Showing posts with label barang. Show all posts

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR. Alkisahnya bulan lepas aku ada membuat beberapa pembelian melalui website lazada.. Salah satu barang tu dari Seller L'Oreal.. Untuk sejenis foundation jenama Maybeline. Yer... yer.. aku gigih beli online padahal aku boleh je beli kat guardian tapi sebab murah. Kat guardian aku tengok RM39.90... Kat website lazada harga RM29.90.. so sebagai pengguna bijak bistari katanya of course la aku beli kat website lazada.


Penghantaran sepatutnya di buat dalam masa 27 - 30 december lepas lagi tapi sampai sekarang barang tu aku masih tak terima. So jadinya dari tahun lepas la kan sebab sekarang dah 2017. Dari tahun lepas ok bukan tunggu barang setahun tak sampai ok! So jangan ada yang mempertikai tajuk entri tu yer.. hehehehehe.

Tunggu penuh kesabaran ok.. Tapi hari ni sebab dah 14 Januari 2017 rasa nak bertukar jadi boboiboy angin & api jugak la kan.. Sebab depa guna courier GDEX so ada la tracking number yang lazada bagi untuk customer buat semakankan. Bila aku check status dia... rujuk gambar kat bawah

Tak tau apa masalah masih tersangkut kat situ..

Kalau kata dia datang hantar tapi aku tak ada kat rumah status dia selalunya Undelivered due to Sorry Card ni memang dia belum hantar. Sebab kalau hantar ada la sorry card kat tergantung depan pintu rumah.

Ni lagi satu courier yang agak bermasalah walau sebelum ni tak ada masalah. Dah la peram barang aku dari 27 Dec 2016 & sampai sekarang check status tak delivery lagi. Kalau call tak pernah berjawab.. Dah mati kena santau ke hapa semua orang kat opis GDEX cawangan sg buloh tu pun tak tau la.. Kalau rasa tak ada staff untuk jawab call kau jangan nak letak no tel untuk di hubungi sangat la..Hangin tau.. Call tak pernah langsung ada yang pickup. Busy tahap neraka jahanam sangat ke semua orang kat GDEX sg buloh tu??

Takkan la bayar delivery kita nak pi collect sendiri. Lemak berkrim di sukai ramai la macam tu.. Dah la sekarang memang ada kekangan masa sikit.. Bertambah angin taufan timur barat utara selatan la jugak. Dah email.. dah mesej kat page facebook & dah try call tapi tak berjawab.. Tunggu je la. Kalau tak hantar kena merangkak jugak la pi ambil lepas tu bagi Takzirah dua tiga patah perkataan baru masing2 dapat taufik & hidayah sikit supaya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Menatang ni yang aku beli terperam kat GDEX sg buloh sampai hari ni

Hope next week sampai la barang aku. Tak tau nak merujuk kemana dah.. Sebab tak ada masa nak menapak ke GDEX lagi.

Moral of the story.. Yang bekerja dengan syarikat penghantaran macam ni sangat penting untuk jujur, amanah & bertanggungjawab. Kalau tak ada sikap tu.. yang berlaku barang lambat sampai, barang hilang bila sampai kat customer.. barang tak cukup bagai. Ingat.. mencuri tak membuatkan anda hidup senang di dunia & akhirat termasuklah mencuri idea orang..op's walaupun anda mungkin kaya raya tapi mungkin Allah tarik nikmat kesenangan hati tu.

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA. Buat pertama kali aku membeli belah di guardian melalui website lazada.. Erkk.. kang ada yang pening pulak kan. Alah.. produk yang normally aku walk in je kat guardian bila nak beli tapi kali ni aku tak keluar just duduk rumah buka website lazada clik & buat bayaran melalui online banking kemudian tunggu je posmen hantar barang. Macam tu la kaedahnya yer semah.. Jangan nak pening2 sangat.. Kang orang ingat gejala mengandung pulak. hehehehehe


Ahad lepas di mana orang bercuti sempena hari Natal (chrismas) aku duduk kat rumah je asben aku kena kerja. Tak kisah la.. Cuti2 duduk rumah pun banyak benda aku boleh buat untuk tambah pendapatan. Siapkan review2 kat blog salah satunya... Review berbayar harus la kena tulis elok - elok ok! Sebab tengok pencuci muka aku macam jangka hayat tak sampai minggu depan je maka sesaja la.. Godek2 kat lazada sebab aku tau Guardian pun ada jual barang kat lazada. Sebab aku ni peminat setia Guardian Farmasi kan.. So, aku tengok la apa ada kat guardian yang menumpang jual kat website lazada tu. Hampir semua benda yang jual kat Guardian Farmasi ada je kat website lazada tu.

Salah Satu produk yang di jual di guardian farmasi yang ada boleh beli melalui website lazada. Masa aku beli masih free shipping (tak perlu bayar pos). 

Pilih2 dalam 3 barang.. Satu Seller dari Guardian iatu produk Garden Of Eden Rosa T mild Cleanser, Seller dari L'oreal Malaysia foundation jenama maybeline (belum sampai) & Seller dari oversea untuk Oval Brush.. Yang tu pun belum sampai sebab shipping oversea kan. Tunggu la sekejab.


Apa yang best perlu korang tahu bila Membeli belah kat barang yang jual di Guardian melalui website lazada ni.. Penghantaraan dia cepat jugak la.. sebab aku order ahad. Hari cuti.. Isnin pun cuti ganti untuk chrismas. So selasa order tu maybe baru proses pengeposan & rabu sampai la. Kalau Isnin tu tak cuti.. Selasa maybe dah sampai. So penghantaran dia cepat. Lagi satu jimat sebab free shipping. Bermakna kos pos tak perlu bayar. Harga barang macam Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni memang sama je macam beli kat Guardian Farmasi RM18.50.. Kadang2 harga cecah RM20 jugak kat guardian tu. So jimat kat situ.. Tak perlu keluar Kos duit minyak ke, tambang bas ke semua tak perlu. Masa pun jimat jugak. Duduk rumah clik clik bayar & tunggu je. So kalau korang busy mengalahkan Ayahanda Rani Kulup tu.. Boleh la membeli skincare ke kosmetik atau apa2 melalui Guardian di website lazada. Jimat segala sudut katanya. Produk ni pun ada jugak jual kat Lazada kalau korang nak beli >> jangan Jeles Tengok Orang Lain Nampak Muda Secara Semulajadi, Mungkin Mereka Pakai Produk ni <<  So, tak payah susah2 sangat nak menapak jejauh cari guardian ke hapa. Online je sekarang. hehehehe

Moral of the story.. Tiada alasan lagi nak beli produk sebab tak ada Guardian berdekatan dengan anda. Penyelesaian yang anda boleh buat di lazada maka guardian akan berada di mana mana sahaja selagi ada access internet. hehehehe

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH. Seperti kita sedia maklum selepas keluar result UPSR sekarang dah ramai dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh. Semalam keputusan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 pun dah keluar. Bagi adik adik yang nak sambung belajar ke sekolah Teknik, vokasional, atau mana2 sekolah yang berasrama pun kena tahu apa yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa ok! Jangan nanti bila kena rampas dengan cikgu tetiba bagi alasan tak tahu pulak..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi budak budak sekarang ni.. Kadang2 walau depa tahu benda2 tu semua tak boleh bawa ke asrama & boleh menyebabkan mereka di buang asrama tetap akan buat perkara yang di tegah jadi mak bapak kena periksa juga beg anak anak sebelum di hantar ke asrama nak2 lagi yang baru pertama kali melangkah masuk ke sekolah berasrama ni. Bukan apa.. kot2 depa seludup sembunyi sembunyi bawa ke asrama nanti..

