Showing posts with label adab. Show all posts

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016. Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya.

Gambar sekadar hiasan

Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 12 jam atas jalan. Tu sebab kami melencong sana sini nak elak jam. hahahaa

10 Tahun jadi anak rantauan.. Perasaan excited nak balik kampung tu memang tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. Nak2 sejak anak aku sekolah ni, balik kampung pun dah jarang sangat. Raya la semua dapat bercuti serentak maka boleh la balik kampung.

Dekat dekat nak raya seperti tahun2 lepas.. Banyak la dok share rules nak beraya kat rumah orang. Jangan pangku balang kuih la, jangan sibuk tanya kuih homemade ke tunjuk tunjuk, jangan habiskan kuih dalam balang.. Kalau datang beraya rumah aku kat kampung benda2 macam tu tak jadi rules cuma jangan complaint pasal kucing atau suruh kami kurang populasi kucing dalam rumah je. Kalau kau berani nak sentuh bab kucing untuk raya akan datang kau akan hilang layanan mesra dari adik beradik aku.

Kadang2 aku rasa tak berapa bagus sangat dok share rules nak beraya rumah orang bagai.. Kita yang share kang ada yang berniat nak datang raya terbaca macam rasa tak best terus tak jadi datang. Macam bab makan kuih pangku balang pun kau nak jadikan benda tu perkara besar sangat pada hari raya memang aku rasa tak patut sangat. Tetamu tu kan pembawa rezeki.. biarlah dia nak makan pangku balang. Bukan dia nak bawa balik balang pun.

Cukuplah kita ingatkan orang lain adab beraya rumah orang. Orang yang jaga adab Insya Allah dia tak buat benda tak senonoh semasa bertandang rumah orang. Tak payah nak ketatkan sangat undang2 nak pergi beraya tu. Kang semua yang datang beraya rumah kita duduk tegak macam tiang tak berani nak sentuh hatta balang kuih sekalipun. Alih2 kau hadap sendiri kuih raya kau yang melambak tu.

Sampai tanya kuih raya buat atau beli pun jadi salah ke? Alahai.. sentapnya korang. Kalau kat rumah aku.. Tak pernah aku dengar adik beradik aku merungut orang tanya kuih buat ke beli sebab bagi kami tak rasa jadi satu masalah pun. Perkara biasa kalau sedap orang akan tanya kuih ni buat atau beli. Kalau buat maybe dorang nak minta resepi kalau beli mungkin dorang nak tanya beli kat mana. Remeh sangat perkara tu sampai kau nak list sebagai rules hari raya.

Orang nak datang beraya pun sekarang susah kan.. Banyak sangat rules sedangkan kadang2 tetamu yang datang rumah kita tu setahun sekali je masa raya. Jangan la kita spoil kan mood orang nak datang beraya dengan rules yang tak perlu.

Sesungguhnya raya dulu & sekarang sangat berbeza. Boleh baca perbezaan raya dulu & sekarang kat sini >> 6 Perbezaan Paling Ketara Raya Dulu & sekarang, harap takde sapa datang beraya macam nombor 4 takut ada warga emas kena serangan jantung pulak << Raya dulu sebelum wujud media sosial tak ada rules2 sangat tapi sejak wujud media sosial banyak pulak rules dia.

Apapun berpada pada la kan nak buat rules untuk orang datang beraya. Hari yang sepatutnya kita bermaaf maafan & mengeratkan silaturrahim jangan sampai jadi hari bermasam muka pulak di sebabkan orang datang raya langgar rules beraya rumah korang. Lebih kurang tu pejam mata & senyum je la.


Walau macam mana pun di kesempatan ni tetap den nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai penulisan di blog ni menyakiti mana2 pihak. Sesungguhnya den hanya manusia yang kadang2 menulis ikut nafsu.

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA. Zaman hipster, western, pickuplines bagai.. ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan. Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya. Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy & menyentuh hati bapa dia kot.. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded & sporting tahap macam tu. Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan.

Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.

Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.. kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.. Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom. Malu muka bapak kau dik.. Nak2 lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya kalau kawan2 bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.

Bila nak tiru style mat saleh alih2 jadi viral memalukan satu keluarga.

Bulan2 puasa ni tak payah nak cakap merapu sangat la. Bukan je mengurangkan pahala puasa sendiri malah boleh mengurangkan pahala lain jugak. Mana taknya kalau dah pelik2 sangat manusia ni akan tetap la nak mengata jugak. Macam kes ni.. bukan la kita cari tapi dah lalu kat news feed FB maka tercarut jugak la dengan kata kata.. "Anak sapa la perangai tak senonoh sangat ni.." Dah terkata kau tak senonoh.

