Showing posts with label tonton. Show all posts

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR. Sambungan episod minggu lepas yang sampai setakat Afeef dah balik dari luar negara.. Minggu ni sekembalinya Afeef di terima keluarga walau mereka mempertikaikan & mempersoalkan Afeef langsung tidak menghubungi mereka sepanjang 4 tahun di luar negara.


Pulangnya Afeef mengejut semua orang sebab dia bawa sekali seorang budak kecil iatu anak dia bersama Damia. Bila dia explain kat keluarga dia budak tu anak dia dengan damia.. mak Afeef nampak betul2 marah & kecewa dengan tindakkan afeef. Bila di persoalkan dimana damia yang nampak tak ikut bersama Afeef & anak dia balik.. Afeef jelaskan bahawa dia dan Damia dah bercerai. Sempat juga dia bertanya tentang Iffat kepada keluarganya.. Tapi waktu tu Iffat kebetulan di terengganu atas urusan kerja.

Disamping tu Raff yang dah lama sukakan Iffat mula meluahkan perasaannya & berjanji akan menjaga Iffat sekiranya dia bercerai dengan Afeef. Kata kata Raff buat Iffat jadi marah.. Yelah.. Iffat masih setia menunggu & menyayangi Afeef. Malam tu juga Iffat asyik teringat pada Afeef seolah2 satu petanda yang Afeef dah kembali. Bila melihat pasangan suami isteri lain bahagia.. Iffat benar benar sedih kerana sepanjang bergelar isteri dia tak berpeluang bahagia seperti pasangan lain. Tiba2 Iffat mendapat panggilan dari mak mertua dia memberitahu pasal kepulangan Afeef. Bila tahu Afeef on the way datang nak jumpa dia.. Iffat jadi keliru. Dia sendiri tak tahu nak rasa gembira atau tidak untuk jumpa Afeef.

Afeef tetap berkeras nak terengganu jumpa Iffat walaupun dah jauh malam. Maka mak dia minta adik dia Afiya untuk temankan Afeef ke terengganu. Memang mula Afiya malas nak campur hal abang dia sebab kecewa sangat dengan perbuatan abang dia yang menyepikan diri selama 4 tahun di luar negara.. alih2 balik bawa balik anak sedangkan disini dia dah beristeri & di tinggalkan masa inai masih merah di jari katanya.

Sesampai di terengganu.. seorang kawan yang arrange untuk dia berjumpa dengan Iffat. So tanpa ragu2 di bawa Afeef terus ke bilik hotel Iffat.. kebetulan masa mereka sampai Iffat baru selesai solat. Melihat Afeef di depan mata.. Iffat diam tak berkata kata. Tidak menunjukkan sebarang reaksi suka atau teruja dengan kehadiran Afeef.. Mungkin selama 4 tahun di tinggalkan bagai gantung tak bertali.. Perasaan kecewa & marah tu tetap ada. Manusia kot.. Bukan robot kau boleh setting ikut suka hati. Sebab terlalu kecewa Iffat tak berapa layan sangat la si Afeef tu walau 4 tahun tak jumpa.

Bila Raff tahu Afeef dah balik ke Malaysia & datang jumpa dengan Iffat jelas nampak dia macam kecewa dengan kepulangan Afeef. Nak buat macam mana.. suka tak suka Iffat tetap masih isteri Afeef. Makan hati je la Raff... nak halang tak boleh.