Barang yang memang di larang di bawa ke asrama adalah

1.Alat Solekmana tau yang perempuan atau spesis perempuan jadian bawa eyeshadow,lipstick,eyebrow bagai ke asrama untuk nak guna keluar dating masa outing nanti)

2. Seluar jeans - Make sure takde seluar jeans je dalam beg pakaian anak anak anda yer. Kau nak ber jeans iblis syaiton tunggu je balik kampung. hehehehe

3. Telefon Bimbit - Yang ni aku tau ramai yang bawa ke asrama/sekolah walau di larang. Tapi kalau kena rampas dengan cikgu mak bapak jangan nak meroyan pulak. Nak viral bagai.

4. Rokok - Yang ni kalau kena tangkap memang buang asrama

5. Komik/Majalah hiburan - Adik2 kau baca buku teks dengan buku rujukan sekolah sudah. 

Terlanjur buat entri aku bagi jugak senarai keperluan yang perlu di bawa ke asrama.. Rujuk gambar di bawah

Sumber : PERATURAN DAN SENARAI KEPERLUAN ASRAMA 2016

Yang mana ada anak baru pertama kali nak masuk sekolah berasrama tu boleh la merujuk pada senarai barangan yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa. Jangan nak buat persediaan atau persiapan last minute nanti takut dah sampai asrama ada barang yang tak ada pun susah. Koperasi sekolah bukan jual semua benda nak2 lagi pakaian yang perlu di pakai sepanjang tinggal di asrama.

Moral of the story.. pada adik2 yang bakal masuk asrama tu ingat jangan dok buat aktiviti kongsi cerita seram tengah malam.. Kang ada kencing atas tilam pulak sebab takut nak ke tandas. hehehehe

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2. Kalau perkahwinan orang dulu dulu kebanyakkan semua homemade & handmade. Dari gubahan hantaran sampai la deco pelamin. Semua gotong royong buat. Hantaran pun tak payah tempah.. Ada jer nanti orang kampung yang akan bawa 1 gubahan bagi. Tapi zaman sekarang budaya macam tu semakin dah pupus. Semua kena pengantin atau keluarga pengantin yang sediakan sendiri. Jadi peredaran zaman dah mengubah segalanya maka nak tak nak kita kena ikut jugak la.

Masa aku kahwin memang kedua belah pihak decide tak nak buat apa2 hantaran barang ni. Lagipun masa tak cukup nak prepare semua jadi majlis kami lebih meriah dengan jamuan makan untuk tetamu. Pengantin just biasa2 je la. Tapi masa adik aku kahwin memang dia nak buat semua. Hantaran, goodies bag, gift semua ada la. So dia memang buat semua. Hantaran banyak dia buat sendiri just beli barang barang nak deco jer. Zaman sekarang memang dah senang.. Tak payah nak susah sangat. Semua produk untuk buat gubahan hantaran, gift & cenderahati untuk tetamu masa kahwin banyak di jual. So, nak mengubah pun semakin senang sebab barang2 decoration tu pun dah sedia cantik & unik.

Antara yang biasa kita tengok ada dalam perkahwinan sekarang adalah.. gubahan hantaran, bunga telur, cenderahati untuk tetamu, goodies bag, Walaupun majlis kahwin aku dulu simple tapi tetap ada goodies bag & bunga telur untuk tetamu. Benda2 macam tu sekarang dah memang macam satu kemestian untuk sebuah majlis kahwin walau bukan wajib tapi yelah.. Lain orang lain pendapat dia. Bagi yang berkemampuan nak buat tak salah. Kalau semua nak tempah memang budget untuk semua tu agak banyak tapi kalau nak jimat korang boleh beli sendiri barang2 deco & buat sendiri memang lebih jimat. Macam kotak cincin, paper bag untuk buat goodies bang, barang2 untuk gubahan hantaran.. semua tu boleh di beli dengan harga yang berpatutan & boleh di gubah sendiri untuk jimat kos.

Cuma kena pandai pandai survey la kalau nak dapat yang lebih murah. Kebetulan aku terserempak dengan satu homepage yang jual produk untuk deco2 hantaran, gift, goodies bag bagai macam trend orang sekarang buat. Sebab barang2 macam tu di jual macam macam harga. Ada barang yang sama di jual dengan harga berbeza. Ada murah ada mahal. Sebagai manusia kita memang nak cari yang murah & cantik la kan..

Kebetulan barang2 wedding dia jual dengan harga yang not bad. Ada antaranya yang kat luar harga normally dalam RM5 - RM7 tapi kat homepage tu boleh dapat harga dalam kurang RM2 - RM4 macam tu jer. Agak murah la kalau kita berniat nak memborong dalam jumlah yang banyak untuk jadikan cenderahati untuk tetamu atau barang untuk deco hantaran perkahwinan
Antara barang yang comel tapi murah yang di jual kat homepage tu..

Pink Aluminum Gift Box with Marriage Theme harga dia RM2 je ok!



Bride & Groom Salt & Pepper Shaker Set ni RM3.50



Treasure Chest Box (Second Version) ni pulak harga dia cuma RM4.00


Sebenarnya banyak lagi barang2 deco hantaran atau cenderahati untuk tetamu mahupun barang2 untuk buat goodies bag kat homepage tu. Yang aku tunjuk antara 3 barang yang harga dia memang murah tapi barang dia cantik. Kalau korang rasa nak cuci2 mata atau cari barang untuk majlis kahwin korang boleh la tengok kat sana. Manalah tau kebetulan korang pun memang dok merancangan majlis kahwin kan.

Kita tak boleh cakap semua benda ni tak perlu sebab trend sekarang memang orang nak kahwin akan cari semua benda benda ni. Yang tak buat benda benda macam ni sekarang dah boleh kira dengan jari berbanding yang nak buat majlis ikut trend macam ni. So, bagi mereka yang perlukan semua barang2 ni mungkin perlukan info2 macam ni.