Moral of the story.. Zaman media sosial & viral nak buat lawak anak beranak pun kena fikir panjang sebab kau tulis kat media sosial bukan bapak kau je yang baca. Malah bapak orang lain pun boleh baca. Jadi jangan sebab nak nampak sporting bagai kau hilang kemaluan & sekaligus mengaibkan seluruh ahli keluarga kau.

ADAB MAKAN PELIK SELURUH DUNIA YANG KITA TAK TAHU

ADAB MAKAN PELIK SELURUH DUNIA YANG KITA TAK TAHU. Lain tempat lain budaya & adat. Jadi tak pelik la kalau ada etika & adab makan kat negera2 lain yang pelik bagi pandangan mata kita. Kita je rasa pelik sebab budaya & adab kita lain tapi bagi mereka yang mempratikkan dari turun temurun yang pelik bagi mereka adalah kita yang rasa benda tu pelik. hahaha...


Terbaca satu artikel pasal adab @ etika makan seluruh dunia... antara adab makan yang rasanya ramai yang tak tahu adalah..

Adab makan orang Jepun
Kita tak boleh suap makanan kepada orang lain menggunakan chopstik. Sebab katanya chopstik di gunakan untuk mengutip tulang tulang di hari pengebumian orang mati. Jadi sebab tu orang jepun pantang kita suap makanan kepada orang guna chopstik. Sumpah aku tak pernah tahu adab makan macam ni.

Adab makan orang Tiongkok
Kat china kalau kita letak chopstik secara menegak pun di kira sebagai salah apatah lagi kita menghala chopstik ke muka orang lain akan tidak anggap tidak sopan. Memang la tak sopan. Bak kata orang kedah loglaq silap haribulan boleh nampak kurang ajar. hahaha

Adab makan orang Thailand
Selama ni aku tak tau orang Thailand pantang orang makan guna garfu. Hanya boleh guna sudu. Yelah.. yelah nanti pi thailand cheq tak guna garfu bila makan biar orang thailand nampak cheq wanita melayu terakhir penuh kesopanan & ketatatulisaan

Adab makan Orang Inggeris
Pantang orang Inggeris kalau ada orang makan sambil dok main2 sudu dalam mulut. Contoh macam letak sudu hujur bibir kemudian hirup sikit2 air/sup/makanan berkuah dari hujung sudu. Konon nampak seksi la. Tapi bagi orang Inggeris ia perbuatan yang tak beretika & sopan ketika makan.

Adab Makan Orang Orang Arab
Dia sama la macam adab orang melayu kat Malaysia sebab mungkin faktor agama yang sama. Makan harus dengan tangan kanan. Bagi kita tak pelik la tapi bagi orang luar mungkin rasa ia etika & adab yang pelik bila makan dengan tangan kanan jadi satu kemestian.

Adab Makan di Chili
Kalau kita makan dengan tangan kanan tapi kat chili pelik pulak. Depa tak makan dengan tangan kanan & depa makan dengan sudu walau nak makan kentang goreng sekalipun tetap guna sudu.

Adab Makan orang Itali
Orang Itali ni style dia bila di pelawa kali pertama di makan, depa akan tolak dulu. Tapi kalau di pelawa kali kedua depa wajib terima.

Tu antara adab adab makan di negara lain. Lain orang lain cara & etika jadi bila kita pergi tempat orang adab2 & etika yang tak melanggar akidah & hukum agama kita elok kita hormati kalau pun kita tak mampu nak ikut cara depa tapi jangan nak gelak atau mengutuk pula. Tapi kalau jenis yang kaki makan, pelahap tak sempat study adab orang dia makan ikut style dia je gamaknya kalau makan depan orang2 jepun yang terkenal dengan disiplin apa persepsi depa. Mesti terkejut depa. Tapi jenis orang kaki makan ni walau kita selalu tengok dia berselera & enjoy dengan makanan kadang2 cara mereka makan atau berdepan dengan makanan sebenarnya memberitahu kita sesuatu tentang situasa & emosi mereka masa tu cuma kita tak perasan. Jadi yang ada kawan baik kaki makan korang kena tahu pasal ni >> Ini Yang Perlu Korang Tahu Tentang Kawan Anda Jika Dia Seorang Kaki Makan <<

Moral of the story... Kita tak perlu sangat la nak ikut adab & budaya orang lain tapi apa yang perlu kita bawa walau kemana je kita pergi adalah adab & budaya sopan kita. Yang baik itu tetap nampak baik walau kat mana pun kita pratikkan benda tu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com