Showing posts with label jual. Show all posts

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN. Ada ke yang mula benci saya asyik tulis berkaitan produk ni? bukan review tapi entri yang berbentuk pendedahan & kesedaran tentang produk beracun. Yelah.. saya faham blogger blogger yang rasa menyampah tu mesti sebab depa tak nak stop ambil review produk produk macam tu atau overclaim kan? So buat buat la macam tak tahu.. Selamat sikit. Nanti boleh guna alasan tak tahu kan.. kekekeke. Alolo.. marah ke? Gurau je la..


Kalau ikut basic yang paling mudah.. Menjual sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain memang la berdosa & haram kan.. Tapi sejenis 'Ponder' ni suka la buat buat macam depa ni naif & tak tahu apa apa. Seolah olah macam tak pernah belajar agama tapi kalau bab menunggang agama depa la paling 'Jaguh'. Tapi tang bab hukum pasal menjual produk beracun terus jadi blur & blank. Macam terencat pula memasing kan. Yelah.. kita sedia maklum la kan.. Produk beracun terutama kosmetik ni memang agak laris di pasaran. Sebabnya mampu memberi kesan kecantikan yang cepat walau selepas tu muka kau akan jadi umpama 'singapura di langgar todak'.

Yang kesian agent agent & seller seller ni.. Of course la founder tak kan mengaku memang produk dia beracun even KKM dah menyenaraikan produk depa dalam senarai produk beracun. Dia akan manipulasi laporan KKM dengan alasan 'Fake product'. Yang bangang bangang sikit ni pun percaya la.. Maka para agent & seller secara berjemaah la menyebarkan dakyah kononnya produk depa yang KKM sahkan beracun tu adalah fake produk. Konon kena sabotaj oleh pesaing bla.. bla.. blah.. bagai. Alasan tu di ulang semula bila sekali lagi kena banned dengan KKM.. walau berkali kali kena banned pun alasan yang sama di gunakan pakai & yang pelik masih ada yang percaya.

Betul ke seller seller ni tak tahu atau buat tak tahu? Yelah produk laku keras katanya.. Bila jual untung banyak. Rewards dari HQ pun selalu dapat. Nak cari rezeki suap kat anak anak katanya.. terpaksa jual.

Bagi yang rasa tak salah nak jual produk produk yang memang dah di sahkan beracun ni.. Terutama yang beragama Islam la. Kena tahu apa hukum nya menjual produk produk macam tu. Even urusan jual beli tu sah tapi masih ada penipuan & penganiayaan kat situ. Boleh baca penjelasan dari Ustaz Farid Rashidi setelah di ajukan soalan berkaitan ni.. Baca pada screenshot di bawah

Hukumnya jika dah tahu beracun, memudharatkan orang tapi tetap menjual ia dikira perbuatan yang berdosa dan haram kerana beberapa sebab:

1. Menipu ketika jual beli.
2. Mudharatkan diri dan orang lain.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).”

[Hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi]

Menipu dengan mengatakan produk tu masih selamat di gunakan & menganiaya orang yang beli guna yang mungkin mendapat kesan kemudaratan pada diri mereka. Tak rasa bersalah & berdosa ke wahai founder? Ye ye.. memang depa tak rasa bersalah jauh sekali rasa berdosa sebab depa jual produk tu & memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Lepas tu keuntungan depa guna juga untuk bayar zakat & bersedekah kepada golongan miskin. Yelah.. yelah... Kalau macam tu kita pun boleh jual dadah. Untung cepat sikit. Lepas tu kita cari anak anak buah untuk jadi runner tukang hantar dadah, ambil dropship untuk cari pembeli dadah. Untung nanti kita bayar la zakat & buat sedekah yer.. Paham ke idak??? Benda tu memudaratkan... Takkan nak di halalkan hanya kerana alasan nak bantu orang lain sedangkan masih banyak pilihan yang lebih baik boleh buat?

entri ni sebagai peringatan sesama kita.. Rasa nak ambil sebagai panduan.. ambil la. Tak nak itu pilihan anda. Saya cuma menyampaikan secubit ilmu dari perkongsian orang yang lebih berilmu berbanding saya. Tidak berniat menjatuhkan mana mana pihak sekadar berpesan pesan sesama kita.

Moral of the story.. Tepuk dada tanya Iman. Jual dari hati.. Jual with Iman.. erkkk... tetiba. kekekeke

REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH

REMAJA 19 TAHUN DI DENDA RM40 RIBU JUAL & PASANG BRACES TIRUAN TANPA TAULIAH. Sekarang tengok ramai dok jual braces @ pendakap gigi tiruan. Murah je sampai tak masuk akal. Yelah la nama pun tiruan. pakai sekadar untuk berfesyen jer katanya. Tapi tak tau la apa yang lawa sangat pakai braces ni kan.. Pada pandangan mata remaja lanjut usia macam aku ni memang rasa tak cantik pun. Aku sendiri tengok rimas besi dok tersangkut kat gigi tu. Tak lekat daging ka celah2 besi tu kalau makan hahahaha.


Kemunculan Braces tiruan ni menyebabkan lahirnya ramai doktor - doktor gigi tiruan jugak. Depa jual siap dengan pemasangan lagi. Umur 19 pun dah jadi doktor pasang braces ni ok! Menangis bawah bantal ahkak ok melihat hangpa yang muda2 lagi dah jadi doktor braces. Orang lain nak dapat tauliah untuk pasang braces ni bertahun tahun belajar kat yunibesiti sana nu.. Hangpa termenung depan youtube je dah graduate sebagai doktor braces. Sungguh.. tak sia sia topup kuota internet katanya. hehehehe

Tadi tertengok berita kat TV9.. Dengar jugak la berita Remaja 19 tahun di tangkap & di dakwa kerana memasang braces tiruan tanpa tauliah. Dia di denda RM40,000 atas kesalahan tersebut. Mujur ada duit boleh bayar denda kalau tak ada duit mereput la kau dalam penjara katanya. Sesia je dapat title banduan hanya kesalah pasang braces tiruan.

Kalau ikutkan nak pakai & pasang braces ni bukan murah. Beribu beb tapi di lakukan oleh doktor2 yang bertauliah la. Kena x ray bagai dulu bukan main pasang jer kat gigi hangpa tu. Bukan macam Braces fake yang hangpa boleh beli serendah RM35 & kalau campur kos pemasangan baru harga dalam ratus ringgit camtu. Sebab apa kos dia mahal? Sebab kalau di lakukan oleh orang yang tak bertauliah risiko dia sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan kematian. Mati dik Ooi.. Ingat nyawa takde jual kat farmasi dik macam ubat sakit lain. Braces tu pun bukan boleh guna sebarangan besi atau dawai nak pasang kat gigi. Dawai archwire untuk pendakap gigi tu diperbuat daripada bahan antikarat. Jenis dawai tu lain sikit daripada dawai biasa, iaitu mestilah tak reaktif terhadap air liur, minuman dan makanan yang dimasukkan ke dalam mulut.

Berbeza dengan fake braces yang tak diketahui jenis dawai besi apa yang digunakan, bahan dawai tu sendiri pun dah bahaya dengan boleh menyebabkan karat sehingga mejejaskan kesihatan dalaman. Hangpa nak minum air pandai pasang water filter bagai nak jaga kesihatan tapi tak guna kalau setakat pakai fake braces katanya. Bukan tu je fake braces ni boleh menyebabkan kecacatan pada tulang, gusi, gigi & muka hangpa jugak. Jangan nak cantik terus muka jadi pelik baru padan muka.