Jadi pada mereka yang tengah dok buat preparation nak adakan majlis kahwin tu tak ada masa nak keluar cari barang2 untuk deco hantaran atau nak buat cenderahati untuk tetamu boleh la layari website tersebut. Mungkin yang anda cari ada di situ.

Sekadar berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Almaklum la zaman sekarang orang nak cari info apa2 semua google je kan so sebagai blogger rasanya benda benda macam ni perlu di sebarkan sebab kita sedia maklum setiap bulan setiap tahun ada je orang berkahwin. Bila nak buat persediaan perkahwinan benda benda macam ni memang orang cari, ye dak.

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA. Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan.

Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada.

Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang mata kasar & mata hati. Kalau boleh semua nak beli tapi bila budget tu terhad ni je la antara wishlist aku untuk orang2 yang tersayang.

Mak aku adalah tukang masak setiap kali raya. Macam mak mak orang lain jugak. Jadi aku rasa kalau ada Butterfly Electric Pressure Cooker ni pun elok jugak. Memudahkan kerja kerja memasak dia kat dapur & boleh masak macam macam juadah untuk raya nanti. So ini pun antara yang aku harap dapat bagi kat mak aku untuk dia memasak untuk juadah raya nanti.

Cantik kan Butterfly Electric Pressure Cooker. Nak tahu berapa harga dia meh tengok kat sini >> Butterfly Electric Pressure Cooker BPC-5068

Mak mertua aku pernah cakap dia nak satu almari baju lagi bagi menampung muatan baju2 dia yang semakin banyak. Almaklum la perempuan tak kira tua muda.. bab baju bajan memang juara membeli la. So kalau dapat mengembirakan hati mak mertua dengan bagi dia sebuah wardrobe 2 pintu yang under budget selepas diskaun ni pun rasanya mak mertua aku dah senyum sampai telinga. Boleh la dia simpan koleksi baju2 raya dia dengan selamat

Tentu korang tak percaya harga wardrobe ni semurah ni. Meh tengok kat sini >> T.A. TKW-OS 2 Door Wardrobe with Open Shelf (Modi Oak)

Untuk anak aku mesti ada jugak. Sebab dia lahir pada 20 ramadan.. aku rasa hadiah yang paling sesuai adalah Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play sebab benda ni boleh mengurangkan dia layan video kat youtube atau main game kat gadget2 elektronik yang ada. Pretend play sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak kanak. Benda tu salah satu cara merangsang kanak kanak untuk berfikir & bermain menggunakan imaginasi. Sebab anak aku dah nampak minat main masak2 sampai sikat pun jadikan senduk jadi sedang elok la aku beli set ni untuk dia. Harga pun tak mahal malah di riang ria raya lazada selepas diskaun harga tak sampai RM60 pun. Jadi hari jadi ke 5 tahun dia.. kalau dapat bagi dia hadiah ni aku rasa mungkin hari jadi & raya paling bermakna buat anak aku.
Memang korang takkan sangka harga dia semurah ni di lazada. tak caya tengok sendiri kat sini >> Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play

Untuk suami jangan risau aku tak lupa. sekarang berpantang makan. Tak boleh terlampau berminyak, tak boleh pedas & dia jugak suka makan jenis grill & bakar ni. Jangan hangpa tak tau laki cheq ni pun rajin jugak ke dapur memasak sambil menyepah. Jadi aku rasa nak beli la untuk dia Takada Double Grill Pan sementara tengah murah sempena riang ria raya lazada. Bukan apa raya nanti boleh la masak menu sihat untuk dia nikmati.. Almaklum la maybe dia tak makan rendang tahun ni. hehehehe

Di Riang Ria raya Lazada je korang boleh dapat harga ni. Nak tau berapa harga dia meh tengok kat sini >> Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red 2

Wishlist aku ni tak budget besar mana pun. Dalam RM500 jer.. berbaloi rasanya sebab aku dapat gembirakan semua insan insan aku sayang. Sempena raya ni dengan membeli belah di lazada anda boleh jimat sehingga 92%, jadi pastikan lazada menjadi pilihan anda membeli belah secara online untuk persiapan raya nanti..

Kalau korang ada whishlist yang korang nak bagi kat orang2 tersayang apa kata korang sertai Riang Ria Raya Blogger Contest ni.


Manalah korang orang yang bertuah menang Fujifilm Instax Mini 8 camera ni. Cuma perlu senaraikan whishlist korang jer.. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini >> Riang Ria Raya Blogger Contest <<

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK. Benda ni sebenarnya dah lama aku pendam sebab bukan kali pertama terkena walau yang terbaru semalam (1 ramadan) suami aku terbeli ikan kerapu yang dah berbau. Sebelum ni pun pernah terbeli ikan yang dah berbau ni. Tapi tu la dekat dengan rumah aku econsave je paling dekat.. Dulu ada Aeon mini market kat sini, situlah aku suka beli barang basah nak masak. Lebih fresh & tak pernah lagi terbeli ikan busuk. Kalau aku yang beli at least aku tahu walau dalam ais tak berbau & nampak ok tapi ikan boleh tengok dari mata ikan.. dari perut dia. Ada la petua2 nak tengok ikan tu masih elok ke tidak.


Tapi bila si suami yang beli barang basah ni.. Depa tengok dengan pandangan mata kasar. Nampak ok dalam ais. Masa ambil tu takde bau apa2.. dah ok la tu bagi depa. Balik rumah nak siang & cuci.. terimalah haruman yang buat rasa nak minum air lepas tu maki puas puas. Sebab kalau dok maki orang bulan puasa ni sia sia je puasa tu. Jadi kena minum air dulu katanya bagi membatalkan puasa. Kalau kedai runcit kat bawah rumah aku ni.. pun lebih kurang econsave jer. Dia main jual je barang dah rosak ke barang elok ke. Kena pilih betul2 la kalau nak beli jugak. Kalau sayur tu.. memang tak lalu la nak membeli aku kat kedai bawah rumah aku ni.

Bukan kata kat econsave tu semua barang basah dia jual dah busuk tapi sebab ada yang dah busuk still depa jual tu yang aku paling tak puas hati. Nasib tak baik dapat pelanggan yang macam laki yang judge dari pandangan pertama je memang teraniaya la. Sekali terkena mungkin boleh berbaik sangka kalau dah kali kedua ketiga & seterusnya memang susah nak baik sangka. Aku banyak kali pesan nak beli barang basah jangan beli kat econsave sebab suami aku dia tak pandai sangat nak pilih ikan yang ok & tidak. Macam aku cakap dalam ais nampak macam elok & tak terbau tapi balik rumah, baru terbongkar kisah sebenar.

