Showing posts with label terlalu. Show all posts

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST. Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri.


Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak berapa logik sangat bagi seorang budak seusia dia. Dia seolah2 melakonkan watak seorang dewasa dalam watak seorang kanak kanak.

Betul.. Di luar drama ni memang balqis agak bijak & matang dari usianya. Dari dia menjawab soalan2 wartawan atau pengacara rancangan talk show memang tak macam budak2 sangat walau jawapan dia tu klise je.. Jawapan yang biasa artis2 guna. Mungkin jugak dia meniru dari artis artis lain. Tapi dalam drama.. Walaupun watak tu nak tunjukkan dia seorang budak yang bijak tapi jangan nampak watak dia tu macam watak orang dewasa. Macam mana ekk nak cakap.. Kita biasa dalam kehidupan apa2 masalah peribadi yang melibatkan orang dewasa memang pelik la kalau tetiba budak2 nak menyibuk ambil tahu kemudian cuba selesaikan. Jadi watak balqis tu bagi aku macam tak real sangat untuk seorang budak.


Bukan aku cakap balqis berlakon tak best ke hapa.. Mungkin watak yang di bentuk untuk dia terlampau over dewasa sangat dalam drama tu. Pun macam tu dia sentiasa menampilkan lakonan yang sangat2 baik dalam apa2 drama sekalipun.

Apapun Drama Akulah Balqis.. Mengisahkan realiti yang berlaku. Mak bapak terlibat dengan dadah, anak terumbang ambing. Isteri yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga membelakangkan keinginan suami. Suami pulak ambil kesempatan atas kekurangan isteri untuk jadikan benda tu alasan cari perempuan lain. Takde tipikal sangat la dengan trend drama2 sekarang kahwin tak cinta.. kemudian jatuh cinta.. kemudian ada orang dengki dengan kebahagian.. bla.. bla.. bagai. Not bad la drama akulah Balqis.

Ni pandangan peribody aku yer.. Bukan sebab aku memang suka kondem drama melayu. Yang best takkan aku nak cakap tak best. Tapi kalau yang tak best.. Berat rasa hati nak bagi pujian palsu. hahahaha

Tapi tengok pelakon kanak kanak sekarang habis satu drama keluar lagi drama lain macam life dorang hanya di set pengambaraan je.. Gamaknya depa sempat tak lalui kehidupan normal sebagai seorang kanak kanak macam kita dulu. Sempat tak depa buat aktiviti2 macam ni >> 18 Perkara Yang ada kaitan dengan kanak kanak di Malaysia << Kalau terlampau banyak job berlakon dapat. Yelah.. bekerja dari kecik. Kita masa kecik di kerjakan mak je kalau nakal. Nak bekerja betul2 dapat income ribu riban macam pelakon kanak kanak ni memang takde la kan. Setakat upah 20sen tolong pergi kedai tu ada la. hehehe

Apapun untuk si cilik Balqis.. Awak memang talented. Anugerah bakat yang sangat luar biasa dalam usia awak. Tahniah.

AKIBAT TERLALU BANYAK TENGOK CERITA SERAM

AKIBAT TERLALU BANYAK TENGOK CERITA SERAM. Bulan ni bulan bersepahnya cerita seram kat TV. semalam jer ada 2 stesen tv tayang filem seram korea. Tak menang mata nak tengok katanya.. alih2 tidur je sebelum sempat dua2 filem tu habis tengok. Kadang2 aku semakin tension tengok filem seram. Tengok filem seram pun boleh jadi tekanan tau tak? jangan terkejut benda ni berlaku kat diri aku sendiri sekarang ni. Dah tak ada feel macam dulu tengok filem seram walau best macam mana pun filem tu. Nak tau sebab apa? Meh la baca..

Sumber Google. Sekadar hiasan

Semua kerana bila aku rasa deria seram aku dah semakin hilang. Serius.. aku tengok semalam pun cerita hantu korea walau dua2 klasifikasi 18 tetap aku tengok macam tengok kartun Awang Khenit jer. Hantu muncul pun takde rasa apa2 walau tengok dalam gelap & dah hampir waktu tengah malam. Last2 aku tutup tv jer & tido. Yelah.. bila tengok cerita tanpa perasaan yang sepatutnya kita rasa, akan jadi cepat mengantuk. Nak2 lagi cerita seram korea ni dia punya meleret2 sementara nak ada hantu memang menguji keimanan. Boleh naik hantu jugak tunggu. Tak macam cerita thailand.. kebanyakkan starting pun dah keluar hantu. Aku lebih suka filem thailand sebab cerita seram dia jarang mengecewakan.

tension jugak la sebab aku tak mampu rasa seram tengok filem seram tapi nak tengok live show hantu aku tak confident pulak. Aku cuma minat cerita hantu bukan minat pada hantu. hahaha.. Tak tau la macam mana nak kembalikan rasa seram macam dulu2 bila tengok cerita seram ni. Suspen.. takut.. tutup mata.. tahan nafas..  semua tu dah semakin kurang aku rasa. Mungkin inilah akibat terlampau banyak tengok filem seram. Sampai hilang deria seram tu. tension jugak orang lain tengok rasa seram kita tengok takde rasa.

Rasa macam nak tukar hobi tengok filem seram kepada tengok magic pulak. Kot2 la boleh enjoy. yelah.. magic dengan misteri tu kan macam ada kaitan even magic guna trick.. cerita seram banyak melibatkan perkara mistik. Tapi kadang2 magic pun boleh jadi persembahan yang menyeramkan jugak. Mungkin boleh kot jadikan hobi baru. hahaha. Maka meh la kita ramai2 belajar & tengok video ni. Kot2 lebih misteri & mistik dari cerita seram >> Video! Juara silap mata dunia bongkar trick paling mudah buat magic <<

Jadi sesiapa ada nak suggest filem seram yang betul2 seram agar dapat mengembalikan deria seram aku ni meh la share. Kot2 boleh buat aku rasa takut sampai tak berani tengok cerita seram lagi. hahahaha

Moral of the story.. Penting kita buat apa2 pun berpada pada termasuk la tengok cerita seram ni. Bukan apa bila dah hilang deria seram apa cerita seram yang kita tengok dah tak mampu buat kita rasa seram & enjoy. Benda tu kadang2 buat kita rasa tension sangat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com