MALAS NAK MASAK SERUNDING TAPI NAK KUMPUL PAHALA SILA BACA
Sapa kat sini malas nak masak serunding?? Ramai.. termasuk aku. Bukan tak reti nak masak serunding sendiri tapi nak goreng semangkuk serunding pun aku rasa keras urat saraf. Nak buatnya tak susah tapi sangat penat la bagi aku kalau buat sorang2 sebab nak kena goreng lama sampai betul2 kering baru serunding tu tahan lama. Aku pernah masak sendiri serunding & kalau nak suruh aku buat banyak2 sorang2 memang tak sanggup. Angkat spender putih katanya hahahahaha... matilakau!Yang malas tu tak payah risau sebab melambak orang jual serunding tapi special serunding yang aku nak suruh hangpa beli ni memang 2 in 1 punya. Membeli sambil mengumpul pahala. yer yer.. dosa pahala bukan aku yang tentukan tapi Insya Allah setiap perbuatan baik di sertakan dengan niat yang betul ada ganjaran pahalanya. Sebab tu tajuk entri tu ada perkataan "Pahala" kat situ.
Kalau korang berniat nak beli serunding tak kisah la untuk makan2 sempena ramadhan atau nak buat stok raya nanti aku sarankan belilah dengan Puan Alia Haryanie. Kenapa perlu beli dengan dia?? Sebab dia seorang ibu tunggal yang sedang uzur dengan penyakit kanser. Ada 2 anak yang perlu di sara.. Dalam kudrat yang tak seperti kita yang sihat ni dia membuat jualan serunding, mini popia, karipap mini & macam2 lagi sebenarnya tapi kat sini aku highligt serunding je dulu. Dia PM aku pagi semalam minta tolong promosikan jualan dia.. Ya Allah terharu sungguh aku. Allah hantar dia untuk memberi peluang aku membantu orang lain. Yelah.. selama ni orang label aku blogger lantang suka cari pasal jer kan. Tak sangka masih ada yang percaya dengan kemampuan aku untuk membuat kebaikkan.
Untuk pengetahuan korang Puan Alia haryanie ni dia sangat uzur pergerakkan dia pun banyak guna kerusi roda dulu.. sekarang tak sure tahap kesihatan dia macam mana. Tapi yang pasti dia tidak la sekuat kita. Kalau sesapa yang tak membantu dia tak minta derma tapi cukup la membeli jualan dia. Insya Allah dengan niat yang betul.. Allah akan membalas dengan ganjaran setimpalnya kebaikkan kita semua, Insya Allah.
Serunding ayam 250 gram rm18
serunding daging tempatan 250 gram rm18
serunding ikan 250 gram rm12
mini karipap rm32 sekilo
mini popia rm32 sekilo
Moral of the story.. Kita tak perlu jadi orang terkenal, di bawah komuniti popular atau di kelilingi orang yang berpengaruh untuk membantu cukup la kita berusaha membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan kita, Insya Allah siapa tahu dengan pertolongan kecil kita memberi manafaat besar pada mereka yang memerlukan.