Ni teguran buat econsave.. Bagus mengamalkan harga murah untuk penjimatan tapi kalau setakat jual ikan busuk tak jimat sangat dah. Merugikan balik pelanggan yang beli. Minta alert sikit dengan barang barang basah yang di jual kat econsave. Setiap hari sila buang yang mana dah busuk jangan menganiaya pelanggan yang membeli belah kat situ.

Moral of the story kalau nak membeli bahan basah untuk memasak kat econsave pastikan pilih betul betul. Jangan kita bayar dengan harga yang sama tapi kualiti barang kita dapat yang low class. Bagi kucing pun kucing tak selera nak makan. Nak2 sekarang kucing semua demand nak makan benda ni jer >> Hadiah Comel Yang Confirm Semua Penggemar Kucing Teringinkan Untuk Diri Sendiri << Kalau kucing pun tak hadap.. kau sebagai manusia sanggup ke nak makan. , setakat ikan busuk kucing nak hidu pun dia tak sudi.

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN. Mesti ramai panik baca tajuk entri ni kan? Aku pun mula2 jadi confuse jugak bila seorang pengedar Jus Caliph keluarkan kenyataan macam tu kat salah satu group yang aku share kebaikkan Jus Caliph ni. Sebab Harga Jus Caliph ni serius ada macam macam harga tapi Harga Jualan Yang pihak HQ Caliph tetapkan adalah RM75. Mula2 aku beli Jus Caliph ni memang la dengan harga RM75. Aku tak rasa rugi pun.. Rezeki pengedar dia. So, pengedar yang jual harga mengikut HQ tetapkan tak payah risau.. Rezeki tu dari Allah. Insya Allah ada rezeki untuk korang.


Tapi yelah.. nama pun pembeli kalau ada orang jual produk yang sama dengan harga yang berganda murah, confirm la dia pilih yang lagi murah. Tapi bila ada yang menjatuhkan hukum berkat tak berkat ni kita pun mula jadi cuak & was was la jugak. Supplement ni nak bagi kat anak.. Untuk memastikan dia berkembang dengan baik & sihat. Yelah.. tu la tujuan kita bagi supplement untuk anak anak kan? Takde orang bagi makanan tambahan untuk pastikan anak dia besar nanti jadi gangster paling ganas & terkenal, ye dak?? Atau nak bagi anak dia sakit & cepat mati. Kalau depa tak peduli.. jangankan supplement, makan pun maybe depa tak bagi.

Sebab statement tu sedikit buat aku rasa macam tak confident maka aku merujuk kepada seorang kawan aku yang sekarang ni bergelar seorang ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar kat sekolah tu.. Dia banyak bagi ceramah2 agama atau buat program motivasi. Memang aktif sekitar kedah & luar kedah pun kadang2 ada jugak jemputan. Mujur la ada kawan dengan ustaz hensem kan.. Jadi senang la nak tanya apa2 berkaitan Hukum hakam ni.

Menurut beliau.. Urusan jual beli tu sah. Tak salah pun kita beli dengan harga yang murah. Kecuali la kita dah buat perjanjian urusan jual beli dengan satu pengedar ni, tapi tetiba kita nampak ada orang yang jual lebih murah kita terus pergi beli kat orang yang jual lagi murah tu. Yang tu salah la.. Sebab kita dah deal. Nak2 lagi dah siap buat tawar menawar. Tu secara ringkas la yang aku faham dari penjelasan kawan aku tu.

Pada pengedar caliph.. Yang berurusniaga dengan amanah & jujur tak payah rasa tergugat dengan pengedar2 yang main harga ni. Asalkan anda berniaga dengan jujur Insya Allah.. ada rezeki & rezeki yang anda dapat pun berkat. tapi jangan la sampai keluar hukum sendiri.. orang beli harga murah tak berkat. Berbaik sangka.. mungkin ada orang yang tak mampu memerlukan supplement tu.. At least ada harga yang lebih murah di pasaran mereka ada pilihan untuk beli.

Kalau ikutkan persaingan harga ni bukan je produk caliph malah macam2 produk pun ada persaingan harga macam ni. Even pakaian, gadget, perabot,peralatan elektrik pun ada yang barang sama tapi harga berbeza. Jadi tak ada istilah tak berkat bila pembeli memilih beli barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.

Moral of the story.. Semoga Allah permudahkan & melimpah ruahkan rezeki buat kita semua. Amin...

DISKAUN DI LAZADA SANGAT MENCURIGAKAN

DISKAUN DI LAZADA SANGAT MENCURIGAKAN. Dua tiga hari ni aku suka dok window shopping Sunglasses kat lazada. Almaklum la.. Asyik pakai spek itam oversize je sebab muka aku ni terlampau awet muda size nya. Bukan size kaki ke kids size.. spek itam pun sebenarnya aku kena pakai kids size tapi selama ni aku pakai adult size tapi macam mata lebah sikit la. Belasah je la bukan aku pakai sangat pun. Kalau travel jauh & panas jer aku pakai. Melindungi mata dari sinar uv katanya.


Sebenarnya aku dah ter order Sunglasses kat Lazada cuma aku tak perasan delivery time hujung bulan depan. So, saja survey lagi kot2 jumpa yang murah & boleh deliver dalam masa yang terdekat. Hari ni aku meneruskan pencarian katanya.. Terkejut aku tengok harga spek kat lazada ni. Harga asal puluhan ribu ringgit tu diskaun sampai tinggal RM30++ jer.. Biar betul.

Gila beb harga asal puluh ribu tu.. diskaun tinggal tak sampai seratus. Ni kalau betul barang puluh ribu boleh masuk pajak gadai ni. Beli kemudian tolak kat pajak gadai pun koman2 dapat ribu ringgit jugak. Kalau betul la harga pasaran barang pun puluh ribu. Macam tak berapa nak logik jer

Lagi satu katanya diskaun 100%.. kalau 100% bermakna free la. Dah kenapa pulak kena charge. Ya Allah.. mencurigakan betul permainan harga kat lazada ni. Aku tak berani nak kata lazada ni menipu tapi beragak la nak memperbodohkan pembeli pun. Aku yang memang tak berapa tahu tentang harga pasaran setiap jenama Sunglasses ni pun rasa macam tak berapa logik sangat harga asal dengan harga diskaun.

Ramai jugak yang akui.. Lazada konon diskaun dengan harga yang sangat murah alih2 kualiti barang cap pasar malam je. Mungkin orang pun rasa tertipu dengan sale yang di gembar gembur.. Kalau setakat kualiti pasar malam tu bukan namanya diskaun. Tu memang dah harga pasaran dia. Ada yang harga lepas diskaun pun lebih mahal dari harga pasaran.