Selain tu risiko menggunakan fake braces ni adalah boleh menyebabkan gangguan kepada salur darah dan saraf gigi. Selain tu, ulser mulut, gusi berdarah, jangkitan kuman dan bakteria dalam mulut merupakan masalah dan kesan yang terpaksa dihadapi oleh pemakai fake braces. Bahayanya braces palsu ni adalah bila besinya boleh berkarat, mencalarkan permukaan gigi, menghakis enamel gigi. Manakala, saduran besinya pulak boleh terhakis dan menjejaskan tubuh pengguna. Jadi gigi korang boleh mereput, gigi berkarat, gusi jadi longgar, dan tu tak masuk lagi dengan bau mulut disebabkan infection. Hope pemakai braces tiruan ni rasa menakutkan baca semua ni.

Pada yang menjual tak kira jadi agent atau buat dropship jual fake braces ni hope berhenti la sebelum di tangkap & di kenakan hukuman. Jangan terus mendedahkan orang lain kepada risiko. Jangan fikir untung tak seberapa tu hangpa seolah olah memperjudikan banyak nyawa. Nyawa seekor semut pun kita tak mampu bagi apatah nyawa seorang manusia. Banyak lagi benda boleh jual.. Kenapa mesti jual benda yang memberi risiko kepada kesihatan orang lain kan?

Moral of the story.. Semua orang sukakan kecantikkan.. Mungkin pada anda pakai braces ni cantik tapi ingat jangan obses nak cantik anda ignore risiko yang bakal anda tanggung untuk jangkamasa panjang.

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH. Baca tajuk entri pun dah mengambarkan lekatlekit akan melahar dalam entri ni. Selain kat blog, aku rajin jugak melazer kat facebook sebab tu ramai orang yang selalu benci tapi rindu dengan aku. Bukan apa melihat trend sekarang.. Kau rajin post kat media sosial caption bodoh2 pun kau boleh buat kompilasi kemudian cetak dalam bentuk buku & jual.. aku pun nak cuba nasib jugak compile semua kritikkan aku yang penuh news feed kat FB tu kemudian bukukan.. Mana tau boleh cari rezeki halal dengan jual buku macam tu pulak.hehehehe


Kau fikir kau siapa lekatlekit? Pelakon? Penyanyi? macam Fattah Amin tu.. op's!! hahahaha

Lepas Apis Amidon.. Kini giliran patah amin pulak keluarkan photobook yang konon2 buku motivasi la sangat. Dalam buku tu cuma koleksi post2 termasuk gambar2 selfie dia kemudian di terbitkan & di jual kepada semua kipas susah mampus Patah Amin. Bila orang kecam.. Katanya salah satu cara dia nak cari rezeki halal.. 

Yelah rezeki halal tapi kau tak rasa ke macam satu penganiayaan buat peminat kau yang beli buku ala2 photobook kau tu? Dah tu setiap muka surat cuma di ambil dari koleksi post2 kau kat media sosial. Kau tak rasa bersalah ke wahai Patah Amin?

Please la retis.. Jangan gunakan populariti kau untuk jual sampah. Ni pun salah satu bentuk penganiayaan jugak ok! Peminat ni kalau fanatik memang dia jadi bodoh sikit.. Even buku kau yang tak ada manafaat & faedah nak di baca pun mungkin dia akan beli sebab minat kau. Jangan klasifikasikan buku kau buku motivasi sangat la.. Kau tu berlakon pun macam kayu.. menyanyi pun sumbang mahram bagai..Cuma nasib kau baik ada rupa & sebab terlibat dalam bidang seni je. Kalau kau bukan retis.. Sapa nak baca buku kau tu. Buku yang hebat tak perlu penulisnya popular, Insya Allah pasti ada yang membaca. Tu baru namanya penulis. Cuba cermin diri kau tu 'Layak ke kau di panggil penulis sampai nak keluarkan buku bagai??' Jangan kau rasa kau artis kau boleh ambil kesempatan nak jual apa saja termasuk sampah. Aku yakin kalau orang lain buat buku macam ni pun patah amin takkan beli jugak. 

Tak tau la sapa cetuskan idea suruh dia keluarkan buku macam tu.. Patut orang yang cetuskan idea tu pun kena kecam secara berjemaah jugak. Tapi kalau memang idea dia sendiri.. Sedang elok la kau kena kecam macam sekarang walaupun dari kecaman tu kau boleh dapat publisiti free katanya. Tapi tetap kena kecam jugak hahahaha

Moral of the story.. Kepada peminat susah nak meninggal dunia patah Amin tu sebelum korang bazirkan duit beli photobook dia yang konon bermotivasi sangat tu, korang tergolong dalam golongan yang perlu buat benda ni >> Cara nak kesan setiap perbelanjaan Anda Untuk dapat Ganjaran Lebih besar << Bukan apa supaya korang sedar salah satu benda yang tak anda pekdah korang berbelanja adalah membeli buku patah amin hahahaha

p/s : Sebab tu orang sekarang semua berlumba lumba nak jadi retis.. sebab lepas jadi retis depa boleh jadi macam macam tak perlu belajar teruk - teruk termasuklah jadi penulis walaupun kau tak ada bakat menghasilkan karya berkualiti & hanya mampu hasilkan buku sampah penuh gambar muka sendiri hahahaha

BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK

BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK. Aku ada satu favourite kedai jual dvd original. Dulu kat Selayang Mall aku selalu beli lepas kedai dia kat situ tutup sebab sewa kedai di naikkan.. aku menjajah pulak kat wangsa walk mall. 2 minggu lepas aku pergi.. Cari filem2 seram baru tak ada keluar walau rasanya dah habis tayangan kat pawagam. Normally kalau lepas 4 bulan tayang memang dah keluar dalam bentuk dvd original. Tapi tak ada maka aku balik dengan tanpa apa2 hasil tangkapan katanya.

Semalam aku pergi lagi.. dia tengah buat clearance stock sampai jumaat ni kalau tak silap. Tapi filem2 baru dah tak ada di jual. Yang dia tengah buat clearance stock semua filem2 lama. Sampai ada yang tinggal harga RM3 tapi filem lama la. Yang penting original DVD.  Semalam pun sebab dah tak ada filem baru aku rembat je filem lama Indonesia sebab aku memang jarang nak beli koleksi filem seram Indonesia. Seingat aku sebelum ni aku pernah beli 1 filem jer Filem Air terjun Pengantin.

Lepas bayar suami aku terkejut harga DVD RM3. Dia tanya betul ke dia kira tu. Aku cakap betul la sebab aku dah double confirm dengan amoi cashier tu sebab mula2 aku pun tak percaya. Yelah.. selalunya kalau membeli belah kat situ habis jugak 30-40 hengget katanya. tetiba minggu ni tak sampai 20 hengget pulak suami aku kena bayar. Mesti dia double check hahaha

Aku syak yang branch situ pun bakal bungkus ikat mati jugak. Yelah.. Zaman sekarang sapa la sangat nak layan DVD melainkan aku yang nak tengok wayang filem seram tak boleh. Kalau nak tengok  wayang kena usung semua. Anak laki bagai.. Laki tu ok la dah besar panjang manusia yang anak tu tak berapa sesuai nak bawak tengok filem seram kat skrin besar macam tu.

