Showing posts with label laman sosial. Show all posts

AKSI PENGANTIN MELAYU SEMAKIN TAK SENONOH

AKSI PENGANTIN MELAYU SEMAKIN TAK SENONOH. Masing2 nak tunjuk yang depa tu open minded, hipster, jahiliah bla.. bla.. bagai maka akan muncul la macam2 aksi yang kebanyakkan orang akan nampak macam tak senonoh. Kalau dulu pengantin ni orang suruh posse pegang tangan pun punya la malu.. Tapi sekarang setakat pegang tangan takde hal la.. lebih dari pegang tangan pun depa boleh buat.

Antara Gaya possing hipster pengantin zaman sekarang. Aku sendiri tak tau apa yang tersurat & tersirat di sebalik posse macam ni. Mungkin mengambarkan betapa tak sabar mereka nak tempuh malam pertama. hahaha

Terbaru dok tengah viral pasal 1 foto pasangan pengantin ni dalam gaya ala2 sandwich gitu. Yang lelaki di bawah perempuan di atas. Gaya bersilang. Yang perempuan kepala dia menghala ke kaki lelaki.. yang lelaki kepala dia mehanam kaki perempuan. Dah la pakai heel.. buatnya silap teknik.. jatuh tercucuk kepala laki kau dengan tumit heels tu tak pepasal dapat title janda berhias. Hahaha

Ni yang tengah jadi Viral sekarang. Ni namanya derhaka di hari pertama jadi bini. Awal2 lagi dah kakikan kepala laki camna tu hahaha

Dulu ada jugak terrrrrrrrrrrrrr... nampak sepasang pengantin 'tet' ni Yang lelaki tu ok la.. posse takde la mencucuk biji mata tetiba si perempuan pula angkat jari tengah. Pakai makeup bertudung litup dah cantik. Tu la tetiba spoil tang situ. Dah tu macam bangga pulak dia dengan posse macam tu sebab dia upload jugak kat satu medium media sosial. Kat mana tak payah di sebut sebut..

Alahai.. ni baru zaman 2016.. zaman anak2 kita kahwin esok tak tau la macam mana pulak yer. Harap anak2 kita di jauhi la dari termelakukan perkara perkara macam tu. Risau pulak nak hadap masa depan. Baru 2016 pun dah macam2 benda pelik manusia buat, tak tau la zaman 3000an nanti. Gamaknya pengantin posse dengan gaya berjimak pulak.. siapa tahu. Na'uzubillah.. hope tak jadi kenyataan la benda2 macam tu.

Mak bapak zaman sekarang pun ramai yang sporting pot tin dah.. Depa dah tak rasa gaya2 hipster tu melanggar adat & budaya. Sebab tu la.. pengantin dah berani posse dengan gaya pelik2. Setiap zaman ada trend dia tersendiri cuma berpada pada la kalau kita nak follow nak2 lagi di hari bersejarah macam tu. Tapi tu la masing2 nak jadi 'rare' kan.. maka apa orang tak buat itulah yang mereka akan buat.

Apapun yang mana bakal jadi pengantin baru jadikan Viral gambar posse hipster pasangan tu sebagai pengajaran. Tak payah nak buat pelik2 sangat takut terlampau pelik secara tak sengaja mengaibkan diri sendiri. Dari dok bazir bayar photographer untuk ambil gambar konon hipster macam tu ada lagi bagus simpan duit tu pergi honeymoon. Lagi berbaloi. At least dapat spent time dengan pasangan sambil bercuti.

PENGANTIN LELAKI NAMPAK MACAM BUDAK SEKOLAH RENDAH JADI VIRAL

PENGANTIN LELAKI NAMPAK MACAM BUDAK SEKOLAH RENDAH JADI VIRAL. Serius bila nampak gambar pengantin adik adik ni aku ingat pengantin lelaki tu umur dalam 13 tahun tapi rupanya dah 20 tahun. Memang la kalau tengok muka ada jugak macam budak sekolah rendah tapi sebab aku rasa macam tak berapa logik budak belum akil baligh nak kawen tu mula2 aku ingat umur dia 13 tahun. Pengantin perempuan tu takde apa yang pelik dengan wajah & usia dia. Umur 19 tahun nampak pun tak janggal sangat dari usia dia.


Tapi yang lelaki ni serius.. awet muda giler beb! Ada yang kata muka macam budak baru sunat.. ada yang kata macam budak sekolah rendah. Mungkin bagi kita satu gurauan tapi bagi mereka tidak. Kenapa aku tahu? Sebab aku pernah melalui apa yang adik ni lalui. Aku pun spesis ketinggian terbantut jugak. Masa remaja kadang2 yang lagi muda pada aku pun panggil aku adik. Nampak macam budak sekolah rendah je aku masa tu.. Time tu sedih la. Almaklum la umur2 remaja macam tu memang kalau boleh nak nampak gadis sunti yang perfect. Tapi aku sana sini bantut. Jadi mangsa ejek orang, fizikal aku jadi bahan lawak, bahan kutuk, bahan menyakat tu memang dah biasa sampai lama2 aku jadi kebal & kadang2 sampai hilang rasa bila fizikal aku di pertikai atau jadi bahan menyakat orang lain.


Dah tua2 macam ni lagi la tak ada tempat nak tacing2 benda2 macam tu. Siap mengaku lagi aku pendek. Apadahal. Pendek bukan satu dosa pun. Tapi macam pengantin lelaki yang viral tu.. Tumbesaran dia terbantut sebab dia pengidap Thalasemia Major. Mungkin sebab tu bagi kesan pada fizikal dia. Ok per.. Awet muda katanya. Orang lain injek sana sini nak bagi nampak muda.. dia nampak muda secara semulajadi. Kau hado??

Umur 20 tahun & 19 tahun kahwin ni bagi aku biasa je. Takde rare sangat la lelaki & perempuan kawen dalam usia macam tu.. Cuma kes adik ni jadi viral sebab pengantin lelaki tu muka dia nampak macam budak2 sangat tak sama macam usia dia. Ada orang umur 20 tahun dah nampak macam dewasa sangat.

kecik & muka macam budak bukan jadi kesalahan pun jadi terima je la pemberian Allah tu. Kot kot la muka macam budak tak boleh kahwin & kalau kawen jugak di kira langgar peraturan macam peraturan2 ni >> Peraturan ni Majoriti Orang Takkan Ikut << Boleh la jadi isu ye dak.

Apapun pengantin adik adik ni memang cute sangat. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke syurga.

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN. Cikgu kalau mengajar sekadar nak dapat gaji setiap bulan memang boleh nampak keikhlasan mengajar depa tu dari perbuatan depa terhadap anak murid. Bukan aku tuduh semua cikgu tak ikhlas mengajar kerana Allah tapi kita memang tak boleh nafikan sekarang ni ramai yang pilih profesion sebagai guru sekadar nak ada kerja & gaji yang boleh menampung kos hidup mereka je. Tu yang kadang2 tak boleh kawal emosi bila terbeban dengan banyak kerja.Yelah la sebelum ni dia bayang kerja dia dari pukul 7.30 sampai 2 petang jer.. Bila cuti sekolah dia boleh holiday tapi bila jadi cikgu yang berlaku sebaliknya. Mungkin benda tu memberi sedikit tekanan & menyebabkan anak murid jadi mangsa. Tapi bukan semua cikgu yer.. segelintir sahaja.

Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

Jadi cikgu ni aku sendiri nampak memang kerja & tanggungjawab depa sangat berat nak2 lagi yang ajar budak2 kecik 4,5 & 6 tahun kat tadika. Bukan setakat mengajar malah kena mengasuh jugak. Almaklum la.. budak2 umur macam tu ada yang tak mampu urus diri sepenuhnya lagi. Apatah lagi kalau anak murid tu tergolong dalam golongan kanak kanak keperluan khas (OKU) tak kira la delay development ke, autisme ke, disleksia ke,sindrom down ke hapa... Kalau yang kita boleh nampak jelas kekurangan dia macam sindrom down ni senang. Tapi kalau autisme serius.. nak2 lagi yang mild autisme. Pandangan mata kasar memang tak mampu nak detect mereka adalah autisme. Tapi boleh kesan.. bila tengok cara mereka bermain, bergaul & belajar. Macam anak aku pulak.. masalah dia speech delay & Low attention. Tu masalah dia paling ketara. Bergaul & bermain setakat ni takde masalah. Malah aku dok ajar kat rumah dia boleh ikut cuma tu la attention suka hilang. Dia buat latihan sekejab.. kejab lagi tetiba dia buat benda lain. Lepas tu sambung buat balik. Cikgu pun kata tang social tu dia memang ok je. Kalau tengok dari pandangan mata kasar.. macam budak2 normal jugak sebab dia tak ada hyperactive atau ADHD.

Hari2 sebelum pergi sekolah, di sekolahkan mak dia dulu kat rumah. Setakat ni dia boleh la buat latihan menulis sambung titik2 tu. Bahan belajar dia aku google & print out je. Sebab dia pun memang dah kenal huruf & number jadi kena buat latihan menulis pulak la. Sebelum ni asyik menconteng je. Lepas bagi Jus Caliph ada la progress yang membanggakan. Senang sikit nak suruh belajar. Dari menconteng dah mula nak menulis. Ok la tu kan..  Kat sekolah pun aku tengok memang cikgu dok bagi latihan tu sekarang. Apa ingat aku dok meronggeng kat blog je ke?Tu sebab sekarang ni tak sempat sangat nak beramah mesra kat blog orang.

Cikgu anak aku yang sekarang ni pun tak faham sangat tentang masalah anak aku. Kalau cerita pasal autisme dia tak tahu apa2 apatah lagi aku nak explain kat dia pasal sensory problem yang anak aku hadapi sekarang. Cikgu sebelum ni.. (cikgu ganti) Alhamdulillah dia memang faham sebab dulu dia ambil course perkembangan awal kanak kanak.. so, senang saya aku nak follow up perkembangan anak aku kat sekolah. Tapi cikgu sekarang 2 hari masuk mengajar dah merungut pasal anak aku yang memang ada masalah attention ni. Aku cakap kat dia.. Doktor yang suruh aku hantar ke tadika biasa.. Memang 3 bulan pertama masalah attention tu mungkin ada. Sebelum aku hantar aku dah mention kat cikgu sebelum ni. Dia kata tak ada masalah. Depa akan bantu dia dalam pengurusan diri nanti. Aku bagitau kat rumah aku ada buat homeschooling so jangan risau. Malah kerja2 yang dia buat kat rumah haritu aku hantar kat cikgu manalah tau kot2 penyelia dia nak tengok. Yelah kat sekolah cikgu tak reti nak tarik perhatian dia untuk buat aktiviti Sebab dia ada cakap.. risau takut pemantau dia datang tengok keadaan anak aku yang kurang fokus masa belajar. Kertas kerja yang aku bagi anak aku buat kat rumah tengok dia ambil jugak. Anak aku bukan hyperactive lari sana sini atau kacau kawan pun. Cuma dia jenis belajar tapi tak duduk statik. Suka berubah tempat.


Cikgu merungut pun hati seorang ibu ni rasa sedih & bersalah sangat.. Inikan cikgu tonyoh makanan yang dia sedang makan dengan alasan nak disiplinkan diri. Gamaknya cikgu tu kat rumah dia mendisiplinkan anak2 dia cara macam tu kot. Lambat makan kena tonyoh muka dengan makanan. Dah tau budak tu budak keperluan khas (OKU) ada autisme.. Tetap kau nak trick dia macam budak normal memang bukan makin elok tapi bakal merosakkan lagi pemikiran dia. Ni cerita bukan pasal anak aku tau. Setakat ni cikgu anak aku takde la buat bukan bukan. Ni kisah aku baca dari blog OhBulan tentang luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan tindakkan cikgu yang bagi dia agak melampau sebab anak dia seorang Autisme.


Cikgu tu katanya tak mengaku dia buat macam tu masa di panggil bersemuka selepas mak bapak budak tu buat komplen pada pihak sekolah tapi banyak saksi di kalangan pelajar kat situ nampak cikgu buat macam tu kepada budak autisme ni. Tau pulak takut yer..Kes tu dah jadi kes polis bila keluarga kanak kanak tersebut membuat laporan polis. Bukan kata cikgu tak boleh cuit langsung anak murid.. tapi agak agak la. Budak tu special kids kot..  Anak aku pun aku pesan kat cikgu kalau nak bagi dia dengar cakap, marah sikit pun takpe. Marah sikit la.. kalau sampai maki hamun, tunggu mak dia masuk mengadap la.Sebab cara tu salah satu cara aku mendisiplinkan anak aku jugak. Sebab tu dia lebih dengar cakap aku dari bapak dia sebab aku lagi garang. hahahaha.

Mendidik dengan mendera jauh beza yer cikgu cikgu. Kalau dah macam tu kau trick budak OKU bukan mendidik tapi memang minta kena herdik. Takde alasan yang boleh membetulkan perbuatan macam tu tak kita kau buat kat murid normal sekalipun. Memang cara didikan macam tu nampak biadap & kejam sangat. Kalau kau nak tonyoh muka anak kau.. tu kau punya pasal tapi kalau kau tonyoh muka anak orang macam tu memang kau cari pasal.

Kalau nak tenyeh sangat muka.. Sila tenyeh muka murid yang tengah cikgu mengajar depa dok selfie dengan muka macam ni >> Asal Usul Selfie & duckface << Tonyoh sampai muncung terpenyet pun takpe. Lagi boleh dok muncung lagi tu tak kira masa depa dok selfie. Hahahaha

Moral of the story.. Rasanya kementerian pendidikan kena bagi kursus kat semua guru2 tak kira bukan guru pendidikan khas kesedaran tentang autisme. Sekurang kurangnya cikgu tahu apa itu autisme sebab sekarang ni banyak murid yang ada autisme belajar di aliran perdana. Sebab autisme ni ada banyak level.. ada yang high functioning memang boleh belajar di aliran perdana & orang pun mungkin kurang perasan yang dia ada autisme cuma ada la certain perangai autisme tu still ada. Dah banyak golongan autisme yang berjaya & pegang jawatan dalam bidang profesional macam doktor. Sebab aku pernah baca seorang student ni nak buat thesis ke hapa pasal autisme. Kebetulan masa tu dia kena jaga mak ke bapak dia kat wad.. sambil jaga sambil siapkan assignment.. tetiba datang seorang doktor tanya dia tengah buat thesis pasal autisme ke? Lepas tu doktor tu cakap dia pun salah seorang autisme jugak dulu. See... kalau anak kita di dignose sebagai autisme jangan putus asa tapi terus usaha. Anak anak autisme masih ada masa depan yang cerah. Autisme bukan malapetaka tapi sebenarnya anugerah paling istimewa sebab kebanyakkan mereka ada kebolehan yang mungkin lebih hebat dari anak anak normal.