Moral of the story.. Sebagai pengguna walaupun kita nak jimat jangan sampai tertipu dengan taktik diskaun tak masuk akal macam tu. Kadang2 kita rasa macam berbaloi beli barang yang konon harga asalnya mahal, mesti kualiti dia juga bagus dengan harga diskaun yang murah gila alih2 dapat barang kualiti chow kit jer.. memang menangis. Nak sedih lagi tetiba jumpa kat Pasar Malam Jalan TAR harga lagi murah dari kita beli konon dengan harga diskaun tu. Menangis dalam handbag kau! hahahaha

GHAIRAHKAN PERCUTIAN DENGAN 'BARANG BAIK PUNYA' NI

GHAIRAHKAN PERCUTIAN DENGAN 'BARANG BAIK PUNYA' NI. Tu dia.. Barang baik apa tu. Jeng jeng sangat tau tajuk entri ni. Barang baik ni bukan sebarangan barang tau.. Kalau nak pergi bercuti ada 'Barang Baik Punya' ni confirm nikmat percutian anda akan jadi lebih berganda. Keghairahan bercuti mungkin melonjak ke level yang lebih tinggi dari biasa. Jadi jangan lepaskan peluang membongkar apakah barang baik punya yang aku maksudkan ni.


Nak pergi holiday .. Sudah pastinya kita nak semua barang yang di bawa berfungsi sepanjang kita bercuti. Gamaknya kalau ada poket doremon.. Orang nak bawa poket doremon je sebab senang. Semua ada dalam tu. Kalau tertinggal barang pun.. keluarkan pintu ajaib balik je kerumah ambil. Tapi Doremon tu wujud cuma dalam imaginasi pereka dia je. Mana ada dalam realiti kehidupan kita ni.

Tapi ada satu barang 'baik punya' ni yang mempunyai banyak fungsi ketika anda bercuti. Memang bermanafaat jugak la dia sepanjang percutian anda sebab dia bukan buat satu kerja malah boleh buat macam2 kerja untuk anda. Walaupun kecanggihan dia tak sampai tahap doremon tapi sipi sipi doremon tu ada la sebab ia berkaitan teknologi jugak. Senang di bawa kemana mana tanpa ada masalah.

Ni kalau sesapa ada 'barang baik punya' ni confirm rasa nak bercuti sepanjang tahun. Jadi kalau korang nak tahu apa benda 'Barang Baik Punya' ni.. Baik ke tidak dari sudut penilaian anda meh tengok kat sini >> Inilah 'Barang Baik Punya' Yang Memudahkan Percutian Anda << Kalau dapat seketul ni pun best. Tapi macam biasa la..Barang baik bukan semua mampu milik. Hahahaha

Moral of the story.. Nak barang baik kau pun kena usaha yang lebih baik. Kalau usaha kau pun ala kadar maka yang dapat pun ala kadar. Barang baik pun kadang2 jadi kemudaratan balik kalau guna cara tak betul. Walaupun barang baik ni katanya memudahkan anda dalam banyak perkara ketika bercuti tapi kalau terlebih guna mungkin percutian anda jadi percutian 'Najwa Latif je.. kenapa najwa latif sebab najwa latif je nyanyi lagu ada lirik.. kosong..kosong..kosong... hahahaha

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS. Semalam cerita pasal anak patung misteri kat Airport hari ni kita cerita seram kat balai polis pulak. Apa.. Ingat hantu takut ke dengan polis walau depa ada pistol. Tak heran setakat pistol tu katanya.. Polis pun takut dengan depa hanya tunjuk kelibat jer.. Kau hado, kata hantu. hehehe

Gambar sekadar Hiasan. Carian Google

Cerita berkisahkan seorang polis yang handle satu kes bunuh diri melibatkan seorang wanita. Selepas ke tempat kejadian semua barang2 bukti kes bunuh diri tu di bawa balik ke balai la untuk siasatan. Termasuk la tali curtain yang di gunakan untuk mengantungkan diri tu.

Barang2 kes tersebut di letakkan di satu sudut. Sudut mana kat dalam balai tu tak pulak di terangkan secara jelas.. Penting sangat ke cerita pasal sudut tu kan sampai hangpa nak tau jugak. hahaha.. Lupakan sudut tu kita ke sudut yang lain pulak. Nak di jadikan cerita datang seorang polis wanita ni.. Pegang tali tu. Sambil puji cantik katanya. Sapa la gamaknya punya kes.. Almaklum perempuan.. Kalau tengok benda cantik tak dapat ambil dapat pegang pun jadila. Lumrah.. perempuan memang sukakan kecantikkan katanya. Dah pegang lepas tu dok goyang2 pulak tali tu.

Anggota polis lelaki yang perhatikan perempuan tu.. hanya terkaku diam. Masing masing mula rasa seram.. Nak2 lagi tak semena mena dengar anjing melolong.. Pakat berdiri tegak bulu roma bersedia untuk nyanyi lagu negara ku katanya. Polis wanita yang pegang tali tadi tu.. terus letak balik. Terus lari peluk seorang lagi polis wanita kat situ.

Salah seorang polis wanita kat situ cerita yang dia nampak susuk tubuh seorang perempuan betul2 ada sebelah tali tersebut. Yang lain2 tak nampak tapi memang rasa seram semacam seolah2 ada sesuatu kat situ. Sebab keadaan semakin menyeramkan.. salah seorang anggota polis ajak semua masuk dalam satu bilik. Masing2 tekad tak akan keluar dari bilik tu sampai siang walaupun telefon berdering tak henti2.. bunyi kertas di selak atau bunyi perabot di ubah. Gamaknya malam tu kalau ada orang awam nak laporkan apa2.. semua call tak berjawab la yer sebab polis bertugas kat balai malam tu semua takut hantu. Hahahaha

Keesokkan harinya.. walau barang kes bunuh diri tu di pindahkan ke tempat lain tapi semua mereka masih merasa seram & ada sesuatu. Maybe sebab takut sangat kot. - Sumber Cari -

Moral of the story.. Walaupun kita tengok polis kadang2 nampak hero membenteras kes2 yang katanya sedang menyeramkan negara tapi bila melibatkan gangguan mistik tak semua polis berani jugak. hehehe. Biasa la.. polis pun manusia, ye dak. Peace!

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA. Semua ni sebab Lazada. Kalau tak kerana Lazada Buat Sale Online Revolution pasti benda ni tak jadi kat aku. Tapi tu la terlajak perahu mungkin boleh undur.. terlajak terjebak ni memang tak boleh nak undur dah. Terpaksa pasrah & redha je la. halalkan apa yang dah keluar tu. hehehe

Lazada Malaysia

Kerana Online Revolution Sale ni aku yang memang jarang sangat nak membeli belah secara online kecuali supplement untuk anak aku tu pun sebab kat luar tak ada jual kali ni memang betul2 terjebak jugak. Untuk Online Revolution Sale ni 4 barang dah aku beli. Aku harap cepat la Berakhirnya Online Revolution Sale ni. Tak sanggup lagi aku.. di hantui dengan perkara yang bernama sale. Tapi Alhamdulillah la.. Walau aku terjebak tapi semua benda yang aku beli sebab nak guna bukan semata mata sebab sale. Cuma ambil kesempatan beli masa sale la.