Dah tak banyak port2 yang boleh aku beli koleksi dvd filem seram original sekarang. Kalau ada pun rasanya kat One Utama kedai Speedy apa ntah dia. Tapi lebih mahal dari tempat yang aku selalu beli di wangsa walk. Bayangkan sekeping DVD rega dekat RM30 - RM40.. Kalau kat Classic World Entertaiment jangan pelik boleh dapat RM10 jer.. Original Qualiti ada sticker KPDNKK & pengesahan LPF lagi tau. Qualiti memang Qualiti original copy la. Tapi filem omputih tetap mahal. Hahahaha

Kalau mahal sangat kat tempat lain rasanya terpaksa support Ah Lang Nun jugak la.. Tapi tu la Ah Lang Nun ni.. Meluat la tengok dvd dia. Selalu je terbeli yang rakam dalam panggung. Nampak la entiti yang tak di ingini lalu lalang depan skrin pawagam tu. Tu ok lagi.. ada gambar senget benget jadinya. Kat online ni ntah la macam tak jumpa pun ada jual dvd. Kena tukar hobi kumpul novel seram pulak kot lepas ni hehehe

Maka cita cita aku nak buka muzium koleksi dvd filem seram mungkin terbungkus bersama bungkusnya kedai2 jual dvd original kat Malaysia ni. Hahaha.. Almaklum la takkan nak muziumkan dvd cetak rompak pulak kan. hehehe.. Takpe la semua tu koleksi dunia.. Mungkin lepas ni beralih arah kumpul koleksi bekalan akhirat pulak katanya. Insaf mak nak!!!

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND. Walaupun aku tak berapa gemar dengan perangai pengasas produk ni yang terlampau show off hidup dia yang konon low profile & 'orang kampung' tu kat media sosial.. Sebab kadang2 over sangat cara kampung dia sampai nampak sangat nak menunjuk nunjuk tapi bermakna aku dengki dengan kejayaan dia yang mampu membina empayar terlajak laris dia tu. Apa yang baik mesti la kita tumpang bangga dengan saudara seagama & sebangsa kita kan. Tapi apa yang tak kena tu tetap la kena kritik. Apa ingat orang kaya & terkenal kena puji2 je ke? Itu mustahil katanya hahahaha...


Kagum jugak la dengan dia berjaya membawa produk dia masuk ke pasaran Thailand. Alhamdulillah at least ada produk orang melayu dah mampu di pasarkan kat negara lain. Hope produk terlajak laris tak ada klon la kat sana. Almaklum la Thailand antara negara yang aktif jugak mencetak rompak produk2 kosmetik & skincare ni.


Selain meluaskan pasaran produk dia ke Thailand Dato Aliff Syukri jugak dah keluarkan buku biografi dia sendiri. Yang minat membaca boleh la dapatkan di pasaran. Katanya kalau kat pasaran harga buku tu RM35. Bab baca buku ni aku memang tak berapa nak rajin sangat Almaklum la sekarang ni bahan bacaan banyak secara online jer.. Maka aku lebih banyak membaca di online. Dulu sebelum celik IT memang suka jugak la membaca.. Habis buku teks sastera aku baca. Buku teks sastera je aku baca sebab tu mata pelajaran peberet aku masa sekolah. hahahhaa.. Konon nak jadi sasterawan la tapi hanya mampu jadi bloggerwan je. Apapun tak lari dari bidang penulisan jugak kan.

Apapun kalau korang nak berjaya jadi jutawan yang terkenal macam Dato Aliff syukri walau education dia sampai SPM jer syarat pertama kena pandai selfie. Tak caya tengok dato aliff syukri tak habis bergambar & gambar2 dia selalu je mencetuskan kontroversi. Tak reti selfie meh belajar kat sini >> TIPS: Cara Hasilkan Selfie Awesome Yang Sentiasa Meraih Banyak 'Love' Di Instagram << lepas tu jadi kontroversi maka jenama korang sekaligus mendapat publisti. hahahaha... Takde la gurau jer.. Nak berjaya semua kena usaha. Kalau nak tahu macam mana Dato Aliff Syukri boleh sampai ke level dia sekarang rajin2 la baca buku biografi dia tu.

Moral of the story.. Dalam hidup apapun kita buat jangan cepat down @ putus asa. Orang yang berjaya kebanyakkan jatuh berkali kali baru dia tahu jalan mana untuk pilih. Orang tak pernah jatuh susah untuk berjaya. Selalunya dia akan statik kat satu level je. Jadi nak berjaya kena berani berdepan dengan risiko. Sama jugak macam kita tulis blog.. tengok traffic blog rendah, nuffnang earning tak membiak, tak dapat banyak peluang menjana pendapatan kita dah rasa down.. Sepatutnya usaha lebih sikit naikkan traffic Insya Allah yang lain2 akan datang selepas tu.

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK. Benda ni sebenarnya dah lama aku pendam sebab bukan kali pertama terkena walau yang terbaru semalam (1 ramadan) suami aku terbeli ikan kerapu yang dah berbau. Sebelum ni pun pernah terbeli ikan yang dah berbau ni. Tapi tu la dekat dengan rumah aku econsave je paling dekat.. Dulu ada Aeon mini market kat sini, situlah aku suka beli barang basah nak masak. Lebih fresh & tak pernah lagi terbeli ikan busuk. Kalau aku yang beli at least aku tahu walau dalam ais tak berbau & nampak ok tapi ikan boleh tengok dari mata ikan.. dari perut dia. Ada la petua2 nak tengok ikan tu masih elok ke tidak.


Tapi bila si suami yang beli barang basah ni.. Depa tengok dengan pandangan mata kasar. Nampak ok dalam ais. Masa ambil tu takde bau apa2.. dah ok la tu bagi depa. Balik rumah nak siang & cuci.. terimalah haruman yang buat rasa nak minum air lepas tu maki puas puas. Sebab kalau dok maki orang bulan puasa ni sia sia je puasa tu. Jadi kena minum air dulu katanya bagi membatalkan puasa. Kalau kedai runcit kat bawah rumah aku ni.. pun lebih kurang econsave jer. Dia main jual je barang dah rosak ke barang elok ke. Kena pilih betul2 la kalau nak beli jugak. Kalau sayur tu.. memang tak lalu la nak membeli aku kat kedai bawah rumah aku ni.

Bukan kata kat econsave tu semua barang basah dia jual dah busuk tapi sebab ada yang dah busuk still depa jual tu yang aku paling tak puas hati. Nasib tak baik dapat pelanggan yang macam laki yang judge dari pandangan pertama je memang teraniaya la. Sekali terkena mungkin boleh berbaik sangka kalau dah kali kedua ketiga & seterusnya memang susah nak baik sangka. Aku banyak kali pesan nak beli barang basah jangan beli kat econsave sebab suami aku dia tak pandai sangat nak pilih ikan yang ok & tidak. Macam aku cakap dalam ais nampak macam elok & tak terbau tapi balik rumah, baru terbongkar kisah sebenar.