Pagi tu Afeef tak sihat bila Iffat offer nak hantar ke klinik Afeef agak kasar menolak. Pertemuan mereka setelah lama tak jumpa hanya asyik bergaduh je. Raff yang waktu tu kecewa dengan kepulangan Afeef.. terus nak balik ke kl. Sebelum balik Iffat sempat bertemu dengan Raff.. Bila melihat kemesraan Iffat & Raff sebagai kawan timbul rasa cemburu pada Afeef.. tang dia tau cemburu. Yang dia pi oversea kawen dengan orang lain dia ingat kalau Iffat tahu dia tak rasa apa - apa ke?? hek punya laki!!! Berani pulak tu Afeef nak sindir pasal kemesraan Iffat & raff & menyebabkan pergaduhan kecil berlaku antara mereka Bila Iffat pertikaikan tanggungjawab dia sebagai suami tahu nak marah. Lepas tu paksa iffat ikut dia balik guna kuasa seorang suami kononnya. Lepas sampai KL & hantar Afeef Iffat terus balik kerumah dia. So, pasal Afeef balik dengan anak dia tu Iffat masih belum tahu la.

Kat akhir - akhir episod ni rupanya Afeef balik cuma sekejab untuk hantar Aqil (anak dia) & minta keluarga dia tolong jaga sebab kat UK tak ada orang nak jaga Aqil. Selepas tu Afeef kembali ke UK sebab dia ada contract dengan kerja dia kat sana.. Balik UK pun dia tak inform Iffat.. Tau2 mak dia yang call Iffat Afeef dah balik UK. Sakit hati kita tau!! Takpe tunggu kau Afeef di episod lain.. kau pulak akan rasa sakit hati.

Nampaknya cerita memang bukan jenis cerita meleret leret. Setiap episod dia tak berbelit belit sangat sampai buat orang jemu nak tunggu episod seterusnya. Kira jalan cerita dia takde la complicated sangat sampai orang pening kepala. Maka selesai dengan jayanya episod 5 drama adaptasi novel Biar Aku Jadi Penunggu ni. Esok pula.. doakan ada kesempatan nak menonton.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR. Untuk episod 4 ni aku masih berpeluang menonton drama adaptasi Novel Biar Aku Jadi Penunggu.. Jalan cerita dia pun nampaknya dah semakin best untuk di layan.. erkk.. rasanya dari episod pertama pun memang boleh layan rasanya. hehehehe


Jadi sambungan semalam lepas hantar Afeef kat Airport Iffat terserempak dengan seorang kawan satu sekolah merangkap kawan si Damia tu.. Bila tahu damia juga berlepas ke luar negara pada hari yang sama Afeef flight perasaan curiga & cemburu tu mula muncul tapi Iffat tak layan sangat. Malam selepas tu Afeef call & just cakap dia dah sampai kemudian end call sebelum Iffat sempat bercakap apa2. Si Iffat memang sentiasa positif jer.. dia anggap handphone Afeef habis kredit.  Selepas sebulan Afeef ke luar negara hanya sekali je Afeef call Iffat iatu masa dia baru sampai lepas tu dia tak pernah call lagi. Walaupun dia kecil hati jugak Afeef tak hubungi atau balas email dia.. Iffat tetap mendoakan yang terbaik untuk Afeef. Bukan je Iffat, malah keluarga dia sendiri pun dia tak hubungi & bila mak dia call pun dia tak pernah jawab. Geram pulak hati kita ni, wak!! Rasa nak tunjal2 je kepala Afeef tu tau!! Tapi mujur Iffat mendapat keluarga mertua yang sangat supportive yang sentiasa memberi kata kata yang menyedapkan hati Iffat.

Dalam pada masa yang sama Iffat juga terpaksa menjadi orang tengah untuk abang dia yang tengah nak tackle kakak ipar Iffat iatu kakak kepada Afeef. Tapi dua2 ni jenis pemalu.. So, masing2 tak nak mulakan. Kaklong si Afeef tu seorang balu kematian suami akibat kemalangan. Dalam episod ni akhirnya kebetulan mereka terserempak & bertemu juga. So masing2 ambil peluang duduk & bercerita. Abang Iffat pun ambil kesempatan meluahkan perasaan pada kaklong Afeef.

