ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK
Tapi bila si suami yang beli barang basah ni.. Depa tengok dengan pandangan mata kasar. Nampak ok dalam ais. Masa ambil tu takde bau apa2.. dah ok la tu bagi depa. Balik rumah nak siang & cuci.. terimalah haruman yang buat rasa nak minum air lepas tu maki puas puas. Sebab kalau dok maki orang bulan puasa ni sia sia je puasa tu. Jadi kena minum air dulu katanya bagi membatalkan puasa. Kalau kedai runcit kat bawah rumah aku ni.. pun lebih kurang econsave jer. Dia main jual je barang dah rosak ke barang elok ke. Kena pilih betul2 la kalau nak beli jugak. Kalau sayur tu.. memang tak lalu la nak membeli aku kat kedai bawah rumah aku ni.
Bukan kata kat econsave tu semua barang basah dia jual dah busuk tapi sebab ada yang dah busuk still depa jual tu yang aku paling tak puas hati. Nasib tak baik dapat pelanggan yang macam laki yang judge dari pandangan pertama je memang teraniaya la. Sekali terkena mungkin boleh berbaik sangka kalau dah kali kedua ketiga & seterusnya memang susah nak baik sangka. Aku banyak kali pesan nak beli barang basah jangan beli kat econsave sebab suami aku dia tak pandai sangat nak pilih ikan yang ok & tidak. Macam aku cakap dalam ais nampak macam elok & tak terbau tapi balik rumah, baru terbongkar kisah sebenar.
Ni teguran buat econsave.. Bagus mengamalkan harga murah untuk penjimatan tapi kalau setakat jual ikan busuk tak jimat sangat dah. Merugikan balik pelanggan yang beli. Minta alert sikit dengan barang barang basah yang di jual kat econsave. Setiap hari sila buang yang mana dah busuk jangan menganiaya pelanggan yang membeli belah kat situ.
Moral of the story kalau nak membeli bahan basah untuk memasak kat econsave pastikan pilih betul betul. Jangan kita bayar dengan harga yang sama tapi kualiti barang kita dapat yang low class. Bagi kucing pun kucing tak selera nak makan. Nak2 sekarang kucing semua demand nak makan benda ni jer >> Hadiah Comel Yang Confirm Semua Penggemar Kucing Teringinkan Untuk Diri Sendiri << Kalau kucing pun tak hadap.. kau sebagai manusia sanggup ke nak makan. , setakat ikan busuk kucing nak hidu pun dia tak sudi.
econsave kat mana lah tu?
ReplyDeleteTak pernah pulak beli barang basah kat Econsave sebab takda pun cawangan yang berhampiran rumah akak ni. Akak ni walaupun tak pandai mana bab-bab ni, memang tak akanlah beli ikan yang mata dah merah dan isi pun dah lembik. Kita bayar harga sama tapi dapat hasil tak sama, haruslah merungutkan!
ReplyDeleteeconsave di tpt saya pun lbh kurang gak..jual telur busuk. Telur gred A tu murah, jadi kami belila..blk rumah nak goreng..busuk. Boleh dikatakan dari sepapan 30 biji tu..sepuluh dah tentu tembelang..lps ni tobat dah x mo beli telur ayam kt econsave
ReplyDeleteeconxsave laa ni hahaha...
ReplyDeleteeconsave mmg suka jual barang2 lama kat pelangan especially barang basah...barang lain pon xterkecuali hahhaha...boycot je econsave ni...support pasaraya maidin pulak lg bgus...