MISTERI DI SEBALIK KEK SEORANG BIBIK INDON

MISTERI DI SEBALIK KEK SEORANG BIBIK INDON. Bibik semua orang tahu gelaran kepada pembantu rumah warga indonesia. Ramai bibik2 dari Indonesia ni bekerja di sini. Almaklum la Malaysia kan pemurah.. Malaysia kan negara yang memang tempat longgokkan warga asing jadi kita boleh nampak di mana2 warga asing ada kat Malaysia tak kira di bandar atau luar bandar malah dalam hutan belantara pun ada. Takpe nak buat macam mana kerajaan Malaysia ni sangat prihatin.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bibik pun manusia.. ada yang baik datang dengan niat yang betul nak cari rezeki halal untuk keluarga yang susah di kampung. Tapi ada juga niat tu betul nak cari rezeki bagi menyara keluarga tapi cara tu pulak buat niat yang baik jadi tak betul. Dah orang bagi kerja, bagi makan pakai, tempat tinggal yang selesa tetap nak buat jahat even majikan dah cukup baik.

hati hati kalau bibik korang yang tak pernah buat kek tetiba nak balik indon dia jadi rajin buat kek.. Sebabnya kisah misteri di sebalik sebiji kek bibik Indon ni akan buat korang akan jadi curiga dengan bibik korang kalau tetiba dia buat kek katanya. Nak tau sebab apa meh baca

Alkisahnya seorang bibik yang minta pada majikan dia nak balik indon katanya mak dia sakit kuat. Majikan yang baik ni izinkan la dia balik.. Nak beli la tiket balik indon & balik kesini semula. Tapi si bibik ni tolak katanya dia tak tau lagi bila nak balik kesini sebab katanya kalau mak dia sakit kuat mungkin dia stay lama kat kampung. Sebelum balik tu dia sempat buat kek. Dah jadi kek katanya nak bawa balik ke indon. Siapapun tak syak ada sesuatu dalam kek dia tu sebab selama dia bekerja sejak tahun 2013 dia tak pernah buat masalah. Tapi Allah tu maha berkuasa..  nak jadikan cerita dalam perjalanan ke Airport baru dia teringat kek dia yang tertinggal. Menangis dia minta majikan dia patah balik ke rumah nak ambil kek tu tapi sebab jam tak dapat la nak patah balik. Jadi kek misteri tu tak dapat dia bawa balik indon.. Bila family ni balik rumah nak hidangkan la kek tu terkejut si majikan ni bila dia potong dalam kek tu penuh barang kemas. Korang bayangkan dia bakar barang kemas tu dalam adunan kek dia semata mata nak curi & bawa balik indon. Memang orang jahat ni otak geliga boleh buat batu cincin. Kita sendiri takkan terfikir dia akan buat macam tu..

Sebab tu la kena hati hati.. sebaik mana pun bibik kena layan jugak macam seorang bibik. Tak boleh nak percaya 100% sebab bibik tetap orang asing dalam keluarga kita. Yang ada bibik tu kalau boleh haramkan jejak kaki masuk kebilik kita. Alah takat nak kemas bilik sendiri tu bukan susah mana pun. Sentiasa kunci bilik bila nak keluar untuk langkah keselamatan. Kita tak tahu siapa baik siapa tidak... Perangai bibik kita bukan boleh spot macam perangai boyfriend atau pasangan kita macam ni >> Perangai Sebenar Lelaki Boleh Terbongkar Bila Dalam Kereta. nak tahu macam mana meh baca << Kalau boleh spot macam ni senang sikit kita nak buat penilaian secara kasar kan?

Moral of the story.. Zaman sekarang bukan zaman kita boleh berbaik sangka dengan semua orang kalau nak selamat. Dalam diri kita perlu ada rasa was was untuk kita sentiasa bersedia & ambil langkah keselamatan. Orang tidur sebelah kita pun kadang2 pun tak boleh percaya inikan orang gaji yang datang entah dari mana tetiba kena tinggal serumah dengan kita.

Sumber Cerita : OhBulan

SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI?

SEDIH SANGAT KE KALAU PERGI AMBIL KEPUTUSAN SPM SENDIRI? Aku tak tahu la apa yang sedih sangat kena pergi ambil keputusan peperiksaan sendiri tanpa di temani mak bapak sebabnya aku dari UPSR memang pergi ambil result sendiri. Tak pernah mak bapak aku teman. UPSR dulu kayuh basikal dengan kawan kawan lagi pergi ambil result. Takde pulak tacing sampai ke tulang sum sum.. Yelah.. kita faham. Kita bukan anak orang kaya. Mak bapak kerja tak boleh suka2 hati cuti. Adik beradik ramai.. Dah la jarak tak jauh. Yang sekolah masa tu pun tiga empat orang. 2 kakak aku kat sekolah menengah masa aku UPSR.


Bila dok baca berita pasal pelajar SPM sedih terpaksa naik motor pergi ambil keputusan sendiri aku macam rasa pelik sikit. Yelah.. sedih sebab dia dari keluarga yang bercerai berai & tinggal dengan nenek. Tu mungkin la sedih sebab tak dapat raikan keputusan cemerlang dia 10A dengan mak ayah. Tapi kalau setakat kena naik motor pergi ambil keputusan sendiri.. takde benda nak sedih sangat la. Melambak kat luar sana budak2 SPM pergi ambil keputusan sendiri dari zaman aku sekolah dulu.

Kadang2 benda tu bukan benda sedih sangat.. Tapi biasa la wartawan nak bagi gempak sikit cerita dia. Dia buat la konon sedih sebab kena naik motor pergi ambil keputusan sendiri. Padahal budak tu rasanya dah biasa kot buat benda tu sendiri. Yelah.. nak cerita pasal keputusan cemerlang dia.. ramai lagi student yang cemerlang kan. So, nak bagi kelainan sikit dari orang lain.. tulis la pasal dia dari keluarga yang bercerai berai, di besarkan nenek & terpaksa naik motor pergi ambil keputusan sendiri. Untung ada motor aku dulu sekolah naik bas je. Nak keluar tunggu bas depan simpang pun sepelaung jugak. Naik basikal letak tepi jalan kat simpang. Lagi sedih.. sebab keputusan aku tak cemerlang tu takde wartawan nak highlight kisah sedih aku nak pergi ambil keputusan peperiksaan dulu. hehehehe

Takpe la dik tak payah sesedih. Budak pandai masa depan Insya Allah cerah kalau tak stuck tengah jalan. Mungkin hari ni kau naik motor jer pergi sekolah walaupun bukan semua budak sekolah mampu naik motor.. Akan datang mungkin kau naik jet peribadi park kat padang sekolah, sapa tahu. Time tu orang lain pulak sedih tengok apa kau dapat dari berkat kesabaran & kekuatan kau melawan kesedihan kau yang dulu terpaksa pergi ambil sendiri keputusan SPM naik motor.

Apapun tahniah kepada adik tersebut yang cemerlang dengan 10A dalam SPM. dia dah buktikan mak bapak bercerai bukan alasan dia gagal dalam pelajaran. Yang gagal tu kadang2 bukan sebab mak bapak bercerai sangat pun.. Dia sendiri memang malas belajar. Kalau ada keinginan.. dalam apa juga keadaan pun dia mampu buat ye dak??

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI. Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa...


Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandangan tu aku accept la.. Mungkin cara tu boleh membantu. Ni yang sebenarnya bukan masalah tapi saja nak luahkan perasaan untuk cari masalah tu yang aku tak paham. Ada satu post aku baca kat Page Rumahtangga. Dia cuma Nak cerita tak puas hati dengan bini skandal dia pun nak minta admin page tu share. Just nak maki hamun je pun. Nak menghina & merendah2 kemampuan si isteri pada boyfriend dia. Bukan dia nak minta pendapat apapun. Admin page tu pun aku rasa macam lari dari konsep sebenar page tu. Lebih kepada nak rating. Luahan hati macam tu  sememangnya akan dapat share & respond walau hanya untuk mengherdik tindakkan sipolan yang kurang bijak dok buat luahan perasaan tak puas hati dengan bini boyfriend dia bagai.. Sebab memang benda tu kategori luahan berani mati kena pijak.

Rasanya post2 macam ni tak perlu nak share untuk di perbincangankan di page tu. Sebab memang tak jadi perbincangan yang jadi kepincangan je. Semua pakat dok maki hamun.

Rasanya setiap post melalui penapisan melalui admin.. Kenapa post budak2 bodoh macam tu tetap admin nak share jugak??? Tak boleh ke ignore je post2 macam tu sebab dia bukan nakkan pandangan sesiapa atau apa2.. Just nak cipta kontroversi. Admin page tu memang suka kontroversi kot.. Yelah.. nak jual nama page supaya orang lebih kenal kan... Banyak lagi masalah orang lain yang boleh admin share bagi membantu mereka yang memerlukan dari layan post2 bodoh macam tu.

Ni Bukti setiap post di tapi oleh admin sebelum di post tapi kenapa post2 takde manafaat pun di kongsi. Asalkan cerita dia hot & spicy macam kisah seorang gadis yang tengah bercinta dengan suami orang tu. Bukan masalah tapi cari masalah. Post tu terang2 minta kena maki & post tu juga membuka ruang untuk orang rasa naik angin. Rasanya tak perlu admin nak share post2 macam tu. Tak bawa manafaat. Nak bagi teladan apa dengan kisah2 macam tu..

Satu lagi aku ada terbaca satu post yang berpendapat page ni membuka ruang & peluang wanita mengaibkan suami sebab memang yang banyak bercerita adalah wanita berbanding lelaki. Kenapa mengaibkan sedangkan post2 kat situ bukan orang tahu siapa pun.. sebab yang komen tu ada jugak dok cerita pasal masalah rumahtangga dia.  Orang boleh detect dari account dia. Jadi hati2.. Ramai yang rajin baca komen2 ok! So, berhati hati la kita nak kongsi apapun.. Ramai mata melihat & membaca. Rahsia rumahtangga patut menjadi rahsia dari orang yang tak sepatutnya. Jangan tak boleh suami kau buat silap sikit semua kau nak cerita kat orang padahal bila kau buat silap takde pulak suami kau sibuk2 nak tulis kat FB.. Kita sama2 manusia, dah tentu ada kurang & lebih. Manusia itu takkan pernah sempurna. Kalau betul2 ada masalah salurkan pada tempat yang betul & lebih selamat menyimpan aib di samping boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.


Bila ada kemudahan.. manusia akan memandang mudah terhadap semua perkara termasuk rahsia rumahtangga dia akan rasa bukan satu isu besar nak di kongsi dengan sesiapapun. Asalkan hati dia puas.. dia dah tak fikir, dia mungkin menulis ketika hati dia sedang marah sangat tapi bila hati dia dah sejuk & terpujuk dengan pasangan dia.. Dia akan lupa segala gala yang dia marah tadi tapi orang lain yang baca luahan hati dia mungkin tak lupa. Persepsi orang cuma ada 2 jer.. samada melihat dia sebagai isteri yang tak pandai menjaga nama & maruah suami atau anggap suami dia seorang suami yang teruk. Kita marah laki.. masa marah memang rasa dia la seburuk2 manusia tapi bila habis marah dia la sebaik baik laki yang ada dalam dunia tapi bila kita terlajak tulis kat media sosial.. penerimaan orang takkan berubah mengikut mood kita. So, renung renungkan. Fikir dulu sebelum menekan keyboard.

Moral of the story.. kalau rasa tak nak dapat pasangan yang menyakitkan hati sangat dari awal sila siasat dulu perangai sebenar lelaki yang bakal jadi jodoh tu. Memang la masa bercinta semua nampak baik sebab semua nak cover depan pasangan tapi ada benda lelaki tak boleh nak cover perangai sebenar & korang boleh detect perangai sebenar mereka. Nak tau macam mana nak detect perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Confirm perangai Sebenar lelaki akan terbongkar kalau Hadapi Situasi Macam ni << Jadi dari situ korang boleh buat penilaian secara kasar layak atau tak dia jadi laki korang. Jangan lepas kawen korang pun tergolong dalam spesis yang suka mengaibkan suami sebab terlampau sakit hati dengan perangai laki sendiri. hehehehe

SESUATU YANG TERBARU DI FACEBOOK MESTI ANDA TAHU

SESUATU YANG TERBARU DI FACEBOOK MESTI ANDA TAHU. facebook dah upgrade lagi satu fungsi yang memudahkan pengguna untuk menyatakan perasaan pada setiap status yang di update oleh rakan media sosial. Lepas ni lagi meriah la wall FB kan? Boleh tengok orang vote apa pada perkongsian kita di Facebook.


Benda baru la katanya.. Ramai la dok update pasal tu. Ramai jugak yang mula menggunakan fungsi baru kat FB ni. Aku pun tak lepaskan peluang jugak la. Harus la try test tengok walaupun bagi aku bukan ada apa yang best sangat pun cuma dah nama benda baru semua excited. Padahal sebelum ni benda2 tu ada je dalam icon kan. Cuma di permudahkan.. fungsi tu di buat dalam bentuk button.

Bagi yang tak tahu Button yang baru di release kat facebook sekarang meh sini tengok gambar kat bawah ni..

Yang guna mobile tak tau pulak macam mana nak guna fungsi baru FB ni hahaha

So lepas ni kalau korang suka pada perkongsian orang lain korang ada banyak pilihan sama ada nak tekan butang LIKE, LOVE atau beberapa emotion yang ada dalam fungsi baru FB. Bagi yang tak tahu macam mana nak guna.. letak cursor/mouse pada button like nanti dia keluar semua fungsi baru yang aku tunjuk kat atas. Just tekan je mana2 icon yang mewakili perasaan anda pada perkongsian rakan rakan di facebook. Senang kan? hehehe

Haritu punya kecoh facebook akan ada button unlike tapi sebab mungkin ia akan lebih menggugat keharmonian di alam maya maka button unlike tak jadi di adakan. Yelah.. benda tu kadang2 boleh menyebabkan pergaduhan jugak. Takde button unlike pun manusia sedia berperang di media sosial apatah lagi kalau di adakan.

Lepas ni kalau kita tak suka orang dok selfie & upload gambar muka itik walau takde button unlike kita boleh vote guna button angry hahahaha. Tips jahat sangat.

Selamat bersosial di media sosial Uolls. Jadilah pengguna media sosial yang bijak. Peace Yo!

KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK

KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK. Rasanya ramai dah baca screenshot seorang driver lori yang jadi viral. Alkisahnya abang lori ni bercinta dengan seorang perempuan yang mata duitan jugak la. Sebab abang ni driver lori & ada pegawai kastam katanya nak pinang dia.. Maka dia pun terpaksa memutuskan hubungan abang lori ni dengan alasan abang lori tak mampu nak sara hidup dia nanti. Lelaki yang nak kahwin dengan dia sekurang kurangnya kena ada gaji RM2K++ baru layak katanya.