Dalam episod 4 ni Iffat pun dah habis belajar.. Maka dia dia pun merancang untuk bekerja la. Maka bermula la rutin mencari kerja tapi nampak rezeki dia tak semudah kawan kawan dia yang habis belajar terus dapat offer bekerja di syarikat milik keluarga salah seorang kawan mereka, Raff. Alah yang suka kat iffat dalam diam tu.. Iffat juga di offer tapi dia menolak sebab dia tahu perasaan lelaki tu pada dia.. Maka dia taknak benda tu nanti jadi masalah pada dia

Tanpa pengetahuan Iffat.. Raff membantu dia mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat dengan bantuan seorang kawan sebab dia tahu Iffat takkan bekerja di syarikat dia..

Selepas 3 tahun.. Afeef masih menyepikan diri tanpa khabar & tidak pernah menghubungi Iffat sepanjang dia berada di luar negara. Iffat masih tertanya tanya apa sebab dia di perlakukan macam tu. Yelah.. Hati mana tak hancur.. lepas kawen di tinggalkan dengan alasan nak sambung belajar di luar negara lepas tu langsung tak di hubungi. Tinggal bini bagai di gantung tak bertali.. Tak boleh aku!! Geram dah ni!! Nanti kau Afeef!! erkk.. ter emo pulak!

Tapi Iffat tetap setia menunggu atas nama seorang Isteri walaupun orang lain rasa apa yang Iffat setia & tunggu itu adalah perkara yang sia sia.. Tapi kalau dah sayang kan.. Apa nak di kata. Masih berharap sang suami kembali kepangkuan dia.

Dalam Episod ni juga.. Afeef kembali selepas bertahun hilang khabar.. Lepas tu bersambung. Apa berlaku seterusnya.. Tunggu je minggu depan ok! Jangan gelojoh sangat. Tengok macam aku ni sabar tengok sampai 4 episod tanpa skip. Bukan senang tau aku nak follow drama slot akasia macam ni. Hanya drama terpilih je tau.. hahahaha

Nampaknya drama ni tak meleret sangat untuk minggu pertama. Semua jenis straight to the point. Maka aku pun tak jemu sangat la tengok. Bagus pengarah drama ni tak ada babak2 yang tak penting dalam drama ni. Jadi tunggu minggu depan adakah masih ada review di blog lekatlekit.com drama ni? Wallahualam...

YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI

YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI. Hari ni KL di tutup sebab ada perarakan pakaian beruniform dari 2 kumpulan pancaragam.. Kumpulan kuning & kumpulan Merah. Hanya depa dengan anggota keselamatan je berada kat situ.. Orang awam memang takde sangat. Kedai2 & premis2 perniagaan pun banyak yang tutup bagi memberi laluan pasukan beruniform tu berarak mendung kelabu katanya. Hope esok KL dah bersih dari sebarang kekotoran lah yer.. hehehe


Mungkin hari ni korang terpaksa berkurung dalam rumah.. Esok ada plan nak tengok wayang. Almaklum la sebelum berakhir 2016 katanya tak nak la terlepas filem2 terbaru hujung tahun. Nak2 lagi kalau yang dah berkeluarga.. Hujung2 tahun ni anak2 pun dah habis exam bagai. Buku teks pun dah hantar.. boleh la bawa tengok wayang untuk mereka release tension kan? Kesian dari awal tahun belajar semata mata nak dapat result yang cemerlang agar mak bapak dia boleh snap slip keputusan exam & upload kat media sosial.. Takkan la tak dapat apa2 kot sekadar slip periksa je keluar IG & FB kan...

Sedang elok la.. ambil hati anak yang dari awal tahun hangpa kerah belajar siang malam pagi petang tu. Bawak2 la depa tengok movie2 best. Tapi sebelum nak pergi tengok wayang tu wajib korang tengok ni dulu yer >> Kalau Betul Nak Tengok Filem Best, Ni Korang Kena Tahu Dulu << Bukan apa supaya korang boleh buat survey dulu. Tak membazir beli tiket nanti.