3 Barang aku dah pernah cerita kat blog.. Yang terbaru 2 hari lepas aku order Samsung Dvd Player. Sebab Dvd player aku ni hidup pun sebab di kuasi saka jer.. Nak play dvd asyik disc error jer. Kalau aku takde dvd player celah mana aku nak tengok dvd kan? PC?.. Tengok kat PC memang tak mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Aku kalau nak tengok movie aku paksa semua yang ada dalam rumah tengok sekali. hahahaha.. Laki aku yang tak berapa minat cerita seram dulu pun dah layan sebab bini dia gila tengok cerita seram. Sebab tu aku suka tengok kat TV.. Salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan katanya. walaupun kadang2 aku sorang je tengok yang lain mengiramakan dengkur paling merdu. hahahaa

Nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan. Anak aku jenis bukan nak duduk lama2 mengadap benda yang dia tak minat. Tapi kalau yang suka tengok wayang.. Elok juga hangpa dapatkan tiket free untuk tengok wayang bulan sepanjang bulan december ni kat sini >> Jom tengok Macam Mana Nak Dapat Tiket Wayang Free Untuk Bulan Disember Ni << Rugi la dah boleh dapat free nak bayar jugak. Aku kalau anak aku boleh tengok skrin pawagam tu lama2 aku pun nak pi tengok wayang kalau dapat tiket free ni.

Sebab tak boleh.. Maka terembat 1 Samsung DVD player yang tak mahal manapun. RM129 jer.. Cukup la untuk melempias nafsu seram aku katanya. Hahahaha

Satu je aku tak puas hati.. Kata include battery dalam remote tu tapi apsal bateri takde bila sampai. Pentipu sungguh. hahahaha

Aku dah tekad.. Cukup la setakat tu aku bershopping kat lazada untuk tahun ni. Lain kali je la kita bersua kembali yer lazada. Doakan aku semoga kuat Iman menghadapi jualan2 murah tak kira kat memana pun. Cukup lah.. Aku tak nak jadi orang yang gila shopping hahahaha. Apapun lazada paling best delivery memang pantas macam lipas kudung. Aku order malam 8 dec... Tadi dah sampai barangnya.

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU. Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni.

Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha

Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.

Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping
Yang ni memang lebih mahal dari harga kedua dua di atas. Yang penting semua brand & model yang sama. Walau yang kat atas tu gambar macam lain sikit tapi dalam description dia gambar & detail produk semua sama jer. Depa copy kat website samsung kot hahahaha

Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..

Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget. 

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM. Sebelum mengarut panjang lebar nak bagi sedikit amaran buat semua umat islam yer.. Loteri adalah berunsur perjudian, judi adalah haram di sisi agama Islam. Walaupun kadang2 ada perkara yang kita rasa seronok macam menang loteri walhal tak pernah main loteri pun macam mana boleh feel orang main loteri & menang. tapi nak mengambarkan betapa kita rasa Ya Allah.. Syukur yang amat. Seronok sampai tak ada ayat nak tulis & gambarkan.. tup tup muncul perumpaan macam orang menang loteri.


Sekadar perumpamaan bukan kejadian sebenar. Dalam hidup ni kadang2 benda yang kita tak jangka tu berlaku di saat kita memerlukan memang la rasa seronok tu macam kitalah orang paling bertuah dalam dunia. Contoh tengah2 bulan memang takde duit dah nak buat belanja. Bukan wallet berterbangan debu.. Yang ada cuma resit2 bank bukti duit yang kita korek sampai ke sen yang terakhir. Nak minta pinjam.. hutang lama pun tak settle lagi. Segan la pulak.. Dah la selama ni asyik dok mengelak je jumpa dengan orang yang ada hutang. Takkan tetiba nak muncul minta hutang lagi ye dak? Melainkan tahap kemaluan tu di luar spender. Boleh la buat macam tu. Dok tengah susah hati.. pergi la tenangkan hati membasuh baju tetiba jumpa la not2 merah hijau biru dalam poket seluar jeans. Ya Allah.. Hanya orang pernah melalui je tahu macam mana girangnya rasa hati.. Allah hantar rezeki yang terselit celah poket seluar jeans.

Tu salah satu contoh yang buat orang rasa macam menang loteri. Sebenarnya banyak lagi perkara yang mengambarkan rasa happy tu macam orang menang loteri yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Tu la namanya keajaiban walau sebenarnya bukan la benda tu turun dari langit. Cuma ia mungkin hilang waktu kita tak berapa peduli & muncul pada saat kita sangat2 memerlukan. Perancangan Allah tu maha hebat.. Kadang2 dia bagi kita rasa kecewa kehilangan sesuatu sebab dia nak bagi balik pada waktu yang sepatutnya. Jadi terus bersangka baik dengan Allah.

Moral of the story.. Tiada suatu pun perkara tu berlaku sia sia.. Pasti ada alasan & hikmahnya yang memerlukan kita sabar untuk nikmati

TENTANG IKEA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG IKEA YANG PERLU ANDA TAHU. Ikea.. memang ramai penggemarnya. Aku dulu selalu juga jenjalan dalam Ikea kat e@curve mutiara damansara. Dari bujang sampai kawen. lepas ada anak je kurang sikit aktiviti dok window shopping kat ikea. seingat aku.. Aku tak pernah beli apa2 barang kat Ikea.. Hahaha.. aku memang pelik sikit kot sebab walaupun aku kerap pergi tempat tu pun belum tentu aku tertarik. Dulu selalu ke e@curve tengok wayang.. Atau malam lepak tengok live band kat restoran asam pedas.


