BAWA ANAK PERGI BERCUTI UMPAMA BAWA BEBAN BAIK TINGGALKAN JE
Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca.
Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan...
Siap suggest kat orang jangan bawak anak pergi bercuti lagi. Takut bawak anak tak enjoy holiday. Kesian anak anak ko
Teringat masa kecik kecik.. mak ayah aku selalu bawa kami 6 beradik pergi berjalan even tak jauh kat penang je naik bas Uolls... Bayangkan jarak antara kami adik beradik memang tak jauh.. setahun.. dua tahun jer jarak dia. Kecik2 semua. Tak pernah aku dengar mak ayah aku merungut cakap serik nak bawak kami jalan jalan lagi. Dulu tiap2 bulan mak kalau dapat gaji mesti usung kami adik beradik pi tengok wayang.. Tak pernah aku dengar mak cakap serik nak bawak kami setiap bulan keluar even ayah tak join pun. Transport kami bas je masa tu.. sebab ayah time tu cuma mampu pakai motor. Mana nak angkut 6 beradik naik motor. Ni naik flight.. naik private car.. dah rasa anak jadi beban nak bawak pergi holiday.
Syukur la kita di lahirkan sebagai anak orang susah.. Sebab mak bapak kita tak rasa susah pun untuk bawak anak anak pergi berseronok walau guna pengangkutan awam sekalipun berbanding lahir sebagai anak orang kaya macam depa tu.. Anak meragam pun dah rasa macam beban besar nak kena tanggung.
Ingat.. Satu hari kita akan tua & jangan masa tu anak anak kita pulak rasa kita satu bebanan nak di bawa pergi holiday. Almaklum la orang tua.. bila dah tua.. kudrat, perangai dia dah kembali macam budak budak balik.
Moral of the story... Apapun terpulang pada cara orang membesarkan anak. kalau rasa anak tu macam beban.. elok la ko jangan beranak ramai ramai. Kesian pulak kat anak anak ko.