Ni teguran buat econsave.. Bagus mengamalkan harga murah untuk penjimatan tapi kalau setakat jual ikan busuk tak jimat sangat dah. Merugikan balik pelanggan yang beli. Minta alert sikit dengan barang barang basah yang di jual kat econsave. Setiap hari sila buang yang mana dah busuk jangan menganiaya pelanggan yang membeli belah kat situ.

Moral of the story kalau nak membeli bahan basah untuk memasak kat econsave pastikan pilih betul betul. Jangan kita bayar dengan harga yang sama tapi kualiti barang kita dapat yang low class. Bagi kucing pun kucing tak selera nak makan. Nak2 sekarang kucing semua demand nak makan benda ni jer >> Hadiah Comel Yang Confirm Semua Penggemar Kucing Teringinkan Untuk Diri Sendiri << Kalau kucing pun tak hadap.. kau sebagai manusia sanggup ke nak makan. , setakat ikan busuk kucing nak hidu pun dia tak sudi.

PENGGEMAR UDANG GALAH & KETAM BACA NI SEBELUM MENYESAL

PENGGEMAR UDANG GALAH & KETAM BACA NI SEBELUM MENYESAL. Ni antara makan yang mahal jugak la nak2 lagi zaman GST semakin mahal jadinya tapi tetap tak kurang pemakan udang galah & ketam ni. Gila kau! Sedap kot.. Tapi aku ni nak kata suka sangat tak jugak. Lagi2 ketam.. Kadang2 aku masak je tapi tak makan sebab malas. Jenis seafood yang  susah nak makan ni kadang2 spoil selera aku. Tapi asben aku memang penggemar tegar dua haiwan air ni.


Udang galah kalau liar punya lebih sedap dari yang bela dalam sangkar. Tapi tu la bukan senang nak tangkap udang galah. Sebab tu dia mahal kot.. Ketam pun aku tak sure jugak susah kena senang nak tangkap sebab harga dia pun boleh tahan la. Nak makan hari2 tu mungkin tak la dua ekor haiwan ni. Sekali sekala boleh la. Tapi ada ke orang hari2 makan udang galah & ketam.. Kalau ada aku kagum. Mungkin dia pembekal dua jenis seafood ni kot..

Tapi yang aku nak cerita ni mungkin akan menggugat sikit keimanan penggemar udang Galah & ketam. Minta maaf la kalau tak bagitau kang rasa bersalah pulak. Yelah sharing is caring. Dengan berat hati terpaksa jugak aku membongkarkan sesuatu tentang Udang Galah & Ketam kat malaysia ni >> Penggemar Udang Galah & Ketam Wajib Tahu <<

Lepas tengok tu hope takde mana2 penggemar ketam & udang Galah jadi histeria ke hapa. Bawak2 bersabar yer.  Sebagai seorang Muslim jangan gelojoh. Bertindak mengikut akal yang waras. Jangan sebab ketam & udang galah korang jadi hilang arah & menyusahkan pihak lain.

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE

MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE. Dalam blog aku ni rasanya aku belum pernah kupas kupis mahupun mengopek secara rakus isu rokok elektronik @ Vape ni. Tapi di sebabkan terbaca satu artikel kat amanz.my yang katanya kementerian kesihatan tengah mengkaji untuk mengharamkan vape di Malaysia.  Katanya kajian tu di buat untuk mencari rang undang - undang yang akan di gunakan bagi mengharamkan & menghalang penjualan & penggunaan vape di masa akan datang.

Sumber Google

Abis la kaki kaki vape.. Kalau kajian ni berjaya & ada akta boleh di sabitkan kesalahan menjual & menghisap vape. Vape mungkin jadi macam dadah la.. tak kira yang jual atau hisap kedua dua di anggap pesalah. Pelik sungguh kan undang2 kat Malaysia ni.. Maybe sebab Vape lebih murah berbanding rokok yang bercukai & mungkin vape tidak menyalurkan apa2 pada pendapatan negara sebab tu gigih sangat depa nak haramkan penjualan & penggunaan vape. Aku bukan sokong orang jual atau hisap vape tapi benda ni bagi aku nampak kelakar. Seolah2 kat Malaysia ni apa je yang bercukai tinggi selamat & sihat di amalkan macam rokok yang di kenakan cukai atau di gelar sebagai rokok sah.

Kalau dah rokok tu membahayakan kesihatan apa jenis rokok pun tetap bahaya bukan hanya vape atau benda ni je bahaya & di katakan penyebab perkara seram ni berlaku di Malaysia. Malah rokok yang katanya sah pun bahaya jugak kenapa tak ada usaha untuk mengharamkan penjualan & penggunaannya. Tak perlu di jawab kita semua tahu apa jawapannya. hehehehe

Ni mesti kes sebab tahun depan katanya harga rokok akan di naikan lagi. Jika ramai perokok beralih kepada vape yang lebih murah, dah tentu bagi kesan kepada keuntungan penjualan rokok sah. Dah la nak kena bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sekarang vape pulak. Pening kepala kerajaan cari idea macam mana nak kikis duit rakyat lagi.

Moral of the story.. Kat Malaysia sejak PM sekarang memerintah memang banyak perkara yang buat kita rasa nak gelak sambil hentak kepala kat dinding. Tu di namakan ketawa dalam tangisan. Apapun merokok atau meng'vape kedua duanya membahayakan kesihatan.

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL. Ramai antara kita yang tak sedar kita sedang ajar anak kita jadi pengemis di media sosial. Ramai sangat rasa dengan mengemis di media sosial ni tak nampak macam orang tak bermaruah tapi nampak sweet like kencing manis. Yelah mengemis secara online ni bukan kena tadah mangkuk duduk tepi kaki lima dengan muka & baju comot. Dengan muka comel baju cantik2 lagi senang nak mengemis. Sebab konsep mengemis kat media sosial ni lain sikit.. Yang di rayu juga bukan duit atau makanan. Nak tau mengemis apa.. meh baca.

Benda yang dah jadi trend tapi orang pandang perkara tu macam anak aku selalu sebut.. "alah.. kecik jer!" Kecik sebab dia masih kecil tapi akan jadi masalah besar bila dia membesar dengan di biasakan diri menjadi seorang attention seeker di media sosial. Bila dia rasa cara tu orang bagi perhatian pada dia sebab mak bapak dia dah ajar dia dari kecik.. Nak kalau kau rasa nak orang sedar akan kewujudan kau di muka bumi ni kau kena buat macam ni. Kau kena buat benda2 bodoh sebab orang Malaysia memang suka sensasikan benda2 bodoh sebab tu kat Malaysia orang buat benda bodoh lebih cepat di kenali & dapat banyak peluang termasuk jadi retis. Manalah tau Dato terlajak laris offer kau berlakon iklan produk dia nanti. Jadi.. kau kena biasakan diri dengan buat benda2 kurang cerdik di media sosial bermula dari sekarang. Lama2 kau ada jadi pakar mengarut paling berprestij di alam maya.


Aku tak tahu la mak bapak jenis ni kategori apa? Nak beli anak mainan pun perlu undian dari orang ramai.. masa kau nak beromen buat anak takde pulak kau minta orang vote. Like kalau ada setuju kami berjimak untuk buat anak malam ni. sejuta LIKE kami akan berjimak. Dah dapat anak hasil jimak tu nak membela gigih sangat kau nak orang vote dengan like bagai. Watdehek!! Takde sebab lain spesis macam ni memang berangan nak jadi popular dengan benda tak pekdah macam syasya salero, cikgu shida & ramai lagi la. Bermula dari seorang attention seeker yang kreatif cipta idea kurang bijak maka berpusu2 orang lain tiru.