Walau meatball popular nak mampus kat situ.. Tapi aku pernah langsung cuba. Aku setakat makan karipap telur jer. hahaha.. Ikea ni aku suka tengok decoration dia jer. Memang cantik2. Barang2 dia aku rasa tempat lain lebih berbaloi beli. Tapi kalau nak nampak banyak retis, Ikea salah satu tempat pilihan retis jugak. Kira sesapa yang suka shopping ikea boleh fefeelling retis jugak la. hahaha

Tak lama lagi Ikea kat Cheras pulak akan dibuka. makin sesak la orang pergi kesitu. Almaklum la Ikea. Ada orang nun dari utara sana sanggup datang sini semata mata nak shopping ke Ikea. ramai orang suka pergi Ikea tapi tak ramai yang tahu tentang Ikea & kenapa orang suka pergi. tak semua orang pergi tu nak membeli belah walau kadang2 sampai berlaga bontot orang masuk ikea. Nak tahu sebab apa orang suka pergi ikea walau tak membeli apapun, meh tengok kat sini >> Tentang Ikea Yang Perlu Anda Tahu <<

Apapun.. Rasa macam nak try jugak la beli barang kat Ikea. Nak test juga apa rasa galas beg ikea yang macam guni beg jer. Hahahaha... nanti la kalau pergi e@curve nak try beli apa2. Nak rasa pengalaman guna barang ikea. hehehe

INI SEBAB KENAPA HANDPHONE WAJIB BAWA KETIKA HENDAK BERSALIN

INI SEBAB KENAPA HANDPHONE WAJIB BAWA KETIKA HENDAK BERSALIN. Banyak perkara yang kita tak boleh nak samakan dulu & sekarang. Kalau dulu tak ada.. tak jadi masalah besar berbanding zaman sekarang kalau tak ada mungkin menyebabkan benda tu jadi masalah besar.


Kita hidup tak sama zaman jadi kelengkapan bersalin pun dah banyak berubah. Kalau nak di bandingkan dulu & sekarang.. Dulu orang bersalin kat rumah je dengan bidan kampung. Zaman sekarang mana nak cari bidan kampung. Memang dah tak ada sangat bidan kampung yang sanggup ambil risiko sambut bayi. Bidan kampung sekarang fungsi lebih kepada mengurut atau jaga orang lepas bersalin je. Sebab zaman dah berubah. Orang sekarang pun masa mengandung macam2 penyakit hinggap. Dari faktor pemakanan sampailah faktor persekitaran yang semakin tak sihat jadi bersalin tanpa doktor bertauliah dah tak relevan untuk kita pratikkan. Tak payah la nak support sangat kempen home birth yang berisiko tinggi tu.

 Zaman dulu orang nak bersalin tak sibuk dengan enpon atau sematpon bagai. lagipun zaman dulu mana ada handphone jauh sekali smartphone, ye dak? Tapi zaman sekarang dah jadi macam satu keperluan & kelengkapan pulak untuk persediaan masuk labor room. Aku dulu enpon pun campak dalam beg jer masa nak bersalin. Mula2 tu aku rasa macam.. Gigih sangat la kau nak bersalin pun sibuk dengan enpon bagai. Tapi logik jugak la alasan kenapa kena sentiasa stanby handphone yang full batery ketika membawa diri ke hospital untuk bersalin.

Antara sebab kenapa handphone @ smartphone sangat penting ketika nak bersalin korang boleh baca kat sini >> 15 Perkara Yang Perlu di Bawa Ke hospital Sebelum Bayi Anda Lahir Termasuk Handphone <<

Jadi.. handphone zaman sekarang bukan lagi satu kehendak. Kebanyakkan dah jadi satu keperluan. Cuma yang penting pastikan sentiasa ada full bateri & kredit kalau yang guna prepaid. Persediaan awal sekiranya berlaku sebarang perkara yang tak di ingini.

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI. Bulan oktober ni banyak betul artikel2 berkenaan pergi bercuti yer. Nak ingatkan siap2 katanya. Takde la dah terhantu baru terngadah. Almaklum la kebanyakkan dari kita memang spesis suka anggap semua perkara tu remeh. Nak kena sampai jadi kecemasan baru la terfikir benda atau perkara yang kita pandang remeh tu sebenarnya sangat penting.

Sumber Google. Sekadar Hiasan
 Walau nak pergi bercuti bukan nak pergi cari penyakit namun kita kena buat persediaan awal sekiranya berlaku kecemasan semasa kita sedang bercuti. Ataupun sebenarnya benda tu bukan untuk kegunaan kecemasan tapi sememangnya kita perlu guna semasa bercuti cuma kita rasa benda tu boleh dapat kat mana2 jadi kita tak rasa perlu bawa.

Tapi aku ni spesis kalau nak berjalan jauh kalau boleh pack 1 rumah gamaknya dengan rumah2 sekali aku angkut pergi bercuti. rasa semua benda macam aku perlu guna masa perjalanan jauh padahal kadang2 cuma bawa beban tak guna pun barang2 yang aku bawa terutama baju lebih la. Nak balik kampung 3 hari 2 malam pun bawak baju macam nak pakai seminggu. Tu perangai aku. Tapi ada jugak barang yang penting aku suka terlupa bawa sebab terlebih fikir benda tak penting nak bawa.

Sebab kita semua memang ada perangai tak semegah macam tu jadi mengambil tanggungjawab khidmat masyarakat maka aku nak share la perkara & benda yang sangat penting kita bawa semasa pergi bercuti tapi selalunya kita tak pernah langsung terfikir nak bawa atau mungkin kita tak pernah tahu sebenarnya benda ni kena bawa.

Aku ni blogger agak berhemah tinggi jugak la tak suka nak copypaste sangat artikel orang tapi sebab nak berkongsi dengan hangpa semua perkara yang aku rasa penting untuk kita semua ambil tahu maka aku bagi link je la untuk korang baca yer. Nak tahu apa benda @ perkara penting yang kebanyakkan dari kita semua tak terfikir nak bawa semasa pergi bercuti adalah >> Perhatian! Korang Wajib Tahu 7 Benda Yang Wajib ada Semasa pergi bercuti <<

Moral of the story.. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan sediakan sampan sebelum banjir sediakan kain kafan sebelum mati.. Ops terlebih sudah! hahaha

SAMPAI HATI DATO SERI NAJIB RAZAK BUAT SAYA MACAM NI..

Tu dia.. tajuk entri mention terus Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah.. biar orang google Najib Tun Razak tersenarai jugak entri ni di carian google. Manalah tau DS Najib Terrrrrrrrrrrr baca katanya. Dia dapat hidayah untuk tidak terus membebani rakyat semekin macam aku ni. Bukan aku sorang kot rakyat semekin malah ramai lagi. Takkan nak tunggu 50% rakyat malaysia jadi gelendangan baru rasa kos sara hidup kat Malaysia ni tinggi sampai jangankan nak beli rumah.. nak bayar sewa rumah pun dah tak mampu.