Tetiba Teringat masa kecik2 dulu mak aku selalu bawa kami adik beradik tengok wayang tiap2 bulan. Kali pertama aku masuk panggung wayang masa umur antara 4 tahun macam tu. Masuk nak tengok wayang. lepas duduk kerusi terlipat maka aku tersepit celah kerusi menangis terus ajak balik. hahahaha

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN. The Conjuring dulu aku memang ada tengok filem ni. Memang tak mengecewakan jalan cerita dia. Katanya filem ni di buat berdasarkan kisah benar aktiviti paranormal yang berlaku di sebuah rumah. Tapi kalau dah jadi filem memang la tak 100% benar dah.. almaklum yang jadi hantu tu pun manusia & nak cantikkan perjalanan dalam kisah tu mesti ada tokok tambah sikit. Tapi cerita tu memang base on kisah benar la.


Dalam the conjuring elemen2 & babak2 seram dia bagi aku menjadi jugak la. Di tambah jalan cerita dia yang akan buat kita tak kelip mata menonton sambil suspend menunggu babak babak seterunya memang la mudah sangat feel seram tu menikam jiwa katanya. Tu penting kena concentrate kalau nak tengok filem2 seram ni. Kalau sesambil buat benda lain memang feel tu ke laut china selatan la. Alih2.. cerita habis macam tu je.

Ni dah nak keluar sekuel kedua 10 june nanti. erkk.. bulan puasa kan. Macam tak best je nak pergi tengok wayang time bulan bulan puasa ni kan. Tapi aku confirm la tak tengok kat wayang. Tunggu sampai keluar dalam bentuk dvd je baru aku tengok. Biarlah cerita dah basi, aku tetap tak kisah. Aku seorang yang penyabar katanya. Tak kisah jadi orang terakhir tonton sebab aku menonton bukan nak jadi orang pertama review cerita tu tapi untuk minat & kepuasan sendiri je. Sapa2 yang tak aral melintang pukang nak pergi tengok wayang tu boleh la jadi orang pertama menonton filem tu.

Katanya sekuel kedua ni lebih menyeramkan, menakutkan & mampu buat anda terbayang bayang selepas menonton. Wah.. cerita macam seram sangat je kan. Terbayang aku masa zaman kanak kanak tengok filem sundelbolong. Memang terbayang2 keseraman tu tapi sekarang kalau tengok filem tu balik aku rasa kelakar. Feel dia dah tak sama macam dulu lagi. Almaklum la dah matang katanya... hehehehe

Tapi sebaiknya sebelum pergi beli tiket wayang tengok la trailer dia dulu. Manatau jalan cerita dia tak menepati citarasa korang. Kalau macam aku memang trailer dia pun dah mampu mengugat nafsu seram aku. Cuma tak rekemen bagi mereka yang penakut. Yang berani sikit meh la tengok trailer dia kat sini >> Official Trailer The Conjuring 2 Yang Bakal Buat Anda demam <<

Jadi peminat peminat filem seram nak nak lagi katanya dari kisah benar yang berlaku jangan lepaskan peluang menonton filem ni nanti. Tengok demam ke tidak lepas tengok. Menurut blog OhBulan katanya boleh demam panas sebulan... ye ye je kan. Padahal kita peminat2 filem seram ni rilex je tengok filem seram di tengah malam yang gelita.

