Showing posts with label berniaga. Show all posts

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG. Walaupun aku bukan online seller (peniaga atas talian) tapi memandangkan ada yang request aku untuk buat entri pasal dropship ni maka atas keprihatinan yang tidak berbelah bagi katanya.. Aku cuba juga karang entri pasal dropship. Sebab masih ramai yang tak tahu & tak faham apa tu dropship.


Dropship ni selalunya berlaku bila anda terjebak dalam perniagaan Online. Dropship ni untuk mereka yang berminat nak berniaga tapi tiada modal.. Boleh la guna cara dropship. Dropship ni konsep dia.. Korang cuma cari customer jer.. Segala urusan penghantaran semua akan di buat oleh Agent. Korang akan di beri komisyen pada setiap jualan tersebut. Memang senang sebab korang tak payah simpan stok, korang tak payah pergi pejabat pos untuk pos barang.. Kerja korang cuma promosi je kat media sosial korang.. Letak contact number korang untuk di hubungi.. ambil order & bagi pada agent detail customer. yang lain - lain pihak agent yang akan uruskan.

Memang sesuai la bagi mereka yang nak cari sumber pendapatan tambahan.. sebab benda ni boleh buat cara santai. Sambil2 dok ber facebook tu boleh la guna kesempatan tu untuk buat duit dengan dropship ni. Jangan risau segala bahan - bahan untuk korang post di media sosial selalunya pihak agent akan sediakan.. cuma kalau korang rasa korang lebih kreatif nak mengolah iklan tu.. Tu adalah lebih baik.

Tak rugi berniaga secara dropship ni sebab korang tak perlu keluarkan modal. Kalau tak terjual pun barang atau produk tu korang tak rugi apa - apa sebab korang tak perlu bayar untuk ambil stok. cuma meraih komisyen dari setiap jualan yang korang buat tapia tetap kena rajin la advertise jualan korang & menjawab segala pertanyaan customer.

Jangan tanya nak buat dropship barang apa? Apa saja barangan yang di tawarkan dropship kalau korang rasa korang mampu jual.. Try je. Banyak dah sekarang Agent bukan peluang untuk orang buat dropship. Tapi pilihlah barang yang memang senang jual.. Sebab barang2 senang jual ni selalunya mudah sikit nak dapat income kan.

Siapa yang boleh buat dropship? Sesiapa je asal ada keinginan & kesungguhan nak cari pendapatan tambahan. Depa tak minta hangpa hantar resume dengan sijil2 sekolah pun kalau nak jadi dropship ni. Asalkan korang ada account media sosial macam facebook tu pun dah cukup sebab medium tu nanti di gunakan untuk korang jual barang atau produk tu.

So, pada yang request suruh den buat entri pasal dropship moga membantu anda lebih memahami yer. Maaf den memang guna penulisan santai je. Kadang2 formal sangat orang tak faham. Almaklum la.. kita ni takde nak cakap bahasa surat rasmi kalau sembang2 santai ni. Jadi kadang2 istilah formal sangat orang tak faham. hehehehe

Moral of the story.. Zaman sekarang teknologi memudahkan kita. Kita boleh cari pendapatan hanya duduk di rumah macam aku ni. Kadang2 income tu lebih banyak dari makan gaji. Sedangkan kalau kerja makan gaji kos tinggi. Jadi manafaatkan teknologi kepada perkara yang baik & menguntungkan.

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK. Tajuk entri ni confirm ramai yang tak setuju.. Kalau dia baca tajuk entri la. Kalau dia jenis manusia yang bijak pandai.. Dia takkan menilai sesuatu dari Tajuk.. Dia akan clik & baca isi kandungan cerita tajuk tu. Jadi aku tak risau sangat la kalau orang nak judge dari tajuk.. Sebab manusia macam tu kau kena ignore je.. Bukan apa kalau kau lawan kesian nanti dia malu pulak sebab komen dia tak sama dengan jalan cerita. hahahaa

Sekadar hiasan.Sumber Google

Alkisahnya.. Bukan sekali aku di suggest (cadangkan) untuk berniaga sesuatu produk tu bila review yang aku buat mendapat sambutan. Macam biasa la.. Aku memang akan menolak idea idea macam tu. Maka akan berlaku komen2 sinis.. Bila aku cakap aku banyak komitmen. Kerja aku bukan anya 24 jam depan pc.. aku ada suami & seorang anak perlu di beri perhatian. Maka akan muncul la komen2 yang akan membandingkan.. I pun ada 10 anak I jaga.. di samping i tulis blog, I pun buat bisnes jugak. Kalau tak mampu jadi Agent, I buat dropship.. Antara ayat2 tipikal yang biasa aku terima. Kadang2 sampai malas nak jawab.