Akibat kenaikkan harga minyak & GST di laksanakan.. tetiba pagi ni dapat whatsapp dari owner rumah yang nak naikkan sewa bermula bulan depan. Naik bukan sikit.. sehingga RM150 tu. Kang ada salah faham pulak.. ingat sewa umah aku RM150 pulak.. kalau RM150 aku boleh sambil menari2 jer bayar. tapi ni kena bayar extra RM150 dari sewa rumah sebelum ni. Aduhai.. Nak raya.. nak balik kampung.. harga minyak naik confirm la harga barang pun akan turut naik. Di tambah dengan GST lagi.. Rasa nak berkhemah jer kat tanah haram mana mana. Sesak duduk kat bandar ni tau. hahahaha

DS Najib.. ni kira masih ada rasa hormat lagi la masih sebut title DS tu. Kenapalah kau di lahirkan sebagai perdana menteri Malaysia.. Adalah lebih baik kau di lahirkan sebagai anak orang miskin yang bergelendangan baru kau rasa betapa susahnya hidup. Korang para menteri naik la apapun takkan rasa terbeban.

Sebab rasa condition rumah pun tak berapa layak untuk di naikkan harga, terpaksa survey la rumah lain kalau owner berkeras nak naikkan harga jugak. Ke DS Najib nak bagi saya sebijik rumah?? Nak mohon rumah mampu milik pun nampak macam tak mampu jer apatah lagi nak beli rumah jutaan ringgit. hahahaha... Inilah nasib orang semekin. Kumpul duit balik buat rumah kat kampung jer.. Tu pun nasib baik ada tanah pusaka. Hahahaha

Moral of the story.. di bulan mulia ni hope Para menteri Malaysia bila kurang makan, kurang boroi otak & akal boleh berfungsi seperti seorang manusia yang berperikemanusiaan. Sama2 la kita doakan.. Amin.


SEDIH SANGAT KE CERITA ARTIS GADAI BARANG KEMAS

Dah nama artis.. cerita pasal tercirit dalam seluar masa kecik pun ada value apatah lagi cerita sedih kononnya terpaksa bergadai barang kemas yang dapat masa kawen dulu sebab nak menampung kos sara hidup masa tengah susah. Sedihnya.. sampai sebaldi ayaq mata aku tadah..

Bila aku pertikai, perlu ke nak canang pada semua orang kisah terpaksa gadai barang kemas untuk buat belanja makan masa susah, ada pulak yang muncung sambil berkata "Tu la pengorbanan yang kau tak faham". Mustahil la aku tak faham, aku bukan lahir anak kepada Perdana Menteri atau anak jutawan.. Aku lahir dalam keluarga serba sederhana. Kadang2 sesak jugak sampai mak aku pun terpaksa bergadai barang kemas. Ada duit tebus balik untuk simpanan bila sesak. Aku tak hargai mak aku sebab tak rasa gadai barang kemas dia tu sebagai satu pengorbanan kecik? Tak semestinya aku hargai tapi perlu ke cerita kat semua orang betapa mak aku berkorban segalanya untuk anak - anak.

Bagi aku yang lahir sebagai orang kampung bukan orang bandar yang serba moden & urban katanya.. Pandang orang kampung macam kolot. Asal trendy sikit kata kena kejutan budaya padahal orang kampung sekarang bukan orang kampung zaman hitam putih. tetiba pulak aku rasa segelintir orang bandar yang berpandangan macam tu kolot sangat. Yelah.. dia tak tahu kehidupan orang kampung sekarang dah upgrade & up to date. Dia still dok fikir orang kampung pakai baju kedah & kain batik. Asal keluar kampung jer pakai baju kurung kain cotton. Tu la terpengaruh dengan drama yang tak up to date tentang kehidupan orang kampung. Sekali dengan kau ketinggalan zaman. hahahaha

Ops.. terkutuk pasal lain pulak. Berjangkit pulak dengan Mummydearie. hahaha.. Berbalik pada topik asal, gadai barang kemas ni perkara biasa di lakukan oleh para wanita bergelar mak sebab kalau mentaliti orang kampung macam aku beli emas ni bukan sekadar time kenduri kawen nak lawan menunjuk tapi memang di jadikan aset yang di gunakan masa kecemasan. sebab orang kampung pun tau.. emas sejenis aset yang tak susut harga. Sentiasa berharga. Bukan macam beli kereta... harga kereta kau beli 10 tahun lepas mustahil la harga jadi melambung. Harga dia takkan sama macam harga kau beli 10 tahun lepas melainkan body kereta kau semua emas. Yang tu boleh kau simpan buat aset.

Cuma bagi aku terpaksa gadai barang kemas untuk tampung perbelanjaan harian bila sesak perkara biasa yang ramai orang buat. Takde apa yang special sangat perlu di highlight jadi tajuk besar. Bukan dia sorang kot berkorban dengan cara macam tu, mak aku pun buat pengorbanan yang sama malah ramai lagi mak2 orang lain yang buat sampai ada yang takde 1 gram emas pun dia simpan, rilex je. Takde la rasa, Dialah satu satunya wanita yang sanggup buat macam tu. Tapi yelah kan.. Dah nama pun retis. Kadang2 cerita tu dia sembang santai2 jer tapi bila sampai kat wartawan jadi tajuk utama pulak. So, kalau kesnya macam tu wartawan tu la Cempeqa, alah cerita retis gadai barang kemas pun kau rasa macam rare sangat. Aparah! cari isu best sikit la beb!! Tapi tu pun berpusu2 orang clik baca macam mana cerita2 habuk2 camtu tak jadi tajuk utama, kan? hahahaha

Moral of the story.. Emas cuma material tak payah highlight macam terpaksa jual organ demi sesuap nasik. Bunyi macam sedih sangat jer... Peace!


BARANG PALING JIJIK ORANG JUAL KAT ONLINE

Manusia ni kadang2 citarasa dia pelik.. Benda bukan2 jer dia suka kumpul. Bila dia suka kumpul benda pelik, dia confident mesti ada orang yang suka benda pelik macam dia maka dia jual. Pelik je takpe tapi kalau menjijikkan.. Aiyo.. tak tau nak bayang.

salah satu benda pelik & jelik yang di jual kat online

Antara barang jijik & mengelikan yang orang jual kat online adalah tahi palsu. Even palsu tapi taik kot hahaha.. Apa yang menarik sangat taik tu pun tak tau la kan. Hari2 berak tengok taik sendiri tak puas kot... Aduhai pelik sangat pulak rasanya nak simpan koleksi macam tu. Obses dengan bentuk taik ke hapa tak tau la kan tapi tu la taik kot... hahahahaha


Antara koleksi lain barang pelik & jijik yang di jual kat online adalah wall paper berlukisan lipas. Yang ni kalau tipikal pompuan rasanya trauma dia nak duduk dalam rumah atau bertamu kat rumah tu. Aku tak berapa tipikal perempuan sangat sebab aku tak geli dengan banyak serangga. Setakat lipas memang aku sentiasa jadi heroin dalam rumah membasmi kalau ada lipas sesat.


Ok la aku share 2 benda sudah selebihnya kalau hangpa nak tengok apa yang benda pelik & jijik yang di jual kat online boleh tengok kat sini 10 Barang menggelikan yang di jual online


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com