Tak pepasal dok makan kutuk orang jer. Apa ingat orang nampak kau mak bapak sweet ke buat macam ni??

Bila kita dah dedahkan benda2 macam ni kat anak dari kecik nanti besar dia buat benda bodoh yang memalukan kita kat laman sosial jangan cakap bukan salah ibu mengandung & bukan salah ayah menanggung yer nak..padahal kalau di flashback balik sebenarnya kesilapan tu kadang2 berpunca dari didikan kita sendiri. Nak jadi mak bapak yang cool & trendy bukan dengan buat benda2 bodoh yang guna gambar anak macam ni. Kalau betul korang ibu yang memang jenis cool, trendy & urban meh tengok sini apa yang korang kena buat >> 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia! <<

Lagipun tak perlu rendahkan harga diri kita dengan tunjuk kat orang macam kita macam terdesak sangat. Penting sangat ke populariti kat laman sosial dalam hidup kau?? Dah la kau jual muka anak kau yang innocent tu lepas tu malukan dia dengan perangai kau yang nak mengemis perhatian tu. kalau kau rasa nak beli mainan untuk anak tu beli je la.. tak payah ajar anak kau jadi pengemis di media sosial. Lagi bagus kau ajar anak aku menabung dari menabung like kat gambar dia yang kau post. Totally tak ada faedah langsung.

Moral of the story.. Jangan jadi kejam terhadap anak secara halus. Kadang2 kita melanggar hak privacy seorang anak hanya kerana dia seorang anak kecil. Ramai mak bapak sekarang dah tak jaga privacy seorang anak di media sosial. Ada yang upload gambar bogel anak tanpa rasa bersalah tu paling aku rasa kesian sangat.

AYAHANDA KIPIDAP RANI KULUP DAPAT GELARAN DATUK DARI SULTAN MELAKA

Tak tau la aku tak tahu atau memang benda ni belum di hebahkan kepada orang ramai. Semua orang dah kenal dengan Ayahanda Rani Kulup yang di gelar #kipidap. Orang paling banyak buat laporan polis terhadap isu2 semasa yang berlaku di Malaysia. Sampai Azwan Ali pun angkat spender putih bila dia warning nak buat laporan polis terhadap AA.. Dalam banyak2 orang akhirnya AA gentar jugak dengan Ayahanda Rani kulup. Memang kipidap betul!


Terbaca kat astroawani isunya.. pasal konon sultan melaka (sultan yang tak di iktiraf) menjual gelaran Datuk kepada Ayahanda Rani kulup tapi dia nafikan kurniaan tu atas jasa Ayahanda Rani Kulup yang banyak membuat laporan polis atas keprihatinan beliau kepada perkara2 yang berlaku di Malaysia. Tapi Ayahanda Rani kulup tak pernah guna gelaran tu. Kata Sultan Melaka sebab dia dah ada gelaran Ayahanda tapi aku rasa Ayahanda Rani kulup pun tak confident kot kurniaan sultan melaka tu. hehehee

Sumber Astroawani

Apapun aku baru tau rupanya Sultan Melaka pun boleh kurniakan darjah kebesaran pada rakyat jelata. Tapi kalau kesultanan Melaka dia pun tak di iktiraf apatah lagi darjah kebesaran kurniaan Dari kerajaannya...

Moral of the story.. Tunggu jugak bila Ayahanda Rani Kulup nak buat laporan polis terhadap 'Orang Orang Besar' kat Malaysia ni. hehehehe


RAMAI IBU JADI RIAK BILA MEMILIKI SUSU BADAN YANG BANYAK

Aku bukannya dengki.. Aku pun menyusu anak sampai setahun lebih jugak sebelum tukar ke susu formula. Masa anak aku lahir memang susu melimpah ruah even aku tak ambil apa2 supplement cuma minum susu anmum jer. Sampai terpaksa pam keluar.. lepas tu buang je sebab anak aku time tu tak nak menyusu dari botol. Punyalah banyak rezeki susu.. Tapi tak terasa pulak nak canang2 kat orang yang aku ibu yang subur dengan susu. Bab2 macam tu aku sensitif sikit nak share...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Tapi sekarang ni aku tengok ramai ibu2 yang menyusu badan anak dia macam terlalu menunjuk. Kadang2 statement dorang tu nampak bangga & riak sangat. Contoh.. "Sorry anak aku tak minum susu formula.. Hanya susu ibu. Tengok la sihat & kuat. Bijak pulak tu.." Atau.. ayat penjual produk.. "Takde alasan susu kering.. Yang ada cuma nak atau tak BF anak sampai 2 tahun." Macam susu tu boleh kau bancuh kemudian isi dalam nenen kau! padahal dia lupa.. susu ibu juga rezeki dari Allah.. Produk cuma ikhtiar. Kalau Allah tak mengizinkan ia terjadi.. kau telan la produk milk booster katanya... tak keluar jugak susu kau tu even kau perah guna spin kat washing machine sekalipun.

Atau jenis yang tak habis2 nak bagitau orang yang anak dia minum susu ibu.. sampai kita dok tengok update dia pun rasa.. Macam kau sorang ada susu badan. dah tak nampak dia nak berkongsi kebaikkan susu ibu tapi nampak lebih nak menunjuk kelebihan dia ada. Kalau niat nak berkongsi.. Cara perkongsian tu biarlah tak nampak macam bangga/riak melampau, memperkecilkan orang lain atau mempertikaikan orang yang takde kemampuan menyusu badan anak dia. Takde siapa nafikan kebaikkan susu ibu.. Kalau boleh ramai para ibu sekarang nak susukan anak dia dengan susu ibu cuma bukan semua orang berpeluang buat macam tu. Ada orang sebab kesihatan,ada orang sebab memang tak ada rezeki susu. Semua tu perancangan Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukan para ibu yang takde susu tu golongan ibu yang pemalas, kekurangan atau nak jaga badan jer..

Jadi geng tayang susu tu berpada pada la dalam nak berkongsi atau keluarkan statement. Jangan sampai golongan yang tak berkemampuan menyusu baby mereka terasa terhina dengan post anda. Nak jual produk pun tak payah mempertikaikan orang yang tak ada susu. Nak meniaga ni kena cakap perkara yang orang suka dengar bukan sakit hati bila dengar.

Moral of the story.. Susu apa pun yang mak bapak bagi kat anak anak.. semua nak yang terbaik. kalau dia taknak bagi yang terbaik.. baik tak payah bagi susu langsung. Jadi, jangan rasa ibu yang bagi anak2 dia susu formula tak kisah dengan tumbesaran & kesihatan anak dia ok! Kemampuan setiap orang berbeza.

P/S : Pendapat ini tak merujuk kepada semua ibu2 yang breastfeeding yer.. Segelintir yang buat kalau terasa bagus la. hehehe

BLOGGER IBU TUNGGAL YANG PERLU SIMPATI & BANTUAN KITA

Kadang2 keprihatinan kita ni apa yang lebih di highlight media elektronik & media sosial walhal kes kes terpinggir yang kadang2 kita nampak tapi kita buat2 macam tak nampak. Sebab ia tak jadi viral & tak keluar tv, majalah & suratkhabar. Manusia sekarang nak bersimpati atau nak hulurkan sumbangan pun tetap nak publisiti.. Itulah hakikat yang banyak berlaku sekarang.