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE.  Dulu pernah kecoh filem Syamsul Yusof yang telah di rompak & di sebarkan secara online sebelum bermulanya tayangan di pawagam. Sampai merajuk la dia.. tak nak jumpa langsung wartawan atau keluar TV. Gamaknya kemurungan kot. Yelah filem juta2 alih2 lanun dapat dulu & tayang secara percuma di online. walhal bila di tayangkan kat pawagam pun filem tu masih mendapat kutipan box office jugak. Tak payah tamak sangat.. Allah tarik sikit je tak sampai jatuh bankrup pun malah masih menguntungkan. Tu pun nak nangis celah ketiak mak ayah.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Nak membenteras cetak rompak memang agak mustahil. Sampai sekarang pun kegiatan cetak rompak ni masih wujud. Malah lebih upgrade. Dulu kita boleh jumpa kat pasar malam je dalam bentuk cd,vcd,dvd tapi sekarang boleh download & tonton secara online. Tapi kalau filem tu betul2 mampu menarik penonton jangan risau pasti tiket wayang laris macam goreng pisang. Kalau cerita pun tahap minta kaki je.. Kau mimpi la nak box office. Tapi sekarang filem2 samseng, ganster, masalah sosial.. Tayang2 aksi2 lumba yang merbahaya, perempuan melentok liuk seksi dalam pub.. Memang la mampu jual. Konon nak bagi mesej & moral of the story la sangat padahal yang kebanyakkan menonton cerita ni ambil teladan macam mana nak buat aksi2 extreme jer.. Yang moral tu sikit sangat. Umpama dok celah2 gigi.. Tak sampai pun ke hati penonton moral yang baik tu. Yang tak baik tu la paling terkesan & menjadi pengaruh paling besar terutama golongan kanak kanak & remaja ni.

Yang tu kisah pengarah Filem yang merajuk filem kena cetak rompak sebelum tayangan.. Ni kisah tak payah nak cetak rompak dia sendiri akan bagi tayangan percuma secara online selepas filem tu abis shooting katanya. Alang2 lanun sekarang dah suka cetak rompak secara online kan.. Ada lagi bagus bagi terus tayangan percuma. Sama2 merasa benefitnya. Baiknya hati pembikin filem ni kan? Nak tahu siapa pembikin filem zombie ni & apa tajuk filem ni meh baca di sebalik tabir kat sini >> Filem Zombie Yang Takkan Sama Yang Lain. Adakah Ini Bakal Mengubah Persepsi Orang Terhadap Malaysia? Jom Tengok <<

Wah.. boleh la kita tonton filem Zombie ni nanti. Percuma beb secara online. Tak payah nak berbaris kat kaunter tiket cinema tu. Duduk kat rumah depan skrin sendiri dah boleh tengok. Hope banyak lagi filem2 macam ni di tayangkan percuma secara online. Sapa tak nak free kan? hehehe

AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA

AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA. Filem, drama, kartun.. pendek kata sesuatu yang di tayangkan kat skrin ni memang mampu mempengaruhi manusia. Bukan je kanak kanak malah orang dewasa pun boleh terpengaruh. Tengok filem KL Gangster.. dia mula acah2 gangster.. Tengok filem KL Drift.. dia mula acah2 nak drift.. tengok filem bohsia.. dia acah2 jadi bohsia.. erkk.. Yang terbitkan filem pulak konon nak buat filem realiti yang berlaku dalam kehidupan untuk di jadikan pengajaran pada orang yang menonton kononnya padahal depa pun tau yang berlaku sebaliknya. Pengajaran yang depa ambil macam mana nak rempit.. nak race atas highway.. nak belasah orang gaya samseng2 dalam filem Samsul Yusof. hehehe


Tu baru sebut filem tempatan tak cakap lagi pasal filem luar. Filem luar ni lagi hebat depa punya aksi, sound effect, stunt & idea depa pun lebih di luar kotak maka kadang2 manusia pun jadi pemikiran di luar kotak sampai terkeluar dari logik akal pulak. Apa yang berlaku dalam filem cuma dari imaginasi pengarah tapi yang menonton pulak tetiba rasa nak buat benda yang ada dalam filem tu. Contoh benda2 yang ada dalam kehidupan kita ni yang bagi kita tak ada istimewanya tapi bila dalam filem tetiba benda tu jadi senjata paling canggih & berteknologi tinggi pulak. Mula la terpengaruh menggunakan benda2 yang dia tengok dalam filem macam nampak hebat sangat tu. Terutama budak la. sepatutnya tak jadi bahaya dalam kehidupan kita tapi bila filem menjadikan benda tu satu senjata yang hebat mungkin mempengaruhi orang yang menonton untuk meniru.