Sekali abang lori tunjuk payslip gaji dia yang RM4K tu terus tanya bila nak meminang. Bila dah jadi viral ni maka orang mula buka mata la kat orang2 yang kerja sebagai driver lori. Kononnya pekerja mungkin la dengar macam tak high class tapi gaji lebih high dari pegawai katanya. Ok la.. benda tu jadi viral aku ambil dari sudut positif. Sentiasa ingatkan diri jangan hina apa2 pekerjaan halal orang lain. Tak kira la dia driver lori atau pengayuh beca sekalipun. Pengayuh beca pun kadang2 income lebih dari orang kerja dalam opis, duduk dalam aircon & pakai tali leher tau. Nak2 lagi tempat pelancongan. Macam tu jugak dengan driver teksi.. Area KL ni driver teksi ramai yang dari golongan educated & profesional. So jangan sesekali pandang rendah pada orang yang kerja sebagai 'Driver'.


Tapi yang tak best ada jugak aku nampak para bini driver lori pulak tetiba jadi riak semacam bila benda tu jadi viral. Tetiba melebih2 pulak rasa bangga depa sampai macam nak menunjuk pendapatan suami depa tu sebenarnya lebih banyak dari golongan2 yang bertali leher tu. Alahai.. kakak2 sekalian. Sungguh la income driver lori ni banyak.. Sebab viral tu orang mula pandang tinggi pada driver lori tapi awak awak semua tak payah jadi macam kaduk naik junjung sangat. Dulu sampai nak mengaku laki awak bawa lori pun tidak.. tetiba je hangpa dok canang pasal kerja laki hangpa yang berpendapatan tinggi sampai tak layak nak terima bantuan apa2 sebab kategori orang kaya la kot. hehehe

Apapun nama pekerjaan & berapa pun gaji yang dapat.. yang penting keberkatan. Tanpa keberkatan rezeki yang banyak pun sentiasa jadi tak cukup apatah lagi yang sikit. Ada orang boleh hidup selesa dengan gaji RM1500 sebulan.. ada orang tetap tak cukup budget walau gaji RM4000 sebulan. Sebab manusia ni ada satu sifat yang tak pernah puas. Lagi banyak dia dapat lagi banyak keinginan & permintaan dia. Dah la tak pandai handle kewangan.. lepas tu tak tau pulak macam mana cara nak memastikan nasib tu sentiasa baik. Memang la gaji sejuta setahun pun tak cukup.

Moral of the story.. Banyak tak perlu riak.. sikit tak perlu mengeluh. Yang penting usaha, doa & tawakal, Insya Allah banyak atau sikit nikmat tu kita akan rasa.

PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU

PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU. baca tajuk entri kita pun mula la maki hamun penguatkuasa sebab kita dah terdidik di laman sosial semua kakitangan kerajaan, badan beruniform, penguatkuasa,polis, askar, tentara, menteri, kabinet dapur bagai semua jahat2 & kejam. Memang yang kerja dengan kerajaan nak2 penguatkuasa ni memang level syaiton nirrojim katanya...

gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bawak mengucap 2 kalimah syahadah wahai umat alam maya... Manatau tengah marah sangat, sedap dok maki hamun tetiba kena serangan jantung terus Innalillahiwainnalillahirojiun. Bila otak kita ni dah setting.. kerajaan adalah UMNO. UMNO adalah parti politik paling bangsat dalam Malaysia maka kita akan mendidik hati kita membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan 'Kerajaan' sedangkan.. yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan tu cuma manusia. hakikatnya kakitangan kerajaan ni bukan semua pun sokong UMNO. Secara logiknya... Takkan semua yang bekerja dengan kerajaan tu jahat Na'uzubillah. Bukan 10 atau 20 orang malah.. banyak. Tak terkira dengan bulu kaki & tangan banyaknya. Jadi dalam ramai ramai tu.. ada bermacam perangai, sikap, sifat & perwatakkan. Yang pasti bukan semua yang berkhidmat bawah kerajaan terus auto bertukar jadi iblis.

Bila kita dah mendidik hati kita membenci kerajaan atau apa saja berkaitan dengannya.. Maka inilah yang berlaku. Kita hanya mencari 1 je alasan untuk kita menghentam,melayak sehingga lumat lunyai. Bila terbaca viral pasal 1 gambar untie india bersama penguatkuasa yang memerhati barang jualan dia bertabur kat atas jalan.. dengan caption mula2 konon penguatkuasa la yang buang barang jajaan dia tu. Nak raih simpati orang ramai & meraih maki hamun haters kerajaan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku Untie india tu sendiri yang buang barang jualan dia tanda protes sebab di tegur penguatkuasa sebab berniaga di tempat larangan.


Cerita yang sebenarnya Auntie maruku dan penguatkuasa
Auntie ni sendiri yang taburkan maruku atas jalan kononnya sebagai tanda protes. Sedangkan penguatkuasa hanya menegur elok-elok dan tidak pun bertindak kasar.-sumber Afiq KLtown-

Aku bukan penyokong tegar kerajaan.. Tapi sebagai manusia aku tak gila lagi la nak jadi taksub sampai apa yang datang dari kerajaan tu semua kejam & tak berperikemanusiaan. Depa tu manusia kot.. Apa ingat syarat jadi penguatkuasa mesti kejam macam Israel ke?? Yang pakai baju penguatkuasa bukan robot yang dah kerajaan setting tapi manusia. Ada yang masih menjalankan tugas dengan amanah, tanggungjawab & masih berperikemanusiaan walau kadang2 perikemanusiaan tu buat mereka terpaksa melanggar etika kerja. Sebab mereka masih manusia kadang2 kalah dengan perasaan simpati. Bukan semua yang jahat macam syaiton Nirrojim...

Moral of the story... Berhati2 dengan butang share anda di Facebook. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak. Fikir guna akal bukan lutut.


PENJELASAN PAKAR MOTIVASI YANG KENA VIRAL ISU JANGAN BALIK KAMPUNG

Zaman sekarang ni silap satu perkataan pun boleh menjadi viral yang maha dahsyat apatah lagi berlakunya salah faham dari sepotong ayat. Dalam kes pakar motivasi yang kena viral & troll pasal statement dia jangan balik kampung di hari perayaan untuk berjimat.. Aku sendiri tak tengok rancangan talk show tu cuma membaca perkongsian di laman sosial jer.. Jadi tak tau siapa betul, siapa salah atau siapa salah faham.


Terbaca kat astroawani penjelasan pakar motivasi ni yang katanya orang salah faham apa yang dia cakap. Sebenarnya dia tak bermaksud bagi cadangan jangan balik kampung pada hari perayaan tapi... Baca sendiri petikan artikel astroawani ni. Kang aku olah2 jadi lain pulak maksudnya. Bertambah salah faham pulak nanti..

 
Artikel penuh baca kat Astroawani
Bagi yang tengok rancangan Talk show tu maybe tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bagi yang tak tengok macam aku ni kita cuma mengambil sumber dari laman sosial jer jadi kita sendiri pun tak sure benda @ perkara tu benar2 berlaku atau di manipulasikan oleh pihak lain untuk memburukkan beliau. Tapi aku tak kata pakar motivasi tu betul.. maybe statement dia nak selamatkan diri selepas terlepas cakap & maybe juga dia mangsa fitnah. Jadi takde kesimpulannya dari aku.