Bagi blogger yang pernah ikuti blog seorang ibu tunggal yang di Uji Allah dengan kesakitan, bila sakit suami pun tak sanggup hidup bersama tinggallah dia bersama anak - anak meneruskan kehidupan. Alia Haryanie.. rasa dah bertahun aku ikuti blog dia.. Alia Haryanie tak minta sedekah pada sesiapa.. Walau dalam kudrat yang sangat terhad dia tetap berusaha mencari rezeki dengan meniaga secara online.

Inilah rutin alia haryanie dari anak2 ni kecik sampai sekarang dah besar. Hospital bagai rumah kedua. Pergerakkan dia banyak berkerusi roda.

Ni tak lama lagi nak puasa lepas tu nak raya. Bagi sesiapa yang sudi membeli sekaligus membantu meringankan beban yang di tanggung Alia Haryanie boleh la membeli barang jualan dia seperti

popia simpul RM35 sekilo

 Mini Popia RM30 sekilo

 Popia simpul RM35 sekilo

Serunding Daging 250 gram RM 18
Serunding Ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini Karipap Rm 30 sekilo


 Selain dari produk makanan Alia Haryanie jugak ada menjual kain pasang. RM50 sepasang termasuk pos.



 Nak tengok lebih banyak corak kain pasang boleh tengok kat SINI

Sekiranya korang rasa nak mencari saham akhirat sambil membeli jualan Alia Haryanie ni boleh la hubungi di 012-9218016. atau korang boleh lihat sendiri jualan & cerita kehidupan seharian beliau di blog Alia Haryanie. Hope perkara ni mampu menjadi viral agar beliau mendapat pembelaan & bantuan yang sepatutnya.


Moral of the story.. Tak mampu membantu dari segi material, bantulah mendoakan kebaikkan untuk beliau. 

P/S : aku cuma blogger kecil cuba membantu sekadar mampu. Harap ada blogger yang lebih berpengaruh sudi sedekahkan satu slot di blog untuk mempromosikan barang jualan Alia Haryanie bagi membantu beliau meringankan beban. 


TERBONGKAR! CARA JIMAT BELI TOPUP SELEPAS GST DI LAKSANAKAN

 Tu dia sebab GST kecoh satu Malaysia. Topup pun antara barangan tersenarai kena GST katanya. Bunyi 6% macam sikit jer tapi kalau banyak guna topup banyak jugak kena bayar GST kan? Pengguna Topup sekalian.. tak perlu risau.. Kat sini ada trick & tips macam mana nak dapat topup murah even di kenakan GST pun. Meh rerajin mentelaah..

Percayalah masih ramai yang guna line prepaid katanya.. even macam2 plan yang di tawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang ada kat Malaysia.. Sebab ada orang tak gemar nak berhutang.. Suka cash & carry katanya.. Guna bayar.. Ada duit topup.. takde duit biar je la dulu. Paling2 hutang sekejab sos topup. Ye dak? aku pun masih guna prepaid sebab aku tak banyak guna telefon. Sekarang ni asal topup jer mesti access yang mati dulu.. kredit still tak luak.


Sebab masih ramai rakyat Malaysia masih setia dengan prepaid ni.. Maka masih relevan untuk memperluaskan perniagaan topup ni. Yang penting ada kemudahan yang lebih memudahkan orang lain untuk melakukan topup. Sebab tu aku nak cerita pasal satu Syarikat yang menjalankan perniagaan topup secara online ni.  Pernah baca blog BUDAK TOPUP? Tak pernah.. takpe.. Meh sini nak story pasal BUDAK TOPUP.

BUDAK TOPUP sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan / membekal produk e-reload kepada semua individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan prepaid reload. Produk utama mereka adalah Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan TuneTalk. Namun mereka juga menyediakan produk-produk lain seperti Xox, Altel, Clixster dan I-Talk. Tu serba sedikit pengenalan pasal BUDAK TOPUP.

Terdapat Banyak kelebihan Agen Topup yang orang masih ramai tidak tahu. Ini adalah PeluangTerbaik Anda Kerana Boleh dilakukan secara sambilan. Topup Prepaid Hari-hari orang Beli sebab nak Guna Untuk call , SMS , Internet

Kemudahan Service topup yang di jalan oleh Budak Topup;
    • Tidak Perlu Beli Stok Kad TOPUP
    • Tidak perlu Modal Besar hingga Ribuan Ringgit
    • Tidak Perlu Kedai Topup
    • Hanya Perlukan Handphone dan Segalanya Lebih Mudah
    • BOLEH Topup Online, lebih JIMAT Tidak perlu Hantar SMS !! 

      Apa Kelebihan Jual Topup E-Reload ?
      • Anda TAK PERLU Simpan kad
      • Anda TAK PERLU Risau kad top up hilang
      • Anda TAK PERLU Risau tempoh expired kad topup
      • Anda TAK PERLU Modal Besar
      • Mudah dan Cepat
      • Pelanggan TAK PERLU Gores Kad
      • Pelanggan TAK PERLU taip 16-18 Digit Kod topup
      • Pelanggan TAK RUGI kalau kad topup Hilang / tercicir 

      Bagaimana Tokey Kedai Dapat Untung dengan Jual topup ?

      Mereka dapat beli topup pada Harga Agen (Lebih murah) kemudian Jual dengan Anda pada Harga Runcit

      Bagaimana proses topup berfungsi ?

      Disini di terangkan cara topup berfungsi,karana sistem ini adalah
      sama seperti Tokey-Tokey kedai topup gunakan untuk
      jana pendapatan Ratusan ringgit setiap bulan dengan hanya hantar SMS sahaja.



      Berapa Untung Maximum Peniaga Topup Biasanya dapat ?

      Berdasarkan Purata ,
      Penjual topup Boleh dapat untung RM0.20 hingga RM0.45 (Bergantung pada syarikat)

      Apa Kelebihan Agen Topup ni ?
      • Boleh Guna pada bila-bila masa walaupun jam 1pagi
      • Boleh Guna pada saat kecemasan
      • Boleh Guna untuk topup nombor sendiri
      • Boleh Guna jana pendapatan sampingan
      • Boleh Bantu rakan & Keluarga dapatkan topup cepat
      • TAK PERLU Susah-susah beli topup dikedai
      Jika anda Sertai Budak Topup ,Bila Anda topup RM10 boleh jimat 20 sen hingga 45sen

