Showing posts with label 5. Show all posts

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI. Bagpack ni memang comel dengan budak2 galas kan. Nampak cute je sebab tu aku pun biasakan anak aku bawa bagpack dia sendiri kalau nak kemana mana. Selain aku rasa nampak cute.. senang dia boleh bawa sendiri barang - barang dia dalam bagpack tu. Biasanya memang aku akan bawa sepasang baju dia & sapu tangan. Untuk emergency case. Almaklum la budak2. Tak payah semak sangat beg mak katanya...


Kalau kat sekolah tu memang perlu la bawa even cuma kadang2 tadika ada cikgu tak suggest bawa beg macam tadika anak aku tahun lepas.. tabika kemas. Cikgu mention tak perlu bawa beg tapi ramai je bawa beg. Macam2 benda la nak isi... bekal la.. bekas minuman la.. Kadang2 cikgu bagi kerja rumah nak isi buku jugak. Tahun ni tadika anak aku memang ada beg sendiri. Beg yang tadika dah sediakan.. Tapi bukan free la. Memang kena bayar dalam yuran pendaftaran. Biasa la private kindergarten ni kan...

Dalam beg anak aku ni selain baju dia.. Mainan la. Ada je la bekalan mainan dia nak bawa setiap hari pergi sekolah. Dulu masa tabika kemas cikgu bising jugak.. Yang private ni cikgu tak cakap apapun. Kalau tak bagi bawa mula la badmood pepagi nak pergi sekolah tu. Tapi takde la sampai bawa barang2 macam ni >> Jangan Terperanjat Kalau Terjumpa 5 Benda Ni Dalam Backpack Anak Korang! << 5 Barang ni kalau tetiba jumpa dalam beg anak aku memang terkejut jugak la. Tak tau la depa dapat fakta ni dari mana & anak sapa la gamaknya suka bawa benda2 macam ni dalam bagpack depa. Anak hangpa ada bawa ke benda2 macam ni dalam bagpack. Kalau tak pernah check bag anak tu sila check sekarang. Manalah tau kan...

Clik pada banner kalau nak tahu macam mana nak tebus bagpack comel ni untuk anak anda

Cerita pasal bagpack ni kebetulan bag anak aku yang dok bawa jenjalan tali dia terputus. Bukan putus macam mana jahitan dia tertetas.. Rasa nak beli bagpack baru juga la. Apa salahnya kan.. Korang ada ke nak suggest kat mana2 jual bagpack kanak kanak yang cantik. Kalau ada sila tinggalkan di ruangan komen. hehehehehe

HANYA DENGAN 1 KOMEN DAPAT RM50 DARI DENAIHATI

HANYA DENGAN 1 KOMEN DAPAT RM50 DARI DENAIHATI. Pembukaan september ni nampaknya membuka senyuman seluas luas angkasa. Mana tidaknya... Tengok nuffnang earning rancak membiak.. 8share pun macam biasa la earning dia sentiasa subur sebab aku kan rajin buat post, chrupchrup pun tak nak kalah nak tunjuk kesuburan dia.. tup tup... Denaihati Ilhamku pulak umumkan aku antara tersenarai 5 pengomen terawal di salah satu entri di blog beliau & berjaya merangkul hadiah berupa RM50. lepas jugak nak beli satu produk bio essence ni. hahahaha


Macam mana nak menang RM50. Pastikan anda letak link url blog denaihati kat bloglist baru senang nak baca entri terkini. Mana tau rezeki dapat jadi pengomen terawal dapat la RM50. RM50 bukan sikit.. Bukan senang orang nak bagi. Komen pun bukan di pilih berdasarkan komen kreatif ke terbaik ke hapa.. Cuma jadi 5 pengomen terawal je. Senang kan?? Tapi tak tau bila lagi tawaran macam ni akan ada tapi janji Denaihati banyak lagi hadiah menarik untuk pembaca blog Denaihati di hujung tahun ni.



Apapun terima kasih kepada pihak Denaihati atas pemberian hadiah RM50 ni. I pun dah lama tak merasa menang apa2 dari blog. Yelah.. spesis malas nak join contest atau GA bagai.. Almaklum la rumit sangat syarat2 GA & contest sekarang. Kontot jari I nak like & follow macam2 blog & fanpage. Dah la jari I secara semulajadi memang kontot2 macam tuan dia jugak. hahahahaha

Moral of the story... Yakin & percaya rezeki tu dari Allah.. terus berusaha, Insya Allah ada bahagian kita sebab rezeki ni Allah nak bagi dalam pelbagai cara & sumber. Kata kunci dia tetap kena cuba & usaha selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU

5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU. Nak jadi usahawan yang berjaya ni perlu jugak ada ilmu walau takde sijil tinggi di puncak menara gading katanya.. Ilmu tak semestinya dapat dari menara gading je kadang2 atas menara berkembar KLCC pun boleh dapat ilmu, so carilah ilmu hingga ke lubang cacing sekalipun. Nak jadi peniaga ni tak kira online atau Offline pun tetap kena tahu 5 perkara ni untuk memastikan perniagaan anda berkembang seiring perkembangan badan korang. Erkk.. kalau orang jenis badan tak berkembang camna? Ok.. pastikan berkembang seiring usia yang sapapun tak boleh elak dari bertambah angka. hehehehe


Menurut satu artikel ni kalau nak jadi usahawan yang berjaya mesti jadi seperti orang gila?? Mak Aii... Takkan sampai nak jadi gila? Sabaq no... Gila yang macam mana tu yang penting korang tahu. Gila yang di maksudkan adalah .. terpaksa bekerja seperti seorang hamba dengan pendapatan yang sedikit pada awal anda memulakan perniagaan. Ingat gila macam mana la tadi kan.. itulah dinamakan pengorbanan.. ye dak??