Moral of the story.. hati hati bila mengeluarkan kenyataan. Kadang2 kita tak perasan @ sedar benda tu mungkin menjadi salah faham yang boleh memudaratkan kita jadi susun kata2 elok2 sebelum berkata kata. hehehe


INI SEBAB ANDA PERLU SHARE KISAH RAYA DI LAMAN SOSIAL

Sapa ada pengalaman raya yang best tak kira sedih ke, suka ker janji kita anda memang menyentuh hati & menarik. Jangan sia2 kenangan raya korang macam tu jer... Manafaatkan dengan peluang yang ada.


Terbaca satu iklan petronas yang mencari kisah pengalaman raya untuk di jadikan filem pendek untuk iklan mereka. Wah just share kisah raya anda dengan hashtag #RayaTreasures korang berpeluang untuk lihat kisah korang dalam filem pendek iklan petronas nanti.

Macam best jer... Yang mana suka mengarang cerita lebih - lebih lagi blogger ni elok la try la karang pengalaman raya korang tu. Manalah tau.. Tuah korang kan. Tak cuba jangan harap tuah bergolek2 macam pocong datang kat hangpa noh.. Tak payah malu bukan suruh hangpa berlakon pun suruh karang cerita ja. Amboi tulis blog kisah sweet like kencing manis dengan partner hangpa tak malu pulak nak tulis kisah pengalaman raya tetiba tersiput siput malu pulak. Aku dah join. Alah senang jer.. karang entri kat FB/twitter/Instagram/Google.. post & hashtag jer...

 
Aku rasa macam best jer tu yang aku share dengan hangpa semua. Jadi kalau hangpa minat nak try boleh tengok syarat & peraturan contest ni & macam mana nak submit kisah pengalaman raya korang melalui media sosial macam FB,IG, Google & Twitter kat sini >> Biar betul! PETRONAS nak jadikan pengalaman Raya korang filem pendek untuk iklan mereka? <<

Moral of the story... semua kisah adalah menarik jika kita pandai mengolah dengan baik. Percayalah..


INILAH AKIBAT BILA ADA FOLLOWER KAKI BODEK

Kadang2 aku tak faham nak kata attention seeker rasanya tak perlu kot kalau dah ada populariti cuma kenapa jugak perlu buat kalau kita tahu perkara tu memang agak sensitif & mungkin menjadi salah faham pada orang lain. Bila orang salah faham.. salahkan orang balik padahal dia yang mencetus kemudian dia yang nak terasa bila orang mengkritik.


Sungguh aku tak faham.. Motif sebenar bila seseorang itu memuat status yang agak sensitif yang boleh menjadi kontroversi & salah faham tapi lepas dah kena hentam dengan ramai tetiba keluar pulak statement konon dia tak bermaksud seperti orang fikir padahal apa yang dia tulis jelas menunjukkan apa tujuan dia sebenar walau bukan niat dia sekalipun tapi orang takkan boleh baca niat kita kalau kita tak beritahu secara jelas so bukan salah orang kalau kau salah tulis. Bila kena kritik.. tuduh orang tu haters.. orang tu memang dengki & nak jatuhkan dia. Tak semak balik apa yang dia tulis.. Ingat yang membaca tu semua nujum nak nampak apa yang tak boleh nampak??

Yelah.. kang ada mencebik. Kononnya dah jenis suka berprasangka buruk dengan orang memang macam tu. Semua nak fikir buruk.. habis kalau yang tertulis seperti mengambarkan benda yang buat orang salah faham.. Kalau dah ramai salah faham kena kaji balik silap tu dari mana. Dari orang yang salah faham atau salah sendiri yang up status yang mengundang salah faham.

Kadang kadang lawak dengan manusia macam ni.. selalu berlaku pada mereka yang bergelar publick figure atau orang popular la. Nak cover balik salah sendiri atau malu sendiri.. jalan mudah salahkan orang kemudian angkat diri sendiri. Yang kaki kipas pun semua jadi upin ipin.. betul.. betul.. betul.. jer.. Salah ke betul semua angguk2. Jilat sampai licin katanya.

Kesian kalau orang yang ada ramai pengikut kaki bodek.. Sebabnya kalau dia buat salah pun dia akan terus buat salah sebab tak ada orang nak tegur. Selamanya dia rasa betul dengan cara yang salah tu. Dia akan terus buat & buat sebab setiap kali dia buat ramai yang menyokong. Yelah.. selagi kau suap, selagi depa kenyang selagi tu kau akan jadi sempurna tiada salah silapnya. berani kau kritik.. terus kena tendang keluar. Kau nak jadi pengikut sila jadi macai. hahahaha

Moral of the story... yang mengkritik tak semestinya dengki yang puji tak semestinya jujur. Pepandai la menilai pengikut anda kebanyakkan dari golongan kaki bodek atau yang telus menyatakan pendapat.

TELEKUNG SOLAT BERLAMBANG SALIB

Bukan la kata nak solat tak payah bercantik cantik sangat. Pakai je telekung bertaik lalat janji tunaikan tanggungjawab seorang muslim. Perlu jugak jaga kebersihan & kekemasan. Yelah nak mengadap Allah takkan nak comot2 jer sedangkan nak keluar kita pandai pulak nak berhias bagai. Baju tudung taik lalat ni jangan harap nak pakai. Silap2 jadi kain buruk jer.

Sumber Google

Tapi sebab masing2 berlumba nak menunjuk cantik even nak solat sekalipun muncul la design2 telekung yang kadang2 bukan bukan je. Yelah.. dekat nak puasa ni. Nak pergi terawih mesti la nak tunjuk telekung sapa paling cantik. Tak trendy la katanya pakai telekung kain cotton warna putih plain jer. Dah tak up to date katanya.

Tadi tetiba pandang post kat FB yang tengah nak viral... katanya design tudung ni ada lambang salib. Tak sure samada kebetulan nampak macam lambang salib atau memang dia design lambang salib kat situ tapi tu la padah bila terlampau sangat berfesyen dengan telekung solat. Alah setakat pakai telekung plain color warna putih tak kurang pahala kalau betul cara & niatnya. Terlampau kejar trend, inilah padahnya.

Sumber FB

Moral of the story.. Nak selamat pakai je yang jenis kain tebal, plain color & tak bercorak. Bukan je terselamat dari design bukan2 malah terselamat dari rasa riak & perasaan nak menunjuk2 dekat orang lain.

RITA RUDAINI CARUT GATAL PO*N PADA PEREMPUAN SUKA LAKI ORANG

Sebenarnya aku nak tergelak baca conversation para retis wanita ni di laman sosial. Yelah.. masing2 berpengalaman laki depa kena caras dengan perempuan lain maka dendam kesumat tu masih ada, Terbaru kes rumahtangga pelakon sharifah Shahora pulak bermasalah sebab orang ketiga.


Bukan la aku nak cerita pasal rumahtangga depa cuma aku tergelak je baca conversation depa. Bila dah sakit hati ni tak kira la retis ke siapa.. dia punya ayat tu dah tak tapis. Almaklum la lumrah orang tengah marah.. macam bertih jagung laju je keluar takde break.

Bila retis bersembang.. hahahaha

Kalau retis tu elok la jaga kata kata bila berbicara di tempat umum.. nak2 lagi di laman sosial. Bukan apa retis ni cerita dia semua ada value & retis ni jadi perhatian. Bila dah tunjuk perangai macam tu satgi persepsi orang pun jadi tak berapa elok sangat la.

Bukan la aku kata aku ni baik sangat...  Tapi jangan la mencarut. Even bukan semua orang tahu po*n tu apa tapi rasanya kalau yang duduk belah2 utara ni memang sedia maklum. po*n tu kemaluan orang perempuan cuma sebutan dia manja sikit jer. hahahaha

Moral of the story... Jangan caras laki orang kalau tak nak kena maki. Kalau nak share minta izin cara berhemah. Peace!


