Showing posts with label barang emas. Show all posts

JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?

Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan??

Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis..

Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik rantai jer dah besar rantai sauh kapal.. tambah gelang kiri kanan besar gedabak tu. Seram pulak sang lekit tengok. Seram bukan apa.. seram memikirkan jenayah sekarang. peragut sekarang sanggup membunuh demi nak dapatkan wallet yang dia sendiri tak tau berapa ringgit dalam tu apatah lagi kalau dia tengok makcik tu yang bersalut emas. Tak kira la dia pakai emas sadur ke emas tulen yang pasti kalau penjenayah tu nampak dia dah tak check dulu emas tu sadur ke tulen, kan??

Kau Mampu??? Sekadar hiasan (Carian Google)

Memang tindakkan makcik tu menayang barang kemas dia secara terbuka tindakkan yang berani mati.(Kalau barang kemas dia kecik2 besar kelingking takpe jugak.. ni tak dah dekar sama besar dengan lenggan lak) Tak tau la kot dia ada ilmu kebal, kan?? Lahai makcik - makcik @ akak2 mahupun adik2 di luar sana yang mengemari aksesori emas ni.. Bukan la dengki yer dik tapi sekadar pesanan khidmat masyarakat dari blog melekit.. Pakai barang kemas banyak2 sangat sampai sarat pun tak cantik sangat, nampak buruk balik. Bukan je nampak buruk malah berisiko terjadinya kejadian yang buruk. Jadi beringatlah sebelum terkena. Buat apa dedahkan diri kita kepada jenayah.. ye tak??

P/S : Yang suka simpan dalam rumah pun kena rompak apatah lagi yang buat tayangan perdana kat badan sendiri.. Takut tinggal lengan je makcik Ooi.. tinggal lengan hidup lagi.. kalau tinggal leher kepala hilang.. huhuhu... serammmmmmmm


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com