Sebab tu kat Malaysia ni ada klasifikasi. Terpulang pada kita je nak menghadkan apa yang di tonton anak anak. Tapi sebab kita ambil sikap lantak la kau nak tengok walau anak kita tu baru 10 tahun tengok filem aksi yang klasifikasi 18sg tu yang dok berlaku buli la.. Bunuh la.. di kalangan kanak kanak. walaupun penggiat filem selalu menafikan filem yang mempengaruhi kelakuan budak budak.. realiti yang berlaku memang banyak benda tu mempengaruhi perangai budak budak.

Moral of the story.. Apapun berlaku kalau setakat tunding sana tunding sini.. Memang takkan ada masalah yang selesai. Semua pihak mainkan peranan. Kita sedia maklum budak2 sekarang dengan Tv memang tak boleh di pisahkan.. So, tanggungjawab bersama untuk pastikan bahan tontonan itu sesuai dengan usia mereka.

KISAH PENGAWAI BANK DI BURU SYAITAN LAMIA

KISAH PENGAWAI BANK DI BURU SYAITAN LAMIA. Amboi awal sungguh segmen seram serik lekat lekit bersiaran hari ni. Pepagi lagi kau dah nak memomokkan orang dengan kisah hantu bagai kan. yelah.. kesian ada orang suka baca kisah seram tapi takut so dia pilih waktu siang la nak mentelaah cerita seram. Orang penakut ni kadang2 tengok magic macam ni >> Juara Silap Mata Dunia Bongkar Trick Paling Mudah Buat Magic << pun dia dah rasa takut apatah lagi tengok cerita seram, kan? Jadi sekali sekala segmen seram serik lekat lekit berkumandang awal sikit apa salahnya, kan?


Bulan ni memang bulan berpesta dengan filem seram kat tv9 & ntv7. Hari ahad je pukul 10 tv9 akan tayang filem seram tak sempat nak habis cerita kat tv9.. ntv7 pulak akan tayang filem seram pada pukul 11. Sepanjang oktober setiap minggu memang ada filem seram.

Semalam memula tengok la jugak sekejab kat tv9 filem seram korea berkonsepkan dokumentari The Haunted House Project. Serius aku memang tak berapa mampu layan filem dokumentari seram ni. Aku rasa serabut dengan shoot yang tunggang langgang. Almaklum la nak bagi nampak benda tu rakaman sebenar kan. Tapi layan jugak la sejam kisah group paranormal yang menyiasat aktiviti paranormal yang berlaku kat sebuah bangunan lama. Lepas tu pukul 11 tukar channel ntv7 layan Drag me to hell. Ni filem rasanya 6 tahun lepas kot. Tapi walau dah lama & dah banyak kali rasanya tayang kat tv tetap mampu feel seram bila tengok. Maybe kena dengan taste seram aku kot hahaha.


Kisahnya seorang pengawai bank cantik yang di datangi perempuan gipsy tua yang hodoh lagi comot nak minta bantuan supaya rumahnya tidak di rampas oleh pihak bank. Tapi pegawai bank tu tak dapat nak tolong sebab bos dia tak approve permohonan wanita tua tu. Akibat marah perempuan tua tu mewarisikan pegawai bank ni dengan satu sumpahan. Dia pun tak sedar dia terterima sumpahan tu melalui satu butang baju. Alah.. kalau orang melayu ni macam wariskan saka la.