AKHIRNYA PEMBAWA WABAK MEROYAN BERAKHIR HARI NI

Meroyan ni satu wabak ke? Yer boleh jadi satu wabak bila ada sesuatu yang menyebabkan kaum wanita tak kira yang gadis mahupun perempuan dewasa jadi meroyan dalam tempoh waktu yang sama setiap hari. Alhamdulillah penyebab penyakit meroyan sejak dua menjak ni akan berakhir hari ni. Erkk... meroyan pun ada expired date ke?

Sumber Google

Pembawa wabak meroyan yang aku maksudkan adalah drama slot akasia Hati perempuan. Tengok post media hiburan tadi katanya hari ni episod akhir maka bermula esok Insya Allah tiada lagi status meroyan yang aku nampak kat news feed aku. Aku mula2 tengok jugak la sikit tapi macam taste drama2 macam tu aku malas nak tengok sangat. Bukan apa.. kang terbergaduh dengan peminat drama tu pulak. dah la hero & heroin hanya layak pegang watak penyapu ahli sihir berjubah hitam & berhidung panjang, drama pulak boleh morning sickness aku jadinya even tak mengadung. So, aku ambil keputusan tak payah follow sangat la. Nak hadap pun tak berapa selera macam mana nak kusyuk, katanya. hahahaha


Setelah aku rasa terlalu panjang episod drama ni, hari ni di umumkan sebagai episod akhir. aku rasa macam nak sujud syukur je. Bukan sebab benci sangat dengan drama ni tapi syukur sebab menyelamatkan ramai kaum wanita dari terkena tekanan emosi dengan watak Yuhanis yang selalu aku dok baca status geram,marah & sakit hati dari ramai kaum wanita yang follow cerita tu.

Moral of the story.. Kalau korang rasa annoying sangat perangai perempuan macam watak Yuhanis tu maka ambil la pengajaran, macam tu jugak pasangan korang yang rasa annoying kalau korang jenis prasangka tak tentu pasal. Ye betul tak ramai lelaki yang macam laki Yuhanis tu.. kalau laki lain rasanya abis talak la perempuan macam Yuhansi tu dapat. hahahaha

P/S : Pengikut drama ni jangan terlepas pulak episod akhir takut hangpa pulak meroyan tak dapat tengok ending hahahaha

SIHIR DALAM RUMAHTANGGA

Zaman serba canggih ramai yang kembali pada amalan kuno lagi khurafat. Makin berleluasa aktiviti sihir di lakukan oleh mereka2 yang nak cari jalan pintas untuk sesuatu keinginan & hayat. Kebanyakkan yang jenis nak mendajalkan orang lain. Jarang orang pergi jumpa bomoh minta bomoh tolong cantikkan sipolan yang di tengok buruk giler tanpa pengetahuan orang tu, kan? rare sangat la kalau berlaku.

Sumber Google

Tak kira apapun tujuan kita guna khidmat bomoh yang kategori syirik & khurafat ni tentang tak di bolehkan dalam Islam. Al Quran dah menyediakan pelbagai cara rawatan, kenapa perlu guna perantaraan mahluk lain. Tertengok rancangan Nona ahad lepas. Topik dia pasal sihir dalam rumahtangga. Kisah seorang perempuan yang bergelar isteri terkena sihir. Mula2 dia rasa dada dia berdebar, di ingat ada masalah jantung tapi bila pergi buat pemeriksaan takde apa2 masalah. So, dia pergi ke pusat rawatan Islam. Confirmlah kena sihir. Katanya masa dia kena sihir pernah lintah keluar dari kemaluan, jarum jatuh dari dada. Dia pandang suami dia pun malam2 muka macam monyet. Kira rumahtangga depa pun jadi masalahlah. Aku ni tengok dengan tak tengok sama banyak so tak boleh nak cerita detail sangat tapi hujung2 cerita dia, dia kata apapun masalah jangan share kat laman sosial & jangan dok upload sangat gambar bahagia dengan pasangan sebab mungkin ada yang menyampah sampai tergamak nak runtuhkan rumahtangga kita dengan cara menyihir. Maybe cara pyskologi dia tak yakin mampu, maka dia akan cuba dengan cara apa sekalipun asalkan rumahtangga kita musnah.

Sumber Google

Berpada pada dalam berkongsi kisah hidup kita kat laman sosial tak kira sedih atau bahagia. Kau fikir semua orang tak mual ke dok baca atau tengok kau share benda yang sama je temanya hari hari. Kalau sweet sampai kencing manis.. kalau sweat sampai hapak. Apa yang tak perlu tu tak payah nak cerita sangat la. Kalau sekadar nak tunjuk betapa romatika di tampoinya kau laki bini, simpan dalam selimut sudahlah atau sekadar nak tunjuk betapa kau ni isteri/suami teraniaya simpan dalam rumah cerita dengan orang2 yang rapat. tak payah nak terbuka sampai bogel sangat kat laman sosial.

Kadang2 anda penyebab berlaku perkara buruk kepada diri anda sebab anda sendiri mendedahkan diri anda pada ancaman luar. Duduk sorang2 pun nak bagitau sealam maya macam la orang baik2 jer ada account laman sosial. Renung renungkan selamat berfikir guna otak bukan kepala lutut.

Moral of the story... Kena ingat sihir sekarang pun berkembang ikut teknologi sampai boleh di hantar semudah panggilan telefon maka sesiapa saja berisiko di sihir apatah lagi nak sihir guna gambar semudah abc ambil dari FB. Jadi.. berhati hatilah.

P/S : Ni Cik Shahada Fauzi minta aku up kat blog pasal topik ni kat blog. So aku tulis atas permintaan la ni. hahaha


SINDIRAN KUBUR PINK USTAZ MENGUNDANG FITNAH

Ramai yang dah tahu & masih ada yang tak tahu isu kubur pink & service audio mp3 bacaan Al Quran kat kubur adalah satu sarcasm atau sindiran dari seorang individu di laman sosial untuk mereka2 yang menghias kubur ahli keluarga yang dah meninggal dunia secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran & menyerupai budaya/cara agama lain. Niat Ustaz tu mungkin baik nak menyedarkan umat Islam supaya tak melakukan perkara tersebut tapi cara dia tu bagi aku tak betul la sangat.

Post yang menjadi Viral.Boleh rujuk entri ni >> Kubur Pink <<

Kita sedia maklum bukan semua orang faham bahasa sarcasm/sindiran ni. Aku pun kadang2 tak faham jugak kalau terlalu dalam maksudnya tersembunyi.. tapi dalam kes kubur pink ni aku dapat detect ia cuma sarcasm lepas aku baca post & komen2 di bawah post tersebut cuma tak sure apa yang dia nak sarcasm sebenarnya. Tapi di bawah komen2 tu pun aku tengok ramai yang salah faham dari faham makna tersembunyi. Motif nak menyedarkan orang buat salah tapi yang berlaku adalah salah faham yang lebih besar. Kebanyakkan orang tak faham dia menyindir orang lebih faham dia cuba buat sesuatu yang takde dalam ajaran Islam. Kesan buruk tu berbalik pada tuan empunya badan & cara dia bukan saja mengundang panik orang ramai malah mengundang fitnah yang besar.