Selebihnya apa yang 5 perkara yang peniaga perlu tahu & buat meh la rajin2 baca kat sini >> 5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU & BUAT << Bukan aku taknak mudahkan hangpa cuma tu la elok la hangpa baca sendiri kat artikel asal supaya lebih jelas & paham. Kalau aku taip balik takkan nak copy paste bulat2 ye dak.. Kang aku buat olahan jadi salah faham lagi susah. Antara alasan alasan tu adalah lebih baik kalau hangpa nak berjaya hangpa baca sendiri di artikel asal. hehehehe

Moral of the story... Usahawan yang berjaya kata kunci dia tetap USAHA.. kalau kau setakat berangan padahal setapak pun tak bergerak dari atas katil dari pagi membawa ke malam.. Memang korang akan berjaya jugak tapi berjaya bermimpi dengan jayanya.


INILAH 5 ORANG BIASA BERTUKAR JADI POPULAR DI MEDIA SOSIAL

Depa ni bukan retis atau sapa2 yang terlibat dalam dunia glamour atau di kenali tapi sebab jadi viral depa ni terus jadi popular, sensasi, hot & spicy kat FB. Asalnya orang biasa jer.. Tapi tu la zaman media sosial ni memang banyak perkara tak di jangka boleh berlaku. Kadang2 kita share kita tak rasa benda tu sehingga jadi viral yang mempopularkan kita.. tup.. tup.. sebab orang rasa menarik untuk di viralkan maka jadilah viral.


Sebab tu la kita nak buat apapun kat laman sosial kena timbang,tapis & hadam baik baik sebelum post. Kalau benda tu bagi kelebihan pada kita ok la.. Kalau benda tu membawa keburukkan & mengaibkan macam mana?? kita jangan rasa benda biasa pada pandangan mata kita, biasa juga pada pandangan orang lain.

Disebabkan pandangan majoriti rasa perbuatan @ perwatakkan mereka ni bukan perkara biasa maka 5 orang ni menjadi sensasi di media sosial di sebabkan viral. Nak  tahu siapa mereka yang paling sensasi kat media sosial ni termasuk salah seorangnya berasal dari kelantan meh tengok kat sini >> 5 hotters Asia Yang paling Sensasi di media sosial <<

Moral of the story.. Berdoalah kita tak jadi mangsa viral yang mengaibkan.


5 PERKARA YANG ORANG SALAH FAHAM TENTANG INSURAN

Bagi yang berkemampuan elok la ambil insurance untuk cover. bagi yang tak berkemampuan tu takpe la.. Yang pasti semua orang kalau mampu nak yang terbaik. So, yang mana2 jual insurance atau yang memang ada cover insurance cakap tu pandang2 jugak kemampuan orang yer. Jangan main sembur je macam semua orang mampu macam kau. Jangan anggap orang yang takde cover insurance tak fikir masa depan atau masa kecemasan. Tapi kalau dah cukup2 makan.. nak bayar insurance lagi, kau nak tolong tanggung boleh jugak. Kalau tak nak tolong diam2 sudah.


Tu dia terbebel la pulak.. Bukan la aku nak cakap pasal tu ni aku nak cerita pasal 5 perkara yang orang selalu salah faham pasal insurance.

1. Insurance tu sesuatu yang mahal
Ramai yang anggap insurance tu mahal tapi tahukah anda ada insurance serendah RM9.85 sebulan untuk melindungi diri anda sekiranya berlaku perkara yang tak di ingini. So, tak semua insurance tu mahal cuma perlu pandai pilih sebab sekarang banyak syarikat insurance yang tumbuh bagai cendawan kukur selepas hujan.

2. Menganggap Insurance macam pelaburan yang boleh dapat Untung besar
Insurance bukan pelaburan tapi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan, kematian atau sakit. Kalau korang berminat nak melabur pastikan korang mempunyai backup  supaya berlaku apa2 yang tak di ingini anda ada sesuatu yang boleh cover balik kerugian.

Selebihnya korang baca sendiri kat sini. Dah la ambil artikel orang nak tulis panjang2 pulak katanya. Alah bukan susah clik & baca jer...

5 Salah Faham Yang Berlaku tentang Insurance

Kalau dah baca & Faham.. tengok kemampuan. Kalau dalam kemampuan ambil la insurance. Kita tak tau apa yang akan berlaku di masa depan.

Moral Of the story.. Agen Insurance kalau minat nak review kat blog aku sila contact kalau sekadar nak suruh aku beli insurance sila simpan niat anda. Malas nak layan hahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com