Sumpahan tu adalah perjanjian dengan syaitan yang bernama lamia. Perempuan tu akan mati dalam masa 3 hari & roh dia akan menjadi makanan pada lamia. Macam2 la perempuan ni cuba buat untuk menamatkan sumpahan dia tapi malangnya ending cerita ni dia tak mampu nak wariskan sumpahan tu pada orang lain & dia mati. Jalan cerita dia dari starting sampai ending memang buat anda terpacak macam di salut gel rambut Gasby katanya. Selagi tak habis selagi tu rasa tak nak bangun dari depan tv kecuali nak terberak atau kencing je. Hahahaha. effect2 seram dalam filem ni ok aku mengaku kadang2 bergegar jugak jantung.

Filem ni aku tak ada koleksi DVD sebab filem lama kan. dah selalu sangat tayang kat TV. Jadi kalau korang belum tengok boleh je cari kat online @ youtube. Filem lama Insya Allah boleh tonton secara online.

Moral of the story.. Jangan terima sesuatu yang pelik dari seseorang yang mencurigakan. Ingat kadang2 saka boleh kita warisi tanpa sedar bila kita terima sesuatu barang lebih2 lagi barang antik. Ni bukan cerita dogeng ini memang betul boleh berlaku.

CARA NAK RAMPAS LAKI ORANG

CARA NAK RAMPAS LAKI ORANG. Amboi kemain nak bagi tutorial cara rampas laki orang ye Jemah?? jaga2 kang orang guna tips kau bagi rampas laki kau pulak. Baru padan muka kau! Konon pandai sangat la nak bagi tips & tutorial cara nak rampas laki orang. laki orang selamat laki kau pulak dalam dakapan orang lain. hahahaha


Na'uzubillah... Mana ada aku reti nak rampas laki orang apatah lagi nak bagi tips untuk rampas laki orang. Yang tu aku tak expert la.. Hangpa boleh minta tips pada mereka yang berpengalaman skandal seterusnya merampas dengan rakus laki orang. Rampas & kongsi adalah dua perkara berbeza hokay! So kena faham tak semua orang berkongsi suami tu adalah perampas. Perampas ni merujuk kepada wanita yang dah la ambil laki orang lepas tu bolot sorang2. Yang lama dia suruh terminated je sebagai bini. Tu baru kategori rampas.

Habis tu apa kaitan tajuk entri kau?? Takde la tetiba nampak kat keywords blog orang google "cara rampas laki orang". Tak tau entri mana yang sangkut dengan keywords tu. Tu dia teknologi sekarang.. Semua main google je termasuklah cara nak rampas laki orang. Ni kira keywords yang boleh di siarkan secara umum lagi la kat blog aku. Ada yang keywords yang aku rasa macam blog lucah pulak padahal aku takde pulak tulis perkara2 lucah apatah lagi berkongsi tip & tutorial cara berjimak ke hapa macam ada sesetengah blogger pernah buat. Tahap malu aku masih di paras selamat kot. Takde la open minded sampai selak selimut tunjuk kat orang apa yang kita buat dengan laki bini.


Walaupun orang tak tahu siapa yang google benda2 pelik kat internet tapi ketahuilah anda adalah seperti apa yang anda baca, tonton, lihat & dengar. Kalau baik, baik la anda. Kalau yang buruk maka buruk la anda. Kalau rasa macam tak berapa mengenali diri sendiri sangat nak tau macam mana diri anda di gambar dari apa yang anda tonton meh try test kat sini >> Ini Yang Favourite Tv Show Kata Tentang Anda << Manalah tau dengan cara ni korang boleh tau yang selama ni apa yang anda tonton mengambarkan perangai yang buruk. hahahaha. tapi yang google cara rampas suami orang ni aku tak sure la samada dia memang nak rampas suami sapa2 atau dia saja cari bahan untuk tulis tutorial kat blog. Tu dia berbaik sangka sangat kan?hahahaha

Moral of the story.. Kita adalah seperti apa yang kita suka. Jadi sukalah sesuatu yang baik, Insya Allah ia juga mendorong kita untuk jadi lebih baik.