Tak perlu la kot nak sarcasm/sindir dalam menyampaikan ilmu Allah ni.. Nak berdakwah, berdakwahlah dengan cara semua orang boleh faham agar ilmu di sampaikan tak jadi salah faham. Salah faham dalam isu agama ni agak berat berbanding isu2 semasa. Pada Ustaz tu, aku nak tegur ilmu aku dengan dia memang jauh beza. Aku ni ilmu paras buku lali tu pun tak tau sampai ke tak.. Ilmu dia mungkin lebih tinggi dari aku sebab mampu di gelar ustaz. Hope apa yang berlaku kita semua jadikan pengajaran. Nak sarcasm pun biar nampak sarcasm nya.

P/S : Tujuan aku tulis entri selain bagi pendapat pasal isu yang menjadi viral adalah untuk memberi tahu maksud sindiran ustaz ni sebab even aku tahu cuma sarcasm tapi mula2 aku pun confuse apa benda yang dia nak sarcasmkan sebab dalam komen dia ada jugak sentuh pasal wasiat Almarhum TG Nik Aziz.. sindiran dia tu boleh mengundang macam2 salah faham..  Bukan senang nak memperbetulkan salah faham bila melibatkan ramai orang

TEGURAN BERAT SEBELAH YANG BERLAKU DI LAMAN SOSIAL

Aku perasan benda ni dah lama cuma baru hari ni rasa nak up dalam entri. salah satu cara orang menegur kat laman sosial walau bukan semua ada segelintir yang macam ni. Aku tak kata sapa2.. cuma aku cakap apa yang berlaku.

Pertama. Jenis orang nak menegur dia pilih.. Kalau orang dia suka, semua jadi betul so, susah dia nak tegur even kita nampak terang2 orang tu buat salah. dia tegur orang dia tak suka even dia buat2 macam dia tegur sebab sayang

kedua, jenis tegur orang tak berpengaruh bila ada buat silap.. kalau merajuk dengan teguran dia pun dia tak rugi apa2.. tapi kalau orang tu berpengaruh dia tak berani tegur takut hilang kepentingan.

Benda ni berlaku depan mata aku... Sipolan yang ni buat status berunsur sarcasm & mengumpat laju dia like & buat statement yang nak membetulkan sipolan tu jugak, bila sipolan yang sorang lagi buat benda yang sama kemain keluar abis hadis, contoh orang alim ulamak bagai.

kalau betul ikhlas nak tegur biar nampak betul2 nak menyampaikan kebenaran. Jangan kat sana buat jadi betul.. kat sini buat jadi dosa sangat. Anoyying sangat tau cara tunjuk gud gud tu.

Sumber google

Tu je aku nak tulis.. hahahaha.

GOSIP ADALAH PERKARA YANG SEMUA ORANG BUAT

Kita ni kat laman sosial kadang2 rasa bila kita tak buat something tu macam kita baik sangat dah kan.. Contoh macam tajuk entri ni. Gosip.. tak kira la gosip pasal artis, pasal isu2 semasa, pasal orang2 sekeliling, pasal kawan atau pasal apa2 mahupun sesiapa je la. Kalau tulis dalam blog gosip pasal retis kemain keluar statement menyindir kat FB.. Baik aku layan lawak bodoh dari dok viralkan gosip katanya...

Sumber google

Macam confirm la kan kita tak pernah atau tak selalu bergosip. Gosip ni bukan takat berlaku kat FB atau blog jer.. kat group whatsapp pun bersepah orang bergosip termasuk yang pernah keluarkan statement sarcasm bila orang lain share atau tulis pasal gosip. Aku pun tak terkecuali melakukan perkara yang sama iatu gosip.. Jadi mengaku siap2 sebelum di serang segala Anon, enon, meon,peon,eton,jenah,jemah,jembalang,jin bagai...

Kita semua ni termasuk aku kadang2 terlupa apa yang kita buat & lebih nampak apa yang orang lain buat. Kita rasa macam kita dah gud gud sangat bila kita tak tulis entri berunsurkan gosip tapi kita lupa kita juga memperkatakan tentang gosip even bukan di blog. Jadi.. apa beza kita dengan yang lain? Aku tak point kat mana2 individu yer.. tapi aku point kat semua termasuk diri sendiri. Ni kira entri selain mengata orang sambil membuka pekung di dada jugak la. hahahahaha

Jadi.. sebagai manusia tak perlu la kita rasa kita je betul kan padahal kita sedia maklum setiap hari ada je dosa yang kadang sengaja kadang tak sengaja kita buat. Cuma beza yang menjadi ia nampak betul atau nampak macam salah besar sangat adalah pengaruh yang kita ada. Yang banyak pengaruh.. nampak mulia je. Yang macam aku ni.. Silap cakap bagai satu dosa yang tak terampun la kan. Tapi.. Di mata Allah.. kita tetap melakukan dosa yang sama. Tapi lumrah la kita manusia.. pandangan manusia lebih menjadi keutamaan berbading  pandangan Allah kan?

P/S : Aku tak pelik kalau ramai yang terasa dengan entri ni termasuk la aku pun terasa jugak dengan entri aku sendiri sebabnya.. kita buat maka kita akan terasa. Peace!


BAJU SEKOLAH FESYEN KEBAYA

Aduhai.. budak2 sekolah sekarang ni. Almaklumla dah masuk alam remaja badan yang berbentuk.. berbonjol seksi sana sini sampai pakai baju sekolah pun dia nak seksi jugak. Katanya mana tahan tengok cikgu jer berkebaya pergi sekolah.. apa salahnya dia pakai kebaya jugak. Cikgu pakai ok jer.. tak nampak sosial pun kenapa dia tak boleh...

Baju sekolah sepatutnya macam ni yer adik adik bukan macam kat bawah tu..

Ayat di atas adalah rekaan semata mata yer.. Tapi isu yang aku nak kupas kupis ni isu budak sekolah yang jadi viral kononnya kena halau dari sekolah sebab pakai baju kurung tapi bila aku tengok baju kurung sekolah dia dah tak nampak ciri2 kekurungan sangat dah. Dah macam baju kebaya jer.. ketat & ikut bentuk badan. Secara logiknya gila hapa pengetua nak halau pakai baju kurung ke sekolah padahal sejak zaman berzaman baju fesyen kurung dah menjadi pakaian rasmi ke sekolah. Tapi bila di selidik.. Kalau gini rupanya baju sekolah minah ni.. bukan je pengetua, tukang kebun pun rasa nak halau balik jugak.

Tu dia.. dua ketoi bun terlebih baking powder. Ni la baju sekolah fesyen kebaya. hahaha. Kita nak positif fikir dia orang susah, baju ni dia pakai dari sejak sekolah rendah. Tu yang ketat sikit katanya..

Tapi kan.. kalau kita tengok fesyen2 di pakai cikgu ke sekolah even nampak macam formal/sopan ada jugak menjolok mata sehingga menganggu fokus pelajar. Budak sekolah menengah ko jangan ingat takde nafsu tengok cikgu.. Zaman aku sekolah pun ada student ngorat cikgu ok! nak2 lagi yang moda rumaja.. Jadi pemakaian cikgu jugak kena pantau. Yelah.. kat sekolah cikgu jadi contoh kan pada pelajar.

Tapi kalau cikgu yang pakai confirm tak kena halau kan? kekekeke

P/S : Teringat aku masa sekolah menengah dulu.. ada cikgu marah kuku aku panjang bila aku pertikai kuku dia pun panjang jugak dia kata.. dia takpe dah jadi cikgu. Betul la apa dia kata, tapi macam mana dia nak bagi moral of the story benda tu tak elok aku buat, kalau dia sendiri pun buat.hahahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com