Yer... betul. Nak buat side income secara online tak semua memerlukan kita keluar rumah.. ambil stok barang & pos pada customer. Kita perlu ambil order & pas order kat Agent. Tapi bukan semudah tu ok.. Kau nak deal dengan customer perlu masa.. kau nak jawab pertanyaan orang perlu masa. Pendek kata tak mudah la kau nak dapat duit.. semua perlu modal tenaga & masa jugak kalaupun kau tak perlu keluar rumah. Hari ni pun dok jawab client nak review pun sampai tak sempat nak update blog. Bayangkan aku perlu jawab customer yang nak membeli belah produk aku jual.. Taknak la blog yang menjadi sumber rezeki & yang memberi kepuasan aku bila menulis terbengkalai.

Tapi memang geram jugak la bila ada yang sinis.. Alah sis, anak baru sorang. I ni jaga 5 orang anak buah. Yang kau jaga bukan sepenuh masa kalau setakat anak buah & kau tak perlu nak bawa anak anak buah kau pergi check up.. Appointment dengan therapist.. Teruskan terapi.. mengajar kat rumah. Sebab anak2 buah kau tu semua sempurna Allah jadikan.. Anak aku adalah anak yang mempunyai masalah perkembangan yang perlu pergi terapi.. Perlu teruskan terapi di rumah.. Perlu perhatian extra berbanding budak2 lain. So kalau tak tau masalah orang.. please jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain. Walaupun aku sorang anak.. Banyak benda aku nak kena buat untuk dia.. berbanding kau bagi makan, bagi mandi, bagi tidur.. & pantau jer. Lagipun bukan anak kau!! Kau ada masa cuti untuk jaga depa.. aku tiada istilah cuti jaga anak sebab dia anak aku!! Kalau semua benda aku nak buat.. Aku tak payah tidur gamaknya. Sebab rehat sekarang pun rasa time tidur je.

Lagipun berniaga ni perlu minat baru boleh buat.. Aku memang suka menulis sebab tu aku buat kerja berkaitan penulisan je. Aku buat kerja yang aku rasa aku mampu.. Kalau semua benda nak buat dalam satu masa, kau mampu ke nak consistent. Jangan yang di gendong berciciran yang bimbit bertaburan. Alih2.. penat je kau dapat. So, dalam nak buat sesuatu.. Banyak perkara kena fikir. Salah satu kena ada minat. Meniaga bukan semua orang minat. Macam aku memang tak minat. pernah cuba tapi rasa macam tak ada talent. So aku malas nak buang masa ikut apa yang orang buat. Aku buat apa yang aku suka je sekarang. At least aku buat dengan bersungguh sungguh. Setiap hari mengais kat FB cari orang nak review. Biarlah orang pandang rendah pun.. Janji tu cara aku cari side income. Akan datang mungkin datang minat berniaga tu lain cerita. Buat masa sekarang belum sampai seru lagi.

Setiap orang ada bahagian rezeki masing masing.. Tak payah tamak atau nak sinis sangat dengan orang yang tak nak ikut cara kita. Biarlah dia cari rezeki dengan cara dia.. Tak salah kalau nak bagi cadangan tapi bila orang taknak tu payah nak sinis orang dengan buat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain. Lain la kau tinggal serumah dengan dia & kau nampak dia memang banyak masa goyang kaki.

Moral of the story... Sapa nak berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com untuk sebarang review boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. I tak buat banyak kerja so, Insya Allah I akan menulis sehabis baik pada setiap penulisan yang di bayar & di pertanggungjawabkan pada I. hehehe

BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI

Selama ni kita anggap kita meniaga kecik2 je kat online tak payah nak daftar bagai.. tak payah ikut peraturan yang di tetapkan tapi bila kita dah mulakan perniagaan maka kita akan berurusan dengan pembeli. Pembeli berhak untuk memastikan apa yang di beli melalui online tak di tipu.

Bermula 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa,iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini. Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.




Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
  1. Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  4. Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  6. Kaedah pembayaran
  7. Terma dan syarat-syarat
  8. Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online.

Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.

Untuk info sepenuhnya anda boleh la pergi ke link ni >> Peraturan Peniaga Dalam-Talian Berkuat-Kuasa Bermula Esok – 1 Julai

Jadi yang mana rasa nak mulakan perniagaan secara online tak kira kecil2 atau besaran2 elok la ikut peraturan yang di tetapkan sebelum anda di kenakan tindakkan undang2. Yang mana dah lama meniaga tapi tak pernah berdaftar bagai.. elok di daftarkan dengan segera.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com