P/S : Ini bukan kali pertama aku dapat keywords "Cara Rampas Laki Orang"

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI. Dulu aku minat jugak dengan Shaheizy Sam lepas tengok drama Pa'e. Time dia tu dia muda remaja lagi. Zaman umur belasan tahun. Lakonan dia dalam drama tu betul2 menyentuh hati. Sedih sangat cerita tu sebab ending Pa'e Mati lemas dalam sungai. Sedih babak bapak dia pergi cari mayat anak dia yang hilang kat sungai. Bila jumpa.. Ya Allah.. sorok muka belakang bantal aku. Takut orang nampak ternangis katanya. Tu cerita zaman dia remaja.

Ni la Pa'e. Muka budak PMR katanya

Ni ada cerita baru pasal Shaheizy sam. Kalau korang betul2 peminat setia yang tak berbelah bagi apatah lagi curang mencurangi. Sentiasa support dia up & down. Tak kira even dia berlakon iklan pun korang tetap akan tonton. Tu baru betul2 peminat setia katanya.

Ni ada satu kisah online bertajuk Pelangi cinta gandingan Shaheizy Sam & Juliana Evan. Video cerita ni berdurasi 2.09 minit. Pada minit 1.50 sesuatu telah berlaku yang buat korang akan jadi.. kesian sangat. Nak tau apa yang berlaku dalam video Pelangi Cinta version Web ni meh tengok kat sini >> [WATCH] Pelangi Cinta: Episode 1 - Starring Shaheizy Sam and Juliana Evans <<

Shahiezy sam bagi aku seorang pelakon berbakat besar cuma sayang terlalu banyak filem agak bodoh dia berlakon buat talent dia tu nampak macam cheap cheap sangat. Hope Shaheizy lebih selected memilih watak lepas ni. Filem2 asal siap dengan watak nampak memperbodohkan diri tu tolak tepi pun takpe. hehehehe

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE. Sapa kat sini suka tengok filem, drama berepisod atau rancangan kegemaran kat online atau download online. Nak2 lagi yang baru keluar.. Kadang2 memang kualiti cetak rompak secara online kadang2 kualiti ok jer tapi biasa la bila menonton secara online perjalanan dia tidak la selancari kita tonton kat TV @ pawagam kan??


Yang suka tengok filem @ rancangan kegemaran online aku confirm 11 masalah ni memang selalu berlaku. Aku pun pernah jugak try tengok filem seram kat online Tapi Ya Allah... takpe la aku beli dvd je lagi bagus. Walau ada jugak yang ok puas di tonton tapi kebanyakkan memang kalau tak hampeh 200% kategori boleh je la tengok. Free je kan.. bayar bil tenet je katanya.

Antara masalah yang selalu berlaku bila tengok movie online ni adalah subtitle.. Kalau filem yang bahasa aku tak faham tu memang malas nak tengok online. Rasa macam tengok orang bergerak tapi tak tau pejadah dia cakap sebab kadang2 subtitle takde & kadang2 subtitle kuali Ah Lang Nun.. tunggang langgang. Tu salah satu masalah yang ada bila menonton movie online kalau hangpa nak tau apa lagi 11 perkara yang menjadi masalah bila tengok movie @ tv show online & cara nak tonton dengan best qualiti secara online meh baca kat sii >> 11 Perkara Yang Rakyat Malaysia Je Faham Bila Menonton  Secara Online <<

Dan kerana itu aku memilih untuk menonton kalau setakat drama kat TV jer.. Kalau filem aku beli dvd dari aku dok membebel macam orang gila bila tengok online ni. Online biarlah aku habiskan bandwith (walau tak pernah abis) dengan FB & blog jer...

Moral of the story..Tonton secara online perlu tahap kesabaran yang tinggi sebab ia bergantung pada connection internet. Kalau dia demam.. memang kita pun boleh demam. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com