      Untuk menjadi Agen top up BUDAK TOPUP sangat Mudah dan Murah
      • Anda Ada Handphone dan Simkad ?
      • Ada modal Untuk mulakan Perniagaan RM110 ?
      • Boleh baca dan Faham Terma dan Syarat ?
      • Tahu guna Mesin Cash Deposit Bank / Pindah wang secara online ?
      Boleh daftar secara kat SINI
      Pssstttt....Korang! Siapa yang jadi Agen Topup ni, akan dapat TOPUP FREE , tapi Terhad untuk 10 orang saja. Nanti nak daftar, bagi Kod ni :
      "SLL5"
      Siapa lambat, assalamualaikum sajalah ye. Hehe

      korang yg guna topup, kalau taknak jual pun boleh jadi agen topup untuk bajet family, boleh save banyak tu.
      Mudah kan? Semua urusan cuma di hujung jari so tak perlukan tenaga yang banyak untuk menjadi agen BUDAK TOPUP ni. Sekiranya anda minat untuk memulakan perniagaan topup & menjadi agen BUDAK TOPUP boleh hubungi Wan Ssei 017-9784787 (call/sms/whatsapp) atau clik blog BUDAK TOPUP untuk maklumat lanjut atau mengetahui berkenaan Agen BUDAK TOPUP

      INILAH CARA MUDAH & CEPAT UNTUK BUAT KUIH TART

      Sapa kat sini peminat kuih tart? Sapa kat sini pengusaha/peniaga kuih tart tak kira secara besar besaran atau kecil kecilan? Tak kira siapapun anda kalau korang ada niat nak buat kuih tart sendiri.. harus baca entri ni sampai ke titik'an terakhir katanya. Rugi sangat la kalau korang ignore je entri ni mungkin korang terlepas sesuatu yang sangat berharga & korang perlukan untuk buat kuih tart.


      Sekarang masa tu bukan emas dah.. umpama nyawa. Tup2 sekejab jer dah masuk hari esok. Nak buat kuih tart ni memang perlu masa yang agak lama jugak. Yelah.. nak buat kulit dia pun dah ambil masa belum lagi membuat kuihnya.. jadi untuk memudahkan kerja & menjimatkan masa den nak memperkenalkan satu robot ni yang boleh membantu menyenangkan korang buat kuih tart. Memperkenalkan mesin kuih tart...


      Kelebihan mesin ni selain menjimatkan masa & tenaga ia boleh menghasilkan kulit kuih tart yang banyak dalam masa yang singkat & mesin ni juga tahan lasak. Memang sesuai sangat untuk peniaga kuih tart.



      Mesin ni pun senang nak guna. Tak perlu guna elektrik & 100% manual. hanya perlu di letakkan acuan sebab Bentuk tart shell ditentukan oleh acuan anda yang diletakkan dalam lubang mesin tu. Kalau time nak raya memang berbaloi la guna mesin tart ni. Bukan takat boleh buat untuk makan sendiri malah boleh menjana pendapatan juga. Lagipun kulit kuih tart ni bukan sekadar untuk buat kuih tart tapi boleh di pelbagaikan untuk buat kuih lain ikut kreativiti sendiri la kan. So tak semestinya beli mesin ni boleh guna untuk buat kuih tart jer.. malah boleh di gunakan untuk buat kuih lain jugak.

      Selain mesin untuk kuih tart ni ada jugak mesin untuk biskut sampan. Bukan semua orang tahu buat biskut sampan ni, jadi gunakan kesempatan ni untuk jadikan cabang perniagaan & tak perlu risau pasal masa & tenaga. Semua guna mesin je kan sekarang so takde alasan lagi susah nak buat kuih.

      Ni la rupa mesin biskut sampan. Cuma tunggu rajin berdayung jer

      Zaman dah berubah.. teknologi yang ada memudahkan kenapa perlu guna cara lama yang memerlukan masa & tenaga yang banyak kan? Ni raya pun tak berapa bulan.. jadi pada yang berniaga atau berniat nak berniaga kuih tart boleh la dapatkan mesin kuih tart ni. Keluar modal sekali mungkin untung hari hari ye dak...Boleh menjana pendapatan lumayan melalui tart asalkan korang rajin berusaha. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, ye dak??

      Sekiranya korang minat nak dapatkan mesin kuih tart ni sila hubungi : Seri : 0127844524 (call/sms/whatsapp. Untuk sebarang pertanyaan/pembelian. Atau korang boleh rujuk di blog Alam Sari Di Tanah Jauhar 


      BILA ARTIS JUAL MUKA ANAK UNTUK RAIH POPULARITI

      Dalam hidup ni satu perkara kita susah nak halang adalah mulut orang untuk cakap apa saja tentang apa2 pun. Bukan orang peduli sapa yang dia nak kutuk.. dari sekecik2 anak sampai setua2 bapak orang boleh bercakap. Jangan budget dengan budak manusia ada belas kasihan nak cakap apa2..

      Sumber google

      Rasanya kontroversi pasal anak Awal & scha ni dah banyak kali kot.. cemuih pun ada. Bukan apa.. kalau dah rasa tak tahan anak kena kutuk kau gigih buat IG untuk anak.. upload setiap masa muka anak kau tu dah kenapa. Yang follow jangan budget semua fans.. haters pun rajin jugak follow.. dengan tujuan nak nyakitkan hati kau la.

      Aku antara manusia yang memang tak tahan anak aku orang kutuk.. kau boleh hina aku, aku boleh fight tapi kau hina anak aku memang aku rasa macam nak berbunuh dengan kau. Sebab tu aku tak tulis cerita anak aku & kerap dok upload gambar anak. Anak aku harta aku bukan untuk jadi bahan dagangan untuk meraih populariti atau duit. Anak aku tak semurah itu untuk aku dagangkan. Bila kisah anak jadi bahan dagangan.. satu perkara yang aku kena hadap adalah penilaian manusia yang bukan semua yang baik baik jer.. Ada je la yang tak kena. Hidung kemek la.. gigi jongket la.. Aku tak sanggup. Anak aku pernah kena hina even masa tu masih dalam perut lagi.. Benda tu jadi pengajaran kat aku sampai hari ni.

      Bukan aku kata salah cerita atau tunjuk anak.. Tapi kalau hati kau tak kental jangan buat. Yang buruk akan terpalit kat diri sendiri balik. Orang akan nampak kelemahan kau di mana.. So, orang akan guna kelemahan tu untuk jatuhkan kau. Kalau kelemahan kau bila orang sentuh pasal anak kau.. percayalah orang yang tak suka kau akan terus buat kau marah dengan gunakan anak kau sebagai objek menguji sabar kau.

      Moral of the story.. Kau pilih, maka kau kena hadap. Kau tak boleh sepenuhnya salahkan orang lain bila kau seolah2 menghidang sesuatu yang mampu buat orang lain sakitkan hati kau. Kadang2 kita adalah punca orang lain melakukan kesalahan. So, fikir fikirkan.

      P/S : aku bukan la tak tunjuk langsung anak tapi tak la sampai benda tu jadi kemestian setiap masa. Bukan trademark aku tunjuk atau cerita pasal anak so orang tak alert sangat pasal anak aku. 


      BARANG PALING JIJIK ORANG JUAL KAT ONLINE

      Manusia ni kadang2 citarasa dia pelik.. Benda bukan2 jer dia suka kumpul. Bila dia suka kumpul benda pelik, dia confident mesti ada orang yang suka benda pelik macam dia maka dia jual. Pelik je takpe tapi kalau menjijikkan.. Aiyo.. tak tau nak bayang.

      salah satu benda pelik & jelik yang di jual kat online

      Antara barang jijik & mengelikan yang orang jual kat online adalah tahi palsu. Even palsu tapi taik kot hahaha.. Apa yang menarik sangat taik tu pun tak tau la kan. Hari2 berak tengok taik sendiri tak puas kot... Aduhai pelik sangat pulak rasanya nak simpan koleksi macam tu. Obses dengan bentuk taik ke hapa tak tau la kan tapi tu la taik kot... hahahahaha


      Antara koleksi lain barang pelik & jijik yang di jual kat online adalah wall paper berlukisan lipas. Yang ni kalau tipikal pompuan rasanya trauma dia nak duduk dalam rumah atau bertamu kat rumah tu. Aku tak berapa tipikal perempuan sangat sebab aku tak geli dengan banyak serangga. Setakat lipas memang aku sentiasa jadi heroin dalam rumah membasmi kalau ada lipas sesat.


