakal kita korban tu? Bunyi macam kelakar kan?? Tapi memang berlaku tau..

Tak tau la den nak gelak ke nangis bila terbaca cerita pendek pasal sorang makcik ni yang katanya lama tercangak depan lembu yang bakal di korbankan esok. Bila di tanya seorang hamba Allah ni kenapa makcik lama dok tenung lembu tu jawabnya... Korang baca sendiri cerita & jawapan makcik ni kat bawah..

Sumber Fb Ustaz Kazim Elias

Kan?? Tak baik tau percaya benda2 yang karut marut ni. Tak pasal2 termelakukan perkara yang khurafat. Sapa la yang ajar makcik ni berkenalan dengan lembu korban supaya dia kenal tuan korbannya di padang masyar.. Aduhai makcik. Takpe la makcik.. semua orang buat silap. At least dari kesilapan kita belajar & dari kesilapan kita mungkin orang lain pun boleh belajar juga.

Apapun selamat hari raya korban maaf zahir & batin. Jangan anda terkorban dalam keghairahan menyambut raya sudah la yer.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

WANITA MISTERI MELAWAT USTAZ KAZIM SEMASA SAKIT

Pertama sekali nak cakap harap takde sapa yang scan cerita melalui tajuk entri je yer.. Kalau rasa nak kondem sangat pun sila baca entri dulu. Tu dia pembukaan pun dah warning bagai kan?? Bukan apa.. orang2 sekarang ni nak jadi pengkritik tapi tak tau apa benda pun sebenarnya yang dorang nak kritik. Bila kita fire balik mula la cakap kita ni blogger yang tak boleh terima kritikkan. Jadi kena mention awal2 la..

Berbalik pada isu berkenaan tajuk yang gempak sangat tu. Harap tajuk gempak tu tak mengundang fitnah lah yer.. Yelah, kang ada orang tuduh kata tajuk entri den ni menyumbang fitnah pulak. Fitnah ni selalu terjadi bila ada sesuatu cerita yang di reka2. Macam orang baca tajuk entri terus kondem jugak la.. boleh jadi fitnah sebab dia membuat spekulasi dari tajuk jer padahal isi kandungan cerita tak macam yang dia fikir dari tajuk. Jadi untuk tidak mengundang tanggapan negatif tu sila la ambil masa baca.. Kalau malas baca jangan buat spekulasi atau tuduhan tak berasas. Kang yang di tuduh menyebar fitnah & aib tak buat yang menuduh tu pulak yang dapat dosa fitnah. Peace!

Okies berbalik pada cerita ustaz kazim di ziarahi wanita misteri masa dia sakit tu.. Dari mana pulak den dapat cerita ni? Ke cerita dogeng jer... Isk.. walaupun daku tak sebaik2 insan di mata korang tapi daku takde la seburuk2 manusia perangainya yang nak reka2 cerita tak wujud ni. Cerita ni den baca dari status ustaz kazim sendiri rasa macam best pulak nak share.


Tu la kan.. kadang2 apa yang kita nampak mungkin orang lain tak nampak. Dengan izin Allah dia memberi kita melihat sesuatu yang orang lain tak boleh lihat. Dalam kehidupan kita ni bukan sahaja kita yang hidup malah ada makhluk ghaib yang hidup. Makhluk ghaib ni tak semuanya jahat2.. Hanya Allah saja yang tahu siapakah wanita misteri yang tak dapat di lihat 3 wanita yang ziarah ustaz kazim tu. Apapun dia tetap makhluk Allah.. Jadi kita tak perlu takut sangat dengan dia yer..

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com