Showing posts with label DS Anwar Ibrahim. Show all posts

DUNIA POLITIK! DEPA RILEX MINUM KOPI TAPI HANGPA TELAN GIGI

Bertegur sapa.. beramah mesra.. bergurau senda sesama kita takde salah pun walaupun ada perbezaan dalam politik. Definasi politik bukan bermusuh tapi sebab kerana golongan penyokong yang taksub buat perbezaan politik bertukar maksud menjadi permusuhan. Kalau ko pacak bendera tak sama dengan bendera aku.. Maka kau lawan. Jangan harap nak jadi kawan. Padahal depa lupa depa bernaung di bawah 1 bendera Malaysia jugak. Bendera parti ja tak sama tapi bapak segala bendera kat Malaysia ni adalah Jalur Gemilang jugak, kan??

Den tak nak point mana2 penyokong parti politik tapi bagi den yang over acting dalam berpolitik memang golongan BODOH. Bila tersebar gambar Tok Najib & Tok Nuar minum semeja sambil bergurau senda mula la nak sentap. Yelah.. depa2 bermati matian perang mulut.. perang kempen.. perang maki hamun kempen, demo bagai.. alih2 ketua depa boleh je rilex minum kopi bersama sambil bergelak ketawa.

Kemesraan mereka buat penyokong depa mula panas hati (sumber DISINI)

Dei.. Salah tang mana kalau depa sekali sekali nak duduk semeja & lupakan pasal politik. Bermesra sebagai saudara seIslam?? Yang korang teruk2 sangat nak marah tu dah kenapa?? Sebenarnya penyokong ni la lebih sudu dari kuah.. Tapi tak boleh salah penyokong jugak sebab yang bagi minyak pada api pemimpin depa jugak.. Alih2 penyokong sesama penyokong sampai bertumpah darah tertelan gigi bagai.. Pemimpin depa boleh pulak rilex minum kopi kan??

Moral Of the story yang korang boleh amik adalah.. Korang jangan jadi alat untuk di perbodohkan oleh pemimpin korang. Korang yang teruk2 gaduh demo bagai.. Korang nak sokong apapun biarlah terjaga kepentingan korang jugak. Berkempen pun biar berpada pada jangan sampai korang yang dapat susah balik. Perbezaan politik tu bukan bukan bermakna korang kena bermusuh. Hak korang nak sokong sapa.. pilih sapa atau pertahankan sapa tapi tolong jangan jadikan hak tu sebagai perisai untuk mereka2 mempergunakan korang macam keldai politik. Korang susah2 kat luar kempen.. berdemo.. terjerit.. terpekik.. terlolong.. pasang bendera.. poster.. sebar fitnah.. edit gambar bagai.. bertumbuk.. berparang.. alih2 korang masuk lokap, pemimpin lepak minum kopi jer.

Depa pun nak merasa berkawan jugak.. apa salahnya (Sumber DISINI)

Kita rilex2 sudah.. kita tengok mana yang boleh memimpin dengan adil sampai masa PRU kita pangkah. Depa nak pengaruh untuk menang biar depa yang buat kerja keras.. Sebab kuasa pilihan di tangan kita, buat apa kita nak teruk2 sangat raih sokongan bukan kita pun di angkat sebagai pemimpin. Bukan kita yang dapat gaji menteri.. Jadi sebagai rakyat kita buat tugas kita sebagai rakyat. Mereka2 yang di angkat sebagai ketua biar depa buat kerja sebagai ketua, hokay!! Tak payah bergaduh.. update status setiap masa kat FB semata2 nak semarakkan mood bergaduh sesama sendiri.

ISU LAHAD DATU ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG??

Orang kat lahad datu sana.. tidur tak lena & makan tak lalu. Siang malam hidup tak tenang.. takut risau cemas & macam2 lagi perasaan tak best yang dorang rasa. Para isteri & anak2 mangsa yang terkorban untuk mempertahankan negara pun air airmata tak kering lagi, kita kat sini tak habis2 berkempen politikus sepanjang zaman.

Dalam kita masih merasai kesedihan kehilangan dua orang perwira negara tiba2 sang lekit terbaca pula status seorang cikgu yang cerdik pandai lagi popular (kononnya la..) ni. Aduhai.. sedih pulak baca. Bukan pasal status tu berunsur sedih tapi sedih dengan ketidakprihatinan cikgu ni pada isu yang berlaku sekarang. Tak kisah la kau nak sokong siapa.. kau nak benci siapa, tapi isu lahad datu bukan isu kau nak kibar bendera parti mana kat sana sekarang ni. Isu sekarang macam mana nak halau penceroboh & kembalikan keamanan dia lahad datu.

Kalau yang kenal cikgu ni kenal la yer.. Isu sekarang bukan siapa dia tapi yang dia tulis tu.

Sensitif la sikit.. Tak payah nak sebar fitnah yang tak tau betul ke tidak.. yang takde bukti. Nampak sangat la kau nak berkempen politikus. Ni la di namakan ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Status yang berunsur macam tu jugak boleh menyebabkan perbalahan & pergaduhan jugak tau. Kau fikir penceroboh kat lahad datu tu nak tembak dia tanya dulu ke ko sokong Anwar ke Najib?? Senapang depa tak kenal parti kau sokong la beb! Jadi berhenti la kaitan isu lahad datu dengan politik. Kesian orang kat lahad datu sana.. depa harap sangat isu pencerobohan tu selesai supaya depa boleh hidup aman damai bukan depa harap korang tu tunding jari tuduh sana sini.

Jadi pada cikgu itu & rakan2 yang seangkatan dengannya.. Sudah sudah la tu berkempen politikus sepanjang zaman. Elok kita sama2 doakan Lahad Datu kembali tenang aman & damai dari kita dok berkempen politik & sebar fitnah tak tentu pasal. Ni kang ada kata aku penyokong PR lak.. Untuk makluman semua rakyat Malaysia saya penyokong PATI AYAM BISTARI sebab tu saya lebih bijak dari anda yang tak guna kesempatan isu LAHAD DATU sebagai kempen politik untuk parti yang saya sokong. Sekian terima kasih.

Antara komen2 berkenaan status di atas. Kan dah berbalah pasal politik walhal isu yang lagi besar adalah isu keselamatan negara. Takkan selamat lahad datu kalau dok asyik cari salah sesama sendiri sebab perbezaan politik

P/S : Al Fatihah kepada dua anggota yang terkorban dalam misi menjaga keamanan di Lahad Datu. Moga Roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Takziah kepada keluarga kedua2 mangsa yang terkorban



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com