      Ok la aku share 2 benda sudah selebihnya kalau hangpa nak tengok apa yang benda pelik & jijik yang di jual kat online boleh tengok kat sini 10 Barang menggelikan yang di jual online


      TANPA PEKERJA TABUNG PENGANTI JURUWANG

      Hanya orang yang betul confident je boleh buat camni. Jimat pekerja tak payah bayar gaji untuk jaga barang jualan. Tapi berani ke hangpa buat lagu tu? letak satu meja dengan barang jualan beserta senarai harga bersama 1 tabung untuk untuk tempat pelanggan buat bayaran?

      Kat Malaysia susah la nak jumpa sistem perniagaan macam tu malah aku tak pernah jumpa pun kat mana2 kecuali satu tempat ni. Yer betul kat darussyifa bangi. Yelah.. yelah.. kang orang kata kat situ tempat pusat rawatan alternatif Islam apa nak takut orang curi ke hapa. Takde sapa tergamak nak mencuri kat situ. Hello... Masjid pun orang boleh mencuri inikan tempat rawatan Islam macam tu.

      Ni gambar aku snap semalam setelah berkali2 kesini.

      Tapi benda tu bila aku tengok buat aku belajar sesuatu. Bila kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah, takde apa yang perlu kita risau setelah kita usaha & berdoa. Bila aku selalu cakap macam tu ada orang bidas even rezeki dari Allah di datangkan dari pelbagai asbab (sumber) so tak boleh nak berlagak jugak tanpa bantuan orang lain kita mampu dapat rezeki. Biarpun di datangkan dalam pelbagai sumber yang mungkin sumber itu dari orang lain tetap ianya milik Allah. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Bila kita usaha ada rezeki Allah kirimkan untuk kita. Pokok pangkal.. rezeki tu bukan datang dari manusia tapi dari Allah.

      Sumber google

      So, jangan takut kalau sumber rezeki kita sebelum ni di tarik balik oleh Allah, mungkin Allah nak gantikan sumber rezeki yang lebih baik dari sebelum ni. Apa yang penting terus usaha & doa. Semoga rezeki yang kita dapat walau sikit atau banyak ada keberkatan & mencukupi. Banyak duit & harta pun kadang2 Allah datangkan kesulitan buat kita sentiasa rasa tak cukup.. So, apa yang lebih baik adalah kita doa rezeki yang datang untuk kita sentiasa cukup untuk keperluan kita.


      HUKUM JUAL ROKOK

      Selalunya orang bercakap pasal perokok je jarang ada yang sentuh orang Muslim yang jual rokok. Seolah olah.. hanya Haram bila merokok, tapi macam mana pulak yang jual rokok. Kalau rokok di fatwakan haram, macam mana pulak penjual & hasil jualan rokok tu? Halal ke haram?

      Sumber google

      Tak mau kupas kupis banyak2 satgi jadi salah info pulak kan? Al maklumlah berkaitan hukum hakam ni hanya yang bertauliah & berkelayakkan je boleh cakap. Seperti selalu aku ingatkan.. Ini cuma info hujung jari untuk anda jadikan sebagai point untuk belajar selebihnya rujuklah pada mereka yang lebih arif. Apapun aku ambil dari sumber yang aku rasa boleh di percayai.. dari Orang yang di kenali jugak portal rasmi JAKIM.

      Dari Blog Ustaz zaharuddin.net Ini katanya...

      Untuk artikel penuh boleh baca di zaharuddin.net

      Dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa


      Untuk artikel penuh boleh baca di e-fatwa 

      Bagi yang menjalankan perniagaan runcit atau mini market atau buka kedai kecik2 ke apa jual rokok moga entri ni boleh di jadikan panduan untuk korang merujuk kepada guru agama masing2. Pastikan yang bertauliah & berkelayakkan untuk menjawab persoalan korang tentang hukum hakam.. Jangan dok pi tanya Ayah pin pulak.. hehehehehe

      P/S :   Biarpun sharing2 camni orang anggap 'setazah google' aku tak kisah. Kalau kita ikut apa orang cakap, semua pun jadi salah kita buat. Tak semestinya kena di iktiraf sebagai Ustazah baru boleh cakap berkaitan agama kan? Apa yang baik kita share tak jadi satu dosa pun selagi rujukan kita tu betul. Kalau aku salah tolong betulkan dengan info yang ada sumber rujukan jugak.


      GADIS MELAYU BERTUDUNG JUAL T-SHIRT ALE UT*

      Semalam dok berjalan jalan kat FB tetiba terserempak dengan satu video yang mula menjadi viral kat laman sosial. Video tu video yang di hasilkan untuk tujuan mempromosikan T-Shirt yang di jual. Idea promosi dia tu agak kreatif la. Dia pun nampak tak kekok beraksi depan camera tapi yang tak best.....

      Aduhai.. dengan loghat utaqa dia dia mempromosikan T-shirt yang hot katanya bertulisan Ale Ut*.. Mak Aiii.. Kau tanpa rasa segan silu jual T-shirt camtu yer budak. Mustahil ko jual ko tak selidik apa maksud perkataan tu.. So jangan buat alasan ko tak tahu maksud perkataan tu yer nanti bila dah semua orang mula mengutuk perbuatan ko.

      Semua orang nak meniaga.. kalau boleh nak meniaga benda yang lain dari yang lain tapi tak perlu terlalu kelainan sangat sampai tak sensitif langsung dengan semua perkara. Walaupun Ale Ut* tu sebutan perkataan lucah secara pelat budak2.. tempat ramai yang tahu maksud perkataan tu.

      Sedutan dari video tersebut

      Ingat Zaman Laman Sosial, salah langkah boleh jadi viral yang mampu menjatuhkan maruah & air muka anda jugak keluarga anda so sila lebih berhati hati. Jangan fikir sekali sebelum membuat apa2.. sila fikir lebih banyak kali kesannya bila sesuatu tu mula tersebar. Pada adik tu.. dah terlajak kau post benda tu kat laman sosial, bersedialah dari segi mental & fizikal. Lepas ni confirm.. Kau akan hadapi satu Dugaan besar dalam hidup.

      Moga jadi peringatan & pengajaran pada kita jugak.. Kita pun manusia tak mustahil kalau nafsu mengatasi akal kita pun boleh termelakukan sesuatu yang mungkin memberi kesan buruk pada diri kita.

      P/S : even dia bertudung tak bermakna semua yang bertudung pun tahap ke'tidak'maluan macam dia. Sekarang ni penampilan tak mengambarkan perwatakkan.


      BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

      Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

      * Review berbayar dan harga masih boleh di runding
      * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
      * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
      * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
      * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

      Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

      Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com