Showing posts with label memori sedih. Show all posts

BILA PEMBERIAN DI ABDI DALAM LONGGOK SAMPAH

Terhasut dengan entri - entri Nostalgia Nyah Zulfikar tiba - tiba aku yang umpama hilang ingatan & susah nak ingat memori lampau ni teringat pula satu kisah penuh airmata yang pernah terjadi dalam hidup sang lekit. Penuh airmata tu.. agak - agak berapa liter jer airmata tu?? kekekekeke

Kadang - kadang sang lekit tak mahu ingat apa juga kisah silam sebabnya rasa terlalu banyak yang kelat dari yang manis. Dari zaman kanak - kanak hingga remaja sebelum sang lekit jadi kuat & tegas dengan diri sendiri & kawan - kawan. Bila dah kawin sang lekit putuskan tiada istilah BFF (macam trend sekarang). Pengalaman buat kita belajar untuk menilai & membuat keputusan. Jadi sang lekit selesa dengan hidup sang lekit sekarang. Adapun kawan - kawan banyak berinteraksi melalui online macam blog & FB. Bila dah jadi surirumah ni pergaulan dengan kawan - kawan juga semakin jauh. Tapi sang lekit selesa dengan kehidupan sekarang.

Berbalik pada kisah yang sang lekit nak kongsikan. Kehidupan kanak - kanak  & remaja sang lekit tak jauh beza dari orang lain. Kawan ada sesuatu yang ada seiring dengan perjalanan meniti dewasa. Macam orang lain jugak, ada kawan & kawan baik. Sang Lekit ada kawan baik sejak kecik sampai la besar (remaja) yang sangat2 rapat. Di pendekkan cerita sang lekit pernah bagi dia sesuatu untuk hadiah hari jadi. Tak ingat pula hari jadi dia yang keberapa tahun.

Mula - mula memang la hadiah tu terhias dalam bilik dia tapi lama kelamaan.. hadiah tu dah macam tak berharga walau tak mengalami apa2 kerosakkan. Biasa la duduk kampung kan.. bila menyapu halaman ada satu tempat yang menjadi longgok sampah sebelum di bakar. Orang kampung la katakan.. Satu hari dengan kuasa Tuhan juga sang lekit terlintas depan longgok sampah rumah kawan baik sang lekit ni.. Tersentap juga bila pandang sesuatu yang pernah sang lekit bagi pada dia di abdi kat situ. Percaya tak sang lekit kutip benda tu & bawak balik kat rumah. Sang lekit simpan. (ada jugak tanya dia kenapa buang tapi dia cakap tak perasan pasal hadiah tu dalam longgok sampah)

Kalau korang kat tempat sang lekit apa perasaan korang?? Mesti touching juga kan walau tak meraung tahap pontianak. Pun macam tu tetap sang lekit diam & teruskan hubungan kawan baik macam biasa. Sang lekit ni kalau dulu memang suka jadi bodoh sebab kawan. Lebih - lebih lagi dengan kawan baik. Tapi itulah harga sebuah pengalaman. Ilmu yang takkan dapat dari mana2. Kita belajar menjadi seorang penilai dan menjadikan pengalaman sebagai rujukan.

Sampai sekarang sang lekit berpegang dengan prinsip baik berpada pada. Bukan berdendam tak juga masih marah atau benci tapi bak kata pepatah jangan pisang berbuah dua kali walau dalam hidup sang lekit ni kalau pisang jadi perumpamaan dah masuk mastika.. berbuah beratus ribu kali baru nak cerdik. Kekekekekeke. Ini sekadar entri berkongsi kisah silam. Mana yang baik ambil sebagai teladan, yang buruk abdikan dalam longgok sampah yer.

Jangan mengabdikan pemberian seseorang disini tanpa sebab musabab & alasan yang munasabah. Kecik hati orang tu tau!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com